Upload
lekhanh
View
228
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Permainan harus bersifat ringkas
WANITA itu kelihatan tekun melayari laman web terutama berkaitan keibubapaan. Matlamatnya hanya
satu iaitu mencari maklumat berkaitan alat-alat permainan yang sesuai untuk anak-anaknya.
Sebagai ibu kepada dua orang anak, Emy Syafinaz Abdul Majid, 33, perlu memastikan alat-alat
permainan yang dibeli tidak memberi kesan negatif kepada mereka. Pada masa sama, alat permainan
berkenaan dapat membantu perkembangan otak dan fizikal anaknya, Eleesya Nur Jasmin Mohd. Juan
Affendi, 3, dan Juan Erfan Mikhail, 2.
Antara ciri-ciri permainan yang akan dibeli perlulah sesuai dengan usia agar keselamatan anak-anaknya
juga turut terpelihara.
"Saya membeli peralatan seperti blok-blok berwarna, kereta mainan bersaiz besar, kad pengimbas dan
permainan yang berkaitan dengan abjad. Alat permainan seperti blok dapat membantu Erfan mengenali
bentuk, mengatur atau memadankan blok berkenaan," kata Emy.
Dia yang tinggal di Shah Alam, Selangor itu juga turut menghasilkan alat permainan sendiri
menggunakan barangan di rumah seperti memperkenalkan warna-warna kepada anak-anaknya.
Jelas Emy, dia tidak membenarkan anaknya bermain anak patung berwatak kartun atau fantasi kerana
ia boleh memberi kesan tidak baik khususnya mengikut karakter watak itu dalam dunia realiti.
"Selagi alat permainan itu sesuai untuk pembelajaran, saya tidak kisah berbelanja lebih," kata Emy
yang lazimnya membelanjakan kurang daripada RM100 setiap kali berbelanja untuk alat permainan.
Pengasas Institut Better Parenting yang juga ahli psikologi kanak-kanak, Vicki Panaccione
memberitahu, ibu bapa perlu memastikan alat permainan yang hendak dibeli bukan sahaja untuk kanak-
kanak berseronok tetapi mengikut usia, bersifat stimulasi dan selamat.
Ringkas
Katanya, ia penting untuk pembangunan mental, sosial, emosi dan fizikal. Ibu bapa juga dinasihati tidak
terlalu spesifik kerana ia boleh mengehadkan atau mengelak kanak-kanak menggunakan imaginasi
mereka.
Pannaccione menasihatkan, alat permainan seharusnya bersifat ringkas seperti blok kerana ia
membolehkan mereka bereksperimen, berimaginasi, kreatif dan spontan.
EMY mengakui tidak kisah membeli alat permainan kepada anak-anaknya selagi ia bermanfaat dan sihat.
RENCANA UTAMA
Harum Malam Murahlegacy-secret.com/harum-malam
Produk Wanita Terbukti Berkesan. Beli Sekarang Untuk Harga Hebat!
Carian@KOSMO!
Search
Iklan@KOSMO!
Artikel-artikel RENCANA UTAMA :
ePlayer Sukan
Iklan@KOSMO!
Waktu Solat Kuala Lumpur
Subuh 5:46Zohor 1:14
Asar 4:30Maghrib 7:20
Isyak 8:31
Klik untuk waktu solat kawasan lain
» Bertuah terlibat dalam arena dakwah
» Simbolik simbol kepala rusa
» Obama sambung legasi Johnson
» Boneka bernyawa
» Bunuh ular tedung untuk aksesori
» Kafe layar perak
» Malapetaka dinihari
» Batu dalam hidung
» Dosa anak perangai syaitan
» Nor Haslina bercinta selepas kahwin
Laman Utama Negara! Hiburan! Sukan! Dunia! Kosmo2 Arkib Berita Iklan Hubungi Kami
28 April 2014
Dalam pada itu, seorang blogger yang sering berkongsi maklumat keibubapaan dan kanak-kanak, Adlil
Rajiah Mohd. Nasir, 26, dari Pulau Pinang ketika dihubungi berkata, kanak-kanak tidak sepatutnya
dipaksa bermain sendiri alat permainan tertentu tanpa dibantu ibu bapa mereka.
Menceritakan pengalaman dan pembabitan dalam blognya, http://saatakukaupilih.blogspot.com/ sejak
empat tahun lalu, Adlil memberitahu, elemen keibubapaan dan kanak-kanak diselit selepas dia sendiri
bergelar ibu.
Sumber penulisan tentang alat permainan dan tip menghibur anak diperoleh melalui pembacaan dan
pengalaman sendiri.
"Apabila melihat perubahan pada anak saya, ia akan dikongsi di blog untuk tatapan umum. Saya
mendapat banyak maklum balas daripada ibu bapa lain yang turut berkongsi pengalaman dan tip
mereka," kata ibu kepada anak kecil yang baru berusia dua tahun,
Perkongsian Adlil di blognya menarik perhatian ramai kerana beliau turut menyelitkan perbincangan dan
Ruang
Infiniti
Terbang, rakam dan analisisimej
Kesihatan
Iklan Teks
SELEPAS mengambil lajak, badanKapten Khairil Afendy Hashim, 38,terdorong ke belakang sedikit dan bersedia untukmelancarkan Pesawat Udara Tanpa Juruterbang(UAV) iaitu Helang UAV ke ruang udara Tapak EkspoPertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.Lagi...
nasihat doktor pakar kanak-kanak.
"Artikel saya di blog tentang tip daripada pakar mental kanak-kanak mencecah sehingga 35,000
perkongsian di Facebook," katanya.
Praktikal
Perkongsian mengenai cara-cara alat permainan dipelbagaikan kegunaannya turut menjadi tarikan
pembaca blognya. Dalam penulisan itu, Adlil berkongsi kaedah mencipta alat permainan sendiri.
"Ia lebih murah dan praktikal kerana menggunakan bahan-bahan yang sudah sedia ada di rumah.
Namun, ia menguji daya kreativiti ibu dalam menarik perhatian anak untuk bermain alatan yang dicipta
sendiri," katanya.
Apabila terpaksa membeli alat permainan, Adlil akan sentiasa memastikan harga yang dibayar
berpatutan. "Ia diikuti kebaikan permainan tersebut. Jika sekadar permainan super hero dan saya akan
elakkan. Saya mementingkan permainan yang merangsang mental, kemahiran, deria dan fizikal anak,"
katanya.
YOKE CHAN memastikan kanak-kanak kelas nurseri didedah dengan permainan yang berkesan untuk pembangunan
mentalkanak-kanak.
Bercakap mengenai faktor usia dan keselamatan sesuatu alat permainan, Adlil mengakui kebenarannya
tetapi pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak adalah lebih penting.
Setakat ini, pendedahan alat permainan kepada anaknya, Ashraf Haikal Hafify Zulhaimy dilakukan
dengan merujuk saranan pakar. Menurut Adlil, seorang pakar pediatrik yang dikenalinya pernah berkata,
alat permainan penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf khususnya bayi yang berumur 0
sehingga lima tahun. Jadi apabila membuat sesuatu aktiviti atau bermain, Adlil akan pastikan faktor
seperti fokus, pergerakan, penyelesaian masalah dan kebolehan mengingat menjadi ukuran utama alat
permainan.
Adlil menyenaraikan aktiviti seperti mengenal dan mengasingkan barang mengikut warna, saiz, bentuk,
aktiviti melibatkan pergerakan tangan dan kaki secara terperinci seperti tarik, tolak, picit, genggam,
cubit, tekan, pijak dan sebagainya.
Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya
(UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan
kepada tiga fasa.
Fasa paling awal ialah satu setengah hingga tiga tahun. Pada usia ini mereka mula mengenali sisi
sebenar dunia menerusi lima deria mereka, bau, sentuhan, rasa, dengar dan lihat. Beliau menyarankan
supaya anak-anak ini diperkenalkan dengan permainan yang merangsang deria, berwarna-warni,
bertekstur, bersaiz besar agar selamat dan sentiasa dipantau ibu bapa. Pada ketika ini, Mariani
mengakui kanak-kanak perlu didedah dengan permainan yang melatih fungsi perkembangan mental dan
fizikal.
Antaranya ialah alat permainan yang berbunyi apabila ditekan, berjalan apabila diputar dan sebagainya.
Agen perangsang ini menjadikan kanak-kanak itu boleh berfikir sekali gus meningkatkan skil motor
mereka.
"Fasa kedua ialah usia empat hingga enam tahun. Pada masa ini, mereka akan masuk alam fantasi. Ini
dinamakan peringkat praoperasi iaitu mereka boleh mewakili sesuatu secara simbolik.
"Sebagai contoh, permainan blok seperti Lego, bongkah kayu, replika bilik dapur dan sebagainya. Pada
waktu ini juga kanak-kanak dilihat meniru apa sahaja yang dilakukan oleh orang dewasa. Sebagai
melatih mereka dan menunjukkan dunia dewasa, permainan seperti ini juga sama penting didedahkan,"
kata Mariani.
Tweet
2 0 2
Kepada kanak-kanak yang lebih matang iaitu sekitar usia tujuh tahun pula, mereka lebih cenderung
kepada alat permainan dengan karakter kartun seperti Ultraman, Superman, Spiderman dan
sebagainya.
KANAK-KANAK perlu didekati secara individual untuk mengesan dan mengenal pasti kaedah terbaik yang boleh digunakan
untuk perkembangan minda mereka.
Animistik
"Ini dipanggil role play kerana dilihat sebagai wakil sebenar dan boleh diamalkan. Apa-apa pun oleh
kerana ia watak tidak benar, pastikan anak tidak terikut dengan fantasi ini kerena mereka akan
memberi impak kepada pemikiran animistik mereka," kata beliau.
Pada peringkat usia yang lebih matang, misalnya sembilan tahun dan ke atas (11 tahun), mereka
mencapai usia praremaja. Mereka boleh didedahkan dengan permainan yang mencabar pemikiran.
Jelas Mariani, permainan seperti Monopoli yang membawa kepada keperluan menyelesaikan masalah
antara contoh terbaik.
"Malah permainan tradisional seperti teng-teng, congkak, layang-layang dan lain-lain juga pendekatan
yang baik. Ia permainan yang berperaturan dan ia akan mendedahkan kanak-kanak bahawa disiplin itu
penting dalam melibatkan diri dengan sesuatu permainan," tambah beliau.
Seorang pengetua sebuah tadika di Shah Alam, Yong Yoke Chan, 54, pula memberitahu, pihaknya
mendedahkan kanak-kanak di bawah usia empat tahun dengan alat permainan berbanding akademik.
Tadika yang dikenali sebagai Tadika Anak Minda itu, mendidik kanak-kanak dari usia dua tahun
setengah hingga enam tahun. "Hanya pada usia lima tahun dan enam tahun, kami mengutamakan
akademik dan aktiviti suka secara mingguan," kata beliau.
Bagi kanak-kanak kecil pula, mereka akan dilatih bermain dan menggunakan alat permainan
pembelajaran dalam kelas dengan bimbingan guru secara harian. "Setiap kanak-kanak adalah berbeza-
berbeza dan kami perlu mendekati mereka secara berasingan. Namun, apabila mereka didedahkan
dengan permainan, mereka mempunyai minat yang lebih mendalam," ujar Yoke Chan.
Baby Items Clearance Saleqqbabyshop.com
QQBaby Shop Children Clothes. Next Working Day Shipping. Order Now!
Buat Profil di Facebook
Jana RM20 Setiap Survey
Kapsul tunjuk langit doa
Hobbyking Rc Online Store
0
Suka
Rencana Utama!» Stailo!»
Retrospektif pahit manis gadis
Kajang
Moden vintaj garapan Noor
Masyitah
Varia!»
Process time in ms: 0
Pautan Lain: Utusan Online | Mangga Online | Saji Online | Job House | Tutor | MyBooks | Kumpulan Utusan
| Polisi Privasi | Privacy Policy |
Find us on Facebook
Kosmo Online
145,093 people like Kosmo Online.
Facebook social plugin
Like
Copyright © 2008. KOSMO! Online.
Bertuah terlibat dalam arena
dakwahBertuah terlibat dalam arena
dakwah
Simbolik simbol kepala rusa
Gaya kontemporari dalam
seniSETIAP hasil seni kontemporariSuhaimi menyerlahkan dayakreativiti dan kehalusan.
Gaya kontemporari dalam seni
Larian perangi gejala rasuah
Iklan@KOSMO!
Hotels:Booking.combooking.com
Book at over 350,000
hotels online
Booking.com’s
Official Website!