17
1.0 Pengenalan Seni Kraf merupakan salah satu daripada bidang seni selain daripada kesusasteraan, seni musik, seni bina, kaligrafi, seni lukis dan teater. Apa yang dikatakan Seni Kraf merupakan barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan. Terdapat juga kraf yang memnggunakan alat bantuan atau peralatan mudah dalam penghasilannya. Antara contoh barangan kraf yang terdapat di negara kita adalah seperti kain batik, kain songket, ukiran pada rumah, ukiran pada masjid dan ukiran pada keris. Manusia dikatakan mempunyai kebolehan tersendiri dalam menghasilkan segala bentuk hasil tangan mereka. Definisi Kraf , "Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan "keluaran batik" ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. Sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979 Kesenian berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud ’kemahiran, cara atau kaedah’ (skill, way or method). Mengikut Herbert Read, dalam bukunya The Meaning of Art, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang

HBAE 3103 kraf

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HBAE 3103 kraf

1.0 Pengenalan

Seni Kraf merupakan salah satu daripada bidang seni selain daripada kesusasteraan,

seni musik, seni bina, kaligrafi, seni lukis dan teater. Apa yang dikatakan Seni Kraf

merupakan barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan. Terdapat juga

kraf yang memnggunakan alat bantuan atau peralatan mudah dalam penghasilannya. Antara

contoh barangan kraf yang terdapat di negara kita adalah seperti kain batik, kain songket,

ukiran pada rumah, ukiran pada masjid dan ukiran pada keris. Manusia dikatakan mempunyai

kebolehan tersendiri dalam menghasilkan segala bentuk hasil tangan mereka.

Definisi Kraf , "Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang

mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses

yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah

apa-apa keluaran batik; dan "keluaran batik" ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun

dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.

Sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979

Kesenian berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud ’kemahiran, cara

atau kaedah’ (skill, way or method).  Mengikut Herbert Read, dalam bukunya The Meaning

of Art, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan.  Nilai-nilai

indah, tidak cantik adalah bidang yang yang termasuk dalam seni dan nilai keindahan dalam

kehidupan manusia yang kadang-kadang lebih berpengaruh dalam bidang logik.

Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan

bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu

kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang

cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu,

manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat,

memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera.

Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali

pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang

sesuai dengan fitrahnya. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar

dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar

Page 2: HBAE 3103 kraf

untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan

kesenangan itu sendiri.

Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai

kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi

istilah ilmu berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan

yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan

atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya.

Perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan

nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni itu sendiri. Seni Islam merupakan sebahagian

daripada kebudayaan bagi kita masyarakat Malaysia yang majoritinya terdiri daripada orang

melayu yang beragama Islam. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang

disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah

swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui

batas." Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt

lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya.

Melihat kepada kenyataan ini jelas hasil kraf yang dihasilkan banyak bercirikan alam

semulajadi yang indah dan melambangkan kekuasaan penciptanya. Manusia dijadikan

sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat

manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar

menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang

cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh

makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam

Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.

Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi

aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni

mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam,

menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak.

Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada

keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai

tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang

Page 3: HBAE 3103 kraf

mantap. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek

estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.

Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar"

(menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak

masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah.

Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah

dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan

berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.

2.0 Kraf Kelayu Membincangkan secara terperinci tentang:

Negara kita kaya dengan hasil kraf tersendiri. Antara hasil kraf yang terdapat di

Malaysia adalah seperti batik, ukiran, tenunan, anyaman, tenunan, tekatan, wau, gasing,

songket, tembikar dan barang perhiasan. Kraf ini merupakan warisan negara yang telah

diperturunkan oleh nenek moyang kita dulu kala dari satu generasi ke satu generasi hingga

kini. Setiap hasil kraf ini berfungsi dalam kehidupan harian yang dipengaruhi oleh iklim,

lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan serta hubung kait dengan

masyarakat luar seperti pedagang pada masa lampau. Seni kraf Melayu melambangkan

hubungan yang erat antara orang Melayu dengan  kepercayaannya iaitu  Islam. Ini amat jelas

jika diteliti hasil kraf yang dihasilkan sehingga kini.

2.1 Batik

Batik merupakan satu hasil kraf yang boleh dibanggakan sehingga kini ia merupakan

hasil yang diwarisi sejak dahulu. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui

kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu

menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan

dengan menggunakan alat-alat moden. Biarpun dengan perkembangan masa namun jika

dilihat batik dahulu hingga sekarang masih banyak ciri-ciri yang sama.

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Batik mula

diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik

berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau

menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di

alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun

Page 4: HBAE 3103 kraf

1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di

Kelantan dan Terengganu.

Kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak dari Kelantan. Kain yang digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain Pereir atau Kain Pelangi iaitu kain sutera tiruan yang diimport dari Negara Siam. Haji Che Su bersama rakan- rakannya telah mengusahakan perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnya ke Terengganu dan negeri-negeri lain di negara ini.

Batik boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu:

i. Batik blok

ii. Batik conteng atau lukis, dan

iii. Batik skrin

Perbezaan antara jenis-jenis batik ini adalah daripada teknik dan alatan membuat dan

menghasilkan batik itu sendiri. Contohnya, batik blok menggunakan blok tembaga yang

berukir dengan gaya ukiran timbul digunakan untuk menerap. Pelbagai warna yang

digunakan untuk membuat corak yang berlatarkan kain putih. Biasanya tiga blok yang

berbeza digunakan. Setiap blok mempunyai sarang tertentu. Sarang jenis ini meninggalkan

garis serta titik yang halus dan kemas pada terapan lilin apabila dicelup dengan pewarna.

Corak dan motif yang lebih rumit dan sempurna juga dapat dihasilkan melalui kaedah batik

blok ini. Jika dahulu ubi kentang digunakan, kini blok yang lebih tahan dan mudah

digunakan.

(rujuk Rajah 2.6).

Blok penerap batik

Page 5: HBAE 3103 kraf

Batik lukis / conteng

Bagi batik ini kemahiran melukis amat diperlukan kerana pencanting perlu melukis di atas kain hasilnya. Biasanya batik ini menggunakan kain sutera dan harganya lebih mahal berbanding dengan batuk blok atau batik skrin. Biasanya tidak akan terdapat dua batik yang betul-betl sama kerana ia dihasilkan satu persatu dan campuran warnanya juga akan berlainan antara satu dengan batik lukis yang lain.

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Bahan pewarna disapu pada reka corak.Kain  dibiarkan  sehingga  kering,  kemudian  disapu atau  direndam dengan sodium silikit dan dibiarkan selama 8–12 jam di tempat terlindung cahaya untuk mematikan warna. Kain yang telah dimatikan warna, dibasuh dengan air ‘lalu’ sehingga hilang kesan sodium silikit tersebut. Kain  seterusnya  direbus  dan  di  campur dengan  sedikit  ‘soda  ash’ sehingga lilin tanggal. Kain dicuci dan dibilas di dalam air sehingga bersih sebelum dikeringkan.

Page 6: HBAE 3103 kraf

Proses mencanting kain

Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

2.2 Ukiran

Terdapat banyak kraf ukiran dalam masyarakat Melayu sejak dahulu. Antaranya ukiran kayu,

ukiran batu, ukiran logam dan ukiran perak.Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi

Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-

catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi

telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu.

2.2.1 ukiran kayu

Ukiran ertinya mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, ’carving tool’. Ukiran ialah hasil rupa tradisi Melayu yang terulung.Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang-orang Melayu yang unik dan dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan harian.

Dua faktor yang menjadikannya sedemikian rupa ialah:

a. Keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan.

Page 7: HBAE 3103 kraf

b. Kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis-jenis bentuk dan motif ukiran kayu. Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat,kemahiran pertukangan, cita rasa tinggi dan pendukungan yang berterusan.

c.  Keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan.

Bentuk  ukiran  kayu  Melayu  mementingkan  sifat  gerak  yang  bermula  dari suatu punca dan terus timbul perlahan serta berliku-liku. Biasanya ukiran itu mempunyai imbangan sama ukur di antara bahagian yang positif dengan yang negatif. Bentuk dan motifnya terkawal dengan keadaan yang sederhana serta tiada unsur yang berlebihan.

Pada   kebiasaannya   ukiran   Melayu   tidak   menggunakan   warna   tetapi   di pantai   timur   didapati   penggunaan   warna   terdapat   pada   ukiran   bangau perahu dan ukiran alat muzik seperti rebab. Cat dan air perada emas digunakan juga di mihrab, mimbar dan ukiran khat pada bangunan masjid di seluruh Semenanjung.    Pada    keseluruhannya    ukiran    kayu    Melayu    menegaskan sifat keaslian bahan kayu yang digunakan yang memaparkan jalinan selain kemasan.

2.2.2 Ukiran batu

Terdapat banyak kesan-kesan sejarah yang membuktikan bahawa seni ukiran batu telah

lama wujud. Jika disorot kembali, seni ukiran batu merupakan hasil peninggalan sejarah

kebudayaan Megalitik atau Zaman Kebudayaan Batu Hidup. Di Semenanjung Tanah

Melayu, kesan-kesan awal mengenai kedatangan agama Islam yang dapat dipegang

sebagai bukti ialah Batu Bersurat Terengganu bertarikh awal kurun keempat belas. Batu

Bersurat tersebut dapat dianggap sebagai satu bahan seni yang terawal dijumpai

selepas agama Islam menjadi pegangan hidup orang-orang Melayu. Manakala batu-batu

yang berbentuk kasar dan tidak berukir pula digunakan sebagai batu nisan atau

kegunaan agama. Penggunaan-penggunaan ini boleh disifatkan sebagai bentuk arca

yang awal. Peninggalan warisan ini merupakan karya seni yang tidak ternilai dan menjadi

khazanah negara yang terpenting.

2.1.3 Ukiran logam/ tembaga

Pengenalan Di Semenanjung Malaysia penggunaan bahan logam dalam keperluan hidup

manusia telah bermula sejak zaman purba lagi. Kepandaian menggunakan bahan logam

di zaman purba adalah sesuatu yang sangat menarik kerana logam adalah bahan yang

tidak boleh dipecah-pecahkan untuk menghasilkan sesuatu alat seperti alat-alat yang

diperbuat daripada batu. Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan

Page 8: HBAE 3103 kraf

hingga kini. Orang-orang Melayu juga banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat

yang diperbuat daripada logam. Seni ukiran pada alat-alat logam yang dihasilkan oleh

tukang-tukang Melayu dapat kita lihat pada senjata-senjata tradisional, peralatan rumah,

perhiasan diri serta barangan-barangan lain. Maklumat berkaitan seni ukiran logam

daripada perak dan tembaga akan dipaparkan menerusi bidang ini.

Logam tembaga ditemui manusia kira-kira 8000 tahun sebelum Masehi. Sekitar 4500

kemudian, manusia menemui teknik untuk mencampurkan tembaga dengan timah.

Campurai atau aloi dua logam itu dikenali sebagai gangsa. Di Greece, Zaman Gangsa

bermula sebelum 3000 SM dan di China, sekitar 1800 SM. Kemahiran kerja logam

dipercayai diketahui di Asia Tenggara sejak lama sebelum era Masihi lagi. Ekskavasi

arkeologi di Phumi Mlu Prey, Kemboja telah menemui kesan-kesan kerja pengacuan

gangsa dan besi yang diusahakan sebelum abad pertama Masihi. Artifak gangsa juga

telah diperolehi daripada ekskavasi yang dijalankan di tapak tamadun Dong Son,

Vietnam yang wujud antara abad kelima dan abad pertama SM. Di Malaysia, artifak

gangsa yang tertua ialah genta (loceng) yang ditemui di daerah Klang yang banyak

mempunyai persamaan ciri dengan genta gangsa Dong Son. Artifak tembaga yang tertua

pula ialah gong yang ditemui di Terengganu. Perusahaan tembaga di negara ini

kebanyakannya berpusat di pantai timur Semenanjung iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Tukang-tukang tembaga yang mahir dikenali sebagai 'pandai tembaga'.

2.3 Tekat

Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam

benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang

untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk

membentuk bunga tekat. Tekat menekat ini juga disebut 'sulaman timbul' atau 'suji

timbul'. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan

penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain

baldu dan juga rupabentuk ciptaannya. Di Malaysia, pusat-pusat seni tekat berkembang

di negeri Perak, Pahang dan Johor.

Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.

Page 9: HBAE 3103 kraf

2.4 Tenunan

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.

2.5 Anyaman

Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional

masyarakat di nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil

kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak

menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan

anyaman. Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza, cuma

bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman. Antara tumbuh-tumbuhan

yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah buluh, mengkuang, rotan, ribu-ribu

dan lidi. Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan

seni anyaman.

Page 10: HBAE 3103 kraf

Anyaman Buluh

Anyaman Pandan dan Mengkuang

Anyaman Rotan

Anyaman Ribu-ribu

Anyaman Lidi

(b) menjelaskan proses penggarapan motif berasaskan kepada subjek alam iaitu flora, arabes,

geometri dan memberi contoh-contoh yang bersesuaian

Daripada contoh lima kraf diatas boleh dilihat dengan jelas di mana motif alam semulajadi

merupakan motif yang digarap di dalam hasil-hasil tersebut. Bentuk-bentuk motif batik

dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik

berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan

haiwan.

Contoh Motif Organik adalah seperti motif ayam, motif bunga buluh , motif bunga raya, dan

lain-lain lagi.

Ukiran kayuberbentuk wau

Page 11: HBAE 3103 kraf

Contoh Motif Geometrik pula ialah seperti Motif Pucuk Rebung, Motif Bunga Kotak

Bercampur keluk pinggir awan persegi, pilin berganda’,  buntut  siput,  parang  rosak,  banji, 

ceplok,  jalur,  kawung, kisi-kiri dan swastika.

Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara

motif-motif songket Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam

semulajadi, motif tumbuh-tumbuhan, motif binatang, motif alam/benda, dan motif kuih dan

lain-lain.

Motif tumbuh-tumbuhan dan motif geometri. Rupabentuk tekatan terbahagi kepada dua

iaitu dua dimensi dan tiga dimensi. Rupabentuk dua dimensi ialah seperti tikar, kipas dan

penyangkut kelambu, selempang dan tetampan (Lapik dulang). Rupabentuk tiga dimensi

pula seperti tepak sirih, sarung bantal, kusyen, kasut dan tudung saji. Tudung saji

dibentuk tiga segi (kon) berongga. Bahagian yang dihias ialah bahagian luar dari puncak

hingga ke tapaknya. Acuannya dibuat daripada daun nipah atau rumbia yang diikat

dengan rotan atau buluh.

Page 12: HBAE 3103 kraf

(c) menjelaskan ciri-ciri Seni Islam serta pengaruh budaya dalam hasil kesenian Melayu

dari aspek estetik, fungsi dan makna.

C.Analisis secara terperinci dan dibuktikan dengan contoh-contoh yang baik dan jelas dalam

menyatakan keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dan Melayu.

Page 13: HBAE 3103 kraf

D.Jenis-jenis kraf dijelaskan secara terperinci dan disertakan dengan sekurang-kurangnya

TIGA maklumat sokongan seperti falsafah, makna, konsep sains, matematik dan nilai

terperinci yang diolah secara kreatif. Juga disertakan dengan bukti yang kukuh.