23
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER TAHUN 2014 (SMP) HBAE3103 KRAF TRADISIONAL Bil 1si Kandung M/S 1.0 Pengenal

HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

Embed Size (px)

DESCRIPTION

psv

Citation preview

Page 1: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER

TAHUN 2014

(SMP)

HBAE3103

KRAF TRADISIONAL

Page 2: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

Bil 1si Kandung M/S

1.0 Pengenalan

2.0 Jenis-Jenis Kraf Tradisional

2.1 Empat Jenis Kraf

2.2 Motif Ragam Hias

3.0 Motif Ragam Hias Yang Dipengaruhi Alam Sekitar

4.0 Fungsi Motif Ragam Hias

5.0 Aktiviti Masyarakat Tradisional

6.0 Kesimpulan

Bibliografi

Lampiran

Page 3: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

1.0 Pengenalan

Dalam pengajian kursus semester September 2014 ini, tugasan yang diberi adaah

berkaitan kraftangan Melayu. Kraf Tradisional membincangkan kepelbagaian kraf tradisional

bertujuan untuk memahami jenis-jenis kraf yang terdapat di Malaysia. Tugasan ini memerlukan

kami untuk mengupas dan menghuraikan dengan jelas motif ragam hias seni kraf Melayu yang

dipengaruhi oleh alam sekitar, fungsi motif-motif tersebut kepada budaya dan aktiviti

masyarakat tradisional yang dapat dikaitkan dengan ragam hiasnya.

Kita sering mendengar istilah kraf dalam kehidupan ini seperti kraftangan dan kraf

tradisional. Dalam sistem pendidikan Malaysia, kraf tradisional merupakan salah satu bidang

dalam mata pelajaran dunia seni visual. Penerapan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

merupakan salah satu alternatif memperkenalkan seni warisan kepada generasi muda.

Sebagaimana yang kita maklum, masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus

yang diwarisi sejak zaman berzaman seperti tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya

adalah antara seni halus yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada

pelbagai kaum dan kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap

hasil kerja tangan tradisional ini.

Dalam masyarakat Melayu, kraftangan adalah simbol kepada kehalusan gaya hidup yang

dapat dilihat melalui kehalusan hasil kraf yang dihasilkan. Ia juga dapat menggambarkan

keperibadian atau tingkah laku orang Melayu yang bersifat sabar, tekun, teliti, bersungguh-

sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan sekaligus dapat mencerminkan tamadun yang

dicapai oleh nenek moyang kita. Ketamadunan orang Melayu dapat dilihat berdasarkan pelbagai

seni kraf berasaskan sumber alam semulajadi dicipta hasil daripada pemikiran kreatif dan

inovatif mereka. Pada peringkat awalnya, barangan kraf ini dijadikan sebagai barangan kegunaan

harian tetapi akhirnya ia telah menjadi sumber ekonomi yang utama.

Page 4: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

1.1 Kraf Tradisional

Kraf tradisional adalah kegiatan kerja seni yang dihasilkan menggunakan kemahiran

tangan dan merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita. Kraf tradisional

yang dihasilkan kaya dengan unsur-unsur budaya yang dapat dilihat melalui bentuk, gaya, sifat,

garis, gerak dan warnanya. Ianya dihasilkan menggunakan kaedah reka bentuk dan hiasan

tertentu di samping kepelbagaian bahan yang digunakan dalam penghasilannya. Di Malaysia

terdapat beberapa kraf tradisional  seperti batik, tembikar, anyaman, ukiran, tenunan. Lazimnya

kraf tradisional dihasilkan untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai

Melayu sentiasa mencipta barang-barang kraf supaya boleh digunakan atau sebagai bahan yang

indah dengan tujuannya yang berbeza-beza. Seni Melayu adalah penjelmaan unsur-unsur dari

alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Terhasilnya karya-karya ini dengan kuatnya

pengamatan atau pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian, seterusnya

mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam sehingga wujud kelainan dan

keunikan antara karya-karya seni dalam kebudayaan Melayu dengan karya seni kebudayaan-

kebudayaan besar di dunia dan karya-karya seni kebudayaan kelompok masyarakat lain yang

berhampiran dengannya.

1.2 Definisi Kraf Tradisional

Ungkapan “Keluaran Kraf Tangan” bermaksud apa-apa keluaran artistik yang

mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses

yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-

apa barang, yang dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian

(Akta 222- Akta Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia 1979). Kraf tradisional boleh

didefinisikan sebagai perusahaan (kerjaseni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang

memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun temurun.

Page 5: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

Dengan itu perkataan ‘Kraf’ adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan

kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang

dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha. Menurut Kamus

Dewan edisi ketiga ‘Tradisional’ bermaksud berkaitan dengan, bersifat, atau mengikut tradisi.

Dengan kata lain tradisional didefinisikan sebagai tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke

satu generasi. Selain itu, ‘Kraf Tradisional’ boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni)

yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang

diwarisi turun-temurun. Ini membawa maksud bahawa kraf tradisional merupakan satu aktiviti

yang memerlukan kemahiran menggunakan tangan dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan

alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-

pengusaha yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar,

batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing perhiasan diri dan lain-lain lagi.

2.0 Jenis-jenis Kraf Tradisional

Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan

memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan

kraftangan itu memerlukan kepakaran dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang

teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan

kraftangan tersebut memerlukan daya estetika untuk memberikan reka bentuk yang indah dan

menarik. Di Malaysia terdapat beberapa kraf tradisional  seperti seni batik, tembikar, nyaman,

tenunan songket, ukiran kayu dan tekat. Dalam tugasan ini saya akan mengemukakan empat

kraftangan untuk dikupas mengikut tugasan yang diberikan.

Page 6: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

2.1 Empat Kraf Pilihan

2.1.1 Anyaman

Anyaman merupakan kraf tradisional. Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak

dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat Melayu dan rumpun nusantara.

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk

dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh

dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini

biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung

kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-

mana. Kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa

bentuk yang digunakan sehari-harian. Anyaman tradisi Melayu mempunyai ragam hias atau

corak berasaskan motif-motif tertentu. Terdapat ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman,

iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang

"berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa

memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai

"gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi

seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang.

Page 7: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

2.1.2 Batik

Batik adalah kraf tradisi yang terkenal di Malaysia. Batik ialah sejenis barangan kraf

yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain atau dilukis. Batik Lukis

biasanya menggunakan motif flora dan fauna dan dilukis menggunakan canting yang mempunyai

corong halus bagi mengalir lilin panas yang bertindak sebagai penebat diantara ruang warna bagi

membentuk corak-corak yang sesuai dengan rekaan yang dihasilkan. Warna akan disapu pada

permukaan kain dengan menggunakan berus warna. Batik terap dihasilkan dengan menggunakan

blok logam yang diperbuat daripada tembaga atau kepingan zink. Untuk menghasilkan corak

pada blog kepingan zink perlu dipateri dengan timah. Blok corak batik juga menggunakan lilin

panas sebagai penebat bagi menghasilkan corak batik blok seperti yang dirancang. Dalam

penghasilan batik, unsur utama yang menjadi batik itu unik adalah dengan adanya motif-motif

yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarnakan dengan sempurna. Motif-motif yang

digunakan biasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional.

2.1.3 Tenunan

Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli

antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk

dijadikan sehelai kain. Tenunan berasal dari perkataan tenun (perbuatan) : merupakan kaedah

penghasilan fabrik yang melibatkan bahan asas dan peralatan yang digerakkan oleh tenaga dan

daya fikir manusia . Motif bagi songket dihasilkan di atas kain tenungan tangan. Terdapat lebih

dari 100 motif tradisional yang ditenun di atas kain songket sarung. Penenun-penenun tradisional

biasanya tinggal di kampung-kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok

Page 8: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

buah-buahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh. Mereka

sangat kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang kuat dan pemerhatian yang tajam.

.

2.1.4 Ukiran

Ukiran diperbuat daripada kayu, gading atau tanduk yang diukir. Menurut istilah dewan

bahasa: Seni ukiran merupakan satu proses menorah, menggores, dan memahat dengan

menggunakan pahat untuk membuat reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan dan lain-lain.

Lazimnya ukiran digunakan sebagai  hiasan yang  digunakan pada bangunan, rumah serta

alatan,alat perhiasan dan senjata. Sarung keris dan ulu keris misalnya dihasilkan dengan adunan

seni pertukangan dan ukiran. Kesimpulannya, ukiran kayu adalah kerja mengukir atau

menggores kayu mengikut reka corak yang tertentu dengan menggunakan alatan seperti pahat,

pisau, dan sebagainya. 

Page 9: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

2.2 Motif Ragam Hias

Keindahan dunia Melayu bukan hanya dalam seni pengucapan yang meliputi syair

gurindam, jampi serapah, pantun teromba dan ratusan yang lainnya. Malahan, keindahan alam itu

diabstrak pula pada seni kraf tradisional. Motifnya diambil dari tumbuh-tumbuhan, manusia,

haiwan dan kosmos (alam semesta yang lebih luas) dilakar dan digarap dengan gagasan,

wawasan, aspirasi, falsafah, emosi dan intelektual bangsa Melayu. Penciptaan barang-barang

kraf tradisional memerlukan kepandaian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas

sejak dari proses awal hingga sesuatu hasil kraf tangan itu tercipta. Barang- barang ini kaya

dengan unsur-unsur budaya melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Barang-

barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Tukang pandai

melayu telah menghasilkan bahan-bahan kraf tradisional yang bukan sahaja berguna tetapi juga

dimasukkan unsur-unsur seni yang indah dan menarik.

Ragam hias merupakan bentuk dasar hiasan yang biasanya akan menjadi pola yang

diulang-ulang dalam sesuatu karya kerajinan atau seni. Karya ini dapat berupa tenunan, tulisan

pada kain contohnya batik, songket, ukiran atau pahatan pada katu atau batu. Ragam hias ini

dapat diubahsuai sehingga bentuknya bervariasi. Variasi ragam hias biasanya khas untuk satu

unit budaya pada era tertentu sehingga dapat menjadi petunjuk bagi para sejarahwan atau

arkeologi. Motif didefinisikan sebagai satu imej atau rupa yang dijadikan dasar atau corak pada

sesuatu karya seni tampak. Dalam erti kata lain, satu motif akan diulang atau digabungkan

dengan pelbagai motif untuk menghasilkan corak yang seimbang dan harmoni. Motif merupakan

unsur seni yang paling penting dalam menghasilkan corak pada permukaan kraf tradisional

Melayu. Dalam kraf tradisional Melayu, motif bertindak sebagai penyampai hasrat pemikiran

dan kehendak pengkarya kerana motif itu sebenarnya mengandungi pengertian, kegunaan dan

falsafahnya tersendiri yang boleh memberi kebaikan, pengajaran dan peringatan kepada

masyarakat Melayu.

Page 10: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

3.0 Motif Ragam Hias Yang Dipengaruhi Alam Sekitar

Motif adalah suatu unit lakaran yang diulang-ulang untuk menghasilkan corak

gubahan yang lengkap dan yang paling menonjol dan sesebuah karya. Ia merupakan

unsur yang penting dan lazimnya mengandungi makna. Motif juga menyerlahkan konsep

dan tema dalam menghasilkan sesuautu karya (Ocvirk, et. al, 2002). Motif juga boleh

ditakrifkan sebagai unsur -unsur visual atau imej dalam sesebuah kerja seni. Penciptaan motif

dalam kraftangan Melayu sememangnya amat dipengaruhi oleh alam sekitar. Mengikut Ku

Zam Zam (1984 & 1989), alam sekitar merupakan sesuatu yang menjadi sumber penting dalam

penghasilan motif orang Melayu. Kebanyakan corak yang dihasilkan biasanya ada hubungan

harmoni antara kehidupan mereka dengan alam sekeliling. Penghasilan kraf biasanya bertitik

tolak dari rasa kesedaran terhadap keperluan gunaan dan estetika atau keindahan.

Elemen alam sekitar yang menjadi motif penting dalam kraftangan Melayu boleh

dibahagikan kepada tiga kategori iaitu elemen alam sekitar flora, fauna dan kosmos. Motif

elemen alam sekitar flora iaitu motif bunga ialah motif yang paling popular digunakan dalam

kraftangan Melayu. Motif-motif kraf tradisional yang memanfaatkan elemen flora, fauna dan

kosmos ini bukan sahaja memaparkan nilai estetika malah mengandungi pendidikan moral

dan kepercayaan-kepercayaan animisme di sebaliknya. Jelasnya, elemen-elemen alam

sekitar flora, fauna dan kosmos telah digunakan sebagai motif kraftangan Melayu dengan cara

(gaya) yang sungguh unik iaitu dengan meletakkan kandungan pendidikan moral dalam setiap

elemen alam sekitar yang digunakan sebagai motif itu di samping memaparkan nilai estetika

hasil daripada kekreativitian pengkarya mengeksploitasi rupa bentuk elemen-elemen alam

sekitar terbabit.

2.2.1 Motif Batik

Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini

terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran. Bagi mereka apa

sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah sendiri boleh dijadikan corak. Oleh itu kita

boleh membuat kesimpulan bahawa motif-motif ini menunjukkan penyatuan masyarakat

Page 11: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

tradisional dengan alam. Motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam

hias yang menarik iaitu :

(a) Unsur flora

Fungsi unsur flora adalah untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora yang

digunakan seperti bunga, kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau

bertabur. Bagi menghiasi badan batik sarung motif yang digunakan ialah bunga, kuntum, putik,

ranting dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk lembut; helaian daun, kelopak serta

ranting dan bunga serta bunga disusun berdahan tegak. Untuk menghiasi bahagian kepala kain

(gunung) biasanya motif pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan

secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri akar-akar bunga air bunga bunga

bunga berbaling menjalar mata kasih anggerik berbaling (variasi)

Akar-akar menjalar Bunga air mata kasih

Bunga anggerik Bunga berbaling

Bunga berbaling (variasi)

Rajah 2.1:Contoh motif flora

(b) Unsur fauna

Unsur-unsur fauna adalah seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa,

bangau, ikan, kijang dan sebagainya

(c) Unsur geometri

(i) Fungsi motif unsur rupa geometri:

Untuk hiasan kaki atau gigi motif yang digunakan ialah susunan garis-garis halus, motif

parang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan manakala garis-garis lurus

yang direka dan disusun menjadi motif seperti cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan

Page 12: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

lain-lain lagi. Bagi menghiasi batik panjang motif yang digunakan ialah motif kawung dalam

susunan empat bentuk bujur. Selain itu, motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan

beberapa bentuk lain seperi bunga, unggas atau binatang dan garis berpalang digunakan bentuk

ini bukan geometri tulen, ia merupakan campuran gaya organik dan geometri. Contoh motif

unsur geometri: keluk pinggir awan persegi, pilin berganda’, buntut siput, parang rosak,

banji, ceplok, jalur, kawung, kisi-kiri dan swastika.

2.2.2 Motif Tenunan Songket

Terdapat tiga jenis motif dalam ragam hias songket:

(i) Motif berasaskan flora seperti pucuk rebung, bunga tanjung, bunga gorek,

bunga cengkeh, bunga telepok, bunga lawang dan bunga kunyit, bunga

baling-baling, bunga cina, bunga tampuk berembang dan bunga tampk

manggis.

Contoh motif flora

(ii) Motif berasaskan fauna seperti lawi ayam, kuda laut, dada kaki lapan, kupu-

kupu, ayam jantan, burung merak, siku keluang besar, siku keluang kecil dan

gigi belalang

Page 13: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

(iii) (Motif Berasaskan geometri iaitu bintag pecah lapan dan mahkota.

2.2.3 Motif Ukiran

Motif juga terdapat dalam ukiran di mana motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran

flora, seni khat, fauna, awan larat, koskos dan geometri. Bagi ukiran yang bermotifkan flora dari

segi daun adalah seperti bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, pucuk paku dan ringgit

manakala ukiran yang bermotifkan flora dari segi bunga adalah cempaka, kemunting, lawang,

ros, manggis dan lain-lain.

Antara motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran ialah flora, seni khat, fauna,

awan larat, kosmos dan geometri.

(a) Flora

(i) Daun: bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya,

ketola, ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk paku,

piya, pulut, setulang, selit, ringgit dan lain-lain.

(ii) Bunga: seperti cempaka, ketumbit, kecubung, kundur, kala bukit,

kemunting, kedup. Ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai, manggis, tanjung,

matahari, cengkih dan lain-lain.

(c) Fauna

(i) itik pulang petang

(d) Awan Larat - awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat ditiup angin

sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.

(e) Kosmos- Matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam dan lain-lain.

Page 14: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

2.2.4 Motif Anyaman

Kebanyakkan motif songket datangnya dari nama pokok-pokok dan sesetengah motif

songket datangnya daripada nama kuih Melayu dan dipercayai kuih-kuih ini adalah kesukaan

raja-raja seperti ’seri kaya’ dan ’tepung talam’.

Ragam hias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan

beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula

terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur . Motif kain songket terdiri

daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif yang sering digunakan

meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan. Motif-motif

rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan

teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motif-

motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan

bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. Manakala motif

'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

Page 15: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

3.1 Fungsi Motif

Motif menjadi unsur visual yang utama dalam karya seni dan ia juga

merupakan imej yang dihasilkan bagi mengindahkan sesuatu hasil kraftangan termasuk

tekstil. Pereka bentuk motif dalam penghasilan kraftangan biasanya mendapat ilham

daripada alam persekitarannya. Kraftangan tanpa corak-corak motif akan dilihat lesu

ataupun hambar. Terdapat pelbagai motif yang biasa digunakan sebagai ragam hias senireka

corak kraf tekstil tardisional Malaysia. Jelasnya, elemen-elemen alam sekitar flora, fauna dan

kosmos telah digunakan sebagai motif kraftangan Melayu dengan cara (gaya) yang sungguh

unik iaitu dengan meletakkan kandungan pendidikan moral dalam setiap elemen alam sekitar

yang digunakan sebagai motif itu di samping memaparkan nilai estetika hasil daripada

kekreativitian pengkarya mengeksploitasi rupa bentuk elemen-elemen alam sekitar terbabit.

Motif dari alam semulajadi yang dipilih menjadi fungsi hiasan bagi mengindahkan hasil kraf.

Selain itu motif juga menjadi berfungsi estetika. Fungsi estetika dalam konteks seni

kraf dan pertukangan orang Melayu ialah dalam erti kata kesempurnaan pembuatan hasil

tangan dalam segi keindahan visualnya yang sesuai dengan fungsi barangan yang dicipta oleh

pembuat. Bukan semua peninggalan hasil kraftangan mempunyai nilai estetika yang tinggi

Page 16: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

terutama apabila usaha mengolah ubah corak dan rupa bentuk berlaku tanpa mengetahui

nilai yang tersirat yang ada pada hasil seni yang asal.

Selain itu motif alam sekitar yang dipilih juga menjadi fungsi simbolik yang

mengandungi unsur-unsur simbolik berkaitan dengan kehidupan rohaniah manusia. Simbol

didefinisikan oleh Needham yang dipetik oleh Othman Yatim (1989), sebagai sesuatu yang

mewakili sesuatu perkara yang lain. Beliau juga berpendapat bahawa simbolisme adalah penting

kerana ia bertujuan menandakan sesuatu yang penting dari segi sosial dan mendorong manusia

untuk mematuhi dan mengenali nilai-nilai yang patut ada untuk mereka hidup bersama-sama.

Di dalam kraf tradisional Melayu, motif bersimbolik kebanyakannya terdiri dari jenis

fauna dan kosmos yang dipercayai dapat memberi ketenangan hati, kebahagian dalam hidup dan

keagungan Tuhan yang mencipta alam semesta. Motif bunga tanjung yang paling popular dalam

kraf tradisional Melayu adalah simbol kepada “selamat datang kepada tetamu” atau kedatangan

tetamu ke rumah mereka sangat dialu-alukan. Kebanyakan motif bunga berbentuk bulat yang

melambangkan alam semesta. Motif awam larat memperlihatkan sifat kehalusan budi pekerti

manakala liuk-lintuk daunnya melambangkan sopan-santun orang Melayu. Motif ini juga

simbolik kepada sifat Tuhan yang tiada permulaan dan tiada pengakhirannya manakala motif

sulur bayung melambangkan pemusatan kepada suatu kuasa yang maha tinggi martabatnya.

4.0 Fungsi Motif Ragam Hias Kepada Budaya Masyarakat

Sumber alam semulajadi seperti flora dan fauna yang terdiri dari berjenis-jenis bunga-

ungan, daun-daun, pokok-pokok menjadi inspirasi kepada pereka bentuk motif. Hidupan hutan

juga menjadi sumber idea kepada pereka bentuk motif yang mengubah suai dan

melakukan penggayaan imej-imej fauna seperti unggas dan haiwan. Antara bentuk-bentuk

motif yang biasa terdapat dan diguna pakai dalam seni kraf Melayu termasuklah kupu-kupu,

siput, keluang, itik, ikan, gajah dan lain-lain lagi. Penggunaan flora dan fauna sebagai sumber

motif ada lah didapati sangat sesuai dan diterima pakai oleh masyarakat Melayu. Sumber motif

dari kosmologi iaitu alam geografi dan cakerawala yang terdiri daripada gunung ganang,

Page 17: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

teluk, ombak, bulan, bintang, langit, awan dan matahari juga dijadikan sumber idea untuk

melahirkan motif. Dari penggunaan sumber kosmologi ini, motif-motif dapat dijelmakan ke

atas permukaan melalui beberapa perkembangan idea. Idea inilah yang terdapat pada

barangan kraf seperti batik, songket, anyaman, ukiran dan tembikar.

Untuk proses mengadaptasi pula pereka menggunakan pengalaman yang ada untuk

mengadaptasi sumber dari alam semulajdi kepada barangan kraftangan kerana kebanyakan

barangan kraftangan ini mempunyai bahan dan teknik penggunaan yang berbeza seperti kain

batik, songket, tekad dan sulaman. Motif kosmos adalah motif yang berkaitan dengan

cakerawala yang banyak diaplikasikan dalam ukiran kayu. Motif ini biasanya diletakkan di

bahagian tebar layar, perabung dan atap sesuai dengan kedudukan sebenarnya di dalam sistem

cakerawala (bahagian atas). Terdapat pelbagai nama motif awan seperti awan telipuk, awan

boyan, awan semayang, awan selipat, awan jawa dan awan larat. Dipercayai motif-motif ini

adalah pengamatan tukang-tukang ukiran kayu terhadap pergerakan awan yang berserakan di

langit. Awan-awan ini melarat-larat ditiup angin sehingga menghasilkan pelbagai bentuk

kepulan-kepulan awan yang indah.

5.0 Aktiviti Masyarakat Tradisional

Masyarakat Melayu tradisional melakukan pelbagai aktiviti ekonomi sebelum abad ke

15M. Pada peringkat awal, mereka bertani, menangkap ikan, menternak binatang dan memburu

untuk keperluan sendiri. Aktiviti pertukangan kayu, besi dan kraf tangan juga dijalankan

masyarakat ini. Pertukangan kayu melibatkan pembinaan rumah, istana dan mereka

perahu. Mereka juga membuat senjata daripada besi. Antara barang kraf tangan yang dihasilkan

ialah bubu. Tikar mengkuang diperbuat daripada rotan, buluh dan kayu. Kehidupan masyarakat

Melayu tradisional sama seperti masyarakat awal di tempat lain iaitu amat bergantung kepada

persekitaran seperti sungai, hutan dan tanah. Mereka telah mengeksploitasi sumber

persekitaran ini untuk menampung keperluan seharian

Page 18: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

Dalam kehidupan seharian, manusia akan cuba memenuhi keperluan kehidupan yang

baik dan bermakna, tak kira di mana mereka berada. Bagi memenuhi keperluan ini manusia akan

menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan sesuatu yang dapat memudahkan urusan

seharian mereka. Mungkin cara yang berbeza tetapi matlamatnya sama untuk memenuhi

keperluan kehidupan yang lebih selesa. Pada peringkat awal, manusia banyak beradaptasi dengan

alam dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka banyak belajar dari alam dan meniru alam

persekitaran yang melingkungi hidup mereka. Manusia mencipta peralatan dan kelengkapan

yang merupakan keperluan dalam kehidupan mereka berpandukan alam sekeliling. Hubungan

manusia dengan alam telah membentuk satu peraturan yang memerlukan mereka saling

menghormati antara satu sama lain. Keadaan itu bergantung kepada alam sekeliling tempat

tinggal dan perkembangan sejarah kehidupan. (M Philip Dalam Zahidi 2009: hlm 2).

Ciri yang paling penting dalam kehidupan masyarakat tradisional adalah kebergantungan

mereka terhadap lingkungan alam sekitarnya. Aktiviti masyarakat tradisional berkait rapat

dengan penempatan awalnya yang tinggal di pinggir-pinggir hutan dan di tepi-tepi sungai,

tumbuh-tumbuhan dan haiwan ini dijadikan sebagai sumber motif pada kraf. Pada masa itu,

hutan memainkan peranan penting sebagai sumber rezeki utama untuk membekalkan hasil hutan

seperti rotan, kayu-kayan, hasil pemburuan dan juga tempat tinggal haiwan. Hutan juga dapat

membekalkan keperluan harian seperti sayuran tradisi, bahan perasa, ulam-ulaman, bahan ubatan

tradisional dan juga buah-buahan. Selain itu, cakerawala turut diberi perhatian oleh masyarakat

dahulu. Pemerhatian kepada bentuk-bentuk awan memberi panduan kepada mereka dalam

menjalani kehidupan harian, contohnya seperti menentukan musim hujan. objek-objek alam

semulajadi yang mempunyai keindahannya tersendiri menjadi motif di dalam kraf tradisional

orang Melayu dalam kehidupan harian mereka. Kesemua teknik menghasilkan motif itu adalah

bergantung kepada bahan yang digunakan oleh pengkarya. Kesesuaian teknik, peralatan dan

bahan adalah penting bagi memastikan karya yang dihasilkan sempurna, halus dan tinggi mutu

seninya. Sebagai contoh, untuk menghasilkan motif-motif dalam kerja seni ukiran, kemahiran

melukis, mengukir dan memahat diperlukan bagi menghasilkan pola corak ukiran yang

sempurna.

Page 19: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

Kesimpulan

Perbincangan di atas menjelaskan bahawa penciptaan motif-motif dalam kraftangan

Melayu banyak dipengaruhi oleh objek dari alam semulajadi. Faktor utama ini terjadi disebabkan

cara hidup orang Melayu ialah di pinggir-pinggir hutan dan sungai. Sebenarnya

pengeksploitasian bahan dari alam semulajadi bukan sahaja tertumpu pada motif sahaja malah

dari peringkat awal penciptaan kraf iaitu bahan asas, pewarna, peralatan, pencucian dan

pembakaran semuanya adalah bergantung kepada bahan dari alam semulajadi. Pengalaman demi

pangalaman yang diperolehi oleh tukang-tukang kraf menjadikan barangan kraftangan

mengalami perkembangan yang menakjubkan dari sesuatu bentuk dan motif yang ringkas kepada

yang lebih kompleks di samping mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Kajian ini juga mendapati bahawa motif-motif kraf tradisional bukanlah untuk

memaparkan “keindahan semulajadi‟ semata-mata tetapi ia turut menggabungjalinkan

pendidikan dan kepercayaan-kepercayaan animisme di sebaliknya. Pendidikan tradisional bagi

masyarakat Melayu lama disebarkan melalui lisan oleh orang-orang tua. Fungsi pendidikan

ketika itu ialah bagi membolehkan individu tertentu mengatur cara hidup di samping

mengamalkan nilai-nilai murni bagi melahirkan sebuah masyarakat yang aman damai. Tukang-

tukang seni khasnya ukiran kayu banyak mengaplikasikan pendidikan moral secara visual iaitu

motif ukiran berdasarkan sifat-sifat binatang yang ada pengajaran baik dan buruknya. Ukiran

yang telah siap akan diletakkan di tempat yang strategik untuk peringatan seisi rumah.

Begitulah keistimewaan bangsa Melayu lama dalam menghargai alam semulajadi dan

melahirkan kepekaan mereka terhadap alam sekitar yang diciptakan Tuhan. Pelbagai nama

bunga, haiwan dan kosmos digubah bentuknya agar sesuai digunakan sebagai motif dalam kraf.

Ternyata orang Melayu zaman dahulu mempunyai pengetahuan yang amat kaya tentang nama-

nama bunga yang ada di persekitaran mereka. Mereka bukan sahaja rapat dengan alam sekitar

tetapi mengetahui kegunaan objek-objek alam semulajadi itu yang boleh mendatangkan pelbagai

faedah kepada mereka. Bunga ator, kerak nasi, gedong, ketamguri, asam batu, sarung cekak dan

cabit antara tumbuhan-tumbuhan yang kurang dikenali oleh generasi kini yang amat popular dan

berguna kepada masyarakat Melayu lama.

Page 20: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

Hubungan erat antara orang Melayu dengan alam sekitar, serta kepekaan mereka dalam

meneliti kehidupan dan peredaran alam sekitar, seperti tumbuhan memberikan peluang kepada

mereka untuk memindahkan keindahan alam sekitar itu kepada ragam hias dalam tradisi seni

rupa. Misalnya motif, jalur, warna dan seumpamanya banyak menyatakan hubungan mereka

dengan tumbuhan. Tumbuhan memberikan mereka kepuasan dan keharmonian jiwa. Kepekaan

mereka dalam meneliti alam sekitar membolehkan mereka memindahkan secara terperinci

sesuatu itu kepada media lain. Misalnya, keindahan pada daun, ranting dan bunga yang dapat

diteliti dari urat-uratnya. Justeru, hasil seni rupa Melayu merupakan manifestasi daya kreatif dan

pemikiran manusia Melayu.

Page 21: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

Bibliografi

Abdul Latiff Abu Bakar. 2001. Adat Melayu Serumpun. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Aziz Deraman. 1975. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Ministry of Culture, Youth and Sports.

Aziz Deraman. 1979. Kearah Reka Bentuk Baru Dalam Perusahaan Kraftangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

 Jasman Ahmad & Nora Hj.Samat. 2001. Siri Ensiklopedia Kebudayaan: Kemahiran Seni Kraf.

Kuala Lumpur: Jade Green Publications Sdn. Bhd.

Kamus Dewan. 1993. Dewan Bahasa dan Pustaka./ Kuala Lumpur: Kementerian Pendididkan Malaysia.

Khairuddin Talib. (HBAE3103 Kraf Tradisional. Selangor Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Mohamad Nazri Ahmad. 2000. Siri Kraf Tangan: Batik & Seni Ukiran Keris.Kuala Lumpur: Pustaka Mawar.

Mohamad Nazri Ahmad. 2000. Siri Kraf Tangan: Seni Anayaman. Kuala Lumpur: Pustaka Mawar.

Mohamad Nazri Ahmad. 2000. Tembikar & Tengkolok. Kuala Lumpur: Pustaka Mawar.

Norhana Ismail.(2001), Ekpresi Seni Ukir dalam Senibina Melayu sebagai Suatu PenerapanUnsur -Unsur   Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan

Othman Mohd. Yatim, 1989 Warisan Kesenian dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Othman Mohd. Yatim. 1979. Keramik Asing Dalam Budaya Melayu. Dewan Bahasa & Pustaka:

Raja Ahmad Aminullah & A.Rahim Abdullah. 1999. Isu-Isu Cabaran Tradisi & Seni Sezaman; Dialog Budaya, Sastera & Seni Rupa. Perak Darul Ridwan: Yayasan Kesenian Perak.

Selvanayagam, Grace Impan. 1981. Kain Songket Patterns in Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: University of Malaya.

Siti Zainon Ismail (1986),  Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan BahasaDan Pustaka

Siti Zainon Ismail. 1986. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. 1993. Rupa & Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Yusman Ayob & Mohamed Roselan Malek. 1995. Kraftangan Dan Seni Bina Tradisional. Petaling Jaya: Penerbitan Prisma Sdn. Bhd.

Page 22: HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

HBAE3103: KRAF TRADISIONAL 2014

(255 pp)