9
PENGENALAN Jika anda seorang guru seni, anda perlu memberi peluang kepada pelajar untuk menafsir keindahan mengikut persepsi mereka sendiri. Ini kerana, keindahan tidak akan bererti kepada pelajar atau penghayat seni seandainya mereka hanya memahami karya seni dari luaran sahaja. Menurut Al-Ghazali, karya seni yang melahirkan rasa nikmat dan kepuasan bergantung kepada orang yang menghasilkan sesuatu tanggapan. Persepsi keindahan sebenar perlu diterangkan kepada pelajar agar mereka mampu membuat apresiasi berdasarkan sudut pandangan mereka sendiri. Aktiviti seni yang bersesuaian mampu membantu pelajar mempunyai sifat yang peka terhadap aspek luaran dan dalaman, serta memberi peluang kepada mereka untuk menghayati dan menilai keindahan alam maya ciptaan Tuhan. T T o o p p i i k k 7 7 Lawatan ke Galeri Seni/ Pusat Kraf/ Muzium/ Bangunan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Kefahaman mengenai kaedah dan pendekatan dalam menghasilkan apresiasi seni mengikut lokasi yang bersesuaian; 2. Menilai kaedah yang sesuai bagi kalangan pelajar dalam membuat apresiasi dan kritikan seni pada lokasi yang bersesuaian; dan 3. Memberikan idea dan penjelasan yang lebih baik kaedah yang pelbagai meningkatkan lagi kreativiti bagi setiap aktiviti yang dilakukan pada lokasi tertentu.

HBAE4303 topik 7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Aresiasi dan kritikan Seni

Citation preview

  • PENGENALAN Jika anda seorang guru seni, anda perlu memberi peluang kepada pelajar untuk menafsir keindahan mengikut persepsi mereka sendiri. Ini kerana, keindahan tidak akan bererti kepada pelajar atau penghayat seni seandainya mereka hanya memahami karya seni dari luaran sahaja. Menurut Al-Ghazali, karya seni yang melahirkan rasa nikmat dan kepuasan bergantung kepada orang yang menghasilkan sesuatu tanggapan. Persepsi keindahan sebenar perlu diterangkan kepada pelajar agar mereka mampu membuat apresiasi berdasarkan sudut pandangan mereka sendiri. Aktiviti seni yang bersesuaian mampu membantu pelajar mempunyai sifat yang peka terhadap aspek luaran dan dalaman, serta memberi peluang kepada mereka untuk menghayati dan menilai keindahan alam maya ciptaan Tuhan.

    TTooppiikk77 Lawatan ke Galeri Seni/ Pusat Kraf/ Muzium/ Bangunan

    HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Kefahaman mengenai kaedah dan pendekatan dalam menghasilkan

    apresiasi seni mengikut lokasi yang bersesuaian; 2. Menilai kaedah yang sesuai bagi kalangan pelajar dalam membuat

    apresiasi dan kritikan seni pada lokasi yang bersesuaian; dan 3. Memberikan idea dan penjelasan yang lebih baik kaedah yang

    pelbagai meningkatkan lagi kreativiti bagi setiap aktiviti yang dilakukan pada lokasi tertentu.

  • 90 TOPIK 7 LAWATAN KE GALERI SENI/PUSATKRAF/MUZIUM/BANGUNAN

    7.1 AKTIVITI DI GALERI SENI / MUZIUM Merancang dan menjalankan aktiviti Dalam merancang aktiviti di galeri seni atau muzium kita perlu mengambil kira beberapa aspek: i. Kesesuaian tempat untuk diadakan aktiviti ii. Jenis pameran yang berlangsung iii. Bilangan pelajar yang akan terlibat di dalam aktiviti tersebut iv. Aktiviti yang bersesuaian Apabila asas perancangan telah dapat dikenal pasti maka aktiviti dapat dijalankan dengan baik. Perancangan aktiviti: i. Kerja kumpulan - Pelajar perlu dibahagikan kepada kumpulan yang kecil seperti 2 orang dalam satu kumpulan ii. Memahami tema pameran seni yang diadakan dan menilai tema tersebut

    mengikut kesesuaian dengan persekitaran tempatan iii. Membuat penilaian mengenai karya seni atau atifak sama ada mempunyai

    nilai-nilai estetika tempatan iv. Memilih dan menilai beberapa karya seni atau artifak yang menepati nilai

    estetika tempatan dan tidak menepati nilai estetika tempatan. Pelajar perlu untuk menghasilkan perbandingan.

    v. Menghasilkan kritikan dan apresiasi seni mengikut kefahaman mereka sendiri.

    Aktiviti apresiasi seni Setiap kumpulan perlu menghasilkan apresiasi seni dengan membuat penilaian berdasarkan kefahaman mereka sendiri tanpa dipengaruhi oleh guru-guru. Kefahaman mengenai nilai-nilai estetika tempatan perlu diambil kira bagi memberikan apresiasi dengan lebih baik. Pelajar sebagai pengkritik seni perlu membuat penilaian secara ilmiah. Konsep apresiasi seni membantu pelajar menghayati dengan lebih mendalam, memahami, menghayati dan mengetahui secara asas proses akan penghasilan karya seni atau artifak.

  • TOPIK 7 LAWATAN KE GALERI SENI/PUSATKRAF/MUZIUM/BANGUNAN 91

    Laporan bergambar Dalam menghasilkan apresiasi seni, setiap kumpulan perlu menghasilkan satu bentuk laporan bertulis beserta gambar untuk memastikan tujuan lawatan lebih memberikan kesan. Pelajar sebaiknya mempersembahkan laporan bergambar di hadapan guru dan rakan-rakan bagi memastikan apresiasi seni yang dihasilkan dapat dikongsi bersama.

    Rajah 7.1:Contoh lokasi yang biasa dilawati oleh pelajar dalam memahami seni - Galeri Tenaga, TNB, Malaysia SSumber :http://www.bharian.com.my/

    Senaraikan kaedah dan pendekatan yang sesuai mengikut lokasi-lokasi berikut:

    i. Galeri seni ii. Pusat kraf iii. Muzium iv. Bangunan

    AKTIVITI 7.1

  • 92 TOPIK 7 LAWATAN KE GALERI SENI/PUSATKRAF/MUZIUM/BANGUNAN

    7.2 AKTIVITI DI PUSAT KRAF DAN PAMERAN Merancang dan menjalankan aktiviti Dalam merancang aktiviti di pusat kraf dan pameran kita perlu mengambilkira beberapa aspek: i. Aktiviti yang boleh dijalankan; ii. Kesesuaian tempat untuk mengadakan aktiviti; dan iii. Bilangan pelajar yang akan terlibat di dalam aktiviti tersebut Apabila asas perancangan dapat dikenal pasti, maka aktiviti akan dapat dijalankan dengan baik. Perancangan aktiviti: (i) Kerja berkumpulan; (ii) Pelajar perlu dibahagikan kepada kumpulan yang kecil seperti 5 orang

    dalam satu kumpulan; (iii) Memahami kraftangan mengikut jenis, nilai estetika, motif dan warna; (iv) Memilih dan menilai beberapa karya seni yang menepati nilai estetika

    tempatan; (v) Menghasilkan kritikan dan apresiasi seni mengikut kefahaman mereka

    sendiri; dan (vi) Menghasilkan satu kraftangan sekiranya lawatan dibuat di pusat

    kraftangan tersebut.

    Aktiviti apresiasi seni Setiap kumpulan perlu menghasilkan apresiasi seni dengan membuat penilaian berdasarkan kefahaman mereka sendiri tanpa dipengaruhi oleh guru-guru. Kefahaman mengenai nilai-nilai estetika kraftangan tempatan perlu diambilkira bagi memberikan apresiasi dengan lebih baik. Sebagai pengkritik, pelajar perlu membuat penilaian secara ilmiah. Apresiasi seni ini akan membantu pelajar menghayati dengan lebih mendalam, memahami, menghayati dan mengetahui mengenai penghasilan kraftangan.

    Laporan bergambar Bagi menghasilkan apresiasi seni yang bagus, setiap kumpulan perlu menghasilkan satu bentuk laporan bergambar untuk memastikan tujuan lawatan yang diadakan lebih berkesan.

  • TOPIK 7 LAWATAN KE GALERI SENI/PUSATKRAF/MUZIUM/BANGUNAN 93

    Pelajar perlu untuk mempersembahkan laporan bergambar di hadapan guru dan rakan-rakan bagi memastikan apresiasi seni yang dihasilkan dapat dikongsi bersama.

    Rajah 7.2: Rajah menunjukkan sekumpulan pelajar yang membuat lawatan ke pusat kraftangan dan seni. Sumber : www.dzulkiflisr.sm.kita.net.my

    7.3 AKTIVITI DI BANGUNAN/ARKITEKTUR Merancang dan menjalankan aktiviti Dalam merancang aktiviti di pusat kraf dan pameran kita perlu mengambilkira beberapa aspek:

    Di antara pendekatan lawatan dan pendekatan bertulis yang mana satukah lebih berkesan untuk dalam menghasilkan apresiasi karya seni di muzium. Bincangkan

    AKTIVITI 7.2

  • 94 TOPIK 7 LAWATAN KE GALERI SENI/PUSATKRAF/MUZIUM/BANGUNAN

    i. Tujuan aktiviti yang akan diadakan ii. Aktiviti yang boleh dijalankan

    iii. Kesesuaian bangunan untuk diadakan aktiviti. Cadangan bangunan: bangunan pejabat dan masjid.

    iv. Bilangan pelajar yang akan terlibat di dalam aktiviti tersebut

    Apabila asas perancangan telah dapat dikenal pasti maka aktiviti ada dapat dijalankan dengan baik.

    Perancangan aktiviti:

    i. Kerja kumpulan ii. Pelajar perlu dibahagikan kepada kumpulan yang kecil seperti 5 orang dalam

    satu kumpulan iii. Memahami bangunan mengikut

    Lokasi bangunan. Rekabentuk bangunan Hiasan dalaman

    iv. Menghasilkan kritikan dan apresiasi seni mengikut kefahaman mereka sendiri.

    Aktiviti apresiasi seni Setiap kumpulan perlu menghasilkan apresiasi seni dengan membuat penilaian berdasarkan kefahaman mereka sendiri tanpa dipengaruhi oleh guru-guru. Kefahaman mengenai nilai-nilai estetika seni bina dan kesesuaian yang terdapat dalam seni bina tersebut adalah perlu diambil kira bagi memberikan apresiasi dengan lebih baik. Pelajar sebagai pengkritik seni perlu berperanan membuat penilaian secara ilmiah. Apresiasi seni ini adalah untuk membantu pelajar menghayati dengan lebih mendalam, memahami, menghayati dan mengetahui tujuan bangunan dibina.

    Laporan bergambar Bagi menghasilkan apresiasi seni, setiap kumpulan perlu untuk menghasilkan satu bentuk laporan bertulis secara bergambar untuk memastikan tujuan lawatan yang diadakan lebih berkesan. Pelajar perlu untuk mempersembahkan laporan bergambar di hadapan guru dan rakan-rakan bagi memastikan apresiasi seni yang dihasilkan dapat dikongsi bersama.

  • TOPIK 7 LAWATAN KE GALERI SENI/PUSATKRAF/MUZIUM/BANGUNAN 95

    Rajah 7.3: Bangunan-bangunan yang unik seharusnya menjadi pilihan pelajar dalam menghasilkan apresiasi dan

    kritikan seni yang baik Sumber : http://www.flickr.com/photos/sirmart/2845592550/

    Bincangkan keberkesanan kaedah laporan lawatan dalam menghasilkan apresiasi dan kritikan seni di pusat kraf.

    AKTIVITI 7.3

    Bincangkan keberkesanan aktiviti-aktiviti di galeri seni, pusat kraf dan bangunan. Hasilkan esei dan bincangkan dengan rakan-rakan anda.

    AKTIVITI 7.4

  • 96 TOPIK 7 LAWATAN KE GALERI SENI/PUSATKRAF/MUZIUM/BANGUNAN

    Pelajar harus dibawa ke lokasi-lokasi yang bertepatan dengan subjek apresiasi

    dan kritikan seni. Sekiranya kita mahu pelajar menyelami keunikan artifak mahupun karya lukisan, lokasi yang tepat bagi sesi lawatan sambil belajar semestinya di muzium dan galeri seni. Jika kita mahu mendekatkan pelajar dengan seni budaya kita, adalah lebih sesuai pelajar dibawa ke kompleks mahupun pameran kraftangan yang sering diadakan oleh badan kerajaan, badan korporat mahupun oleh individu-individu tertentu. Sekiranya pelajar berada dalam jurusan seni bina, adalah lebih baik pelajar dibawa menghargai seni arkitek dengan melawat bangunan-bangunan tertentu.

    Ketika sesi lawatan, pelajar digalakkan mengambil gambar, mengajukan soalan

    atau membuat aktiviti berkumpulan mahupun secara individu. Dengan ini, pelajar dapat melibatkan diri secara terus dalam mendalami konsep apresiasi dan kritikan seni. Pelajar harus dibiarkan membuat penilaiannya sendiri tanpa pengaruh rakan mahupun guru. Dengan ini, pelajar dapat melahirkan pendapatnya dengan jujur.

    Seperti topik sebelumnya, untuk memastikan penghayatan pelajar terhadap

    apresiasi dan kritikan seni dengan lebih berkesan, perlu digalakkan pelajar untuk menyediakan laporan beserta gambar-gambar subjek yang ingin dinilainya. Turut digalakkan pelajar untuk berkongsi pendapatnya bersama rakan-rakan dan guru melalui kaedah pembentangan laporan mahupun perbahasan. Lebih menarik jika diadakan diskusi antara pelajar untuk perbincangan yang lebih kritis kerana setiap individu punya penilaian seni yang berbeza.

    Konsep Lawatan Bertulis Bergambar bangunan kraftangan

    Pusat kraf Galeri seni Seni bina Penghayatan Memahami

    RUMUSAN

  • TOPIK 7 LAWATAN KE GALERI SENI/PUSATKRAF/MUZIUM/BANGUNAN 97

    Mohd Johari Ab.Hamid (2004). Falsafah dan Kritikan Seni.Universiti

    Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan Bahasa

    dan Pustaka Kuala Lumpur Md Nasir Ibrahim. & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003).

    Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran

    Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

    RUJUKAN