29
PENGENALAN Secara umum terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Sebagai contoh kemahiran ini hanya memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada mereka. Kemudian meluahkannya semula sekiranya terdapat soalan yang memerlukan jawapan mereka. Sementara itu, kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan murid. Kemahiran berfikir aras tinggi ini mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini

Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dasd

Citation preview

Page 1: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

PENGENALAN

Secara umum terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah yang

tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Sebagai contoh kemahiran ini hanya

memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat yang

disampaikan oleh guru kepada mereka. Kemudian meluahkannya semula sekiranya terdapat

soalan yang memerlukan jawapan mereka.

Sementara itu, kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan kemahiran intelek yang

tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan

dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan

masalah dan membuat perancangan. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau

maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai

bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.

Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur,

mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka

sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam

pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan

wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan murid.

Kemahiran berfikir aras tinggi ini mempunyai kelebihan lain iaitu dapat

meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat

mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini

akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat

meningkatkan kefahaman dan memperkukuhkan pembelajaran dalam apa sahaja perkara

yang mereka pelajari nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid maka peranan

guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah

didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di

maktab atau universiti suatu ketika dahulu.

Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka

supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Dalam

proses pendidikan terdapat lima peringkat bagaimana kemahiran ini dapat disampaikan

kepada murid secara terancang iaitu melalui set induksi, penggunaan bahan asas atau bahan

bantu mengajar, aras soalan atau teknik menyoal, aktiviti atau gerak kerja dan latihan bertulis.

Page 2: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

Dalam set induksi kebiasaannya sebelum memulakan sesuatu pengajaran guru akan

menjelaskan tentang tajuk pengajarannya, matlamat dan apakah yang akan difahami selepas

pengajarannya. Set induksi yang berkesan akan membolehkan murid bersedia mengikuti

pengajaran guru dan merupakan langkah permulaan dalam proses berfikirnya.

Penggunaan bahan asas atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tajuk

pengajaran akan membolehkan murid memahami dengan lebih jelas sesuatu istilah dan

konsep. Malah ia akan menjadikan pengajaran guru lebih mudah diikuti dan menyeronokkan.

Melihatkan suasana pembelajaran yang berjalan dengan lancar maka guru hendaklah

mengambil kesempatan dengan mengemukakan berbagai soalan kepada muridnya bermula

dalam bentuk tahap yang rendah dan berkembang kepada soalan yang bertahap tinggi.

Ketika ini murid banyak menggunakan kemahiran berfikir mereka dalam menjawab

soalan-soalan yang berbagai bentuk. Dalam masa sama, guru akan dapat menilai sama ada

murid memahami pengajarannya.

Selanjutnya aktiviti atau gerak kerja pembelajaran akan dapat memperkukuhkan lagi

pengajaran guru. Aktiviti seperti teka silang kata, kuiz, syarahan, bahas, lakonan, kerja

berkumpulan, menyediakan projek dan gerak kerja di luar bilik darjah akan memantapkan

lagi kefahaman murid. Sudah tentu murid akan membuat perbincangan, merujuk dan mencari

maklumat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Akhirnya proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid melakukan latihan

bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan dapat menulis dengan

mengeluarkan pelbagai pendapat secara kreatif dan mungkin juga terdapat idea-idea baru. Di

sinilah peluang kepada guru untuk memberi komen, galakan dan tunjuk ajar agar murid

menjadi lebih produktif dan berdaya maju.

Page 3: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

ESEI

Menurut definisi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kemahiran

berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, Kemahiran dan

nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat

keputusan,berinovasi dan mencipta sesuatu.

Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk

menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila

seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab

soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan

maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah

dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada

kebiasaannya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia

ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang

mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi.

Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi telah dijelaskan sebelum ini. Walau

bagaimanapun, definisi ini telah menimbulkan pelbagai masalah operasi di dalam bilik

darjah. Sememangnya sukar bagi menentukan samada seseorang itu terlibat dalam proses

KBAT atau tidak. Guru–guru yang berinteraksi dengan pelajar pada satu-satu masa

Page 4: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

mempunyai ruang yang amat terhad untuk menganalisis daya pemikiran mereka. Oleh itu,

guru harus membuat andaian tentang pengetahuan sedia ada dan bagaimana cara kumpulan

pelajar itu berfikir.

Kepentingan definisi kemahiran berfikir perlu diambil berat oleh guru-guru

berlandaskan kepada dua sebab. Pertama, untuk mengenalpasti kemahiran yang telah diajar

atau dipelajari di dalam bilik darjah samada kemahiran kritikal, kemahiran kreatif atau

kemahiran analitikal. Hal ini perlu diteliti kerana kemahiran ini amat jarang digunakan

terutamanya kategori yang tipikal. Biasanya aktiviti-aktiviti yang disediakan atau kemahiran

yang diajar adalah lebih daripada satu kategori. Misalnya, bila pelajar–pelajar diminta

mencari bukti terhadap pernyataan yang mereka buat, pelajar-pelajar ini mungkin mendalami

pernyataan tersebut dengan menggunakan kemahiran analitikal yang mana mereka mungkin

juga memecahkan pernyataan itu kepada komponen-komponen yang lebih kecil. Setelah itu,

barulah mereka menguji komponen-komponen tersebut dan menentukan hubungan antara

komponen-komponen kecil itu secara keseluruhannya. Pada masa yang sama juga mungkin

pelajar-pelajar ini menggunakan kemahiran sintesis yang mana mereka perlu menggabung

idea- idea atau bahan -bahan bagi mencipta sesuatu yang baru.

Kedua, KBAT digunakan untuk merealisasikan usaha-usaha untuk mengajar

kemahiran seseorang berfikir. Dalam erti kata lain, soalan yang dikemukakan adalah dalam

bentuk kemahiran kritikal, kreatif, analitikal, logik atau dalam bentuk penaakulan di dalam

bilik darjah. Walau bagaimanapun, didapati hal ini kurang diberi penekanan terhadap

kemahiran berfikir yang spesifik untuk diajar di dalam bilik darjah. Namun, kebanyakan

program adalah bertujuan untuk membangunkan cara pelajar berfikir supaya pemikiran

berlaku secara analitikal dan logikal. Walau bagaimanapun, masih terdapat perbezaan

pendapat mengenai hal ini dan kepelbagaian ini berlaku di merata tempat. Berdasarkan

kepada situasi tersebut, harus diwujudkan satu definisi yang lebih meluas berkenaan dengan

kemahiran berfikir yang digunakan di dalam bilik darjah.

Para cendekiawan ada mencadangkan supaya tidak terlalu risau dengan istilah-istilah

yang digunakan di dalam kemahiran berfikir. Dalam hal pengajaran KBAT di dalam bilik

darjah, adalah penting bagi guru-guru untuk mengetahui teori-teori yang menjurus kepada

pembangunan berfikir, pendekatan, strategi-strategi, teknik-teknik dan alat-alat untuk

berfikir. Kesemua ini harus digunakan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tidak ada mana-mana strategi yang boleh dianggap terbaik kerana pengajaran dan

pembelajaran adalah pelbagai. Gabungan pelbagai aspek yang dinyatakan di dalam buku ini

boleh digunakan sebaik mungkin keran ia boleh menghasilkan keputusan yang terbaik. Pada

Page 5: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

masa akan datang guru-guru juga perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk

memilih dan menggunakan pendekatan, strategi, teknik atau alat berfikir yang sesuai bagi

kegunaan di dalam bilik darjah.

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori

iaitu strategi pemusatan guru, pemustan murid, berasaskan sumber/bahan, berasaskan

tugasan/aktiviti (Mok Soon Sang, 2010). Tetapi strategi untuk pengajaran kemahiran berfikir

hanya melibatkan strategi pemusatan murid, berasaskan sumber/bahan dan strategi

tugasan/aktiviti.

Kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajar melalui soalan-soalan aras tinggi,

aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemikiran dan penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah

pengajaran yang boleh mendorong kearah meningkatkan kemahiran berfikir. Dalam sesi

pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan

mereka. Kepakaran guru amat diperlukan dalam menentukan strategi pengajaran dan

pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan

menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.

Strategi dan teknik yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif,

ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati

pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Rajendran ( 2010) menghuraikan pelbagai strategi dan teknik mengajar kemahiran

berfikir yang boleh diamalkan oleh guru-guru di bilik darjah. Strategi dan teknik tersebut

diringkaskan dalam Rajah 1 berikut;

Page 6: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

Kepelbagaian teknik pengajaran adalah untuk membantu para guru untuk

menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih berkesan. Pengajaran yang berkesan akan

memberikan mutu pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Setiap pengajaran adalah

diharapkan akan berlaku proses pembelajaran yang sempurna kepada pelajar. Segala peluang

pembelajaran (learning opportunities) yang disediakan oleh guru hendaklah mendatangkan

pengalaman pembelajaran (learning experiences) yang membawa kesan terhadap perubahan

tingkah laku dari segi kognitif, psikomotor dan afektif. Peluang pembelajaran dalam berbagai

situasi, baik di dalam bilik darjah atau di luar kawasan sekolah, seharusnya menyeronokkan,

bererti dan memantapkan lagi pembelajaran pelajar-pelajar. Apabila sesuatu mata pelajaran

itu menyeronokkan sudah tentu ia akan menarik perhatian pelajar-pelajar untuk

mempelajarinya. Menurut Gagne, Briggs dan Wager (1992), terdapat sembilan elemen utama

untuk sesuatu pengajaran, iaitu: Menarik perhatian; Menyatakan objektif pelajaran;

Merangsang proses mengingat semula kandungan lepas; Bahan-bahan yang boleh

menimbulkan rangsangan pelajar; Memberikan bimbingan; Tugasan dan soalan; Membuat

penilaian tahap penguasaan pelajar; dan Mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan

kemahiran pelajar. Proses pembelajaran berlaku di kalangan pelajar kerana guru telah

mengajar tetapi ini tidak bererti pelajar-pelajarnya telah mempelajari apa yang diajarnya.

Kepentingan bagi guru untuk memastikan pengajarannya benar-benar memberi kesan yang

diharapkannya. Pelajar-pelajar berupaya mengamalkan apa yang telah dipelajari di sekolah

dan diaplikasikan pada kehidupan mereka. Kepelbagaian kaedah dan teknik dalam

pengajaran  merupakan salah satu cara untuk guru mengelakkan kebosanan. Pilihlah teknik

yang bersesuaian dengan tajuk agar dapat menarik minat dan memotivasikan pelajar-pelajar

untuk mengikut pelajaran

TEKNIK PENYOALAN

Kaedah yang paling kerap dan popular digunakan oleh guru-guru untuk merangsang pelajar

berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah teknik penyoalan. Guru-guru

boleh membentuk dan mengemukakan soalan-soalan mengikut aras seperti yang dikelaskan

dalam Taksonomi Bloom.

Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklum balas

murid. selain daripada berbentuk lisan, penyoalan juga boleh dilakukan melalui ekspresi

muka, isyarat dan konteks fizikal.

soalan —> maklumbalas —> reaksi selepas maklum balas

Page 7: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

Penyoalan guru adalah merupakan salah satu bentuk interaksi yang berlaku dalam

bilik darjah. Teknik penyoalan adalah merupakan salah satu alat untuk mencapai matlamat

dan merangsang aktiviti mental

Guru yang mengajar kemahiran berfikir tidak dapat mengawal setiap faktor dan

proses perkembangan pelajar dalam kemahiran itu. Selain daripada guru, faktor-faktor yang

mempengaruhi proses perkembangan kemahiran pelajar termasuk:

Diri pelajar itu sendiri

Kurikulum kemahiran berfikir yang digunakan

Peraturan yang digunakan di sekolah

Perubahan baru pada teknik mengajar yang digunakan oleh guru

Perubahan baru pada teknik mengajar yang digunakan oleh guru

Perubahan baru pada teknik belajar yang diperkenalkan kepada pelajar

Prosedur yang digunakan untuk menilai keberkesanan kurikulum

Berikut adalah antara beberapa tujuan guru menggunakan teknik penyoalan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran.

Merangsang penglibatan murid

Mengulangkaji

Merangsang murid untuk berbincang

Melibatkan murid untuk berfikir secara kreatif

Menguji kebolehan murid

Menilai kemajuan murid

Menentukasn sejauh manakah objektif pembelajaran tercapai

Menarik minat murid

Mengawal tingkah laku murid

Menyokong sumbangan idea murid

Meningkatkan kognitif dan metakognitif murid

Aras Taksonomi Bloom dan Anderson

Page 8: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

1. Taksonomi Bloom

Taksonomi ialah klasifikasi berhirarki dari sesuatu, atau prinsip yang mendasari klasifikasi.

Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Terdapat

tiga kategori kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar dalam taksonomi ini iaitu

kognitif(pemikiran), afektif(rohani) dan psikomotor (jasmani).

Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956

Peringkat Taksonomi Bloom dalam domain kognitif ialah:

1. Pengetahuan

2. Kefahaman

3. Aplikasi

4. Analisis

5. Sintesis

6. Penilaian

2. Taksonomi Anderson

Page 9: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

Namun pada tahun 2001, Anderson pula telah menambah baik taksonomi di mana aras paling

rendah ialah mengingat diikuti memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan pada

hirarki paling tinggi ialah mencipta.

Huraian Ringkas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menurut Anderson

Tiga jenis pemikiran aras tinggi

Page 10: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

i. Pemikiran kritis

Menginterpretasi, menguji, menilai, memberi justifikasi, mengkritik, merumus, membuat

spekulasi, mempertikaikan, membuat keputusan.

ii. Pemikiran kreatif

membuat hipotesis, mereka bentuk, membina semula, mencipta, membuat modifikasi,

memperkembangkan, mengimaginasi, bercambah fikirian, menyelesaikan masalah

iii. Pemikiran Analitikal

Membanding, membeza, mengaitkan, memilih, menentukan, menemu bual, mengenal pasti,

menggabung, mengkategorikan, enyelidik, membuat ujikaji, dan membuat inferens.

Pemikiran aras tinggi adalah melibatkan pemikiran yang lebih tinggi daripada hafazan

atau menyatakan semula , malah melibatkan pemikiran kritis, kreatif dan analitikal.

Pemikiran aras tinggi memerlukan kita melakukan sesuatu dengan fakta yang ada. Kita perlu:

o memahami fakta tersebut,

o membuat perkaitan antara fakta,

o mengkategorikan fakta ,

o memanipulasinya,

o menggabungkannya dalam cara baharu

o mengaplikasinya dalam menyelesaikan masalah

KESIMPULAN

Page 11: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

Perlaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di dalam subjek Pendidikan Kesihatan dapat

dilaksanakan sepenuhnya sekiranya guru dapat menguasai apa itu Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi.

Kefahaman guru terhadap KBAT akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran

dalam bilik darjah. Dapatan kajian menunjukkan yang guru-guru Pendidikan Kesihatan perlu

diberikan pendedahan mendalam dengan berpandukan modul-modul atau bahan-bahan

mengajar yang mudah dikendalikan. Dengan ini pelajaran Pendidikan Kesihatan akan

menjadi lebih berkesan dan pemikiran pelajar juga akan terarah dengan baik.

Pelaksanaan dalam bilik darjah memerlukan komitmen yang mendalam di kalangan

guru-guru. Guru sudah pasti tidak mahu terbeban dengan gesaan agar pelaksanaan KBAT

tidak mengganggu kelas-kelas peperiksaan. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh diatasi

dengan merasionalkan pemikiran guru bahawa pengajaran KBAT secara penyebatian adalah

sangat sesuai dengan apa juga jenis kelas sama ada kelas peperiksaan ataupun tidak. Ini juga

memohon komitmen guru dalam menyediakan dirinya untuk menjadi pemikir yang baik.

Kesimpulannya, penggunaan KBAT dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan sangat

penting dalam konteks pendidikan masa kini. Orientasi ke arah menjadikan pelajar berdaya

fikir secara kritis dan kreatif seharusnya diberikan penekanan dalam kurikulum Pendidikan

Kesihatan. Guru Pendidikan Kesihatan sebenarnya berpeluang untuk menerapkan amalan

berfikir dalam pengajarannya. Oleh itu, dengan penggunaan KBAT dalam pengajaran

Pendidikan Kesihatan akan dapat memperkasakan meningkatkan lagi mutu pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah.

RUJUKAN

Page 12: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

Balakrishnan a/l Govinthasamy. (2002). Penilaian pelaksanaan kemahiran berfikir secara

kreatif dan kritis (KBKK) dan KBAT dalam mata pelajaran Sejarah KBSM tingkatan

4: Satu kajian kes di Daerah Tampin dan Rembau Negeri Sembilan. Kertas Projek

Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Davies, Ivor K. (2000). Instructional technique. Indiana: Indiana University Press.

M. Mojibur Rahman. (2010). Teaching oral communication skills: A task based approach.

ESP World Issue, 1 (27): 1-11. http://www.esp.world.info (29 April 2010).

Maimunah Md. Aji. (1997). Penggunaan penyoalan secara KBAT di dalam bilik darjah oleh

guru-guru pelatih Maktab Perguruan Islam. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Merriam, Sharan B. (2002). Qualitative research in practice: Example for discussion and

analysis. San Francisco: Jossey-Bass.

Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-5. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Pustaka.

Muhundhan a/l Mayappan. (2002). Aplikasi kemahiran berfikir melalui kaedah penyoalan

oleh guru dalam pengajaran mata pelajaran Ekonomi Asas: Satu kajian kes. Kertas

Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,

Bangi.

Nazrulhaiza Mohd. Zabid. (2003). Teknik penyoalan dalam pengajaran Sejarah. Tesis Sarjana

Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Pustaka.

Page 13: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

Rancangan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 4

(KEKELUARGAAN)

Kumpulan : Zon Bandar Fajar

Ahli Kumpulan :

1. Lisnah Morin - SJK(C)

2. Nita Marhaini Binti Mohd. Mydin -SJK(C)

3. Mu’adz Bin Mohd. Fauzi -SJK(C)

4. Muhd. Syafiq Bin Salehudin -SJK(C)

5. Ustaz Uhinin -SJK(C)

Page 14: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran Pendidikan Kesihatan

Kelas 4B

Tema / Tajuk Kekeluargaan

Masa 8.30 pagi – 9.30 pagi (1 jam)

Standard Pembelajaran 2.21 dan 2.2.2

Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Menyatakan kepentingan hubungan kekeluargaan.2. Menjelaskan peranan dan tanggungjawab ahli keluarga dalam mencegah serta menangani gejala sosial.

Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran 1. Penerangan guru tentang tajuk pelajaran2. Guru menerangkan tentang kepentingan hubungan kekeluargaan

kepada murid.3. Menyatakan peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga

dalam mecegah serta menangani gejala sosial.4. Murid memandankan kad bergambar dengan kad perkataan yang

sesuai.5. Guru mengedarkan lembaran kerja (Lembaran 1).6. Aktiviti pengukuhan (kuiz).

Elemen Merentas

Kurikulum (EMK)

1. Kreativiti

2. Keusahawanan

3. Nilai murni (Bertanggungjawab dan berkerjasama)

Bahan Bantu Belajar 1. Kad bergambar, kad perkataan dan lembaran kerja

Penilaian Pengajaran

dan pembelajaran

1. Mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan dan sokongan

ahli keluarga dalam menangani gejala sosial.

Refleksi 1. 23 murid dapat menyatakan kepentingan hubungan, peranan dan tanggungjawab ahli keluarga dalam mencegah serta menangani gejala sosial.

Page 15: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

2. 2 murid masih perlu diberi penerangan dan bimbingan yang lebih

berkaitan dengan kepentingan hubungan, peranan dan tanggungjawab

ahli keluarga dalam mencegah dan menangani gejala sosial.

LEMBARAN KERJA 1

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berkaitan dengan gejala-gejala sosial.

1.

2.

3.

4.

P N G I H N

D D H

P R A U A

B B A

M L P K

V N A I S E

Page 16: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

5.

6.

7.

LEMBARAN KERJA 2. (AKTIVITI PENGUKUHAN)

Padankan bahagian A dan B yang sesuai.

BAHAGIAN A BAHAGIAN B

1.

2.

MELEPAK

MEROKOK

M E E P I

M O K K

A L O O

Page 17: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

3.

4.

5.

6.

7.

PENAGIHAN DADAH

VANDALISME

MINUM ALKOHOL

MELEPAK

MEREMPIT

Page 18: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

KAD PERKATAAN

PENAGIHAN DADAH

PERGAULAN BEBAS

MELEPAK

VANDALISME

MEREMPIT

MEROKOK

ALKOHOL

Page 19: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

KAD BERGAMBAR

1.

2.

Page 20: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

3.

4.

5.

Page 21: Hbhe1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

6.

7.