HBML 3103 Sem September

Embed Size (px)

DESCRIPTION

OUM

Citation preview

HBML31011.0Pengenalan

Sejarah telah membuktikan betapa sesungguhnya corak hidup masyarakat dan bangsa Melayu pada zaman dahulu dicerminkan melalui puisi lama seperti pantun dan peribahasa. Zaba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965: 219), mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu. Ianya bukanlah adaptasi daripada puisi-puisi Jawa, India atau Cina. Ini bermakna, pantun merupakan puisi asli yang dimiliki oleh masyarakat Melayu serta paling awal muncul berbanding puisi yang lain (Harun Mat Piah, 1989: 122).

Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam semulajadi seperti alam tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini adalah disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah (1989: 115) menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang dan simbol-simbol daripada alam perlu diketahui untuk memahami maksud pantun. Lantaran itulah pantun dikaitkan dengan alam semulajadi sebagai perbandingan dan perlambangan yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan nasihat.

Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu (Jamilah Hj. Ahmad, 1993: 114). Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian, nasihat, agama, adat, telatah dan corak hidup masyarakat. Tema yang ingin diketengahkan, disisipkan dengan latar alam. Oleh sebab alam itu indah, maka unsur-unsur alam diaplikasikan di dalam setiap rangkap pantun yang disampaikan atau dicipta. Segala pengalaman hidup, pandangan hidup dan falsafah yang ingin dikemukakan di dalam pantun menggunakan latar alam sebagai pembayang. Unsur-unsur sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan keakraban masyarakat Melayu lama dengan alam semulajadi.

Pantun adalah merupakan puisi Melayu Tradisional yang terpenting.Kelebihannya telah menarik minat pengkaji dari negara asing untuk datang mengkaji. Di antara pengkaji asing yang terpenting ialah Profesor Pijnappel, Profesor Van Ophusyen, R.J.Wilkinson, R.O.Winstedt, Dr. H.C.Klinkert, Dr.Gaicomo Prampolini dan sebagainya.Sarjana tempatan yang mengkaji pantun ialah Pendeta Zaba, Dr.Husein Jayadiningrat, Dr. Harun Mat Piah dan profesor-profesor universiti di Malaysia dahulu dan kini. Pantun merupakan puisi Melayu Tradisional yang paling popular jika didasarkan daripada penggunaannya yang paling meluas.Bukan itu sahaja, pantun ini merupakan puisi Melayu Tradisional yang tidak diragukan sifat keasliannya.Tidak terdapat bentuk sedemikian di dalam puisi-puisi bangsa-bangsa lain secara asli, melainkan dari bangsa Melayu di kawasan Nusantara. Menurut Brandsetter dan R.O Winstedt(1955), iaitu antara dua orang pengkaji yang banyak mengkaji secara komparatif antara bahasa-bahasa Polynesi-Austronesia, kata akar pantun berasal daripada pelbagai kata akar pelabagai bahasa.Pantun Melayu mendapat perhatian istimewa dari sarjana bahasa Melayu baik dari bangsa Eropah maupun dari anak tempatan. Manakala anak-anak tempatan melebihkan soal-soal keindahan dalam pantun dan persamaannya dengan bentuk puisi lain di alam Melayu, sarjana-sarjana barat asyik memperkatakan asal perkataan itu dan perhubungan antara pembayang maksud dengan maksudnya hinggakan masing-masing mengeluarkan hujjah-hujjah yang tidak dapat dipersetujui oleh orang lain. Hingga kini belum ada persetujuan antara mereka dan tidak akan mungkin ada persetujuan.

Pantun ialah ragam puisi yang hidup di kalangan rakyat dan bersifat kemelayuan. Khasnya pantun berkehendakkan sajak dan irama, pilihan suku-kata dan perkataan. Pantun telah sedia hidup dalam masyarakat Melayu lama sebelum orang-orang Melayu tahu menulis dan membaca. Orang-orang Melayu menciptakan pantun untuk melahirkan berbagai-bagai bentuk perasaan, dengan mana pula merupakan satu seni yang indah. Mereka menggunakan pantun untuk berkasih-kasihan, memberi nasihat, bersuka-suka dan berjenaka, menyindir, dan untuk menyatakan rasa kesedihan. Dengan adanya syarat-syarat tertentu di atas, pantun-pantun Melayu dilahirkan secara berkesan, padat dan ringkas. Pantun adalah hak masyarakat umum, tidak sesiapa yang memilikinya, tetapi semua ahli masyarakat tahu yang manakah pantun yang baik dan yang mana tidak. Keindahan pantun hanya dapat dirasakan bila didengar dan diucapkan. Pantun digunakan oleh masyarakat bagi memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan, sindiran atau tempelak, melepaskan rindu dan kasih sayang, menyatakan penghargaan atau terima kasih, berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran dan sebagai hiburan atau jenaka. Pantun dalam masyarakat Melayu selalunya digunakan di majlis pertunangan dan perkahwinan, teks pengacara atau juruacara dan ucapan dalam majlis rasmi, di pertandingan berbalas pantun dan sebagai alunan lagu rakyat.

Pengajaran pantun dalam komsas amat berguna kepada pelajar. Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan komponen dan kesusasteraan Melayu. Komsas ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pascatahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu. Pantun dalam komsas boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan murid-murid atau kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain. Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan sahaja memukau deria rasa dan intelek peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Secara singkat hal ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dapat mendidik murid mengamalkan keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan.

2.0Definisi Pantun

Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika berdasarkan daripada penggunaannya yang paling meluas. Puisi ini juga yang paling mendapat perhatian para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji tempatan ataupun pengkaji luar. Pantun juga merupakan puisi melayu yang tidak diragui sifat keaslian.Dalam bahasa Jawa, pantun dikenali sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastera lisan dan sekarang telah dapat dijumpai pantun yang bertulis hasil nukilan atau karya seseorang.Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.

Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah membawa kepada pengelompokan pantun yang lebih sistemetik. (Harun Mat Piah, 1989:63), seperti pantun kanak- kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka- teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan kepercayaan, pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita dan sebagainya.

Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sudah sangat dikenal di berbagai bahasa nusantara. Banyak pembaca yang sudah mengetahui betul apa itu pantun. Namun, dari sekian banyak yang tahu itu, mungkin hanya sebagian kecil saja yang mengentahui secara pasti mengenai sejarah pantun. Pantun merupakan satu di antara sekian banyak genre kesusastraan yang lahir dan berkembang di nusantara. Pada mulanya, istilah pantun ini berasal dari bahasa Minangkabau patuntun yang berarti penuntun. Namun ternyata, istilah pantun ini pun dikenal juga di kalangan masyarakat Jawa, Sunda, Batak, dan Melayu. Dalam masyarakat Jawa, pantun dikenal dengan istilah parikan. Dalam masyarakat Sunda dikenal dengan sebutan paparikan. Sementara masyarakat Batak mengenal pantun dengan istilah umpasa (dibaca uppasa). Masih tentang pantun, dalam bahasa Melayu, pantun dikenal dengan istilah quatrain.Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Memang sukar hendak ditentukan bilakah pantun mula digunakan dalam buku-buku sejarah Melayu lama. Dalam Hikayat Raja-Raja Pasai, iaitu sebuah teks Melayu yang tertua, ada sebuah karangan berangkap yang dua kali dipakai; tetapi kata Winstedt ini sukar hendak dikatakan bentuk pantun. Mungkin pantun telah dicatitkan ke dalam buku-buku Melayu lama itu pada masa kerajaan Melayu Melaka, dan banyak terdapat dalam hasil yang ditulis dalam abad ketujuh belas. Tetapi selepas abad delapan belas, pantun menjadi satu kebiasaan dan merupakan satu tingkat dalam perkembangan puisi Melayu. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.

Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun. Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:Sebab pulut santan terasa,Sebab mulut badan binasa.

Winstedt dan Wilkinson pula berpendapat pembayang maksud serangkap pantun harus mengandungi sesuatu fikiran yang indah dan dalam dan bertaraf seni. Mereka berpendapat pantun harus mengandungi dua bentuk iaitu bentuk metaphor dan keduanya harus pula ada bayangan bunyi. H. Overbeck dalam makalahnya The Malay Pantun majalah Royal Asiatic Jil. 85 (1922) menyatakan bahawa bayangan bunyi dalam pantun ialah sifatnya yang utama dan assosiasi fikiran sifatnya yang kedua. Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja. Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

2.1Kandungan Pantun Melayu

2.1.1Pembayang atau sampiranPembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

2.1.2Maksud atau isiMaksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).

2.1.3PerkataanPantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

2.1.4Suku kataTiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

2.1.5Rima atau bunyiRima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a. Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

2.2Ciri-Ciri Pantun Yang Baik

Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu mengandungi 4 kerat/baris, jumlah perkataan dalam sebaris antara empat hingga lima patah perkataan dan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata. Pantun yang baik juga ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) dan bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b . Penggunaa bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam menjadikan pantun yang baik. Maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup serta sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya. Pemilihan kata-kata yang tepat, dalam, sesuai dan sedap bunyinya menambahkan nilai keindahan dalam pantun. Suasana ini hanya dapat diciptakan dalam masyarakat yang tenteram dan tenang di mana manusia mempunyai kesempatan untuk berfikir dan mengeluarkan kata-kata yang halus dan dalam yang berhubungan rapat dengan alam sekeliling dan dengan kehidupan sehari-hari.

Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris / kerat, empat baris / kerat, enam baris / kerat, lapan baris / kerat, dua belas baris / kerat dan empat belas / kerat. Bentuk pantun yang paling popular ialah pantun empat kerat, Berikut ialah contoh bentuk pantun.

Pantun dua keratAnak dara pergi ke kedaiRindu di hati rasa nak longlai

Pantun lapan kerat.Korek perigi di parit seberang,Tepi parit tumbuh mengkudu,Berselang dengan pohon puding,Hidup subur kanan dan kiri;Tuan pergi dagang seorang,Tuan saudara tempat mengadu,Tiada saudara tempat berunding,Pandai-pandailah membawa diri

Pantun dua belas kerat

Rotan sepatah dua patah,Tarik kerakap batang padi,Dibawa Sutan dari Judah,Padi yang jangan digemparkan,Kalau gempar antara gugur,Bila gugur masuk perigi;Tuan di Mekah di Madinah,Naik akhirat batu haji,Tegak berdiri Rasulullah,Kami yang jangan dilupakan,Kalau lupa antara tidur,Dalam tidur menjadi mimpi.

2.3Jenis-Jenis Pantun

Pantun memiliki banyak jenis. Setiap jenis pantun mengusung makna yang berbeda dengan jenis pantun lainnya. Adapun jenis-jenis pantun ini meliputi: pantun adat, pantun agama, pantun budi, pantun jenaka, pantun kepahlawanan, pantun kiasan, pantun nasihat, pantun percintaan, pantun peribahasa, pantun perpisahan, dan pantun teka teki. Berikut ini akan penulis sajikan beberapa jenis pantun beserta ciri-cirinya.

2.3.1Pantun Adat

Salah satu jenis pantun yang kita kenal adalah pantun adat. Ciri-ciri dari pantun adat adalah isinya yang selalu berkenaan dengan adat istiadat. Ungkapan yang biasa didengar iaitu biar mati anak, jangan mati adat bukan sahaja kata-kata hiasan dalam ucapan sastera tetapi diamalkan dan digunakan dalam kehidupan realiti. Dalam kehidupan masyarakat melayu seluruh aktiviti masyarakat disesuaikan dengan kehendak dan peraturan adat yang dianggap sebagai undang-undang. Contoh pantun adalat ialah

Lebat daun bunga tanjungBerbau harum bunga cempakaAdat dijaga pusaka dijunjungBaru terpelihara adat pusaka

2.3.2Pantun Agama

Jenis pantun yang kita kenal berikutnya adalah pantun agama. Ciri-ciri dari pantun agama adalah selalu menekan isinya kepada hal-hal yang berkaitan dengan agama. Berikut adalah salah satu contoh pantun agama. Pengajaran tentang agama disampaikan secara langsung, abjektif atau tersurat. Pantun di bawah ini merupakan pengajaran dari segi keagamaan.Daun terap di atas dulangAnak udang mati ditubaDalam kitab ada terlarangYang haram jangan dicuba

2.3.3Pantun Budi

Jenis pantun yang berikutnya adalah pantun budi. Ciri-ciri pantun budi yang paling nampak adalah dari isinya yang cenderung selalu mengetengahkan tentang budi manusia. Berikut adalah salah satu contohnya.

Biarlah orang bertanam buluhMari kita bertanam padiBiarlah orang bertanam musuhMari kita menanam budi

2.3.4Pantun Jenaka

Pantun jenis ini adalah pantun yang paling banyak digunakan dalam masyarakt Melayu di Malaysia. Dalam masyarakat Melayu, selain pelbagai kisah jenaka atau lucu, dikenali juga watak-watak Pak Pandir, Si Luncai, Mat Jenin dan lain-lain. Kisah lucu ini sebenarnya merupakan sindiran terhadap gelagat setengah anggota masyarakat secara koleksif. Penyampaian tema dalam kategori ini boleh juga secara langsung dan jelas seperti pantun dibawah :Apa guna berkain batik,Kalau tidak memakai capal,Apatah guna beristeri cantik,Kalau tak pandai menumbuk sambal.

2.3.5Pantun Kepahlawanan

Jenis pantun lain yang kita kenal adalah pantun kepahlawanan. Ciri-ciri dari pantun pahlawan adalah selalu mengusung tema kepahlawanan. Berikut adalah contohnya.

Redup bintang haripun subuhSubuh tiba bintang tak nampakHidup pantang mencari musuhMusuh tiba pantang ditolak

2.3.6Pantun Kiasan

Jenis pantun berikutnya adalah pantun kiasan. Ciri-ciri pantun kiasan ini adalah selalu mengusung kiasan-kiasan tentang suatu hal. Berikut adalah salah satu contohnya.

Disangka nenas di tengah padangRupanya urat jawi-jawiDisangka panas hingga petangKiranya hujan tengah hari

2.3.7Pantun Nasihat

Pantun nasihat ialah jenis pantun penunyun, berisi penyampaian pesanan moral yang sarat dengan nilai agama, budaya dan norma sosial masyarakat. Pantun ini digunakan sebagai media untuk menyampaikan pesanan moral di tengah masyarakat misalnya orang tuan pada anaknya, para pemimpin pada bawahannya, para guru pada muridnya ataupun antara sesame anggota masyarakat dalam interaksi sehari-hari. Berikut adalah salah satu contohnya.

Parang ditetak kebatang senaBelah buluh taruhlah temuBarang dikerja takkan sempurnaBila tak penuh menaruh ilmu

2.3.8Pantun Percintaan

Pantun dalam kategori ini tidak semuanya pantun jenis yang menyatakan perasaan kasih sasayang, rindu, benci, terdadapat juga pantun yang mengandungi mesej pengajaran nasihat dan panduan dalam aspek kehidupan dan pengalaman berkasih saying, khususnya pasangan yang sedang atau baru terlibat dalam percintaan. Aspek yang ditekankan dalan pantun ini juga tentang kesetiaan dan pergorbanan antara pasangan yang bercinta. Contoh pantun :

Ikan belanak hilir berenangBurung dara membuat sarangMakan tak enak tidur tak tenangHanya teringat dinda seorang

3.0Rancangan Persediaan Mengajar

Tarikh/Hari: 2hb Mac 2013/ Isnin

Masa: 9.15 hingga 10.15 pagi

Kelas: Tahun 6 Amanah

Bil. Pelajar: 30 orang

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Tajuk: Kesusasteraan ( Pantun Teka teki )

Hasil Pembelajaran/Kemahiran :

Fokus Utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 3 : (i) Membaca teks pelbagai laras dengan sebutan, dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Fokus Sampingan : 6.1 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yangsedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

Aras 1 : (i) Merujuk kepada kamus untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat.

Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :

i. membaca teks pantun teka-teki (buah-buahan tempatan) dengan sebutan, dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

ii. menyatakan makna perkataan yang digaris dalam teks pantun teka-teki (buah-buahan tempatan).

iii. menghasilkan pantun teka-teki empat kerat dengan perkataan yang sesuai.

Pengisian Kurikulum Ilmu - Kesusasteraan , kemasyarakatan Nilai Murni - Kesyukuran, patriotisme, rasionan, kemasyarakatan

Kemahiran berfikir Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti.

Bahan Bantu Mengajar kotak buah-buahan di bakul, teks pantun teka-teki (buah-buahan tempatan),slaid dan loceng masa.

Langkah/ MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Set induksi

(5 minit)1. Teka bahan yang ada di dalam kotak.

2.bersoaljawab tentang buah-buahan.

3. Tajuk Buah-buahan.1.Guru meminta beberapa orang murid mengambil bahan yang terdapat di dalam kotak.

2.Guru menyoal tentang nama buah-buahan.1.murid Memerhati.

2.Murid menjawab secara lisan.Strategi/teknik:Penyoalan seluruh kelas

KBT:MengecamMenjana idea

BBM:KotakBua-buahan

Langkah 1( 10 minit )

Langkah 2( 10 minit)

Teks pantunMenayangkan contoh pantun teka teki.

-Tayangan murid sedang berbalas pantun.- Pembahagian kumpulan, dan tugas.

1.Guru menayangkan beberapa contoh pantun teka-teki .

2.Guru melafazkan pantun dengansebutan danintonasi yangbetul.

3. Penerangan guru mengenai cara atau langkah menulis pantun .

1.Guru menayangkan slaid pertandingan berbalas pantun.

2. Murid dibahagi kan kepada 4 kumpulan.

3. Murid yang tidak berpantun bertugas sebagai pengacara, penjaga masa dan sebagainya.1.Murid memberi perhatian dan mendengar dengan teliti.

2.MuridMelafazkan pantun dengan intonasi dan sebutan yang jelas.

3. Murid mendengar penjelasan guru.

1.Murid Memberi perhatian pada tayangan yang ditunjukkan.

2. Murid bergerak mengikut kumpulan dan tugas yang ditetapkan.

Strategi/teknik:Perbincangan

KBT:Menjana ideaMenghubung kait

BBM:slaid

Strategi/ Teknik:-perbincangan-soal jawabBBM :Slaid, kertas , loceng masa.

Langkah 330 minitAktiviti pertandingan berbalas pantun antara kumpulan.1. Guru meminta murid berbincang sesama ahli kumpulan dalam menulis pantun unk dijual dan dibeli.2. Penerangan tentang peraturan dan pemarkahan.

1. Murid bersama ahli kumpulan.2. Pertandingan berbalas pantun antara kumpulan .Strategi/teknik:Perbincangan dalam kumpulan

Penutup5 minitGuru membuat rumusan tentang pantunGuru menyoal semula tentang apa yang telah dipelajari dan apakah nilai yang terdapat dalam petikanMurid mendengar dan menjawab secara lisan.

4.0Kekuatan Dan Kelemahan

Berpandukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pantun dalam bahasa Melayu, saya dapati beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat dikesan dan dilihat. Kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran pantun ialah penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaan pelajar dalam menggunakan bahasa yang meluas dan tinggi kerana karya-karya sastera mengandungi bahasa-bahasa yang indah, tinggi dan perbendaharan kata yang banyak. Menurut Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud (2001) menyatakan bahawa penggunaan bahan sastera mempunyai banyak kelebihan seperti memberikan keseronokan kepada pelajar kerana karya sastera itu mengandungi pelbagai keindahan serta huraian tentang hal-hal yang aneh dan ajaib yang diselaras mengikut peringkat umur pelajar. Terdapat pelbagai jenis karya sastera yang mengikut kesesuaian peringkat umur pelajar. Oleh itu, terpulanglah kepada guru untuk memilih, menilai dan menyesuaikan bahan sastera tersebut dengan pengajarannya. Melalui aktiviti berpantun pelajar dapat memperluaskan perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran berbahasa mereka.

Kedua, melalui aktiviti berbalas pantun pelajar dapat mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, mesej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dengan cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka. Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong para pelajar memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni mereka. Selain itu, aktiviti berpantun melatih pelajar supaya peka terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun dua kerat. Kesedaran pelajar terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan. Zaba (1965:218) ada menyatakan tentang puisi khususnya pantun yang menekankan kepada kecantikan, keindahan bahasa, metafora, pemikiran, pendidikan, pengajaran dan sebagainya.

Seterusnya, melalui berpantun para pelajar terdedah dengan pengalaman baru iaitu kemanusiaan. Ia juga membolehkan pejar belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokkan kerana terdapatnya unsur berhibur. Berpantun juga dapat menyuburkan minat serta menghidupkan lagi imaginasi murid-murid. Unsur-unsur yang dibaca oleh murid-murid dalam pantun berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi.

Manakala, kelemahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pantun dalam Bahasa Melayu ialah masa. Bagi langkah 3 dalam aktiviti pertandingan berbalas pantun masa hanya 30 minit. Ini tidak mencukupi bagi aktiviti berkumpulan, Pelajar masih baru dalam menghasilkan pantun apatah lagi untuk berbalas pantun. Kelemahan ini juga dapat dilihat dalam perbendaharaan kata. Masih ada pelajar yang lemah dalam penggunakan perbendaharaan kata. Struktur pantun yang memerlukan ritma yang betul dan sesuai juga menyebabkan pelajar lemah tidak mampu untuk mencipta pantun sendiri.

Kelemahan pengajaran dan pembelajaran pantun juga dapat dilihat melalui minat pelajar itu sendiri. Tidak ramai di kalangan pelajar yang berminat kepada pantun kerana ia sangat sukar difahami terutamanya pelajar yang lemah bahasanya. Selain itu,kelemahan berpantun juga dapat dikesan dengan cara pelajar melafazkan pantun. Dalam melafazkan pantun, suara mesti lantang dan intonasi memainkan peranan yang penting. Penglibatan pelajar dalam aktiviti berkumpulan juga menunjukkan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran pantun. Masa yang tidak mencukupi ini menyebabkan ada kumpulan yang tidak berkesempatan untuk menunjukkan bakat dan minat dalam pantun. Aktiviti pengajaran yang dirancang juga tidak sepenuhnya mengikut perancangan kerana kekangan masa.

5.0Kesimpulan

Pantun merupakan khazanah bangsa yang amat bernilai bagi masyarakat Melayu. Keindahan pantun dalam mengungkapkan seribu satu macam maksud menjadi lambing ketekalan minda yang amat kreatif. Penggunaan pantun sebagai bahan kritik sosial secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu dalam mengadaptasi alam sekeliling bagi menyampaikan maksud atau meluahkan perasaan . Diharapkan generasi muda mempunyai pemikiran yang lebih kepada berterus-terng dalam mengungkapkan atau meluahkan maksud, sama ada dalam pantun mahupun dalam bahasa seharian.Melalui pengajaran Komsas, dapat memelihara kesopanan dan dan kehalusan budi bahasa yang terpancar dalam pantun.

Anak-anak muda iaitu para pelajar janganlah mengetepikan khazanah lama yang ternyata indah dan halus. Pantun dapat membentuk masyarakat yang maju, bersopan santun serta berbudi bahasa dan bertanggungjawab memastikan Melayu mempunyai jati diri dan berwawasan dalam dunia globalisasi. Selain itu, pantun dapat juga menjadi saluran bagi murid memahami budaya dan cita rasa masyarakat Negara ini. Murid akan berminat untuk mengembangkan bakat disamping dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran pantun di peringkata Sekolah Rendah akan dapat memartabatkan kesusasteraan agar tidak diketepikan dalam era kemajuan teknologi sekarang. Kehalusan dan kelembutan yang terdapat dalam pantun dapat menyokong teras pembentukan individu, terutama dari segi intelek dan emosi.

Rujukan

Abdullah Sidek 1958. Orang Melayu dengan Pantunnya, dlm Dewan Bahasa, Dis. Hal 589-595.

Harun Mat Piah, 1989. Puisi Melayu Tradisional, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Noriah Taslim, 2007. Pantum dan Kebudayaan Bangsa. Dlm Dewan Sastera Ogos: Hal 81-84.

Wan Ab Kadir Wan Yusoff (peny.) 1996. Pantun:Manifestasi Minda Masyarakat.K.Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Zainal Abidin Bakar, 1984. Kumpulan Pantun Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zaharudin bin Abdul Rahman, 2009. Seuntai kasih secebis harapan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

21