hbpe2103(650929075509)

  • Upload
    zusma

  • View
    240

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    1/25

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN

    SEMESTER MEI / 2013

    ==================================================================

    HBPE 2103PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

    MEI 2013==================================================================

    NO. MATRIKULASI : 650929075509001

    NO. KAD PENGENALAN : 650929075509NO. TELEFON : 0174397433

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : PPP Kedah

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    2/25

    650929075509 / HBPE 2103

    2

    ISI KANDUNGAN

    Bil Perkara Muka Surat

    Isi Kandungan 2

    1.0 Pendahuluan 32.0 Pengenalan terhadap Persembahan 5

    3.0 Tema Persembahan 54.0 Sinopsis Persembahan 7

    5.0 Senarai Watak dan Peranan yang Dibawa 85.1 Ketua Kampung Tanjung LemanHj Mat 85.2 Si penoreh getah- Lingam 85.3 Tauke kedai runcit-Ah Chong 95.4 Penduduk kampong-Jarjeet Singh dan Francis Tan 9

    6.0 Jenis-jenis pergerakan yang terlibat 10

    6.1 Tarian Melayu 106.2 Tarian Cina 116.3 Tarian India 11

    7.0 Muzik 128.0 Peralatan dan props 139.0 Lakaran Rekaan Pergerakan 1410.0 Jadual Latihan 17

    Rujukan 19Lampiran 20

    PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    3/25

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    4/25

    650929075509 / HBPE 2103

    4

    hanya bertumpu kepada peningkatan dan pembangunan akademik semata-mata, kegiatan luar

    bilik darjah turut diberi perhatian seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, di mana ia

    disertakan bersama silibus pendidikan yang lebih banyak melibatkan pergerakan, iaitu secara

    artistik dan kreatif (Halem, 2012).

    Pergerakan merupakan satu bentuk aktiviti yang melibatkan sebarang gerakan yang

    dilakukan oleh seseorang individu, di mana ia akan menyebabkan perubahan pada kedudukan

    atau masih kekal di tempat asal. Secara logik akal, manusia mula menggerakkan setiap anggota

    tubuh badannya, bermula dari kepala, bahu, tangan, sehingga ke kaki selepas lahir. Apabila

    menginjak ke usia tiga tahun, manusia mulai mampu bergerak dengan kelajuan yang tinggi dan

    juga rendah, dan berupaya mengawalnya, bergantung kepada keadaan fizikal masing-masing.

    Menurut teori yang dikemukakan oleh Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas

    kepada kreativiti (Zaiton, 2010). Pada ketika melakukan pergerakan, kanak-kanak turut

    berpeluang meneroka alam sekeliling mereka melalui aktiviti berjalan, bernafas, berehat, berlari,

    dan melompat. Kenyataan tersebut adalah menyokong teori yang dikemukakan oleh Robert

    Havighurst di mana beliau menyatakan bahawa perkembangan manusia adalah dipengaruhi oleh

    persekitarannya, nilai-nilai, norma, dan budaya masyarakat (Farha, 2012). Perkembangan dan

    pembangunan aspek fizikal manusia merujuk kepada kematangan fizikal mereka, seperti

    perkembangan keperibadian, nilai-nilai, pembinaan konsep kendiri, harga diri, serta kemahiran

    untuk berjaya dalam setiap perkara yang dilakukan. Tidak dinafikan bahawa pergerakan banyak

    membantu kanak-kanak dalam memproses secara aktif dan berkesan sesuatu pengetahuan atau

    pengalaman yang diperolehi. Malahan, apabila mereka melibatkan diri dalam sebarang kegiatan

    atau aktiviti yang melibatkan pergerakan, kanak-kanak ini secara tidak langsung melatih diri

    masing-masing mengenai bagaimana untuk menyelesaikan masalah, dan juga mempertingkatkan

    keupayaan minda mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh yang demikian,

    pendidikan pergerakan diperkenalkan bagi melatih kanak-kanak menerusi aktiviti-aktiviti yang

    menggabungkan gerakan anggota badan secara menyeluruh dan ianya dilakukan secara kreatif

    bagi membantu mereka menyelesaikan masalah di samping belajar bagaimana untuk melahirkan

    perasaan masing-masing (Yazid, 2012).

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    5/25

    650929075509 / HBPE 2103

    5

    2.0Pengenalan terhadap Persembahan

    Pendidikan pergerakan yang diajarkan di peringkat sekolah adalah selaras dengan aspirasi

    Kementerian Pelajaran, iaitu menggubal dan mentransformasikan sistem pendidikan yang dapat

    membantu kanak-kanak mencurahkan perasaan atau mengekspresikan emosi kendiri masing-

    masing menerusi pergerakan. Pelaksanaan dan penganjuran Pertandingan Pergerakan Kreatif

    peringkat daerah bagi tahun 2013 dilihat sebagai satu usaha murni kementerian dalam

    merealisasikan isi kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ingin melahirkan generasi

    muda yang berpotensi besar dalam berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

    sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

    Sebagai salah sebuah sekolah yang menyertai Pertandingan Pergerakan Kreatif peringkat

    daerah bagi tahun 2013, sekumpulan murid-murid yang terdiri daripada pelajar tahun empat,

    lima, dan enam, iaitu seramai lima orang akan mempersembahkan sebuah drama pendek muzikal

    yang mengangkat tema perpaduan. Pemilihan peserta adalah berpandukan kepada syarat dan

    peraturan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan. Persembahan tersebut akan

    berdurasi selama kira-kira 10 minit, terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan, konflik,

    seterusnya diakhiri dengan sebuah kesimpulan yang sarat dengan pedoman dan tauladan sebagai

    panduan hidup masyarakat Malaysia khususnya. Kisah asam garam masyarakat yang sering

    berlaku telah dipilih dan diangkat untuk diketengahkan dalam drama muzikal pendek ini.

    Malahan, drama ini merupakan satu karya yang ringan, dan sememangnya dekat dengan

    masyarakat Malaysia, khususnya di sekeliling kita.

    3.0Tema Persembahan

    Masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian kaum dan etnik yangmendiami sebuah negara kecil di rantau Asia Tenggara. Malahan, berdasarkan keputusan kaji

    selidik bebas; Global Peace Index (GPI) yang disiarkan pada penghujung Mei 2011 yang telah

    dijalankan oleh Institute of Economics and Peace yang beribu pejabat di Sydney, Australia,

    Malaysia berada di anak tangga ke-19 negara-negara yang selamat dan aman di dunia

    (bharian.com.my. 2011). Lebih membanggakan apabila negara ini diiktiraf sebagai negara paling

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    6/25

    650929075509 / HBPE 2103

    6

    selamat di rantau Asia Tenggara, walaupun dihuni oleh masyarakat yang berbilang kaum dan

    bangsa. Oleh sebab itu, tema perpaduan cuba diangkat dalam persembahan drama muzikal ini.

    Selain daripada suasana perpaduan itu sendiri yang sememangnya dekat dengan rakyat Malaysia,

    objektif utama tema tersebut dipilih adalah sebagai satu didikan alternatif kepada murid-murid

    betapa pentingnya perpaduan dan bagaimana suasana tersebut dapat memacu pembangunan

    negara bagi tempoh masa yang panjang.

    Mengambil kira kepelbagaian kaum di Malaysia, ahli kumpulan yang dipilih untuk

    pertandingan juga terdiri daripada beberapa kaum dan etnik Malaysia seperti Haji Mat mewakili

    masyarakat Melayu, Lingam mewakili kaum India, Ah Chong daripada kaum Cina, Jarjeet Singh

    daripada etnik Sikh, dan Francis Tan yang mewakili etnik Baba Nyonya. Suasana harmoni yang

    wujud di kalangan penduduk kampung di samping keberkesanan pentadbiran di bawah

    pengurusan Haji Mat dipersembahkan melalui alunan lagu Ala Canggung di mana penduduk-

    penduduk kampung menari sambil bergurau-senda sesama mereka. Suasana meriah dan ceria

    yang dipamerkan menggambarkan keadaan kampung yang harmoni dan aman damai walaupun

    dihuni oleh pelbagai kaum.

    Tema perpaduan terus ditunjukkan sepanjang persembahan drama muzikal melalui

    klimaks penceritaan di mana Ah Chong mengalami kesukaran selepas ditimpa kemalangan,

    penduduk-penduduk kampung bersama-sama membantu keluarga Cina itu seperti menghulurkan

    bantuan makanan dan bergotong-royong membina semula kedai yang hangus terbakar. Mereka

    bersama-sama menyanyikan lagu Sahabat Selamanya sambil melakukan aktiviti gotong-royong

    dengan hati yang gembira. Kesepakatan dan muafakat yang ditunjukkan oleh penduduk-

    penduduk kampung tersebut jelas menunjukkan bahawa semangat perpaduan merupakan sesuatu

    yang penting dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam satu-satu komuniti. Sikap

    bertolak-ansur dan saling memaafkan yang diamalkan oleh penduduk kampung telah mengubah

    perangai sombong Ah Chong yang sering bermegah-megah dengan kesenangan hidup yang

    dikecapinya sebelum ini. Bertitik tolak daripada kejadian itu, Ah Chong insaf dan memohon

    maaf kepada semua penduduk kampung terutamanya Lingam yang sebelum ini pernah dihina

    dan diejek kerana hidup dalam kemiskinan.

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    7/25

    650929075509 / HBPE 2103

    7

    4.0Sinopsis Persembahan

    Drama muzikal pendek ini berkisar mengenai suasana Kampung Tanjung Leman, sebuah

    perkampungan nelayan yang jauh dari capaian pembangunan. Penduduk-penduduk kampung

    tersebut yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum, iaitu Melayu, Cina, dan India yang

    sama-sama mendiami penempatan tersebut. malangnya, masih terdapat segelintir daripada

    mereka yang menolak semangat kerjasama dan sering meluahkan perasaan tidak puas hati

    apabila melihat mana-mana individu yang hidup senang berbanding mereka. Ketua Kampung

    Tanjung Leman, Haji Mat merupakan seorang pemimpin yang disegani dek kebijaksanaan dan

    sikapnya yang merendah diri walaupun beliau sendiri merupakan orang kaya di kampung

    tersebut. Kewibawaan yang ditunjukkan oleh Haji Mat telah membuatkan ramai penduduk

    kampung menghormati dan menyanjungi beliau. Walaupun begitu, Haji Mat tidak bersikap

    tinggi diri, malah beliau sering mengambil tahu perihal anak-anak buahnya. Lingam, seorang

    penoreh getah yang sangat rajin bekerja. Walaupun hidupnya sebatang kara dan miskin, namun

    dia tak pernah menyakiti orang lain, malah sangat disenangi oleh penduduk kampung dek

    sikapnya yang ringan tulang dan berbudi bahasa. Berbeza pula dengan Ah Chong, salah seorang

    penduduk kampung yang suka memperkecilkan orang lain. Pemuda berketurunan Cina ini terlalu

    sombong dan seringkali memperlekehkan mana-mana penduduk kampung yang miskin atau

    susah. Walaupun Haji Mat sudah banyak kali menegur dan menasihatinya secara lembut dan

    berhemah, Ah Chong masih tetap begitu. Konflik mula berlaku apabila penduduk kampung mula

    memboikot dan tidak mengendahkan Ah Chong gara-gara perangai buruknya itu. Perniagaan

    kedai runcit yang diusahakan oleh Ah Chong mula mengalami kerugian saban hari. Bertambah

    malang apabila kedai warisan milik keluarganya hangus terbakar gara-gara dia terlupa

    memadamkan lilin ketika bekalan elektrik terputus. Di kala Ah Chong dilanda kesusahan,

    penduduk kampung datang beramai-ramai menghulurkan bantuan. Sebagai pengakhiran drama,

    Ah Chong insaf dan mula berubah menjadi seorang penduduk kampung yang rendah diri dan

    suka membantu orang lain yang berada dalam kesulitan. Malahan dia juga memohon maaf

    kepada semua penduduk kampung dan berjanji akan berubah menjadi seorang individu yang baik

    dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa mengira kaum mahupun

    kepercayaan agama.

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    8/25

    650929075509 / HBPE 2103

    8

    5.0Senarai Watak dan Peranan yang Dibawa

    5.1Ketua Kampung Tanjung LemanHaji Mat

    Watak sebagai penghulu kampung dimainkan oleh adik Muhamad Afiq, murid tahun

    enam. Penghulu kampung, atau lebih dikenali sebagai Ketua Kampung Tanjung Leman, Haji

    Mat merupakan seorang pemimpin yang bersikap lemah lembut, sentiasa berhemah, dan

    bijak dalam menguruskan sesuatu hal terutamanya melibatkan hal ehwal pentadbiran dan

    pengurusan kampung. Beliau juga selalu turun padang, dan rajin melawat penduduk-

    penduduk kampung dengan tujuan bertanyakan khabar dan menyelidik sekiranya ada di

    antara mereka yang mungkin memerlukan pertolongan. Disebabkan sifat beliau yang

    peramah dan berbudi bahasa, penduduk kampung amat menyenangi dan menghormati Haji

    Mat. Haji Mat juga pernah disindir oleh Ah Chong yang amat mengagung-agungkan

    kekayaan yang diwarisi oleh keturunan nenek moyangnya gara-gara sifat suka menolong

    yang ditunjukkan oleh ketua kampung itu. Walaupun begitu, Haji Mat langsung tidak

    mengendahkan perangai buruk Ah Chong, malahan sanggup menyeru dan memujuk

    penduduk kampung yang lain untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada Ah Chong

    dan keluarganya apabila ditimpa kesusahan.

    5.2Si penoreh getahLingam

    Lingam, seorang lelaki yang tinggal di pinggir kampung dan menyara hidupnya

    dengan menoreh getah dan melakukan kerja-kerja kampung seperti mengambil upah

    menebas dan membersihkan kebun, menghantar barang-barang kedai yang dipesan, dan

    dikenali ramai dek sikap ringan tulangnya. Walaupun hidup susah, Lingam tak pernah

    meminta-minta malah dengan senang hati menawarkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang

    memerlukan. Watak Lingam dimainkan oleh adik Nathan a/l Subramaniam, seorang murid

    tahun enam. Peranan yang dibawa oleh watak Lingam juga tidak banyak berbeza dengan Haji

    Mat, di mana kedua-dua individu mempunyai sikap yang hampir sama iaitu suka membantu

    dan mengambil berat terhadap orang di sekeliling mereka.

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    9/25

    650929075509 / HBPE 2103

    9

    5.3Taukeh kedai runcitAh Chong

    Dia merupakan satu-satunya keluarga dari masyarakat Cina yang tinggal di Kampung

    Tanjung Leman. Ah Chong mewarisi perniagaan kedai runcit daripada bapanya, dan semua

    penduduk kampung bertumpu pada kedai yang diusahakan olehnya. Walaupun Ah Chong

    seorang peniaga yang baik, namun dia gemar membangga-banggakan diri dan menunjuk-

    nunjuk harta kekayaan yang dimiliki kepada orang ramai. Watak Ah Chong dimainkan oleh

    adik Lee Wan Teoh, seorang murid tahun lima yang fasih berbahasa Melayu. Tabiat buruk

    yang dibawakan oleh watak Ah Chong tidak disenangi oleh penduduk kampung sehingga

    menyebabkan mereka hampir sahaja memulaukan keluarganya. Lingam merupakan individu

    yang sering diejek dan dipersendakan oleh Ah Chong gara-gara sikapnya yang rajin

    melakukan apa saja pekerjaan demi menyara hidup. Bagi Ah Chong, perbuatan Lingam

    hanya memenatkan dan hasil yang diperolehinya tidak seberapa jika hendak dibandingkan

    dengan dirinya yang hidup senang lenang. Apa yang dibanggakan oleh Ah Chong tidak

    berkekalan apabila satu insiden malang menimpa kedai runcit yang menjadi punca

    pendapatannya selama ini. Nasibnya begitu baik kerana penduduk kampung masih lagi mahu

    menolong dan menghulurkan bantuan kepada dirinya walaupun Ah Chong seringkali

    memperlekehkan mereka.

    5.4Penduduk kampungJarjeet Singh dan Francis Tan

    Kedua-dua watak ini mewakili etnik minoriti Malaysia, iaitu merupakan hasil

    daripada perkahwinan campur yang berlaku di kalangan imigran asing dengan penduduk asal

    negara ini satu ketika dahulu. Jarjeet Singh dan Francis Tan merupakan sebahagian daripada

    penduduk kampung yang menetap di perkampungan nelayan itu. Watak Jarjeet Singh

    dimainkan oleh adik Darshan Singh, manakala adik Helmy Farhan membawakan wataksebagai Francis Tan. Mereka berdua berperanan sebagai penduduk kampung yang datang

    membantu Ah Chong ketika dia dilanda kesusahan. Mereka berdua juga mewakili penduduk

    kampung yang mendiami perkampungan itu.

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    10/25

    650929075509 / HBPE 2103

    10

    6.0Jenis-jenis pergerakan yang terlibat

    Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama, dan

    daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Dengan kata

    lain, pergerakan kreatif melibatkan suatu tafsiran idea, perasaan, dan juga tanggapan deria yang

    mampu melahirkan impak sebagai simbolik ketika melakukan pergerakan. Persembahan drama

    muzikal ini melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor

    didefinisikan sebagai pergerakan yang dilakukan oleh seseorang dan menyebakan dia berubah

    kedudukan atau kekal di tempat itu. Manakala pergerakan bukan lokomotor pula ialah

    pergerakan yang dilakukan oleh seseorang tanpa menyebabkan dia berubah kedudukan atau

    beredar dari situ (NurHusna, et. al. 2010). Pergerakan kreatif yang terlibat dalam persembahan

    ini dilakukan secara bersendirian, berpasangan, dan juga dalam bentuk berkumpulan atau

    dilakukan beramai-ramai. Ia dilakukan bertujuan untuk meningkatkan potensi diri sedia ada yang

    berkaitan dengan ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan. Berfokuskan kepada penggunaan

    pancaindera, murid-murid berupaya untuk belajar mencipta sesuatu pergerakan yang berterusan.

    Antara pergerakan kreatif terlibat bersama-sama dengan persembahan ini ialah;

    6.1Tarian Melayu

    Pergerakan Anggota badan/

    Manipulasi

    peralatan

    Aras/ Arah

    Lokomotor Bukan Lokomotor

    Berjalan Kaki Rendah

    Memusingkan

    badan

    Kaki dan tangan

    dikepak-kepakkan

    Sederhana

    Duduk Badan dan lutut Bawah

    Berdiri Kaki Tinggi

    Skip Menepuk tangan Tinggi

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    11/25

    650929075509 / HBPE 2103

    11

    Membongkokkan

    badan

    Tangan dan badan Sederhana

    Berlari Badan, kaki Sederhana

    Berjalan Menundukkan

    kepala

    Badan, kaki

    dihayun mengikut

    lenggok lagu

    Sederhana,

    bergerak ke depan

    dan ke belakang

    6.2Tarian Cina

    Pergerakan Anggota badan/

    Manipulasi alatan

    Aras/ Arah

    Lokomotor Bukan Lokomotor

    Berjalan Kaki dan tangan

    membawa kipas

    Tinggi, bergerak ke

    kanan dan ke kiri

    Berdiri Kaki Tinggi

    Meregangkan

    badan

    Badan dan tangan Tinggi

    Berdiri Badan digerakkanseperti alunan

    ombak

    Tinggi, sederhana,dan rendah

    Berdiri Menggerakkan

    kipas ke atas dan

    ke bawah

    Tinggi, sederhana,

    dan rendah

    6.3Tarian India

    Pergerakan Anggota badan/

    manipulasi alatan

    Aras/ Arah

    Lokomotor Bukan Lokomotor

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    12/25

    650929075509 / HBPE 2103

    12

    Membongkok Badan, menoreh

    getah

    Sederhana, rendah

    Meregangkan

    badan

    Tangan dan badan Tinggi

    Berlari Kaki Tinggi

    Berdiri Bahu dan pinggul Sederhana

    Mengangkat kaki Memusing Tangan dan kaki Tinggi, bergerak ke

    kiri dan ke kanan

    7.0Muzik

    Muzik merupakan bahagian penting dalam kehidupan manusia, di mana pelajar-pelajar

    memerlukan muzik untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih baik dan menarik. Muzik juga

    merupakan satu budaya kepada masyarakat, dan tidak dinafikan bahawa perkembangan muzik

    masa kini banyak menarik perhatian generasi muda untuk lebih kreatif dalam berkarya.

    Umumnya, muzik diklasifikasikan sebagai salah satu cabang seni dan Sains, yang mana

    melibatkan gabungan bunyi vocal menerusi instrument semulajadi mahupun buatan manusia,

    yang diperolehi secara semulajadi mahupun direka menerusi penggunaan mesin atau peralatan

    elektronik. Muzik juga dikaitkan dengan emosi dan corak pemikiran manusia yang membantu

    mereka mencerminkan satu identiti tersendiri bagi sesebuah budaya di kalangan masyarakat.

    Sepanjang drama muzikal ini berlangsung, beberapa buah muzik dan lagu dari pelbagai

    genre dan bahasa dimuatkan ke dalam persembahan ini. Setiap lagu yang dipilih adalah

    disesuaikan dengan situasi yang cuba dipersembahkan melalui pementasan drama kanak-kanak

    ini; iaitu lagu tradisional atau lagu rakyat yang popular di kalangan masyarakat Malaysia, lagu

    Cina, lagu moden, dan lagu Hindustan. Lagu-lagu yang diselitkan ke dalam drama ini

    mempunyai lirik yang mudah difahami, rentak irama lagu yang menarik dan catchy, dan

    berupaya melibatkan pelbagai jenis pergerakan artistik bagi menambahkan suasana yang seronok

    sepanjang proses persembahan berlangsung. Antara muzik atau lagu yang diselitkan sepanjang

    persembahan drama ini ialah;

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    13/25

    650929075509 / HBPE 2103

    13

    7.1Lagu rakyat Pak Pung Pak Mustape dan Lenggang Lenggang Kangkung yang

    dimuat turun dari laman sesawang YouTube.com. dimainkan sebagai permulaan

    persembahan. Lagu ini dimainkan sebagai mencerminkan suasana harmoni dan saling

    membantu yang diamalkan oleh masyarakat Kampung Tanjung Leman. Semua

    pelakon terlibat dalam bahagian pembukaan drama ini, dan mereka akan menari

    sambil bergurau senda sesama sendiri bagi mencerminkan persekitaran mesra yang

    terdapat di kalangan penduduk kampung tersebut.

    7.2Lagu Can Mali Can dimuat turun dari laman sesawang YouTube.com. dimainkan

    ketika memperkenalkan Ah Chong sebagai penduduk Cina yang menghuni Kampung

    Tanjung Leman, di mana pelakon beraksi sebagai seorang yang berlagak dan

    menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliki.

    7.3Lagu Hindustan Main Hoon Na, nyanyian duet Sonu Nigam dan Shreya Goshal

    (sumber: YouTube.com) dimainkan ketika adegan Lingam memujuk Ah Chong

    selepas dia ditimpa kemalangan.

    7.4Lagu Sahabat Selamanya, lagu tema bagi rancangan kartun Upin Ipin nyanyian

    kumpulan Padi dinyanyikan bersama-sama oleh semua watak yang terlibat sambil

    memegang tangan sesama mereka ketika menari pada pengakhiran cerita.

    8.0Peralatan dan props

    Kebanyakan peralatan dan props yang diperlukan sepanjang persembahan adalah bagi

    mewujudkan suasana perkampungan nelayan yang sebenar seperti latar belakang keadaan rumah

    di kawasan kampung, bot dan sampan nelayan, pokok-pokok getah, kedai runcit, dan keadaan

    kedai ketika terbakar. Semua props adalah diperbuat daripada kepingan polisterin dan kadbod,

    manakala permandangan kebun getah, perkampungan nelayan, dan keadaan kedai terbakar

    adalah daripada kain rentang yang dilukis sendiri oleh guru yang terlibat.

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    14/25

    650929075509 / HBPE 2103

    14

    Watak-watak yang dimainkan tidak memerlukan pakaian yang spesifik kerana pemakaian

    penduduk di perkampungan nelayan adalah hampir serupa iaitu kain pelekat, t-shirt dan seluar,

    serta berselipar. Sebuah basikal diperlukan untuk watak Lingam, replika sebuah kereta bagi

    watak Ah Chong, dan peralatan memadam kebakaran seperti paip getah, baldi, timba, dan besen

    air.

    9.0Lakaran Rekaan Pergerakan

    9.1Babak pertamaPembukaan

    Petunjuk:Permandangan kampung nelayan

    Pelakon

    Kedai runcit Ah Chong

    Kawasan kebun getah

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    15/25

    650929075509 / HBPE 2103

    15

    9.2Babak keduaKonflik

    Petunjuk: Pelakon

    Kedai Ah Chong terbakar

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    16/25

    650929075509 / HBPE 2103

    16

    9.3Babak ketiga - Penutup

    Petunjuk: Pelakon

    Permandangan kampung nelayan

    Kedai runcit Ah Chong yang baharu

    Kebun getah

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    17/25

    650929075509 / HBPE 2103

    17

    10.0 Jadual latihan

    Murid-murid yang terlibat dalam persembahan akan berlatih selepas waktu persekolahan, dan

    membuat persiapan watak masing-masing di Bilik Kaunseling. Ruangan pentas dewan sekolah

    digunakan sebagai tempat membuat latihan sebagai persediaan sebelum pertandingan.

    Fasa Aktiviti Catatan

    1. Pemilihan

    watak

    (i) Semua peserta yang terpilih akan

    melakonkan kesemua watak yang

    terdapat dalam skrip.

    (ii)Beberapa sesi latihan dibuat bagi

    memilih peserta yang sesuai dengan

    satu-satu watak.

    (iii)Pada peringkat awal, semua pelakon

    akan berlatih di hadapan murid-murid

    yang lain ketika sesi Kokurikulum

    waktu petang bagi melatih dan

    memupuk keyakinan diri untuk berdiri

    di khalayak ramai.

    Murid-

    murid yang

    terpilih

    diberikan masa

    untuk

    memahami

    kesemua watak

    yang terlibat.

    2. Sesi

    latihan

    menari

    (i) Para pelakon akan dilatih untuk

    melakukan pergerakan artistik dan

    kreatif.

    (ii)Sesi latihan menari berpandukan

    alunan muzik dijalankan bagi

    membiasakan para pelakon dengan

    ritma lagu-lagu yang digunakan untukpersembahan.

    Fasa

    menyediakan

    para pelakon

    kepada

    pergerakan

    kreatif.

    3. Latihan

    beserta

    props

    (i) Persembahan drama muzikal

    dilakukan ketika perhimpunan

    mingguan dan harian.

    Tujuan

    untuk

    membiasakan

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    18/25

    650929075509 / HBPE 2103

    18

    dan

    peralatan

    yang

    lengkap.

    (ii)Para pelakon akan mempersembahkan

    seni lakon mereka beserta props dan

    pakaian kostum yang lengkap.

    para pelakon

    dengan situasi

    pentas yang

    sebenar.

    (2992 perkataan)

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    19/25

    650929075509 / HBPE 2103

    19

    Rujukan

    bharian.com.my. 2011. Malaysia negara ke-19 paling selamat: GPI (Julai 22, 2011) [atas talian]

    Diperolehi daripada:http://www.bharian.com.my/articles/Malaysianegarake-

    19palingselamatdidunia_GLOBALPEACEINDEX/Article/[Diakses pada Jun 25, 2013].

    Farha, A. 2012. Teori Perkembangan Robert Havighurts (Ogos 25, 2012) [atas talian] Diperolehi

    daripada:http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-robert-

    havighust.html[Diakses pada Jun 12, 2013].

    Halem, H. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) dari 2013-2025 (September 12, 2012)

    [atas talian] Diperolehi daripada:http://hhalem.blogspot.com/2012/09/pelan-pembangunan-

    pendidikan-ppp-dari.html[Diakses pada Jun 15, 2013].

    NurHusna, et. al. 2010. Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor [atas talian] Diperolehi

    daripada:http://pergerakanlokomotor.blogspot.com/ [Diakses pada Jun 19, 2013].

    Penerbit USM. 2007. 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007).

    Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM).

    upu.mohe.gov.my. 2012. Falsafah Pendidikan Negara [atas talian] Diperolehi daripada:

    http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php[Diakses pada Jun 28, 2013].

    Yazid, M. 2012. Pergerakan Kreatif (Oktober 6, 2012) [atas talian] Diperolehi daripada:

    http://ketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.com/2012/10/pergerakan-kreatif.html[Diakses

    pada Jun 10, 2013].

    Zaiton, N. 2010. Pergerakan Kreatif [atas talian] Diperolehi daripada:

    http://nikzaitonmatnoor.blogspot.com/p/nama-ahli-1-jalaludin-bin-jamal-2-nur.html[Diakses

    pada Jun 5, 2013]

    http://www.bharian.com.my/articles/Malaysianegarake-19palingselamatdidunia_GLOBALPEACEINDEX/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Malaysianegarake-19palingselamatdidunia_GLOBALPEACEINDEX/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Malaysianegarake-19palingselamatdidunia_GLOBALPEACEINDEX/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Malaysianegarake-19palingselamatdidunia_GLOBALPEACEINDEX/Article/http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-robert-havighust.htmlhttp://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-robert-havighust.htmlhttp://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-robert-havighust.htmlhttp://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-robert-havighust.htmlhttp://hhalem.blogspot.com/2012/09/pelan-pembangunan-pendidikan-ppp-dari.htmlhttp://hhalem.blogspot.com/2012/09/pelan-pembangunan-pendidikan-ppp-dari.htmlhttp://hhalem.blogspot.com/2012/09/pelan-pembangunan-pendidikan-ppp-dari.htmlhttp://hhalem.blogspot.com/2012/09/pelan-pembangunan-pendidikan-ppp-dari.htmlhttp://pergerakanlokomotor.blogspot.com/http://pergerakanlokomotor.blogspot.com/http://pergerakanlokomotor.blogspot.com/http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.phphttp://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.phphttp://ketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.com/2012/10/pergerakan-kreatif.htmlhttp://ketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.com/2012/10/pergerakan-kreatif.htmlhttp://nikzaitonmatnoor.blogspot.com/p/nama-ahli-1-jalaludin-bin-jamal-2-nur.htmlhttp://nikzaitonmatnoor.blogspot.com/p/nama-ahli-1-jalaludin-bin-jamal-2-nur.htmlhttp://nikzaitonmatnoor.blogspot.com/p/nama-ahli-1-jalaludin-bin-jamal-2-nur.htmlhttp://ketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.com/2012/10/pergerakan-kreatif.htmlhttp://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.phphttp://pergerakanlokomotor.blogspot.com/http://hhalem.blogspot.com/2012/09/pelan-pembangunan-pendidikan-ppp-dari.htmlhttp://hhalem.blogspot.com/2012/09/pelan-pembangunan-pendidikan-ppp-dari.htmlhttp://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-robert-havighust.htmlhttp://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-robert-havighust.htmlhttp://www.bharian.com.my/articles/Malaysianegarake-19palingselamatdidunia_GLOBALPEACEINDEX/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Malaysianegarake-19palingselamatdidunia_GLOBALPEACEINDEX/Article/
  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    20/25

    650929075509 / HBPE 2103

    20

    LAMPIRAN

    1. Lirik lagu Pak Pung Pak Mustape

    Pak pung pak mustafe

    Siduleh di rumahnye

    Ade tepong ade kelape

    Masak gule ade enaknye

    Pak pung pak mustafe

    Siduleh di rumahnye

    Ade tepong ade kelape

    Masak gule ade enaknye

    Jangan engkau sendiri saja

    Mari-mari ikut menyanyi

    Tak berguna hatimu gusar

    Ditinggalkan kekasih hati

    Pak pung pak mustafe

    Siduleh di rumahnye

    Ade tepong ade kelape

    Masak gule ade enaknye

    Pak pung pak mustafe

    Siduleh di rumahnye

    Ade tepong ade kelape

    Masak gule ade enaknye

    Bunga mekar bunga kesuma

    Harumnya bagai bidadari

    Hilang pacar soal biasa

    Jodoh nanti datang sendiri

    Pak pung pak mustafe

    Siduleh di rumahnye

    Ada tepong ade kelape

    Masak gule ade enaknye

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    21/25

    650929075509 / HBPE 2103

    21

    2. Lirik lagu Lenggang Lenggang Kangkung

    Lenggang lenggang kangkung (2x)

    Kangkung tepi telaga

    Balik dari menyabung (2x)

    Makanlah nasi sahaja

    Lenggang lenggang kangkung (2x)

    Kangkung di tepi paya

    Malam ini kita berkampung (2x)

    Esok berpisahlah pula

    Lenggang lenggang kangkung (2x)

    Kangkung di tepi muara

    Jangan duduk termenung (2x)

    Mari kita bersuka ria

    3. Lirik lagu Can Mali Can

    Dimana dia anak kambing saya?

    anak kambing saya yang makan daun talas

    dimana dia buah hati saya?

    buah hati saya bagai telur dikupas

    Chan mali chan, chan mali chan

    chan mali chan, ketipung payung

    Di mana dia, anak kambing saya?

    anak kambing saya main di tepi sawah

    di mana dia, cinta hati saya?

    cinta hati saya yang pakai baju merah

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    22/25

    650929075509 / HBPE 2103

    22

    Di mana dia anak kambing tuan?

    anak kambing tuan di atas jambatan

    yang mana dia si bunga pujaan?

    si bunga tanjung dihujung dahan

    Kalau nak tahu anak kambing saya

    anak kambing saya di dalam bilik

    kalau nak tahu intan payung saya

    intan payung saya yang kecil lah molek

    Di mana dia anak kambing tuan?

    anak kambing tuan yang bulunya kuning

    yang mana dia buah hati tuan?

    buah hati tuan yang putih lah kuning

    4. Lirik lagu Sahabat Selamanya

    Dua tiga kapal belayar di samudera

    Ayuh sahabatku kita bergembira

    Bermain bernyanyi bersamaMenikmati indahnya dunia

    Kerna

    Sahabat untuk selamanya

    Bersama untuk selamanya

    Kau dan aku sahabat

    Untuk selamanya setia

    Berakit-rakit kita ke huluBerenang-renang kita ke tepian

    Kita berbeda

    Untuk saling mengisi

    Segala kekurangan kita menjadi

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    23/25

    650929075509 / HBPE 2103

    23

    Sahabat untuk selamanya

    Atasi semua perbedaan

    Kau dan aku sahabat

    Untuk selamanya

    Selama-lamanya setia

    Tiada bukit yang terlalu tinggi

    Untuk kita daki bersama

    Dan tak ada laut yang terlalu dalam

    Untuk diselami

    Sahabat untuk selamanya

    Bersama untuk selamanya

    Kau dan aku sahabat

    Untuk selamanya

    Sahabat untuk selamanya

    Berbagi dan saling menjaga

    Kau dan aku sahabat

    Untuk selamanya

    Selama-lamanya

    Untuk selamanya setia

    Setia setia

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    24/25

    650929075509 / HBPE 2103

    24

    PROPS

    5. Penghulu

    6. Penoreh Getah

  • 7/27/2019 hbpe2103(650929075509)

    25/25

    650929075509 / HBPE 2103

    25

    7. Penduduk Kampung

    8. Tauke Kedai