18
COURSE CODE: HBSC3303_V2 COURSE NAME / NAMA KURSUS: SCHOOL SCIENCE CURRICULUM SEPTEMBER 2015 SEMESTER NAMA : RAJESISVAREN A/L GUNALAN NO. MATRIKULASI : 830524075779001 NO. KAD PENGNEALAN : 830524075779 NO. TELEFON : 0164950437 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PP PULAU PINANG

Hbsc 3303 Rajesh

  • Upload
    rajesh

  • View
    242

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SEM SEP 2015

Citation preview

Page 1: Hbsc 3303 Rajesh

COURSE CODE: HBSC3303_V2

COURSE NAME / NAMA KURSUS: SCHOOL SCIENCE CURRICULUM

SEPTEMBER 2015 SEMESTER

NAMA : RAJESISVAREN A/L GUNALAN

NO. MATRIKULASI : 830524075779001

NO. KAD PENGNEALAN : 830524075779

NO. TELEFON : 0164950437

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PP PULAU PINANG

Page 2: Hbsc 3303 Rajesh

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

3.0 Kesesuaian Kurikulum Sains Sekolah Rendah dalam KSSR untuk

cabaran abad ke-21

4.0 Rujukan

Page 3: Hbsc 3303 Rajesh

1.0 Pengenalan

Dalam abad ke-21, perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya dalam

bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Kesannya ialah kepada globalisasi. Cabaran di

peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian kurikulum

sekolah perlu selaras dengan perkembangan tersebut. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula

bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa

bagi melahirkan modal insan seimbang yang mampu berdepan dengan cabaran semasa dan

cabaran masa hadapan. Sistem pendidikan di Malaysia harus diberi penekanan kepada

pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan warga yang

menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta program membangunkan akal manusia dalam

melahirkan insan yang mulia. Sistem pendidikan Abad ke-21 dapat dicapai apabila ia

menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara,

khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan

diterima di peringkat antarabangsa atau dunia.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha untuk menyusun

semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi

cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula

sesi persekolahan Januari lalu bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata

pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard

kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

Standard kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan

boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai

manakala standard pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Berikut adalah soal jawab KSSR

bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.

Page 4: Hbsc 3303 Rajesh

2.0 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta

perkembangan individu. Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR terkandung kemahiran asas

iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini merupakan tonggak pendidikan asas di

peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuklah

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata

pelajaran ini diajar pada Tahap 1 dan Tahap 2. Contohnya, bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,

ia berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat.

Pada Tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti bertutur,

mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada Tahap 2 pula,

murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui

pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan. Kesimpulannya, mata pelajaran

Bahasa Melayu KBSR bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan

berbahasa,menghargai serta menghayati bahasa sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan

dan bahasa ilmu selaras dengan semangat Rukun Negara dan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling mengandungi

komponen kerohanian, nilai dan sikap.

Pada Tahap 1, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral diajar manakala pada Tahap 2,

dua mata pelajaran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Contohnya, dalam mata

pelajaran Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan adat resam

pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sarwajagat dan prinsip-prinsip Rukun

Negara. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi kandungan dan

penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid.

Sebagai contoh, pada Tahap 1, murid diajar nilai pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu

dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya seperti kebersihan diri iaitu mandi,

gosok gigi, sikat rambut dan lain-lain lagi. Manakala pada tahap 2 pula, konteks isu dan situasi

dikembangkan untuk meliputi aspek kemasyarakatan, negara dan antarabangsa.

Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang dan membuat keputusan berhubung

dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya, bidang yang ketiga

dalam KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini

Page 5: Hbsc 3303 Rajesh

ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan

lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan kesenian dan kesihatan. Antara

mata pelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni,

Pendidikan Muzik serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam

tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran

kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai

penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap

tunjang. Jika kita lihat di dalam KSSR reka bentuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas

berbanding dengan KBSR. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi

penekanan kepada proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi.

Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam

bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di

bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti

mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Jika dilihat

dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca

dan menulis sahaja tetapi dalam KBSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi

kemahiran berbahasa yang amat penting iaitu menaakul.

Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu transformasi baru yang dilakukan untuk

meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses

penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran

dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu

pengetahuan, kemahran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian, sikap

dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu

dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara

memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang

mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia.

Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada

pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan

dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada

Page 6: Hbsc 3303 Rajesh

tunjang ini. Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan

pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya

memahami, malah turut menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai

berkaitan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Kesedaran tentang

perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan dan

pembangunan sumber tenaga berterusan.

Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patritotisme dan

perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda

perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara.

Di samping itu, semangat patriotism perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat

awal persekolahan lagi. Oleh itu, tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan

pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial

seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan

Alam Sekitar.

Seterusnya, tunjang Keterampilan  Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan

modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan

(Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri

yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan

dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan

dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri

tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dan kegiatan

kokurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan.

Tunjang keterampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri

melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang

kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di

bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di

luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid

memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan

negara. Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah

Page 7: Hbsc 3303 Rajesh

Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi

dan inteleknya.

Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain.

Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat

umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain

aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk

kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan

ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam

bidang ilmu kesenian terutamanya Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Sejajar dengan

perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi

adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut

supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu,  kemahiran dan nilai

berteraskan sains dan teknologi.

Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan

numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Tunjang ini

menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu memahami konsep nombor

dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid

mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan

kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang

untuk menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi

tujuan tertentu.

3.0 Kesesuaian Kurikulum Sains Sekolah Rendah dalam KSSR untuk cabaran abad ke-21

Pendidikan abad ke-21 merupakan satu transformasi yang dilakukan dalam memperbaharui taraf

pendidikan sedia ada yang mana sistem pendidikan abad ke-21 adalah lebih fleksibel, kreatif,

mencabar dan lebih kompleks. Dalam menangani dunia yang semakin pesat membangun,

pendidikan harus di struktur semula untuk memenuhi keperluan pelajar dalam dunia abad ke-21.

Sebagai contoh, setiap sekolah perlu didedahkan dengan kurikulum berasaskan projek berkaitan

Page 8: Hbsc 3303 Rajesh

kehidupan bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam menangani masalah dunia sebenar dan isu-

isu semasa. Bagi mencapai hasrat tersebut pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang

sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. Memandangkan

ianya berkait rapat dengan perkembangan individu, keperluan masyarakat dan proses pembinaan

negara bangsa maka usaha penambahbaikan dan perubahan dasar perlu dilakukan dengan cepat

bagi memenuhi keperluan semasa. Ini membolehkan pelajar sentiasa didedahkan dengan

perkara-perkara yang berada di sekeliling mereka.

Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, penggunaan teknologi komputer

menyemarakkan pengetahuan pelajar untuk menyusun maklumat dan pada masa yang sama

mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas. Oleh itu, semua sekolah di Malaysia akan

dihubungkan antara satu sama lain melalui Jaring dan seterusnya Internet. Dengan adanya

teknologi pendidikan abad 21 membolehkan pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran secara

‘global classroom'. Di sini mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentang apa

sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh dunia.

Penguasaan terhadap teknologi maklumat ini amat penting agar masyarakat serta negara kita

tidak ketinggalan jauh berbanding negara maju yang lain seperti Amerika dan Jepun. Seperti

yang kita ketahui, dengan perkembangan zaman maklumat ini, ia telah memberi ruang kepada

kita untuk memperolehi pengetahuan secara mudah dan cepat. Selain itu juga, ia turut memberi

peluang kepada kita mengembangkan bakat yang sedia ada serta potensi melalui kemahiran

teknologi ini serta memberi mereka peluang dalam mengikuti pendidikan sepanjang hayat.

Segalanya hanya terletak di hujung jari sahaja.

Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah

dihasilkan oleh sistem pendidikan kita. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri

generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu kaya maklumat

(termasuk sains dan teknologi), kekuatan minda (kreatif dan proaktif), nilai-nilai luhur dan murni

(termasuk penyayang), semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan keterampilan.

Dalam memenuhi tuntutan globalisasi abad ke-21, sistem pendidikan negara juga sering

melaksanakan lonjakan dengan menyediakan satu sistem pendidikan yang berkualiti kerana

kerajaan menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan Malaysia perlu terus berkembang supaya

dapat memenuhi aspirasi negara yang kian meningkat dan juga dapat bersaing dengan negara

Page 9: Hbsc 3303 Rajesh

lain yang setanding. Ekonomi dan dunia globalisasi hari ini memerlukan pesaing yang mampu

berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif. Oleh yang demikian, atas daya maju yang tinggi,

Kementerian telah bekerja keras untuk membina Pelan Pembangunan Pendidikan melalui kajian

dan penilaian yang mendalam serta pelibatan meluas pihak awam.

Langkah bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif ini adalah bermula

daripada kurikulum yang seimbang daripada aspek budaya berfikir dan penjanaan ilmu.

Transformasi kurikulum ini dijangka mampu memberikan pendidikan sempurna dan lengkap

yang dapat menjamin dan membolehkan mereka memberi sumbangan kepada diri dan

masyarakat.

Dalam menuju ke arah pendidikan abad ke-21, pelbagai kemajuan yang dikecapi oleh setiap

individu secara global mahupun lokal. Profesion perguruan adalah yang bertanggungjawab

dalam melaksanakan dasar sistem pendidikan yang berpandukan Falsafah Pendidikan Negara

(FPN). Dalam menjana dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial (JERIS). Selain itu juga, FPN juga memberi penekanan kepada kemahiran 3M

(membaca, mengira dan menulis), sejajar dengan itu juga kemahiran baru seperti sains dan

teknologi, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat penting

di era ini.

Sebagai menyahut baik anjakan transformasi sistem pendidikan ini, kemahiran abad ke-21 secara

tidak langsung dititik beratkan oleh kementerian bagi mencapai tujuan pelan dan melahirkan

generasi pemangkin negara yang ideal. Standard pelajar di abad ke-21 adalah memerlukan

kemahiran baru yang lebih berdaya saing dan berjaya dalam dunia pendidikan dan juga

kehidupan seharian. Kemahiran abad ke-21 pada kebiasaannya digunakan dalam menghuraikan

pelbagai kebolehan yang diperlukan untuk berjaya di zaman global. Justeru itu juga, proses

pembelajaran dalam bilik darjah perlu merangkumi literasi teknologi, pembelajaran kolaboratif,

penggunaan pendekatan pembelajaran berasakan projek serta aplikasi pemikiran aras tinggi,

termasuk pemikiran kritis untuk mengsintesis dan menilai maklumat dalam menyelesaikan

masalah.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula

dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi

Page 10: Hbsc 3303 Rajesh

cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) bermula sesi persekolahan Januari 2010 bertujuan meningkatkan minat murid terhadap

mata pelajaran yang diajarkan di sekolah khususnya matapelajaran Sains. KSSR digubal dalam

pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai

murid dalam satu tahap persekolahan.

Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh

lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai,

manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang

ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang

ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif,

kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit

bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Dalam KSSR mata pelajaran

disusun mengikut modul dan tunjang. Mata pelajaran Tahap 1 dalam KSSR dikelompokkan

kepada tiga modul iaitu Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.Mata pelajaran

Tahap 2 dikelompokkan kepada dua kategori iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran

Elektif. Bagi kategori Mata Pelajaran Teras, mata pelajaran seterusnya diklasifikasikan mengikut

lima tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Sains & Teknologi, Tunjang Perkembangan

Fizikal & Estetika, Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai dan Tunjang Kemanusiaan. Manakala

bagi kategori Mata Pelajaran Teras Elektif terdapat satu tunjang iaitu Tunjang Komunikasi

Elektif.Penegasan semula mata pelajaran mengikut modul dan tunjang dalam KSSR adalah bagi

memastikan murid-murid dapat mengalami pertumbuhan dan perkembangan secara seimbang

dan haronis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.KSSR juga mengandungi

penegasan standard kandungan dan standard pembelajaran.

Teknologi Maklumat & Komunikasi sebagai komunikasi yang menggunakan teknologi terkini

sebagai alat untuk berhubung antara satu sama lain tanpa mengira situasi, masa, dan lokasi

geografi. Tiga asas utama sistem teknologi maklumat adalah perkakas komputer, perisian

komputer dan komunikasi data. Sinergi antara ketiga-tiga teknologi tersebut berupaya

Page 11: Hbsc 3303 Rajesh

menggerak dan mewujud satu kuasa teknologi yang bernilai dan berdaya maju dalam aspek

komunikasi atau perhubungan.Teknologi maklumat diperkenalkan bagi memajukan lagi sistem

pendidikan harian di sekolah. Oleh yang yang demikian kita sebagai pendidik seharusnya tidak

ketinggalan dalam mendalami ilmu bagi bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Matlamat kurikulum Teknologi Maklumat peringkat sekolah ialah untuk membentuk pelajar

yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang teknologi maklumat dan berkemahiran

menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan teknologi maklumat bagi

menyelesaikan masalah.Di samping pengetahuan dan kemahiran, Kurikulum Teknologi

Maklumat juga membentuk pelajar yang bersikap positif terhadap impak dan sumbangan

teknologi maklumat kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat menyumbang secara

berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat juga ekonomi berteknologi di tempat mereka hidup

dan bekerja. Objektif kurikulum tersebut ialah membolehkan pelajar mengkaji, mengguna dan

memahami sistem dan persekitaran yang berkaitan dengan teknologi maklumat; membina

pengetahuan tentang prinsip dan proses teknologi maklumat, mengenal pasti serta meneroka

keperluan dan peluang yang boleh ditangani melalui teknologi maklumat; menjana idea bagi

memajukan teknologi berkaitan dengan keperluan yang dikenal pasti; mengguna teknologi

maklumat dengan berkesan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah; dan juga

menyedari implikasi penggunaan teknologi maklumat terhadap masyarakat dan kehidupan

harian.

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum.

Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk

membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan

teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan

lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar.

Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantu sepenuhnya oleh

komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk

menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan

lebih bermakna kepada pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih

tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang.

Page 12: Hbsc 3303 Rajesh

4.0 Rujukan

Early Learner(2003). Kindergarten -1 Learning Skills,Mathematics Book 2.Kuala

Lumpur:Edukid Distributors Sdn Bhd.

Epal(2013).Numbers.Pulau Pinang: Hang Seng Entreprise.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) . Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.Kuala

Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Maths Challenge 1(2009). Numbers 1 – 10.Selangor:S.E.Supplies Sdn Bhd.

OUM (2007).HBMT 1203: Teaching Of Pre-School Mathematics.

Puteh,M., Wan Ngah,WY., & Lean Cy.(2010).Matematik Tahun 1, Buku Aktiviti Jilid1. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Puteh,M., Wan Ngah,WY., & Lean Cy.(2010).Matematik Tahun 1, Buku Aktiviti Jilid2. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohana Puteh(2006). I-Assess,Pre PKSR Mathematics.Selangor:Marshall Carvendish Sdn.Bhd.