30
HBSC3203 V2 KIMIA II SEMESTER MEI 2015 DISEDIAKAN OLEH: SARINAH BT.JAMALUDIN NO.KAD PENGENALAN: 740416-06-5056 NO. MATRIK: 740416065056001 PUSAT PEMBELAJARAN: MENTAKAB,PAHANG

Hbsc3203 Kimia II 2015

  • Upload
    skbp

  • View
    238

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SELAMAT MNGGUNAKAN...

Citation preview

SEMESTER MEI 2015

HBSC3203 V2KIMIA IISEMESTER MEI 2015

DISEDIAKAN OLEH:

SARINAH BT.JAMALUDIN

NO.KAD PENGENALAN:740416-06-5056

NO. MATRIK:740416065056001

PUSAT PEMBELAJARAN:MENTAKAB,PAHANG

AMBILAN SEPTEMBER 2012

Isi Kandungan HalamanBiodata Pelajar iPenghargaan iiIsi kandunganiiiRujukan 43-44

i.

Penghargaan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk HBSC 3203 V2 (Kimia II) pada kali ini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM Mentakab Pahang yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga OUM semester Mei 2015 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang di hormati, En.Isa b.Safie kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Begitu juga dengan E-Tutor, yang banyak memberi maklumat melalui laman forum LMS.Tanpa penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, segala-galanya adalah takdir dari Ilahi, dan kita jangan menolak takdir.Sekian terima kasih.

ii.

PENGENALAN.

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit. Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh. Di sinilah pentingnya kesedaran masyarakat untuk melakukan kitar semula sebelum bumi ini musnah.

Seperti kempen yg disarankan oleh kerajaan tentang "Hari Tanpa Beg Plastik" sejak 2hb Januari 2010.

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable seperti sampah makanan atau lebihan taman biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).

Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil sumber-sumber terbatas. Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

Reduce PenguranganHanya beli apa yang diperlukan:Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.Beli produk yang boleh diguna semula:Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.Beli pencuci serbaguna:Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.Beli barangan yang kurang bungkusan:Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.Beli produk tidak bertoksik:Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

Reuse Guna SemulaBeg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Recycle Kitar Semula

Kitar semula di rumah: Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.Mengitar semula di laman anda: Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.Mengitar semula di sesebuah komuniti: Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

KERTAS KERJAPROJEK TAMAN BUNGA KITAR SEMULA

Program Kitar Semula Peringkat Sekolah 2015SK BUKIT PIATU 28700,BENTONG PAHANG

TARIKH :13 JULAI 2011 - 27 JULAI 2011

TEMPAT :TAMAN BUNGA SJK (C) PASIR PINJI 2

1.0 PENGENALANProgram kitar semula banyak dijalankan di sekolah-sekolah. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Selain itu ia juga membantu untuk menjaga kebersihan, kecantikan dan keceriaan sekolah.

2.0 RASIONALRasional projek ini adalah untuk merangsang murid-murid sekolah rendah menceriakan kawasan sekolah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula dan menanam pokok bunga. Ini juga dapat meningkatkan kesedaran murid untuk menghayati dan menghargai alam semula jadi demi memelihara bumi kita.

3.0 MATLAMATMeningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar.

4.0 OBJEKTIF4.1 Membuka minda murid-murid tentang kegunaan bahan-bahan kitar semula.4.2 Meningkatkan kesedaran warga sekolah untuk menjaga dan menghargai alam sekitar.4.3 Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria, harmonis dan kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT5.1 Tarikh : 13 Julai 2011 27 Julai 20115.2 Masa : 2 minggu5.3 Tempat : Taman bunga sekolah

6.0 KUMPULAN SASARANSemua warga SJK (C) Pasir Pinji 2

7.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN

Penasihat:Pn. Khoo Oi Ling( Guru Besar SJK (C) Pasir Pinji 2 )Pengerusi:Pn. Teoh Siew Moi ( Penolong Kanan Pentadbiran )Naib Pengerusi:Pn. Thing Sok Fun(Ketua Keceriaan Sekolah)Setiausaha:Cik Khoo Bee Kheng Bendahari : Cik Diu Wen JieAJK:Cik Kong Sin YeeCik Kek Wan KunPn. Ai Lai KuanPn. Tang Lai LingPn. Wong Chiew MeePn. Chai Lai Yin

8.0ANGGARAN PERBELANJAAN

Pokok bunga:RM 200.00Perkakasan :RM 50.00Cat :RM 30.00Alat Tulis:RM 10.00 Lain-lain:RM 10.00JUMLAH:RM 300.00

9.0 SUMBER KEWANGANSumbangan daripada sekolah dan sukarelawan

10.0 PENUTUPPada akhir projek menceriakan taman bunga sekolah ini diharapkan bahawa dapat mewujudkan kawasan sekolah yang ceria, selesa dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran di samping meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan memelihara alam sekitar serta bersama-sama menjaga sekeliling sekolah supaya sentiasa bersih dan cantik.

Disediakan oleh :

( CIK KHOO BEE KHENG)Setiausaha, Projek Kitar SemulaSJK(C) Pasir Pinji 2.

Disemak oleh :

...( PN. TEOH SIEW MOI )Penolong Kanan Pentadbiran,SJK (C) Pasir Pinji 2.

Disahkan oleh : ( PN KHOO OI LING )Guru Besar, SJK (C) Pasir Pinji 2.

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIPNAMA PELAJAR: Tan Yee MayPROGRAM: 8 PISMP Sc 3NAMA SEKOLAH: SK Puteri Pandan 2, KL.NAMA PROJEK/ AKTIVITI: Kitar SemulaTEMPOH PELAKSANAAN: 12 Julai 23 Julai 2010OBJEKTIF:1)Memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang kitar semula.2)Memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula.3)Memupuk semangat kerjasama murid-murid dalam bilik darjah.4)Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar.5)Menyenaraikan jenis-jenis bahan kitar semula.6)Memberi peluang dan kesempatan kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti kitar semula.

STRATEGI PELAKSANAAN:1)Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua murid semasa gerak gempur pagi.2)Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.3)Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahan-bahan kitar semula terbanyak dan berkesan.4)Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini. 5)Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada hari penamat program ini. 6)Menyediakan beg plastik hitam dengan label kepada setiap kelas agar mereka dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium. 7)Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar semula yang berjaya dikumpul oleh murid-murid di setiap kelas.

REFLEKSI:1)Kekuatan Projek/ Aktiviti:Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Program Kitar Semula dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar sejak bangku sekolah lagi. Program Kitar Semula kali ini berpeluang mengurangkan bahan-bahan buangan pepejal (solid waste), mendidik murid-murid tentang cara yang betul untuk membuang sampah dan menanamkan sikap kepimpinan dan tanggungjawab antara murid murid. Melalui taklimat ringkas yang diberi kepada murid-murid dapat membantu mereka memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan isu kitar semula. Semua murid juga berkesempatan mengenali bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti yang disenaraikan. Selain itu, kami menyediakan plastik hitam bersaiz besar bersama labelnya untuk membezakan kumpulan bahan-bahan kitar semula misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium. Murid-murid juga sedar akan kepentingan kitar semula seperti mengurangkan pencemaran, manambah pendapatan dan memupuk sikap jimat carmat.melalui risalah yang diberikan kepada setiap kelas Mereka juga menggunakan bahan kitar semula yang telah dikumpul dalam pertandingan rekacipta dengan bahan kitar semula semasa Hari Kokurikulum. Bertitik-tolak daripada manifestasi ini, jelas membuktikan bahawa murid-murid memahami tujuan Program Kitar Semula yang diadakan kali ini dan memberi sokongan penuh untuk menjayakannya. Seperti yang diketahui, tajuk kitar semula memang dimasukkan dalam sukatan matapelajaran Sains Tahun Empat. Dengan melaksanakan program kitar semula, sekolah mewujudkan persekitaran belajar yang kondusif ataupun dikenali sebagai hands-on learning environment di mana murid dapat melatih dan meningkatkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan juga menjadi rakyat yang mempunyai perilaku mulia dengan mengurangkan penggunaan sumber. Sementara itu, kami juga menganjurkan pertandingan Pengumpulan Bahan-bahan Kitar Semula antara kelas dengan menyediakan ganjaran kepada kelas yang berjaya mengumpul bahan kitar semula terbanyak. Pertandingan ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap kepimpinan dan kerjasama murid-murid dimana ketua kelas akan membahagikan kerja kepada murid lain supaya mengumpul bahan-bahan terpakai yang berlainan kategori untuk kelas masing-masing. Melalui pemerhatian saya selama 2 minggu ini, penglibatan murid dalam program ini adalah sangat aktif kerana mereka sanggup mengumpul semua botol-botol plastik atau tin-tin aluminium walaupun di luar kawasan sekolah. Hal ini menunjukkan murid-murid mula menyedari tanggungjawab mereka agar tidak membuang sampah merata-rata tempat sesuka hati dan amalan memelihara dan memulihara alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli.

2)Kelemahan Projek/ Aktiviti:Tempoh masa Program Kitar Semula selama dua minggu ini adalah singkat dimana kesedaran murid-murid terhadap tujuan sebenar kitar semula tidak jelas dan efektif. Apa yang difahami oleh murid dalam dua minggu ini adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan tujuan mereka ialah mamastikan kelas mereka menang dalam pertandingan Pengumpulan Bahan Kitar Semula. Oleh itu, murid-murid telah membawa semua suratkhabar lama, kertas-kertas bercetak, botol plastik dan sebagainya ke kelas masing masing untuk memenuhkan plastik kitar semula yang diberi kepada setiap kelas. Mereka tidak menyedari dengan kepentingan kitar semula yang menyatakan ia dapat menjimatkan kos, sumber dan tenaga atau mengurangkan penggunaan sumber kerana kami tidak memberi maklumat lanjutan tentang tindakan yang boleh diambil selain daripada mengumpul bahan-bahan terpakai. Contohnya, kami tidak menggalakkan murid-murid mengurangkan penggunaan plastik, polisterin dan juga kertas haruslah diggunakan kedua-dua belah sebelum membuangkannya. Sementelahan itu, mungkin tidak semua murid yang tahu bahawa bahan-bahan kitar semula ini sebenarnya boleh dijual dan menambahkan sedikit pendapatan kami di samping memberikan peluang pekerjaan kepada sesetengah pihak untuk mengurangkan kadar pengangguran rakyat Malaysia. Info berkaitan penggunaan semula bahan-bahan kitar semula juga tidak disampaikan oleh semua murid. Oleh itu, Program Kitar Semula kali ini kami hanya sempat menyampaikan maklumat asas tentang kitar semula kepada murid-murid dimana aktiviti ini sebenarnya perlu diteruskan pada jangka masa yang panjang dan dimana-mana jua sahaja anda berada.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:Menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yang berjaya menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semula bahan-bahan secara berkesan. Pertandingan yang diadakan hendaklah meliputi cadangan kaedah pengurangan bahan-bahan yang memberi kesan yang musibah kepada alam sekitar. Kini sudah tiba masanya untuk mengalihkan semangat dan kreativiti kanak-kanak dalam menambahkan usaha dan niat mereka daripada sudut kualiti dan bukannya kuantiti. Ganjaran seperti kupon diskaun membeli buku di koperasi sekolah boleh diberikan kepada mereka yang banyak menyumbang demi menjayakan program kitar semula. Aktiviti pengumpulan bahan-bahan kitar semula boleh dijadikan tabiat setiap warga sekolah dengan menyediakan tong-tong sampah kitar semula yang sesuai agar setiap orang dapat membuang sampah mengikut kategori yang sesuai dan mengurangkan pencemaran di sekitar sekolah. Selain itu, pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kantin sekolah agar mengelakkan penggunaan plastik atau polisterin dan menyeru murid-murid membawa bekas sendiri ke sekolah begitu juga dengan botol air. Maklumat berkaitan dengan kitar semula seperti pengenalan, kepentingan, barang-barang kitar semula dan sebagainya harus ditampal di setiap sudut sekolah untuk mengingati semua warga sekolah dari semasa ke semasa. Akhir sekali, program kitar semula perlulah disertai oleh semua warga sekolah bersama-sama agar mendapat sambutan yang baik dan berjaya.

KESIMPULAN:Semua murid mempunyai pengetahuan am terhadap bahan yang boleh dikitar semula dan diguna semula. Mereka memahami bahawa mempraktikkan kitar semula merupakan satu amalan yang baik, cinta terhadap alam sekitar, sebagai menyahut seruan kerajaan, menjadi insan yang mulia dan bertanggungjawab serta sebagai contoh kepada orang lain. Kesedaran ke atas kepentingan kitar semula agak tinggi di kalangan murid-murid sekolah ini, akan tetapi sesetengah murid seperti Tahun 5 dan 6 kurang menyumbang dalam aktiviti ini. Tabiat lama memang sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara beransur-ansur. Amalkan konsep kitar semula selangkah demi selangkah untuk memelihara ruang hidup kita dan wujudkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat tanggungjawab semua rakyat. Tunjukkan kesungguhan dan usaha anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi sebahagian hidup anda.

RujukanMohd Noorazam Abdul Razak.et al.(2011).HBHE 3203Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputerhttp://mrriz575.edublogs.org/about/teknologi/Pengurusan Stor Peralatan Pendidikan Jasmanihttp://notapismp.blogspot.com/2009/09/pengurusan-stor-peralatan-pendidikan.html

Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum Sekolahhttp://khairulsham.blogspot.com/p/polisi-keselamatan-kegiatan-luar-bilik.html

Tatacara Pengurusan Kantinhttp://hemsktbi.blogspot.com/2010/07/matlamat-pengurusan-kantin-sekolah-sk.html

Bidang-Bidang Berkaitan Pengurusan Hem Di Sekolah Kebajikan Pelajarhttp://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem3.htm

iiiHBSC3203 V2 /KIMIAII740416065056