Hbse2230_pengurusan Tingkah Laku

  • View
    1.545

  • Download
    1

Embed Size (px)

Text of Hbse2230_pengurusan Tingkah Laku

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2011

HBSE 2230

PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

790818025722002 790818-02-5722 012-5717882 adiaruz_2@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN KEDAH

ISI KANDUNGAN

BIL 1. PENGENALAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT 1 2

1.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak masalah pembelajaran

2.

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2.1 Jenis-Jenis Tingkah Laku 2.2 Memilih Tingkah laku sasaran 2.3 Mengumpul dan merekod data 2-4 4-5 5-11

3.

LAPORAN DAPATAN KAJIAN

12-19

4.

KESIMPULAN

20-21

5.

APENDIK Rujukan 22

1.0 PENGENALAN Pengurusan Tingkah Laku Merupakan salah satu pendekatan yang digunakan bagi mengurangkan tingkah laku yang tidak di ingini dan membantu kanak-kanak khas bermasalah pembelajaran yang mempunyai masalah tingkah laku menukarkan tingkah laku ini kepada tingkah laku baru yang di ingini. Sebelum itu mari kita lihat maksud tingkah laku itu sendiri. Mengikut kamus dewan atau tidak edisi keempat tingkah manakala bermaksud laku pula perbuatan yang patut,

ganjil-ganjil

dimaksudkan sebagai gaya (cara) membuat sesuatu. Carl Rogers (1999), juga menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Jelas di sini bahawa tingkah laku baik. Manakala pengurusan tingkah laku pula ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005). Daripada definisi yang didapati di atas bolehlah kita garapkan bahawa pengurusan tingkah laku amat perlu dilaksanakan oleh guru-guru pendidikan khas bagi membantu pelajar mengurangkan tingkah laku tidak kondusif yang boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam mahu pun di luar kelas. Mengikut ahli-ahli behaviorisme, tingkah laku boleh dipelajari, diubah atau diubahsuai. Dalam menjalankan pengurusan tingkah laku seorang guru perlulah mengetahui bagaimana untuk menjalankan pengurusan tingkah laku tersebut dengan betul dan sistematik agar objektif yang disasarkan kepada tingkah laku pelajar tercapai. Setiap rancangan pengurusan tingkah laku yang hendak dijalankan perlulah mempunyai perancangan, pelaksanaan program peneguhan dan penilaian. Namun begitu seorang guru perlulah merancang objektif tingkah laku secara spesifik dan jelas ditakrifkan sesebuah tingkah laku. Kenal pasti tingkah laku, tentukan sasaran, pilih strategi, kaji kesan setiap strategi kemudian aplikasikan strategi, jika strategi tidak berkesan rancang semula strategi baru. merupakan perlakuan atau perbuatan yang sama ada baik atau tidak

1

1.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran Sebelum pengurusan tingkah laku dijalankan seorang guru perlulah mengetahui faktorfaktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku negatif pelajar. Faktor-faktor yang menyumbang punca masalah tingkah laku di antaranya ialah persekitaran, ketakutan, kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad, tekanan psikologi, kesukaran tugasan, kesihatan dan perubatan, aktiviti dan tahap rangsangan, jangkaan tingkah laku serta peneguhan yang kurang sesuai. Faktor persekitaran yang bising, sejuk, panas dan tidak menentu merupakan penyumbang kepada berlakunya tingkah laku yang tidak diingini kerana sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran cuaca yang sebegini seperti kanak-kanak autism, sindrom down dan kanak-kanak ADHD. Faktor komunikasi di kalangan kanak-kanak juga menyumbang kepada masalah tingkah laku, terutama daripada kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik. Fobia merupakan faktor yang boleh mengakibatkan seseorang kanak-kanak bertindak melulu dan berbahaya untuk mengelak daripada ketakutan terhadap sesuatu contohnya takut kepada binatang. Faktor tekanan psikologi pula selalunya dialami oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah autism di mana kanak-kanak ini sukar untuk mengubah kebiasaan tingkah laku yang selalu mereka lakukan atau tingkah laku mereka diganggu dan akibatnya kanak-kanak akan mengalami masalah tingkah laku psikologi seperti menjerit dan mencederakan diri sendiri. Faktor aktiviti dan tahap rangsangan yang tidak membina dan kurang menarik juga akan menimbulkan masalah tingkah laku di dalam kelas contohnya guru tidak membuat persediaan yang menarik dan kurang aktiviti menyebabkan kanak-kanak tersebut cepat jemu dan bosan. Begitu juga dengan faktor kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kekecewaan dan akan menunjukkan masalah tingkah laku akibat daripada kesilapan dan mengalami kegagalan dalam tugasan yang diberikan kepada mereka. Faktor kesihatan dan perubatan yang dihadapi oleh kanak-kanak seperti kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai, begitu juga dengan ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan yang boleh mengakibatkan tingkah laku negatif .2

2.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2.1 Jenis-Jenis Tingkah Laku Daripada kajian yang telah saya jalankan, sebelum memulakan atau menjalankan langkah-langkah tingkah laku ini, guru perlulah mengetahui jenis-jenis tingkah laku. Secara amnya tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif merupakan tingkah laku yang terjadi apabila kana-kanak yang mempunyai tingkah laku positif, menggunakan tingkah laku mereka secara berlebihan seperti tingkah laku ingin tahu yang terlampau sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya tingkah laku ingin tahu secara berlebihan. Tingkah laku bermasalah negatif pula merupakan masalah tingkah laku yang boleh dilihat dengan jelas dilakukan oleh pelajar. Beberapa jenis tingkah laku yang bermasalah yang boleh dikenal pasti secara jelas di antaranya ialah tingkah laku disruptif, distuktif, agresif, pengasingan diri, kebimbangan, ponteng sekolah dan enggan ke sekolah.

a) Disruptif Perlakuan yang sering berlaku di dalam kelas dan juga di luar kelas di mana perlakuan yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. b) Distruktif Perlakuan ini melibatkan tingkah laku negatif yang suka merosakkan harta benda seperti kerusi, meja, barang-barang rakan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya. c) Agresif Tingkah laku agresif adalah salah satu tingkah laku yang sangat negatif berlaku di kalangan pelajar hiperaktif seperti suka bergaduh, suka memukul rakan, menjerit, melompat, suka memaki hamun dan sebagainya. d) Pengasingan diri Tingkah laku yang bermasalah dan pasif ini adalah tingkah laku pengasingan diri dan Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga

3

dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain. e) Kebimbangan Kebimbangan yang melibatkan perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini diakibatkan daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang. f) Enggan ke sekolah Tingkah laku enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah daripada pengalaman buruk yang dialami di sekolah, memungkinkan kanak-kanak berasa fobia. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya. g) Ponteng sekolah Tingkah laku ponteng sekolah yang berpunca daripada perlakuan yang sengaja dibuat iaitu dengan tidak menghadirkan diri ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa, serta membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau pusat-pusat hiburan.

2.2 Memilih Tingkah laku sasaran Pada peringkat permulaan ketiga-tiga guru ini telah memulakan interversi atau pelaksanaan program peneguhan dengan memilih tingkah laku sasaran. Tingkah laku sasaran merupakan tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan. Terdapat beberapa panduan memilih tingkah laku sasaran di antaranya pilih hanya satu sahaja tingkah laku sasaran pada satu-satu masa supaya guru dapat memberi perhatian yang menyeluruh terhadap tingkah laku yang ingin diubah. a. Panduan memilih tingkah laku sasaran i. Pastikan masalah yang dipilih membahayakan diri dan orang lain, mengganggu pembelajaran dan murid lain, membahayakan keselamatan diri dan muris, masalah yang terlalu kerap berlaku, masalah yang tidak sesuai dengan umurnya, serta masalah yang menyebabkan pelajar lain sukar berinteraksi dengan nya.

4

ii. Analisis tingkah laku tingkah laku sasaran berdasarkan jenis tingkah laku, jangka masa berlaku, kekerapan berlaku, tahap keterukan, dan jumlah keseluruhan tingkah laku. iii. Pertimbangkan kemungkinan perubahan tingkah laku sama ada meningkat atau mengurang iv. Memastikan tingkah laku yang di pilih dapat di ukur perlakuannya v. Memastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian vi. menyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis. 2.3 Mengumpul dan merekod data Selepas semua pemerhatian dilakukan langkah seterunya yang perlu dilakukan oleh guru ialah dengan merekod semua tingkah laku pelajar. Guru perlu mengumpul maklumat tingkah laku yang hendak diubah sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku. Maklumat yang terkumpul dikenali sebagai baseline data. Merekod bertujuan untuk mengetahui jumlah tingkah laku yang dilakukan dalam sehari, mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku, dan mengetahui sebab-sebab berlaku tingkah laku tersebut. Maklumat mengenai tingkah laku diperol