Upload
mohd-amirul-mukmin
View
234
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
1/22
HEBATNY
A
AL-
QURAN
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
2/22
HADIS YANG BERKAITAN DENGAN
AL QURAN
1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku
mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al
Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat
sebagai syafa’at kepada pembacanya.
( Riwayat Muslim )2. Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata :
Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di
hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan
orang yang membaca dan mengamalkan isi
kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarahdan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini
menghujah ( mempertahankan ) orang yang
membaca dan mengamalkannya.
( Riwayat Muslim )
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
3/22
3. Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di
antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan
mengajarnya kepada orang lain.
( Riwayat Bukhari )
4. Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : Barangsiapa
yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka
baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamaidengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif ,
Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf,
Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis inihasan sahih )
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
4/22
5. Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata :
Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin
yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya
sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca
Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan
rasanya manis, dan umpama orang munafik yang
membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok)baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang
munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah
labu yang tiada bau dan rasanya pahit.
( Riwayat Bukhari & Muslim )
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
5/22
KELEBIHAN AL-QURAN
Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-
Quran merupakan senjata yang paling mujarab
yang melimpah ruah, mata air yang tidak
mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nurhidayah rahmat dan zikir.
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
6/22
Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia
tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid).Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar
manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru
dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang
ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang
ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat
mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
7/22
Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh
tauladan dan juga kisah-kisah yang benarberlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada
masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia
mendapat pengajaran dan panduan dalam
mengharungi kehidupan sebagai muslim yang
sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
8/22
Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentangakhir kehidupan manusia, situasi terakhir yangakan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini
dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hariqiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada kesyurga atau ke neraka.
Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitabsuci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.Tkepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antarayang termasyhur ialah kitab Zabur yangditurunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat
yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dankitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.stetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalahkitab yang paling utama dan termulia di sisi
Allah S.W.T.
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
9/22
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah
bersabda yang berbunyi:
Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai
kemegahan yang mana manusia berbangga
dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaanumatku ialah Al-Quran yang mulia.
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
10/22
Al-Quran terpelihara dan susunannya tidakberubah-ubah dan tidak boleh dipinda ataudihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan
oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah danmeminda isi kandungan Al-Quran atau memutarbelit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kaliusaha itu dibuat ia tetap dapat diketahuitermasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.
Al-Quran adalah satu perlembagaan yanglengkap bagi semua aspek kehidupan,mengandungi semua yang dihajati oleh manusia
walaupun sebahagian daripada huraiannya tidakterperinci. Tujuannya Allah menyuruh manusiamenggunakan fikiran yang sihat dan sempurnauntuk mencari dan mengkaji berpandukansaranan yang diberi oleh Allah S.W.T.
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
11/22
Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:
Sesungguhnya telah datang kepada kau cahayakebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah
dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata
kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan
jalan keselamatan serta kesejahteraan kepadasesiapa yang mengikut keredhaanNya dan
denganya Tuhan keluarkan mereka dari
kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang
terang benderang dengan izinNya dan
dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
12/22
Firman Allah S.W.T lagi:
Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak
padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orangyang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
13/22
Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta
Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang
berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah
kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda
menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran
kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan
bekalan untuk hari akhirat.”
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
14/22
Kita dikehendaki membaca, mendalami dan
menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia
diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan
sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang
besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah
tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan
sehari-hari.Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan
zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama
daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca
Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklahmelebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
15/22
Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan
rohani kepada tiap-tiap orang Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis
berbunyi:
Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah
S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan
Allah sebanyak mana yang kamu boleh.
Al-Quran juga merupakan senjata yang paling
berkesan untuk membersihkan jiwa dan
menyinarkannya.
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
16/22
PAHALA MEMBACA AL-QURAN
Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahalayang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yangtidak sama antara satu dengan yang lain.
Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalamsebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullahs.a.w:
Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa
Rasulullah s.a.w telah bersabda/;Barangsiapa membaca satu huruf daripadaKitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiapkebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidakmengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alifsatu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
17/22
Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini,pahala membaca dalam solat dan pahala
membaca dengan berwuduk lebihbesarganjarannya daripada tidak berwuduk.
Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang
dapat disimpulkan seperti berikut:
1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat
bagi tiap-tiap satu huruf seratus
kebajikan. 2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar
solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh
kebajikan.
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
18/22
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
19/22
Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang
paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini
berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang
berbunyi:
Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran
yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.
Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari
Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
“Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan
mengajarnya kepada orang lain”.
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
20/22
KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK
MEMBACA AL-QURAN
Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada
menyebut tentang orang yang tidak ada
langsung membaca Al-Quran dan rongga
mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran
seperti rumah yang kosong dari penghuni.
Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
“Sesungguhnya orang yang tidak ada pada
rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti
rumah yang ditinggalkan kosong.
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
21/22
8/16/2019 Hebatnya Al Quran
22/22