Upload
duongque
View
333
Download
16
Embed Size (px)
Citation preview
Nama Produk: DIESEL MALAYSIA
Tarikh Semakan: 4 Aug 2015 Halaman 1 dari 12
HELAIAN DATA KESELAMATAN BAHAGIAN 1 PENGENALAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN PEMBEKAL
Helaian Data Keselamatan ini mematuhi peraturan di Malaysia berdasarkan tarikh semakan yang tercatat di atas.
PRODUK
Pengecam Produk: DIESEL Keterangan Produk: Hidrokarbon dan bahan tambah
Kegunaan yang dibenarkan: Bahan Api enjin diesel
Nama Dagang Nama Dagang
AUTOMOTIVE DIESEL DIESEL
PENGENALAN SYARIKAT Pembekal: Petron Subsidiaries in Malaysia
Menara I&P, Tower 1,
No. 46, Jalan Dungun, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Nombor Telefon Pembekal +603 2082 8400
BAHAGIAN 2 PENGENALAN BAHAYA
KLASIFIKASI GHS Cecair mudah terbakar, kategori 3
Kakisan atau kerengsaan kulit, kategori 2 Kekarsinogenan, kategori 2 Ketoksikan organ sasaran khusus (Pendedahan tunggal-Paru-paru, Buah pinggang), kategori 2 (Pendedahan berulang-Paru-paru, darah, buah pinggang), kategori 2 Bahaya aspirasi, kategori 1 Berbahaya kepada persekitaran akuatik Bahaya akut, kategori 2 Bahaya kronik, kategori 2
Perlabelan GHS Piktogram bahaya
Kata Isyarat
Amaran
Nama Produk: DIESEL MALAYSIA
Tarikh Semakan: 4 Aug 2015 Halaman 2 dari 12
Pernyataan Bahaya
H226 Cecair dan wap mudah terbakar H332 Berbahaya jika terhidu H315 Boleh menyebabkan kanser H351 Menyebabkan kerosakan pada paru-paru, buah pinggang H371 Menyebabkan kerosakan pada paru-paru, H373 Menyebabkan kerosakan pada paru-paru, darah, buah pinggang jika pendedahan
berpanjangan H303 Menyebabkan bahaya jika tertelan H401 Toksik kepada hidupan akuatik H411 Boleh meninggalkan kesan jangkamasa panjang bahaya kepada hidupan akuatik PERNYATAAN LANGKAH PERLINDUNGAN
Pernyataan Berjaga-jaga – Umum P101 Jika nasihat perubatan diperlukan, tunjukkan bekas atau label ini P102 Jauhkan daripada kanak-kanak
P103 Baca label sebelum gunakan
Pernyataan Berjaga-jaga – Pencegahan P201 Rujuk kepada arahan khas sebelum digunakan P202
Jangan kendalikan bahan sehingga semua langkah berjaga-jaga keselamatan telah dibaca dan difahami
P210
Jauhkan daripada semua sumber pencucuhan (dilarang merokok, jauhkan suar, percikan api, atau nyalaan dari kawasan sekitar)
P233 Pastikan bekas ditutup rapat P240 Gunakan pencantuman dan/atau prosedur pembumian yang betul P241 Guna peralatan elektrik/pengudaraan/pencahayaan yang kalis letupan P242 Gunakan peralatan tanpa percikan api P243 Sila ambil langkah- langkah keselamatan terhadap pelepasan statik P260 Jangan menyedut wasap / gas / kabut / wap P264 Basuh tangan dengan sempurna selepas pengendalian P270 Jangan makan, minum atau merokok semasa menggunakan produk ini P271 Gunakan hanya di luar atau di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik P273 Elakkan daripada melepaskan ke persekitaran P280 Pakai sarung tangan keselamatan / pakaian pelindung / perlindungan mata dan muka P281 Guna peralatan pelindung diri seperti yang dikehendaki
Pernyataan Berjaga-jaga – Respon P301 + P310 + P331 JIKA TERTELAN: Segera hubungi PUSAT RACUN atau doktor / pakar perubatan.
Jangan paksa mangsa muntah P302 + P352 JIKA TERKENA KULIT: Basuh dengan sabun dan air yang banyak P303 + P361+ P353 JIKA TERKENA KULIT (atau rambut): Tanggalkan / buka serta-merta semua pakaian
yang tercemar. Jirus kulit dengan air / pancuran mandian P304 + P340 JIKA TERHIDU: Pindahkan mangsa ke udara segar dan biarkan berehat dalam
kedudukan yang selesa untuk bernafas P308 + P313 JIKA TERDEDAH: Dapatkan nasihat / rawatan perubatan P309 + P311 Hubungi Pusat Racun atau doktor / pakar perubatan P314 Dapatkan nasihat perubatan / rawatan jika anda merasa kurang sihat
Nama Produk: DIESEL MALAYSIA
Tarikh Semakan: 4 Aug 2015 Halaman 3 dari 12
P332 + P313 Jika berlaku kerengsaan kulit, dapatkan nasihat / rawatan perubatan P362 Tanggalkan pakaian yang tercemar dan basuh sebelum digunakan semula P370 + P378 Jika berlaku kebakaran: gunakan alat pemadam api jenis buih, karbon dioksida atau
bahan kimia kering untuk memadam P391 Bersihkan tumpahan Pernyataan Berjaga-jaga – Penyimpanan P403 + P235 Simpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Pastikan berada dalam
suhu bilik P405 Simpan dalam tempat yang berkunci
Pernyataan Berjaga-jaga – Pelupusan P501
Lupuskan kandungan atau bekas mengikut peraturan-peraturan tempatan/ negara/ serantau/ antarabangsa
BAHAGIAN 3 KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA
Bahan ini dikawal selia sebagai bahan sediaan Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS Kepekatan* Bahan api, diesel 68334-30-5 >99 %
* Semua kepekatan dinyatakan sebagai peratus berat, kecuali ramuan berkenaan adalah gas. Kepekatan gas dinyatakan sebagai peratus isipadu.
NOTA: Komposisi mungkin mengandungi sehingga 0.5% bahan tambah prestasi dan/atau pewarna
BAHAGIAN 4 LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS
TERSEDUT Segera pindahkan mangsa daripada terdedah terlalu lama. Segera dapatkan
bantuan perubatan. Bagi mereka yang memberikan bantuan, elakkan diri sendiri
atau orang lain daripada terdedah kepada produk. Gunakan perlindungan
pernafasan yang sesuai. Beri oksigen tambahan, jika ada. Jika pernafasan
terhenti, berikan bantuan penguadaraan dengan alat mekanikal atau resusitasi
mulut ke mulut
TERKENA KULIT Jika produk disuntik ke dalam atau di bawah kulit, atau ke dalam mana-mana
bahagian badan, tanpa mengira rupa atau saiz luka, orang itu hendaklah diperiksa
semula oleh pakar perubatan dengan segera sebagai kes kecemasan
pembedahan. Walaupun simptom awal daripada suntikan tekanan tinggi mungkin
minimum atau tiada, rawatan pembedahan awal dalam tempoh beberapa jam
pertama boleh mengurangkan tahap kecederaan utama dengan ketara. Jika
Nama Produk: DIESEL MALAYSIA
Tarikh Semakan: 4 Aug 2015 Halaman 4 dari 12
rosak fros terjadi, rendam bahagian yang terjejas dalam air pada suhu badan.
Biarkan terendam selama 20 hingga 40 minit. Dapatkan bantuan perubatan
TERKENA MATA Jirus bersih-bersih dengan air selama sekurang-kurangnya 15 minit. Dapatkan
bantuan perubatan. TERTELAN Dapatkan rawatan dengan segera. Jangan muntahkan CACATAN UNTUK DOKTOR Jika tertelan, bahan boleh mengaspirasikan paru-paru dan menyebabkan radang
paru-paru. Rawat dengan betul KEADAAN PERUBATAN PRAWUJUD YANG MUNGKIN SEMAKIN TERUK AKIBAT PENDEDAHAN
Pelarut hidrokarbon/hidrokarbon petroleum; terkena kulit boleh memburukkan dermatitis yang sedia ada.
BAHAGIAN 5 LANGKAH-LANGKAH PEMADAMAN KEBAKARAN BAHAN PEMADAM API
Bahan Pemadam Api yang Sesuai: Gunakan kabus air, bahan kimia kering atau karbon dioksida (CO2) untuk memadam api
Media Pemadam yang Tidak Wajar: Pancutan Air Terus
MEMADAM KEBAKARAN
Arahan Memadam Kebakaran: Biarkan api menyala terus dalam keadaan terkawal. Hentikan bocoran jika dapat melakukannya tanpa risiko. Pindahkan orang daripada kawasan berkenaan. Jika kebocoran atau tumpahan belum tercucuh, gunakan semburan air untuk menyebarkan wap dan melindungi kakitangan yang cuba menghentikan kebocoran. Jangan biarkan air larian daripada kawalan kebakaran atau pencairan memasuki anak sungai, pembetung atau bekalan air minum. Pemadam kebakaran hendaklah menggunakan kelengkapan pelindung yang standard, dan di kawasan tertutup, pakai alat pernafasan serba lengkap (SCBA). Gunakan semburan air bagi menyejukkan permukaan yang terdedah kepada kebakaran dan bagi melindungi pekerja.
Bahaya Kebakaran yang Luar Biasa:
GAS MUDAH MENYALA. Bahan berbahaya. Ahli bomba dan
penyelamat kebakaran hendaklah menggunakan kelengkapan pelindung yang dinyatakan dalam Bahagian 8.
Hasil Pembakaran Berbahaya: Asap, wasap, aldehid, oksida sulfur, produk pembakaran tidak lengkap,
oksida karbon
SIFAT-SIFAT MUDAH MENYALA
Takat Kilat ASTM D93: >62°C(144°F)
Nama Produk: DIESEL MALAYSIA
Tarikh Semakan: 4 Aug 2015 Halaman 5 dari 12
Had Mudah Menyala (Anggaran peratus isi padu di udara):
LEL : 0.5 UEL : 5
Suhu Pengautocucuhan: >250°C (482°F)
BAHAGIAN 6 LANGKAH-LANGKAH PELEPASAN TIDAK SENGAJA PROSEDUR PEMBERITAHUAN
Sekiranya berlaku tumpahan atau pelepasan yang tidak disengajakan, maklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan menurut semua peraturan terpakai.
LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN
Hindarkan daripada terkena bahan tumpah. Penduduk di kawasan sekitar dan di bawah arah tiupan angin harus diberi amaran atau dipindahkan jika perlu kerana ketoksikan atau kemudahnyalaan bahan. Lihat Bahagian 5 untuk maklumat memadam kebakaran. Rujuk Bahagian 2 untuk Pengenalan Bahaya dan Bahagian 4 untuk Langkah Pertolongan Cemas. Rujuk Bahagian 8 untuk nasihat minima keperluan kelengkapan pelindung diri. Kelengkapan pelindungan diri tambahan mungkin diperlukan, bergantung keadaan spesifik dan/atau pertimbangan pakar dari tindakbalas kecemasan
PENGURUSAN TUMPAHAN Tumpahan Tanah :
Buang semua sumber pencucuhan (dilarang merokok, jauhkan suar, percikan api, atau nyalaan dari kawasan sekitar). Hentikan bocoran jika dapat melakukannya tanpa risiko. AWAS: Apabila terkena cecair sejukbeku/kriogenik, banyak bahan menjadi rapuh dan besar kemungkinan pecah tanpa amaran. Biarkan cecair sejat daripada permukaan. Gunakan semburan air untuk mengurangkan wap atau memesongkan arah kepulan wap. Semua peralatan yang digunakan semasa mengendalikan produk mestilah dibumikan. Jangan tujukan air pada tumpahan atau punca kebocoran. Jangan sentuh atau berjalan melalui bahan yang tertumpah. Jika boleh, terbalikkan bekas yang bocor supaya gas yang keluar, bukan cecair. Pencilkan kawasan hingga gas telah tersebar. Cegah wap daripada merebak melalui pembetung, sistem pengudaraan dan ruang terkurung.
Tumpahan Air :
Buang semua sumber pencucuhan (dilarang merokok, jauhkan suar, percikan api, atau nyalaan dari kawasan sekitar). Jangan kepung di kawasan tumpahan. Biarkan cecair sejat daripada permukaan. Lihat Tumpahan Darat di bahagian berkenaan dalam SDS bagi mendapatkan nasihat tentang gas. Saranan bagi tumpahan dalam air dan tumpahan di darat adalah berdasarkan senario tumpahan yang paling mungkin bagi bahan ini; walau bagaimanapun, keadaan geografi, angin, suhu, (dan dalam keadaan tumpahan dalam air) arah gelombang dan arus serta kelajuan mungkin banyak mempengaruhi tindakan sewajarnya yang patut diambil. Untuk tujuan ini, sila rujuk pakar tempatan. Perhatian: Peraturan tempatan mungkin menetapkan atau mengehadkan tindakan yang patut diambil.
Nama Produk: DIESEL MALAYSIA
Tarikh Semakan: 4 Aug 2015 Halaman 6 dari 12
LANGKAH PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR
Jangan biarkan tumpahan memasuki jalan air, pembetung, aras bawah tanah atau kawasan tertutup
BAHAGIAN 7 PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN
PENANGANAN
Hindarkan semua sentuhan diri. Cegah pendedahan kepada sumber pencucuhan, misalnya dengan menggunakan perkakas tanpa bunga api dan peralatan yang kalis letupan. Jangan masuk kawasan simpanan atau ruang terkurung kecuali pengudarannya memadai. Gunakan prosedur perangkaian dan/atau pembumian yang wajar. Namun begitu, perangkaian dan pembumian mungkin tidak menghapuskan bahaya daripada timbunan statik. Bahan ini boleh mengumpulkan cas statik yang boleh menyebabkan cucuhan elektrik (punca pencucuhan).
Pengumpul Statik Bahan ini adalah pengumpul statik. Cecair pada asasnya tidak mengalirkan elektrik, pengumpul statik jika pengalirannya adalah dibawah 100 pS/m (100x10E-12 Siemens per meter segi), dan dianggap sebagai separa mengalir, pengumpulan statik jika pengalirannya adalah kurang dari 10,000 pS/m. Samaada cecair tidak mengalir letrik atau separa, langkah berjaga jaganya adalah sama. Beberapa faktor, sebagai contoh suhu cecair, kehadiran bahan cemar, additif anti-statik dan penurasan boleh mempengaruhi pengaliran dalam cecair.
PENYIMPANAN
Bekalan air kebakaran yang cukup harus disediakan. Sistem pemercik/ simbahan tetap adalah disarankan. Pemilihan bekas, sebagai contoh bekas penyimpanan, mungkin memberi kesan pengumpulan statik dan penghapusahan. Bekas hendaklah ditutup. Kendalikan bekas dengan berhati-hati. Buka bekas perlahan-lahan untuk mengawal pelepasan tekanan yang mungkin berlaku. Simpan bahan di tempat yang dingin dan baik pengalihan udaranya. Penyimpanan di luar atau terpisah lebih diutamakan. Bekas harus dinyahcaskan ke bumi dengan tatacara yang sewajarnya.
BAHAGIAN 8 KAWALAN PENDEDAHAN DAN PERLINDUNGAN DIRI Nama Bahan Bentuk Had / Piawai Catatan Sumber Tahun
BAHAN API , DIESEL [ jumlah hidrokarbon , wap & aerosol ]
Inhalable fraction dan wap
TWA 100 mg/m3 Kulit ACGIH 2010
CATATAN: Had/piawai yang ditunjukkan adalah sebagai panduan sahaja. Ikut peraturan yang berkaitan. KAWALAN KEJURUTERAAN Tahap perlindungan dan jenis kawalan yang perlu akan berbeza-beza mengikut
keadaan pendedahan yang mungkin berlaku. Langkah kawalan yang perlu dipertimbangkan: Gunakan peralatan pengudaraan kalis ledakan supaya sentiasa berada di bawah had pendedahan
PERLINDUNGAN DIRI Pemilihan kelengkapan pelindung diri berbeza-beza mengikut keadaan
pendedahan yang mungkin berlaku seperti penggunaan, prosedur pengendalian, kepekatan dan pengalihudaraan. Maklumat pemilihan kelengkapan pelindung untuk digunakan dengan bahan ini, seperti yang diberikan di bawah, adalah berdasarkan penggunaan biasa yang ditetapkan
Nama Produk: DIESEL MALAYSIA
Tarikh Semakan: 4 Aug 2015 Halaman 7 dari 12
Perlindungan Pernafasan: Jika kawalan kejuruteraan tidak dapat mengekalkan tahap kepekatan bahan
cemar bawaan udara pada tahap yang sesuai untuk melindungi kesihatan pekerja, maka alat pernafasan yang diluluskan mungkin sesuai digunakan. Pemilihan, penggunaan dan penyenggaraan alat pernafasan mestilah menurut keperluan kawal selia, jika berkaitan. Jenis alat pernafasan yang akan dipertimbangkan bagi bahan ini termasuk: Bahan turas jenis A, Bahan penapis Jenis P. Bagi tahap kepekatan bawaan udara yang tinggi, gunakan alat pernafasan bekalan udara yang diluluskan, yang dikendalikan dalam mod tekanan positif. Alat pernafasan bekalan udara dengan botol pelepasan mungkin sesuai apabila paras oksigen tidak mencukupi, ciri amaran gas/wap tidak berfungsi dengan baik, atau jika keupayaan/pengkadaran penapis penulenan udara melebihi had yang ditetapkan
Perlindungan Tangan: Sebarang maklumat tertentu yang diberikan tentang sarung tangan adalah
berdasarkan maklumat yang diterbitkan dan data pengeluar sarung tangan.Sarung tangan yang bersesuaian dan ketentuan waktu lusuh bergantung kepada penggunaannya. Hubungi pembuat sarung tangan untuk mendapat nasihat tertentu tentang pemilihan sarung tangan dan waktu lusuh untuk keadaan penggunaan anda. Periksa dan tukar sarung tangan lusuh dan rosak. Jenis sarung tangan yang perlu dipertimbangkan termasuk: Disarankan memakai sarung tangan pelindung terma yang kalis bahan kimia. Jika produk mungkin terkena lengan bawah, pakai sarung tangan gauntlet. Nitril, Viton
Perlindungan Mata
Jika boleh terkena bahan, disyorkan memakai gogal kimia
Perlindungan Kulit dan Tubuh:
Sebarang maklumat khusus yang diberikan tentang pakaian adalah berdasarkan maklumat yang diterbitkan atau data pengilang. Jenis pakaian yang akan dipertimbangkan bagi bahan ini termasuk: Pakaian kalis bahan kimia/minyak disarankan.
Langkah Kebersihan Khusus:
Sentiasa patuhi langkah kebersihan diri yang baik seperti membasuh tangan selepas mengendalikan bahan dan sebelum makan, minum dan/atau menghisap rokok. Sentiasa basuh pakaian kerja dan kelengkapan pelindung untuk menanggalkan bahan cemar. Buang pakaian dan kasut yang tercemar yang tidak boleh dibersihkan. Amalkan prosedur penyelenggaraan yang baik
BAHAGIAN 9 SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA
Nota - Sifat-sifat fizikal dan kimia disediakan untuk keselamatan, kesihatan dan alam sekitar pertimbangan sahaja dan mungkin tidak mewakili sepenuhnya spesifikasi produk. Rujuk kepada Pembekal dalam Bahagian 1 untuk mendapatkan data tambahan. MAKLUMAT AM
Keadaan Fizikal: Cecair
Nama Produk: DIESEL MALAYSIA
Tarikh Semakan: 4 Aug 2015 Halaman 8 dari 12
Warna: Kuning pucat Bau: Petrol/Pelarut Ambang Bau: Tidak Berkenaan
MAKLUMAT KESIHATAN, KESELAMATAN, DAN ALAM SEKITAR YANG PENTING
Ketumpatan Relatif (pada 15°C): 0.8400 Takat Kilat [Kaedah ASTM]: >60°C (144°F) Had Mudah Menyala: LEL: 0.5 UEL: 5.0 (Anggaran peratus isi padu di udara) Suhu Pengautocucuhan: >250°C (482°F) Takat Didih / Julat: 160°C (320°F) – 390°C (734°F) Ketumpatan Wap (Udara = 1): 5 at 101 kPa
Tekanan Wap: 0.3 kPa (2.25 mm Hg) pada 20°C
Kadar Penyejatan (n-butil asetat = 1): <0.1
pH: Tidak Berkenaan
Log Pow (n-Oktanol/Pekali Sekatan Air): Tidak Berkenaan Keterlarutan dalam Air: Diabaikan
Kelikatan pada 40°C : 2.000 – 4.500 cSt (4.5 mm2/sec)
Sifat-Sifat Mengoksida: Lihat Bahagian 2 Pengenalan Bahaya
MAKLUMAT LAIN
Takat Beku: Tidak ditentukan Takat Lebur: Tidak ditentukan Takat Tuang: <12°C (54°F)
BAHAGIAN 10 KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN
KESTABILAN: Bahan stabil di bawah keadaan biasa KEADAAN YANG PERLU DIELAKKAN: Pembakaran terbuka dan sumber tenaga nyalaan
BAHAN UNTUK DIELAKKAN: Halogen, asid kuat, alkali kuat, pengoksida kuat
PRODUK PENGURAIAN BERBAHAYA: Bahan tidak mengurai pada suhu ambien
PEMPOLIMERAN BERBAHAYA: Tidak akan berlaku
BAHAGIAN 11 MAKLUMAT TOKSIKOLOGI
KETOKSIKAN AKUT
Laluan Pendedahan Penyedutan Kesimpulan / Catatan
Ketoksikan (Tikus): LC50 > 4000 mg/m3 Sederhana toksik. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupa strukturnya.
Kerengsaan : Data diperoleh Suhu tinggi atau tindakan mekanikal boleh membentuk wap, kabut atau wasap
Nama Produk: DIESEL MALAYSIA
Tarikh Semakan: 4 Aug 2015 Halaman 9 dari 12
yang boleh merengsakan mata, hidung, tekak atau paru-paru. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupa strukturnya.
Tertelan
Ketoksikan(Tikus) : LD50 > 5000 m/kg Ketoksikan yang minimum. Boleh menyebabkan kerosakan yang sedikit hingga teruk pada paru-paru. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupa strukturnya.
Kulit
Ketoksikan (Arnab): LD50 > 5000 mg/kg Ketoksikan yang minimum. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupa strukturnya.
Kerengsaan (Arnab) : Data diperoleh Merengsa kulit. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupa strukturnya.
Mata
Kerengsaan (Arnab) : Data diperoleh Boleh menyebabkan sedikit ketidakselesaan pada mata dalam tempoh yang singkat. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupa strukturnya.
KRONIK / KESAN LAIN Untuk produk itu sendiri Kepekatan wap yang melepasi tahap pendedahan yang disarankan merengsakan
mata dan saluran pernafasan, boleh menyebabkan sakit kepala dan pening, anestetik dan boleh memberikan kesan terhadap sistem saraf pusat yang lain. Sedikit amaun cecair yang termasuk ke paru-paru semasa pernafasan atau pemuntahan boleh menyebabkan pneumonitis kimia atau pulmonary edema. Bahan api diesel: Menyebabkan barah dalam ujian haiwan. Menyebabkan mutasi in vitro. Pendedahan dermis berulang pada kepekatan tinggi kepada haiwan ujian menyebabkan saiz seperindukan dan berat seperindukan berkurang, dan erapan semula janin bertambah pada dos toksik maternal. Pendedahan dermis pada kepekatan tinggi menyebabkan kerengsaan kulit yang teruk dengan kehilangan berat dan berlaku beberapa kematian. Pendedahan akibat tersedut pada kepekatan tinggi menyebabkan kerengsaan pada saluran pernafasan, perubahan paru-paru/ penyusupan/pengumpulan, dan fungsi paru-paru berkurang. Wasap ekzos diesel: Karsinogen dalam ujian haiwan. Pendedahan penyedutan ekzos selama 2 tahun pada haiwan ujian mengakibatkan tumor paru-paru dan limfoma. Ekstrak zarahan mengakibatkan tumor kulit pada haiwan ujian. Menyebabkan mutasi in vitro.
Maklumat tambahan boleh disediakan jika diminta. Pengelasan IARC:
Bahan-bahan berikut adalah dipetik pada senarai di bawah: Tiada
--CARIAN SENARAI PENGAWALSELIAAN--
1 = IARC 1 2 = IARC 2A 3 = IARC 2B
Nama Produk: DIESEL MALAYSIA
Tarikh Semakan: 4 Aug 2015 Halaman 10 dari 12
BAHAGIAN 12 MAKLUMAT EKOLOGI
Maklumat yang diberikan adalah berdasarkan data yang terdapat bagi bahan, komponen bahan dan bahan yang
serupa. KETOKSIKAN EKOLOGI Bahan -- Dijangka toksik kepada organisma akuatik. Boleh
menyebabkan kesan buruk jangka panjang kepada alam sekitar akuatik.
MOBILITI Komponen lebih mudah meruap -- Sangat meruap, akan
mengalami pemisahan dengan pesatnya kepada udara. Dijangka tidak menyekat di dalam endapan dan pepejal air buangan. Komponen berat molekul tinggi -- Keterlarutan dan apungan yang rendah, dan dijangka berpindah dari air ke darat. Dijangka mengalami pemisahan kepada enapan dan pepejal air sisa buangan.
KETERUSAN DAN KETERDEGRADASIKAN
Kebiorosotan Bahan -- Dijangka terbiodegradasikan secara inheren Pengoksidaan Atmosfera: Komponen lebih mudah meruap -- Dijangka merosot dengan
pesatnya dalam udara
BAHAGIAN 13 MAKLUMAT PELUPUSAN
Saranan pelupusan berdasarkan bahan yang dibekalkan. Pelupusan mestilah menurut undang-undang dan peraturan yang pada sesuatu masa, dan ciri bahan pada masa pelupusan. SARANAN PELUPUSAN Produk ini sesuai dibakar di dalam loji pembakar bertutup dan terkawal untuk
mendapatkan nilai bahan apinya atau dilupuskan secara pembakaran yang diselia pada suhu yang sangat tinggi bagi mengelakkan pembentukan produk pembakaran yang tidak dikehendaki.
Amaran Bekas Kosong Bekas yang kosong mungkin mengandungi sisa produk dan mungkin
berbahaya. Jangan cuba mengisi semula atau membersihkan bekas tanpa
arahan yang wajar. Dram kosong harus disalirkan isinya hingga habis dan
disimpan dengan selamat hingga dipulihkan atau dilupuskan dengan
sewajarnya. Bekas kosong harus dibawa untuk kitar semula, pemulihan, atau
pelupusan melalui kontraktor berlesen atau yang memiliki kelayakan sesuai dan
sejajar dengan peraturan kerajaan. Jangan kenakan tekanan, potong, kimpal,
pateri keras, pateri, gerudi, canai, atau dedahkan bekas sedemikian kepada
haba, api, bunga api, elektrik statik, atau sumber pencucuhan lain. Bekas
boleh meletup dan menyebabkan kecederaan atau kematian.
Nama Produk: DIESEL MALAYSIA
Tarikh Semakan: 4 Aug 2015 Halaman 11 dari 12
BAHAGIAN 14 MAKLUMAT PENGANGKUTAN DARAT
Nama Pengangkutan Bahan : Bahan yang merbahayakan alam sekitar, cecair, N.O.S (minyak, diesel)
Kelas Bahaya: 9 Kod Hazchem: 3Z Nombor UN: 3082 Kelas Pembungkusan (PG): III Label / Mark(s): 9, EHS
LAUT (IMDG)
Nama Pengangkutan Bahan: Bahan yang merbahayakan alam sekitar, cecair, N.O.S (minyak, diesel)
Kelas dan Bahagian Bahaya: 9 Nombor EMS: F-A, S-F Nombor UN: 3082 Kelas Pembungkusan (PG): III Pencemaran Marin YA Label: 9 Nama Dokumen Pengangkutan: UN3082, bahan yang merbahayakan, cecair, N.O.S(minyak,
diesel),9, PG III, (60oc c.c.), pencemaran laut
UDARA (IATA) Nama Pengangkutan Bahan: UN3082, bahan yang merbahayakan, cecair, N.O.S(minyak,
diesel),9, PG III Kelas dan Bahagian Bahaya: 9 Nombor UN: 3082 Kelas Pembungkusan (PG): III Label: 9, EHS Nama Dokumen Pengangkutan: UN3082, bahan yang merbahayakan, cecair, N.O.S(minyak,
diesel),9, PG III
Label MUDAH TERBAKAR
BAHAGIAN 15 MAKLUMAT PENGAWALSELIAAN
Bahan ini diklasifikasikan sebagai bahan kimia berbahaya seperti yang ditetapkan oleh Peraturan- Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013 STATUS PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG TERPAKAI Mematuhi persyaratan inventori kimia negara/rantauan yang berikut: DSL, PICCS, AICS, KECI, TSCA, IECSC, EINECS
Nama Produk: DIESEL MALAYSIA
Tarikh Semakan: 4 Aug 2015 Halaman 12 dari 12
BAHAGIAN 16 MAKLUMAT LAIN N/D = Tidak ditentukan, N/A = Tidak berkenaan HELAIAN DATA KESELAMATAN INI MENGANDUNGI SEMAKAN BERIKUT: 3 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ------------------------- Maklumat dan cadangan yang terkandung di sini adalah berdasarkan data dan sumber yang tepat dan betul yang boleh dipercayai dan Petron tidak membuat sebarang jaminan tersurat atau tersirat mengenai ketepatan maklumat atau kesesuaian cadangan yang terkandung di dalam SDS ini. Anda adalah bertanggungjawab untuk menghubungi Petron untuk memastikan bahawa dokumen ini adalah yang terkini daripada Petron. Maklumat dan cadangan yang diberikan adalah untuk pertimbangan dan penelitian pengguna. Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan sendiri bahawa produk adalah sesuai untuk tujuan kegunaan dan untuk memastikan pengendalian dan penggunaan produk dengan selamat. Jika pengguna membungkus semula produk ini, pengguna adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat tentang kesihatan, keselamatan dan maklumat lain yang perlu adalah disertakan bersama dengan dan/atau pada bekas tersebut. Amaran dan prosedur pengendalian selamat yang sewajarnya perlu diberikan kepada pengendali dan pengguna. Dilarang sama sekali membuat apa-apa pengubahsuaian pada dokumen ini. Petron tidak akan menerima apa-apa tanggungjawab dan menafikan kesemua liabiliti untuk apa-apa kesan mudarat akibat daripada pembelian, penjualan semula, kegunaan, pendedahan atau pelupusan produk tersebut. Pengguna harus mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan tempatan. Tidak dibenarkan, melainkan setakat yang diperlukan oleh undang-undang, menerbitkan semula atau menyiarkan semula, keseluruhan atau sebahagiannya, dokumen ini. Perkataan "Petron" digunakan sebagai rujukan, dan boleh merujuk kepada mana-mana satu atau lebih Petron Corporation, Petron Oil & Gas International Sdn Bhd atau mana-mana anggota gabungan yang memegang apa-apa kepentingan secara langsung atau tidak langsung. Dalam apa keadaan sekalipun, Petron atau pembekalnya adalah tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kehilangan keuntungan secara langsung atau tidak langsung atau untuk apa-apa kerosakan khas, secara tidak langsung atau berbangkit, dan tanggungan liabiliti Petron terhadap mana-mana tuntutan ke atas kerosakan yang timbul atau berkaitan dengan penjualan, penghantaran atau penggunaan produk yang dibeli adalah tidak melebihi harga belian produk tersebut.