15
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME) MAKLUMAT PELAJAR: NAMA PELAJAR WONG SHI YI NO. MATRIK A146845 TAHUN PENGAJIAN 2 FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANAMUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN PENGKHUSUSAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA NAMA PROGRAM PERKHEMAHAN INTEGRASI PELAJAR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR JAWATAN EXCO PROJEK NAMA PENSYARAH Dr. HARLINA BT. MOHAMED ON NO. SET SET 5 ( SEMESTER 2 2014/2015)

HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

HHHC9401

(KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN

PROFESIONALISME)

MAKLUMAT PELAJAR:

NAMA PELAJAR WONG SHI YI

NO. MATRIK A146845

TAHUN PENGAJIAN 2

FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN

PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANAMUDA

PENTADBIRAN PERNIAGAAN

DENGAN KEPUJIAN

PENGKHUSUSAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

NAMA PROGRAM PERKHEMAHAN INTEGRASI

PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PERINGKAT NEGERI SELANGOR

JAWATAN EXCO PROJEK

NAMA PENSYARAH Dr. HARLINA BT. MOHAMED ON

NO. SET SET 5 ( SEMESTER 2 2014/2015)

Page 2: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PENGENALAN

Tujuan kursus HHHC 9401: NILAI, SIKAP, ETIKA & PROFESIONALISME antaranya adalah

untuk menerapkan nilai dan sikap yang positif, etika dan profesionalisme di kalangan pelajar.

Ianya merangkumi kebolehan pelajar untuk mengintegrasikan kesan ekonomi, alam sekitar dan

sosio-budaya dalam amalan professionalisme. Melalui kursus ini juga, pelajar boleh menilai

tahap kecekapan, akauntabiliti dan tanggungjawab yang sesuai dengan etika kerjaya nanti .

Manakala antara hasil pembelajaran (hp) yang disasarkan ialah, diharapkan pelajar berkebolehan

melaksanakan tugasan secara berintegriti, amanah dan membuat keputusan secara bijaksana

berdasarkan etika dan profesionalisme, lebih menghayati nilai, sikap dan etika sebagai seorang

professional, dan lebih bersikap profesional dalam membuat penilaian tentang perkara yang

melibatkan individu lain dan persekitaran

DEFINISI

Definisi bagi nilai dan sikap ialah kepercayaan dan pegangan yang mempengaruhi sifat perilaku

atau tingkah laku seseorang. Definisi bagi etika pula boleh ditakrifkan sebagai himpunan nilai

dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu dan ditetapkan oleh peradaban

manusia. Profesionalisme pula bermaksud tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang

yang profesional atau sesuatu pekerjaan yang memerlukan pengetahuan, ilmu pengetahuan dan

keterampilan. Secara keseluruhan, kemahiran nilai, etika dan profesionalisme kebolehan untuk

mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan professional dan interaksi sosial.

Apa nilai, sikap, etika dan profesionalisme bagi saya untuk menerapkan itu tersebut ke

dalam kehidupan harian saya dalam sepanjang program ini dijalankan?

Contohnya sifat amanah iaitu saya perlulah patuh kepada arahan yang diberi dan semua urusan

yang dipertanggungjawabkan hendaklah ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin. Saya

juga haruslah bersifat bertanggungjawab yang mana memikul dan melaksanakan tugas yang

diberikan dengan sempurna selain dedikasi dan tekun dalam mengerjakan sesuatu tugas, sabar

serta mempunyai minat yang mendalam dan tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Malah,

saya perlulah lebih patuh dan mengamalkan secara berterusan segala arahan terutama etika

Page 3: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

dalam bidang professional. Ianya dapat mengelakkan saya daripada melakukan kesilapan semasa

menjalankan tugasan dan saya yakin sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya

mutu kerja atau khidmat yang cemerlang. Sifat jujur atau benar yang saya praktikkan juga dapat

membentuk hubungan yang sihat di antara saya sesama rakan sekumpulan di samping sikap

initiatif yang mana saya memulakan sesuatu usaha atau tugasan sebelum dipaksa oleh keadaan

atau diarah melakukannya serta yang paling penting adalah pengurusan masa yang cekap dapat

membantu saya dan rakan-rakan meringankan beban tugas masing-masing di samping

memudahkan segala urusan kerja.

Page 4: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

RREEFFLLEEKKSSII

Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor merupakan

salah satu program anjuran Urusetia Bahasa Mandarin, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

yang berlangsung selama 3 hari 2 malam, dari 01 Mei 2015 hingga 03 Mei 2015 di SJK(C)

Kampung Baru Semenyih, Selangor. Kami menjalankan program ini agar boleh meningkatkan

penglibatan mahasiswa/i UKM dalam perkhidmatan sosial dan meningkatkan perasaan prihatin

para mahasiswa/i terhadap pembangunan sosial dan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat pada

masa terkini. Sebagai contohnya, melalui program ini, nama UKM akan diketahui oleh orang

ramai kerana program ini dijalankan dengan lancar dan mendapat balasan yang baik daripada

pihak ibu bapa dan pihak sekolah. Selain itu, ahli jawatankuasa dan exco program ini dapat

mempelajari nilai-nilai yang amat berguna dalam kehidupan harian seperti bertanggungjawab,

amanah, kreatif dan juga dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam merancang dan

melancarkan sesuatu program. Secara keseluruhannya, program ini dapat meningkatkan

kebolehan ahli-ahli dalam melancarkan program. Hal ini boleh menjamin kualiti mahasiswa/i

UKM terjamin dan secara langsungnya meningkatkan lagi imej UKM.

Misi bagi program ini ialah memupuk interaksi positif antara pelajar sekolah rendah

dengan Warga UKM melalui aktiviti yang membentuk mahasiswa dan mahasiswi yang

berkepimpinan dan peka terhadap isu-isu masyarakat selari dengan matlamat UKM sebagai

Kampus Lestari.

Tema program ini ialah “From me to we, together we spread the love”. Kami membantu

pihak sekolah SJK(C) Kampung Baru Semenyih untuk mengajar anak-anak murid tentang

pemupukan sifat dan moral yang baik dalam kehidupan harian. Kami memberi kasih sayang dan

prihatin kepada anak-anak muda serta juga memberi kesedaran kepada para pelajar sekolah

rendah tentang kepentingan menuntut ilmu pada masa kini, tetapi juga tidak boleh lupa untuk

membina jati diri selain daripada berpretasi tinggi dalam bidang akademik. Kami berharap agar

seluruh bumi ini dipenuhi dengan perasaan kasih sayang dan prihatin.

Dalam program ini, saya merupakan exco projek dan juga pengacara aktiviti. Saya dan

exco lain bermula merancangkan aktiviti kami dari awalnya. Kami merancang beberapa aktiviti

untuk pelajar sekolah rendah dalam tiga hari dua malam ini. Hal ini demikian kerana kami ingin

Page 5: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

memberi motivasi dan juga menerapkan nilai murni yang sepatutnya kepada pelajar sekolah

rendah. Aktiviti-aktiviti yang kami fikir seperti Ice-Breaking, Pertandingan Talent Show, Station

Games, Senamrobik, Ceramah & Perbincangan, Sukantara dan Camp Fire. Kami mengutamakan

keselamatan aktiviti-aktiviti yang disediakan bagi anak-anak murid semasa aktivit-aktiviti

tersebut betul-betul dilaksanakan pada tiga hari itu. Saya juga bertanggungjawab untuk bantu

membuat booklet untuk semua ahli jawatankuasa dan juga peserta sekolah rendah.

Saya telah menghadiri beberapa perjumpaan dengan exco dan ahli jawatankuasa yang

lain. Kami telah menunjukkan kesungguhan dan ketekalan dalam setiap aktiviti dan sesi yang

dijalankan. Semasa perbincangan dijalankan, kami semua memberi pendapat dan idea secara

beretika dan profesional dalam setiap mesyuarat perbincangan untuk menghasilkan tugasan yang

sempurna. Sebagai contoh, kami semua telah menyumbangkan idea masing-masing mengenai

acara-acara aktiviti dengan teliti. Elemen amanah sangat ditekankan pada setiap mesyuarat di

mana semua ahli jawatankuasa diminta mematuhi arahan dari exco dan majlis tertinggi selain

semua urusan yang dipertanggungjawab kepada kami dilaksanakan dengan baik. Kami sering

cuba untuk mengemukakan pendapat serta teguran dengan pernah berhemah. Kami juga

mengamalkan sikap terbuka dalam menerima teguran dan nasihat. Saya bersama rakan

sepasukan saya sentiasa mendengar teguran dari senior kami dan dinasihati agar memerhatikan

semua butiran sebelum aktiviti tertentu dijalankan. Kami juga sentiasa memastikan bahawa

perbincangan kami berfokus dan tidak menyeleweng kepada perkara tidak berkaitan sebagai

etika mesyuarat kami. Kami sepasukan berikhlas niat, memilih tempat dan masa yang sesuai

yang mana waktu lewat petang tidak sesuai kerana ahli majoritinya sudah kepenatan, menepati

masa dan mengehadkan keahlian mesyuarat kepada ahli yang perlu sahaja.

Page 6: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Kami juga mempunyai latihan untuk memastikan program yang kami sediakan tidak

mempunyai sebarang kesilapan dan permainan-permainan yang kami sediakan juga tidak

membahayakan. Saya bersama rakan sepasukan saya bekerjasama dan membuat latihan untuk

memastikan semua acara aktiviti dan permainan boleh dijalankan dengan lancar nanti. Dalam

latihan itu, kami telah menjumpai banyak masalah tetapi kami berusaha untuk mengatasi semua

masalah tersebut. Jika menghadapi sebarang kesilapan atau sesuatu yang tidak mencapai tahap

yang kami ingin sampaikan kepada pelajar sekolah rendah, kami segera membetulkan dan

mengubahsuaikannya. Selain itu, kami juga belajar menyanyi dan menari lagu perkhemahan

untuk mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah pada waktu perkhemahan. Semua ahli

jawatankuasa belajar dengan bersungguh-sungguh untuk melancarkan program yang akan

dilaksanakan nanti. Kami mengamalkan sikap terbuka dan saling bekerjasama sepanjang latihan.

Page 7: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Pada 01 Mei 2015, saya, exco lain dan ahli-ahli jawatankuasa telah bertolak ke SJK(C)

Kampung Baru Semenyih, Selangor pada pukul 7.00 pagi. Kami berpakaian sopan dan tidak

melanggari etika UKM. Kami tidak dibenarkan memakai baju tanpa lengan, seluar pendek dan

flip flop supaya memberi imej dan etika UKM yang baik kepada pihak sekolah dan ibu bapa.

Setelah sampai di sekolah, kami bersarapan dan lalu menghiasi dewan sekolah. Kami juga

menyediakan meja dan kerusi untuk pendaftaran peserta. Pada pukul 10.00 pagi, bermulalah

pendaftaran peserta. Selepas siap pendaftaran, semua aktiviti yang kami rancangkan dijalankan

dengan lancar. Apabila tiba-tiba menghadapi masalah yang di luar jangkaan, kami akan terus

berbincang bersama-sama untuk mencari penyelesaian. Sikap dan tindakan kami boleh

mempengaruhi pelajar sekolah rendah untuk melihat dan mencontohi sedangkan kami sebagai

teladan mereka. Kami memahami bahawa sikap boleh mempengaruhi cara pelajar melihat dan

bertindak terhadap pelajar atau orang lain, objek atau peristiwa-peristiwa yang dihadapi oleh

mereka.

Page 8: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Saya sebagai pengacara sepanjang aktiviti ini perlu memahami aturacara program

seluruhnya terlebih dahulu. Semasa saya mengacara aktiviti, saya perlu membataskan perkara-

perkara yang dibolehkan dan sentiasa menggalakkan sifat bersederhana. Saya perlu bersedia diri

sebelum mengacara setiap aktiviti dan bertanya segera kepada ketua pengarah apabila berlaku

pertukaran perancangan awal. Tugas saya ialah memastikan aturacara program dijalankan secara

lancar dan mengikut masa yang ditetapkan. Saya membiasakan diri sendiri dengan prosedur dan

tentatif program dan berupaya bertindak secara spontan di samping beretika sekiranya berlaku

sebarang perubahan tentatif. Saya perlulah sentiasa bersedia dengan perubahan tentatif supaya

tidak tergopoh-gopoh.

Saya harus berfikir kreatif apabila berkata atau berbual dengan pelajar-pelajar sekolah

rendah. Memandangkan pemikiran anak-anak murid sekolah rendah tulen dan mudah, kami tidak

boleh menggunakan cara percakapan orang dewasa semasa bercakap dengan mereka. Saya

berbual dengan anak-anak murid dalam keadaan seronok. Saya juga bertanggungjawab untuk

mengingati mereka supaya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan dan memastikan

keselamatan diri dalam pelaksanaan tugas aktiviti masing-masing. Saya perlulah mempunyai

sikap berdikari berdasarkan keyakinan dan kemampuan sendiri serta bersikap terbuka dalam

menilai dan menghargai pendapat orang lain. Kami cermat dalam memilih yang terbaik bagi

anak-anak murid dan perkembangan mereka.

Pada hari pertama datang ke sekolah ini, saya baru mendapati banyak anak-anak murid

berasal daripada kelurga ibu atau bapa tunggal. Mereka memerlukan banyak lagi kasih sayang

dan prihatin daripada masyarakat ini. Kita perlu mempunyai kesabaran untuk mendengar apa

yang hendak disampaikan oleh mereka. Melalui program ini, saya dapati boleh menyentuh hati

mereka. Apabila anak-anak melihat mata anda, itulah akan memberitahu anda banyak cerita

mereka, kami boleh berkomunikasi dengan hati mereka, mereka memang enggan melepaskan

anda atau tidak enggan biarkan anda meninggalkan. Kadang-kadang anak itu semakin nakal,

akhirnaya apabila melihat mata anda, anak tersebut akan memancarkan perasaannya lagi jelas.

Bagi anak-anak murid, di dalam mata mereka mempunyai cerita mereka sendiri yang ingin

disampaikan. Perasaan itu sukar untuk digambarkan. Apabila kita dewasa, kita akan dapati

hubungan rohani antara manusia akan menjadi semakin jarang berlaku dan hanya apabila

kembali kepada zaman kanak-kanak, barulah anda boleh merasai perasaan itu. Mungkin hanya

Page 9: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

beberapa hari selepas pendedahan ini, tetapi itulah telah menulis ke dalam dan menjadi kenangan

yang mendalam.

Pada 02 Mei 2015, semua ahli jawatankuasa bangun pada pukul 5.30pagi untuk

memastikan sekali lagi aktiviti yang akan dijalankan pada sepanjang hari untuk mengelakkan

sebarang kesilapan dan kemalangan. Kami telah membuat ceramah tentang ajar mereka

menghargai apa-apa sahaja yang dimiliki oleh mereka. Kami bersyukur dan berterima kasih

kepada sesiapa sahaja yang mengajar dan membantu kami. Kami juga mengajar pelajar-pelajar

sekolah rendah untuk membuat kad Hari Guru kepada guru-guru yang dikasihi oleh mereka

sempena Hari Guru akan datang pada 16 Mei supaya mereka sentiasa menghargai jasa guru

mereka. Selepas itu bermulalah Station Games, saya berperanan sebagai Master permainan

dalam permainan Group PK yang dijalankan. Semua pelajar bekerjasama untuk mendapat

markah yang tinggi dalam permainan tersebut. Kami mengajar anak-anak murid bertolak ansur

antara satu sama dengan yang lain, kegagalan rakan sepasukan untuk memenangi pertandingan

tidak kisah, jangan berasa kecil hati terhadap orang tersebut atau orang lain kerana "Persahabatan

pertama, kedua persaingan". Semasa Camp Fire, kami berinteraksi dengan anak-anak murid dan

bertanya mereka tentang perasaan mereka pada dua hari tersebut yang telah dilalui. Kami

mengingati mereka supaya mengubah sikap yang tidak baik seperti tidak hormat dan enggan

bantu rakan kumpulan lain. Sikap semula jadi anak-anak kecil adalah tulen dan enggan pergi

berbuat salah atau jahat. Semasa mereka meminta maaf terhadap fasilitator mereka, mereka telah

menangis dan bertaubat. Ketika ini, dalam hati saya telah bersuara dan bertanyakan "Sebagai

orang dewasa, sama ada kita telah berbuat sedemikian atau tidak?

Page 10: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Page 11: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Pada 03 Mei 2015, tibalah hari ketiga perkhemahan dan hari ini merupakan hari terakhir

bagi perkhemahan kami. Aktiviti kami bersurai pada pukul 12.00 petang selepas menyampaikan

hadiah kepada peserta yang menang dan cenderamata kepada Presiden PIBG SJK(C) Kampung

Baru Semenyih, Selangor. Kami juga mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan.

Page 12: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Selepas memastikan semua anak murid balik rumah masing-masing, kami bekerjasama untuk

membersihkan SJK(C) Sin Ming, Semenyih, Selangor. Kami telah bergotong-royong

membersihkan dewan, tandas, kantin, bilik darjah dan juga gelanggang bola keranjang serta

padang. Kami bersikap menjaga kebersihan alam sekitar. Akhirnya, kami bertolak balik ke UKM

dengan menaiki kereta.

Melalui program ini, kita sebagai mahasiswa/i perlu menjadi model yang baik kepada

para pelajar sekolah rendah dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan. Selepas kita telah menamatkam

pengajian di universiti, kita perlu menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui

kepakaran dalam sesuatu bidang dan ilmu pengetahuan yang diperolehi tidak kira daripada buku

teks atau penyertaan aktiviti-aktiviti sosial. Saya merasakan dengan menyertai program ini

merupakan medium bagi pelajar seperti saya mempamerkan kebolehan melaksanakan tugasan

secara berintegriti, amanah dan membuat keputusan secara bijaksana berdasarkan etika dan

profesionalisme. Selain itu, ianya menjadikan saya lebih menghayati nilai, sikap dan etika

sebagai seorang professional terutama apabila bekerjasama dengan orang lain. Malah,

menjadikan saya lebih bersikap profesional dalam membuat penilaian tentang perkara yang

melibatkan individu lain dan persekitaran. Sedangkan saya mengajar anak-anak murid, di

samping juga saya telah mempelajari sesuatu prinsip atau sikap hidup melalui program ini. Saya

bersyukur lagi selepas menyertai program ini.

Page 13: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Saya juga melampirkan tentatif program ini:

Page 14: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Page 15: HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ... fakulti ekonomi & pengurusan ... etika dan profesionalisme

LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME