Upload
phamdieu
View
293
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA
BERPASUKAN
PROJEK: PROGRAM MENUJU PUNCAK
KECEMERLANGAN KALI KE-3
TEMPAT: KOMPLEKS TUN ABDULLAH MOHD SALLEH
NOR SYAHIRAH BINTI MD YUSOF
A146018
NAMA PENSYARAH:
DR. ZALIFAH BINTI MOHD KASIM
KERTAS KERJA
PROJEK
KERTAS KERJA
MENUJU PUNCAK KECEMERLANGAN 3
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2014/2015
TARIKH
17 – 18 JANUARI 2015
TEMPAT
KOMPLEKS TUN ABDULLAH MOHD SALLEH
KOLEJ ANTARABANGSA IBU ZAIN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
EXCO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
PUSAT CITRA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
“BICARA SISWA WADAH KEJAYAAN”
KERTAS KERJA
MENUJU PUNCAK KECEMERLANGAN 3
EXCO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mohon pertimbangan dan kelulusan dari Pusat
Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni untuk membenarkan gerak kerja
Menuju Puncak Kecemerlangan 3 – Bicara Siswa Wadah Kejayaan anjuran Exco
Akademik dan Penyelidikan dengan kerjasama Pusat Citra, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
2.0 PENGENALAN
2.1 Pengenalan ringkas persatuan
Exco Akademik dan Penyelidikan merupakan salah satu badan kepimpinan di
bawah Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Universiti
Kebangsaan Malaysia. Tujuan kewujudan exco ini adalah untuk menyelaras
kegiatan berkaitan dengan pemantapan akademik mahasiswa/i fakulti, selain
menyelaras program-program yang menggalakkan kegiatan penyelidikan di
kalangan mahasiswa/i Fakulti Sains dan Teknologi.
2.2 Sejarah/Rekod
Program Menuju Puncak Kecemerlangan telah dianjurkan dua kali sebelum
ini. Program yang pertama kali adalah hanya melibatkan pensyarah-pensyarah
Pusat Citra yang pada masa itu dikenali sebagai Pusat Pengajian Umum. Pada
tahun yang lalu, program ini sekali lagi dianjurkan dengan kerjasama daripada
Pusat Pengajian Umum. Penganjuran program kali ini adalah melibatkan
pelajar-pelajar kursus Citra Kompetensi yang juga merupakan pelajar Fakulti
Sains dan Teknologi dengan kerjasama dari Pusat Citra UKM.
2.3 Idea
Idea untuk menganjurkan program ini adalah berdasarkan sambutan yang baik
daripada peserta pada program yang sama yang dianjurkan pada tahun-tahun
yang lalu. Penganjuran program ini juga adalah salah satu usaha menyumbang
idea dan mengasah kemahiran-kemahiran dalam diri para pelajar di samping
memenuhi syarat untuk penggredan kursus Citra Kompetensi untuk pelajar-
pelajar tahun 2, iaitu HHHC9201 Kemahiran Komunikasi dan HHHC9501
Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah Dan Pendekatan.
3.0 OBJEKTIF
1. Melatih mahasiswa dalam mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dan
mampu berfikir secara kritikal dalam sesuatu perkara dan dalam
menyelesaikan masalah.
2. Memberikan maklumat kepada pelajar-pelajar sekolah tentang hala tuju
mereka selepas SPM dan disamping menerapkan pelbagai ilmu kepada mereka
serta memberikan motivasi untuk mereka lebih berjaya.
3. Menghasilkan mahasiswa yang mampu menyumbang bakti kepada
masyarakat, mampu bekerja dalam kumpulan dan berinteraksi dengan
masyarakat.
4. Membantu pelajar-pelajar yang berada di sekolah menengah untuk mencapai
kejayaan dengan program motivasi dan membimbing pelajar untuk memilih
haluan selepas tamat sekolah.
5. Menghasilkan mahasiswa yang mempunyai pelbagai kemahiran dan
pengetahuan am yang luas di samping pengetahuan dalam bidang
pengkhususan mereka melalui setiap aktiviti yang dianjurkan melalui program
ini.
4.0 TEMA
“BICARA SISWA WADAH KEJAYAAN”
5.0 ANJURAN
Exco Akademik dan Penyelidikan
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
6.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh: 17 - 18 Januari 2015
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
7.0 TEMPAT PROGRAM
Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh dan Kolej Antarabangsa Ibu Zain
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
8.0 INOVASI
Program ini dijalankan buat kali ketiga dengan pengisian serta aktiviti yang lebih
mantap dan menarik yang berbentuk ilmiah dan pastinya akan memberi impak yang
positif terhadap para pelajar yang terlibat. Slot ceramah serta aktiviti yang bertujuan
untuk menyuntik semangat para pelajar dalam mencapai kecemerlangan akan
disampaikan dan dikendalikan sendiri oleh mahasiswa UKM keseluruhannya.
9.0 PUBLISITI
Menggunakan kaedah surat jemputan dan menampilkan poster program kepada pihak
sekolah yang terlibat.
10.0 CADANGAN PERASMI
Perasmian pembukaan
1. Prof. Datin Noor Aziah binti Hj Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
2. Prof. Dr. Khaidzir Hj. Ismail
Pengarah Pusat Citra Universiti Kebangsaan Malaysia
Perasmian penutup
1. Prof. Datin Noor Aziah binti Hj Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
2. Prof. Dr. Khaidzir Hj. Ismail
Pengarah Pusat Citra Universiti Kebangsaan Malaysia
11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah pelajar sekolah : 120
Jumlah kompetensi : 70 orang
Jumlah pensyarah : 10 orang
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
14.0 PERINCIAN PROGRAM
Program akan dimulakan setelah semua tetamu tiba di KTAMS. Setelah majlis
perasmian selesai maka aktiviti-aktiviti bersama murid-murid sekolah bakal
dimulakan iaitu dimulai dengan sesi motivasi bersama pelajar di mana pelajar-pelajar
akan diperkenalkan dengan lebih meluas tentang kehidupan di alam universiti di
samping membincangkan permasalahan-permasalahan mereka di sekolah. Seterusnya
aktiviti yang menarik seperti “Language Games” bakal dijalankan dan diakhiri dengan
“Treasure Hunt” untuk meluaskan lagi minda pelajar-pelajar tentang subjek yang telah
mereka pelajari di sekolah termasuk ilmu-ilmu baru yang bakal mereka terokai. Pada
hari seterusnya terdapat ceramah dan juga slot Latihan Dalam Kumpulan yang akan
diberikan kepada pelajar sekolah.
Haluan selepas SPM
Diberikan oleh mahasiswa UKM untuk para pelajar sekolah
Pelajar sekolah akan didedahkan kepada institusi-institusi yang mengendalikan
kursus-kursus untuk pelajar-pelajar lepasan SPM.
Maklumat-maklumat berkaitan kursus akan diperolehi melalui perhubungan
dengan pegawai-pegawai institusi berkenaan.
Ice Breaking
Pembahagian pelajar mengikut kumpulan akan dilakukan mengikut abjad yang
diberikan semasa pendaftaran.
Fasilitator juga akan dibahagikan kepada setiap kumpulan.
Language games
Permainan ini adalah seperti “Spell it Right” yang akan menguji kehebatan pelajar
dalam mengeja perkataan dalam bahasa inggeris.
Pelajar juga akan bermain permainan “Tongue Twister” untuk meningkatkan
kebolehan mereka untuk fasih dalam berbahasa inggeris.
Treasure Hunt
Pelajar-pelajar akan diberikan tugasan di setiap untuk menyelesaikan masalah
berkaitan pelajaran dan pelbagai aktiviti yang akan mendedahkan para pelajar kepada
dunia sains dan juga dunia selepas SPM.
Solat Maghrib, Tazkirah, Solat Isya / Aktiviti Moral
Slot ini akan dikendalikan oleh mahasiswa UKM.
Pelajar beragama Islam akan mengikuti slot tazkirah manakala yang bukan Islam akan
mengikuti slot aktiviti moral.
Slot bersama Kaunselor Permata Pintar, UKM
Slot ini akan dikendalikan oleh kaunselor dari Permata Pintar UKM.
Topik yang akan dibincangkan adalah Isu Kerjaya dan Masa Hadapan
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Pelajar akan diberikan sehelai kertas dan diminta untuk melukis bayangan bagaimana
keadaan mereka sebelum mengambil SPM, semasa mengambil keputusan SPM,
bidang yang akan mereka ceburi serta keadaan mereka 10 tahun akan datang (alam
pekerjaan).
Pelajar di minta untuk berkongsi sesama mereka di dalam kumpulan.
Biodata setiap penceramah disertakan dalam Lampiran E
15.0 LANGKAH KESELAMATAN
Langkah keselamatan sepanjang program akan dititikberatkan di mana pelajar yang
mempunyai kemahiran dalam pertolongan cemas akan memberikan rawatan awal
sekiranya berlaku sebarang kecederaan.
Treasure Hunt
- Mahasiswa UKM akan menjaga setiap tempat yang akan digunakan pelajar untuk
aktiviti supaya mudah mendapatkan bantuan kecemasan sekiranya perlu.
- Pelajar yang mahir dalam pertolongan cemas akan diletakkan juga di tempat
aktiviti.
Pengangkutan
- Bagi memastikan keselamatan peserta program sepanjang aktiviti yang melibatkan
pengangkutan, setiap kumpulan pelajar akan dikawalselia oleh mahasiswa UKM.
- Mahasiswa UKM juga akan mengiringi pemandu bas ke sekolah untuk
memastikan tiada pelajar yang sesat atau ketinggalan bas untuk menuju ke UKM
atau dari UKM untuk pulang semula ke sekolah.
Pihak penganjur juga akan memaklumkan kepada Bahagian Keselamatan UKM
melalui surat tentang penganjuran aktiviti utnuk memastikan keselamatan pelajar dan
mahasiswa UKM.
15.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
16.0 KEPERLUAN KEMUDAHAN/PERKHIDMATAN PROGRAM
Rujuk Lampiran D
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertayaan dan urusan serta surat menyurat,
sila hubungi:
Pusat CITRA Universiti,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan
(u/p. : Mohd Ikmal Bin Asmuni - 013-7592963
Nor Izzah Binti Marzuki - 010-9607062
Ilyana Binti Mohd Rosmadi - 019-3559136
17.0 SYOR/PENUTUP
Diharap agar kertas kerja untuk Program Menuju Puncak Kecemerlangan anjuran
pelajar-pelajar Fakulti Sains dan Teknologi dengan kerjasama Pusat CITRA Universiti
ini mendapat pertimbangan kelulusan daripada pihak tuan, selain program kali ini
dapat berjalan dengan baik dan lancar. Ucapan terima kasih ditujukan kepada kesemua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha kali ini.
.
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
MENUJU PUNCAK KECEMERLANGAN 3 – BICARA SISWA WADAH KEJAYAAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
DENGAN KERJASAMA
PUSAT CITRA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Penaung
Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor UKM
Pengerusi
Y. Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM
Penyelaras
Lt. Kol. (Bersekutu) PA Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan
Pengarah Pusat Pembangunan Mahasisiwa dan Perhubungan Alumni
Penasihat Persatuan
Prof. Dr. Maslina binti Darus
Timbalan Dekan (Prasiswazah dan Alumni)
Fakulti Sains dan Teknologi
K006392
Penasihat Program
Prof. Madya Dr. Fazilah binti Idris
Pensyarah Pusat Citra Universitti Kebangsaan Malaysia
K007385
Ketua Pengarah
Mohd Ikmal Bin Asmuni / FST / 2 / A145513
013-7592963
Timbalan Ketua Pengarah 1
Nor Izzah Binti Marzuki / FST / 2 / A145541
010-9607062
Timbalan Ketua Pengarah 2
Ilyana Binti Rosmadi / FST / 2 / A145514
019-3559136
Setiausaha Projek
Carolynna Buyau Ak James / FST / 2 / A145781
012-8998451
Penolong Setiausaha
Sharry Woon / FST / 2 / A145716
018-7730891
Bendahari Projek
Siti Naziha Bt Md Jaki / FST / 2 / A145905
014-5025736
Pengarah Program : Nur Aidasyakirah binti Mohd Tahir / FST / 2 / A145843
Pengarah Media dan Publisiti : Raja Mohd Azlan Bin Raja Ali / FST / 2 / A145744
Pengarah Pemasaran : Nur Muhammad Safiuddin Bin Md Shaiful / FST / 2 / A145627
Pengarah Jamuan : Najaa Binti Baharin / FST / 2 / A145797
Pengarah Cenderamata : Nurul Atikah Binti Yahya / FST / 2 / A146098
Pengarah Protokol : Nurul Hazlina Binti Muhammad Nabin / FST / 2 / A145742
Pengarah Teknikal dan Logistik : Mohd Bajuri bin Asruri / FST / 2 / A145766
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
17 JANUARI 2015
MASA ATURCARA CATATAN TEMPAT
8.00 AM Ketibaan para pelajar dan pendaftaran
8.30 AM Ketibaan tetamu jemputan dan VIP
Nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti
Kita
8.45 AM Kata-kata Aluan Pengacara Majlis
Bacaan doa
Ucapan Ketua Pengarah Program
Ucapan dan Perasmian oleh Timbalan
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni
9.00 AM Minum Pagi
9.30 AM Haluan selepas SPM Penceramah: Mohd
Ikmal Bin Asmuni
(A145513)
Nur Aidasyakirah
binti Mohd Tahir
(A145843)
Fazira binti Firdaus
(A145856)
10.30
AM
Ice Breaking
11.00
AM
“Language Games”
12.30
PM
Rehat, Solat dan Makan Tengah Hari
2.00 PM “Treasure Hunt”
5.00 PM Rehat, dan Solat
SEKITAR KOLEJ
IBU ZAIN
Urus diri
7.00 PM Solat Maghrib, Tazkirah, Solat Isya /
Aktiviti Moral
Penceramah: Rahmat
Ikhsan b Mohd
Sofyan (A145569)
9.00 PM Persembahan
11.00
PM
Pelajar pulang ke tempat penginapan
18 JANUARI 2015
MASA ATURCARA CATATAN TEMPAT
5.45 AM Solat subuh, Tazkirah Subuh,
Aktiviti Moral
SEKITAR KOLEJ
IBU ZAIN 7.00 AM Pulang ke bilik masing-
masing untuk mengemas
barang
7.30 AM Sarapan pagi
8.30 AM Slot bersama Kaunselor Dr. Rorlinda Yusof,
Pensyarah dan
Kaunselor
PERMATApintar
UKM
KOMPLEKS TUN
ABDULLAH MOHD
SALLEH
10.30
AM
Sesi ramah mesra bersama
fasilitator
11.15
AM
LDK
12.00
PM
Tayangan Video dan Ulasan
Ilmiah berkaitan video
12.30
PM
Majlis Penutupan dan Makan
Tengahari
2.00 PM Majlis bersurai
LAMPIRAN C
15.0 BELANJAWAN
ANGGARAN PENDAPATAN
BIL. PERKARA RM
1. Peruntukan dari pihak JPPel RM 1500
2. Sumbangan individu RM 5000
3. Peruntukan Aktiviti Pelajar Fakulti RM 500
Jumlah RM 7000
ANGGARAN PERBELANJAAN
BELANJAWAN CENDERAMATA
PERKARA JUMLAH
VIP
Jam (RM 15.00 X 5 orang)
Paperbag (RM2.50 x 5 orang)
RM 75
RM 12.50
= RM 87.50
Hamper berkumpulan
Peruntukan hamper tempat pertama
Peruntukan hamper tempat kedua
Peruntukan hamper tempat ketiga
RM 75
RM 50
RM 30
=RM 155
Tokoh pelajar lelaki &perempuan
RM 5 x 2 orang = RM 10
Sijil (para peserta sahaja) RM 0.5 x 120 orang = RM 60
Jumlah RM 312.50
Belanjawan Post Publisiti
No Perkara
Kuantiti
Jumlah
(RM)
1 Poster 10 10
2 Banner 2 100
3 Bunting 4 100
JUMLAH 210
BELANJAWAN POST JAMUAN
NO. PERKARA KUANTITI HARGA(RM)
1. Sarapan pagi *untuk 2 hari
420 2.00(420) = RM 840.00
2. Makan tengah hari *untuk 2 hari
420 4.00(420) = RM 1680.00
3. Minum petang 210 4.00(210) = RM 840.00
4. Makan malam 210 4.00(210) = RM 840.00
JUMLAH : RM 4200
Belanjawan post program
Jenis Kuantiti Jumlah(RM)
Nametag 180 270.00
Fail 120 120.00
Kertas A4 3 rim 21.00
Treasure hunt 192.00
Jumlah 500.00
Belanjawan post Teknikal
Dekorasi RM400.00
Lain-lain
Pengurusan RM500.00
JUMLAH KESELURUHAN : RM 6225.50
LAMPIRAN D
KEPERLUAN PERKHIDMATAN/KEMUDAHAN PROGRAM
A. KENDERAAN
Bil. Perkara Kuantiti Bil. Perkara Kuantiti
1. Bas 4 4. Lori/Pick Up
2. Bas Mini/Coaster 5. Pacuan Empat Roda
3. Kereta 6. Van/ Window Van/ MPV
B. PERALATAN MAJLIS
Bil. Perkara Kuantiti Bil. Perkara Kuantiti
1. Kerusi untuk Pentas
(Sofa Single)
3 9. Papan Pameran
3” x 6” x 6”
2. Kerusi Tetamu Khas
(Banquet)
30 10 Booth 10” x 10”
3. Kerusi Plastik 100 11. Meja Jamuan 3” x 3” 10
4. Pentas Platform
4”x 8”x 6”
12. Meja Bulat untuk Jamuan 3
5. Kanopi 20” x 20” 13. Meja Peperiksaan
6. Kanopi 15” x 15” 2 14. Meja Pameran
7. Papan Pameran
4” x 4” x 6”
5 15. Meja Kopi
8. Papan Pameran
4” x 6” x 6”
16.
C. KEPERLUAN ELEKTRIK
Bil. Perkara Kuantiti Bil. Perkara Kuantiti
1. Set Sistem Siaraya 5. Kipas Siling Khemah
2. Mikrofon 3 6. Lampu Khemah
3. DVD Player 7. Soket Kuasa di Khemah
4. Rostrum 8. Kipas Berdiri
9. Walkie talkie 6
LAMPIRAN E
Penceramah Slot Haluan Selepas SPM
NAMA MOHD IKMAL BIN ASMUNI
(A145513)
ALAMAT 47-1, KAMPUNG PARIT SELAMAT, 83740, YONG PENG,
JOHOR
MAKLUMAT
PENDIDIKAN
SM SAINS MUAR (2010 – 2011)
ASASI SAINS UiTM (2012-2013)
UKM (2013 – SEKARANG)
PEKERJAAN/
PENGALAMAN
PELAJAR IJAZAH SARJANAMUDA SAINS DENGAN
KEPUJIAN (BIOLOGI)
Ketua Program iNTEAM: SATU HATI, SATU HASRAT,
SATU SEMANGAT (PROGRAM PELAJAR SM SAINS
BATU PAHAT PADA 2013
Ketua Program iNTEAM: JEJAK MASA HADAPAN
(PROGRAM PELAJAR SM SAINS BATU PAHAT PADA
2014)
NAMA NUR AIDASYAKIRAH BT MOHD TAHIR (A145843)
ALAMAT 5, JALAN ANDAMAN 8, TAMAN ANDAMAN UKAY, 68000,
AMPANG, ULU KLANG, SELANGOR
MAKLUMAT
PENDIDIKAN
SK SETIAWANGSA
SMK AGAMA KL
ASASI SAINS UiTM PUNCAK ALAM
PEKERJAAN/
PENGALAMAN
PELAJAR IJAZAH SARJANAMUDA SAINS DENGAN
KEPUJIAN (KIMIA)
NAMA FAZIRA BINTI FIRDAUS (A145856)
ALAMAT LOT1064-7A, BT 4, JALAN GOMBAK, 53000 KUALA LUMPUR
MAKLUMAT
PENDIDIKAN
SK GOMBAK (1)
SMK GOMBAK SETIA
KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
PEKERJAAN/
PENGALAMAN
PELAJAR IJAZAH SARJANAMUDA SAINS DENGAN
KEPUJIAN (KIMIA)
PENCERAMAH SLOT TAZKIRAH
Pengendali: Pelajar UKM
Nama : Rahmat Ikhsan Bin Mohd Sofyan (A145569)
Umur : 21 tahun
Pengalaman
Aktivis Yayasan Amal Malaysia ke Sudan Afrika
Aktivis relawan Duat ke pendalaman sabah dan Sarawak
Misi kemanusian ke sempadan Syiria Dan Jordan
Penampilan Media :
Finalis Pencetus Ummah Astro Oasis 106
Penampilan di Radio Sinar FM dalam slot tazkirah maghrib
Penampilan di TV9, Astro Awani,Astro Maya HD
Media cetak
Kosmo,
Berita Harian,
Sinar Harian,
Utusan Malaysia
Pendidikan :
Matrikulasi Melaka
Ijazah sarjana muda UKM
Talaqi Dan Usrah bersama Mudir Maahad An Nuriah Ad Diniah
Kepakaran
Modul bijak bicara
Modul yakin diri v/s bangga diri
Modul rendah hati v/s rendah diri
Modul ayuh menjadi Hamba
Modul memimpin dan Dipimpin
PENCERAMAH SLOT BERSAMA KAUNSELOR
Nama : Dr. Rorlinda Yusof
Jawatan : Kaunselor 2, Pensyarah, Penyelaras Hal Ehwal Murid
Jabatan : PUSAT PERMATApintar NEGARA
Emel : [email protected]
No. Telefon : 03-89217505
Pendidikan : Universiti Malaya
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
SENARAI NAMA EXCO PROGRAM
Ketua: Nur Aidasyakirah Bt Mohd Tahir A145843
Nama Ahli:
1. Nur Hafizah Bt. Nor Azlan (A146044)
2. Nor Syahirah Bt. Md Yusof (A146018)
3. Nur Ernadilla Bt. Sulaiman (A146030)
4. Nur Anis Farhanah Bt. Ahmad Shariff (A145995)
5. Qamarina Zettie Iwana Bt. Kamarul Anuar (A146078)
6. Nur Syafiah Zahirah Bt. Nor Azham (A146014)
7. Nur Amira Bt. Mohd Noh (A145987)
8. Nabihah Bt. Norizam (A145982)
9. Erien Lahata (A145986)
10. Noor Hidayah Bt Che Lah (A145870)
11. Fazira Bt Firdaus (A145856)
12. Jocephine anak Jonip (A145865)
13. Siti Nor Hasmani Bt Muhamed (A145844)
14. Nurul Nadiah Bt. Abdul Hamid (A146149)
15. Aireen Shahirra Bt. Azuar (A146038)
Setiap ahli EXCO Program telah dibahagikan untuk menjadi pengendali setiap aktiviti
atau lebih dikenali sebagai “Person Incarge(PIC)”. Saya bersama seorang rakan iaitu Nur
Anis Farhanah binti Ahmad Shariff telah ditugaskan untuk mengendalikan slot “Kenali
Potensi Diri”. Slot ini telah disampaikan oleh penceramah Dr. Rorlinda binti Yusuf iaitu pakar
motivasi serta Penyelaras Hal Ehwal Pelajar, Pusat Citra UKM.
Kami dikehendaki menghubungi penceramah bagi memastikan slot tersebut berjalan
dengan lancar. Dr. Rorlinda merupakan seorang pakar motivasi yang tidak lekang dek masa.
Jadi, kami agak sulit untuk menghubunginya tetapi atas usaha dan kerjasama kami bersama,
kami berjaya mengatasi masalah ini dan dapat menjalankan slot ini dengan jayanya.
Selain itu juga, kami saling membantu sesama sendiri untuk setiap pengendali. Sebagai
contoh, bagi pengendali slot “Language Games”, kami telah bekerjasama memberi idea-idea
yang bernas untuk menjayakan slot ini. Begitu juga dengan slot-slot yang lain.
Pengalaman sebagai EXCO program amatlah menjadi satu pengalaman yang sangat
mencabar kerana setiap slot adalah hasil daripada perbincangan kami dan idea-idea kami yang
disokong oleh EXCO-EXCO yang lain dan juga pensyarah terlibat. Setiap EXCO juga akan
merujuk kepada kami bagi mengendalikan tugas-tugas mereka. Jadi, sebagai EXCO Program,
kami semestinya memberikan kerjasama yang padu dan menjadi pemimpin serta rujukan
kepada EXCO-EXCO yang lain bagi memastikan program berjalan dengan lancar.
Selain menjalankan mesyuarat secara besar-besaran bersama setiap EXCO, kami juga
telah menjalankan mesyuarat kecil-kecilan antara EXCO program untuk menjana idea bagi
setiap susunan aturcara dan bagaimana setiap aturcara itu dijalankan. Kami telah menjalankan
mesyuarat kecil-kecilan ini beberapa kali untuk memastikan program ini menjadi menarik.
Justeru, sebagai ahli EXCO Program, kami telah dapat banyak pengajaran tentang
bagaimana untuk menjadi ketua bagi setiap slot supaya setiap EXCO dapat mengetahui lebih
jelas mengenai setiap slot yang kami kendalikan. Di samping itu, kami juga dapat
bekerjasama antara ahli EXCO Program dan EXCO-EXCO yang lain serta dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim sesama EXCO dan pensyarah terlibat.
MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat ini telah disediakan oleh setiausaha program iaitu Carolynna Buyau
Ak James. Mesyuarat telah dijalankan sebanyak lima kali tetapi saya hanya menghadiri
mesyuarat kedua dan ketiga. Hal ini kerana saya dan beberapa ahli yang lain tidak mendapat
notis bahawa terdapat mesyuarat pertama pada hari tersebut. Pada mesyuarat keempat pula,
saya tidak dapat hadir kerana saya berada di luar kawasan atas sebab-sebab tertentu dan
mesyuarat kelima hanya dijalankan oleh ketua-ketua setiap EXCO.
Minit Mesyuarat Kedua
Program Menuju Puncak Kecemerlangan 2
Tarikh: 27 November 2014
Tempat: Bilik Mesyuarat Pusat Citra
Masa: 8.00pm – 9.00pm
Kehadiran:
1. Nur Hafizah Bt. Nor Azlan A146044
2. Nor Syahirah Bt. Md Yusof A146018
3. Aireen Shahirra Bt. Azuar A146038
4. Nur Ernadilla Bt. Sulaiman A146030
5. Nur Anis Farhanah Bt. Ahmad Shariff A145995
6. Qamarina Zettie Iwana Bt. Kamarul Anuar A146078
7. Nur Syafiah Zahirah Bt. Nor Azham A146014
8. Nur Amira Bt. Mohd Noh A145987
9. Nabihah Bt. Norizam A145982
10. Erien Lahata A145986
11. Nurul Nadiah Bt. Abdul Hamid A146149
12. Nur Ayuni Bt. Mat Yusoor A146118
13. Sylvia Yahumin A145678
14. Mohd Bajuri Bin Asruri A145766
15. Siti Fatimah Bt. Mohd Tarmizi A146761
16. Nasuha Nadira Bt. Md. Nizam A145630
17. Siti Aishah Bt. Tahirin A145653
18. Nur Hidayah Bt. Halimi A145886
19. Mahirah Bt. Taib A145868
20. Maya Sofia Bt. Nor Azmi A145799
21. Nuradila Bt. Mohd Adnan A145658
22. Najaa Bt. Baharin A145797
23. Nadiatun Amirah Bt. Ahmad Saidi A145791
24. Nur Shafiqah Bt. Basarudin A145783
25. Ummu Amirah Bt. Muhamad A146033
26. Mira Farzana Bt. Mohamad Mokhtar A145706
27. Nurul Hazlina Bt. Muhammad Nabin A145742
28. Siti Naziha Bt. Md. Jaki A145905
29. Nur Muhammad Safiuddin Md Shaiful A145627
30. Izzyan Syazwani Bt. Abdul Halim A145645
31. Mohd Ikmal Bin Asmuni A145513
32. Carolynna Buyau Ak James A145781
33. Fazira Bt. Firdaus A145856
34. Nurul Atikah Bt. Yahya A146098
35. Siti Nor Hasmani Bt. Mohamed A145844
36. Nur Aidasyakirah Bt. Che Lah A145870
37. Jocephine Anak Jonip 145865
Bil. Perkara Tindakan
1.0 - Pelajar jemputan akan tinggal di dalam UKM.
- Program akan dilaksanakan selama 2 hari.
- Sesi berkenalan dengan pelajar akan lebih akrab.
- AJK kena tidur dengan pelajar jemputan.
- Post yang memerlukan ahli ialah Post Program.
2.0 Post Jamuan
1. Sarapan RM2, Minum petang RM2 dan
Minum malam RM2.
2. Makan tengah hari dan makan malam ialah
RM4.
3. Cadangan Dr. Fazilah: Tanya harga
makanan di Kafe KIZ.
Post Jamuan
3.0 Post Cenderamata
1. Sediakan sijil untuk AJK dan peserta
2. VIP
- 15 orang
- Cenderamata disimpan dalam paper bag.
3. Cenderamata untuk program belum
ditetapkan lagi kerana menunggu post
program.
4. Penyampaian sijil akan dijalankan pada
masa terakhir program.
5. Cadangan Dr. Fazilah: memberi hadiah
kepada pelajar terbaik dan kumpulan
terbaik.
Post cenderamata
4.0 Post Protokol
1. Pencarian pengacara majlis dan pembaca
doa.
2. Teks ucapan untuk pengacara majlis telah
disiapkan, tunggu nama VIP sahaja.
3. Kekurangan ahli protocol
- Setakat ini cuma ada dua orang.
4. Teks ucapan untuk perasmi dan pengarah
program.
Post Protokol
5.0 Post Pemasaran
1. Tak ada pergerakan pengumpulan dana.
- Memerlukan surat kelulusan dan surat
sumbangan.
2. Cadangan Dr. Fazilah: minta sumbangan
daripada DUN dan kutipan dana kena
dijalankan oleh semua ahli.
Post pemasaran
3. Cadangan Ketua Program:
- Minta sumbangan daripada Bank dari
segi barangan.
- Pemohonan dana daripada Timbalan
Dekan.
6.0 Post Teknikal
1. Menempah bas dan bilik
2. Menyediakan barang-barang
*Dr. Fazilah akan menempah bas dan bilik serta
Dewan
Post teknikal
7.0 1. Setiap post sila sediakan barang keperluan
masing-masing.
2. Teknikal dikehendaki ambil dari JPPEL
untuk barang-barang tersebut.
Pengarah Program (Ikmal)
8.0 Post Program
1. Tentatif program
2. Cadangan game
- Dr. Fazilah: Tema “Treasure Hunt” ialah
sains.
3. “Haluan Selepas SPM”
4. Cadangan menjemput pensyarah
UiTM(Asasi) dan Pensyarah Matrikulasi
(Matrik)
5. Cadangan Dr. Fazilah: Menjemput
pensyarah daripada Permata Pintar untuk
memberi slot ceramah.
6. Cadangan Pengarah Program: Post program
hendaklah menyediakan bahan ceramah.
Post Program
9.0 Post Media dan Publisiti
1. Poster
- Masukkan logo syarikat yang memberi
sumbangan.
2. Cadangan tag nama dan baju
3. Berhubung dengan media sosial untuk
menerbitkan tentang program.
4. Pergi ke pusat komunikasi kerperat untuk
pemberitahuan ingin menjemput pihak
akhbar ke program.
5. Masukkan ke dalam e-pelajar, e-warga dan
e-ebahan (Digital Board)
Post media dan publisiti
10.0 AJK Kebajikan
1. Cadangan Pengrah program: Mencadangkan
untuk menubuhkan AJK Kebajikan.
2. Mulakan untuk memohon BSMM daripada
Pusat Kesihatan.
Pengarah Program
11.0 Cadangan membuat perjumpaan seterusnya:
Tarikh: 10 Disember 2014
Masa: 8pm
Tempat: Bangunan Dekan FST
Pengarah Program
Disediakan oleh,
Carolynna Buyau Ak James
(Setiausaha Program)
Minit Mesyuarat Ketiga
Program Menuju Puncak Kecemerlangan 3
Tarikh: 10 Disember 2014
Tempat: Bilik Persatuan Pelajar, Bangunan Dekan FST
Masa: 8.00pm – 9.00pm
Kehadiran:
1. Nor Izzah Bt. Marzuki A145541
2. Ilyana Bt. Mohd. Rosmadi A145514
3. Siti Aishah Bt. Tahirin A145653
4. Nasuha Nadira Bt. Md Nizam A145630
5. Nurathirah Khairuddin A145824
6. Izzyan Syazwani Bt. Abdul Halim A145645
7. Nur Muhammad Safiuddin A145627
8. Nurul Hazlina Binti Muhammad Nabin A145742
9. Siti Fatimah Bt. Mohd. Tarmizi A146761
10. Nur Fitrah Bt. Abu Ghani A146761
11. Ummu Amirah Bt. Muhamad A146033
12. Nur Hafizah Bt. Nor Azlan A146044
13. Nur Ernadilla Bt. Sulaiman A146030
14. Nor Syahirah Bt. Md. Yusof A146018
15. Nur Syafiah Zahirah Nor Azham A146014
16. Qamarina Zettie Iwana Bt. Kamarul Anuar A146078
17. Nur Amira Bt. Mohd Noh A145987
18. Nabihah Bt. Norizam A145982
19. Nur Anis Farhanah Bt. Ahmad Shariff A145995
20. Aireen Shahirra Azuar A146038
21. Fazira Bt. Firdaus A145856
22. Siti Nor Hasmani Bt. Muhamed A145644
23. Nur Aidasyakirah Bt. Mohd Tahir A145843
24. Mahirah Bt. Taib A145868
25. Noor Hidayah Bt. Che Lah A145870
26. Jocephine Ak Jonip A145865
27. Siti Naziha Bt. Md Jaki A145905
28. Nur Hidayah Bt. Halimi A145886
29. Nur Ezzah Syazana Bt. Mohd Azmi A145584
30. Erien Lahata A145986
31. Mira Farzana Bt. Mohamad Mokhtar A145706
32. Udaimatun Nub Bt. Sudin A145833
33. Fatin Nadhirah Bt. Ajis A146100
Bil. Perkara Tindakan
1.0 Post Program
1. Bentangkan secara menyeluruh tentative program.
2. Mencari fasilitator semasa program dijalankan.
3. Menetapkan saudari Mahirah untuk berkongsi
pengalaman semasa berada di matrikulasi dan
saudara Ikmal sebagai wakil dari Asasi.
4. Membincangkan antara program-program yang
bakal dilangsungkan pada hari kejadian.
Post program
2.0 Post Media dan Publisiti
1. Poster telah siap dibuat.
2. Mencari masa untuk menghebohkan tentang
program melalui media massa seperti radio, surat
khabar dan lain-lain.
3. Tugasan baru, membuat tag untuk setiap Ahli
Jawatankuasa. Disediakan oleh Post publisiti tetapi
akan dicetak oleh Post program.
Post media dan
publisiti
3.0 Post Pemasaran
1. Belum mula untuk membuat panggilan ke mana-
mana pihak atau syarikat disebabkan ketiadaan
surat kelulusan JPPEL.
2. Menyatakan idea untuk meminta dana dalam
kuliah.
3. Telah menyenaraikan nama-nama syarikat untuk
permohonan dana.
Post pemasaran
4.0 Post Jamuan
Sudah memantau harga makanan di sekitar UKM. Cuma
belum menetapkan mana-mana catering kerana masih
melakukan perbandingan harga di antara satu sama lain.
Post Jamuan
5.0 Post Protokol
1. Surat sudah mulai dirangka dan bakal di hantar
kepada tetamu VVIP dan perasmi yang bakal
dijemput.
2. Teks MC, sudah siap dan sudah di muat naikkan
dalam “Facebook”.
3. Mencari individu yang bertanggungjawab untuk
menjadi MC dan juga pembaca doa untuk majlis
rasmi.
Post Protokol
6.0 Post Cenderamata
1. Sudah meninjau barang-barang yang bakal
diberikan kepada VVIP sebagai cenderamata.
2. Bercadang untuk meminta barangan percuma
daripada JPPEL. Sebagai contoh, buku atau pen
serta sijil untuk AJK. Perkara ini akan dijalankan
setelah mendapat surat kelulusan daripada JPPEL.
Post Cenderamata
7.0 Post Teknikal
1. Belum ada gerak kerja
Post teknikal
2. Menunggu maklumat barang-barang yang
diperlukan oleh setiap post semasa program
berlansung bagi memulakan peminjaman barang
daripada pihak yang terlibat.
8.0 Post kebajikan tidak menghadirkan diri dan tidak
mempunyai wakil.
Disediakan oleh
Carolynna Buyau Ak James
(Setiausaha Program)
TENTATIF PROGRAM
Setelah terdapat beberapa permasalahan yang tidak dapat dielakkan seperti tidak
mendapat tempat tinggal untuk pelajar-pelajar sekolah, program yang sepatutnya dijalankan
selama dua hari satu malam telah disingkatkan menjadi program satu hari sahaja. Berikut
merupakan tentatif akhir program:
17 JANUARI 2015
MASA AKTIVITI
7.30 - 8.00 Pendaftaran Pelajar
8.30 - 10.00 Slot Study Smart bersama
Kaunselor Permata Pintar, Dr Linda
10.00 - 10.30 Minum Pagi
10.30 - 11.00 Majlis Perasmian
11.00 - 11.30 Ice Breaking
11.30 - 12.30 Slot Bicara Siswa
12.30 - 2.00 Rehat, Makan, Solat Zuhur
2.00 - 4.00 Slot bersama Kaunselor, En Zulhafidzi
4.00 - 4.30 Minum Petang
4.00 - 5.15 Rehat, Minum petang, Solat Asar
Tazkirah PU Rahmat
5.30 - 6.30 Languange Games
6.30 - 9.00 Makan, solat Maghrib dan Isyak
Tazkirah PU Rahmat
9.00 - 10.00 Slot Penghayatan
Majlis bersurai
Laporan Akhir Menuju Puncak Kecemerlangan 3
Program Menuju Puncak Kecemerlangan bertemakan “Bicara Siswa, Wadah Kejayaan”
anjuran Pusat Citra dengan kerjasama Fakulti Sains Dan Teknologi Universiti Kebangsaan
Malaysia telah berlansung pada 17 Januari 2015 selama satu hari bermula daripada pukul 8.00
pagi sehingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM.
Program ini telah melibatkan 120 orang pelajar daripada 4 buah sekolah sekitar Bangi iaitu
SMK Al Amin Bangi, SMK Jalan Tiga, SMK Bandar Baru Bangi Jalan 2 dan juga SMK Dato
Abu Bakar Baginda.
Program seumpama ini dianjurkan dengan rasionalnya kepada para pelajar supaya
mereka berupaya membentuk sahsiah diri ke arah yang lebih baik sekiranya diberi ruang dan
peluang. Program-program sebegini juga merupakan antara usaha untuk melahirkan generasi
yang terdidik dan cemerlang dalam semua aspek. Hal ini bukan sahaja berfokus kepada para
pelajar yang mengikuti program motivasi yang dianjurkan, tetapi juga tertumpu kepada para
mahasiswa yang terlibat.
Justeru, program ini adalah bertujuan untuk melatih mahasiswa dalam mengaplikasikan
kemahiran kepimpinan dalam membimbing para pelajar di samping kemahiran berkomunikasi
dan mampu berfikir secara kritikal dalam sesuatu perkara dan dalam menyelesaikan masalah.
Selain itu juga, program ini bermatlamat untuk memberikan mahasiswa mengaplikasikan
kemahiran bekerja secara berpasukan antara ahli EXCO untuk menguruskan program ini.
Seterusnya, program ini bermatlamat untuk memberikan maklumat kepada para pelajar
sekolah tentang hala tuju mereka selepas SPM dan disamping memberikan motivasi untuk
mereka lebih berjaya.
Selain itu, program ini mampu menghasilkan mahasiswa yang mampu menyumbang
bakti kepada masyarakat. Selaras dengan itu, program ini juga membantu serta membimbing
pelajar untuk memilih haluan selepas tamat sekolah. Besarlah harapan pihak penganjur agar
program ini mampu menghasilkan para pelajar sekolah dan mahasiswa yang mempunyai
pelbagai kemahiran dan pengetahuan am yang luas di samping pengetahuan dalam bidang
pengkhususan mereka melalui setiap aktiviti yang dianjurkan melalui program ini.
Banyak pengisian menarik sepanjang program ini dijalankan. Disamping itu, pihak
penganjur juga telah menampilkan motivator yang berpengalaman luas seperti Dr. Rorlinda
Bt Yusof selaku Penyelaras Hal Ehwal Pelajar, Permata Pintar UKM dan juga Encik Zulhifdzi
Bin Mohd Nasir selaku Pengarah Operasi (Vision Consultant) yang juga merupakan pelajar
Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia yang sudah lama berkecimpung dalam bidang
motivasi. Selaras dengan itu, ditampilkan juga Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Bin Mohd
Sofyan. Jadi, jelas terlihat bahawa program ini bukan sekadar menyentuh aspek akademik
semata-mata, tetapi juga turut memuatkan sekali aspek kerohanian yang secara tidak lansung
menyumbang ke arah pembentukan pelajar yang berjaya dan cemerlang dari segenap aspek
kehidupan.
Konklusinya, program ini telah menekankan bahawa pelajar yang cemerlang bukan
sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai
keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum
cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua
kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. "Kemahiran belajar disertai dengan
motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam
peperiksaan."
Disediakan oleh,
(NOR SYAHIRAH BINTI MD YUSOF)
GAMBAR PEMBUKTIAN
SEMASA MESYUARAT DIJALANKAN
GAMBAR SEMASA KEJADIAN
“Banner” Menuju Puncak Kecemerlangan Kali Ke-3
Memberikan fail kepada pelajar yang hadir ke Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh
Menjadi PIC bagi jemputan Dr. Rorlinda sebagai penceramah motivasi
Sesi perkenalan fasi bersama ahli kumpulan
Mengajar pelajar lagu tema iaitu “Malam Ini Kita Punya”
Aktiviti berkumpulan iaitu Language Games sedang dijalankan
Gambar bersama semua kru dan pelajar sekolah yang terlibat
Gambar bersama kru dan pensyarah penganjur program
Gambar bersama EXCO Program dan pensyarah program