Upload
duongminh
View
276
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
HIKAYAT INDERAQURAISYIN: ANALISIS STRUKTURALDANTELAAHAMANAT
HARUN BIN JAAFARFAKULTI BAHASA
KOD PENYELIDlKAN UPSI: 01-01-11-02
AKAUN PENYELIDlKAN UPSI: 050529
2003
III
PENGHARGAAN
Syukur kehadiratAllah [s.w. t] kerana dengan limpah kurnia-Nya serta dengan petunjukdan hidayah-Nya, saya dapatmenyempumakan penyelidikan ini seadanya.
Saya inginmerakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepadaProfesorDr.KhadijahRohani binti Mohd. Yunus, TimbalanNaib Canselor [Akademik], UniversitiPendidikan Sultan Idris [UPSI] , TanjongMalim, Perak dan ProfesorDato' Dr. AbuBakarbinNordin, Pengarah, PusatPenyelidikan danPerundingan,UPSI keranamemberipeluang kepada saya untuk:menjalankanpenyelidikan ini.
Ucapan terimakasih juga saya tujukan kepadaDr. Alias bin MohammadYatim,[mantan Dekan, Fakulti Bahasa, UPSI], Dr. NorAzmi binMostafa, Dekan, FakultiBahasa, UPSI, kakitangan Pusat Penyelidikan dan Perundingan, UPSI, dan kakitanganPerpustakaanTun Seri Lanang,Universiti KebangsaanMalaysia [UKM] keranamemberisokongan padu ke arah penyiapan penyelidikan ini.
Jasa baik anda semua tidak akan dilupakan. SemogaAllahmembalas budi baikandasemua.
Wassalam.
Drs. Harun Jaafar,Jabatan KesusasteraanMelayu,Fakulti Bahasa,Universiti PendidikanSultan Idris,TANJONGMALIM, PERAK mLAI 1,2003.
IV
ABSTRAK
Penyelidikan inimenggunakan teksHikayat Indera Quraisyindalam bentukmikrofilem yang tersimpan di Perpustakaan TunSeri Lanang, Universiti KebangsaanMalaysia [UKM], Bangi.Bagimembolehkanfokus penyelidikandijalankan, teks itu terlebihdahulu ditransliterasikanke tulisanRumi. Denganmenggunakanteori struktur dan teori kebahasaan yangmenerbitkan pendekatanstruktural danpendekatan semiotik, teks tersebut dikupas untukmenyerlahkan peranan dan fungsi aspek-aspek struktur di
dalamnya sertamenganalisis actualmeaning dan intentionalmeaningyang terdapatdi dalamnya Hasil yang diperolehmelaluipenggunaan alat-alatpenyelidikan itu ialah teks inimengandungiunsur dakwah [walaupunmasih terselit unsur-unsurHindu yangminimum] kerana temanya ialah usaha dan pertolonganAllahmerupakan tangga kejayaan. Sehubungan itu, ditemui pelbagaiamanat yang hendak disampaikan kepada pembaca oleh
pengarangnya, Amanat-amanat itu dilontar secara tersiratmelaluisuruhan dan larangan. Semua bentuk suruhan terarah kepadaamar makruf. Semua bentuk larangan terarah kepada nahi
mungkar. Kedua-dua unsur itumerupakan teras kepada seruandakwah dalam agama Islam. Dengan demikian, dapatlahdisirnpulkan bahawakarya yang tergolong dalam SasteraTransisiini telahberjaya 'diislamkan' oleh pengarangnya.
HIKAYAT INDERA QURAISYIN: ANALISIS STRUKTURAL DAN
TELAAHAMANAT
LATARBELAKANG
Kajian ini dilaksanakan untukmenilai Hikayat Indera Quraisyin sebagai salah satu
daripada karya-karya yang wujud dalam KesusasteraanMelayu Klasik, khususnya
Hikayat Transisi. Adalah diharapkan kemunculan kajian ini dapatmemberi sedikit
surnbangan kepada kajian-kajian akan datang, parapenggemar KesusasteraanMelayu
Klasik, dan sekali gusmenambah khazanah kajian dalam bidang yang dimaksudkan itu.
(a) Definisi Hikayat
Terdapat berbagai-bagai definisi tentang hikayatyang diberikan oleh orang perseorangan,
kamus-kamus, dan juga ensiklopedia. Menurut The Encyclopaedia of Islam
(1971: 367-377), istilah hikayat berasal daripada kata kerja bahasaArab 'haka' yang
asalnya bermakna 'to in itiate 'dan kemudian berubahmenjadi 'tale, narrative, story;
legend '. Namun demikian, pada hakikatnya istilah 'hikayah'
[hekaye] dalam bahasa
bahasa Arab dan Parsi merujuk kepada 'short prose anecdotes"
bukannya prose
tales' yang biasanyapanjang-panjang atau roman pahlawan seperti dalam bahasaMelayu.
Walau bagaimanapun, genre yang disebutHikayatMelayu seperti itu tidak terdapat di
dalam Kesusasteraan Parsi. Genre sedemikian dalam Kesusasteraan Parsi disebut
'dastan"
misalnya Dastane Amir Hamze (Brakel 1979: 6). Dalam bahasa Melayu
karya itu disebutHikayatAmir Hamzah.
Keraguan mengenai istilah hikayat mengalami transformasi semantik selepas
dipinjam daripada Kesusasteraan Parsi terjawab melalui indeks dalam Katalog
Kesusasteraan Parsi yang dihasilkan oleh C.A. Storey. Di dalam indeks tersebut
2
dinyatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lima hasil karya yang disebut 'hikayat '.
Tiga daripadanya adalah kumpulan karya [sekali gusmembuktikan kata hikayat itu
merujuk kepadabentukplural dan bukan naratifpanjang], termasuk di dalamnya ialah
Hikayat al-Salihin yang terdiri daripada dua puluh bab; tiap-tiap satu mengandungi
sepuluh hikayat yang dihasilkan oleh Uthman bin Umar dan dinamakanKahf. Karya
keempat rnenyebutHikayat al-Salihin dalam bentuk singular. Hal ini menyebabkan
timbulnya tanda tanya, kerana hikayat [singular] itu tidak boleh dianggap sebagai
kesilapan penyalin semata-mata kepada hikayat [plural] (Brakel 1979: 6-7).
Satu-satunya teks dalamKesusasteraan Parsi catatan Storeyyang disebuthikayat
[hekaye] ialah HikayatMuhammad IHanafiyah. Teks yang sarna telah digunakan
oleh seorang penterjemah untuk melahirkanHikayatMuhammadHanafiah dalam
bahasaMelayu padapertengahan abad ke-14M. Denganmengambil kira romanHikayat
MuhammadHanafiah sebagai satu-satunya teks dalambahasaParsi dan bahasaMelayu
yangdipanggil hikayat, kemungkinan istilahitumengalarni perubahan sernantik danmasuk:
ke bahasaMelayumelalui roman tersebut tidak dapat dinafikan begitu sahaja.
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, hikayat bermakna karya
kesusasteraan berisi cerita, baik sejarahmahupun cerita roman fiktif, yang dibaca untuk
pelipur lara, pernbangkit semangat juang, atau sekadar untuk meramaikan pesta
(1988: 307). Ensiklopedi Umum mendefinisikan hikayat sebagai cerita, penuturan,
atau cerita khayaL Dalam sasteraMinangkabau, hikayatbererti riwayat yang dibacakan
dengan irama danjuga didendangkan. Cerita-cerita seperti itu juga disebut kaba (1973:
497). R. J. Wilkinson (1959: 407)mendefinisikan hikayat sebagai narrative, story,
tale, or tale chanted by a professional story-teller. Kamus Dewan (1996: 457)
mendefrnisikan hikayat sebagai cerita, terutamanya cerita lama dalam bentuk prosa. Siti
Hawa SaIleh (1991) rnerumuskan bahawa sastera hikayat ialah:
3
Cerita dalam bentuk bertulis yangmenggunakan bahasaMelayu lama dengan
langgam bahasa dan struktur tertentu, membawa cerita ajaib berunsur hiburan,
hasil imaginasi dan fantasi pengarangnya. Ceritanyaberkisar di istana dengan
watak-watak utama yang terdiri daripada putera dan puteri raja yang cantik,
berani, dan pahlawan. Peristiwa-peristiwa yang dikemukakan bersifat rekaan
semata-mata tetapimembayangkan latarbelakangpengaruhyangmenjadi sumber
imaginasi tersebut.
Berdasarkan kepada definisi-definisi dan huraian-huraian di atas, dapatlah kita
ketahui bahawa hikayat itumengandungi cerita rekaan, berbentuk prosa, menggunakan
bahasa Melayu lama, wujud unsur keajaiban, tujuan utamanya untukberhibur, cerita
difokuskan kepada golongan bangsawan danmemperlihatkan pelbagai pengaruh yang
mencorakkan pembentukan sesebuah cerita.
Namun dernikian, hams diingat bahawawalaupun karya-karya yang tergolong
dalam sastera hikayat berperanan sebagai alat yang berfungsi untukmemberi hiburan,
terdapat dua fungsi lain yang dibawanya, iaitumengajar danmendidik. Kepelbagaian
pengaruh yangwujud dalam sastera hikayatmembolehkan kitamembahagikan genre
tersebut kepada tiga kumpulan, iaitu:
(i) SasteraHikayatBerunsurHindu
(ii) SasteraHikayatBerunsurHindu-Islam
(iii) SasteraHikayatBerunsur Islam
(b) Sejarab Perkernbangan Hikayat
Genre hikayat dalam Kesusasteraan Melayu ialah warisan kebudayaan Islam.
Kebudayaan Islam [yang di dalamnya tercakup kesusasteraan] sebagai salah satu daripada
4
kebudayaan-kebudayaan besar dalam sejarah manusia dan dunia hari ini tidak dapat
dipersoalkan lagi (Kritzeck 1964: 15). Justeru itu, pengaruh kesusasteraan tersebut
telah tersebar luas ke merata tempat sarna ada di Barat mahupun di Timur melalui
penyebaran agama Islam.
Agama Islam dikatakan sampai ke Nusantara pada abad pertama Hijrah
(Syed Muhammad Naguib al-Attas 1972: 4). Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh
ketetapan yang dibuat dalam SeminarMasuknya Islam ke Indonesia yang diadakan di
Medan pada 17 hingga 20 Mac 1963 (A. Hasjmy 1981: 7). Berdasarkan kepada
catatan-catatan di dalam naskhah-naskhahMelayu lama, agama itu dibawa oleh para
pendakwah berbangsaArab. HikayatMerongMahawangsamenceritakanRajaKedah
diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani, seorang pendakwah Arab. Baginda
kemudian bergelar SultanMuzaffar Syah (SyedMuhammadNaguib al-Attas 1969: 11).
Namun demikian, sarjana-sarjana sejarah ramai yang sependapatmengatakan bahawa
agama itu berkembang pesat di Nusantaramulai abad ke-13M.
Agama Islam t elah memberi sumbangan yang t idak temilai t erhadap
perkembangan bahasa, kesusasteraan, dan kebudayaan Melayu. Apabila agama itu
datang keNusantara, huruf-hurufArab diperkenalkan kepadapenganut-penganut agama
Islam dengan tujuanmenjadikannya sebagai abjad barn dalampenulisan bahasaMelayu.
BahasaMelayu dikatakanmenjadi linguafranca sebelum datangnya Islam ke rantau
Melayu. Kenyataan ini disanggah oleh Syed Muhammad Naguib al-Attas. Menurut
beliau, bahasaMelayu atau lebih tepatnya bahasaMelayu kuno tidak boleh dianggap
demikian kerana belummempunyai tulisan tunggal yangmengikat atau belum mencapai
tarafsebenar sebagai bahasa yangmampumenafsir danmenghuraikan setiap aspek
kehidupan. Peranannya terbatas oleh ruang dan fungsinya, iaitu sebagai bahasa pertuturan
dan digunakan dalam urusanjual beli, tidak lebih daripada itu (1972: 37).
5
Hal yang demikian lebih jelas jika dilihat kepada pembuktian yang dibuat oleh
R. O. Winstedt dan Umar Junus. Menurut mereka, kita tidak dapatmelihat satu pun
hasil Kesusasteraan Melayu peninggalan zaman pra-Islam, yang ada hanyalah batu-batu
bersurat, itu pun ditulis dalam bahasaMelayu kuno yangmenggunakan hurufIndia
(1961:20dan 1969:20).
Batu Bersurat PagarRuyung di Minangkabau yang bertarikh 1356M berbentuk
prosa dan kandungannya ialah perintah raja. Hal ini membuktikan bahawabahasaMelayu
kuno mula digunakan sebagai bahasa rasmi padawaktu itu. BatuNisanMinye Tujuh di
Acheh yangbertarikh 1380M juga ditulis dengan hurufIndia di samping bahasaArab.
Tulisan pada batu bersurat ini berbentuk puisi. Situasi inimenunjukkan bahawa bahasa
Arabmulamenyerap ke dalam bahasaMelayu dan peningkatan bahasaMelayu dalam
pengucapan puitis. BahasaMelayu telahmencapai tahap kesempurnaannya lebih awal
daripada tarikh itu di Semenanjung Tanah Melayu. Batu Bersurat Terengganu yang
bertarikh 1303M ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan menggunakan
huruf Arab. lsi kandungan batu bersurat itu ialah undang-undang negeri
(Ismail Hussein 1981: 26-29).
Nyatalah bahawa dari ketiga-tiga batu bersurat itu, abad ke-14M merupakan
zaman peralihan, menipisnya pengaruh India, danmenebalnya pengaruhArab dalam
bahasaMelayu. Maka bermulalah sej arah baru bagi bahasaMelayu dan seterusnya
menjadi bahasa dalam erti yang sebenarnya. Islamlah yangmenjadi pendorong kepada
perubahan itu. Bahasa yang kaku padamulanya telah diberi nafas baru sebagai bahasa
pengantar dalam penyebaran agama Islam.
Oleh hal demikian, Ismail Hussein merumuskan bahawa sistem tulisan yang
teratur untuk bahasaMelayu wujud setelah kedatangan Islam. Padamasa yang sama,
6
perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan banyaknya. Hal ini terjadi
kerana kata-kata dari bahasaArab diambil untuk memberi pengertian kepada sesuatu
yang barn ditemui di samping terusmengekalkan perbendaharaan kata Sanskrit. Bahasa
Arab rneniadi bahasa asing yang terpenting dalamperkembangan bahasaMelayu. Tulisan
Jawi yang bersistem pada Batu Bersurat Terengganu membuktikan babawa huruf
hurufArab telah digunakan dalam bahasaMelayu sebelum tabun 1303M atau 1387M
( 1981: 30).
Sebelum bahasaMelayu berkembang pesat, bahasa Jawa sudah established.
Dengan kata lain, ketika itu bahasaMelayumasih berada dalam keadaan yangmurni.
Dengan kata lain, bahasa itu belum dipengaruhi oleh apa-apa unsur secara total. Keadaan
demikian samalah dengan bahasa Arab pada zaman Jahiliah yangjugabelum dicemari.
Sebagaimana bahasa Arab dipilih menjadi bahasa agama, begitu jugalah keadaan
yangberlakupadapemilihan bahasaMeIayu sebagai bahasa agama di rantau ini. Bahasa
MeIayu dipilih menjadi bahasa agama Iantaran kemumiannya. Bahasa Jawa yangjauh
lebih sempurna terlalu pekat dengan kehinduan. Penerimaan bahasa Jawa tentu akan
mengelirukan kefahaman tentang Islam. Penerimaan bahasaMelayu dapat mengelakkan
berlakunya sinkritis d alam agama dan dapat menjamin Islam yang santri
(Syed MuhammadNaquib al-Attas 1972: 36-38).
Pengangkatan bahasaMelayumenjadi bahasa pengantar Islam telah membawa
berbagai-bagai perubahan kepadanya. BahasaMelayu yang dulunya tidak bermaya
telab diresapi oleh istilah-istilah dan perkataan-perkataan Arab, termasuk Parsi.
Kemasukan-kernasukanitu telahmemperkayabahasaMelayu. Tanpanya tentulah bahasa
Melayu tetapmundur. BahasaMelayu kuno bergantung kepada tulisan India. Dengan
datangnyaIslarn, huruf-huruftambahandirekauntukmelambangkanbunyi-bunyi yang lazim
pada lidah orang Melayu. Huruf-hurufitu ialah ca [�], nga [ t ], pa [J ],
7
ga [SJ, dan nya [ ()]. Huruf-huruf itumerupakan cantuman atau gabungan atau
diubahsuaikan daripada huruf-hurufArab yang sedia ada berdasarkan kepada kaedah
Ibnu Khaldun. Huruf ga [_$] mengambil bentuk kaf [,!j ] dan diberi titik pada
hurufjim [(..]; hurufca [ B mengambil bentuk dan titikjim [ (..1 ditambah••.
du�titik pada ta' [ U ]; hurufnga [• t..] mengam�il bentuk dan titik gh�yn
[ t._] dan ditambah titik pada nun [� ] dan ga [.S" ]; huruf pa [J ]
mengambil bentuk dan titik fa [� ] ditambah titik pada ba [ \,..) ] serta.
tambahan satu titik lagi untukmembezakannya dengan faU ]; dan hurufnya [() ]mengambil bentuk dan titik nun [j ] ditambah dengan dua titik pada ya [�](Syed Muhammad Naquib al-Attas 1972: 41). Walau bagaimanapun, menurut
Omar Awang pula, huruf-huruf ca ['C!..] dan ga [5J diambil daripada huruf
Parsi. Bentuk tulisan yangmenggabungkan huruf-hurufArab dengan huruf-huruf bam
yang direka itu disebut Huruf Jawi. 'Jawi' ialah panggilan orang-orang Arab
Makkah kepada orang-orang Melayu-Indonesia (Ismail Hamid 1985: 36).
Denganwujudnya sistem tulisan itu, bermulalah tradisi tulisan di AlamMelayu.
Sebelumnya KesusasteraanMelayu hanya berkembang dalam bentuk lisan seperti lipur
lara, mitos, dan legenda. SasteraTulisan bermula dengan penulisan kitab-kitab bercorak
agama yangmembicarakan tentang fiqh,menafsirkan al-Qur'an, dan sebagainya. Setelah
itu, diikuti pula oleh penulisan dalambidang kesusasteraan. Bidang ini bermula dengan
munculnyaHikayatNabiBercukur, HikayatNurMuhammad, HikayatNabi Wafat,
HikayatNabiNuh, HikayatNabiMusa, dan lain-lain (Zuber Usman 1983: 21).
HikayatNabi-nabi itu didasarkan kepada kisah-kisah tentangdiri mereka yang
terdapat di dalam al-Qur'
an. Kisah-kisah itu kemudiannya dicampuradukkan dengan
unsur-unsur fiksyen. Hikayat-hikayat bentuk ini sebenarnya merupakan saduran atau
terjemahan daripada karyalkarya-karya berbahasaArab. Qisasu 'I-AnNa misalnya,
8
diterjemah ke bahasaMelayu olehAzhari al-Khalidi daripada versi Arab dan diterbitkan
oleh Dar al-Maarif, Pulau Pinang.
Khazanah Kesusasteraan Hikayat Melayu bertambah dan terus berkembang
sejak itu dengan kemasukan cerita-ceritamengenai pahlawan-pahlawan Islam yang
berbentuk legenda daripada bahasa Parsi. KesusasteraanMelayu dianggarkan sudah
berkembang luas sebelum abad ke-15M.
HikayatMuhammadHanafiah [HMH] danHikayatAmirHamzah telah sedia
ada padamasa itu dan disebut dalam buku Sejarah Melayu (Winstedt 1969: 86-87).
Menurut Brakel,HMH ialah hikayat tertua yang bukan sahaj a terkenal di Nusantara
malahan di seluruh dunia. Hikayat ini dihasilkan dalam bahasa Parsi sekitar abad
ke-14M dan diterjemah ke bahasa Melayu tidak lama selepas itu di satu wilayah
perpantaian di utara Sumatera (1975: 56-57).
Untuk mengetahui bagaimana hasil Kesusasteraan Parsi m asuk dan
mempengaruhi KesusasteraanMelayu, kita hamsmenoleh ke belakang. Kesusasteraan
ArabKlasik yang telahmaju sebelum kedatangan Islammenjadi semakinmaju dan terus
berkembang setelah kedatangan Islam. Hal tersebut terjadi kerana Islam merupakan
agama yang sesuai dengan sifat semula jadimanusia. Oleh hal demikian, seni dengan
sendirinya termasuk dalam ajaran Islam. Dengan kata lain, Islam tidakmenentang seni
sastera selagi bahan itu tidakmelanggar yang terlarang.
Apabila Islam tersebar ke Parsi, Kesusasteraan Islam dalam bahasa Arab
terserap pula ke dalam Kesusasteraan Parsi. Kesusasteraan Parsi tersebar pula ke
Indiapadazamanpemerintahan kesultanan Islam di sana selepasjatuhnya kerajaan Bani
Abbasiyah pada abad ke-13M. Di samping orang-orangArab dan Parsi, orang-orang
9
India juga turut datang keAlamMelayu sama ada sebagai pedagang atau pendakwah.
Merekalah yang rnungkin rnernbawa hasil-hasil Kesusasteraan Parsi ke Nusantara.
Pada hakikatnya, Kesusasteraan Melayu bisa berkembang pesat kerana
adanya kecenderungan dan usaha-usaha pengernbang agama Islam menggunakan
karya-karya kesusasteraan sebagai alat penyebarannya. Kegiatan-kegiatan seumpama
itu telah mendorong sasterawan Islam di Nusantara menghasilkan roman-roman
Islam untuk menggantikan epik-epik Hindu seperti Mahabharata danRamayana
(A. BakarHamid 1976: 90).
Oleh hal dernikian, selain cerita Nabi-nabi dan legenda-legenda Islam tadi,
terdapatjuga cerita tokoh-tokoh sebelum, semasa, dan sesudah Nabi Muhammad. Di
antaranya ialahHikayatFir 'aun, Hikayat Tamim al-Dari, danHikayatSultan Ibrahim
bin Adham. Fungsi utarna hikayat-hikayat ini pada peringkat itu ialahmenanam dan
rnernperkukuhkan pegangan terhadap agama Islammelalui ajaran-ajaran yang diselitkan
di dalamnya (IsmailHamid 1985: 59-61).
Ahli-ahli sejarah sastera rnernbahagikan Kesusasteraan Melayu kepada dua
golongan, iaitu sastera klasik dan sastera moden. Kesusasteraan Melayu Klasik
ditakrifkan sebagai hasil-hasil yang rnenunjukkan ciri-ciri gaya sastera dalam zaman
sebelurn peradabanBarat rneninggalkan pengaruhnya dalam kehidupan orang-orang
Melayu. Orang-orangMelayu sebenamya telahmempunyai hubungan dengan Barat
sejak kejatuhanMelaka kepada Portugis pada tahun 1511. Namun demikian, pada
masa itu, hubungan dengan Barat boleh dikatakan terlalu longgar dan bersifat luaran.
Hanya pada akhir abad ke-19M dan permulaan abad ke-20M masyarakat dan
kebudayaanMelayumengalami perubahan sosiobudaya secara besar-besaran akibat
penguasaan Barat itu. ApabilaBritishmentadbirPulau Pinang, Melaka, dan seterusnya
10
Singapura, baharulah terhasil tulisan-tulisan Abdullah Munsyi yang digelar 'Bapa
KesusasteraanMelayu Moden'. Harus diingat bahawa kemasukan pengaruh Barat
hanyamenyediakan bentuk tempat bertumbuhnya suatu eiri sastera yang baharu kerana
bibit-bibitawal kesusasteraan barn tidak berasal dari Barat tetapi daripadaKesusasteraan
Mesir dan Kesusasteraan Indonesia Berabad-abad sebelum itu, Islam telahmenggilap
kesusasteraandanbahasaMelayumenjadiwadahpenglahiranpemikiran yang intelektual.
Sejarah perkembangan budaya bangsa-bangsa di dunia bermula dengan
animisme, iaitu satubentukpemikiranmanusiaprimitifyangberkaitandengankepercayaan
kepadamakhluk halus, roh, semangat, sakti, taboo, dan perkara-perkara lain yang
sehubungan dengannya. Bagi bangsaMelayu, peringkat kedua dalam perkembangan
budayanya terisi dengan carahidup Islam. Parapenyelidik lama eenderung beranggapan
bahawasebelum kedatangan Islam telahwujud kebudayaanHindu-Buddhayang seragam
diAsia Tenggara. Pengaruh itu dicorak oleh kerajaan purba di Kemboja [Punan] dan
Kepulauan Melayu [Sriwijaya dan Majapahit]. Mereka juga cenderung untuk
beranggapan bahawa bahasa dan kebudayaan yang diamal dan dipertuturkan oleh
masyarakat yang kini dikenali sebagaiMelayu itumendapatjati diriMelayunya dengan
mengambil sempena nama kebudayaan Melayu [Jambi] yang asasnya Sriwijaya seperti
yang dilaporkan oleh I Tsing. Pada hakikatnya, di zamanmana sekalipun tidak pernah
wujud satukebudayaan yang seragam di rantau ini. Buktinyadi Siamwujud kebudayaan
yang dibentuk oleh anutanBuddhaTheraveda; di Baliwujud kebudayaan yang dibentuk
oleh anutanBuddhaBrahmana; diBorneo danNiasmasihwujud anutan paganisme dan
amimisme; di Jawa Tengah wujud kebudayaan sinkritisme yang menggabungkan
kepercayaan asli purba, Hindu, Buddha, Islam, dan Kristian; serta di SelatMelaka
wujud budaya yangdibentuk oleh anutan Islam. Di samping itu, tiada kenangan dalam
ingatan bangsaMelayu tentang penguasaan kerajaanHindu-Buddha seperti yang selalu
diingat oleh orangVietnam terhadap peperanganmereka dengan China atau warisan
1 I
tamadun Paganmasihmenjadi kenangan dalam tradisi orang Burma. SebaIiknya, banyak
contohmasyarakatdi rantau ini yangmemeluk agama Islam secara terns dari kepercayaan
animistik. Catatan-catatan pengembara dari Portugis dan Belandamengesahkan keadaan
itu di Brunei dan Makasar. Lagipun, pengaruh bahasa Sanskrit tidak dominan seperti
bahasaArab dalam bahasaMelayu. Penyataan-penyataan itu menafikan Hindu-Buddha
sebagai unsur yang dominan dalam kebudayaan Melayu. Dengan melihat kepada
kedudukan yang teguh dan sebatinya Islam dalam bahasa, kesusasteraan, anutan agama,
pandangan dunia, p emikiran, dan intelektual yang menjadi unsur-unsur yang
membangunkankebudayaan itu,makamunasabahjika dikatakan bahawahanya Islamlah
pengaruh luar yang meninggalkan kesan mendalam terhadap kebudayaan Melayu
(Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan tth.).
Oleh hal demikian, kita tertanya-tanya darimanakah datangnya karya-karya
berunsurHindu dalam KesusasteraanMelayu? Betapa kuatnya pengaruhHindu dapat
dilihat dalam bahasa dan sastera Jawa. A. SamadAhmad (1974)menulis;
Bagi mengambil tahu akan susur galur kesusasteraan zamanpurba yang berasal
dari kesusasteraanHindu itumaka kenalah kitamengarah ke zaman kerajaan
kerajaan di tanah Jawa di bawahperintah raj a-rajayang berugamaHindu, iaitu
bolehlah dimulai daripadazaman JawaTengah purba, kira-kira antara 750 hingga
925M ... pada zaman itulah berasalnya Kekawin Ramayana ... seorang
pengarang syair E mpu Kanwa n amanya k ira-kira p ada 1 030M telah
mengarangkan kekawin [syair Jawa kuno] Arjuna Wiwaha ... dalam bahasa
Melayu didapati buku-buku Hikayat Pandawa Lima, Hikayat Pandawa
Kelima, Hikayat Sang Boma atau Sang Samba, Hikayat Pandawa Jaya
semuanya tersalin daripada bahasa Jawa dan berasal dari kitab Mahabharata.
12
Pemyataan-pemyataan di atas membuktikan bahawa sastera awal di Alam
Melayu dipengaruhi oleh unsur-unsur asing. Jika Kesusasteraan Inggeris, Perancis
mahupun Belanda., menerima pengaruh sasteraGreek dan Latin; kesusasteraan diAlam
Melayu dipengaruhi oleh kepercayaan animisme, KesusasteraanHindu-Iawa [yang
terdapat pengaruh bahasa Iawa dan Sanskrit], dan KesusasteraanArab-Parsi [yang
terdapat pengaruh bahasaArab dan bahasa Parsi].
Kehadiran unsur-unsur itu di dalam kesusasteraan awal berbahasa Melayu
mendorong para orientalis menggolongkan kesemuanya kepada empat fasa, iaitu
KesusasteraanZamanAnimisme, KesusasteraanZamanHindu-Buddha., Kesusasteraan
ZamanPeralihan atauKesusasteraanTransisi atau HikayatTransisi, dan Kesusasteraan
Zaman Islam. Keempat-empatnyadisebut KesusasteraanMelayuKlasik. Harus diingat
bahawa pembahagian ini tidak tepat jika diperhatikan proses beragama bagi bangsa
Melayu yang telah dibincangkan sebelum ini.
(c) Hikayat Transisi
Dalam perbincangan tentang sejarah beragama bangsaMelayu, telah pun ditegaskan
bahawa selepas animisme orang-orangMelayu terusmemeluk agama Islam. Konsep
persamaan dalam Islam telahmenyamatarafkanmanusia tidak kira golongan bawahan
mahupun golongan bangsawan. Yangmembezakan seseorang dengan seseorang yang
lain ialah amal ibadatnya (Q. S. 49: 13). Dengan demikian, setelah kemasukan Islam,
hubungan raja dengan rakyat semakin rapat. Istana sebagai pusat ilmumembuka pintu
kepada semua golongan rakyat. Khazanah kesusasteraan yang sekian lama tersimpan
di istana dibawakeluar ke tengahmasyarakat. Padamasa itulah rakyatbiasamengetahui
kewujudan karya-karyaberunsurHindu-Buddha yang ditulis atau disadur oleh pujangga
pujangga istana,
13
Pada hakikatnya, sebelum munculnya hikayat-hikayat berunsur Islam, terdapat
karya-karya Hindu yang sudah popular di istana seperti Hikayat SyahiMardan dan
HikayatBerrna Syahdan. Hikayat-hikayat ini diubah suai agar sejajar dengan Islam.
Nama-namaDewaHindu sepertiVisynu diganti dengan nama-namaNabi danMalaikat.
Kemudian watak-watak Hindu pula disesuaikan denganwatak bemama Islam hingga
hasilnya ialah campur aduk namaHindu dan Islam, campur aduk ajaranHindu dan Islam,
dan sebagainya. Nama-nama hikayat seumpama itu turut ditukar atau ditambah dengan
nama Islam. Hikayat SiMiskin asalnya HikayatMarakarma; Hikayat SyahiMardan
asalnya Hikayat Indera Jaya; dan Hikayat Ahmad Muhammad asalnya Hikayat
Serangga Bayu (A. BakarHamid 1976: 79-80). Hikayat-hikayat yang termasuk dalam
kumpulan yang dibincangkan itu dinamakan KesusasteraanHikayat Berunsur Hindu
Islam atauHikayat Zaman Peralihan atau Hikayat Transisi. Hikayat-hikayat lain yang
termasuk dalam kategori itu ialah Hikayat Inderaputera, Hikayat Parang Puting,
Hikayat Isma Yatim, Hikayat Indera Bangsawan, dan Hikayat Indera Quraisyin
[sekadarmenyebut beberapa nama].
PENYATAANMASALAH
Kajian ini dilaksanakan untukmenyerlahkan hubungan antara aspek-aspek struktur
yang terkandung dalambahan kajian itu denganamanatyangdikeluarkanmelalui penelitian
makna tersurat dan makna tersirat.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mencuba seberapa yang terdaya untukmencungkil danmengangkat unsur
unsur penting di dalam teks supaya dimengerti dan dijadikan iktibar oleh masyarakat.
14
Pada rnasa yang sama, bertujuan untuk menunjukkan fungsi dan hubungan karya
kesusasteraan dengan khalayaknya.
KAJIAN LAMPAU
Kajian yangmengarah kepada penganalisisan teks telah banyak dilakukan oIeh para
sarjana dalam dan luar negara. Antaranya ialah L. F. Brakel yangmenghasilkan kaj ian
tentangHikayatMuhammadHanafiyyah; Achadiati Ikram yangmenghasilkan kajian
berjudul Hikayat Seri Rama: Suntingan Naskhah Disertai Telaah Amanat dan
Struktur; kajian Sulastin Sutrisno yang berjuduI HikayatHang Tuah:Analisis Struktur
dan Fungsi; serta kajian-kajian penulis sendiri yang berjudul HikayatGhulam: Analisis
Teks dan Telaah Amanat dan Hikayat Amir Arab [yang mengandungi tiga buah
hikayat, iaitu HikayatAmirArab, HikayatAli Bada Syah sertaHikayatSyah Firman
dan Saiful Qamar].
KERANGKA TEOR!
(a) Dari struktur ke Struktural
Teori Struktur terhasil daripada penelitian terhadap konsep-konsep dalam kehidupan
manusia. Salah satu daripada konsep-konsep yangwujud dalam kehidupanmanusia
ialah konsep teknikal. Konsep teknikal kesusasteraan mengatakan bahawa karya
sasteramerupakan satu bentuk kemahiran sarna seperti pertukangan kayu, hanya
sanya sasteramenggunakan bahasa dan bukannya bahan-bahan fizikal sebagai
mediumnya (Liu 1995:120). Oleh sebab itu, karyasasterajugamempunyai elemen
elemen dalaman yang tersendiri seperti plot, perwatakan, latar, sudut pandangan, gaya,
gaya bahasa, nilai, dan lain-lain. Teori tersebut telahmelahirkan pendekatan struktur
15
atau formalistik yang digunakan untukmenilai sesebuah karya kesusasteraan. Bagi
penelaah-penelaahNew Critics yang berpegang kepada pendekatan itu, karya sastera
dianggap tidak ada kaitan dengan hal-hal lain dan keadaan itu menyebabkan aspek
aspek dalaman teks dikaji secara berasingan. Walau b agaimanapun, dalam
perkembangan seterusnya, pegangan kritikawanmemasuki era struktural.
Pendekatan ini berprinsip bahawa karya sastera dibina daripada unsur-unsur
yang tidak boleh berdiri sendiri tetapi saling berkaitan antara satu sama lain dalam satu
kesatuan yang kukuh. Teeuw (1983: 3 dan 104) berpendapat teksmerupakan kesatuan
yang bulat yangmempunyai koherensi batiniah. Dalam keseluruhannya itu, tiap-tiap
bahagianmemberi sumbanganyangbererti untukpokok danmaksud utamapengarangnya.
Stanton (1965: 11-36) berpendapat bahawa unsur-unsur yangmembentuk cerita ialah
tema dan fakta cerita. Faktameliputi plot, setting, watak, serta alat-alat penceritaan
[antaranya ialah sudut pandangan, konflik, simbol, ironi, gaya, dan nada]. Oleh hal
demikian, kaedah inimelihat hubungan antara unsur-unsur yang terdapatdalam sesebuah
cereka.
Unsur terpenting dalam karya ialah tema cerita. Unsur itumerupakan dasarbagi
sesebuah cerita. Dengan itu unsur-unsur lain harus mampu mendukungnya untuk
membentuk cerita. Dasar cerita yang merupakan idea pengarang itu kemudiannya
dikembangkan oleh tokoh/tokoh-tokoh dalam cerita tersebut. Penampilan tokoh-tokoh
cerita dalam perwatakan yang berbeza-beza akanmenimbulkan konflik yang mampu
menggerakkanperistiwa-peristiwayangmembentukcerita itu. Semuaperistiwa itu terjalin
dalam satu ruang dengan segal a peralatan dan situasi yang mewamainya. Ruang
merupakan wadah atau tempat kewujudan cerita. Di dalam plot cerita dimasukkan pula
motifataumotif-motifyangmerupakan bahagian daripada struktur. Motifadalah unsur
terkecil dalam plot yang sering diulang-ulang dan berfungsi sebagai penggerak cerita
16
(Wellek 1956: 182-183 dan Sulastin Sutrisno 1979: 109). Motifmendokong tokoh
dan tema sesebuah cereka. Hal ini akan dibicarakan kemudian.
Harus diingat bahawa teori strukturjugamengatakan bahawa aksi dan peristiwa
dalam cereka bergerakmenurut hukum sebab dan akibat. Hal ini ditentang oleh V.
Propp (1964). Menurut beliau, perubahan perilaku watak adalah disebabkan oleh
transformasi fungsi. Sehubungan itu, beliaumenyenaraikan 31 fungsi [lihat LampiranA]
dalam kajiannya terhadap cerita-cerita rakyat Rusia. Kajian ini akanmengaplikasikan
kaedah tersebut secara paling dasar.
(b) Semiotik
Adadua istilahyangdigunakandalam sistemsemiotik untukmernahami danmengungkap
'sesuatu' yang terdapat di dalam karya kesusasteraan. Istilah-istilah itu ialah heuristik
dan hermeneutik. Kedua-dua istilah itu secara lengkapnya disebut pembacaan heuristik
dan pembacaan hermeneutik. Ketikamembicarakan tentang premis tersebut, Burhan
(1998) merujuk pandangan tiga orang sarjana/kritikawan iaituRiffaterre, Culler, dan
Teeuw. Pertama, "hubunganantaraheuristik denganhermeneutikdapatdipandang sebagai
hubungan yang bersifat gradasi". Hal tersebut demikian kerana pembacaan danlatau
kerja hermeneutik haruslah didahului olehpembacaanheuristik. Kerjahermeneutik atau
pembacaan retroaktifmemerlukan pembacaan berkali-kali dan kritis. Kerja heuristik
merupakan pembacaan karya kesusasteraan peringkat pertama dalam sistem semiotik.
Tujuannya adalah untukmemahamimakna tersurat atau actualmeaning. Peralatan
yang diperlukan untukmenanganinya ialah kompetensi terhadap kod bahasa. Namun
demikian, makna sebenar yang ingin disampaikan oleh pengarangmelalui karyanya
hanya dapat diserlahkan setelahmenyelami makna tersirat atau intentionalmeaning.
Sistemsemiotik tingkat kedua ini dinamakankeijahermeneutik. Peralatanyangdiperlukan
17
untukmenanganinya ialah kod kesusasteraan dan kod budaya. Kedua, kerja hermeneutik
merupakan analisis kesasteraan untukmemahami secara lebih baik sesebuah karya,
merebutmakna ataupursuit ofsigns, dan menafsirkan makna berdasarkan pelbagai
kemungkinan. Ketiga, hermeneutik ialah ilmu atau teknikmemahami karya kesusasteraan
dan ungkapan bahasa dalam erti yang lebih luas menurutmaksudnya. Oleh sebab itu,
harus dimulakan dengan pemahamanW1Sur-W1Sur secaramenyeluruh; analisis bahagian
per bahagaian; dan akhimyamenafsirkan pertautan makna keseluruhan, bahagian
bahagian, danmakna tersiratnya secaraoptimal. Hams diingatbahawa teknikherrneneutik
dapat diterapkan dalam karya-karya yang lain selain karya kesusasteraan, misalnya
dalamhalpenafsiran kitab suci [justeru dari sinilah awalmulanyapendekatanherrneneutik
berkembang]. Di samping itu, Umar Junus (1986) berpendapat bahawa prinsip
hermeneutik ialah memahami keseluruhan sesuatu karya berdasarkan unsur-unsurnya
[yang terperinci] danmemahami sesuatuW1SUf berdasarkan keseluruhan karya sehingga
satu unsur tidak pemah terlepas daripada ikatannya.
Bertitik tolak daripada huraian-huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa
pembacaan heuristik dan pembacaan hermeneutik berakarkan pendekatan semiotik,
tunjangnya ialah teori kebahasaan. Kedua-duanya salingmelengkapi. Pemulanya ialah
bacaan heuristik. Gunanya untuk memahami dan mengungkap makna tersurat.
Pelengkapnya ialah bacaan hermeneutik. Gunanya untukmemahami danmengungkap
makna tersirat. Gaulan kedua-duanya akanmenyerlahkan hasrat dan hajat pengarang
mengemukakan karyanya kepada khalayak. Peralatan-peralatan yang perlu dimiliki
pengkaji untuk melaksanakan pembacaan-pembacaan itu ialah kod-kod bahasa,
kesusasteraan, dan kebudayaan. Heuristik dan hermeneutikjuga amat sesuai digunakan
untuk karya yang bemada keagamaan.
18
PERSOALAN KAJIAN
Perkara-perkara yang hendak diselesaikan dalam kajian ini termasuklah
mentransliterasikan teks dari Tulisan Jawi keTulisanRumi untuk kemudiannyamengupas
aspek-aspek struktur yang salingberkaitan dan memberi penilaian kepada segala yang
tersurat dan tersirat di dalam teks. Hal ini dilakukan atas kesedaran bahawa unsur
unsur yang membentuk sesebuah karya itu diolah sedemikian rupa untukmelahirkan
unsur-unsur lain seperti nilai, pemikiran, amanat, dan sebagainya. Namun demikian,
fokus kajian ini hanya kepada aspek amanat atau disebut juga pengajaran.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini terbatas kepada satu teks sahaja. Oleh sebab itu, hal yang berhubung dengan
perbandingan teks diketepikan. Hal termaklum dilakukan kerana tidakmempunyai
hubungan langsung dan tidak langsung denganpermasalahan danobjektifkajian ini.
REKABENTUKKAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian perpustakaan. Oleh itu, selain bersandarkepada teks, bahan
bahan lain yang digunakan sebagai sumberrujukan ialahbuku-buku danhasil-hasil kajian
yang telah lalu.
POPULASI KAJIAN
Kajian ini tidakmemerlukanpengujian dan persampelan.
19
INSTRUMEN KAJIAN
Teks yang dikaji diberi judul Hikayat Indera Quraisyin. Pada masa ini, salinan
manuskripnya tersimpan di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, Selangor. Salinanmanuskrip itu memakai nombor rujukan 18. Tidak
ada sebarang keterangan tentang pengarang, penyalin, dan tarikh pada manuskrip
berkenaan, kecuali namapemiliknya, iaitu P. Cuncheer.
Hikayat ini terdiri daripada 133 halaman. Hampir setiap halamanmengandungi
tigabelas baris. Setiap barismengandungi lebih kurang sepuluhpatahperkataan. Tulisan
Jawinya terang. Sistem ejaannya tidak konsisten hingga ada kalanyamenyulitkan
pembacaan. Namun demikian, permasalahan itu tidakmenjadi halangan semasa proses
pentransliterasian dijalankan.
PENGUMPULANDATA
Bahan-bahan yang termaktub dalam rekabentuk dan instrumen kajian akan digunakan
semaksirnummungkin untukmengumpul pelbagaimaklumat yang diperlukan bagi
menyempumakan penyelidikanini.
ANALISIS DATA
Jalan ceritahikayat ini berbentuk kronologi. Transformasi fungsi yangmerubahperilaku
watak digambarkan dalam Lampiran B.
Cerita dimulakan dengan kelahiran InderaQuraisyin dan dilanjutkan dengan
peristiwa memburu di hutan. Manjanganbetina yang berjaya diburu meminta Indera
20
Quraisyin mendapatkan Tuan Puteri Zamzam RatnaAngkasa yang sakti jika benar
benar seorang bangsawan terbilang. Permintaan itumerupakan satu kekurangan pada
diri Indera Quraisyin. Dia ingin 'rnerniliki' Tuan Puteri ZarnzamRatnaAngkasa. Dia
meminta pertolongan tenggiling emas dan burung. Ayah dan bondanyamembenarkan.
InderaQuraisyin belayarmeninggalkan negerinya, SemanderaDewa. Indera Quraisyin
menghadapi ujianTuhan Kapalnyaditenggelamkan ributbesar. Setelahmemohonbantuan
Tuhan dia diselamatkan oleh seekor ikan. Kemudian diadiuji pula oleh ikanyangmerupa
menjadi burung yang terperangkap di atas pohon yang amat tinggi dan berduri. Tugas
berat itu dapat diselesaikannya. Indera Quraisyin terperangkap di istana naga.
Kehadirannya akan diberitahu kepada RajaNaga jika dia tidak mahu bersanggama
dengan Puteri Naga. InderaQuraisyin bertaubat selepasmelakukan perbuatan terkutuk
itu. Selepas itu, InderaQuraisyinmencuri pedang kuasa dan baju terbangPuteriNaga
untukmenyelamatkandiri. InderaQuraisyinmenghapuskanancamanjanggi di Sennadam
Dia terus berguru dengan Tuan Syeikh Sadaru '1-'Alam di Bukit Keramat seperti yang
dinyatakan oleh tenggiling emas dahulu. Selepas tamat belajar, Indera Quraisyin
mengislamkan pendudukDusunBunian semasa dalampeijalanan ke tempat tinggal Tuan
Puteri ZarnzamRatnaAngkasa. InderaQuraisyinmencuri cepu yangmengandungimerak
kepunyaan seorang satria sebelum sampai ke tempat tinggal TuanPuteri Zarnzarn Ratna
Angkasa. Merak itu dihantar untuk membuat intipan di istana Tuan Puteri Zarnzam
RatnaAngkasa. Peperangan tercetus setelahTuanPuteri ZarnzamRatnaAngkasa enggan
menerima pelawaan Indera Quraisyin. Dengan izin Allah InderaQuraisyin menang.
Kedua-duanya pun bernikah, Sultan Sermadammengetahui pernikahan InderaQuraisyin
denganTuan Puteri Zarnzam RatnaAngkasa. Diamenikahkan InderaQuraisyin dengan
TuanPuteri Siti Cemerlang keranamenunaikanjanjinyakepadaorang yangmenghapuskan
ancarnan janggi. Tugas InderaQuraisyin yang seterusnya ialahmenghapuskan ancaman
raksasa bota di negeri Jabanan sertamengislamkan raja dan rakyat negeri itu. Raja
Janggi, RajaNaga, dan RajaRaksasa Botamengisytiharkan perang kerana terlalumarah
2J
kepada Indera Quraisyin. Mereka berpadu tenaga menyerang Medaim. Indera
Quraisyin memohon pertolongan rakyat Semandera Dewa, Serrnadarn, Jabanan,
Medaim, dan rakyatjin. Dengan izinAllah, InderaQuraisyinmenang dalampertarungan
di medan perang itu. Dia kembali ke Semandera Dewa. Takhta kerajaan diserahkan
oleh Sultan SemanderaDewa [ayah InderaQuraisyin] kepada Indera Quraisyin.
Ada tiga unsur yang diulang-ulang sebanyak tiga kali dalam hikayat ini. Unsur
unsuritu ialahmeminta to long, izinAllah, dan melakukanperbuatanrnumi, Unsur-unsur
lain yang turut diulang, tetapi hanya dua kali, ialahmerampas alatmagis danpeperangan.
Kesemuanya dilaksanakan oleh wira hikayat ini untukmenyahut cabaranmanjangan
betina. Temyatabahawa apabila semuamisi berakhir dengan kejayaan baharulahwira
muncul sebagai seorang bangsawan terbilang. Hal-hal tersebut membuktikan bahawa
usaha dan pertolonganAllahmerupakan tangga kejayaan. Usaha-usaha yang dijalankan
termasuklahmendapatkanperto longanAllah serta pihak-pihak lain untukmenyelamatkan
diri, mengalahkan lawan,menimba ilmu, dan berdakwah.
Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa hikayat ini bertemakan usaha dan
pertolongan Allah merupakan tangga k ejayaan. P ersoalan-persoalan yang
memperkukuhkan tema itu ialah bantuanAllah, bantuan pihak-pihak lain, menguasai
ilmu pengetahuan [dunia dan akhirat] , peperangan, dan dakwah. Ini bermakna, tanpa
bantuanpihak lainwira sudahpasti gagal mencapai rnisinya. Begitu pulahalnya dengan
pemilikan ilmu pengetahuan dan kekuatan fizikal. Kejayaan dalam hidup di dunia bagi
seseorangMuslim dinilai menurut amarmakruf. Berdakwahmerupakan satu bentuk
amarmakruf. Amarmakruftidak bergunajika tidak disertai denganmeninggalkan
kernungkaran, Hikayat inimenggambarkan sifat-sifatmanusiabiasa yang dipunyai Indera