hikayat pak pandir sakti

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 hikayat pak pandir sakti

    1/7

    FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU

    JXEA 1104

    KEMALASAN DAN KEBODOHAN PAK PANDIR DALAM

    HIKAYAT PAK PANDIR SAKTI

    NAMA : NURULAINI MOHAMMAD HATAR

    NO MATRIK : JEA 080110

    NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

    SESI : SEMESTER 1, SESI 2008/2009

    NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BINTI ABD RAHMAN

    1

  • 8/14/2019 hikayat pak pandir sakti

    2/7

    Dalam hikayat klasik terdapat hasil sastera yang dikenali sebagai sastera rakyat. Sastera

    rakyat terdiri daripada cerita binatang, cerita lagenda, cerita jenaka dan banyak lagi.

    Cerita Pak Pandir termasuk dalam cerita jenaka. Cerita jenaka mempunyai ciri-ciri seperti

    mempunyai perwatakan yang terlalu bodoh atau terlalu pintar, mempunyai unsur

    kebetulan dalam sesebuah cerita, kelucuan yang ditimbulkan dari jalan cerita sendiri serta

    mempunyai kata-kata yang melucukan.

    Sinopsis cerita Pak Pandir Sakti ini adalah mengisahkan kehidupan sepasang

    suami isteri. Si suami bernama Pak Pandir dan isterinya bernama Mak Andih. Pak Pandir

    seorang yang bodoh dan malas bekerja. Maka Mak Andih terpaksa menyuruh Pak Pandir

    membuat kerja seperti menebas dan melukah. Akan tetapi Pak Pandir yang malas dan

    bodoh itu tidak tahu membuat kerja. Sampai sahaja di kebun Pak Pandir terus tidur dan

    apabila perutnya lapar Pak Pandir pun makan bekalan yang Andih bekalkan. Apabila hari

    sudah petang Pak Pandir pun pulang ke rumah. Setelah lama, Mak Andih pun

    mengetahui yang Pak Pandir tidak menebas maka Mak Andih pun menyuruh Pak Pandir

    pergi menukah. Pak Pandir pergi menukah itulah dia mendapat kesaktiannya hasil

    daripada tangkapannya. Hal ini disebabkan Pak Pandir bukan mendapat ikan daripada

    hasil tangkapannya tetapi dia mendapat landak, ular dan sebagainya. Binatang-binatang

    inilah yang memberi kesaktian kepada Pak Pandir.

    2

  • 8/14/2019 hikayat pak pandir sakti

    3/7

    Falsafah yang dapat di kupas dalam cerita Pak Pandir Sakti ini ialah falsafah

    malas bekerja dalam petikan cerita Pak Pandir Sakti ini.

    Pak Pandir ini adalah seorang yang sangat malas bekerja.

    (M/S 1 p2)

    Sepatutnya sebagai seorang ketua keluarga Pak Pandir wajib bekerja. Pak Pandir

    tidak boleh mengharapkan isterinya untuk memberi makan dan minum. Hal ini

    disebabkan memang lumrah dunia bahawa tanggungjawab seorang suami adalah mencari

    rezeki. Suami tidak boleh malas bekerja. Sifat malas bekerja akan mengeruhkan

    sesebuah hubungan. Sama ada dalam hubungan suami isteri atau pun dalam kalangan

    adik-beradik.

    Jika seseorang itu malas bekerja maka otaknya tidak boleh berkembang. Maka

    seseorang yang malas bekerja itu akan sentiasa berfikiran yang tidak terbuka. Mereka

    tidak dapat memikirkan sesuatu perkara dengan fikiran yang kreatif serta inovatif.

    Mereka akan terus berfikiran yang sama. Oleh itu, sesuatu perkara yang boleh difikirkan

    secara lebih mendalam tetapi orang yang malas bekerja akan mendapat sesuatu keputusan

    yang ringkas sahaja.

    Selain itu, mereka yang digolongkan dalam golongan yang malas bekerja ini

    dikatakan golongan yang hanya pandai mengharap simpati orang lain. Hal ini

    disebabkan, apabila sesorang itu malas bekerja mereka hanya akan meraih simpati orang

    lain. Sebagai contoh dalam cerita Pak Pandir Sakti ini, Pak Pandir meraih simpati Mak

    Andih untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan. Sedangkan Pak Pandih kuat untuk

    mengerjakan pekerjaan yang Mak Andih suruh lakukan.

    3

  • 8/14/2019 hikayat pak pandir sakti

    4/7

    Jika seseorang itu malas bekerja maka kehidupannya juga akan susah seperti Pak

    Pandir ini. Pak Pandir yang malas bekerja terpaksa juga bekerja agak Mak Andih tidak

    risau akan kesusahan hidup mereka. Tetapi Pak Pandir hanya pergi bekerja tetapi tidak

    berusaha untuk bekerja. Pak Pandir hanya tahu tidur dan makan sahaja. Maka kehidupan

    mereka tidak berubah. Mak Andih yang pintar ini cuba mengajak Pak Pandir melakukan

    kerja yang lebih senang agar Pak Pandir rajin berusaha untuk bekerja tetapi usahanya sia-

    sia. Pak Pandir tidak mahu mengubah sikapnya yang malas bekerja ini.

    Mereka yang malas bekerja juga akan dipandang rendah oleh orang lain. Hal ini

    disebabkan orang lain yang memandang mereka yang malas bekerja sebagai orang yang

    berat tulang. Masyarakat sekeliling akan berfikir bahawa mereka yang gagah dan kuat

    bekerja tidak harus malas bekerja. Semasa tenaga masih ada eloklah berusaha mencari

    rezeki sebelum datangnya pelbagai jenis penyakit yang boleh membataskan seseorang

    untuk berusaha mencari pekerjaan dan mengumpul harta.

    Selain daripada falsafah malas bekerja yang terdapat dalam cerita Pak Pandir

    Sakti terdapat juga falsafah mengenai kebodohon Pak Pandir.

    Dengan tidak berlengah lagi Pak Pandir pun berjalanlah sambil memikul lukah itu dan

    pergi ke Bukit Raya. Apabila dijumpai denai binatang lalu-lalang maka Pak Pandir punberhenti. Tidak lama berhenti dilihatnya seekor ular berbelang-belang menempuh denai

    itu. Ia fikir bahawa yang lalu itu ikan tilan lalu ia pun menahan lukahnya di situ. Setelah

    selesai maka ia pun pulang.

    (M/S:2-4)

    4

  • 8/14/2019 hikayat pak pandir sakti

    5/7

    Berdasarkan petikan di atas, dapat dilihat bahawa betapa bodohnya Pak Pandir.

    Selalunya orang yang bodoh ini mudah ditipu oleh orang lain. Orang yang digolongkan

    dalam golongan kebodohan ini tidak tahu bahawa jika mereka ditipu. Hal ini disebabkan

    mereka berpendapat bahawa mereka telah membuat sesuatu perkara dengan betul dan

    bijak. Sedangkan ia sebaliknya.

    Mereka dalam golongan orang yang bodoh ini juga sering mengalami kerugian.

    Hal ini disebabkan, orang yang bijak sering menipu golongan ini. Orang yang bijak akan

    mengambil kesempatan ke atas mereka yang lemah ini. Mereka yang bijak akan terus

    berjaya tetapi orang yang bodoh akan terus mundur. Ini amat merugikan diri sendiri.

    Orang yang bodoh ini sering berasa pintar seperti Pak Pandir. Pak Pandir berasa

    dia pintar sedangkan hakikatnya dia bodoh. Pak Pandir tidak mengenal emas yang

    diberakkan oleh kijang. Pak Pandir berpendapat bahawa itu hanyalah najis kijang.

    Maka sebenarnya Pak Pandir boleh menjadi kaya-raya dengan hasil emas yang

    diberakkan oleh kijangnya. Kebodohonan Pak Pandir menyebabkan kehidupannya terus

    mundur.

    Mereka yang dalam golongan yang bodoh ini juga tidak suka bertanya kepada

    orang lain. Mereka sentiasa berasa mereka di pihak yang benar. Mereka yang dalam

    golongan bodoh ini akan bertindak mengikut perasaan mereka sahaja. Mereka tidak

    mahu mengikut pandangan orang lain. Mereka tidak memikir risiko apabila sesuatu

    tindakan yang mereka telah lakukan. Seperti kata pepatah melayu, untung sabut timbul,

    untung batu tenggelam.

    5

  • 8/14/2019 hikayat pak pandir sakti

    6/7

    Kesimpulannya, kemalasan Pak Pandir untuk bekerja dan kebodohannya

    janganlah dijadikan pegangan hidup. Sebaliknya, jadikan kemalasan dan kebodohan Pak

    Pandir sebagai cermin untuk kita sebagai manusia yang bertamadun mengambil

    pengajaran daripada cerita Pak Pandir ini. Masyarakat sekarang semakin moden maka

    harus lebih berusaha keras agar dapat seiringan dengan arus kemodenan ini. Janganlah

    kita terus menjadi katak di bawah tempurung. Sesungguhnya sifat malas dan bodoh ini

    datang dalam diri setiap manusia oleh itu hanya diri sendiri yang boleh mengubatinya.

    Yakinlah pada diri sendiri bahawa semua manusia yang tercipta mempunyai kelebihan

    dan kekurangan diri sendiri.

    6

  • 8/14/2019 hikayat pak pandir sakti

    7/7

    Bibliografi

    Al-Attas, S.M.N 1972.Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur :

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Awang Sariyan. 2007.Falsafah dan Logika Melayu . Kuala Lumpur : Akademi Pengajian

    Melayu

    Hashim Musa. 2001.Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu . Kuala Lumpur :

    Akademi Pengajian Melayu

    Nash, S.H 1989.Falsafah kesusasteraan dan Seni Halus. Kuala Lumpur : Dewan Bahasadan Pustaka

    Zakaria Hitam. 1972.Pak Pandir Sakti : Dewan Bahasa dan Pustaka

    7