Hikayat Panji Semirang

  • View
    259

  • Download
    5

Embed Size (px)

Transcript

PL 4204 KP: Kesusasteraan Melayu IITajuk:

Hikayat Panji Semirang

Hikayat Panji Semiran

Sinopsis

Aktiviti Belajar Sambil Bermain

Buat 2 kumpulan Satu kumpulan X Sebahagian lagi kumpulan O Jawap soalan mengikut nombor yang dipilih. kumpulan yang banyak menjawab soalan yang tepat dikira pemenang

Arahan:

Watak&

Perwatakan ???

Watak dan Perwatakan selalunya terbahagi kepada 2:

Protagonis

Antagonis

Watak-watak Watak-watak yang baik yang jahatJadinya.. Siapakah watak Protagonis dan Antagonis dalam Hikayat Panji Semirang????

Menganalisis Watak dan PerwatakanPelukisan LangsungPelajar tidak perlu berfikir.

Pelukisan Tidak LangsungPelajar kena berfikir dan mengkaji sendiri tentang perwatakan siwatak

pencerita menyebutkan dengan Pencerita hanya menceritakan hal luaran, apa jelas watak yang baik atau yang dikatakan dan dilakukan oleh siwatak. jahat, watak lelaki atau perempuan, watak yang sihat atau sakit dan sbg. Pencerita juga akan memberikan pendapatnya sendiri tentang perasaam watak, apa-apa yang difikirkan watak dan sbg. Pelajar boleh menilai perwatakan watak berdasarkan hal-hal berikut: apa yang watak lakukan? Bagaimana dia bertindak dalam satu-satu keadaan atau terhadap orang lain? Apa yang watak kata atau fikir? Apa yang watak lain katakan tentangnya? Bagaimana watak lain bertidak balas terhadapnya?

Aktiviti Berkumpulan: Perbincangan

Arahan:Setiap kumpulan dikehendaki menganalisis Perwatakan-Perwatakan Berikut:Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Galuh Cendera Kirana Raden Inu Kertapati Galuh Ajeng Paduka Liku

Tips Teknik Membentang:1. Setiap wakil yang dipilih untuk membentang hendaklah berdiri menghadap pelajar-pelajar yang lain. 2. Suara hendaklah lantang dan pernyataan hendaklah jelas. 3. Gunakan bahasa Baku (Standard). 4. Berkeyakinan dihadapan pelajar untuk mengemukakan isi perbincangan 5. Berikan penerangan Lanjutan jika perlu

Jawapan

Galuh Cendera Kirana Anak kepada Raja Daha dengan Permaisuri. Menjadi kesayangan seisi istana Bertunang dengan Raden Inu Kertapati (sepupunya sendiri) Galuh Ajeng dan Paduka Liku sangat dengki terhadapnya dan bondanya, Permaisuri. Melarikan diri dari istana dan pergi mengembara setelah ayahandanya, memberi layanan buruk terhadap dirinya Menyamar menjadi lelaki Menjadi Panji Semirang Asmarantaka. Hidup sebagai penyamun di dalam hutan rimba di antara sempadan Daha dan Kuripan. Memaksa Raden Inu berangkat pergi ke Daha dan di situ dia dikahwinkan dengan Galuh Ajeng untuk menggantikan Galuh Cendera Kirana. Namun, Raden Inu melarikan diri dan pergi ke kota Panji Semirang. Akhirnya Raden Inu mengetahui bahawa Panji Semirang itu adalah tunangannya kemudian mereka pun berkahwin.

Raden Inu Kertapati (Raden Inu Panji Daeng Kesuma) Anak kepada Raja Kuripan. Sudah bertunang dengan sepupunya sendiri iaitu Galuh Cendera Kirana. Merupakan seorang yang kacak, budiman dan perkasa. Berangkat untuk memerangi penyamun yang merampas utusan dari Kuripan ke Daha. Raden inu tidak jadi memerangi penyamun malahan mereka berdamai dan telah menjadi sahabat. Tidak menyedari bahawa ketua penyamun iaitu Panji Semirang itu adalah tunangnya sendiri. Semasa hari perkahwinannya dengan Galuh Ajeng, Raden Inu telah melarikan diri dan pergi ke kota tempat Panji Semirang. Tetapi Panji Semirang telah meninggalkan kotanya. Setelah mengetahui Panji Semirang itu adalah tunangannya maka mereka pun berkahwin.

Galuh Ajeng Anak perempuan kepada Sang Nata dengan Paduka Liku Adik tiri kepada Galuh Cendera Kirana. Galuh Ajeng sangat cemburu terhadap kakaknya. Apabila dia mendapati khabar kakanya telah bertunang, maka rasa sakit hatinya terhadap kakaknya semakin menjadi-jadi tambahan pula ayahandanya sangat kasih kepada kakaknya itu. Hajatnya untuk berkahwin dengan Raden Inu akhirnya tercapai juga tetapi Raden Inu tidak mengendahkannya dan meninggalkan dirinya. Akhirnya, dia telah dikahwinkan lagi dengan sepupunya iaitu anak Raja Gegelang yang dungu.

Paduka Liku Isteri ketiga Raja Daha, Sang Nata. Mempunyai seorang anak perempuan bernama Galuh Ajeng. Seorang perempuan yang berkelakuan jahat dan pendengki tetapi mempunyai rupa paras yang cantik. Sangat dengki kepada Permaisuri Membunuh Permaisuri dengan cara membubuh racun pada tapai yang diberikannya kepada Permaisuri. Sangat disayangi oleh Raja Daha setelah kemangkatan Permaisuri Raja Daha asyik bersuka-sukaan dengan Paduka Liku sehingga tidak lagi ingat akan kemangkatan Permaisuri. Paduka Liku akhirnya meninggal kerana berdukacita akibat tidak diendahkan oleh suaminya, Sang Nata.

a) b)

Jadi, Apakah yang kita pelajari pada hari ini? Nyatakan watak-watak penting dalam Hikayat Panji Semirang?

Penilaian

Rumusan isi pelajaran Surah Al-Asr Sekian Terima Kasih