43
BAB 4 KONSEP DAN FALSAFAH PERKAHWINAN

HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

BAB 4 KONSEP DAN FALSAFAH PERKAHWINAN

Page 2: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

KELUARGA ASAS PENYUMBANG TAMADUN

• Keluarga dan masyarakat menjadi asas dan sumber pembinaan Tamadun. Segala pencapaian dan kekuatan Tamadun (termasuk Tamadun Islam) bermula dari keluarga dan masyarakat.

• Keluarga dan masyarakat merupakan institusi asas yang menjana perkembangan ilmu, budaya, undang-undang, adat resam, kepercayaan dan lain-lain, yang membentuk sistem hidup individu, keluarga, negara dan bangsa yang dikenali sebagai Tamadun Kemanusiaan.

Page 3: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

• Sesebuah Tamadun merupakan gambaran dan rakaman berbagai kriteria kejayaan dan pencapaian sesuatu bangsa yang berasal dari kejayaan dan pencapaian institusi keluarga dan masyarakat dalam berbagai aspek kehidupan.

Page 4: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

PEMBINAAN INSTITUSI KELUARGA

Konsep Kekeluargaan Islam• Menurut Islam, keluarga

merupakan institusi yang amat penting dalam Islam kerana keluarga adalah kesatuan masyarakat kecil yang menjadi asas di dalam pembentukan masyarakat.

Page 5: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

KELUARGA

• Keluarga merupakan unit organisasi manusia paling asas untuk pembentukan masyarakat dan pembinaan Tamadun Manusia.

• Keluarga bermula dengan perkahwinan dan berkembang dalam suatu organisasi manusia dan menerima berbagai unsur pembinaan Tamadun Manusia.

Page 6: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

KEPENTINGAN PEMBENTUKAN KELUARGA

• Mengekalkan kesinambungan generasi manusia kerana pengabaiannya akan menyebabkan kehancuran masyarakat.

• Memelihara akhlak, tata susila dan kemuliaan manusia melalui ikatan perkahwinan.

• Mencapai kebaikan, kebahagiaan, kasih sayang dan keharmonian sesama manusia.

• Membentuk umat yang kuat dan mantap kerana ia dibentuk oleh ibu bapa.

• Memupuk dan mencetuskan semangat pengorbanan, tolong menolong, kerjasama dan perpaduan dalam jiwa setiap anggota keluarga.

Page 7: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

PERKAHWINANPengertian Perkahwinan

• Perkahwinan dalam Islam ditandai dengan akad, iaitu ijab dan kabul. Ijab ialah

• kata-kata yang disebut oleh wali atau wakil pihak perempuan. Manakala kabul pula ialah jawapan yang diberikan oleh pihak lelaki.

• Kebiasaannya lafaz Ijab ialah “Saya nikahkan kamu si anu bin si anu dengan si anu binti si anu dengan mas kahwin sekian tunai.”Manakala lafaz Kabul pula ialah “Saya terima nikahnya dengan si anu binti si anu dengan mas kahwin sekian tunai.”

• Selesainya ijab kabul ini menandakan pasangan tersebut sah sebagai suami dan isteri.

Page 8: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

HUKUM PERKAHWINAN Harus• Hukum asal perkahwinan.

Wajib• Bagi yang berkemampuan dan luapan nafsu

syahwatnya begitu tinggi hingga boleh membawa ke lembah zina. Bagi yang tidak berkemampuan wajib ia berpuasa untuk menahan nafsunya.

Sunat• Bagi mereka yang berhajat, cukup syarat dan

berkemampuan.

Page 9: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

Haram• Bagi yang tidak cukup syarat, tidak

berkemampuan dan tidak bertanggungjawab kerana dikhuatiri akan merosakkan rumah tangga dan masa depan isteri serta anak-anaknya.

Makruh• Bagi yang berkemampuan memberi

nafkah, tetapi bakal isteri dengan rela hati sanggup menyara keluarga.

Page 10: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

Rukun Nikah

• Rukun nikah ada lima iaitu:• Suami: pengantin lelaki.• Isteri: pengantin perempuan.• Wali yang adil.• Dua orang saksi yang adil.• Ijab dan Kabul. (Tawaran dan

Penerimaan)

Page 11: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

DEFINISI PERKAHWINAN DAN KESAN POSITIF KELUARGA

• Definisi Perkahwinan boleh dilihat dari berbagai sudut:

a. Dari Sudut Keperluan Jantina (seksual).

b. Dari Sudut Kemuliaan dan Kehormatan Wanita

c. Dari Sudut Kemanusiaan Umum

Page 12: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

DARI SUDUT KEPERLUAN JANTINA (SEKSUAL)

• Perkahwinan ialah akad (perjanjian) di antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim, berdasarkan syariat Islam untuk menghalalkan pergaulan dan hubungan seksual di antara keduanya.

• Wanita dan lelaki secara semula cipta mempunyai keinginan untuk merasai pergaulan dan hubungan seksual, apabila mencapai kematangan usia dan kesediaan fizikal dan spritual.

Page 13: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

DARI SUDUT KEMULIAAN DAN KEHORMATAN WANITA

• Perkahwinan ialah akad perjanjian penyerahan amanah penjagaan dan perlindungan seorang wanita di antara Wali (Bapa atau Penjaga Wanita yang sah) dengan seorang lelaki (suami).

• Dengan berlakunya akad perjanjian perkahwinan, maka segala tanggungjawab

Page 14: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

seorang wali akan berpindah kepada suami. Suami terikat dengan segala perjanjian untuk menunaikan segala hak wanita yang menjadi isterinya.

• Wanita adalah makhluk mulia yang sentiasa dijaga dan dilindungi oleh lelaki (wali atau suami).

• Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 34.

Page 15: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

DARI SUDUT KEMANUSIAAN UMUM

• Perkahwinan merupakan akad perjanjian yang disempurnakan oleh wali dan lelaki yang bermaksud membolehkan seseorang lelaki dan wanita menerima segala hak dan tanggungjawab perkahwinan sebagai suami isteri secara rela dan bersama.

Page 16: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

• Di samping menghalalkan pergaulan dan perkelaminan dan menjadi kaedah yang sah dan mulia untuk menerima zuriat dan kesan-kesan perkahwinan (keluarga) dan proses sosialisasi sepanjang perkahwinan mereka.

Page 17: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

KESAN-KESAN POSITIF PERKAHWINAN

a. Perkahwinan dan Pengukuhan Keimanan

b. Perkahwinan: Penyempurnaan (Sunnat Allah) (Undang-undang Semulacipta)

c. Perkahwinan: Saluran Sek yang Muliad. Pernikahan: Jalinan Psikologi yang

Indah, Harmoni dan Suci

Page 18: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

e. Perkahwinan: Proses Kelahiran Zuriat (Insan Baru) Mulia.

f. Perkahwinan: Pembinaan Institusi Kehidupan.

g. Perkahwinan: Ketahanan Maruah dan Kehormatan Manusia.

Page 19: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

PERKAHWINAN DAN PENGUKUHAN KEIMANAN

• Penciptaan lelaki-wanita mempunyai ‘rahsia’ kewanitaan dan kelakian sama ada fizikal, spritual, watak, kebolehan dan lain-lain yang menjadi bukti kebesaran Tuhan.

• Melalui perkahwinan, lelaki dan wanita akan menemui rahsia-rahsia ini dan mendorong manusia mengakui kebesaran Tuhan.

Page 20: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

• Penemuan-penemuan Baru dalam alam perkahwinan mengukuhkan lagi keimanan dan kasih sayang suami isteri keluarga.

• Ini jelas dalam firman Allah S.W.T dalam surah al-Rum ayat 21, surah al-Nahl ayat 72 dan surah al-A’raf ayat 189.

Page 21: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

PERKAHWINAN: PENYEMPURNAAN (SUNNAT ALLAH) (UNDANG-UNDANG

SEMULACIPTA)

• Tuhan mencipta Makhluk berpasangan manusia lelaki-wanita saling memerlukan dan saling lengkap melengkapi.

• Naluri ingin kepada lelaki/wanita adalah fitrah yang sentiasa berkembang mengikut usia, fizikal, psikologi sehingga matang.

• Perkahwinan, menjadi saluran yang sah untuk memenuhi keperluan fitrah secara mulia. Lihat surah an-Nisa ayat 1 dan surah al-Hujurat ayat 13

Page 22: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

PERKAHWINAN:SALURAN SEK YANG MULIA

• Sek luar nikah adalah hina, kotor disisi manusia dan Agama.

• Sek luar nikah bersifat nafsu semata-mata, bernilai hiburan dan perdagangan.

• Pernikahan menjadikan sek sabagai mulia, bernilai ibadat dan bebas dan tekanan kehinaan manusia dan tuhan.

• Kejadian anak melalui sek hina adalah hina, berbeza dengan anak melaui sek nikah adalah mulia(ibu bapa dan anak).

Page 23: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

PERNIKAHAN: JALINAN PSIKOLOGI YANG INDAH,

HARMONI DAN SUCI

• Perkahwinan akan menjalin dan menyatuan realiti cinta yang suci di antara lelaki dan wanita

• Nilai-nilai mulia, mengukuhkan kerukunan hidup suami isteri dan ahli keluarga.

Page 24: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

PERKAHWINAN: PROSES KELAHIRAN ZURIAT (INSAN BARU) MULIA

• Hubungan kelamin suami isteri menjadi kaedah kejadian insan baru (zuriat) secara mulia.

• Hubungan sek suami isteri, menjadi hak anak yang paling awal yang mesti ditunaikan oleh suami isteri melalui perkawinan.

Page 25: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

PERKAHWINAN: PEMBINAAN INSTITUSI KEHIDUPAN

• Perkahwinan menjalinkan tanggungjawab bersama di antara suami isteri secara rela.

• Perkahwinan membina institusi keluarga yang melahir Institusi Pendidikan, kepimpinan, Institusi Ekonomi dan lain-lain.

• Kejayaan dan kegagalan diperingkat institusi-institusi dalam keluarga mempunyai pengaruh langsung terhadap individu, masyarakat Negara dan Ummah.

Page 26: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

PERKAHWINAN:KETAHANAN MARUAH DAN KEHORMATAN

MANUSIA

• Perkahwinan Syariat yang membezakan martabat manusia dan haiwan di antara kejahatan dan kemuliaan.

• Perkahwinan, kesinambungan manusia dalam berbagai bidang, sentiasa mulia, bermaruah dan istimewa.

Page 27: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

• Islam membangunkan Tamadun berasaskan kepada pembangunan keluarga berkualiti berdasarkan Syariat Islam. Dalam sistem perundangan Islam (syariat) terdapat suatu bidang “Syariat (Fiqh)Munakahat” (sistem Perundangan Perkahwinan dan Keluargaan). Bidang ini mengandungi semua peruntukan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan termasuk perkara prinsip peraturan, nilai, undang-undang yang menjadi panduan pembinaan perkahwinan dan keluarga bahagia.

Page 28: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

• Kewujudan disiplin Ilmu Fiqh al-Munakahat sebagai disiplin teras dalam ilmu-ilmu Islam, membuktikan bahawa Tamadun Islam terbina berasaskan pembangunan manusia secara sepadu dan seimbang di antara petunjuk tuhan (hidayah) dengan keupayaan manusia.

Page 29: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

KELUARGA BERKUALITI1. Pra-perkahwinan:

Persiapan/Persediaan Persiapan ILMU. Pencarian,

psikologi, teman hidup (Kesuamiisterian/keibubapaan)

2. Kuatkuasa Perkahwinan Rukun Nikah, Panduan Awal

Suami/isteri, pemantapan psikologi perkahwinan

Page 30: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

3. Kehamilan, kelahiran Insan Hak awal Bayi, Pendidikan Awal dan

Asas Kekeluargaan.4. Pemantapan Keluarga Pendidikan, latihan sosiolisasi,

pencapaian keluarga.5. Hasil Output Insan Mulia Berkualiti dan

Menyumbang

Page 31: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri

memberi kasih sayang dan layanan yang baik kepada isteri.

memberi nasihat, bimbingan dan didikan kepada isteri.

memberi perlindungan dan penjagaan yang baik.

Page 32: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

memberi nafkah batin. memberi nafkah zahir. memberi mahar.

Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami

mentaati suami. memberi layanan yang baik

kepada suami. menjaga maruah suami.

Page 33: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

menjaga kehormatan diri. meminta izin sebelum keluar

rumah. menjaga harta suami.

Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak.

memberi nafkah. menyusukan anak. memberi perlindungan dari

ancaman fizikal dan akhlak.

Page 34: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

memberikan pendidikan agama dan moral.

memberikan pelajaran sebagai persediaan ke arah kehidupan berdikari.

memberikan kasih serta layanan yang adil.

Page 35: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa

mentaati dan melayani kedua ibu bapa dengan baik.

menanggung nafkah ibu bapa yang telah tua dan tidak berdaya.

mendoakan kesejahteraan ibu bapa semasa hayat dan selepas meninggal dunia.

Page 36: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

melaksanakan wasiat ibu bapa. mengeratkan hubungan

silaturrahim dengan keluarga, kerabat serta sahabat handai ibu bapa.

Page 37: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

ADAB-ADAB DI DALAM PERGAULAN DAN PERHUBUNGAN• Amanah• Berbudi Mulia• Berbuat Baik• Memberi Nasihat• Pemaaf

Page 38: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

KELUARGA NUKLEAR DAN KELUARGA LUAS

• Keluarga Nuklear• Keluarga yang mempunyai ahli yang terdiri

daripada suami, isteri dan anak-anak.

• Keluarga Luas• Satu institusi yang meliputi keluarga nuklear,

malahan lebih besar daripada itu.• Ini bermakna ia merupakan keluarga yang

mempunyai ahli yang terdiri daripada ibu bapa, anak dan ahli keluarga lain seperti datuk, nenek, cucu, menantu, ibu saudara, sepupu dan saudara mara yang lain.

• Keluarga luas boleh terdiri daripada tiga generasi atau lebih.

Page 39: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

PEMBENTUKAN KEMASYARAKATAN

• Masyarakat ialah kelompok manusia yang terdapat di dalam sesebuah Negara.

• Masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang beragama Islam yang hidup bersama-sama golongan bukan Islam dalam satu kelompok masyarakat.

• Masyarakat ini terlaksana nilai-nilai keislaman dengan kewajipan ke atas bahu semua orang Islam.

• Masyarakat Islam yang pertama dibentuk ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat Baginda di Madinah pada tahun 622 Masihi.

• Di Malaysia, masyarakat yang wujud ialah masyarakat majmuk, yang terdiri daripada banyak rumpun bangsa. Namun, hanya tiga rumpun bangsa yang besar iaitu Melayu, Cina dan India.

Page 40: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

HAK DAN TANGGUNGJAWAB ANGGOTA MASYARAKAT

1. Hak Hidup Dengan Aman dan Tenteram.

2. Hak Kebebasan Berfikir, Beragama, dan Melahirkan Pendapat.

3. Tiada Konsep Pemisahan Kawasan. 4. Hak Menegakkan Kebaikan dan

Menentang Kemungkaran. 5. Hak Perlindungan. 6. Hak Bekerja dan Menuntut Ilmu.

Page 41: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

UMMAH PERTENGAHAN DAN UMMAH TERBAIK

Ummah Pertengahan• Iaitu umat yang adil dan umat

pilihan yang sentiasa memiliki aspek kesederhanaan.

• Mereka tidak melampaui dan tidak keterlaluan dalam segala hal.

• Umat Islam ialah umat yang hidup di dalam kesederhanaan.

Page 42: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

Ummah Terbaik• Umat yang terbaik kerana mereka

mempunyai keimanan kepada Allah dan • tidak menyekutukan Allah.• Golongan ini mempunyai kelebihan

berbanding umat-umat yang lain.• Golongan ini sentiasa berdakwah ke jalan

kebaikan dengan menyeru masyarakat supaya melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Page 43: HKR 111 : Bab 4 Konsep Dan Falsafah an

LATIHAN1.Senaraikan beberapa persiapan yang perlu

dilakukan sebelum berlangsungnya sesebuah perkahwinan.

2.Jelaskan tanggungjawab suami, isteri, ibu bapa dan anak.

3.Terangkan adab umat Islam dalam perhubungan dan pergaulan.

4.Huraikan perbezaan antara konsep keluarga nukleus dengan keluarga luas.

5.Ummah pertengahan dan ummah terbaik merupakan dua perkara berbeza. Jelaskan.