Upload
ayu-faizah
View
108
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
SIRAH NABAWI
EID 1193
Disediakan oleh,
Nor Faizah binti Abdul Aziz
3122008091
(Kohort14)
DPPI
Tajuk :
Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW
Bab 12 dan Bab 13 ( m/s 177 hingga 194)
Pensyarah:
Ustaz Saedal Atas bin Abd Ghani
HORIZON BARU Bai‟ah al-Aqabah menandakan satu
pembukaan agama baru yang dapat
berkembang di sebuah kota di mana orang
Islam boleh menyembah Allah dengan harapan
dan bebas tanpa merasa takut.
Beribadah secara terbuka di depan semua
orang,samada beriman atau tidak,tanpa
siksaan,gangguan dan diperlakukan dengan
kejam telah menjadi impian umat Islam Mekah.
Selepas tiga belas tahun bersabar
berjuang, Allah SWT telah menjadikan impian
mereka satu realiti yang nyata.
Termeterainya Baiat Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui Baiat ini, Nabi telah dpt menjangka sambutan penduduk Madinah adalah lebih baik.
Faktor asas yang memulakan hijrah kerana dalam Aqabah 2 terdapat jemputan dari pemimpin Madinah agar Nabi datang menjadi pemimpin mereka. Dalam ikrar itu mereka berjanji untuk berjuang bersama-sama Nabi dan mempertahankan Nabi.
Nabi merasakan masanya telah tiba bagi umat Islam untuk keluar dari Mekah.
Tekanan Yang Semakin Meningkat Di MekahKeadaan di Kota Mekah tidak lagi dianggap sebagai kawasan yang sesuai untuk perkembangan Islam kerana setelah 13 tahun baginda berdakwah pelbagai penentangan yang diterima. Suasana di Mekah itu menggambarkan bahawa lama kelamaan keadaan Islam semakin tertekan.
Tekanan Yang Semakin Meningkat Di
Mekah
Keadaan di Kota Mekah tidak lagi dianggap sebagai kawasan yang sesuai untuk perkembangan Islam kerana setelah 13 tahun baginda berdakwah pelbagai penentangan yang diterima.
Nabi dan org-org Islam tlh dihina, diseksa dan dipulau.
Nabi sendiri tlh diancam utk dibunuh.
Pada 617 hingga 620 M seluruh umat Islam dan Bani Hashim telah dipulaukan daripada segi sosial, ekonomi dan politik. Mereka dilarang berurusan dengan masyarakat Mekah kecuali musim haji. Umat Islam mengalami penderitaan dan ujian yang sangat getir.
Orang-orang musyirikin mula menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka kerana mereka bimbang kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas.
Tekanan / Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan org Islam berhijrah ke Madinah.
Para sahabat berpindah dahulu.
Tinggallah Nabi Muhammad SAW,Abu
Bakar,dan beberapa sahabat lain (termasuk
aisyah dan asma‟ Abu Bakar).
Abu Bakar bertanya bila hendak
berpindah, Nabi jawab,menunggu perintah.
Abu Bakar lantas menyediakan 2 ekor unta (
diberi makan selama 4 bulan).
Hijrah Rasulullah SAW
KOMPLOT QURAISY Antara faktor penghijrahan yang paling penting
ialah terdapat pakatan bunuh yang dirancang oleh kaum Quraisy ke atas Nabi bila mereka mendapati umat Islam semakin berkurangan di Mekah.
Pemimpin Quraisy telah mengadakan perbincangan di Darul Nadwah dan mengambil tindakan nekad agar Nabi tidak sempat berhijrah.
Ini menyebabkan kedudukan Nabi tidak lagi selamat sekiranya terus berada di Mekah.
Faktor segera yang mendorong Nabi berhijrah keluar dari Mekah ialah wahyu yang diturunkan Allah dan Surah al Anfal ayat 30 yang memberi peringatan kepada Nabi tentang pakatan Quraisy dan sebagai satu gesaan supaya Nabi berhijrah.
Rancangan Membunuh
PENDUDUK kafir Quraisy kini benar-benar serius untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. Keputusan di Darul Nadwah itu diteruskan sebagai penyelesaian terbaik menyekat kemaraan Islam daripada terus berkembang selepas tanpa disangka memasuki Yathrib.
Setiap detik penuh dikira begitu mencemaskan apabila para pembesar Quraisy melantik 11 pembunuh yang mewakili pelbagai kabilah dan kaum bagi menjalankan misi itu.
Mereka terdiri daripada kalangan pemuda-pemuda dan beberapa pemimpin Quraisy yang gagah perkasa, cekap bermain senjata dan terkenal dengan sifat jahat dan kejam.
Tujuannya supaya keturunan Abdul Manaf tidak dapat menuntut bela kerana yang membunuh berbilang kaum.
Kerja jahat ini sampai kepada Nabi melalui Jibril dandimnta berhijrah.
Malam sebelum berhijrah Jibril melarang Nabi tidur di
NABI MUHAMMAD SAW
MELEPASKAN DIRI Hijrah bermula apabila nabi melepasi kepungan
Quraisy di rumah baginda.
Ali telah tidur di tempat tidur nabi danmenggunakan selimut nabi.
Nabi Muhammad juga telah membaca Surah Yaasin sebelum meninggalkan rumah, dalam pada itu para pemuda dan pemuka Qurasy yang sedang mengawal rumah Nabi telah tertidur nyenyak beramai-ramai atas kuasa Allah.
Tujuan mereka semua mengawal di perkarangan rumah Nabi adalah untuk memastikan mereka dapat membunuh Nabi apabila Nabi keluar menunaikan Solat Subuh.
Kemudian nabi berjumpa Abu Bakar memberitahuperintah Allah agar berhijrah.
Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar As-Siddiqmenuju ke Gua Thur dan bersembunyi di sanaselama tiga malam.
Saidina Abu Bakar akan memasuki dahulu pintu gua, beliau akan memastikan tiada kelibat ular, kala jengking, dan lain-lain binatang atau duri bahaya didalam gua.
Sesudah dipastikan tiada binatang dan anasir bahaya, barulah Nabi memasuki gua.
Dalam perjalanan malam itu, mereka berdua juga ditemani oleh Abdullah bin Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). Pada waktu siang hari keesokannya, Abdullah telah meninggalkan mereka dan kembali ke Makkah untuk melihat keadaan di kota Makkah serta mengkhabarkan berita dari Makkah kepada Nabi.
Selain itu terdapat juga beberapa orang yang bertanggungjawab untuk membantu Nabi dan Saidina Abu Bakar sepanjang mereka berdua menyorok di dalam gua. Iaitu:
• Abdullah bin Abu Bakar (anak lelaki Saidina Abu Bakar) - bertanggungjawab memberi khabar dan berita terkini dari kota Makkah.
• Aisyah dan Asma (dua orang puteri Saidina Abu Bakar)-bertanggungjawab menyediakan makanan untuk Nabi Muhammad dan bapa mereka Saidina Abu Bakar pada setiap petang.
• Abdullah ibn Ariqath - bertanggungjawab untuk berpura-pura mengembala dua ekor kambing di sekitar Jabal Thur, perahan susu kambing dijadikan minuman kepada Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar.
• Amir bin Fuhairah - bertanggungjawab menjadi juru pandu bagi Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah. Juga membantu Abdullah ibn Ariqath mengembala kambing serta bertanggungjawab menghapuskan jejak kaki Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah.
Di Mekah heboh kehilangan Nabi. Mereka
menyusun strategi mencari Nabi Muhammad
SAW.
Paginya, kelihatan pihak Quraisy berusaha
sungguh-sungguh mencari mereka berdua.
Pemuda-pemuda Quraisy membawa pedang
dan tongkat sambil mundar-mandir mencari ke
segenap penjuru sehinggalah ke Gua Thur.
jika pemuda-pemuaa itu ada yang menjengok
ke dalam gua pasti akan melihat mereka
berdua didalam.
Nabi menenangkan Abu Bakar dengan berkata
“jangan bimbang, Allah bersama kita”.
PERJALANAN PANJANG KE
YATHRIB
Pada hari keempat ketika pihak musuh sedang
berehat kerana keletihan Rasulullah SAW dan
Saiyidina Abu Bakar pun meninggalkan gua Thur
itu melalui pintu belakang lalu mereka meneruskan
perjalanan menuju ke kota Madinah tanpa
sebarang gangguan.
Asma' telah berjaya membawa makanan untuk
Hijrah Rasulullah dan ayahandanya, namun beliau
terlupa membawa tali untuk mengikat makanan
tersebut. Dengan kecerdasan akalnya, beliau
telah memotong dua tali yang digunakan untuk
mengikat pinggangnya (wanita yang memiliki dua
tali pinggang).
Karena mengetahui pihak Quraisy sangat gigih
mencari mereka, mereka mengambil jalan
yang tidak biasa ditempuh orang.
Dengan ditemani Amir bin Fuhairah dan
mengupah seorang Badwi dari Banu
Du‟il, Abdullah bin „Uraiqith, sebagai penunjuk
jalan, mereka berempat menuju selatan
Lembah Makkah, kemudian menuju Tihamah
di dekat pantai Laut Merah.
Sepanjang malam dan siang, mereka
menempuh perjalanan yang amat berat.
Mereka hanya berehat pada sebelah tengahari
dan meneruskan perjalanan pada sebelah
petangnya.
SURAQAH BIN JUSHAMo Kaum musyrikin quraisy setelah kehilangan
Nabi dan Abu Bakar, mereka sibuk
menyiarkan ke sekeliling kota Mekah dan
kepada suku-suku dan kabilah untuk mencari
Nabi Muhammad. Siapapun yang berhasil
menangkap nabi akan diberikan 100 ekor
unta.
o Di tengah perjalanan di sebuah dusun
bernama qudaidin. Salah seorang
penduduknya mengenali Nabi dan sahabat
Abu bakar. Kemudian diceritakan kepada
pemimpin kabilahnya bernama Suraqah bin
Malik Al Mudlij. Namun Suraqah
menyangkalnya karena ia ingin
menangkapnya sendirian.
o Kemahiran Suraqah dalam menjejak akhirnya
dia bertemu dengan rombongan baginda Nabi
SAW bersama dengan Abu Bakar dan
penunjuk jalannya Abdullah Bin Uraiqith.
Suraqah pun meluru ke arah mereka namun 3
kali percubaannya gagal kerana kaki kudanya
terperosok menyebabkan dia terjatuh
daripada kudanya.
o Rasulullah SAW datang ke arahnya lalu
memberikan pertolongan kepada Suraqah
menyebabkan dia merasa teruja dengan sifat
Nabi SAW ketika itu sedangkan Nabi SAW
tahu kedatangan Suraqah adalah bertujuan
untuk menangkapnya atau membunuhnya.
o Suraqah meminta maaf kepada nabi dan memohon untuk tidak diapa-apakan. Ia juga menawarkan untuk memberikan perbekalan yang dibawanya.
o Nabi SAW memaafkannya tetapi menolak pemberiannya, hanya saja beliau meminta untuk merahsiakan pertemuannya itu.
o Suraqah meminta jaminan keamanan dari Nabi SAW, dan Baginda menyuruh Amir bin Fuhairah untuk menuliskannya di sebuah kulit, dan menyerahkannya kepada Suraqah.
o Rasulullah SAW berkata pada Suraqah, "Wahai Suraqah, bagaimana perasaanmu jika engkau memakai dua gelang Kisra?“
o "Kisra bin Hurmuz?" Suraqah tercengang tak mengerti.Nabi SAW tersenyum memandang ekspresi
Suraqah, tetapi baginda tidak menjelaskan lebih lanjut. Kemudian meninggalkannya meneruskan perjalanan hijrah.
UMMU MA‟BAD
Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai ke khemah Ummu Ma‟bad (seorang wanita yang elalu memberi makan dan minum kepada orang-orang yang lalu di gurun tersebut).
Tetapi hari itu Ummu Ma‟bad tidak ada apauntuk diberi kepada mereka.
Nabi SAW meminta izin memerah susu salahseekor kambing, sedangkan kambing2 yang tinggal adalah lemah dan tidak berdaya untukmengeluarkan susu.
Dengan izin Allah kambing itu mengeluarkansusu dengan banyaknya.
Peristiwa menakjubkan ini diceritakan kembali
oleh Ummu Ma‟bad kepada suaminya Abu
Ma‟bad.
Suaminya bercita-cita jika bertemu Nabi
nescaya dia akan memeluk islam.
Kemudian mereka suami isteri mengkut Nabi
SAW ke Yathrib dan menjadi muslim yang
baik.
Saudara lelaki Ummu Ma‟bad juga masuk
islam, berperang dan gugur sebagai syahid.
ISLAM DI YATHRIB
Justeru itu, apabila penduduk Madinah
mendapat tahu bahawa Nabi s.a.w. yang
paling mereka sayangi telah tiba di
Madinah, maka mereka keluar beramai-ramai
menyambut ketibaan seorang yang paling
dimuliakan dengan nasyid-nasyid dan syair-
syair yang memuji-muji Nabi s.a.w.. "Tola'al
Badru 'Alaina, Min tsaniyyatil
Wada'ei, Wajabasy Syukru 'Alaina, Mada'a
Lillahi Da'ei" Mereka menyifatkan Nabi s.a.w.
ibarat bulan purnama yang menerangi
kehidupan mereka di Madinah, justeru itu
wajiblah mereka bersyukur ke atas Allah SWT
yang memperkenankan harapan mereka.
Sikap yang ditunjukkan oleh penduduk
Madinah yang dikenali sebagai kaum
'Ansar', mendedahkan kasih sayang mereka
terhadap Nabi s.a.w. begitu
mendalam, melimpah dari hati penduduk
Madinah sama ada lelaki atau perempuan
semua peringkat umur. Mereka sanggup
menunggu ketibaan Nabi s.a.w. sejak pagi
hingga di tengah panas terik tengah hari.
Selepas itu mereka pulang dan berazam
untuk berdiri semula di tepi jalan pada
keesokan harinya, bagi menunggu lagi
ketibaan orang yang dikasihi Nabi Muhammad
s.a.w..
Tersebarnya Islam di Yathrib dan keberanian
kaum Muslimin di kota itu sebelum hijrah Nabi
ke tempat tersebut sama sekali di luar dugaan
kaum Muslimin Mekah.
Beberapa pemuda Muslimin bahkan berani
mempermainkan berhala-berhala kaum
musyrik di sana.
AMR BIN AL-JUMAH
Seseorang yang bernama „Amr bin‟l-Jamuh mempunyai sebuah patung berhala terbuat daripada kayu yang dinamainya Manat yang diletakkan di daerah lingkungannya seperti biasa dilakukan oleh kaum bangsawan.
„Amr ini adalah seorang pemimpin Banu Salima dan dari kalangan bangsawan mereka pula.
Sesudah pemuda-pemuda golongannya itu masuk Islam selalu mengambilnya pada waktu malam dan mencampakkanya ke dalam sebuah lubang yang digunakan sebagai tandas.
Bila pagi-pagi berhala itu tidak ada „Amr mencarinya sampai diketemukan lagi, kemudian dicucinya dan dibersihkan lalu diletakkannya kembali di tempat semula, sambil ia menuduh-nuduh dan mengancam.
Tetapi pemuda-pemuda itu mengulangi lagi
perbuatannya mempermainkan Manat „Amr
itu, dan diapun setiap hari mencuci dan
membersihkannya.
Setelah ia merasa kesal karenanya, diambilnya
pedangnya dan digantungkannya pada berhala itu
seraya ia berkata: “Kalau kau memang
berguna, bertahanlah, dan ini pedang bersama
kau.”
Tetapi keesokan harinya ia sudah kehilangan
lagi, dan baru diketemukannya kembali dalam
sebuah perigi terikat dengan bangkai anjing dan
pedang itu pula telah hlang.
Beberapa orang dari sukunya cuba memujuknya
memeluk Islam.
Dia menerimanya dan meninggalkan perbuatan
menyembah berhala yang penuh kehinaan dan
Kesimpulano Sejarah penghijrahan Nabi Muhammad (SAW)
merupakan perjuangan Baginda utk menegakkan ajaran agama Islam. Baginda didorong dan didesak oleh keperluan utk mencari sesuatu yg lebih baik dan lebih menguntungkan demi kebahagiaan dan kesejahteraan umat Islam.
o Umat Islam harus mengambil iktibar dpd penghijrahan Rasullulah utk meneruskan perjuangan hidup demi kebaikan umat Islam.
o Penghijrahan ini juga telah membuka satu lembaran baru dalam episod penyebaran dan perkembangan agama Islam.Terlalu banyak kebaikan yang dinikmati oleh umat Islam dan umat manusia rentetan dari penghijrahan tersebut.