20
PENDAHULUAN Migrasi dari India kebanyakannya adalah berasal dari India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. Disebabkan masalah kemiskinan dan kebuluran ramai orang India berhijrah ke negara lain termasuk ke Tanah Melayu terutamanya dengan perkembangan pesat dalam perusahan getah. Contohnya seramai 55,132 orang buruh India ditempatkan di ladang-ladang getah seluruh negeri pada tahun 1909. 1 Sementara selebihnya bekerja di sektor pembinaan landasan keretapi dan buruh am. Kebanyakan buruh India ini ditempatkan di kawasan-kawasan pantai barat yang maju dari segi peladangan getah dan pengangkutan jalan keretapi. Kemasukan mereka yang ramai ini membawa kesan-kesan sosial dan seterusnya mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1930-an. Ini menimbulkan pemogokan buruh India terutamanya di daerah Kelang. Kajian ini akan membincangkan apakah tuntutan-tuntutan 1 Chai Hon Chan, The Development of British Malaya 1896-1909 (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1967), ms. 100) 1

Hsm 111 Buruh India

Embed Size (px)

DESCRIPTION

india wae

Citation preview

Page 1: Hsm 111 Buruh India

PENDAHULUAN

Migrasi dari India kebanyakannya adalah berasal dari India Selatan iaitu dari

Negapatam dan Madras. Disebabkan masalah kemiskinan dan kebuluran ramai orang

India berhijrah ke negara lain termasuk ke Tanah Melayu terutamanya dengan

perkembangan pesat dalam perusahan getah. Contohnya seramai 55,132 orang buruh

India ditempatkan di ladang-ladang getah seluruh negeri pada tahun 1909.1

Sementara selebihnya bekerja di sektor pembinaan landasan keretapi dan buruh am.

Kebanyakan buruh India ini ditempatkan di kawasan-kawasan pantai barat yang

maju dari segi peladangan getah dan pengangkutan jalan keretapi. Kemasukan

mereka yang ramai ini membawa kesan-kesan sosial dan seterusnya mengalami

kemelesetan ekonomi pada tahun 1930-an. Ini menimbulkan pemogokan buruh India

terutamanya di daerah Kelang. Kajian ini akan membincangkan apakah tuntutan-

tuntutan kaum buruh India pada tahun 1941 dan seterusnya kesimpulan yang boleh

didapati dari mogok-mogok buruh India ini.

LATAR BELAKANG DAERAH KELANG

Klang, Bandar Diraja Selangor terletak lebih kurang 40 km ke barat daya

kota Kuala Lumpur. Banyak pendapat tokoh sejarawan mengenai nama asal Klang

seperti penadapat Tome Pire, John Anderson dan T.J. Newbold bahawa perkataan

Klang berasal daripada perkataan Melayu purba “Calang” yang bermaksud bijih

timah. Namun pendapat yang tepat ialah pendapat C.O. Blagden bahawa perkataan

1 Chai Hon Chan, The Development of British Malaya 1896-1909 (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1967), ms. 100)

1

Page 2: Hsm 111 Buruh India

Klang berasal daripada bahasa Mon-Khymer iaitu Klong, Glong dan Ghlang yang

bermaksud gudang, pasar dan tempat simpanan makanan.2 Hasil utama Klang adalah

bijih timah pada awal abad ke-16 hingga abad ke-18. Hasil lain adalah tanaman kopi.

Menurut John Smith, kejayaan tanaman kopi di Klang adalah kerana kesuburan

tanahnya tanpa memerlukan baja3. Seterusnya digantikan dengan tanaman getah pada

awal abad ke-20. Misalnya tahun 1904, hampir semua tanah di Klang hingga Batu

Tiga telah ditanam dengan getah.4 Sementara di luar bandar Klang ditanam sagu,

gambir dan lada.

TUNTUTAN KAUM BURUH INDIA

Setelah lama bekerja sebagai buruh di ladang dan estet-estet, kaum buruh

India mulai merasai ketidakpuasan hati mereka dengan suasana tempat kerja mereka

yang akhirnya kaum buruh India membuat beberapa tuntutan untuk memperbaiki

taraf hidup mereka.

Tuntutan yang pertama dipejuangkan oleh kaum buruh India ialah untuk

mendapatkan kenaikan gaji yang turut diperjuangkan oleh Persatuan India Daerah

Kelang (PDIK) yang dipimpin oleh R.N. Nathan dan Y.K. Menon. Ini berdasarkan

buruh India dibayar gaji dan upah mengikut bilangan hari mereka bekerja dalam satu

bulan. Buruh India dibayar sebanyak 35 sen sehari jika bekerja selama 20 hari;

40 sen sehari jika 24 hari bekerja dan 45 sen sehari jika bekerja selama 28 hari. Jika

10 hari hujan, buruh India hanya mendapat 35 sen sehari jika menoreh 20 hari.5

2 Mohd Sarim Hj. Mustajab, Khazin Mohd Tamrin, Klang 1890-1990 Sejarah dan Pentadbiran (Bangi: Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Klang, 1990), ms. 11.3 Ibid, ms. 654 Ibid, ms. 785 Chua Lay Ching, Eksploitasi Buruh Estet Cina dan India antara 1920-an dan 1930(USM: 1992)ms.6.

2

Page 3: Hsm 111 Buruh India

Ini berbanding dengan buruh Cina yang dibayar gaji 75 sen sehari kerana majikan

berpendapat buruh Cina lebih sihat, rajin dan cekap berbanding dengan buruh India.6

Dengan gaji yang tidak setimpal dengan tenaga buruh India, maka mereka tidak dapat

menampung perbelanjaan bagi barang keperluan asas dan seterusnya menyebabkan

mereka sering dijangkiti penyakit seperti malaria.

Disebabkan berlakunya diskriminasi mengenai bayaran gaji antara buruh

Cina dengan buruh India walaupun di bawah majikan yang sama, desakan tuntutan

timbul dari buruh India supaya gaji antara mereka diselaras sama dan seragam.

Buruh Cina boleh mendapat gaji sehingga $2.10 sen sehari sedangkan buruh India

hanya mendapat maksima 70 sen sehari. Alasan berlakunya diskriminasi ini ialah

majikan terpaksa menyediakan tempat perumahan, bekalan air dan sebagainya

berdasarkan `Check roll’ berbanding buruh Cina secara `kontraktor’ Ketidakpuasan

hati buruh India dilihat melalui aduan kepada Jabatan Buruh di Negeri Selangor,

sebanyak 326 aduan buruh didaftarkan; aduan tidak dibayar gaji atau lambat dibayar

gaji. 7

Tuntutan ketiga kaum buruh India adalah menuntut diperbaiki taraf sosial

mereka di estet-estet yang didiami oleh mereka. Persatuan India Daerah Kelang

(PDIK) berjuang untuk menamatkan `Ikatan-ikatan Paternalistik’ yang menghalang

usaha untuk meninggikan taraf sosial dan ekonomi pekerja estet India. (Stenson

M.R. Industrial Conflict in Malaya, ms. 29) Kaum buruh India khususnya di ladang-

ladang getah meminta supaya sekolah-sekolah yang lebih baik disediakan dan

6 Ibid, ms. 107 Ibid, ms. 11

3

Page 4: Hsm 111 Buruh India

kemudahan perubatan yang bermutu baik. Sebagaimana yang diketahui, kebanyakan

buruh India adalah terdiri daripada mereka yang berkasta rendah. Contohnya

Rabindra Daniel menyatakan, “Golongan kasta terendah sering dizalimi, dianiaya

dan disekat peluang mereka untuk hidup dalam keadaan yang lebih baik. Anak-anak

mereka tidak mendapat peluang untuk belajar. Lebih baik mereka berhijrah ke

tempat lain yang tidak mengamalkan sistem itu.’8 Namun penghijrahan mereka ke

Tanah Melayu tidak seperti mana yang mereka harapkan. Buruh India masih lagi

ditindas. Kebajikan hidup mereka di estet tidak diendahkan oleh para kangani. Gaji

buruh India yang diserahkan oleh majikan kepada para kangani untuk diagihkan

kepada mereka dibuat pelbagai pemotongan untuk mengaut keuntungan. Sistem

Kangani ini berterusan sehingga sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Tuntutan keempat ialah supaya masa bekerja 10 – 12 jam sehari

dipendekkan. Ini disebabkan buruh India terpaksa bekerja bermula 4 pagi dan

berakhir 4 – 5 petang sedangkan ini adalah bertentangan dengan Kod Buruh Tahun

1923 iaitu semua buruh dikehendaki bekerja tidak lebih daripada 9 jam sehari.9 Ini

menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk berehat dan akibatnya mereka

mudah mendapat penyakit. Dengan jumlah pokok berjumlah antara 400 – 500 batang

pokok getah yang harus ditoreh, menimbulkan rasa tidak puashati dengan ketamakan

para majikan. Kaum buruh pula terpaksa mengangkut susu-susu getah ke tempat

pengumpulan yang jauh dan ini amat meletihkan mereka.

8 J. Rabindra Daniel, Indians Christians in Peninsular (Indians Christians in Peninsular Malaysia (Tamil Annual Conference 1992), ms. 41.9 Chua Lay Ching, Eksploitasi Buruh Estet Cina dan India antara 1920-an dan 1930, ms.6.

4

Page 5: Hsm 111 Buruh India

Tuntutan kelima kaum buruh India adalah menggantikan para kerani estet

yang kejam dengan orang-orang yang boleh berbahasa Tamil. Ini adalah kerana

berbangkit dengan pertelingkahan di antara buruh-buruh Tamil dengan kerani-kerani

Malayalee yang pro-majikan. Buruh India tidak mempunyai hak untuk bersuara.

Cara kehidupan mereka dikendalikan oleh golongan kerani daripada kaum Malayalee

dan Tamil yang berpelajaran Inggeris. Oleh sebab mereka berhubung rapat dengan

kerajaan British maka mereka menganggap diri mereka adalah kelas atasan dalam

masyarakat India. Dari keadaan inilah munculnya pemimpin-pemimpin sosial yang

menganggap mereka adalah jurucakap kaum India sedangkan kaum buruh India yang

lebih besar jumlahnya diketepikan.

Akhirnya tuntutan-tuntutan sosio-ekonomi ini telah digunakan oleh Persatuan

India Daerah Kelang (PDIK) yang dipimpin oleh R.N. Nathan dan Y.K. Menon

sebagai perkara utama dalam memperjuangkan nasib kaum India di Tanah Melayu.

Dari agenda ini muncullah pula tuntutan-tuntutan lain dalam menjaga kepentingan

kaum Indian seperti menuntut diadakan wakil mereka dalam Majlis Mesyuarat

Negeri yang melambangkan niat mereka untuk bergiat dalam politik Tanah Melayu,

kebebasan untuk menaiki basikal di hadapan pengurus-pengurus Eropah, kebebasan

bercakap dan perhimpunan, kebenaran kepada saudara mara dan sahabat handai

untuk masuk ke dalam estet dan kebenaran untuk buruh menubuhkan persatuan yang

menjaga kepentingan mereka.

KESIMPULAN MOGOK INDIA

5

Page 6: Hsm 111 Buruh India

Kesimpulannya daripada masalah-masalah sosio-ekonomi ini yang tidak

ditangani dengan baik oleh pihak kerajaan dan majikan telah mengakibatkan

berlakunya mogok besar di Klang yang didalangi oleh Persatuan India Daerah Klang

dan Central India Association of Malaya (CIAM). Permogokan ini telah

membimbangkan kerajaan British dan ditambah dengan suasana perang di Eropah

menyebabkan kerajaan British tidak mahu mengalami kerugian. Bahan-bahan

mentah amat diperlukan untuk mendapatkan wang bagi menampung usaha-usaha

perang. Lord Lloyd iaitu Setiausaha Negeri Bagi Jajahan dalam surat pekelilingnya

menyatakan; “Tanah-tanah jajahan yang menghasilkan bahan-bahan yang penting

kepada usaha perang, termasuk bahan-bahan yang dijual untuk mendapatkan wang,

hendaklah mempunyai tujuan untuk mengekalkan dan membanyakkan lagi hasil

pengeluaran mengikut kadar yang mungkin ditentukan dari masa ke semasa

mengikut keperluan pihak bersekutu.”10

Permogokan yang berlaku telah menyedarkan pihak kerajaan dan para

majikan bahawa persoalan sosio-ekonomi di kalangan kaum buruh India di Klang

merupakan sebahagian daripada perjuangan politik yang menarik minat kaum India

di Tanah Melayu. Walaupun telah ada Undang-undang Buruh 1912 dan

kemudiannya Akta Kesatuan Sekerja 1940 yang diluluskan namun undang-undang

ini gagal untuk membendung permogokan ini daripada merebak luas. Para majikan

sendiri tidak mematuhi Undang-undang Buruh apabila tidak menyediakan

kemudahan asas yang sempurna untuk pekerja mereka seperti sekolah, bekalan air

10 Lord Lloyd, Setiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan, Circular Telegram N. 82, bertarikh 5 Jun 1940

6

Page 7: Hsm 111 Buruh India

dan perubatan. Sering berlaku perselisihan faham antara kerajaan dan para majikan

mengenai tanggungjawab mereka. Mereka hanya memikirkan keuntungan sahaja dan

mengabaikan kebajikan kaum buruh. Sementara dari pihak kerajaan sendiri pula

mengambil sikap berlengah-lengah untuk melaksanakan undang-undang yang

mereka luluskan itu.

Permogokan di Klang juga telah merenggangkan hubungan antara kerajaan

India dengan kerajaan British di Tanah Melayu. Kerajaan India tidak dapat

menerima kematian lima orang buruh India dan ramai yang cedera parah akibat

tindakan pasukan keselamatan untuk menghapuskan permogokan itu.11 Ura-ura

untuk menghantar balik buruh-buruh India yang bersalah ke India dipandang berat

oleh Kerajaan India. Pendapat-pendapat yang menyatakan bahawa CIAM yang

menghasut kaum buruh melakukan permogokan dan rusuhan ditolak oleh Kerajaan

India. Bagi Kerajaan India, CIAM yang ditubuhkan pada tahun 1936 adalah sebuah

persatuan yang memperjuangkan nasib kaum buruh India di Tanah Melayu demi

meninggikan status politik kaum India dari segi perlembagaan. Netto menulis, “In

common, this association became the champion of better labour conditions,

education and political privileges for Malayan Indians.”12

Kerajaan India yang mendesak supaya satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat

permogokan yang berlaku tidak disenangi oleh kerajaan di Tanah Melayu. Jika ini

diterima seolah-olah menurunkan maruah kerajaan di Tanah Melayu dan memberi

kemenangan kepada ahli-ahli politik India.

11 Mohd Sarim Hj. Mustajab ,Khazin Mohd Tamrin, Klang 1890-1990, ms. 161.12 Ibid.

7

Page 8: Hsm 111 Buruh India

Walaupun pihak majikan melalui wakil mereka United Planting Association

of Malaya (UPAM) dan wakil pihak kerajaan iaitu Pesuruhjaya Buruh bersetuju

untuk menetapkan upah `standard wage’ iaitu satu kadar minima upahan namun

pelaksanaannya banyak kelemahan. Antaranya UPAM tidak berkuasa memaksa

majikan membayar secara `standard wage’ dan majikan sendiri dikawal oleh dasar

syarikat terutamanya para pengarah Rubber growers’ Association di London. Ini

menimbulkan rasa tidak puas hati kaum buruh dan berlakunya permogokkan.

Apabila berlaku mogok, para majikan merasakan itu bukanlah tanggungjawab

mereka untuk menyelesaikannya tetapi adalah tanggungjawab kerajaan yang

mempunyai kelengkapan seperti tentera untuk membasmi mogok-mogok itu. Apa

yang para majikan buat ialah meminta kaum buruh itu kembali bekerja. Sementara

bagi pihak kerajaan pula merasakan bahawa mereka tidak sepatutnya campurtangan

di dalam soal kenaikan gaji buruh kaum India. Kerajaan memegang polisi bahawa,

“Samada atas nama sendiri atau atas nama Jabatan Buruh, tidak akan menetapkan

gaji yang hendak dibayar dalam mana-mana perusahaan. Ianya adalah soal yang

sepatutnya diselesaikan oleh majikan dan para pekerja.”13

Ini menimbulkan keadaan `tolak menolak’ antara UPAM, Kerajaan dan Jabatan

Buruh mengenai soal gaji kaum buruh India. Masing-masing melepaskan tangan dan

tidak mahu menanggung segala kesan yang akan berlaku seterusnya.

13 Memoranda Pesuruhjaya Tinggi, Negeri Melayu Bersekutu kepada UPAM bertarikh 1.5.1941 dalam co/717/145/51574/Bhg. I.

8

Page 9: Hsm 111 Buruh India

Kemunculan CIAM dan Klang District Indian Union selain PIDK telah

menyedarkan kaum buruh India mengenai hak-hak mereka dan seterusnya

kepentingan politik kaum India di Tanah Melayu. Kemunculan pemimpin-pemimpin

seperti R.H. Nathan dan Y.K. Menom memberi keyakinan kepada kaum buruh India

bahawa mereka masih ada tempat untuk mengadu kesulitan yang mereka alami.

Kekuatan pengaruh R.H. Nathan yang mengarah buruh kaum India untuk mogok

apabila tuntutan mereka tidak dipenuhi menyebabkan UPAM terdesak dan meminta

kerajaan supaya menangkap pemimpin-pemimpin ini. Seterusnya Presiden CIAM, N.

Raghavan yang ditemani oleh R.H. Nathan dan Y.K. Menom akhirnya berjaya dalam

tuntutan kepada UPAM apabila UPAM bersetuju menaikkan gaji buruh kepada 60

sen sehari bagi buruh India dan 50 sen sehari untuk buruh wanita.14 Walaupun

pemimpin-pemimpin CIAM ini akhirnya ditangkap kerana dituduh sebagai subversif

kerana bersubahat dengan Kongres India dan Jepun namun mereka telah

meninggalkan asas penting kepada perjuangan kaum India di dalam politik Tanah

Melayu dan seterusnya Persekutuan Tanah Melayu dengan kemunculan Parti

Malayan Indian Congress (MCA).15

Buat pertama kalinya kerajaan kolonial Tanah Melayu yang menghadapi

tekanan dari Pejabat Tanah Jajahan, serta mogok-mogok yang serius berlaku,

mengakui bahawa masalah perburuhan harus diselesaikan melalui organisasi

kesatuan-kesatuan sekerja yang sah. Sebenarnya, perubahan sikap terhadap kegiatan

14 Mohd Sarim Hj. Mustajab ,Khazin Mohd Tamrin, Klang 1890-1990, ms. 164.15 Hanapi Daud, “Politik dan Budaya India Muslim Di Pulau Pinang”, Malaysia Hari Ini (1985), ms. 130.

9

Page 10: Hsm 111 Buruh India

buruh bukan muncul akibat kesedaran tentang kedudukan dan hak-hak buruh

upah. Sebaliknya, pihak kerajaan tetap bersependapat dengan pihak majikan bahawa

kadar bayaran upah dan syarat-syarat pekerjaan masih sempurna dan mogok-mogok

yang tercetus adalah disebabkan oleh perbuatan penghasut politik yang berjaya

memperalatkan kaum buruh untuk kepentingan politik mereka. Oleh yang demikian

undang-undang kesatuan sekerja yang diperkenalkan oleh Pejabat Tanah Jajahan,

haruslah bertujuan mengawal penghasut politik iaitu Akta Kesatuan Sekerja yang

dapat mengawal tindak tanduk para pemimpin buruh.16

PENUTUP

Amat jelaslah bahawa permogokkan yang berlaku adalah didorong oleh rasa

tidak puashati kaum buruh India mengenai kebajikan sosio-ekonomi mereka dan

hak-hak mereka sebagai buruh yang sepatutnya dilindungi. Gaji yang rendah,

kemudahan sosial yang kurang dan pekerjaan yang amat berat sukar diterima oleh

mereka. Tekanan-tekanan yang dihadapi daripara majikan seperti UPAM yang hanya

tahu memeras keringat mereka dan sikap lepas tangan pihak kerajaan menyebabkan

kaum buruh India memerlukan pembela di kalangan mereka seperti mana yang

dimainkan oleh pemimpin-pemimpin CIAM iaitu R.H. Nathan. Apabila pemimpin-

pemimpin ini ditangkap menyebabkan kaum buruh India merasakan diri mereka

hilang tempat bergantung yang akhirnya mencetuskan mogok, tunjuk perasaan dan

seterusnya rusuhan. Walaupun akhirnya permogokan ini ditumpaskan oleh pasukan

keselamatan, namun ianya menjadi tapak bagi kaum India untuk mengubah taktik

16 Cheah Boon Kheng,Abu Talib Kolonialisme Di Malaysia(Petaling Jaya:Fajar Bakti, 1990), ms. 266.

10

Page 11: Hsm 111 Buruh India

politik mereka daripada bercorak radikal dan militan kepada bercorak lebih

sederhana. Inilah yang diseru oleh N.Raghavan kepada buruh India supaya berhenti

mogok dan menyelesaikan masalah secara rundingan.

“Whatever the grievances our workers have, whatever their sufferings,

whatever their feelings may be at the moment, we are of the view that they should

now resume normal work in the confident hope that there would be redress by other

means.”17

Demikianlah tuntutan-tuntutan kaum buruh India dan kesimpulan yang boleh

didapati daripada mogok yang berlaku di daerah Klang pada tahun 1941.

Sesungguhnya mogok-mogok yang berlaku telah menyedarkan pihak kerajaan dan

para majikan untuk bersama-sama menjaga kebajikan para buruh bukan sahaja

terhadap buruh kaum India tetapi juga semua kaum yang menjadi buruh di Tanah

Melayu ini.

BIBILIOGRAFI

Andaya Watson, Barbara dan Leonard. Sejarah Malaysia. London: Macmillan, 1983.

17 Mohd Sarim Hj. Mustajab ,Khazin Mohd Tamrin, Klang 1890-1990, ms. 168.

11

Page 12: Hsm 111 Buruh India

Chai Hon Chan. The Development of British Malaya 1896-1990. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1967.

Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad. Kolonialisme Di Malaysia Dan Di Negara-Negara Lain. Petaling jaya: Fajar Bakti, 1990.

Chua Lay Ching. Eksploitasi Buruh Estet Cina Dan India Antara Tahun 1920-an dan 1930-an Di Semenanjung Tanah Melayu. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1992.

Hanapi Dollah. “Politik dan Budaya India Muslim di Pulau Pinang: Satu Persoalan Teoritis Ethnisiti”, Malaysia Masa Kini, (1985), ms. 123-135.

Mohd Sarim Hj Mustajab dan Khazin Mohd Tamrin. Klang 1890-1990 Sejarah dan Pentadbiran. Bangi: Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Klang, 1990.

Nik Hasnaa Nik Mahmood. Orang-Orang Cina Di Tanah Melayu. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia, 1997.

Syed Noor Syed Abdullah. “Kaum Buruh Lombong Cina di Perak Pada Zaman Kemelesetan Ekonomi Malaya, 1929-1933”, Kajian Malaysia Journal of Malaysian Studies, Jilid 1, No.2 (Disember 1983), ms. 143-171.

12

Page 13: Hsm 111 Buruh India

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1

LATAR BELAKANG DAERAH KLANG 1

TUNTUTAN KAUM BURUH INDIA 2

KESIMPULAN MOGOK INDIA 6

PENUTUP 10

BIBILIOGRAFI 12

13