22

HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta
Page 2: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta
Page 3: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN PENCAPAIAN MATA

PELAJARAN KIMIA PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WAN MUHD AZHA BIN WAN MUDA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta
Page 5: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

iii

DEDIKASI

Khas buat bonda dan ayahanda yang dikasihi...

Wan Aznah binti Wan Ali,

Wan Muda bin Wan Salleh,

Pengorbanan dan doa kalian sumber kejayaanku dalam mengharungi kehidupan.

Semoga Allah memberkati kalian.

Buat kakanda tersayang...

Wan Muzamry,

Wan Muhairyzal,

Terima kasih di atas segala pertolongan kalian.

Tidak akan ku lupakan segala pengorbanan yang diberikan.

Buat adinda tersayang...

Wan Faridatul Hafizah,

Jadikanlah kejayaanku ini sebagai satu hadiah untuk memajukan

diri di masa hadapan.

Semoga kejayaan menantimu dan pastikan kamu memilikinya.

Buat sahabat seperjuangan yang diingati...

Nizam, Termelezam, Apih, Jawe, Arei, Khairi dan mereka yang lain,

Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan.

Semoga kalian terus cemerlang mengharungi layar kehidupan di dunia dan

dirahmati kehidupan di akhirat kelak.

Terima kasih di atas segala-galanya...

Page 6: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-

Nya laporan penyelidikan ini dapat disempurnakan.

Sesungguhnya setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas

ditujukan khas kepada En. Jamaludin Ramli selaku pensyarah pembimbing, di atas

segala teguran, ajaran ,bimbingan, bantuan dan nasihat dengan rasa penuh

tanggungjawab dan semangat pendidikan yang tinggi di sepanjang menyempurnakan

penyelidikan ini sehingga ia mampu menjadi kenyataan.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia kerana membenarkan penyelidikan ini dijalankan di Fakulti

Pendidikan, UTM.

Rakaman jutaan terima kasih ini tidak lupa ditujukan kepada pensyarah-

pensyarah dan pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan, UTM serta sesiapa sahaja yang

terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini.

Segala bantuan dan kerjasama yang kalian hulurkan, semoga Allah (SWT) sahaja yang

dapat membalasnya. Semua ini diabadikan dalam ingatan.

Page 7: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap dan minat pelajar tahun tiga di

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan hubungannya dengan pencapaian

mata pelajaran kimia antara pelajar lelaki dan perempuan. Data diperoleh dengan

menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 56 orang pelajar di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 13.0 untuk

mendapatkan min dan peratusan bagi setiap persoalan. Ujian-t untuk responden

dianalisis pada tahap α = 0.05 dan didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara lelaki dan perempuan mengenai sikap dan minat terhadap mata

pelajaran kimia. Tidak terdapat hubungan yang signifikan (r = -0.136, p > 0.05) antara

sikap dan pencapaian mata pelajaran kimia dan tiada hubungan yang signifikan (r = -

0.053, p > 0.05) antara minat dengan pencapaian mata pelajaran kimia. Data yang

diperolehi menunjukkan responden mempunyai sikap yang positif dan minat yang tinggi

terhadap mata pelajaran kimia.

Page 8: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

vi

ABSTRACT

The study is to identify the attitude and interest among third year students in

Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia towards chemistry subject. It is

also carried out to determine if there is any significant difference in attitude and interest

between male and female students. Samples were taken from 56 students of Faculty of

Education, Universiti Teknologi Malaysia, who were given questionnaires regarding the

study. Data collected was analyzed using the Statistical Package for Social Science

(SPSS) version 13.0. The t-test showed that there is no significant difference in attitude

and interest towards chemistry subject between the two genders. Their attitude does not

have any significant (r = -0.136, p > 0.05) towards the achievement in chemistry subject

and their interest does not have any significant (r = -0.053, p > 0.05) towards the

achievement in chemistry subject. Thus, this study showed that the students selected in

this study are both interested and have positive attitudes towards chemistry subject.

Page 9: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Hipotesis Nol 6

1.7 Kepentingan Kajian 5

1.8 Skop dan Batasan Kajian 7

Page 10: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

viii

1.9 Definisi Istilah 8

1.9.1 Sikap 8

1.9.2 Minat 9

1.9.3 Pencapaian 9

1.9.4 Kimia 10

1.9.5 Pelajar 10

1.10 Penutup 10

2 TINJAUAN LITERATUR 11

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Kajian-Kajian Lepas 11

2.3 Pendekatan Teori 13

2.3.1 Sikap Teori Fishbein dan Ajzen 13

2.4 Kerangka Teori Kajian 15

2.4.1 Konsep Penilaian Afektif 16

2.4.2 Model Penilaian Sikap dan Minat 16

2.5 Faktor Sikap 17

2.6 Faktor Minat 19

2.7 Penutup 22

3 METODOLOGI KAJIAN 23

3.1 Pendahuluan 23

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Tempat Kajian 24

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 24

3.5 Instrumen Kajian 25

3.5.1 Bahagian A 25

3.5.2 Bahagian B 26

3.6 Kajian Rintis 27

3.7 Kaedah Analisis Data 28

3.8 Penutup 29

Page 11: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

ix

4 ANALISIS DATA 30

4.1 Pendahuluan 30

4.2 Analisis Ciri Demografi Responden 31

4.2.1 Latar Belakang Responden 31

4.2.2 Jantina Responden 31

4.2.3 Bangsa Responden 32

4.2.4 Keputusan Mata Pelajaran Kimia 32

Organik 1 Responden

4.3 Analisis Sikap dan Minat Responden Terhadap 33

Mata Pelajaran Kimia

4.3.1 Analisis Kekerapan dan Peratusan Bagi 33

Sikap Terhadap Mata Pelajaran Kimia

4.3.2 Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan 39

Bagi Sikap Belajar Kimia

4.3.3 Analisis Kekerapan dan Peratusan Bagi 39

Minat Terhadap Mata Pelajaran Kimia

4.3.4 Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan Bagi 45

Minat Belajar Kimia

4.3.5 Perbezaan Sikap Terhadap Mata Pelajaran 45

Kimia Antara Pelajar Lelaki dan Perempuan

4.3.6 Perbezaan Minat Terhadap Mata Pelajaran 46

Kimia Antara Pelajar Lelaki dan Perempuan

4.3.7 Hubungan Sikap Dengan Pencapaian Mata 46

Pelajaran Kimia

4.3.8 Hubungan Minat Dengan Pencapaian Mata 47

Pelajaran Kimia

4.4 Penutup 47

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 48

5.1 Pendahuluan 48

5.2 Ringkasan Kajian 48

Page 12: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

x

5.3 Perbincangan 50

5.3.1 Sikap dan Minat Pelajar Terhadap Mata 50

Pelajaran Kimia

5.3.2 Hubungan Sikap Dengan Pencapaian 51

Mata Pelajaran Kimia

5.3.3 Hubungan Minat Dengan Pencapaian 52

Mata Pelajaran Kimia

5.4 Rumusan dan Kesimpulan 53

5.5 Cadangan Tindakan 54

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 55

5.7 Penutup 56

RUJUKAN 57

LAMPIRAN 60

Page 13: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Bilangan responden yang terlibat 7

3.1 Jadual skala Likert 26

3.2 Pembahagian soalan item sikap dan minat 27

3.3 Senarai kebolehpercayaan item sikap dan minat 28

3.4 Klasifikasi kekuatan perhubungan korelasi 29

4.1 Taburan kursus pengajian responden 31

4.2 Taburan jantina responden 31

4.3 Taburan bangsa responden 32

4.4 Taburan keputusan mata pelajaran Kimia Organik 1 33

responden

4.5 Taburan kekerapan dan peratusan bagi sikap terhadap 37

mata pelajaran kimia

4.6 Taburan min dan sisihan piawai keseluruhan bagi 39

sikap pelajar

4.7 Taburan kekerapan dan peratusan bagi minat terhadap 43

mata pelajaran kimia

4.8 Taburan min dan sisihan piawai keseluruhan bagi 45

minat pelajar

4.9 Analisis ujian-t bagi sikap pelajar lelaki dan perempuan 45

terhadap mata pelajaran kimia

Page 14: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

xii

4.10 Analisis ujian-t bagi minat pelajar lelaki dan perempuan 46

terhadap mata pelajaran kimia

4.11 Analisis korelasi Pearson antara sikap dengan pencapaian 46

kimia

4.12 Analisis korelasi Pearson antara minat dengan pencapaian 47

kimia

Page 15: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model pembentukan sikap Fishbein dan Ajzen 15

Page 16: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

xiv

SENARAI SINGKATAN

SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Set soal selidik 60

B Jadual Morgan 66

C Senarai kebolehpercayaan Alpha bagi item sikap dan minat 68

Page 18: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

Usaha ini adalah untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian supaya dapat

melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2000).

Bagi melahirkan insan yang memberikan tenaga ikhtisas yang cemerlang serta

mampu memberi sumbangan terhadap negara, sains dan teknologi memainkan peranan

yang amat penting. Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan

yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta rohani dalam menuju

era globalisasi yang begitu canggih pada masa kini.

Page 19: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

2

Sains adalah suatu asas pembelajaran secara sistematik melalui pembuktian

dengan eksperimen. Sains dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti fizik, kimia,

biologi dan sebagainya. Kimia adalah sesuatu yang istimewa dan mengagumkan di mana

dapat menenang dan menyenangkan pemikiran. Kimia juga mempunyai aspek

keindahan (aesthetic) dan dramatik dan kebanyakan pelajar seronok melakukan kerja-

kerja amali yang dramatik (Abu Hassan, 2003).

Pelajaran kimia melibatkan penyelesaian masalah secara memperolehi atau

mengumpul bukti, menilai kebolehpercayaannya, kemudian menggunakan hasil-hasilnya

untuk membuat pertimbangan sebelum sesuatu keputusan atau tindakan diambil. Kaedah

pengumpulan bukti semasa menyelesaikan masalah dalam kimia adalah tersusun,

dengan menggunakan pendekatan saintifik (Abu Hassan, 2003). Justeru, ilmu kimia

perlu dikuasai pelajar supaya mereka dapat menangani perubahan yang berlaku dalam

kehidupan yang semakin berteraskan kepada sains dan teknologi, seterusnya memberi

sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi demi meningkatkan kehidupan

manusia sejagat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mengikut Jersild (1978), waktu remaja merupakan masa yang sangat

mengelirukan kerana remaja pada masa itu berasa sukar untuk menentukan peranan yang

sesuai yang boleh dimainkan oleh mereka. Ini adalah kerana pada waktu itu, mereka

sedang mengalami proses transisi iaitu persimpangan dari alam kanak-kanak ke alam

remaja. Perubahan berlaku bukan sahaja dari segi fizikal, mental dan psikologikal tetapi

juga dari segi personaliti seperti emosi, moral dan keagamaan.

Mengikut Harlock (1973), terdapat pula para remaja apabila umurnya semakin

meningkat, maka semakin kurang mereka melahirkan emosi, sebaliknya lebih banyak

menyimpan atau memendam perasaan. Jadi, pada peringkat ini para remaja akan

Page 20: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

3

terbentuk sikap dibentuk oleh objek, arah dan keamatan. Objek merupakan aspek

kognitif dan intelektual bagi pengalaman. Arah dibentuk oleh perasaan seperti suka dan

benci terhadap objek dilakukan dan pengalaman intelektual.

Kefahaman pelajar tentang konsep sains berdasarkan kepada penyusunan

konstruktivisme yang menyatakan bahawa pelajar memilih dan menyusun maklumat

serta membina makna daripada maklumat yang diterima (Kelly, 1955). Menurut

Comenius (1970), pada peringkat awal atau muda seseorang itu lebih senang dibentuk

berbanding peringkat yang lebih berumur. Jika penjelasan guru tidak selari dengan

pemahaman pelajar, kesannya pelajar akan menghadapi masalah miskonsepsi atau salah

tanggapan terhadap konsep tersebut (Aziz dan Hasnah, 1990).

Berlakunya masalah miskonsepsi ini akan terus membawa kepada faktor minat

yang berkurangan terhadap pembelajaran sains. Ini kerana pelajar itu akan cepat bosan

dan menjejaskan pelajaran mereka. Jika kefahaman yang salah ini diabaikan dan tidak

diperbaiki, kefahaman serta kepercayaan pelajar terhadap maklumat yang diterima akan

terus kekal dalam pemikiran pelajar (Rutherord dan Ahlgern, 1982). Pemikiran yang

salah ini akan terus kekal dalam minda pelajar menyebabkan mereka kurang berminat

untuk mempelajari perkara yang benar. Ekoran itu juga akan memberi kesan kepada

sikap pelajar. Pelajar yang tidak berminat dengan sains akan menunjukkan sikap yang

negatif terhadap mata pelajaran sains.

Pelajar yang mempunyai sikap negatif dan minat yang rendah terhadap sesuatu

mata pelajaran biasanya akan menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan

dalam mata pelajaran tersebut. Memandangkan pencapaian akademik yang rendah akan

membawa kesan negatif kepada pembangunan negara, maka adalah penting untuk

diadakan kajian bagi mengenal pasti adakah faktor sikap dan minat mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar-pelajar. Tindakan ini adalah penting bagi membolehkan

pihak yang berkenaan membuat perancangan dan strategi yang tepat berdasarkan

dapatan-dapatan kajian yang dijalankan.

Page 21: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

4

1.3 Pernyataan Masalah

Pada kebiasaannya, masalah pembelajaran seseorang pelajar hanya dapat diukur

menerusi pencapaian akademiknya di dalam sesuatu peperiksaan. Sehubungan dengan

itu, diketahui bahawa setiap individu mempunyai keupayaan dan permasalahan yang

tersendiri. Perkara ini disebabkan kerana wujudnya perbandingan yang berbeza bagi

setiap individu dari segi kebolehan menaakul, berfikiran logik, kebolehan berbahasa,

mengira dan berimaginasi.

Revinathan a/l V.Raman Nair (1995), dalam kajiannya menyatakan bahawa

terdapat penyelidik yang berminat terhadap pemikiran pelajar-pelajar tentang sesuatu

kurikulum atau sekolah. Kajian-kajian sedemikian digalakkan berikutan pengiktirafan

unsur-unsur pengaruh pelajar-pelajar terhadap pembelajaran sesuatu kurikulum

(Berliner, 1976).

Berdasarkan pengalaman pengkaji sendiri berkenaan dengan sikap dan minat

terhadap mata pelajaran kimia yang diajar di peringkat universiti, maka pengkaji ingin

mengkaji adakah faktor sikap dan minat terhadap mata pelajaran kimia mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, pengkaji juga ingin

mengkaji sama ada terdapat perbezaan sikap dan minat antara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan terhadap mata pelajaran kimia.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sikap dan minat pelajar-pelajar 3SPC

dan 3SPK terhadap mata pelajaran kimia. Kajian ini juga bertujuan melihat

kemungkinan wujud perhubungan antara faktor-faktor ini dengan prestasi kimia mereka

serta kemungkinan wujud perbezaan sikap dan minat antara pelajar lelaki dengan pelajar

perempuan terhadap mata pelajaran kimia.

Page 22: HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN … · Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta

5

Berdasarkan pernyataan masalah di atas, secara spesifik objektif kajian ini adalah

untuk:

i. Mengenal pasti sikap dan minat pelajar-pelajar 3SPC dan 3SPK dalam

mata pelajaran kimia.

ii. Mengenal pasti perbezaan sikap dan minat terhadap mata pelajaran kimia

antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

iii. Mengenal pasti adakah terdapat hubungan antara aspek sikap pelajar-

pelajar 3SPC dan 3SPK dengan pencapaian mata pelajaran kimia mereka.

iv. Mengenal pasti adakah terdapat hubungan antara aspek minat pelajar-

pelajar 3SPC dan 3SPK dengan pencapaian mata pelajaran kimia mereka.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan seperti berikut:

i. Adakah pelajar-pelajar 3SPC dan 3SPK mempunyai sikap positif dan

minat yang tinggi terhadap mata pelajaran kimia.

ii. Adakah terdapat perbezaan sikap dan minat antara pelajar lelaki dan

pelajar perempuan terhadap mata pelajaran kimia.

iii. Adakah terdapat hubungan di antara sikap dengan pencapaian mata

pelajaran kimia pelajar-pelajar 3SPC dan 3SPK.

iv. Adakah terdapat hubungan di antara minat dengan pencapaian mata

pelajaran kimia pelajar-pelajar 3SPC dan 3SPK.