123
HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA Malaysia sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar dengan mengamalkan prinsip rundingan, keterbukaan dan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. YAB Perdana Menteri telah mengadakan lawatan rasmi ke Uzbekistan selama empat hari dalam usaha menjalin hubungan dua hala yang lebih mesra dan akrab antara kedua-dua buah negara. Semasa pertemuan YAB Perdana Menteri dengan Presiden Uzbekistan, kedua-dua belah pihak telah bersepakat untuk mengukuhkan kerjasama politik dan meningkatkan kerjasama ekonomi. YAB Perdana Menteri turut mengadakan mesyuarat delegasi dan pemeteraian dua memorandum persefahaman berkaitan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi serta pengajian dengan Uzbekistan.

Hubungan Diplomatik Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pa

Citation preview

HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIAMalaysia sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar dengan mengamalkan prinsip rundingan, keterbukaan dan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

YAB Perdana Menteri telah mengadakan lawatan rasmi ke Uzbekistan selama empat hari dalam usaha menjalin hubungan dua hala yang lebih mesra dan akrab antara kedua-dua buah negara. Semasa pertemuan YAB Perdana Menteri dengan Presiden Uzbekistan, kedua-dua belah pihak telah bersepakat untuk mengukuhkan kerjasama politik dan meningkatkan kerjasama ekonomi.

YAB Perdana Menteri turut mengadakan mesyuarat delegasi dan pemeteraian dua memorandum persefahaman berkaitan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi serta pengajian dengan Uzbekistan.

Catatan Hubungan Diplomatik antara Korea-Indonesia1949.12 Pengakuan Negara Republik Indonesia1966.08 Hubungan tingkat Konsulat dengan Indonesia terjalin1966.12 Korea membuka Konsulat Jenderal di Jakarta1968.02 Indonesia membuka Konsulat Jenderal di Seoul1973.09 Hubungan diplomatik tingkat Duta Besar terjalin

Tukar-menukar Kunjungan Pejabat Tinggi Pemerintah2000.02 Presiden Wahid melakukan kunjungan kenegaraan ke Korea2000.10 Presiden Wahid melakukan kunjungan ke Korea (ASEM)2000.11 Presiden Kim Dae-jung melakukan kunjungan kenegaraan ke Indonesia2002.03 Presiden Megawati melakukan kunjungan kenegaraan ke Korea2003.07 Menteri Luar Negeri Yoon Young-kwan melakukan kunjungan ke Indonesia(ASEM)2003.12 Utusan Khusus Presiden Nana Suteresna melakukan kunjungan ke Korea2004.05 Menteri Luar Negeri Hasan Wirajuda melakukan kunjungan ke Korea2005.01 Perdana Menteri Lee Hae-chan melakukan kunjungan ke Indonesia(Asia-Africa Summit Meeting)2005.11 KTT Korea-Indonesia (APEC, Busan)2006.02 Utusan Khusus Presiden Nana Suteresna melakukan kunjungan ke Korea2006.04 Menteri Luar Negeri Ban Ki-moon melakukan kunjungan ke Indoneisa2006.04 Ketua DPR Agung Raksono melakukan kunjungan ke Korea2006.12 Presiden Roh Moo-hyun melakukan kunjungan kenegaraan ke Indonesia(Joint Declaration on Strategic Partnership between RI and ROK)2007.07 Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melakukan kunjungan kenegaraan ke Korea2007.12 Sekjen PBB Ban Ki-moon melakukan kunjungan kenegaraan ke Indonesia2008.02 Wakil Presiden M Jusuf Kalla melakukan kunjungan ke Korea(Upacara pelantikan Presiden Lee Myung-bak)2008.07 KTT Korea-Indonesia (G-8)2009.01 Menteri Luar Negeri Yu Myung-hwan melakukan kunjungan ke Indonesia2009.03 Presiden Lee Myung-bak melakukan kunjungan kenegaraan ke Indonesia2009.05 Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melakukan kunjungan kenegaraan ke Korea(Korea-ASEAN Commemorative Summit)2010.10 KTT Korea-Indonesia (ASEAN+3)2010.11 Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melakukan kunjungan kenegaraan ke Korea(KTT G-20)2010.12 Presiden Lee Myung-bak melakukan kunjungan kenegaraan ke Indonesia(Memimpin bersama Bali Democratic Forum dengan Presiden RI)2011.07 Menteri Luar Negeri Kim Sung-hwan melakukan kunjungan ke Indonesia(ASEAN+3, Korea-ASEAN, EAS, ARF Ministerial Meeting)2011.11 Presiden Lee Myung-bak melakukan kunjungan kenegaraan ke Indonesia(KTT ASEAN+3, Korea-ASEAN, EAS)2012.03 Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melakukan kunjungan kenegaraan ke Korea(KTT Keamanan Nuklir Seoul 2012)2012.11 Presiden Lee Myung-bak melakukan kunjungan kenegaraan ke Indonesia(Bali Democratic Forum

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa hadapannnya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan

Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

Dasar Pertahanan Negara mencerminkan hasrat negara untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan strategiknya dan memelihara keselamatan negara. Dasar pertahanan menggariskan tiga asas utama, iaitu kepentingan-kepentingan strategik negara, prinsip-prinsip pertahanan dan konsep pertahanan. Ia menekankan keperluan mengekalkan sekitaran kawasan kepentingan strategik negara yang stabil dan aman.

Kawasan kepentingan strategik negara dapat dilihat dari tiga lapisan iaitu kawasan terdekat, serantau dan global. Kawasan terdekat termasuk wilayah daratan, perairan negara, ruang angkasa, Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), Selat Melaka dan laluan pintu keluar masuknya, dan Selat Singapura selain jaluran laluan perhubungan laut dan udara yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Kawasan serantau yang dianggap penting oleh Malaysia meliputi Asia Tenggara, termasuk Kepulauan Andaman dan juga Laut China Selatan. Malaysia melihat sebarang perkembangan di rantau ini akan juga memberi kesan kepada keselamatan dan pembangunannya. Ini adalah penting kerana Malaysia berkongsi sempadan darat atau laut atau kedua-duanya dengan hampir setiap negara anggota ASEAN. Sebarang gangguan kepada keselamatan rantau ini, sama ada berbentuk konflik dalaman rantau atau luaran rantau, akan membawa kesan ke atas keselamatan negara.

Hubungan dagangan negara yang kian berkembang, adanya pasaran baru untuk hasil-hasil keluarannya, pelaburan asing yang bertambah dan pengambilalihan negara terhadap syarikat-syarikat swasta yang memiliki kepentiangan-kepentingan di seluruh dunia, telah menjadikan kepentingnan-kepentingan negara menjangkau luar dari kawasan terdekat dan serantau. Berdasarkan keadaan sedemikian, maka adalah menjadi kepentingan negara untuk memastikan keamanan dunia terpelihara.

Dengan mengambilkira faktor-faktor kepentingan strategik negara dan persaingan dalam pelbagai kepentingannya yang lain, pertahanan Malaysia berkisar sekitar prinsip-prinsip utama iaitu Keupayaan untuk Berdikari, Kerjasama Serantau dan Bantuan Luar.

Sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat, Malaysia menyedari bahawa langkah yang paling wajar untuk memelihara kepentingan dan keselamatan negara adalah melalui usaha ke arah keupayaan berdikari yang merupakan teras dasar pertahanan negara. Prinsip ini memberi penekanan kepada keupayaan berdikari Angkatan Tentera dalam struktur keupayaan berdikari nasional. Ianya melibatkan tidak hanya pasukan tempur tetapi juga rangkaian sokongan logistik cetusan kerjasama industri-ketenteraan yang sejajar dengan keutamaan program pembangunan negara. Dalam hubungan ini, keupayaan berdikari tidaklah terhad kepada usaha-usaha Angkatan Tentera semata-mata tetapi sewajarnya melibatkan semua agensi Kerajaan yang berkaitan dan rakyat jelata. Walau bagaimanapun, dengan mengambilkira had-hadnya, keupayaan berdikaris negara umumnya berasaskan dua landasan. Pertama, memiliki keupayaan untuk bertindak bersendirian tanpa bantuan luar dalam perkara-perkara berkenaan keselamatan dalam negeri, dan kedua, memiliki keupayaan untuk bertindak bersendirian dalam mempertahankan kedaulatan wilayah dan kepentingan-kepentingan keselamatan dalam lingkungan kawasan terdekat dari ancaman-ancaman luar tahap rendah dan pertengahan.

Oleh kerana kedudukan geografi negara di tengah-tengah Asia Tenggara, tidak dapat tidak kepentingan-kepentingan strategik Malaysia mempunyai pertalian yang rapat dengan negara-negara serantau yang lain. Berdasarkan kedudukan ini, keselamatan Malaysia adalah sebahagian daripada keselamatan negara-negara anggota ASEAN. Dengan demikian, sebarang ancaman terhadap ASEAN atau ke atas mana-mana negara ASEAN adalah juga dilihat sebagai ancaman kepada Malaysia. Dengan demikian sewajarnyalah, Malaysia memberi keutamaan kepada kerjasama serantau.

Dalam konteks kerjasama serantau, Malaysia juga memberi sokongan terhadap mengwujudkan hubungan kerjasama pertahanan dua hala di kalangan negara-negara ASEAN. Satu rangkaian kerjasama pertahanan dua hala dengan negara-negara ASEAN akan banyak membantu dalam proses membina keyakinan dan menggalakkan ketelusan. Seiring dengan pendekatan ini, Malaysia akan menggalak dan menyumbang ke arah membangunkan suatu kesatuan ASEAN yang teguh dan berkesan untuk memastikan Asia Tenggara yang aman.

Malaysia melihat penubuhan Forum Serantau ASEAN (ASEAN Rgional Forum ARF) sebagai satu perkembangan penting ke arah kesinambungan keamanan dan kestabilan serantau. Inisiatif ASEAN ini telah berjaya membawa bersama ahli-ahli untuk berkongsi pandangan mengenai masalah keselamatan yang melibatkan kepentingan bersama. Proses dialog yang dilaksanakan terbukti merupakan mekanisme penting ke arah membina keyakinan. Aktiviti-aktiviti ARF akan dapat mengwujudkan kerjasama yang lebih akrab serta persefahaman yang lebih baik di kalangan peserta ARF.

Bagi melengkapi usaha-usaha kerjasama serantau, Malaysia juga menyedari perlunya untuk mendapat bantuan luar dari negara-negara luar rantau. Bantuan tersebut meliputi sokongan moral dan fizikal, kemudahan-kemudahan latihan, pemindahan teknologi dan bekalan peralatan. Ke arah usaha ini, Malaysia telah mengambil langkah untuk menjalin dan meningkatkan hubungan pertahanan dengan negara-negara luar rantau. Sungguh pun negara bertanggungjawab terhadap prinsip Kawasan Aman, Bebas dan Berkeculai (ZOPFAN), ini tidak seharusnya mengenepikan keperluan untuk meminta bantuan daripada sumber-sumber di luar rantau apabila diperlukan. Ini terutamanya apabila tahap ancaman adalah melebihi keupayaan angkatan tempatan untuk menghadapinya.

MaLAYSIA menganggap peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang dianggotai oleh Singapura, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Malaysia sebagai satu saluran untuk memperolehi bantuan laur. FPDA merupakan satu-satunya peraturan pertahanan bentuk formal yang melibatkan Malaysia dengan negara-negara kuasa luar rantau. Di peringkat awal penubuhan FPDA, negara menyedari bahawa dasar keupayaan berdikari memerlukan jangka masa tertentu untuk dicapai. Lantaran itu, FPDA telah menjadi saluran kepada Malaysia untuk membangun keupayaan pertahanan dengan bantuan negara-negara rakan yang telah sekian lama menjalinkan hubungan pertahanan dengan Malaysia. Corak mekanisme perundignan FPDA membuka ruang kepada negara untuk mendapat bantuan luar dan juga jaminan keselamatan. Malaysia adalah komited dengan pendirian bahawa FPDA masih relevan. Walau bagaimanapun, berdasarkan senario strategik semasa dan peningkatan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), peranan FPDA telah disusun semula untuk mencerminkan keperluan semasa.

Komitmen tegas Malaysia terhadap Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu memerlukan negara berpegang kepada pendirian pertahanan yang bercorak defensif. Sehubungan dengan ini, dasar pertahanan telah menggubal strategi berdasarkan prinsip cegah rintang dan pertahanan menyeluruh. Dasar ini juga menggariskan perlunya mengelakkan terjadinya konflik dalam wilayah sendiri, sama ada dengan mencegahnya dari berlaku, atau melalui cara berdepan dengan musuh sejauh mungkin di luar wilayah Malaysia.

Konsep cegah rintang bertujuan untuk menghindarkan bakal musuh dari mengamalkan dasar-dasar yang bertentangan dengan langkah penyelesaian konflik secara aman. Ini memerlukan pelaksanaan strategi pencegahan di samping usaha-usaha untuk membangunkan sebuah angkatan tentera yang memiliki keupayaan yang mantap untuk menghadapi peperangan . Ini akan memastikan negara mempunyai keupayaan bagi menghalang sebarang tindakan kekerasan atau keganasan oleh pihak lawan.

Konsep pertahanan menyeluruh berkait dengan usaha yang total dan berse.padu yang dilaksanakan oleh Kerajaan, agensi bukan Kerajaan, sektor swasta dan rakyat jelata dalam mempertahankan negara. Pemeliharaan keutuhan dan kedaulatan Malaysia memerlukan komitmen semua lapisan rakyat, dan tidak hanya oleh Angkatan Tentera. Sungguhpun tugas mempertahankan negara merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan, kewajipan untuk memastikan bahawa pasukan berkenaan mampu menghadapi cabaran adalah tanggungjawab nasional.

Sungguhpun menyedari betapa pentingnya kerjasama serantau dan bantuan luar, Malaysia yakin bahawa dasar keupayaan berdikari seharusnya terus menjadi tonggak pertahanan negara. Sehubungan ini, Malaysia akan terus berusaha ke arah meningkat dan membangunkan keupayaan ATM di samping menggalakkan kesedaran pertahan dan semangat patriotik di kalangan rakyat jelata.

*Kembali

Hakcipta Terpelihara

Usahawan Asean Patut Usahakan Mekanisme Untuk Kepentingan Bersama

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Para usahawan Asean seharusnya mengusahakan mekanisme untuk kepentingan bersama dalam memanfaatkan pertumbuhan ekonomi di Asia, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Datuk Seri Hilmi Yahaya.

Beliau berkata dengan menggemblengkan kelebihan masing-masing, usahawan Asean boleh membentuk satu kekuatan dalam menjalankan perniagaan dengan negara ekonomi berkuasa besar China dan India.

Bercakap pada sesi Simposium Usahawan Muda Asean Pertama di sini, Hilmi berkata China dan India memerlukan jumlah besar bahan mentah bagi mengekalkan pertumbuhan mereka dan negara-negara Asean boleh mengambil kesempatan ini.

"Contohnya, Malaysia dan Indonesia menyediakan kebanyakan bekalan minyak mentah dunia sementara dengan Thailand, ketiga-tiga negara ini menguasai sebahagian besar bekalan getah dunia. Ini baru hanya dua komoditi," kata beliau.

Menurut Hilmi, jika negara-negara Asean bergabung tenaga, mereka boleh mengenalpasti komoditi dan bahan mentah lain di mana bekalan yang telah disatukan ini menguasai sebahagian besar eksport kedua-dua ekonomi besar berkenaan.

"Dengan demikian, dengan bekerja sebagai sebuah pasukan, usahawan Asean boleh sama-sama memanfaatkan kekuatan masing-masing dari segi etnik dan kecekapan," kata beliau.

Hilmi juga berkata masih terdapat lagi ruang bagi usahawan muda Asean untuk bekerjasama dan mendalami kelebihan masing-masing.

"Sementara terdapat banyak persamaan di antara negara-negara Asean, negara-negara Asean juga telah menonjol dalam banyak bidang lain," kata beliau.

"Sebagai usahawan muda dari satu bahagian dunia yang telah mencapai pertumbuhan rancak, anda semua boleh menggunakan kekuatan ini untuk kepentingan anda," kata beliau.

-- BERNAMA

Kepentingan Bersama" Merupakan Asas bagi Kerjasama Strategik China-ASEAN2010-10-21 12:02:37CRICetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-7 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN sedang diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China. Ekspo tersebut telah menarik perhatian syarikat dari dalam dan luar negara. Jumlah gerai pameran mencecah 5,360 buah, lebih 34% daripada yang dirancangkan pada asalnya. 10 buah negara anggota ASEAN dan Sekretariat ASEAN telah menyediakan 1,345 buah gerai pameran dan jumlah ini meningkat 15.2% berbanding dengan ekspo yang sebelumnya. Pemimpin negara dan tokoh pelbagai lapisan masyarakat dari China dan pelbagai negara anggota ASEAN menyatakan bahawa kedua-dua pihak perlu mencari persamaan dan mengetepikan perbezaan, "kepentingan bersama" merupakan asas bagi meningkatkan kerjasama strategik China-ASEAN.

Naib Menteri Perdagangan China merangkap Wakil Perunding Perdagangan Antarabangsa, Gao Hucheng ketika berucap dalam upacara perasmian ekspo kali ini berkata, China dan ASEAN telah menjayakan CAEXPO sebanyak 6 kali. Ekspo tersebut merupakan wadah untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan, serta memberi manfaat kepada syarikat dan rakyat kedua-dua pihak.

Naib Presiden Indonesia, Boediono juga menyatakan, China telah menyediakan banyak peluang kepada ASEAN. Sementara itu, kemakmuran dan kestabilan di ASEAN juga menguntungkan pihak China. Menurut beliau, krisis kewangan antarabangsa telah membantu meningkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak ini.

Kumpulan Elektrik Huandian China telah membina beberapa projek stesen janakuasa elektrik di Indonesia. Naib pengurus besar kumpulan itu, Deng Jianling berkata, pihaknya mempunyai rakan kerjasama yang amat baik di negara tersebut. Pihak Indonesia telah menyediakan banyak maklumat yang penting kepada syarikatnya untuk menjayakan pembinaan projek-projek tersebut.

Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Elektrik Shanghai, Zhou Zhizhu berkata, 5 projek syarikatnya di Indonesia beroperasi dengan baik pada masa ini. Kerajaan tempatan dan syarikat di negara tersebut menyediakan sokongan yang amat besar kepada syarikatnya.

Menurut pakar-pakar yang berkaitan, perdagangan yang saling melengkapi antara China dengan ASEAN dapat memakmurkan pasaran dalam negeri kedua-dua pihak. Kos pengeluaran besi waja di negara-negara ASEAN amat tinggi dan pengeluarannya tidak cukup. Keadaan ini memberikan peluang kepada pengeksport besi waja China. Sementara itu, China juga merupakan pasaran pengguna yang besar bagi petroleum, bahan mentah plastik, getah dan arang batu yang dihasilkan oleh negara-negara ASEAN.

Pakar dari Akademi Sains Sosial China, Zhang Yunling berkata, hubungan antara China dengan ASEAN bukan hanya terbatas dalam bidang ekonomi sahaja malah juga melibatkan pelbagai bidang yang lain. Kemakmuran di China dan di ASEAN adalah saling menguntungkan kepada kedua-dua pihak.

Ketua Pengarah Institut Pengajian China Akademi Sains Sosial Vietnam, Do Tien Sam berkata, ASEAN dan China perlu meningkatkan aktiviti pertukaran, kerjasama dan hubungan persahabatan serta menjalinkan hubungan yang stabil bagi jangka masa panjang.

Ahli penyelidik Institut Asia Timur Universiti Nasional Singapura, Dr. Yang Mu pula berkata, ASEAN dan China telah mendapat manfaat daripada kerjasama antara satu sama lain. Jadi, kedua-dua pihak perlu berusaha menghapuskan percanggahan pendapat, mencari persamaan dan mengetepikan perbezaan

Thursday, 29 March 2012

Kenapakah pentingnya Negara mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara yang lain. Bolehkah ia memakmurkan dan memberi kesejahteraan terdahap sistem antarabangsa? Bagaimana?

1.0 PengenalanDi dalam esei yang ringkas ini, penulis membincangkan aspek-aspek utama dalam hubungan diplomatik yang dijalinkan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Aspek-aspek tersebut ialah:

a. Membincangkan kenapa perlu dan pentingnya sesebuah negara untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain dalam pentas antarabangsa; dan

b. Membincangkan bagaimana hubungan diplomatik tersebut dapat memberi manafaat dalam bentuk kemakmuran dan kesejahteraan terhadap sistem antarabangsa dan globalisasi

Menggarap penulisan yang ditulis oleh Robert Jackson dan Georg Sorensen di dalam buku mereka Introduction to International Relations menyatakankan bahawa tujuan utama subjek Hubungan Antarabangsa (HA) diadakan adalah untuk mendedahkan orang-ramai dan juga para pelajar agar dapat memahami struktur populasi dunia yang terdapat pelbagai bangsa yang berbeza agama, ideologi politik, bahasa, budaya, warna kulit, kedudukan ekonomi, kestabilan dan kekuatan pertahanan negara tersebut yang telah mempengaruhi cara penduduk sesuatu negara itu berfikir dan berinterasi dengan dunia luar. [1]

Menurut Karen Mingst di dalam bukunya Approaches to the study of international relation, beliau berpendapat bahawa terdapat tiga pendekatan di dalam membentuk hubungan antarabangsa, iaitu hubungan tradisional, perlakuan (behavioral) dan alternatif[2]. Karen menerangkan hubungan tradisional adalah satu bentuk hubungan tradisi merentasi masa iaitu satu bentuk hubungan diplomasi yang telah sedia ada terjalin. Manakala hubungan antarabangsa atas sebab perlakuan (behavioral) pula adalah satu bentuk hubungan yang dijalin atas sebab-sebab ekonomi, sosiologi, sains politik dan phychology. Sementara itu menurutnya lagi hubungan antarabangsa juga boleh terbentuk atas sebab alternatif yang terdapat beberapa faktor yang mendorong sesuatu negara mengadakan hubungan diplomatik antaranya ialah menunjukkan kerjasama dan usahasama dalam sesuatu dasar, konsep atau objektif yang ingin dicapai secara bersama[3].

Di alam nusantara pula, hubungan antarabangsa dalam bentuk hubungan antrabangsa tradisional ialah apabila urusan perdagangan dan politik yang telah dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab memeteraikan persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran. Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan titik mula perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam. [4]

2.0 Faktor-faktor Yang Membawa Jalinan Hubungan DiplomatikDi dalam konteks moden, hubungan antarabangsa alaf ini adalah sangat kompleks. Berdepan dengan cabaran polemik pertembungan tamadun di antara barat dan dunia Islam, masalah perkaumanan, budaya, bahasa, kepentingan pertahanan serta ekonomi telah mendorong kebanyakkan negara-negara di dunia untuk mewujudkan jalinan persahabatan dalam bentuk hubungan diplomatik yang boleh membawa manafaat kepada kedua-dua negara. Antaranya faktor-faktornya ialah:

2.1 Kepentingan KeselamatanKebanyakkan negara-negara menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain adalah atas kepentingan menjaga keselamatan negara. Sebagai contoh menyingkap tirai sejarah Jerman pada tahun 1870 1890, iaitu selepas penyatuan negara Jerman, Bismarck iaitu pemimpin negara Jerman ketika itu telah mengambil langkah strategik dengan mengadakan hubungan diplomatik di peringkat antarabangsa iaitu di antara Jerman-Austria-Hungary dan juga negara Russia. Ini kerana Bismarck beranggapan bahawa selepas Perancis tewas di tangan Prusia pada 1870-1871, (sebuah wilayah sebelum penyatuan negara Jerman dibentuk), Perancis ingin menyerang balas terhadap Jerman. Dengan membentuk satu pakatan di antara Jerman-Austria-Hungaray dan Russia, Bismarck berjaya menjaga kepentingan negara Jerman daripada aspek keselamatan supaya tidak diserang balas oleh Perancis. [5]

2.2 Kepentingan PertahananTerdapat juga negara-negara yang menjalin persahabatan dengan negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan supaya negaranya mendapat perlindungan daripada diserang oleh negara yang lebih kuat pengaruhnya. Contoh yang jelas ialah apabila negara Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain dilihat menjadi rakan baik kepada Amerika Syarikat dikala terdapat negara-negara Arab yang lain seperti Iraq dan Afghanistan yang telah diserang oleh Amerika Syarikat. Amerika

2.3 Kepentingan Dan Kebergantungan Sumber SemulajadiTerdapat juga sesebuah negara yang menjalinkan hubungan dengan negara luar atas dasar menjaga kepentingan kebergantungan sumber semulajadi seperti air dan minyak. Sebagai contoh yang paling klasik ialah tentang Perjanjian Bekalan Air Johor-Singapura. Kedudukan Singapura dianggap sebagai water-stressed country kerana mengalami kekurangan sumber bekalan air yang mana Singapura amat bergantung kepada Johor bagi mendapatkan bekalan air tambahan untuk menampung keperluan negara tersebut dari segi kepesatan ekonomi dan bagi menampung peningkatan populasi. Justeru itu pihak Jabatan Air, Public Utilities Board, Singapore (PUB) telah merangka strategi untuk memastikan bekalan air Singapura mencukupi untuk menampung keperluan masa depan dan mengurangkan pergantungan kepada bekalan air Johor. [6] PUB merupakan agensi yang terlibat sepenuhnya dalam menguruskan perbekalan dan sumber air di Singapura seperti mengintergrasikan sumber air termasuk penyediaan kolam air, sistem pengaliran, kerja-kerja pengairan, sungai dan penambakan.

Pergantungan ini dilihat sebagai liabiliti kepada kedua-dua negara Singapura dan juga Malaysia. Ini kerana ia melibatkan beberapa isu politik yang menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura pernah tegang pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamed. Namun begitu, kedua-dua negara terus menjalinkan hubungan diplomatik yang baik bagi menjamin kepentingan ini tercapai serta keharmonian semangat kejiranan diantara dua negara dapat dijayakan. Malaysia kini pada era pemerintahan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak sedang dalam usaha membuat kajian semula dalam perjanjian air Johor-Singapura. Malaysia berkepentingan menarik pelabur Singapura untuk melabur di Malaysia dan sebaliknya Singapura masih bergantung kepada Johor untuk membekalkan air kepada republik itu.

2.4 Kepentingan Untuk Mendapat Pengiktirafan Diperingkat AntarabangsaMenurut Juegen Kleiner di dalam bukunyaDiplomatic practice between tradition and innovation kedaulatan dan pengiktifaran sesebuah negara itu dapat dicapai apabila negara tersebut mendapat pengiktirafan hasil daripada mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain. Menurutnya lagi sebagaimana yang terkandung di dalam Article 14 of the Charter of the Organisation of American States yang telah dipinda pada tahun 1997, pengiktirafan adalah apabila sesebuah negara yang menjalin hubungan diplomatik itu diterima oleh masyarakat antarabangsa dengan mematuhi undang-undang antarabangsa sebagaimana seperti yang ternukil didalam perjanjian bilateral kedua-dua negara[7].

Dengan ini jelas bahawa antara faktor yang membawa kepada hubungan diplomasi adalah apabila sesebuah negara itu menginginkan negaranya mendapat pengiktirafan daripada masyakat antabangsa yang mungkin atas sebab-sebab politik mahunun ekonomi. Contohnya kewujudan negara Israel yang mana pemimpin Israel yang meraih simpati masyarakat antarabangsa khususnya Britain dan Amerika Syarikat bagi menyokong penempatan kaum Yahudi di Palestin agar dapat ditubuhkan satu negara yang berdaulat. [8]

2.5 Kepentingan Mewujudkan Aspek Keseimbangan Kuasa

Terdapat juga hubungan diplomatik yang dijalinkan atas dasar mewujudkan kesimbangan kuasa. Memetik sejarah berkenaan dengan sumbangan Bismarck dalam menjamin keselamatan Jerman selepas penyatuan negara tersebut antaranya ialah Bismarck tindakannya bagi memastikan bahawa Perancis tidak mempunyai rakan sekutu di kalangan negara-negara Eropah. Stategi Bismack dengan memencilkan Perancis ini adalah bagi memastikan Perancis tidak membalas dendam selepas kalah dalam peperangan terhadap Jerman. Pada masa yang sama Bismack telah mengadakan hubungan yang baik dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Rusia, Austria-Hungary. Pihak British ketika itu iaitu pada tahun 1872, melihat terdapat peralihan dalam aspek keseimbangan kuasa di Benua Eropah. Ini kerana Kerajaan British berpendapat bahawa Bismarck adalah seorang yang lebih berpengaruh berbanding Napoleon III dan Odo Russell. [9]

3.0 Manafaat Yang Boleh Dicapai Melalui Hubungan DiplomatikSeterusnya penulis akan membincangkan manafaat yang boleh diperolehi dari aspek kemakmuran dan kesejahteraan hasil daripada hubungan diplomatik yang dijalin oleh sesebuah negara dengan negara yang lain. Antaranya ialah:

3.1 Aspek Keselamatan dan KeamananHasil daripada jalinan diplomatik yang telah diwujudkan diantara dua negara, aspek keselamatan dapat dicapai dengan strategi mengadakan hubungan berbaik-baik diantara dua negara tersebut. Contohnya dalam kejayaan dan peranan Bismarck mengekalkan keselamatan Jerman dengan mengadakan polisi luar negara dengan mengadakan hubungan diplomasi dengan Rusia, Austria-Hungary. Bismarck juga mempromosikan bahawa Jerman adalah sebuah negara yang sukakan keamanan dengan menawarkan Berlin sebagai hub rundingan damai kepada konflik negara-negara Balkan dengan Kerajaan Uthaminyah di Turki. Hasilnya Bismarck mendapat manafaat hasil daripada usahanya dan strategi beliau dengan dalam menjamin keselamatan Jerman sebagai sebuah negara yang baru diwujudkan selepas penyatuannya pada tahun 1890 an.

3.2 Aspek EkonomiSelepas Peperangan Dunia ke-2, terdapat pertumbuhan ekonomi yang pesat terutama sekali selepas tahun 1973. Pada ketika itu dunia menghadapi krisis minyak yang teruk kesan daripada perang teluk. [10] Oleh sebab permintaan minyak yang menjana kepentingan dan keperluan ekonomi sesebuah negara, maka kerjasama ekonomi dibentuk dengan tujuan untuk mengawal selia kestabilan harga minyak dunia.

Kerjasama ekonomi juga dapat dilihat dengan mengadakan perjanjian Free Trade Agreement (Perjanjian Perdagangan Bebas) diantara negara-negara terbabit. Contohnya Malaysia telah mengecapi pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dengan mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas dengan negara-negara maju seperti Jepun. Jepun menjadi rakan pelabur yang utama di era Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri Malaysia. Berikut adalah senarai-senarai perjanjian yang telah dicapai oleh Malaysia melalui hubungan diplomatik:

Peranan dan penglibatan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan serantau khususnya dalam aspek politik dan keselamatan

Pengenalan:

Asia Tenggara merupakan satu perkataan baru yang hanya muncul pada masa Perang Dunia Kedua sebelum ini hanya lebih dikenali dengan panggilan Alam Melayu . Umumnya Asia Tenggara meliputi dua jenis masyarakat besar iaitu negeri-negeri di Tanah Besar dan negeri-negeri kepulauan. Kedua-duannya terdiri daripaa Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Myanmar, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina.[1] Kerjasama serantau di antara negara-negara di Asia Tenggara ini sebenarnya telah bermula sejak abad yang ke-13 lagi. Kerjasama serantau ketika itu meliputi tiga aspek besar iaitu kerjasama dari sudut sosiobudaya, politik, dan diplomasi serta perdagangan dan ekonomi. Namun kerjasama ketika itu melibatkan dua buah negara sahaja contohnya hubungan Siam dengan Melaka, Myanmar dengan Siam dan Majapahit dengan negeri-negeri Nusantara [2].

Sejarah kerjasama serantau di Asia Tenggara selepas kemerdekaan boleh dikesan daripada cadangan Tunku Abdul Rahman kepada Presiden Garcia (Filipina) pada bulan Januari 1959 untuk menubuhkan sebuah persatuan bukan politik di kalangan negara-negara Asia Tenggara bagi meningkatkan kerjasama politik, ekonomi dan sosial. Kerjasama serantau pertama yang ditubuhkan ialah Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara ( Southeast Asian Friendship and Economic Treaty atau ringkasnya SEAFET) pada tahun 1959 yang dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina. Kedua diikuti dengan Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 yang dianggotai oleh Tanah Melayu, Thailanad, Filipina. Kerjasama serantau Asia Tenggara yang ketiga ialah MAPHILINDO yang ditubuhkan pada tahun 1963 dan dianggotai oleh Tanah Melayu , Filipina dan Indonesia dan kerjasama serantau yang keempat daan merupakan pertubuhan kerjasama yang terakhir ialah Persatuan Negara-negera Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan pada tahun 1967 dan dianggotai oleh 10 buah negara secara berperingkat iaitu Malaysia, Thailand. Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos, Kemboja, Hanoi, Pertubuhan ini kekal hingga ke hari ini.

Penulisan ini akan membincangkan peranan dan penglibatan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan serantau khususnya dalam aspek politik dan keselamatan. Penulis akan cuba mengupas dan mengalurkan peranan yang telah dimainkan oleh Malaysia dalam menyelesaikan beberapa isu dengan menjaga hubungan dan semangat setiakawan ASEAN.Selain daripada menjalinkan hubungan diplomatic, Malaysia juga telah menggunakan kaedah atau pendaktan rundingan, bertolak-ansur, cara diplomasi dan yang lebih menarik lagi Malaysia telah memainkan peranan sebagai orang perantaraan dalam menyelesaikan isu-isu yang melibatkan dua buah negara yang bertelagah seperti yang berlaku di Kemboja. Di mana Malaysia telah bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan prgolakan politik yang berlaku di Kemboja. Selain daripada itu, penulis cuba memperlihatkan peranan dan penglibatan Malaysia dalam menyelesaikan isu tuntutan bertindih dengan cara rundingan dan cuba menyelesaikan sebarang pertikaian melalui ICJ. Isu Malaysia-Singapura juga turut dilihat bagi menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa mendukung hasrat murni untuk menjalinkan hubungan baik dengan negara jiran.

SEBAB-SEBAB PERLUNYA KEPADA KERJASAMA SERANTAU

Sebagai sebuah negara yang baru dibebaskan dari belenggu penjajahan dan menghirup angin kemerdekaan , negara-negara di Asia Tenggara menghadapi pelbagai masalah dalam mengatur dasar luar negara mereka. Ini menyebabkan timbulnya tekanan ke atas soal-soal menubuhkan satu pakatan kerjasama di rantau Asia Tenggara. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ini:

a. Terdapatnya tekanan nasionalismanya sendiri agar negara yang baru merdeka itu mengambil mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima sebagai setaraf dengan negara lain di dunia,

b. Kemampuan yang begitu terhad serta keadaan dalam negara yang serba kekurangan seperti keadaan politik yang tidak stabil, masyarakat yang terbahagi-bahagi dan ekonomi yang begitu lemah,

c. Asia Tenggara merupakan satu rantau yang strategik tetapi paling lemah kerana berpecah-belah dan kucar-kacir. Pengalaman sejarah menunjukkan bahawa keadaan sedemikian memudahkan kuasa-kuasa besar dunia menjadikanya sebagai gelanggang pertelagahan. Dalam era Perang Dingin, Asia Tenggara menjadi salah satu tumpuan perebutan kuasa Barat dengan komunis.

d. Negara-negara Asia Tenggara sedang menghadapi tugas-tugas besar dalam menegakkan perpaduan negara dan memperbaiki ekonomi yang masih berbentuk kolonial. Keadaan luar yang tidak stabil akan memberatkan lagi tugas-tugas ini. Di samping itu terdapat pelbagai gejala yang dapat mencetuskan pertikaian sesama sendiri terutama dalam soal-soal yang belum selesai hasil kolonialisma seperti isu sempadan negara, taburan ethnik dan semangat kedaerahan serta wujudnya perbezaan pandangan dan ideolgi setiap negara serantau. Burma dengan neutral-ssosialis, Thai- terikat kuat pada Amerika Syarikat, Indonesia militant-nationalist, Filipina dianggap sebagai ranting Asia Ameria Syarikat, Vietnam Utara, nationals / communist dan sebagainya.[3]

Di atas kesedaran ini maka Malaysia sebagai sebuah negara yang terawal menyedari akan hakikat pentingnya kepada penubuhan kerjasama serantau ini membuat satu kesimpulan bahawa keselamatan negara-negara serantau di Asia Tenggara tidak akan terjamin selagi ianya masih hidup berpecah-belah dan membawa haluan masing-masing. Perpaduan adalah mesti untuk membangunn dengan lebih sempurna terutama dari terus bergantung pada kuasa-kuasa luar.

Kerjasama ini dapat dilihat dalam peringkat ASEAN dan dunia luar dalam aspek politik dan keselamatan, ekonomi dan sosial. Dalam peringkat kerjasama dalam ASEAN tujuannya adalah demi kepentingan pengukuhan ASEAN manakala kerjasama ASEAN dengan dunia luar adalah lebih berperanan dalam perdagangan antarabangsa atau lebih kepada kepentingan ekonomi. Dalam hal ini Malaysia telah mengatur langkah-langkah tertentu di arena politik antarabangsa . Oleh itu, penekanan diberikan kepada soal-soal menubuhkan pakatan kerjasama serantau, mengadakan satu jaminan keselamatan yang membolehkan tenaga ditumpukan ke arah penglibatan isu-isu politik dunia mengikut kemampuan dan kepentingan nasional dari semasa ke semasa. Dalam usaha membina dan mengukuhkan kerjasama serantau ini Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan dan penglibatan dalam beberapa isu di Asia Tenggara.

Dasar Luar Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang pastinya tidak mampu hidup bersendirian. Atas kesedaran ini, Malaysia berpendapat kerjsama serantau adalah merupakan agenda penting dalam hubungan luarnya untuk mengujudkan kestabilan serantau dalam menghadapi ancaman musuh. Peranan dan penglibatan ini juga penting kepada Malaysia kerana sebagai sebuah negara yang baru merdeka perlu mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima setaraf dengan negara-negara lain di dunia seterusnya mencipta identity sendiri.

Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar negara bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Pada hakikatnya, walaupun terdapat pelbagai persepsi dan pengertian mengenai dasar luar negara, setiap dasar luar negara yang dibentuk perlu mengambilkira persekitaran luar yang dinamik. Pengertian di atas juga merujuk kepada dasar luar negara Melaysia. Kepelbagaian faktor geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada pembentukan dan halatuju hubungan anatarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain. Selain daripada faktor-faktor tersebut, faktor globalisasi di ambang perkembangan era komunikasi dan teknologi maklumat juga memainkan peranan yang semakin penting. Walau apa pun faktor-faktornya, objektif dasarnya adalah sama iaitu ke arah menjaga dan mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa[4]. Contohnya dalam konteks ASEAN, kesemua negara anggota ASEAN berganding bahu dalam usaha meningkatkan kerjasama di kalangan ahli-ahalinya. Manakala serantau pula secara umumnya dapat didefinasikan sebagai satu proses yang melibatkan sebahagian negara yang terhad disesuatu rantau berkenaan dan akhirnya dibentuk sebagai suatu rganisasi serantau[5]. Oleh itu kerjasama serantau membawa kepada penyatuan negara-negara dalam keperluan politik, ekonomi dan pertahanan.

Penelitian mendalam dasar luar Malaysia menunjukkan bahawa semenjak tahun 1957 ianya melalui perubahan yang stabil sejajar dengan perubahan pucuk kepimpinan politik negara. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengamalkan dasar anti-komunis dan sikap pro-Barat dengan mengadakan hubungan yang rapat dengan negara-negara Komenwel. Beliau juga telah merintis usaha kepada dasar berkecuali , neutral dan keamanan bersama. Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula, Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan mula dikenali sebagai negara Islam. Semangat ingin berbaik-baik dan mencari rakan baru pada masa itu juga telah merapatkan lagi hubungan Malysia dengan Pertubuhan Negara-negera Berkecualai (NAM). Selain itu, Malaysia turut menggalakkan pelaburan selain daripada sumber-sumber British.

Era kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikan Malaysia mempereratkan hubungan serantau. ASEAN, contohnya telah menjadi prinsip asas kepada dasar luar Malaysia selepas kejatuhan Saigon (sekarang Ho Chi Minh City) pada 1975, pengunduran pengakalan-pengakalan tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan serangan Vietnam ke atas Kampuchea (sekarang Cambodia)

Walau bagaimanapun , dasar luar Malaysia telah melalui perubahan yang dramatik selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981. Di bawah kepimpinan beliau dasar luar Malaysia lebih berorientasikan kepada aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang sama, dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak, kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun dan sokongan kerjasama selatan-selatan.

Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah dapat menyaksikan pelbagai inisiatif. Antaranya, Antartika sebagai hak warisan manusia sejagat, Dasar Pandang ke Timur, Pelaburan Imbal-Balik, Kokus Ekonomi Asia Timur (EAEC), Kumpulan 15 (G 15), Penyatuan Islam dan memperjuangkan hak-hak negara membangun dalam isu-isu alam sekitar, hak asasi manusia serta demokrasi.

Evolusi dasar luar Malaysia di bawah kempat-empat Perdana Menteri setakat ini telah menunjukan bahawa mereka telah memberi respon pragmatik bersesuaian dengan perubahan geopolitik dan ekonomi yang berlaku pada masa itu. Ini kerana untuk terus menjadi relevan kepada keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh berada dalam keadaan static. Ianya memerlukan perubahan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama , kesinambungan dalam konteks dasar luar negara juga perludititikberatkan. Kedua-dua perubahan dan kesinambungan ini sesungguhnya menampakkan rasa yakin diri dan kematangan Malaysia dalam urusan hubungn antarabangsanya.

Malaysia merupakan sebuah negara di rantau ini yang bergerak cergas dalam beberapa pertubuhan serantau bagi meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Pembinaan kerjasama ini telah dimulakan sejak tahun 1950-an lagi. Ini dapat dilihat semasa lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina pada bulan Januari 1959, beliau telah mengumumkan pembentukan Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara (Southeast Asian Frienship and Economic Treaty) yang dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman dan Presiden Filipina , Carlos P. Garcia.

KERJASAMA-KERJASAMA SERANTAU DI ASIA TENGGARA

SEATO / SEAFET

SEATO atau Southeast Asia Trety Organization telah ditubuhkan pada 8 September 1954 di Manila dan merupakan kerjasama yang pertama di rantau Asia Tenggara. Ia hanya dianggotai oleh dua buah negara sahaja iaitu Indonesia dan Filipina dan lebih merupakan satu pakatan ketenteraan SEAFET atau Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara pula ditubuhkan pada Januari 1959 ketika lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina. Ia dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina. Sepanjang penubuhan SEATO dan SEAFET ini tiada kerjasama serantau yang dapat dijalankan. Ini berikutan keengganan beberapa negara untuk menyertai dan merestuinya. Ketika ini sikap nasionalisma kenegaraan masih menebal dan penuh dengan syak wasangka terhadap negara lain lebih-lebih lagi Indonesia yang mendakwa Tanah Melayu dan Filipina masih mempunyai hubungan dengan penjajah. Ini adalah berikutan hubungan Filipina dengan beberapa kuasa Barat melalui SEATO dan Tanah Melayu yang mengikat perjanjian pertahanan dengan Britain melalui AMDA. Namun sebenarnya kerjasama yang disarankan oleh Malaysia adalah berbentuk pakatan ekonomi, kebudayaan dn teknikal dan secara kebetulan mengenai soal-soal keselamatan. Kegagalan usaha Malaysia yang pertama untuk mengujudkan kerjasama sebenarnya adalah disebabkan tanggapan yang salah dari negara jiran dan tekanan politik semasa.

Setelah mendapati SEAFET tidak dapat bertahan lama, Malaysia tidak berputus asa lantas bersama dengan Filipina dan Indonesia mengusahakan penubuhan ASAS (Association of Southeast Asian States) yang kemudiannya dikenali sebagai ASA (Asociation of Southeast Asia) pda 31 Julai 1961. Hasrat Malaysia ingin mewujudkan kerjasama terbukti dengan adanya kerjasama dalam bidang ekonomi, social, budaya, saintifik dan petadbiran. Antara usaha yang dilakukan ialah mengadakan pertukaran maklumat teknik dan kepakaran, menggalakkan pelancongan di antara negara anggota, pertukaran tenaga pengajar antara Universiti Malaya dan Universiti Filipina serta lawatan dan rombongan kebudayaan. Terdapat juga kerjasama dalam bidang perkapalan dan penerbangan namun ianya terbatas akibat daripada penguasaan saham syarikat asing iaitu Scadinavian Airline Sistem (SAS). Malangnya kerjasama ini juga tidak dapat bertahan lama apabila berlakunya perbalahan di mana Filipina menuntut Sabah atau Borneo Utara sebagai sebahagian daripada hak Kesultanan Sulu daripada British semasa penubuhan Malaysia. Malahan Indonesia juga mengumumkan konfrontasi pada Januari 1963 menentang penubuhan Malaysia.

ASA

Setelah gagal dalam usaha menubuhkan suatu kerjasama serantau akibat daripada prasangka beberapa negara yang berfahaman neutrailima, Malaysia sekali lagi berusaha untuk menubuhkan kerjasma serantau namun usahanya kali ini hanya berjaya menarik perhatian negara Thai dan Filipina sahaja. Pada 31 Julai 1961, Persatuan Asia Tenggara (ASA) telah diisytiharkan secara rasmi. Setelah gagal menarik Indonesia menyertai pakatan ini, ASA hanya berpuas hati dengan penyertaan tiga buah negara sahaja iaitu Tanah Melayu, Thailand dan Filipina.

Penubuhan ASA yang disertai dengan Pengisytiharan Bangkok pada 1 Ogos 1961 sebenarnya membawa seribu pengharapan kepada negara anggotanya. Beberapa persetujuan kerjasama dirancang terutama dalam aspek ekonomi dan sosial, budaya, saintifik dan pentadbiran. Pertubuhan ini juga berusaha untuk menubuhkan makenisme berkesan bagi mempertingkatkn kerjasama dalam pelbagai lapangan, terutamanya sains dan pentadbiran, kemudahan latihan dan penyelidikan untuk kepentingan bersama serta berusaha mewujudkan keamanan dan kestabilan politik serantau. Impian ketiga-tiga negara dalam ASA ialah agar kemiskinan di rantau ini dapat dibendung, fahaman komunis dihapuskan seterusnya menjadi sebuh pertubuhan yang bebas dari mana-mana blok kuasa besar.

Melalui ASA beberapa kerajasama ekonomi dan social telah berjaya dilaksanakan. Antaranya ialah seperti membuat pertukaran maklumat, teknik dan kepakaran, penggalakkan di bidang pelancongan, kerjasama di bidang perkapalan dan penerbangan , pertukaran pelajar di anatara universiti seperti di antara Universiti Malaya dan Univeristi Filipina dan yang terakhir ialah kerjasama di bidang kesenian dan kebudayaan iaitu mengadakan rombongan dan lawatan sesama mereka untuk mengeratkan lagi perhubungan dan semangat setiakawan.

Malang sekali, seperti juga SEATO dan SEAFET, ASA juga tidak dapat bertahan lama kerana terdapat beberapa masalah dalaman yang membawa kepada penolakkannya. Antaranya iaah apabila Filipina membantah kemasukan Sabah ke dalam penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang didakwa adalah sebahagian daripada Sulu yang memang berada dalam kawasannya. Filipina akhirnya menarik diri dri menganggotai ASA. Faktor kedua ialah apabila menerima kecaman hebat dari Indonesia berikutan penubuhan Malaysia 1963. Ekoran dari itu, Indonesia telah menjalankan dasar Ganyang Malaysia dalam konfrontasinya terhadap Malaysia pada tahun 1963-1966.

Akibat daripada konfrontasi, ASA sebenarnya tidak dapat bergerak. Walau pun tidak dimansuhkan namun ketiadaan Indonesia sebagai anggota menyebabkan kerjasama sebenar yang diharapkan tidak akan dicapai. Walaupun ketiga-tiga anggota ASA iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina telah bersepakat untuk melupakan perselisihan yang lain dan ingin terus bekerjasama demi faedah bersama.

MAPHILINDO

Pada bulan Julai 1963, Tunku Abdul Rahman, Presiden Sukarno dan Presiden Macapagal telah mengadakan perjumpaan di Manila untuk menyelesaikan perselisihan yang muncul akibat pembentukan Malaysia. Persetujuan dicapai untuh menubuhkan sebuah lagi persatuan serantau yang dinamakan Maphilindo. Ia adalah hasil idea Presiden Filipina, Macapagal yang ingin mewujudkan sebuah Persekutuan Gabungan Dunia Melayu yang agung. Tujuan beliau ialah untuk menghuraikan perbezaan-perbezaan kemerdekaan di antara Indonesia dan cadangan penubuhan negara Malaysia. Maphilindo juga menitikberatkan keahlian yang berketurunan Melayu (Malay Origin). Dengan demikian penyertaan Thailand telah disekat.

Sebagai satu konsep, Maphilindo bertentangan dengan konsep kerjasama yang dipegang oleh Malaysia, Maphilindo yang berteraskan penggabungan negara-negara Asia Tenggara berketurunan Melayu tampak politikal dan rasial. Idea tajam Sukarno dan Macapagal ini dilihat seperti menyindir Malaysia. Mapahilindo hanya bertahan beberapa minggu sahaja tanpa sempat untuk melancarkan asas-asas kegiatannya. Ia dibubarkan pada tahun 1963. Seperti dua kerjasama sebelum ini, Maphilindo lenyap begitu sahaja.

Sebenarnya terdapat beberapa sebab yang membawa kegagalan kepada SEATO, SEAFET, ASA dan Maphilindo. Kesemua negara anggota ini mempunyai latar belakang yang berbeza. Kesemuanya telah dijajah tetapi telah menagalami bentuk penjajahan yang berbeza. Oleh itu, mereka juga mendasari system pemerintahan yang juga berbeza. Selepas kemerdekaan juga wujud dasar luar yang berbeza. Contohnya Malaysia condong kepada Britain, Indonesia ke arah Russia dan China manakala Filipina pula pada Amerika Syarikat. Kesan daripada itu semua maka wujud benteng syak wasangka dan keraguan antara satu sama lain dan ini menyebabkan kerjasama yang diharapkan masih belum tercapai.

ASEAN

Persatuan negara-negara Asia Tenggara lebih dikenali sebagai ASEAN (Association of Southeast Asian Nationals) yang ditubuhkan pada 7 Ogos 1967 di Bangkok oleh kerajaan Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. ASEAN yang sebelum ini memakai nama SEAARC (Southeast Asian Association of Regional Cooperation ) telah ditubuhkan kesan daripada konfrontasi Indonesia - Malaysia antara tahun 1963-1966. Ia telah membuka lembaran baru dalam perkembangan kerjasama di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Antara lain, dengan penubuhan ASEAN adalah bertujuan untuk memulihkan semula semangat ASA yang terkubur selepas terjadinya peristiwa konfrontasi dan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh menteri luar kelima-lima negara iaitu Tun Adam Malik dari Indonesia, Tun Abdul Razak Hussein dari Malaysia, Tuan S. Rajaratnam dari Singapura dan Tuan Thanat Khoman dari Thailand. Pada peringkat awal pintu persahabatan ASEAN dibuka kepada semua negara di rantau Asia Tenggara ini untuk mewujudkan satu kerjasama dalam bidang social dan ekonomi serantau. Hanya lima negara sahaja yang telah menganggotai ASEAN pada tahun 1967 ini. Objektif penubuhan ASEAN pada waktu itu mengandungi tujuh matlamat iaitu:-

a) Memperhebatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan kebudayaan serantau dengan berusaha bersama-sama dengan semangat persamaan demi memperkukuhkn asas bagi satu masyarakat negara Asia Tenggara yang makmur dan aman.

b) Menggalakkan keamanan dan stability dengan mematuhi dan menghormati keadilan dan undang-undang negara anggota dan mematuhi prinsip Piagam Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

c) Menggalakkan kerjasama dan saling bantu-membantu atas masalah bersama dalam lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.

d) Saling bantu-membantu dalam lapangan latihan dan kemudahan-kemudahan penyelidikan , teknikal dan pentadbiran

e) Menuntut kerjasama yang bersungguh-sungguh untuk memajukan dan memesatkan lagi pertanian dan perusahaan. Antara lain mengembangkan perdagangan antarabangsa, membaiki kemudahan kemudahan pengangkutan dan perhubungan secara meninggikan taraf kehidupan rakyat.

f) Menggalakkan pengkajian tentang Asia Tenggara

g) Memelihara hubungan yang rapat dan bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama serta mengkaji semua bidang untuk mengadakan kerjasama yang lebih rapat antara negara-negara anggota.

Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara Brunei Darul Salam pda 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu mahu menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan keselamatan serantau.

KERJASAMA SERANTAU ASEAN DALAM BIDANG POLITIK

Walaupun matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuh tentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pda tahun 1975 dan diiikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978 merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976.

Pertemuan pertama selepas sembilan tahun penubuhan ini telah berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan ASEAN. Kedua-dua kesetiaan ini adalah memberi tumpuan kepada kestabilan politik serantau seperti usaha membendung ancaman komunis , campurtangan kuasa-kuasa luar selain daripada menyelesaikan masalah dalaman ASEAN sendiri. Dengan menwujudkan beberapa kerjasama politik ASEAN seperti pelancaran konsep ZOPFAN, ARF dan Keselamatan serantau menyebabkan negara ASEAN terselamat dari pencabulan hak oleh negara dunia pertama.

ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality)

Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) atau dikenali sebagai Zon Aman, Bebs dan Berkecuali telah diumumkan oleh Menteri-menteri luar ASEAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971 juga di Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) ini meliputi seluruh kawasan Asia Tenggara dan ia bermula hasil cadangan Tun Abdul Razak Bin Hussein.Deklarasi tersebut juga dikenali Deklarasi Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) telah dijadikan sebagai inti dasar luar bagi negara-negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan di kalangan ahli. Antara inti utama, deklarasi ialah bahagawa negara-negara berkenaan berhasrat untuk mengendurkan ketegagangan antarabangsa dan mencapai perdamaian yang kekal di Asia Tenggara.

Jawatankuasa ini telah memperincikan maksud Zon Aman, Bebas dan Berkecuali dalam ZOPFAN iaitu keutuhan, kemerdekaan dan identity kebangsaan dapat diwujudkan dn dikekalkan supaya mereka dapat mencapai pembangunan negara. Kerjasama serantau selaras dengan prinsip PBB dan bebas daripada campurtangan kuasa-kuasa luar.

Aman bermaksud situasi hubungan yang teratur dan kewujudan keharmonian di kalangan negara. Keadaan aman tidak akan wujud sekiranya timbul konflik politik, ekonomi dan sebagainya antara negara-negara zon ini dengan kuasa luar. Manakala Bebas bermakna kebebasan sebuah negara daripada kawalan atau campurtangan negara-negara lain semasa menguruskan hal-ehwal dalaman atau luaran. Ini bermaksud negara-negara dalam zon berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik.

Konsep pengecualian ini telah menjadi kenyataan dan ASEAN telah berusaha bagi memastikan pengiktirafan dan penghorrmatan ke atas Asia Tenggara sebagai sebuah zon keamanan , kebebasan dan berkecuali serta bebas dari apa juga bentuk campurtangan kuasa-kuasa luar. Oleh itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Tinggi ASEAN pada Jualai 1972 telah mencapai kata sepakat dalam interpretasi sebuah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali.

Terdapat beberapa dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara yang telah mendorong timbulnya konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality). Pertama, ialah kedudukan Asia Tenggara yang agak strategic kepada kuasa-kuasa besar dalam konteks ketegangan politik blok Timur-Barat, pergolakan politik di Vietnam, serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 1970-an. Perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara ASEAN kerana dengan sebab ini ia mungkin menjejaskan kestabilan serantau.

Sebab kedua ialah peperangan di Vietnam yang telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkaan negera kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini. Manakala factor yang ketiga membawa penubuhan ZOPFAN ini ialah adalah regionalisme yang telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serntau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN. Adalah menjadi anggapan pengangur-penganjur ZOPFAN bahawa Asia Tenggara telah menjadi kawasan yang penuh dengan kegoncangan politik dan peristiwa perang akibat campurtangan kuasa-kuasa besar dalam hal-ehwal negara-negaranya.

Untuk merealisasikan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) ini maka negara-negara Asia telah menggariskan beberapa tujuan dan matlamat yang perlu dicapai. Diantaranya ialah untuk mewujudkan suatu suasana di Asia Tenggara dengan negara-negara di rantau ini mengamalkan dasar berkecuali iaitu tidak memihak atau melibatkan diri kepada mana-mana kuasa besar dan tidak membenarkan kuasa-kuasa besar ini campurtangan dalam hal-ehwal politik dan ketenteraan di Asia Tenggara seperti negara Russia, China dan Amerika Syarikat. Selaras dengan konsep ini, setiap negara di rant Asia Tenggara harus dibenarkan menentukan nasib negaranya sendiri tanpa campurtangan kuasa-kuasa luar ini.

Manakala tujuan dan matlamat yang kedua ialah menjadikan Asia Tenggara berkecuali dan menghindarkan konflik yang boleh mengheret negara-negara di rantau ini serta kuasa-kuasa besar yang berminat dengan kawasan ini. Walaupun ZOPFAN yang diusahakan oleh ASEAN tetapi ia meliputi seluruh Asia Tenggara termasuklah kawasan yang didiami oleh Vietnam, Laos, Kampuchea dan Burma (Myanmar). Bagi ASEAN usaha iini penting kerana sejak beratus tahun lalu rantau Asia Tenggara sering menjadi rebutan kuasa-kuasa luar kawasan ini. Tujuan yang ketiga pula ialah untuk memastikan bahawa negara-negara dalam zon ini berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik. Menyelesaikannya secara aman dan tidak menggunakan sebarang kekerasan. Melalui usaha ini tidak ada negara atau kuasa-kuasa besar mampu dan berpeluang untuk mencari alasan supaya campurtangan dalam hal-ehwal rantau Asia Tengara . Ini adalah kerana keamanan dan kestabilan adalah syarat utama untuk kemerdekaan serta kesejahteraan sosial dan ekonomi penduduk Asia Tenggara. Untuk menjayakan matlamat ini kerjasama negara-negara Asia Tenggara amatlah diperlukan dalam meningkatkan perpaduan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang rapat. Manakala tujuan yang terakhir ialah mengelak ancaman idealogi komunis melalui isu pelarian Vietnam dan seterusnsya memastikan Teori Domino gagal dilaksanakan. Ini untuk memastikan bahawa negara-negara Asia Tenggara tidak jatuh di bawah kuasa Komunis yang diketuai oleh China dan Russia. Negara-negara Asia Tenggara pada hakikatnya bebas menwujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tenpa mengira fahaman ideology politik supaya keamanan dan keselamatan di rantau akan terus terjamin.

Semua perkembangan ini membawa perubahan besar di rantau Asia yang memerlukan pengubahsuaian serta perhatian semua anggota ASEAN mengenai keselamatan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membendung masalah ini. Usaha bagi keselamatan negara dan serantau adalah terpulang kepada negara-negara anggota untuk dilaksanakan melalui rancangan-rancangan pembangunan melalui kerjasama mereka dengan negara-negara lain dalam dan luar rantau dan dengan pertubuhan-pertubuhan serta agensi antarabangsa.

Dari sudut perlaksanaannya, beberapa langkah telah berjaya dilakukan dalam memastikan segala tujuan dan matlamat ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) tercapai. Diantaranya ialah mewujudkan dasar tidak campur tangan.Ini sekaligus memberi hak setiap negara untuk mewujudkan cara hidupnya sendiri dengan bebas tanpa campurtangan luar dan tidak akan mencampuri urusan dalam bagi negara yang lain.Antara lain, menyelesaikan perselisihan atau pertikaian secara damai iaitu tidak menggunakan ancaman atau ugutan kekerasan serta bekerjasama secara berkesan antara negara-negara anggota.Ini dapat dilihat bagaiman pertikaian mengenai isu sempadan, isu gerakan pemisah , dan beberapa isu lain dapat diselesaikan secara aman tanpa memerlukan kekerasan jauh sekali penggunaan senjata.

Dalam menjayakan konsep ZOPFAN ini juga berjaya elenyapkn perasaan tersisih yang biasanya boleh membawa kepada tindkan yang tidak bijak. Antara lain ialah memberi keyakinan kepada negara anggota agar menjadi lebih matang untuk membuat dan menerima dasar demi kepentingan bersama. Selain daripada itu ASEAN juga berjaya menghalang negara-negara anggota daripada berasa lemah dalam menjalankan pentadbiran mereka bagi mencapai kemajuan. ASEAN bertahun-tahun lamanya memberi negara anggota kekuatan, kemampuan dan keupayaan yang mengizinkan mereka bertindak bukan sahaja sebagai alat tetapi sebagai sebahagian dari system politik antarabangsa. Akhirnya melalui konsep ZOPFAN ini telah mendapat pengiktirafan dan sokongan dari negara-negara kesatuan Eropah, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Persidangan Komenwel serta beberapa negara lain seperti Jepun, Pakistan, Rumania dan Republik Demokratik Korea.

Melalui ZOPFAN juga, negara anggota ASEAN berjaya menghalang merebaknya ideologi komunis dan teori Domino melalui pendekatan yang perlahan dan begitu berwaspada. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dalaman dan luaran akhirnya ASEAN berjaya juga menjinakkan Vietnam yang kemudiannya mengiktiraf ASEAN dan konsep ZOPFAN itu sendiri.

Penubuhan ASEAN Regional Forum (ARF) pada tahun 1994 adalah salah satu daripada pelaksanaan ZOPFAN. Ia penting bagi menggalakkan kestabilan politik dan keamanan di kawasan Asia Pasifik . ASEAN Reginal Forum dianggotai oleh negara-negara ASEAN, rakan-rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Amerika Syarikat. Selain itu, negara China da Persekutuan Russia sebagai consultative partners dan Laos dan Papua New Guinea sebagai pemerhati. Di antara pendirian ASEAN Regional Forum ialah seperti memperjuangkan penyelesaian politik di Kemboja di mana tentera Vietnam diberi tekanan agar segera berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang menentukan nasib sendiri.

Di samping kejayaan-kejayaan, ZOPFAN juga mengundang masalah. Konsep ZOPFAN pada mulanya agak sukar diterima oleh kebanyakan negara anggotanya. Dasar Berkececuali agar kuasa-kuasa besar tidak campurtangan dalam hel-ehwal negara-negara ASEAN ternyata tidak begitu dipatuhi. Singapura dan Filipina contohnya masih mengekalkan pengakalan tentera Amerika Syarikat di negara mereka yang sudah tentu mempunyai pengaruh terhadap dasar ketenteraan negara tersebut. Pengunduran tentera-tentera tersebut akan mengancam keselamtan mereka. Ia juga akan mendatangkan kesan-kesan ekonomi yang buruk iaitu dari segi kehilangan pendaptan an pekerjaan tempatan di pengkalan-pengkalan tersebut. Indonesia juga mengambil sikap tunggu dan lihat manakala Thailand yang sedang berhadapan dengan masalah keselamatan yang rumit kurang berminat untuk memberi sokongan.

Begitu juga dalam pelaksanaan konsep ZOPFAN ini kerjasama yang diharapkan terutama ke arah tindakan yang kolektif ternyata bukalanlah semudah yang disangka. Terlalu sukar untuk meletakkan kepentingan serantau mendahului kepentingan nasionlisme sesebuah negara itu. Namun hingga kini ASEAN masih terus berjuang dan berusaha memastikan konsep ZOPFAN ini akan merealisasikan impian setiap negara Asia Tenggara ke arah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali itu.

PERJANJIAN SEANWFZ

Perjanjian SEANWFZ adalah lanjutan dari konsep ZOPFAN. Sidang kemuncak ASEAN di Bangkok pada tahun 1995 berjaya mencapai persetujuan menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear (SEANWFZ). Persetujuan ini ditandatangani oleh kesemua sepuluh ketua-ketua negara Asia Tenggara yang bermatlamat menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear dn mereka juga bersetuju untuk mengelakkan rantau ini daripada menjadi tempat persaingan tenaga nuclear. Di samping menggalakkan keamanan dan keselamatan di rantau ini daripada kuasa-kuasa besr seperti China, Amerika dan sebagainya.

Selain itu dengan wujudnya SEANWFZ ramtau Asia Tenggara juga akan bebas dari masalah pencemaran alam sekitar akibat sisa-sisa radioaktif dan bahan-bahan toksid. Sejarah di Nagasaki dan Hiroshima, Jepun serta Tragedi Chernoybell , Russia memberikan pengalaman kepada ASEAN untuk menangani masalah ini. Perjanjian penting bagi mengukuhkan keselamatan serantau di Asia Tenggara agar penubuhan SEANWFZ secara global dapat dibentuk. Dengan penguatkuasaan perjanjian SEANWFZ pada 27 Mac 1997 telah menyebabkan Asia Tenggara selamat daripada kemusnahan akibat senjata nuclear.

Dipetik dari Utusan Malaysia pada tahun 197 mengenai SEANWFZ iaitu berdasarkan kenyataan daripada Menteri Luar Malaysia pada masa tersebut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ialah beliau menyeru negara kuasa nuclear supaya menunjukkan sokongan merea keada zon bebas senjata nuclear di Asia Tenggara dengan turut menyertai Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tengara (Southeast Nuclear Weapon Free Zone) .

Oleh yang demikian, kesimpulannya adalah jelas bahawa pendekatan kolektif ASEAN dalam menyelesaikan isu-isu keselamtan politik di dalam perhubungan luar negeri telah berjaya walaupun tidak sepenuhnya. Sehingga kini, kebimbangan mengenai gerakan-gerakan dari luar seperti komunis dan tekanan dari kuasa-kuasa besar telah memberi dorongan yang besar bagi ASEAN untuk membangun dan mempertahankan tindakan kolektifnya. Ini dapat dilihat kejayaan ASEAN dalan menguruskan Hanoi dan Peking dalam hubungan luarnya, maslah Vietnam dan teori Domino serta isu pelarian pada hakikatnya telah membuka jalan kepada ASEAN dalam memperteguhkan hubungan politik setiap negara anggota. Walaupun bergelut dengan beberapa masalah peribadi namun usaha masih tetap diteruskan untuk memastikan negara rantau ini berada dalam aman dan jauh dari campurtangan kuasa asing.

PERANAN DAN PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM KERJASAMA SERANTAU DARI ASPEK POLITIK DAN KESELAMATAN.

Bagi merealisasikan usaha untuk mengujudkan kestabilan serantau, Malaysia telah melibatkan diri dengan pelbagai cara dan pendekatan dalam dasar hubungan luarnya. Anataranya adalah melalui rundingan, dasar hubungan luar, hubungan diplomasi, bertolak ansur, perantaraan, perdamaian, kerjasama dalam bidang ekonomi dan social. Namun agak sukar untuk memisahkan setiap isu dengan peranan dan penglibatan Malaysia berdasarkan satu cara dan penglibatannya.

Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranya adalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha diplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas.

Di antara peranan dan penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau ini adalah melalui rundingan damai. Melalui proses ini, rundinngan secara damai akan dibuat antara dua pihak yang terlibat. Perundingan ini akan dibuat dengan membincangkan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang sebenarnya wujud tanpa percanggahan pendapat. Semasa rundingan ini berjalan, semua pihak akan cuba untuk memenuhi keinginan dan matlamat rundingan. Contohnya rundingan-rundingan antara menteri dan pegawai-pegawai. Pada tahun 1982, Kementerian Luar Thailand berkata, lebih 400 rundingan telah dijalankan.

Dalam hal ini Malaysia melibatkan diri dalam beberapa rundingan bagi menyelesaikan krisis hubungan Malaysia dengan Filipina. Krisis hubungan Malaysia dengan Filipina tegang apabila Filipina tidak mahu mengugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Malahan Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih khas bagi melakukan pengkhianatan menyusup masuk ke Sabah. Di samping itu Filipina telah menjadikan undang-undang dengan memasukkan Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Ini dibuatnya melalui satu Akta Perampasan Sabah.

Beberapa rundingan telah beberapa kali dijalankan di Bangkok, namun menemui kegagalan. Akhirnya dari usaha gigih Malaysia, hubungan ini berjaya dipulihkan dan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman di Cameron Highland pada 16 dan 17 Disember 1968. Walaupun demikian tuntutan ke atas Sabah belum lagi digugurkan meskipun ianya pernah dikatakan berulang kali iaitu semasa pemerintahan Presiden Marcos dan semasa pemerintahan Presiden Corazon Aquino dan kini ikrar itu masih belum dapat ditunaikan oleh pemimpin Filipina itu. Malah presiden Aquino pernah meminta Malaysia membayar pampas an kepada Filipina dan juga kepada waris-waris Kesultanan Sulu yang dikatakan memiliki Sabah. Untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, Malaysia menyatakan hasratnya bersedia untuk berunding tanpa sebarang syarat

Hubungan ini juga kembali menjadi tegang apabila Filipina menuduh Malaysia memberikan bantuan senjata kepada Barisan Kebangsaan Moro. Hubungan ini perlu dipulihkan adalah untuk menstabilkan keamanan dan Malaysia menganggap perkara sempadan itu masih boleh dibawa berunding tanpa perlu memutuskan hubungan diplomasi. Oleh yang demikian, Malaysia tidak memberikan sokongan kepada pihak Pembebasan Moro walaupun ianya berjuang untuk agama Islam demi untuk menjaga hati negara jirannya iaitu Filipina.

Di samping itu juga, Malaysia menjalankan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya. Dasar berkecuali bermaksud sesebuah negara itu tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa besar dunia. Dasar luar sesebuah negara itu bergantung kepada pemerintah dan ianya menjadi panduan dalam menentukan bentuk hubungan dengan negara lain. Hal ini juga berlaku kepada Malaysia yang sentiasa dinamik selaras dengan peredaran persekitaran. Ini jelas dapat dilihat dalam tahun 1957 hingga 1963 dasar luar Malaysia berorientasikan pro-Barat dan anti-komunis. Hal ini penting kerana Tunku Abdul Rahman merasakan bahawa Malaysia tidak mempunyai keupayaan ketenteraan yang canggih serta diancam oleh anasir komunis. Oleh yang demikian dasar pro-barat ini dapat dilihat apabila Malaysia menyokong penglibatan pihak Amerika dalam Perang Vietnam serta tidak membuat sebarang hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis.

Tindakan Tanah Melayu (Malaya) menanadatangani Perjanjian AMDA antara lain didorong oleh kedudukan pertahanan negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dengan tidak mempunyai angkatan tentera laut dan udara. Sebarang ancaman dan serangan dari luar tidak mungkin mampu dihadapi oleh Tanah Melayu secara bersendirian. Tambahan pula pergolakan politik serantau , terutamanya di Indo-china amat membimbangkan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman melihat kemaraan fahaman komunis di Asia Tenggara merupakan ancaman yang sangat merbahaya ke atas keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, perjanjian AMDA ditandatangani sebagai tulang belakang keselamtan Tanah Melayu dari segi pertahanan. Tunku Abdul Rahman telah menegaskan kepentingan AMDA:

..let us face the facts, and the fact are that we have at our command an army of lessthan one divisions in strength ; we have no air force, not even a single plane or a single man, we have no navy, not event a single sailor and we have not event a single sea-going craft.With the revenue at our commond we can never be able to build our forces to the strength which would require for defence of our country.

Dari segi hubungan luar, dasar luar sepanjang tahun 1957-1963 memperlihatkan Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan negara-negara Barat yang mempunyai sistem pemerintahan dan idealogi yang sealiran dengannya.

Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula,memperlihatkan perubahan dasr luar yang ketara dari sikap pro-Barat dan antikomunis kepada dasar luar yang berkecuali. Ini jelas dapat dilihat berdasrakan ucapan Tun Razak semasa beliau buat pertama kalinya menghadiri Persidangan Negara-negara Berkecuali di Lusaka, Zambia pada Disember 1970. Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa:

Today with the denete the two power bloks, it is important reposibility of the Non-Aligned Group to ensure that the interest of the big powers do not converge at the expence of the medium and small powers.The hegemonistic tendencies on the part of major powers with appears to be under various guises and with various justifications must be resisted. Futhermore , the world today is not longer bipolar. It is at least tripolar and with the emergence of China and her legitimate role in the world cannot washed away that relation between China and a number of countries remain unsatisfactory. I submit that here the non-aligned countries have an extremely important role to play and have a unique duty to discharge if we are to remain loyal to the principles of the principlesof co-existence and to our basic tenets of non-alignment in our efforts to brings about a harmonization of international relations on the basic of respect for independence and integrity of states. [6]

Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) serta Pertubuhan Negara-negera Berkecuali (NAM). Era kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikan Malaysia memperatakan hubungan seranatau contohnya pengunduran tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan serangan Vietnam ke atas Kemboja. Dasar luar Malaysia melalui perubahan di mana ianya lebih berorientasikan kepada aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang sama , dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak , kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun. Evolusi dasar luar Malaysia ini menunjukkan bahawa keempat-empat Perdana Menteri telah memberikan respon yang bersesuaian dengan perubahan geopolitik dan ekonomi. [7]

Contoh dasar luar yang banyak membantu dalam mewujudkan kestabilan serantau daripada campurtangan kuasa-kuasa asing iaitu Amerika Syarikat, Russia, dan China adalah dasar konsep Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Dasar ini telah dibawa oleh Malaysia dan diumumkan pada dunia pada 27 November 1971 di dalam Deklarasi Kuala Lumpur. Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan kawasan rantau Asia Tenggara bebas dari percaturan kuasa-kuasa besar dan tidak menyebelahai mana-mana pihak. Ia juga bertujuan untuk mengendurkan ketegangan antarabangsa dan mencapai perdamaian yang kekal di Asia Tenggara serta memastikan keaman dan kestabilan penduduk di Asia Tenggara.

Langkah untuk menghadapi cabaran ini diwujudkan dua strategi iaitu pakatan tentera yang dianggotai leh negara-negara Asia Tenggara bagi menentang pencerobohan serta strategi diplomatik. Ini adalah kerana kuasa-kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Russia masih lagi mempunyai kepentingan di ranatau ini dari segi ekonomi, strategik, politik demi untuk memenuhi kepentingan nasional masing-masing. Malah adalah sukar bagi kuasa besar ini meninggalkan satu rantau yang strategik yang menghubungkan laluan laut Timur-Barat. Di samping itu juga, kawasan juga merupakan sumber berbagai-bagai bahan mentah dan pasaran yang menarik bagi hasil pengeluaran dan khidmat kuasa besar ini. Pada sidang Kemuncak ASEAN di Bangkok pada 1995, perjanjian SEANFTZ telah dipersetujui oleh semua negara anggota. Objektif perjanjian ini adalah untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear dan bebas dari dijadikan tempat persaingan tenaga nuclear. Malaysia sebagai sebuah negara yang memandang berat hal ini telah menyatakan hasratnya melalui kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Luar Melaysia pada tahun 1997. Beliau menyeru negara kuasa nuklear agar memberikan sokongan mereka dan turut menyertai perjanjian ini.[8]

Kesimpulannya, Malaysia mengalami banyak faedah dengan menjalankan konsep ZOPFAN dan SEANFTZ ini. Kesan daripada dasar ini adalah Melaysia mempunyai banyak sahabat baru di dunia ini kerana tidak terkongkong dengan mana-mana kuasa.[9] Namun demikian, setelah hampir 20 tahun berlalu gagasan ini hanya di sanjung oleh Malaysia sedangkan negara-negara ASEAN yang lain tidak merasakan kepentingannya. Contohnya Indonesia tidaak menganggap Gagasan ZOPFAN itu sesbagai sesuatu yang mendesak. Filipina msih lagi menjadi tuan rumah untuk pangkalan bersenjata Amerika yang terlengkap di Asia Tenggara. Singapura pula menyediakan kemudhan perbekalan dan pembaikan kerosakan kepada angkatan tentera Amerika Syarikat serta mengalu-alukan kehadiran tentera asing di rantau Asia Tenggara. Hal ini terjadi akibat tiadanya kepentingan nasional masing-masing. Lantas negara ini berpura-pura memberikan sokongan walaupun disedari kebaikan gagasan ini dlam jangka masa yang panjang.

Di samping itu juga Malaysia menjalankan hubungan diplomatic dalam mewujudkan kestabilan serantau. Ini jelas di mana, antara tahun 1972 hingga 1973, Malaysia menjalinkan hubungan diplomatic dengan negara-negara komunis seperti Republik Monggolia, Vietnam Utara dan Jerman Timur. Pada tahun 1975, kerajaan demokratik di Vietnam Selatan dan Kampuchea digulingkan dan digantikan dengan rejim komunis. Namun begitu kedua-dua kerajaan ini terus diiktiraf oleh Malaysia yang bersikap berkecuali.[10]

Di samping itu juga , Malaysia berusaha mencari sahabat-sahabat baru tanpa mengira ideolagi politik mereka. Kini, Malaysia mempunyai hubungan diplomatik peringkat kedutaan atau konsol dengan hampir seluruh negara di dunia termasuk negara komunis di Eropah Timur.Malahan sejak 1974, Malaysia telah menempa sejarah apabila membuat hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China iaitu negara blok komunis yang terbesar. [11] Hubungan diplomatik ini perlu untuk mendapatkan satu jaminan dari Kerajaan China agar tidak campurtangan dalam urusan Malaysia serta menghentikan sokongan kepada Parti Komunis Malaya. Hasil daripada hubungan diplomatik ini telah menydarkan Kerajaan China dan menyokong usaha ASEAN mengenai isu di Kampuchea.[12]

Dengan mengamalkan dasar berbaik-baik dan adanya hubungan diplomatik ini, Malaysia bukan sahaja mendapat ramai sahabat, tetapi dapat meluaskan pasaran untuk barang-barang keluaran Malaysia. Malah Malaysia dapat menstabilkan turun-naik harga yang hebat akibat terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat dan Eropah. Oleh yang demikian, jelas di sini hubungan diplomasi yang dijalankn oleh Malaysia berjaya memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Tun Razak menjelaskan bahawa adalah menjadi dasar kerajaan kepimpinannya untuk mengadakan hubungan diplomatic dengan semua negar, tanpa mengira haluan politik mereka dengan syarat mereka mestilah menghormati kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia. Beliau menegaskan bahawa:

kita hendaklah menerima dunia seperti dalam keadaan yang ada sekarang dn bukan sebagaimana yang kita kehendaki. Walaupun usaha-usaha untuk berbaik-baik dengan negara komunis dijalankan, tetapi ini tidak bermakna kita mengenepikan perjuangan menentang penganas-penganas komunis yang bergerak dalam negara kerana ia merupakan dua perkara yang berbeza.[13]

Peranan dan penglibatan Malaysia tidak hanya bertumpu kepada hubungan diplomasi tetapi juga telah mengamalkan sikap bertolak-ansur. Pihak yang terlibat harus bertolak-ansur serta setuju menerima cadangan atau idea masing-masing.[14]Sikap bertolak-ansur dan atas perikemanusiaan ini terserlah ke atas isu pelarian Vietnam yang telah mendarat di wilayah Malaysia terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Pada Mei 1978, Malaysia yang telah menampung penyaraan hidup 13 000 orang pendatang haram dari Vietnam ini. Hingga pada tahun 1988 jumlahnya elah mencapai seramai 19 200 orang. Kehadiran yang terlalu ramai ini telah mengundang pelbagai masalahh terutamanya dari segi keselamatan.

Oleh yang demikian, Malaysia telah bertindak untuk menutup khemah pelarian yang terbesar di Pulau Bedong. Dengan ini, semua pendatang atau pelarian ini tidak dibenarkan mendarat di mana-mana wilayah di Malaysia. Justeru untuk menyelesaikan maslah ini, maka diadakan satu persidangan di Geneva pada tahun 1978. Di akhir persidangan ini, Malaysia diminta memberikan perlindungan sementara kepada pelarianVietnam di mana kewangan an makanan di bawah tanggungan UNHCR.

Sehubungan dengan itu , satu pasukan petugas telah ditubuhkan di bawah Majlis Keselamatan Negara di Jabatan Perdana Menteri. Jabatan ini adalah gabungan pasukan tentera udara, darat serta laut kerajaan Malaysia yang ditugaskan mengawal kemasukan pelarian Vietnam. Pasukan tentera udara akan membuat tinjauan udara di Laut China Selatan dan akan memaklumkan kepada pasukan tentera laut yang meronda perairan Malaysia. Mereka akan memastikan pelarian ini tidak membawa sebarang senjata api yang boleh menjejaskan keselamatan. Nelayan dan penduduk tempatan juga memberikan kerjasama dengan memaklumkan sebarang kehadiran pelarian ini.

Di samping itu juga, dari segi kebajikan sosial pelarian Vietnam ini, pihak Malaysia juga menghulurkan bantuan melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Dari segi perkidmatan perubatan bangunan-bangunan hospital dan klinik pergigian telah dibina di kem-kem pelarian terutamanya di Sungai Besi dan Pulau Bedong. Langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit serta suntikan pelalian akan diberikan. Contohnya semburan racun serangga serta suntikan pelalianmalaria. Air yang dibekalkan akan diperiksa dari semasa ke semasa oleh jabatan Kimia di Kuala Terengganu. Seorang doctor gigi dari Malaysia telah dibiayai oleh Persatuan Palang Merah Switzerland. Selain daripada itu, Persatuan Bulan Sabit ini juga mengambil berat mengenai makanan, pemerliharaan kebajikan social, pendidikan serta pusat pengesanan dan pengiriman bagi menemukan saudara-mara pelarian ini.[15]

Walaubagaimanapun, Malaysia tidak boleh meyelesaikan maslah ini sendirian dan telah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah pelarian ini. Ini terbukti dalam mesyuarat tahunan Menteri-menteri Luar ASEAN yang diadakan di Bangkok. Hal ini kemudiannya dibawa ke International Conference on Indochinese Refugee (ICIR) yang diadakan di Geneva di bawah anjuran PBB pada tahun 1989. Malahan kesungguhan ini dapat dilihat apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Encik Ghaffar Baba telah melawat Vietnam pada Ogos 1988 dan berjaya memperoleh persetujuan kerajaan itu untuk menrima kembali orang pelariannya.[16] Melalui usaha Malaysia seramai 237, 907 orang pelarian Vietnam telah dihantar ke negara ketiga sejak tahun 1975 hingga 1990. Ini jelas menunjukkan bahawa peranan Malaysia adalah sebagai menyediakan tempat perlindungan sementara sahaja kepada pelarian Vietnam ini. Kesimpulannya Malaysia mengambil tindakan ini bertujuan memastikan keselamatan negara serta untuk menjaga hati rakyat Malaysia yang berbangsa Cina memandagkan pelarian Vietnam adalah keturunan yang sama.

Selain daripada itu, Malaysia juga telah menjadi orang perantaraan dalam isu di Kemboja. Perantaraan adalah melibatkan orang tengah atau pihak ketiga dalam proses penyelesaian. Biasanya orang tengah mempunyai segala kepakaran serta pihak ini haruslah memainkan peranannya dengan penuh teliti supaya tidak timbul kekeliruan dalam penyelesaian tersebut. Hal ini telah dilakukan oleh Malaysia dalam menangani pergolakan politik di Kemboja.

Setelah kejatuhan kerajaan beraja di Kemboja, pimpinan Putra Norodom Sihanouk, negara itu terus mengalami masalah politik di mana rampasan kuasa sering berlaku silih berganti. Malahan negara ini mendapat bantuan ekonomi, kewangan, senjata dan kepakaran tentera daipada Amerika Syarikat. Manakala Parti Komunis Kemboja pula mendapat bantuan dari China iaitu dari segi sokongan kepada gerila komunis. Pengaruh Amerika Syarikat itu kemudiannya tamat apabila Kerajaan Demokrasi yang terakhir pimpinan Perdana Menteri Polpot tewas di tangan di komunis. Sebenarnya kekalahan ini adalah akibat gerila komunis Kemboja yang menggelarkan diri mereka Khmer Rouge. Pemerintahan Polpot adalah amat zalim di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan kepada sebarang penentangan kerajaan.Sepanjang pemerintahan rejim Pol pot , rakyat di negara itu hidup dalam kesengsaraan dan penderitaan akibat kawalan ketat oleh pihak kerajaan. Sejak tahun 1970 rakyat negara itu telah terlibat dalam kancah perang saudara. Bilangan kematian adalah tinggi akibat peperangan, wabak penyakiy dan kekurangan makanan. Berasaskan sumber diplomatik tidak rasmi sehingga akhir tahun 1975, jumlah kematian yang dicatitkan seramai 80 000 orang, sementara sumber dari kedutaan Amerika Syarikat melaporkan 1.2 juta rakyat dikhuatiri mati akibat kebuluran, pembunuhan dan peperangan.[17]

Namun begitu usia kerajaan Khmer Rouge juga tidak lama apabila Rejim Heng Samrin yang disokong oleh Vietnam telah memasuki Kemboja pada akhir tahun 1977. Pejuang Kampuchea yang terdiri daripada fahaman berkecuali, komunis dan bukan komunis telah menentang penceronohan ini. Fahaman berkecuali telah dipimpin oleh Putera Norodom Sihanouk di bawah Parti Moulinaka, parti komunis dipimpin oleh Kieu Samphan dan kumpulan bukan komunis dipimpin oleh Sonn Sann. Manakala dua keuasa besar iaitu China dan Russia cuba meluaskan kuasa mereka di IndoChina akibat campurtangan mereka keadaan di rantau ini semakin tidak stabil.

Kemudian isu wakil Kampuchea di Pertabuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang tidak mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu wakil Rejim Hang Samrin yang telah mengulingkan wakil kerajaan Polpot mula timbul. Rejim ini mendapat sokogan Russia dan negara komunis yang lain.ASEAN pula berusaha untuk mengekalkan wakil pimpinan Polpot dan telah dipersetujui oleh banyak negara di dunia. Malaysia telah menjadi orang perantaraan dengan dibantu oleh negara-negara ASEAN mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin kumpulan pejuang tersbeut supaya bersatu dan menubuhkan Kerajaan Campuran di Kampuchea.

Di bawah formula ini, ketiga-tiga kumpulan akan berkongsi kuasa samarata dalam pemerintahan tersebut.Malaysia telah menghantar seorang perutusan khas menjemput menjemput Putera Norodom untuk menandatangani perjanjian. Pada 13 Jun 1982 satu upacara persetujuan menubuhkan satu kerajaan campuran telah dijalankan di Rumah Malaysia di Jalan Ampang Kuala Lumpur.Menurut persetujuan ini, presiden Kerajaan Campuran ialah Putera Norodom Sihanouk, Naib Presiden Kiue Samphan dan Perdana Menteri Sonnsann. Sementera itu portfolio hal-ehwal luar negeri di pegang oleh Khmer Rouge. Ini jelas membuktikan peranan dan penglibatan Malaysia sebagai perantaraan untuk mewujudkan kestabilan di rantau ini. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad ketika mengulas persetujuan ini berkata,

Ini adalah usaha kerajaan Malaysia

Nampaknya usaha ini akan mencapai kejayaan.Malaysia telah menawarkan tempat kepada mereka untuk upacara tersebut dan seterusnya mengadakan sidang kemuncak mereka

Kerjasama dan perpaduan di antara tiga kumpulan ini dapat bergabung tenaga dalam mengusir keluar dan membebaskan negara mereka daripada tentera Vietnam. Malaysia bertindak sedemikian adalah bertujuan untuk menangani pertikaian yang berterusan dan berharap pengaruh komunis tidak menjalar sehingga ke Malaysia. Ini juga selaras dengan pendapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman yang pernah berkata bahawa keselamatan Malaysia tidak akan terjamin sehingga ia dan jirannya masih hidup berpecah belah dan berbagai haluan.

Malaysia begitu bijak dalam menangani permasalahan politik yang berlaku sekiranya Malaysia bertindak mengikut kemampuan dalam menjalankan sebarang tindakan. Perdamaian adalah salah satu cara mengatasi konflik yang wujud . Objektif perdamaian adalah demi mencapai kaamanan. Pada bulan April 1975, Vietnam Selatan telah jatuh ke tangan Vietnam Utara. Kemenangan Khmer Rouge dan Barisan Pembebasan Kebangsaan di Vietnam telah mewujudkan teori domino yang membimbangkan negara bukan komunis di Asia Tenggara. Tambahan pula Vietnam mempunyai pasukan tentera yang terbesar di Asia Tenggara dan sebuah gudang senjata dan alat-alat militari yang lengkap yang telah dirampas oleh Kerajaan Saigon. Malahan,Vietnam juga mempunyai para pejuang yang handal dan berpengalaman. Disamping itu, Thailand bimbang Vietnam akan mempercepatkan pemberontakan komunis yang membekalkan mereka senjata. Oleh itu, ASEAN khususnya Malaysia memberikan tumpuan mengenai isu ini dan menanganinya dengan perdamaian.

Pendekatan ini dimulakan dengan pengumuman Menteri-menteri Luar ASEAN pada bulan Mei 1975 untuk mengeratkan perhubungan den persahabatan yang harmoni dengan negara-negara Indochina. Menurut Tun Razak, ini adalah satu peluang yang baik untuk mewujudkan satu dunia baru yang aman dan bebas dari penaklukan dan pengaruh luar serta bekerjasama bagi kepentingan bersama. Malangnya sehingga pertengahan tahun 1978, Vietnam enggan mengiktiraf ASEAN sebagi sebuah pertubuhan serantau. Penolakan ini adalah berpunca ASEAN memberikan sokongan kepada campurtangan Amerika di Vietnam secara langsung dan tidak langsung sebelum tahun 1975. Vietnam bimbang ASEAN sebagai boneka militari Amerika Syarikat. Namun demikian Vietnam menunjukkan kejayaan dalam bidang politik dan konominya yang telah tertarik dengan aktiviti ASEAN. Semasa AMM ke-25 Menteri Luar ASEAN di Manila pada 21 Julai 1992, Vietnam dan Laos telah memberikan persetujuan untuk turut serta dalam kerjasama bersama ASEAN.

Kesimpulannya, peranan dan penglibatan Malaysia dapat dilihat dalam beberapa isu politik dan keselamatan. Contohnya hubungan Malaysia dan Filipina , isu pelarian Vietnam, Isu Kemboja, Isu hubungan dengan Vietnam, konsep ZOPFAN dan SEANFTZ dan lain-lain lagi. Peranan dan penglibatan Malaysia dalam mewujdukan kestabilan serantau melalui kerjasama tidak terh