34
ABSTRAK Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan. Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Agama-agama yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza mengenai Tuhan. Perbezaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan sifat Tuhan. Begitu juga perbezaan pandangan dari elemen agama segi kebahagiaan, keadilan, perpaduan, kemanusian dan amanah. Dalam kajian ini kita cuba meninjau pandangan-pandangan daripada tokoh-tokoh agama mengenai elemen-elemen agama yang dinyatakan sebentar tadi berdasarkan dua agama iaitu agama Islam dan agama Kristian. Kajian ini adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat dan juga untuk menambahbaik hubungan etnik di Malaysia 1

Hubungan Etnik

  • Upload
    n4n1

  • View
    16

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Konsep Asad Dalam Hubungan Etnik

Citation preview

ABSTRAK

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan. Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Agama-agama yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza mengenai Tuhan. Perbezaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan sifat Tuhan. Begitu juga perbezaan pandangan dari elemen agama segi kebahagiaan, keadilan, perpaduan, kemanusian dan amanah. Dalam kajian ini kita cuba meninjau pandangan-pandangan daripada tokoh-tokoh agama mengenai elemen-elemen agama yang dinyatakan sebentar tadi berdasarkan dua agama iaitu agama Islam dan agama Kristian. Kajian ini adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat dan juga untuk menambahbaik hubungan etnik di Malaysia bahawa setiap agama mempunyai pandangan tersendiri untuk melayari kehidupan di muka bumi ini.

PENDAHULUANSejak Malaysia mencapai kemerdekaannya iaitu pada tahun 1957 proses pembangunan telah mula mengorak langkah. Jika sebelum ini negara dikenali sebagai sebuah kerajaan yang agak mundur pada ketika itu era kemerdekaan merupakan batu loncatan untuk menuju tahap negara membangun. Kini gagasan wawasan 2020 menuntut agar Malaysia dan rakyatnya bersatu bagi merealisasikan misi menjadi sebuah negara maju.Namun, perlu diingat terdapat beberapa elemen penting yang harus diambil kira sebagai kayu pengukur untuk melihat sejauh mana kita mampu menggapai matlamat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 kelak. Elemen-elemen yang dimaksudkan itu adalah kemajuan bidang ekonomi, kestabilan dalam pentadbiran atau politik negara serta faktor hubungan etnik yang harmonis. Tumpuan kali ini ialah melihat sejauh mana keutuhan hubungan etnik rakyat Malaysia yang mempunyai latar belakang yang pelbagai mampu menjamin keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan juga kestabilan politik. Keharmonian ini juga dilihat sebagai satu titik tolak kematangan sebuah pemerintahan kerajaan yang mempunyai lapisan rakyat dari pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan. Pengalaman hitam 13 Mei 1969 di mana berlakunya rusuhan kaum sentiasa kekal dalam lipatan sejarah Malaysia dan bertitik tolak daripada peristiwa inilah kepentingan menjaga keharmonian hubungan etnik sentiasa menjadi keutamaan. Pengalaman tersebut memberi impak yang cukup kuat dalam usaha negara membangunkan imejnya di mata dunia dan sehingga ke hari ini barisan pemimpin tertinggi begitu komited menjaga kelestarian hubungan etnik agar pisang tidak berbuah dua kali. Semangat toleransi dan hormat-menghormati sesama kaum kerap menjadi slogan perpaduan negara bertujuan sebagai alat pemangkin permuafakatan sejagatKonsep-konsep Asas dalam Hubungan Etnik di Malaysia.Antara usaha awal dalam mendidik rakyat agar lebih prihatin, sensitif dan percaya akan kekuatan muafakat adalah melalui proses pendidikan. Proses ini melibatkan pelbagai peringkat samada rendah hinggalah ke tahap yang lebih tinggi bertujuan untuk memupuk benih-benih kesatuan antara pelbagai lapisan kaum di Malaysia. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita melihat terlebih dahulu pengertian konsep-konsep penting iaitu masyarakat, budaya dan juga perpaduan. Ini kerana ketiga-tiga elemen tersebut berhubung kait antara satu sama lain dalam konteks keharmonian hubungan etnik di Malaysia.Apakah itu Masyarakat? Kamus Dewan (DBP) tahun 2005 memberi pengertian bahawa masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang tinggal bersama di suatu tempat tertentu serta mengamalkan tatacara hidup, nilai atau aturan hidup tertentu juga. Di dalam kelompok manusia yang hidup bermasyarakat ini wujud satu pola atau bentuk pergaulan yang juga dikenali sebagai hubungan sosial. Hal ini berlaku kerana mereka kebanyakannya datang dari kawasan, budaya dan kepercayaan yang berbeza-beza. Selain itu juga, semangat gotong royong, konsep kejiranan, inginkan keamanan, harmoni, kestabilan pemerintahan dan banyak lagi unsur muafakat menjadi antara faktor mengapa manusia mahu hidup bermasyarakat. Ciri-ciri penting sebuah masyarakat itu juga cukup untuk menjelaskan mengapa manusia perlu saling bergantung antara satu sama lain dan membentuk sebuah komuniti lestari. Antara ciri unik itu adalah manusia hidup secara berkelompok, mempunyai budaya yang berbeza, saling berkomunikasi, mengalami perubahan, memerlukan satu bentuk kepimpinan pusat dan mempunyai aturan social seperti status, kasta, kelas dan lain-lain lagi.

Konsep yang seterusnya ialah budaya yang pada asalnya terhasil daripada cantuman bahasa Sanskrit dan Melayu yakni budhi serta daya. Sekali lagi Kamus Dewan (DBP), 2005 mendefinisikan budaya sebagai satu tahap kemajuan pemikiran, kal budi iaitu cara berfikir, cara berkelakuan dan sebagainya yang berkaitan. Dalam erti kata yang lain, konsep ini menggambarkan suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan manusia dan ianya turut meliputi sistem sosial, politik, agama, adat resam, kepercayaan, sistem politik, organisasi ekonomi dan nilai. Budaya adalah bersifat paradoks dan tercipta melalui kesanggupan masyarakatnya. Ada sesetengah budaya yang mengambil elemen budaya luar untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif pengkayaan budaya asal dan kesimpulannya konsep ini berperanan sebagai kaedah untuk memupuk kesedaran kebangsan dan kenegaraan yang bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan juga mental. Selain itu juga, budaya mampu membina imej sebuah negara yang berdaulat dengan identiti dan keperibadian yang tersendiri. Perpaduan pula merujuk pada suatu proses penyatupaduan seluruh masyarakat dan negara agar setiap anggotanya berupaya membentuk satu nilai dan identiti tersendiri di samping menyemai rasa cintakan negara serta banggakan tanah air. Justeru, ketiga-tiga konsep yang dinyatakan di atas sebenarnya menjadi intipati penting dalam kewujudan hubungan etnik di Malaysia dan kepentingan memelihara kesemua elemen ini perlu selalu dijaga agar kekuatan asas hubungan kaum boleh sentiasa terpelihara agar peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969 tidak berulang kembali. Konsep-konsep yang mempengaruhi Hubungan Etnik.Terdapat 5 subkonsep lain di bawah elemen masyarakat yang dilihat mencerminkan serta mempunyai pengaruhnya sendiri ke atas keutuhan hubungan etnik di Malaysia. Subkonsep yang dimaksudkan adalah etnik, ras, prejudis, stereotaip dan juga diskriminasi.

a. Konsep Etnik.Didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama juga seragam termasuklah adat resam, pakaian, bahasa mahupun kegiatan ekonomi setempat. Ianya berkait rapat dengan Ras dan Bangsa yang memberi penekanan kepada perbezaan fizikal dan biologi antara sesama manusia (Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin, 2006). b. Konsep Ras.Sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan berbentuk kolektif melalui ciri-ciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, mata dan rambut juga lain-lain. Kebiasaannya warna kulit akan menjadi penanda perbezaan ras seseorang itu. c. Konsep Prejudis.Ditakrifkan sebagai suatu bentuk pandangan negatif mengenai ahli, seseorang atau pun kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang individu atau kelompok etnik tertentu. Tidak bersifat terbuka dan sering kali bertukar menjadi stereotaip. Ciri lain adalah ianya lahir tidak pada dasar yang tepat, jelas dan kabur.

d. Konsep Stereotaip.Stereotaip pula merujuk pada kenyataan-kenyataan umum yang bersifat negatif juga terhadap sesuatu atau kumpulan etnik lain. Terdapat juga gambaran-gambaran tertentu yang berlebihan tentang suatu perlakuan samada yang baik atau buruk terhadap orang lain. Keadaan stereotaip wujud hasil daripada pertembungan dua atau lebih kumpulan etnik yang berbeza. Di Malaysia sahaja sering berlaku keadaan bersifat stereotaip ini kerana rakyatnya terdiri dari lapisan masyarakat majmuk yang berbilang bangsa, agama serta kepercayaan. Contoh yang paling sesuai untuk menggambarkan elemen ini adalah kenyataan seperti semua orang Arab itu beragama Islam dan kedekut itu sikap orang Belanda.e. Konsep Diskriminasi.Merupakan satu manifestasi buruk melalui prasangka negatif terhadap orang lain dan ianya mudah berlaku jika terdapat elemen prejudis atau stereotaip kerana kedua-dua elemen ni mampu menjadi pencetus utama senario ini. Diskriminasi bermaksud pandangan, pemikiran dan kepercayaan berunsur negatif semata-mata oleh seseorang atau kumpulan etnik lain terhadap individu mahupun golongan etnik yang lain. Elemen ini juga boleh wujud andai ada unsur pilih kasih atau perbuatan membandingbezakan kumpulan etnik lain berdasarkan hanya ciri-ciri etnik sahaja.

KAEDAH KAJIAN

Dalam membuat kerja kursus ini kami telah menggunakan kaedah temubual untuk tujuan pengumpulan data. Temubual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Seringkala dalam kajian ada banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian dokumentasi ataupun catatan dairi seseorang. Pengkaji perlu berhubung melakukan hubungan face-to-face. Lazimnya terdapat dua teknik temubual iaitu temubual berstruktur dan temubual tak berstruktur. Temubual berstruktur adalah aktiviti perbualan dan soaljawab di mana bentuk dan kandungan soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang tertentu sahaja. Manakala temubual tidak berstruktur merupakan aktiviti perbualan dan soaljawab yang mementingkan penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapatkan fakta-fakta tertentu. Soalan-soalan terbuka (open-ended questions) dikemukakan dan pelbagai jawapan boleh diperolehi dari respondan.Dalam kajian ini kita telah menggunakan teknik temubual tidak berstruktur, dimana tokoh-tokoh agama iaitu agama Islam dan Kristian telah ditemubual dan meminta pandangan mereka mengenai elemen agama dari segi kebahagiaan, keadilan, perpaduan, kemanusian dan amanah mengikut pandangan dan agama masing-masing yang bertujuan untuk membuat penambahbaikkan hubungan etnik dikalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Kelebihan teknik temubual tidak berstruktur ini adalah ia memberi peluang pengkaji meneroka secara mendalam dan member kesempatan kepada peserta mengambil masa berfikir, berbual-bual dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri. Adakalanya, respondan boleh meminta penjelasan dari pengkaji ataupun menyoal pengkaji. Temubual tidak berstruktur lazimnya diadakan dalam situasi tidak formal. Pada masa temubual itu, pengkaji boleh juga melakukan pemerhatian tentang tingkahlaku respondan dan memberi komen serta menyoal secara spontan iaitu tidak menggunakan soalan yang telah disediakan terlebih dahulu.

ANALISIS

Mengikut pandangan Agama Islam

1. Definisi Hubungan EtnikFirman Allah Taala; Wahai manusia, Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh Allah maha mengetahui, maha teliti ( Surah al-Hujarat ayat 13).

Hubungan etnik menggalakkan taaruf, berkomunikasi dan bergaul dengan semua orang tanpa ada diskriminasi.

2. Konsep / elemen mengikut kacamata Islam Kebahagiaan, Keadilan, Perpaduan, Kemanusiaan dan Amanah

i. KebahagiaanKebahagiaan terdiri daripada kebahagiaan dunia dan akhirat. Setiap perkara mahmudah yang dilakukan dan diredhai Allah S.W.T dan Rasulullulah S.A.W membawa kepada kesejahteraan kepada dunia dan akhirat.ii. KeadilanAdil adalah meletakkan sesuatu (sesuai ) pada tempatnya. Bukan bermaksud sama banyak atau sama rata atau seimbang dalam semua perkara. Adil dan samarata adalah berbeza.

iii. PerpaduanPerpaduan dilihat dari tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu 'marof' manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu 'mungkar'.Oleh itu adalah menjadi satu kewajipan terhadap orang Islam untuk menjaga perpaduan.

iv. KemanusiaanAllah SWT telah melebihkan manusia atas segala makhluk yang lain. Dimana manusia diciptakan dari himpunan dua unsur iaitu tanah dan ruh Allah, diciptakan sebaik-baik kejadian dan dibekali dengan akal dan sarana-sarana penyempurna yang lain agar benar-benar siap menjadi makhluk yang paling mulia. Sebagaimana juga telah ditaklukkan dan ditundukkan makhluk-makhluk yang lain untuk memenuhi keperluannya. Semua ini dimaksudkan agar kemungkinan manusia menyempurnakan amanah sebagai khalifah dan hamba yang beribadah dan memakmurkan bumi sesuai dengan petunjuk Tuhannya. Firman Allah SWT: Dan telah Kami muliakan anak cucu Adam dan Kami membawa mereka didaratan dan dilautan dan Kami beri mereka rizki dari hal-hal yang baik dan Kami telah lebihkan mereka atas kebanyakan dari makhluk yang kami ciptakan. (QS. Al-Isra:70).

v. AmanahFirman Al-Quran:"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (Al Anfaal 27)Amanah adalah satu tanggungjawab yang besar. Allah memberi nikmat yang besar kepada yang memegang amanah

3. Cara untuk bagi mewujud, menjaga serta mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia dengan 5 elemen iaitu kebahagiaan, keadilan, perpaduan, kemanusiaan dan amanah.

Pemimpin adalah tunjang untuk mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia. Seorang pemimpin mestilah memegang amanah, memelihara nilai kemanusiaan, menjaga dan menyayangi rakyatnya seperti menyayangi dirinya sendiri tanpa membezakan agama dan juga bangsa. Selain itu, mestilah mengamalkan konsep keadilan dalam mentadbir masyarakat. Selepas pemimpin melaksanakan dan menggabungkan kelima lima elemen tersebut, In Sha Allah keharmonian hubungan etnik di Malaysia dapat dikekalkan.

Mengikut pandangan Agama Kristian

1.Definisi Hubungan Etnik

Setelah mendengar dan meneliti pandangan dan jawapan yang diberikan melalui hasil temubual bersama paderi dan ustaz, kami telah membuat analisa secara ringkas untuk memudahkan kami mencadangkan penambahbaikan untuk menjamin keutuhan kepelbagaian kaum dan budaya di negara ini.

Seperti apa yang diperkatakan oleh Paderi Katolik, Fr Nicholas Stephen, hubungan etnik ini merupakan satu anugerah dari Tuhan yang menbentuk keadaaan yang harmoni. Jelasnya lagi bahawa setiap manusia berbilang kaum, bangsa tidak boleh dipisahkan. Merujuk kepada Katekismus Gereja Katolik, hormat kepada martabat manusia menuntut kebajikan penguasaan diri, supaya mengendalikan ketergantungan kepada barang-barang dunia ini. Berikut adalah analisa kelima-lima konsep yang ditekankan oleh agama kristian menurut pandangan Paderi Katolik, Fr Nicholas Stephen, dari Paroki Daerah Tuaran, Sabah.

2. Konsep / elemen mengikut kacamata Islam Kebahagiaan, Keadilan, Perpaduan, Kemanusiaan dan Amanah

i.KebahagiaanMenurut dari pandangan Father Nicholas Stephen, kebahagiaan ini adalah satu keadaan yang mana tidak ada persengketaan ataupun peperangan antara individu, masyarakat mahupun sesebuah Negara di dunia ini. Semua ini akan tercapai sekiranya wujudnya cinta kasih dan saling sayang-menyayangi sesama manusia. Ia juga perlu bermula dari keluarga dan seterusnya berkembang kepada masyarakat di sesebuah kawasan tersebut.

Secara ringkasnya, elemen kebahagian dapat ditakrifkan dari konteks agama kristian adalah seperti berikut:-1. Kebahagiaan kehidupan adalah anugerah rahmat dari Allah yang mana sifatnya adikodrati seperti rahmat yang menghantar kepadanya.2. Elemen kebahagiaan ini menuntut dari kita keputusan-keputusan penting yang ada hubunganya dengan kekayaan duniawi. Elemen ini dapat membersihkan hati kita dan mengajar kita untuk mencintai Allah lebih dari yang lain.

Berikut adalah petikan yang dipetik dari alkitab:-Berbahagialah orang yang miskin di hadapan Allah, kerana merekalah yang empunya Kerajaan Syurga.Berbahagialah orang yang berdukacita, kerana mereka akan dihibur.Berbahagialah orang yang lemah lembut, kerana mereka akan memiliki bumi.Berbahagialah orang yang lapar dan haus akan kebenaran, kerana mereka akan dipuaskan.Berbahagialah orang yang murah hatinya, kerana mereka akan beroleh kemurahan.Berbahagialah orang yang suci hatinya, kerana mereka akan melihat Allah.Berbahagialah orang yang membawa damai, kerana mereka akan disebut anak-anak Allah.Berbahagialah orang yang dianiaya oleh sebab kebenaran, kerana merekalah yang empunya Kerajaan Syurga.Berbahagialah kamu, jika kerana Aku kamu dicela dan dianiaya dan kepadamu difitnahkan segala yang jahat.Bersukacita dan bergembiralah, kerana upahmu besar di Syurga.(Menurut Mat 5:3-12)

ii.KeadilanMenurut dari pandangan Father Nicholas Stephen, keadilan ini adalah di mana suatu keadaan yang saling menghormati hak-hak asasi manusia itu. Dalam kenyataannya, Keadilan Adalah Mempengaruhi Keamanan Sejagat adalah boleh digunapakai untuk diungkapan kepada keadaan masa kini. Namun tidak semua adil itu akan dapat menjamin kesejahteraan hidup. Ketidaksamarataan juga akan menyebabkan pergolakan keamanan sejagat. Ini dapat dilihat daripada konteks duniawi contohnya pemberian subsidi kerajaan. Subsidi ini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira kaya atau miskin. Namun hanya golongan elit tentunya mendapat keuntungan yang tinggi daripada subsidi ini.

Secara ringkasnya, elemen keadilan dapat ditakrifkan dari konteks agama Kristian adalah seperti berikut:-1. Keadilan terdiri dari kehendak yang tetap dan teguh untuk memberi kepada Allah dan sesama manusia tentang apa yang menjadi hak mereka. 2. Penghormatan terhadap hak-hak asasi manusia.

Berikut adalah petikan yang dipetik dalam alkitab:-Janganlah engkau membela orang kecil dengan tidak sewajarnya dan janganlah engkau terpengaruh oleh orang-orang besar, tetapi engkau harus mengadili sesamamu dengan kebenaran(Menurut Im 1815 19:15)

Hai tuan-tuan, berlakulah adil dan jujur terhadap hambamu dan ingatlah kamu juga mempunyai tuan di Syurga(Menurut Kol 4:1)

iii.PerpaduanMenurut Matius 5: 43 -48, kita perlu saling menghormati dan menyayangi sesama manusia tidak kira mereka adalah musuh kita. Perpaduan ini tidak akan tercapai jika sikap ego masih wujud dan menganggap orang lain yang berbeza pandangan adalah musuh. Dalam ajaran Katolik, sikap saling toleransi dan rendah hati amat dititikberatkan untuk mengelak perpecahan dan pertelingkahan. Perpaduan dapat dicapai sekiranya masyarakat bersatu padu tanpa mengira latar belakang bangsa, agama, fahaman politik, warna kulit dan banyak lagi yang mana dianggap sensitif dan boleh mendatangkan isu. Tanpa perpaduan maka dunia menjadi huru-hara.

iv.KemanusiaanManusia itu dicipta menurut rupa dan gambaran tuhan Allah. Manusia dikurniakan jiwa rohani, akal dan nafsu yang mana manusia dapat berfikir tentang baik atau buruknya sesuatu perkara itu. Manusia mempunyai sifat kemanusiaannya tersendiri dalam berdepan dengan karenah dunia.

Berikut adalah ungkapan daripada sebuah buku agama:-Kegembiraan dan harapan tamadun moden adalah kegembiraan dan harapan umat Kristian. Kedukaan dan kegelisahan umat manusia dewasa ini, terutama mereka yang miskin dan menderita juga merupakan kedukaan dan kegelisahan umat Tuhan Allah. Sesungguhnya segala sesuatu yang bersifat kemanusiaan menyentuh pengikut-pengikut Kristus(Gereja Dalam Dunia Moden, 1).vi. AmanahNilai amanah dapat ditakrifkan sebagai sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Menurut dari pandangan Father Nicholas Stephen, nilai amanah datangnya daripada sikap jujur seseorang itu. Ini dapat dilihat daripada manusia apabila membuat sesuatu perkara itu tanpa ada sebarang tipu muslihat dan agenda lain.

Gambarajah AModel Asas Patung Manusia

Umumnya, agama perlu ada pada semua lapisan masyarakat sebagai panduan hidup kita di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Mengikut gambarajah di atas, kelima-lima elemen iaitu amanah, keadilan, perpaduan, kemanusiaan, dan kebahagiaan dapat membentuk satu model lengkap anggota badan manusia. Kita dapat tafsirkan sebagai contoh, tanpa elemen kemanusiaan maka kita menganggap model di atas ini tidak mempunyai kaki kanan dan kecacatan berlaku di situ. Begitu juga dengan elemen-elemen yang seterusnya. Oleh itu, sekiranya semua manusia berpegang teguh dengan kelima-lima elemen ini maka dunia ini adalah selamat untuk dihuni oleh manusia. Jika sebaliknya, maka sesuatu perlu dilakukan oleh manusia agar dapat memelihara kesejaterahan sejagat di muka bumi ini.

KESIMPULANHubungan etnik ini janganlah hanya dilihat dari sudut luaran semata-mata tetapi juga perlu diteliti melalui sudut konseptual. Rasa peneriman unsur kebudayaan lain yang sesuai di Malaysia jelas menunjukkan bahawa hubungan etnik atau kaum di negara ini berada pada tahap yang membanggakan. Tidak hanya bergantung pada kekuatan ekonomi dan kestabilan politik dalam usaha membawa negara kearah sebuah kerajaan yang maju di tahun 2020 kelak, keharmonian kesatuan pelbagai rumpun di dalamnya turut berperanan penting. Setiap ahli masyarakat perlulah mempunyai rasa bertanggungjawab untuk menjaga kelestarian hubungan etnik di setiap peringkat pentadbiran kampung, mukim atau apa sahaja kawasan. Salah satu kekayaan serta sumber kekuatan Malaysia adalah kemampuan masyarakat majmuk yang menetap di dalamnya hidup secara aman, teratur dan saling hormat-menghormati.Oleh yang demikian, sebagai langkah-langkah menjaga keharmonian ini kita mestilah sentiasa berwaspada dengan ancaman luar. Pelaksanaan program-program berunsur perpaduan bertujuan untuk menjaga serta menghormati jiran, pelbanyakkan aktiviti yang umum bersifat kolektif iaitu keterlibatan menyeluruh, kekuatan rohani, mental, elakkan dari melayari halaman yang tidak produktif, tidak lokek ilmu, kesanggupan untuk menyelami budaya orang lain tanpa perlu takut, program kemasyarakatan seperti Anak Angkat di setiap Homestay di Malaysia dan lain-lain lagi. Kesemua ini merupakan beberapa kaedah terbaik bagi mengekalkan keharmonian hubungan etnik yang majmuk di Malaysia bak pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.LAMPIRAN

SKRIP SOALAN TEMUDUGA :Nota : Semua soalan yang ditanya tidak berniat atau menyentuh sensitiviti mana mana pihak / agama. Ianya hanya untuk tujuan pembelajaran / soal selidik kajian universiti sahaja. Tujuannya hanyalah untuk mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia.SOALAN 1 :Definisikan konsep Hubungan Etnik menurut perspektif agama Islam?

SOALAN 2 :Huraikan konsep / elemen berikut mengikut kacamata agama Islam? Kebahagiaan Keadilan Perpaduan berikan definisi, penerangan dan contoh Kemanusiaan Amanah

SOALAN 3 :Bagaimanakah kesemua konsep / elemen agama tersebut (kebahagiaan, keadilan, perpaduan, kemanusiaan dan amanah) boleh membantu bagi mewujud, menjaga serta mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia?

SKRIP SOALAN TEMUDUGA :Nota : Semua soalan yang ditanya tidak berniat atau menyentuh sensitiviti mana mana pihak / agama. Ianya hanya untuk tujuan pembelajaran / soal selidik kajian universiti sahaja. Tujuannya hanyalah untuk mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia.SOALAN 1 :Definisikan konsep Hubungan Etnik menurut perspektif agama Kristian?

SOALAN 2 :Huraikan konsep / elemen berikut mengikut kacamata agama Kristian? Kebahagiaan Keadilan Perpaduan berikan definisi, penerangan dan contoh Kemanusiaan Amanah

SOALAN 3 :Bagaimanakah kesemua konsep / elemen agama tersebut (kebahagiaan, keadilan, perpaduan, kemanusiaan dan amanah) boleh membantu bagi mewujud, menjaga serta mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia?

Peta Lokasi Politeknik Kota Kinabalu

Politeknik Kota Kinabalu

Peta Lokasi Gereja StJohns (Katolik Santo Yohannes)

St. Johns Church

Fadhlullah, Father Nicolas dan Paulkinson

Pejabat Father Nicholas

25