15
WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK DISEDIAKAN OLEH : CHONG LIU QING 3 PISMP MATEMATIK 1 MENGGALURKAN PROSES PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN DAN KESAN KONTRAK SOSIAL KE ATAS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA PENSYARAH PEMBIMBING: PN HJH. SALMAH BINTI OTHMAN

Hubungan Etnik (M11)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

aaa

Citation preview

Page 1: Hubungan Etnik (M11)

1

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK

DISEDIAKAN OLEH : CHONG LIU QING

3 PISMP MATEMATIK

MENGGALURKAN PROSES PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN DAN KESAN KONTRAK SOSIAL KE ATAS HUBUNGAN ETNIK DI

MALAYSIA

PENSYARAH PEMBIMBING: PN HJH. SALMAH BINTI OTHMAN

Page 2: Hubungan Etnik (M11)

KONSEP PERLEMBAGAAN

• Setiap negara mempunyai perlembagaannya sendiri dan diwujudkan

dengan tujuan dan sebab yang berbeza.

• Menurut Chin Yee Mun dan rakan-rakan (2010), kewujudan

perlembagaan dalam sesebuah negara sangat penting dan biasanya

diberikan status yang lebih tinggi daripada kaedah undang-undang lain

dalam sistem kerajaan.

• Menurut Mohd Sohaimi Esa dan rakan-rakan (2011) menyatakan bahawa

perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dan menjadi asas

kepada pembentukan pelbagai undang-undang lain di Malaysia.

Page 3: Hubungan Etnik (M11)

MENGGALURKAN PROSES PEMBENTUKAN

PERLEMBAGAAN

Page 4: Hubungan Etnik (M11)

Perlembagaan Malayan Unio

n (194

6)

•Digubal oleh British selepas Perang Dunia Ke-2 bertujuan untuk memperbaiki sistem pentadbiran dan menjadikan negeri-negeri di Tanah Melayu menjadi taraf tanah jajahan tetapi tidak berjaya dilaksanakan kerana mendapat tentangan.

Perjanjian

Persekutua

n Tanah Melay

u (PTM) 1948

•British menubuhkan Jawatankuasa Kerja tahun 1946 untuk menggubal perlembagaan PTM tetapi perlembagaan yang dihasilkan mendapar tentangan dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan orang bukan Melayu.

Kronologi Pembentukan Perlembagaan Malaysia

Page 5: Hubungan Etnik (M11)

JawatanKuas

a Hubun

gan Antara Kaum (CLC)1949

•Terdiri daripada pelbagai hubungan etnik telah berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi.

•Ia wujud kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik.

•Ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.

•Melalui CLC ini pemimpin dari pelbagai golongan etnikberbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud

Perlembagaan Tanah Melayu

1957

•British menubuhkan suruhanjaya Reid 1956 untuk merangka perlembagaan baru yang mewakili semua penduduk di Tanah Melayu dan diterima sebagai Perlembagaan Negara Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Page 6: Hubungan Etnik (M11)

Perlembagaan

Malaysia

1963

•Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah diistiharkan menjadi perlembagaan Malaysia selepas negara Malaysia dibentuk hasil pengabungan Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963 dengan beberapa tambahan yang menyentuh kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.

Page 7: Hubungan Etnik (M11)

KESAN KONTRAK SOSIAL KE ATAS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Page 8: Hubungan Etnik (M11)

• Unsur-unsur tradisi perlembagaan adalah satu “kontrak sosial” yang

telah disepakati semasa penggubalan perlembagaan.

• Unsur-unsur tradisi yang dimaksudkan meliputi:

Bahasa Kebangsaan

Agama Persekutuan

Pemerintahan Beraja

Kedudukan Istimewa Orang

Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

Page 9: Hubungan Etnik (M11)

1. Hak Keistimewaan Orang Melayu

• Walaupun dari sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah

dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua

warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk

menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang

lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan

keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan

dan agihan kekayaan, khususnya kepada kaum yang masih

lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.

Page 10: Hubungan Etnik (M11)

2. Kedudukan Bahasa Melayu

• Bahasa Melayu amat penting dalam menyatupadukan kaum-kaum di

Malaysia.

• Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan menjadi

bahasa rasmi negara, menunjukkan bahawa terdapat semangat 1Malaysia

yang ditonjolkan di situ.

• Perpaduan di negara ini amat penting bagi mempertahankan keamanan dan

kesejahteraan negara.

• Bahasa Melayu boleh dijadikan alat untuk menyatupadukan rakyat yang

berbilang kaum dengan menggunakan satu bahasa yang sama seterusnya

diharapkan ia dapat membangunkan negara.

• bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan

persefahaman perpaduan kebangsaan  antara penduduk  berbilang kaum.

Page 11: Hubungan Etnik (M11)

3. Kedudukan Agama Islam

• Dalam Islam, nilai agama bertunjangkan kepada tauhid dan

bersendikan akidah.

• Bagi penganut agama Islam, nilai yang mereka pegang

berpandukan kepada ajaran dan panduan al-Quran dan sunnah.

• Oleh sebab itu, nilai Islam akan menjadi asas kepada membina

keharmonian masyarakat di Malaysia.

• Selain itu, nalai Islam juga diterapkan dalam masyarakat. Sekadar

memberikan contoh di negara ini diperkenalkan sistem ekonomi

alternatif yang serasi dengan nilai Islam. Prinsip dan amalan nilai

Islam, diterapkan juga dalam pentadbiran.

Page 12: Hubungan Etnik (M11)

Sambungan…

• Nilai lain termasuk usaha membanteras rasuah, membasmi

kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti,

mewujudkan masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi keluarga,

penekanan kepada pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan

serta sains dan teknologi. Terbaru kempen mengubah sikap kepada

amalan berbudi pekerti tinggi dan amalan nilai murni dalam

masyarakat.

Page 13: Hubungan Etnik (M11)

4. Institusi Beraja • Institusi beraja satukan rakyat.

• Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang

diamalkan negara sejak merdeka terbukti berkesan mewujudkan

kestabilan dan kemakmuran kepada negara.

• Institusi beraja adalah teras asas yang mendasari sistem itu sejak negara

mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.

• Peranan raja yang berada di atas politik kepartian menyumbang secara

tuntas ke arah proses penyatupaduan rakyat majmuk dan pembinaan

sebuah negara bangsa Malaysia yang berjaya.

• Ia juga menyediakan landasan kukuh ke arah pencapaian wawasan

nasional untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Page 14: Hubungan Etnik (M11)

Rujukan• Institusi beraja satukan rakyat. (30 Jan 2013). Dicapai pada 25

Ogos 2014, daripada http://www.hmetro.com.my/articles/In

stitusiberajasatukanrakyat/Article/

• Chin Yee Mun, Ira Meilita binti Ibrahim dan Wong Khek Seng (2010).

Kenegaraan Malaysia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

• Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu dan Budi Anto Mohd Tamring

(2011). Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara

Bangsa. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn.

Bhd.

• Shamsul Amri Baharuddin (2007). Modul hubungan etnik. Kuala Lumpur:

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Page 15: Hubungan Etnik (M11)

Sekian, Terima Kasih…