6
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 5(1): 39-44 (1997) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Hubungan Nilai KeIja dengan Jantina, Umur dan Pengalaman Mengajar Guru Pelatih ZAKARIA KASA dan ABDUL RAHMAN MD. AROFF Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang, Selangor, Malaysia Kala kunci: nilai keIja, sikap keIja, latihan guru ABSTRAK Untuk berjaya di dalam pekeljaan, seseorang itu perlu mempunyai bukan sahaja pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga nilai kerja yang baik. Kajian ini meninjau dua bel as nilai kerja guru pelatih Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan hubungan di antara nilai-nilai ke'ja tersebut dengan jantina, umur dan pengalaman mengajar. Secara amnya, guru pelatih UPM mempunyai nilai kelja yang baik. Mereka menganggap perkembangan kendiri, ganjaran ekonomi dan pekerjaan terjamin sebagai sangat penting, manakala kreativti, keadaan tempat kelja, stail hidup dan autonomi sebagai sederhana penting. Nilai seperti kepelbagaian, autoriti, hubungan sosial, resiko dan prestij dianggap sebagai kurang penting kepada mereka. Selain itu, hubungan rendah yang signifikan wujud antara nilai kerja secara keseluruhan dengan pengalaman mengajar dan umur. Pada keseluruhannya, guru pelatih yang tiada pengalaman mengajar dan berumur muda didapati mempunyai nilai ke'ja yang lebih baik daripada guru pelatih yang mempunyai pengalaman mengajar. Guru pelatih lelaki didapati lebih mementingkan kreativiti dan autoriti daripada guru pelatih perempuan. Guru pe1atih yang tiada pengalaman mengajar didapati lebih mementingkan kepelbagaian, resiko dan prestij daripada guru pelatih yang berpengalaman mengajar. Umur didapati mempunyai hubungan rendah yang negatif tetapi signifikan dengan stail hidup, autoriti, resiko dan prestij. Hubungan ini menunjukkan bertambah berumur guru pelatih, kepentingan nilai tersebut kepada mereka berkurangan. Antara cadangan hasil daripada dapatan kajian ialah memberi ganjaran yang setimpal untuk menarik minat generasi muda menjadi guru, memberi lebih autonomi kepada guru, menggalakkan guru menggunakan daya kreativiti masing-masing dan memberi tugas yang lebih men cabal' kepada guru muda. ABSTRACT In order to be successful in his work, a person should have not only knowledge and skills, but also good work values. The study explored twelve work values of trainee teachers of Universiti Pertanian Malaysia (UPM) and their relationships with gender, age and teaching experience. In general, trainee teachers of UPM had good work values. They considered self-development, economic reward and job security as very important values, whereas creativity, working conditions, life style and autonomy were considered moder- ately important. Values like variety, authority, social relationship, risk, and prestige were not very important to them. In addition, significantly low relationships exist between work values and age and teaching experience. Young trainee teachers without teaching experience were found to have better work values than experienced trainee teachers. Male trainee teachers were found to value creativity and authority more than female trainee teachers. Trainee teachers without teaching experience were also found to value variety, risk and prestige more than experienced trainee teachers. Age was found to have negative and low but significant relationships with life style, authority, risk and prestige. This relationship showed that as trainee teachers grew older, these values became less important to them. Based on the findings of the study, it is suggested that rewards should be given to teachel's in order to attract more of the younger generation to become teachers, teachers should be given more autonomy, teachers should be motivated to use their own creativity, and younger teachers should be given challenging tasks.

Hubungan Nilai KeIja dengan Jantina, Umur dan …psasir.upm.edu.my/3160/1/Hubungan_Nilai_KeIja_dengan...Hubungan Nilai Kerja dengan Jantina, Umur dan Pengalaman Mengajar Guru Pelatih

  • Upload
    lamnga

  • View
    238

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 5(1): 39-44 (1997) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Hubungan Nilai KeIja dengan Jantina, Umur dan PengalamanMengajar Guru Pelatih

ZAKARIA KASA dan ABDUL RAHMAN MD. AROFFFakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia43400 Serdang, Selangor, Malaysia

Kala kunci: nilai keIja, sikap keIja, latihan guru

ABSTRAK

Untuk berjaya di dalam pekeljaan, seseorang itu perlu mempunyai bukan sahaja pengetahuan dankemahiran, tetapi juga nilai kerja yang baik. Kajian ini meninjau dua bel as nilai kerja guru pelatihUniversiti Pertanian Malaysia (UPM) dan hubungan di antara nilai-nilai ke'ja tersebut dengan jantina,umur dan pengalaman mengajar. Secara amnya, guru pelatih UPM mempunyai nilai kelja yang baik.Mereka menganggap perkembangan kendiri, ganjaran ekonomi dan pekerjaan terjamin sebagai sangatpenting, manakala kreativti, keadaan tempat kelja, stail hidup dan autonomi sebagai sederhana penting.Nilai seperti kepelbagaian, autoriti, hubungan sosial, resiko dan prestij dianggap sebagai kurang pentingkepada mereka. Selain itu, hubungan rendah yang signifikan wujud antara nilai kerja secara keseluruhandengan pengalaman mengajar dan umur. Pada keseluruhannya, guru pelatih yang tiada pengalamanmengajar dan berumur muda didapati mempunyai nilai ke'ja yang lebih baik daripada guru pelatih yangmempunyai pengalaman mengajar. Guru pelatih lelaki didapati lebih mementingkan kreativiti dan autoritidaripada guru pelatih perempuan. Guru pe1atih yang tiada pengalaman mengajar didapati lebihmementingkan kepelbagaian, resiko dan prestij daripada guru pelatih yang berpengalaman mengajar.Umur didapati mempunyai hubungan rendah yang negatif tetapi signifikan dengan stail hidup, autoriti,resiko dan prestij. Hubungan ini menunjukkan bertambah berumur guru pelatih, kepentingan nilaitersebut kepada mereka berkurangan. Antara cadangan hasil daripada dapatan kajian ialah memberiganjaran yang setimpal untuk menarik minat generasi muda menjadi guru, memberi lebih autonomikepada guru, menggalakkan guru menggunakan daya kreativiti masing-masing dan memberi tugas yanglebih mencabal' kepada guru muda.

ABSTRACT

In order to be successful in his work, a person should have not only knowledge and skills, but also goodwork values. The study explored twelve work values of trainee teachers of Universiti Pertanian Malaysia(UPM) and their relationships with gender, age and teaching experience. In general, trainee teachers ofUPM had good work values. They considered self-development, economic reward and job security as veryimportant values, whereas creativity, working conditions, life style and autonomy were considered moder­ately important. Values like variety, authority, social relationship, risk, and prestige were not very importantto them. In addition, significantly low relationships exist between work values and age and teachingexperience. Young trainee teachers without teaching experience were found to have better work valuesthan experienced trainee teachers. Male trainee teachers were found to value creativity and authority morethan female trainee teachers. Trainee teachers without teaching experience were also found to valuevariety, risk and prestige more than experienced trainee teachers. Age was found to have negative and lowbut significant relationships with life style, authority, risk and prestige. This relationship showed that astrainee teachers grew older, these values became less important to them. Based on the findings of the study,it is suggested that rewards should be given to teachel's in order to attract more of the younger generationto become teachers, teachers should be given more autonomy, teachers should be motivated to use theirown creativity, and younger teachers should be given challenging tasks.

Zakaria Kasa dan Abdul Rahman Md. Aroff

PENGENALAN

Kraska (1990) menyatakan bahawa majikanmahu pekelja yang mempunyai nilai atau etikakerja yang baik. Pekelja sedemikian berjayamelaksanakan kerja dengan sempurna. Selainitu, pekerja yang mempunyai nilai kerja yangbaik didapati menunjukkan kepuasan dalammenjalankan kelja mereka dan merekamempunyai sikap yang positif dalam membuatkeputusan (Montague 1986). Sebaliknya pekerjayang tidak mempunyai nilai kelja yang baikboleh menjejaskan prestasi mereka di tempatkerja. Ini jelas daripada laporan Beach et al.(1982) yang menyatakan bahawa 87% daripadapembuangan pekelja dan keengganan majikanmenaikkan pangkat pekerja disebabkan olehnilai kerja pekelja yang tidak baik yangditunjukkan melalui tabiat dan tingkah lakumereka semasa di tempat kelja. MenurutOinonen (1984) pula, tanpa nilai kerja yangbaik, pekerja biasanya gagaI mendapat pekerjaanyang mereka ingini.

Sesuatu program pendidikan tidak akandikatakan efektifjika pelajarnya mempunyai nilaikerja yang tidak baik apabila bergraduat daripadaprogram berkenaan. Bagi Wenrich and Wenrich(1974), seseorang graduan itu bukan sahaja perlumenguasai pengetahuan dan kemahiran tetapijuga perlu mempunyai nilai kerja yang baik.Malah merekajuga mencadangkan agar sebarangprogram pendidikan perlu menyedarisejauhmana pelajar memenuhi keperluan danekspektasi majikan. Berrymann (1987) yangmenyokong kepentingan nilai kerja dibentuk dikalangan pelajar mencadangkan agar gelombangreformasi pendidikan pada masa akan datangmengambil kira pengajaran nilai kerja, sepertikerjasama dan usaha berkumpulan, kepadapelajar.

Beberapa kajian yang telah dijalankanten tang nilai kelja memberi laporan yang berbezaberkaitan dengan hubungan beberapa variabellatar belakang dengan nilai kerja. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, hanya variabellatar belakang jantina, umur dan pengalamanbekerja sahaja ditinjau sarna ada terdapathubungan dengan nilai kerja.

TUJUAN

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pastinilai kelja guru pelatih UPM. Untuk mencapaitujuan ini, soalan-soalan kajian berikutdikemukakan:

1. Apakah nilai kelja guru pelatih UPM?2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan

antara nilai kelja dengan jan tina, umur danpengalaman mengajar guru pelatih UPM?

METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian deskriptif-korelasi.Data diperolehi melalui soal selidik.

Populasi dan Sampel

Populasi kajian terdiri daripada 430 orang gurupelatih UPM yang menjalani latihan meng~ar

dan praktikum kaunseling di sekolah menengahdi Selangor, Kuala Lumpur, Perak Selatan, NegeriSembilan, Melaka dan Johor Utara. Teknikpersampelan kelompok berdasarkan programpengajian digunakan untuk mendapat sam pelkajian. Berdasarkan jadual saiz sampel Krecjiedan Morgan (1970), bagi 440 orang sebagaipopulasi, sebanyak 205 orang diperlukan sebagaisampel. Melalui teknik persampelan ini, sebanyak50% guru pelatih dipilih secara rawak bagi setiapprogram. Ini menjadikan sejumlah 215 gurupelatih terpilih sebagai sampel.Jumlah ini sudahmelebihi jumlah minimum saiz sampelsepertimana yang diperlukan mengikut jadualsaiz sam pel Krecjie and Morgan (1970).

Inst1umentasi

Soal selidik dibentuk untuk mengumpul data.Soal selidik ini mengandungi dua bahagian.Bahagian pertama mengandungi soalan untukmendapat makumat tentang Jatar belakangresponden. Bahagian kedua pula mengandungiitem un tuk mengukur nilai kerja responden,Item dalam bahagian ini telah dibentuk olehpenyelidik sendiri dan juga diubahsuai daripadaitem yang telah dibentuk oleh Super (1970) danWu (1985). Sebanyak 60 item telah dibentukuntuk mengukur 12 nilai kerja. Setiap nilai kerjamempunyai 5 item.

Kesahan dan Kebolehpercayaan

Setelah in strum en atau soal selidik untukmengukur nilai kelja dibentuk, instrumenberkenaan telah diserahkan kepada sekumpulanlima orang pensyarah Fakulti PengajianPendidikan, UPM untuk diteliti dan memberikomen. Tujuannya ialah untuk mendapatkesahan kandungan bagi instrumen berkenaan.Segala komen daripada panel pakar tersebutdiambil kira semasa pengubahsuaian instrumenitu dilakukan.

40 PenanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 10 . 1 1997

Hubungan Nilai Kerja dengan Jantina, Umur dan Pengalaman Mengajar Guru Pelatih

Instrumen berkenaan telah dikaji rintisdengan menggunakan 25 orang pelajar yangtidak tedibat dalam kajian. Hasil kajian rintisdigunakan untuk menentukan kebolehpercayaaninstrumen berkenaan. Pekali kebolehpercayaaninstrumen untuk mengukur 12 nilai kerja ialahdi antara 0.76 dan 0.91. Pekali kebolehpercayaanbagi keseluruhan nilai kerja ialah 0.89. Soalselidik yang telah dibaiki berlandaskan kepadakomen panel pakar dan hasil kajian rintis telahdi poskan kepada responden yang sedangmenjalani latihan mengajar dan praktikumkaunseling di sekolah. Tempoh masa dua minggudiberikan kepada mereka untuk mengeposkankembali soal selidik yang telah siap diisi. Sebanyak173 responden (80.5%) telah mengembalikansoal selidik. Kadar pulangan soal selidik ini adalahtinggi.

Data yang diperolehi dianalisis denganmenggunakan perisian statistik SPSS for WindowsRelease 6.0. Data deskriptif dianalisis denganrnenggunakan kecenderungan memusat,frekuensi, min dan sisihan piawai. Hubunganantara variabe! ditentukan dengan menggunakanpekali korelasi point biserial dan pearson productmoment.

DAPATAN

Latm' Belakang

Sebanyak 173 responden (80.5%) daripada 215orang yang terpilih sebagai sam pel telahmengembalikan soal selidik. Daripada jumlahitu, sebanyak 90 orang (52.0%) adalah lelakidan 83 orang (48.0%) adalah perempuan.Majoriti responden (79.8%) berbangsa Melayu.Purata umur responden ialah 30.7 tahun.Responden tertua berurnur 43 tahun danresponden termuda berumur 22 tahun.Sebanyak 105 responden (60.7%) ber­pengalaman mengajar dan 68 responden(39.3%) tidak pernah mengajar di sekolahsebelum menjalani latihan mengajar danpraktikum kaunseling. Bagi rnereka yangberpengalarnan rnengajar, purata tahunpengalaman mengajar ialah 9.9 tahun.

Nilai Kerja

Secara keseluruhan, guru pelatih UPMmempunyai nilai kerja yang baik (Min = 3.2, sd= .30). Sebanyak 12 nilai kerja telah diukur.

lilai tersebut ialah perkembangan kendiri,ganjaran ekonomi, pekeljaan terjamin, kreativiti,

keadaan tempat kerja, stail hidup, autonomi,kepelbagaian, autoriti, hubungan sosial, risiko,dan prestij. Jadual I menunjukkan guru pelatihmengganggap nilai kerja perkembangan kendiri,ganjaran ekonomi dan pekeljaan terjaminsebagai sangat penting bagi mereka. Nilai kerjaseperti kreativiti, keadaan tempat kelja, stailhidup dan autonomi dianggap sebagai sederhanapenting. Mereka mengganggap nilai kerjakepelbagaian, autoriti, hubungan sosial, risikodan prestij sebagai kurang penting kepadamereka.

JADUAL INilai kelja guru pelatih UPM

Nilai kerja Min Sd

Perkembangan kendiri 3.6 .31Ganjaran ekonomi 3.6 .43Pekerjaan yang teljamin 3.4 .42Kreativiti 3.3 .44Keadaan tempat ke,ja 3.3 .42Stail hidup 3.2 .40Autonomi 3.2 .46Kepelbagaian 2.9 .47Autoriti 2.9 .50Hubungan sosial 2.8 .46Risiko 2.8 .47Prestij 2.7 .65

Keseluruhan 3.2 .32

Skala: 1 = tidak penting, 2 = kurang penting,3 = penting4 = sangat penting

Hubungan Antara Variabel

Hubungan antara nilai kerja dengan tiga variabeltidak bersandar (jantina, umur dan pengalamanmengajar) telah dicari. Hubungan rendah yangsignifikan telah dikenal pasti antara keseluruhannilai kelja dengan pengalaman rnengajar (rpb =

.15, P < .05) dan umur (r = -.18, P < .05). Gurupelatih yang muda dan bukan bekas gurudidapati mempunyai nilai kerja yang lebih baikdaripada guru pelatih tua dan berpengalamanmengajar.

Jantina didapati mempunyai hubunganrendah yang signifikan dengan nilai kerjakreativiti (rpb = .15, P < .05) dan autoriti (rpb =.21, P < .05). Guru pelatih lelaki didapati lebihmementingkan nilai kerja kreativiti dan autoritidaripada guru pelatih perempuan.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 No.1 1997 41

Zakaria Kasa dan Abdul Rahman Md. Aroff

Umur didapati mempunyai hubungan yangrendah dan negatif tetapi signifikan dengan nilaistail hidup (r = -.20, P < .05), autonomi (r = -.16,P < .05), risiko (r = -.20, P < .05) dan prestij (r= -.28, P < .05). Hubungan yang negatifmenunjukan bertambah berumur guru pelatih,kurang penting nilai-nilai kerja stail hidup,autonomi, risiko dan prestij kepada mereka.Dengan kata lain, guru pelatih yang muda lebihmementingkan nilai-nilai kerja tersebut daripadaguru pelatih yang lebih tua.

Pengalaman mengajar didapati mempunyaihubungan rendah yang signifikan dengan nilaikerja kepelbagaian (rpb = .16, P < .50), risiko(rpb = .15, P < .05) dan prestij (rpb = .22, P <.05). Guru pelatih bukan bekas guru (tiadapengalaman mengajar) didapati lebihmementingkan nilai kerja kepelbagaian, risikodan prestij daripada guru pelatih bekas guru(mempunyai pengalaman mengajar).

PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidakada hubungan yang signifikan antara jantinadengan nilai kerja secara umum. Inimenunjukkan tiada perbezaan nilai kerja antaraguru pelatih lelaki dan guru pelatih perempuan.

Dapatan ini menyokong beberapa dapatan kajianlain yang juga menunjukkan bahawa tiadahubungan yang signifikan antarajantina dengannilai kerja (Kaufman dan Fetters 1980;Vodanovich dan Kramer 1989; Kanchier danUnruh 1989). Walau bagaimanapun, terdapatbanyak juga kajian mendapati perbezaan nilaikerja wujud antara lelaki dan perempuan (Skaggs1987; Kraska 1991). Walau apapun, secarakhususnya, kajian ini mendapati bahawabeberapa nilai kerja mempunyai hubungan yangsignifikan dengan jantina. Antara nilai kerjatersebut ialah kreativiti dan autoriti. Guru pelatihlelaki didapati lebih mementingkan nilai kerjatersebut daripada guru pelatih perempuan.

Walaupun nilai kerja secara umumnya tidakmempunyai hubungan yang signifikan denganjantina, ia mempunyai hubungan yang signifikandengan umur dan pengalaman mengajar gurupelatih. Kedua-dua variablel tidak bersandar iniberkait antara satu sarna lain. Sememangnyaguru pelatih yang berpengalaman mengajarterdiri daripada mereka yang sudah berumuratau lebih tua daripada guru pelatih yang tiadapengalaman mengajar. Guru pelatih yang tiadapengalaman mengajar didapati mempunyai nilaikerja yang lebih baik daripada guru pelatih yang

ilai kerja

Nilai kerja (keseluruhan)Perkembangan kendiriGanjaran ekonomiPekerjaan yang terjaminKreativitiKeadaan tempat kerjaStail hidupAutonomiKepelbagaianAutoritiHubungan sosialRisikoPrestij

JADUAL 2Hubungan antara variabel

Jantina(rpb)

.04

.10

.07

.05

.15*

.02

.04

.04

.10

.21*

.00

.03

.14

Umur(r)

-.18*.06.15.03.06012-.20*-.16*.10.02.13

-.20*-.28*

PengalamanMengajar

(rpb)

.15*

.00

.14

.05

.02

.08

.12

.10

.16*

.00

.14

.14

.22*

42

* p<.05rpb

Skala: 14

Point BiserialPearson Product Moment

tidak penting, 2 = kurang penting, 3 = pentingsangat penting

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 No.1 1997

Hubungan Nilai Kerja dengan Jantina, Umur dan Pengalaman Mengajar Guru Pelarih

berpengalaman mengajar. Dengan kata lain,makin berumur seseorang guru pelatih itu, makakepentingan nilai kerja pada dirinya makinberkurangan. Ini mungkin pekerjaan sebagaiseorang guru, sebelum mereka meneruskanpengajian di UPM, menjadikan guru pelatihbekas guru kurang sensitif terhadap nilai kerja.Bagi mereka, yang penting, mungkin ialahmengejar sekeping ijazah yang menunjukkanpeningkatan ilmu dan bukan peningkatanpenghayatan nilai kerja. Guru pelatihberpengalaman mengajar juga didapati kurangmementingkan nilai kerja kepelbagaian, risikodan prestij daripda guru pelatih yang tiadapengalaman mengajar. Ini mungkin keranapengalaman di sekolah membuat seseorang guruitu memahami alam perguruan sebagai sesuatuyang rutin (tidak kepelbagaian), kurang risikodan tidak begitu berprestij berbanding denganbanyak pekerjaan lain. Bagi guru pelatih yangtiada pengalaman mengajar dan masih muda,mereka seolah-olah merasakan pekerjaanpertama yang ingin diceburi adalah sesuatu yangmencabar (mempunyai risiko), kepelbagaian(tidak rutin) berprestij. Selain itu, mereka jugadidapati mementingkan nilai kerja stail hidupdan autonomi lebih daripada guru pelatihberpengalaman mengajar. Bagi guru pelatihberpengalaman mengajar, semua nilai itu tidakmenjadi sesuatu yang diigaukan kerana merekasudah menyedari bahawa alam perguruan tidakmenjanjikan nilai kerja tersebut kepada mereka.

CADANGAN

Berlandaskan dapatan kajian, beberapa cadanganberikut dikemukakan:

1. Untuk terus menarik minat guru dan bakalguru menceburi bidang perguruan, sistemsaraan baru (SSB) dan ganjaran lain sepertikenaikan pangkat, guru pakar dan pengetuapakar perlu digalakkan dan diteruskan.Aktiviti-aktiviti ini jika dijalankan denganbaik akan menjadi daya penggerak kepadaguru untuk terus memberi khidmatcemerlang mereka. Lebih baik lagi sekiranyapenggajian para guru diperbaiki.

2. Untuk memberi autonomi kepada guru,maka beberapa perkara penting sepertisistem penilaian mestilah diserahkan kepadasekolah dan dikendalikan oleh guru danbukan dilaksanakan secara berpusat seperti

sekarang. Kuasa tertentu yang sekarangdipegang oleh pegawai pendidikan diperingkat pusat perlulah diserahkan kepadapihak pengetua dan guru di peringkatsekolah. Dengan cara ini, pengetua dan gurumempunyai kuasa untuk membuatkeputusan dalam hal-hal tertentu tanpamenuuk kepada pihak atasan. Dalam ertikata lain, konsep "empowerment" yangdilaung-laungkan oleh KementerianPendidikan Malaysia perlu dilaksanakan.

3. Walaupun kurikulum sekolah ditentukanoleh pihak pusat melalui PusatPerkembangan Kurikulum (PPK), adalahwajar pihak berkenaan memberi garispanduan sahaja kepada guru tanpa terlaluterlibat dalam merangka kandungan dancara menyampaikannya. Sepatutnya gurudigalakkan menggunakan daya kreativitimasing-masing untuk mengolah kandunganmata pelajaran yang mereka ajar mengikutgaris panduan yang disediakan oleh PPK.

4. Guru perlu digalakkan memberi sumbangankepada masyarakat bukan sahaja melaluiPersatuan Ibu Bapa dan Guru, malah melaluisebarang kegiatan yang dijalankan olehmasyarakat setempat seperti aktivitiPersatuan Belia, Persatuan Peladang dansebagainya. Dengan cara ini, guru akankembali dihormati oleh masyarakat.

5. Guru muda hendaklah diberi tanggungjawabyang mencabar oleh pihak sekolah. Usahaguru muda ini jika membuahkan hasil yangmemuaskan perlulah diberi insentif atauganjaran. Contohnya, jika mereka berjayamendidik pelajar yang lembam sehinggamencapai kejayaan yang cemerlang dalampeperiksaan, maka guru muda ini bolehlahdianggap berjaya dan patut diberikaninsentif atau ganjaran atas kejayaan merekaitu.

6. Kajian yang serupa perlu dijalankan ke atasguru pelatih lain, sama ada di UPM atau diinstitusi yang lain, untuk menentukan samaada terdapat persamaan nilai kerja yangdianggap penting oleh mereka dengan gurupelatih yang telah terlibat dalam kajian ini.Jika dapatannya serupa, maka usaha tertentuperlu dilakukan untuk memastikan nilai

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 No. I 1997 43

Zakaria Kasa dan Abdul Rahman Md. Aroff

kerja yang dianggap penting oleh bakal guruitu selaras dengan apa yang terdapat dalampro[esion perguruan. Jika tindakan tidakdiambil, lambat laun profesion perguruantidak akan dapat menarik minat generasimuda untuk menceburinya.

RUJUKANBEACH, D.P., H.C. K>\ZA:-;AS and T.R. S~IITII. 1982.

Development and possible uses of an inventoryof affective worker competencies. Joumal ofIndust1ial Teacher Education 20(1): 27-40.

BERRYMAN, S.E. 1987. Shadows in the wings: The nexteduction refonn. Occasional paper No. 1. NewYork: National Center on Education andEmployment.

KA."HIER, C.R. and W.K UNRUH. 1989. Work values:How do managers who change jobs differfi'om those who do not? Joumal of EmploymentCounseling 26(3): 107-116.

KAUFMAN, D. and M.L. FETTERS. 1980. Workmotivation and job values among professionalmen and women: A new accounting. JoU/nal ofVocational Behavior 17 (3): 252-262.

KRAsKA, M.F. 1991. Work values ofhigh school vocational('ducation students. (ERIC DocumentReproduction Service No. ED 336 532).

OI"O:-;E)';, C.M. 1984. Business and Eduction Survey:Employer and Employee Perceptions of School toWork Prepamtion. Parker Project Number 3.Bulletin No. 4371. Winconsin: Parker Pen. Co.

MO"TAGUE, M.C. 1986. The relationship between jobsatisfaction and communication, decision-making,and work aUitude of mining sl!11Jice personnel.Unpublished doctoral dissertation. Universityof Maryland, College Park.

KRECJIE, R.Y. and D.W. MORGAN. 1970. Determiningsample size for research activites, Educationaland Psychological Measurement 30: 606-610.

SKAGGS, W J. 1987. WOTk values of faculty memben inselected small liberal art colleges: A comparativestudy. ASHE Annual Meeting Paper (ERJCDocument Reproduction Service No. ED 292379) .

SUPER, D.E. 1970. Manual of Work Values Inventory.Boston: Houghton Mifflin.

VODANOVICH, S.]. and T.]. KRAMER. 1989. Anexamination of the work values of parents andtheir children. Career Development Quarterly 16:275-281.

WENRIC.H, R.C. and J.W. WE)';RlCH. 1974. LeadersipAdministration of 1f ocational and TechnicalEduction. Columbus, OH: Charles Merrill.

Wu, T.y. 1985. Relationships among characteristicsof post secondary vocational students and theirwork values. Final Report. Vocational-technicalEducation Research Report 23(1), Penn StateUniversity.

(Diterima 13 Feb. /996)

44 PertallikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 No.1 1997