Upload
others
View
19
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN
KEMAHIRAN BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR FIZIK DI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HASIMAH BINTI BUANG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN
KEMAHIRAN BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR FIZIK DI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HASIMAH BINTI BUANG
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iii
DEDIKASI
Sekalung penghargaan kutitipkan khas buat insan-insan yang kusayangi,
Teristimewa buat bondaku tercinta,
Siti Binti Apang
Yang senantiasa memberi sokongan dan dorongan
Dalam setiap bidang yang aku ceburi hingga akhirnya berjaya menyiapkan
sebuah penulisan ini…..
Buat abang-abangku,
Yang senantiasa memberi inspirasi kepada diri bila diri ini memerlukan….
Buat rakan-rakan seperjuangan,
Yang tidak jemu memberi pandangan dan luahan ilmu selama ini….
Jasa kalian tidak akan aku lupa sampai bila-bila…
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah Projek
Sarjana Muda ini disiapkan sebagaimana yang dikehendaki.
Terlebih dahulu penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ribuan terima kasih kepada En Mohd Ali Ibrahim selaku penyelia projek ini di
atas segala bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang
penyelidikan ini dijalankan. Segala ilham dan inspirasi yang diberikan amat
membantu dalam penyiapan penyelidikan ini.
Kerjasama daripada pihak Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains, Universiti
Teknologi Malaysia amat-amat dihargai. Penyelidik juga turut merakamkan jutaan
terima kasih kepada para pelajar yang terlibat dalam penyelidikan ini. Kepada
pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia juga
diucapkan jutaan terima kasih khususnya yang memberi pandangan dan panduan
sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.
Jutaan Terima kasih
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan penguasaan konsep Fizik
dengan minat dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar Fizik Bahan dan
Pendidikan Fizik. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 139
orang yang terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Malaysia program Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) dan program Sarjana Muda Sains (Fizik
Bahan). Alat kajian yang digunakan ialah set borang soal selidik yang mengandungi
21 item soalan menggunakan Skala Likert dan 14 soalan ujian penguasaan konsep
Fizik. Nilai pekali kebolehpercayaan soal selidik yang diperoleh ialah α = .86.
Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara minat dengan amalan
teknik belajar (r= 0.57,) dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat
dan tahap penguasaan konsep fizik (r=0.14). Kajian juga mendapati wujud
perbezaan yang signifikan dalam tahap penguasaan konsep Fizik antara pelajar
berdasarkan purata nilai gred keseluruhan,(PNGK), (p=0.042) dan program
pengajian,(p=0.008). Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
kemahiran belajar bagi kedua-dua jenis kumpulan sama ada berdasarkan PNGK
(p=0.05) atau berdasarkan program pengajian (p=0.054).
vi
ABSTRACT
The aim of this research was to identify the relationship between an interest
and study skill in Material Physic and Education Physics student. 139 respondent
were involved in this research and they were consists of Universiti Teknologi
Malaysia students from Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) and Sarjana
Muda Sains (Fizik Bahan). The instrument used was a set of questionnaire which
had 21 items using the Likert scale and the set of 14 questions of physic. The alpha
level was set to α=0.86. The result showed that there was significant difference
between an interest and study skill (r= 0.57,) whereas there was no significant
relationship between an interest and the mastery of Physic (r= 0.14). The result also
showed that there was a significant differences in mastering Physic between students
based on cumulative pointer average,(CPA) (p=0.042) and program of studies
(p=0.008). However, there was no significant difference in skill of studies for both
groups which is, CPA (p=0.05) or Programs of studies (p=0.054).
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1 Universiti Teknologi Malaysia 3
1.2.1.1
Fakulti Pendidikan 4
1.2.1.2 Fakulti Sains 5
1.2.2 Faktor-Faktor Penguasaan Konsep Fizik 6
1.2.2.1 Minat 7
viii
1.2.2.2 Kemahiran Belajar 8
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
Persoalan Kajian 9 1.5
1.5.1 Hipotesis 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.6.1 Pelajar/Mahasiswa 12
1.6.2 Pihak Universiti 12
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Penguasaan 13
1.8.2 Konsep 14
1.8.3 Minat 14
1.8.4 Kemahiran Belajar 14
1.8.5 Pelajar 14
1.9 Rumusan
15
2 SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Pembelajaran Konsep Sains 16
2.3 Pendekatan Pembelajaran Konsep Sains 18
2.3.1 Pendekatan Konstruktivisme 18
2.3.2 Pendekatan Kontekstual 19
2.4 Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Konsep
Fizik
20
2.4.1 Minat Terhadap Mata Pelajaran Fizik 20
2.4.2 Kemahiran Belajar 21
2.4.2.1 Kemahiran Mengurus Masa 21
2.4.2.2 Kemahiran Membuat Nota 22
2.4.2.3 Kemahiran Menghadapi Peperiksaan 23
2.5 Kajian dalam Negara 23
ix
2.6 Kajian luar Negara 26
2.7 Rumusan 27
3 METODOLOGI KAJIAN 28
3.1 Pendahuluan 28
3.2 Reka Bentuk Kajian 28
3.3 Responden Kajian 29
3.4 Instrumen Kajian 29
3.5 Tatacara Kajian 31
3.5.1 Kajian Rintis 32
3.5.2 Kajian Sebenar 32
3.6 Andaian Kajian 32
3.7 Analisis Data 33
3.8 Rumusan
35
4 ANALISIS DATA 36
4.1 Pendahuluan 36
4.2 Analisis Maklumat Diri Responden 36
4.2.1 Analisis Bilangan Responden Berdasarkan
PNGK
37
4.2.2 Analisis Bilangan Responden Berdasarkan
Tahun Pengajian
37
4.2.3 Analisis Bilangan Responden Berdasarkan
Program Pengajian
38
4.3 Analisis Hubungan Antara Minat Terhadap Fizik
Dengan Amalan Kemahiran Belajar Fizik
39
4.4 Analisis Hubungan Antara Minat Terhadap Fizik
Dengan Tahap Penguasaan Konsep Fizik
40
4.5 Analisis Perbezaan Penguasaan Konsep Fizik Antara
Pelajar Berdasarkan Program Pengajian
40
x
4.6 Analisis Perbezaan Penguasaan Konsep Fizik Antara
Pelajar Berdasarkan PNGK
41
4.7 Analisis Perbezaan Amalan Kemahiran Belajar Fizik
Antara Pelajar Berdasarkan Program Pengajian
42
4.8 Analisis Perbezaan Amalan Kemahiran Belajar Fizik
Antara Pelajar Berdasarkan PNGK
43
4.9 Rumusan 43
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 44
5.1 Pendahuluan 44
5.2 Hubungan Antara Minat Dengan KemahiranBelajar 44
5.3 Hubungan Antara Minat Dengan Penguasan Konsep
Fizik
46
5.4 Perbezaan Penguasaan Konsep Fizik Antara
Berdasarkan Program Pengajian
48
5.5 Perbezaan Penguasaan Konsep Fizik Antara Pelajar
Berdasarkan PNGK
49
5.6 Perbezaan Amalan Kemahiran Belajar Fizik Antara
Pelajar Berdasarkan Program Pengajian
50
5.7 Perbezaan Amalan Kemahiran Belajar Fizik Antara
Pelajar Berdasarkan PNGK
51
5.8 Kesimpulan Kajian 53
5.9 Cadangan 54
5.10 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 55
5.11 Rumusan 56
6 RUJUKAN 57
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
No . Jadual Tajuk Halaman
1.1 Ringkasan pecahan jumlah kredit mengikut komponen
bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Fizik)
5
1.2 Ringkasan pecahan jumlah kredit mengikut komponen
bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan)
6
3.1 Pecahan item bagi setiap aspek 31
3.2 Min skor kemahiran belajar Fizik 33
3.3 Min markah bagi tahap penguasaan konsep Fizik 34
3.4 Interpretasi kekuatan perkaitan Ujian Korelasi Pearson 34
4.1 Bilangan responden berdasarkan PNGK terkini 37
4.2 Bilangan responden berdasarkan tahun pengajian 38
4.3 Bilangan responden berdasarkan program pengajian 39
4.4 Nilai Pekali Korelasi Pearson antara minat terhadap
fizik dengan kemahiran belajar fizik
39
4.5 Nilai Pekali Korelasi Pearson antara minat terhadap
fizik dengan tahap penguasaan fizik
40
4.6 Nilai ujian–t untuk perbezaan penguasaan konsep fizik
antara pelajar berdasarkan program pengajian
41
4.7 Nilai ujian–t untuk perbezaan penguasaan konsep fizik
antara pelajar berdasarkan PNGK
41
4.8 Nilai Ujian–t untuk perbezaan kemahiran belajar fizik
antara pelajar berdasarkan program pengajian
42
xii
4.9 Nilai Ujian–t untuk perbezaan kemahiran belajar fizik
antara pelajar berdasarkan PNGK
43
xiii
SENARAI SINGKATAN
% - Peratus
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SSD - Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan)
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN: LAMPIRAN TAJUK
A. Surat Pengesahan Soal selidik
B. Surat Memohon Bilangan Pelajar
C. Borang Soal Selidik
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sains sememangnya tidak asing lagi dalam masyarakat dunia umumnya dan
rakyat Malaysia khususnya. Ini ditambah lagi dengan pembangunan negara yang
berkonsepkan sains dan teknologi. Namun begitu, adakah kita tahu apa itu sains?
Menurut Abu Hassan, (2003) sains merangkumi bidang pengetahuan yang
berkaitan dengan sebatian, kehidupan dan alam yang dikaji secara bersistem, dengan
menggunakan kaedah saintifik. Dengan kata lain, sains melibatkan ilmu
pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau boleh dibuktikan
kebenarannya. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa sains adalah bertujuan untuk
membolehkan manusia memahami semua perkara dan fenomena yang berada serta
berlaku di sekeliling kita.
Pada zaman sekarang kita boleh lihat bagaimana masyarakat mula
menyanjung sains. Institusi pendidikan mula menerapkan sains dalam silibus
sekolah rendah berbanding dahulu di mana sains hanya mula dipelajari di peringkat
sekolah menengah. Kolej dan universiti yang menawarkan bidang pengajian sains
juga tumbuh bak cendawan. Malah bidang ini terbahagi lagi kepada beberapa
bahagian seperti sains tulen, sains sosial, sains kejuruteraan, sains geomatik dan
2
lain-lain. Ini ditambah lagi dengan sambutan daripada orang ramai yang lebih
berminat mengikuti pengajian sains berbanding pengajian-pengajian yang lain.
Peluang pekerjaan dalam bidang sains juga semakin hari semakin bertambah.
Boleh dikatakan semua syarikat yang menjalankan perniagaan pengeluaran
memerlukan ahli-ahli sains dalam bidang Kajian dan Pembangunan atau lebih
dikenali sebagai R&D (Research and Development). Jurutera-jurutera juga semakin
banyak diperlukan bagi membantu proses pengeluaran lebih berkualiti seterusnya
membantu negara untuk membangun. Oleh yang demikian, pendidikan sains telah
diperkenalkan sejak di sekolah rendah lagi bagi melahirkan masyarakat yang mahir
dalam bidang sains.
Pendidikan sains merupakan bidang yang meliputi pengetahuan, kemahiran,
sikap saintifik dan nilai murni. Pada dasarnya sains boleh dikategorikan kepada tiga
bahagian utama iaitu Kimia, Biologi dan Fizik. Mata pelajaran Fizik adalah
bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kefahaman dan pemahaman
tentang fizik dan kemahiran sainstifik. Pengetahuan asas fizik dan kemahiran asas
sains telah diperkenalkan di tingkatan satu hingga tingkatan tiga dalam mata
pelajaran Sains. Selain itu, pada masa sekarang pendidikan sains telah diterapkan
sejak di sekolah rendah lagi. Manakala di Tingkatan 4 dan 5 pelajar akan
mempelajari mata pelajaran Fizik secara khusus bagi mereka yang ingin melanjutkan
pelajarannya dalam bidang sains pada peringkat yang lebih tinggi.
Kandungan mata pelajaran Fizik memberi tumpuan kepada pemahaman
tentang fizik sebagai satu bidang keilmuan yang melibatkan kajian empirik tentang
fenomena alam khususnya yang berkaitan dengan struktur,ciri-ciri dan sifat fizik
jirim, kajian tentang tenaga serta perkaitan antara kuantiti fizik dengan kuantiti fizik
yang lain. Di samping itu, penggunaan dan implikasi sains dan teknologi terhadap
manusia dan alam sekitar juga diberi penekanan. (Lilia et. al 2002)
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Secara umumnya, masih ramai yang berpendapat bahawa mata pelajaran
Sains seperti fizik merupakan mata pelajaran yang susah. Tanggapan yang
menganggap fizik sebagai satu bidang yang susah sudah bertaut lama dalam
pemikiran pelajar mahu pun masyarakat. Dalam mempelajari konsep ilmu yang
berkaitan fizik, ia memerlukan daya pemikiran dan penerimaan yang bukan sahaja
setakat minat yang tinggi, malah juga tahap kematangan yang tinggi, daya pemikiran
yang kreatif, imaginatif, kritikal dan sebagainya.
Masalah dalam penguasaan konsep fizik bukan sahaja berlaku di peringkat
sekolah, namun ia juga turut berlaku di peringkat pengajian tinggi. Menurut Zol
Azlan (2000), pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains secara purata tidak
menonjol baik pengajian di peringkat persekolahan mahupun pengajian di peringkat
institut pengajian tinggi. Satu kajian telah dijalankan oleh T. Subahan (1999),
mengenai kesediaan dalam mata pelajaran dalam kalangan pelajar yang baru hendak
mengikut kursus Fizik di universiti tahun satu. Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa hasil pencapaian ujian pengetahuan asas (yang dianggap pelajar telah
menguasai sebelum masuk universiti) adalah rendah. Selain itu, kajian yang telah
dibuat oleh Hestenes, Wells dan Swackhamer (1992) menunjukkan walaupun
majoriti pelajar mengambil kursus major dalam Fizik di peringkat pengajian tinggi,
tetapi tidak semua pelajar memahami konsep asas Fizik.
1.2.1 Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia, (UTM) merupakan institut pengajian tinggi
yang menawarkan pelbagai jurusan seperti bidang kejuruteraan, pendidikan, sains,
pengurusan dan sebagainya. Terdapat 13 fakulti di UTM. Antara fakulti yang
menawarkan kursus yang berkaitan dengan fizik adalah Fakulti Pendidikan dan
Fakulti Sains. Walaupun kedua-dua fakulti ini menawarkan kursus yang berkaitan
fizik, namun begitu, syarat kemasukan, bilangan jam kredit yang diambil sepanjang
4
pengajian dan mata pelajaran yang di ambil adalah berbeza. Perbezaan beberapa
faktor ini mungkin menyebabkan terdapat tanggapan yang menyatakan bahawa
mungkin terdapat perbezaan penguasaan konsep fizik antara pelajar di kedua fakulti
ini
1.2.1.1 Fakulti Pendidikan
Fakulti Pendidikan menawarkan pelbagai kursus pendidikan seperti fizik,
kimia, sains sukan, kejuruteraan dan sebagainya. Program Ijazah Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Fizik),(SPF) merupakan salah satu kursus yang ditawarkan di
fakulti pendidikan.
Untuk memasuki program ini, bagi pelajar lepasan STPM dan setaraf, pelajar
mestilah lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran
Fizik, lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam satu daripada mata
pelajaran (Matematik T, Matematik Lanjutan, Kimia, Biologi) dan lulus dengan
kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM. Selain itu, pelajar
mestilah lulus temuduga yang dikendalikan oleh universiti.
Tempoh pengajian program ini adalah empat tahun di mana setiap pelajar
yang mengambil program ini hendaklah mengambil 123 jam kredit sepanjang
tempoh pengajiannya. Ringkasan pecahan jumlah kredit mengikut komponen bagi
program ini adalah seperti berikut:
5
Jadual 1.1: Ringkasan pecahan jumlah jam kredit mengikut komponen bagi Program
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Komponen Jumlah Jam Kredit
Umum Universiti 16
Asas Pendidikan 15
Pendidikan Pengkhususuan 12
Teknologi Maklumat Dan Multimedia 4
Teras Program/Pengkhususan 62
Praktikum/Latihan Industri 8
Projek Sarjana Muda 6
Jumlah 123
(Panduan Akademik Fakulti Pendidikan,2006/2007)
1.2.1.2 Fakulti Sains
Fakulti Sains menawarkan sepuluh program yang berkaitan dengan sains.
Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan), (SSD) merupakan salah satu program yang
berkaitan dengan bidang fizik.
Syarat minima kemasukan untuk program ini bagi pelajar lepasan STPM dan
setaraf adalah pelajar mestilah lulus sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67)
dalam mata pelajaran Fizik, lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam
mana-mana dua mata pelajaran (Matematik T, Matematik Lanjutan, Kimia, Biologi)
dan lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM.
Tempoh pengajian bagi program ini adalah tiga tahun di mana setiap pelajar
dalam program ini perlu mengambil 105 jam kredit sepanjang pengajiannya.
Ringkasan pecahan jumlah jam kredit mengikut komponen bagi program ini adalah
seperti berikut:
6
Jadual 1.2; Ringkasan pecahan jumlah jam kredit mengikut komponen bagi Program
Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan)
Komponen Jumlah Jam Kredit
Teras Fakulti 6
Teras Program 73
Teras Elektif 10
Umum Universiti 8
Bahasa Inggeris 6
Kokurikulum 2
Jumlah 105
(Panduan Akademik Fakulti Sains, 2006/2007)
1.2.2 Faktor-Faktor Tahap Penguasaan Konsep Fizik
Selain daripada faktor yang dibincangkan di atas, terdapat faktor-faktor lain
yang mungkin boleh mempengaruhi tahap penguasaan konsep fizik dalam kalangan
pelajar. Seperti yang kita tahu, pembelajaran di peringkat IPT adalah berbeza dengan
pembelajaran di sekolah menengah. Di sekolah menengah guru sentiasa memberi
tunjuk ajar serta nota secukupnya kepada pelajarnya dengan harapan supaya
pelajarnya dapat memahami apa yang diajar. Namun di peringkat IPT, pelajar tidak
sepatutnya hanya menerima apa yang diajar pensyarah di kelas tanpa mencari nota
tambahan.
Apabila seseorang pelajar itu melangkah ke alam IPT, mereka bermula dari
permulaan kosong, tanpa mengira apa jua pencapaian yang telah mereka capai
sebelum ini. Ini adalah kerana dunia pembelajaran yang bakal mereka lalui amat
berbeza dan memerlukan persediaan, kebijaksanaan dan sangat bergantung kepada
individu pelajar itu sendiri untuk mencapai kecemerlangan seterusnya tergolong
dalam pelajar institut pengajian tinggi yang terbilang. Menjadi pelajar di peringkat
7
yang lebih tinggi memerlukan kita untuk mengetahui dan mengamalkan kemahiran
belajar yang lebih sesuai jika dibandingkan di sekolah. (Fadzilah,2006)
Kecemerlangan pelajar sering dikaitkan dengan pelbagai faktor yang
dikatakan mempengaruhinya. Antaranya termasuklah keluarga, rakan, guru,
persekitaran, status sosio ekonomi keluarga, jantina, personaliti pelajar itu sendiri dan
sebagainya. Dalam kajian ini, penyelidik menetapkan untuk mengkaji dua faktor
yang dijangkakan atau mungkin boleh mempengaruhi penguasaan konsep fizik dalam
kalangan pelajar.
1.2.2.1 Minat
Minat terhadap sesuatu perkara boleh mempengaruhi apa yang dilakukan oleh
seseorang individu. Sekiranya seseorang itu melakukan sesuatu yang diminatinya,
maka hasilnya adalah mungkin lebih baik jika dibandingkan melakukan perkara yang
tidak diminati atau tidak disukainya. Begitu juga dengan minat pelajar terhadap
perkara yang dipelajari.
Minat seseorang pelajar terhadap pembelajaran boleh mempengaruhi
kesediaan belajar. Seseorang pelajar yang mempunyai minat yang positif terhadap
perkara yang dipelajari akan menumpukan perhatiannya terhadap perkara tersebut.
Pelajar mungkin akan mengambil masa yang lebih untuk mempelajari perkara
tersebut dengan lebih mendalam.
Menurut Zol Azlan (2000), hampir setiap pelajar yang pada dasarnya tidak
mempunyai minat yang mendalam terhadap ilmu sains akan mengatakan bahawa
sains itu susah. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat pelajar IPT mengambil
jurusan yang berkaitan sains kerana tiada pilihan lain walaupun mereka tidak minat
terhadap sains. Namun begitu sejauh manakah minat dapat membantu pelajar dalam
mempelajari mata pelajaran fizik dalam kalangan pelajar IPT? Adakah minat
merupakan satu faktor yang penting dalam mempelajari Fizik?
8
1.2.2.2 Kemahiran Belajar
Pembelajaran merupakan proses dalaman yang dialami oleh seseorang
melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diterima dan membawa
kepada perubahan kognitif dan tingkah laku seseorang. Manakala kemahiran belajar
merupakan suatu cara atau strategi seseorang individu dalam memperoleh sesuatu
perkara yang baru.
Kemahiran belajar mungkin mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar
dalam mempelajari sesuatu perkara. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh pelajar.
Tetapi tidak ada bukti yang nyata mengenai kaedah yang paling berkesan untuk
belajar. Menurut Tamby (1999), terdapat dua pendapat umum mengenai cara belajar.
Pertama, mengatakan bahawa pelajar yang menghabiskan banyak masa untuk belajar
akan memperoleh kejayaan yang lebih baik. Kedua, amalan kaedah belajar yang
betul oleh pelajar menghasilkan keputusan yang baik.
1.3 Pernyataan Masalah
Jika dinilai dari sudut logik, pelajar yang mengambil program major Fizik
mestilah mempunyai tahap penguasaan konsep fizik yang tinggi. Persoalannya,
adakah ini benar?. Justeru itu, penyelidik ingin mengkaji sama ada pelajar dari
program major fizik iaitu SSD atau pelajar pendidikan, SPF yang mempunyai tahap
penguasaan konsep fizik yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu, penyelidik juga
ingin mengetahui sama ada minat terhadap fizik dan kemahiran belajar yang
diamalkan mempengaruhi tahap penguasaan fizik mereka.
9
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau beberapa faktor yang
mempengaruhi penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Fizik dalam kalangan
pelajar SSD dan pelajar SPF. Di antara objektif yang ingin ditinjau dalam kajian ini
ialah:
(i) Mengkaji hubungan antara minat dengan kemahiran belajar dalam kalangan
pelajar SSD dan pelajar SPF.
(ii) Mengkaji hubungan antara minat dan tahap penguasaan konsep fizik dalam
kalangan pelajar SSD dan pelajar SPF.
(iii) Mengkaji perbezaan penguasaan konsep fizik antara pelajar berdasarkan
program pengajian.
(iv) Mengkaji perbezaan tahap penguasaan konsep fizik antara pelajar
berdasarkan PNGK.
(v) Mengkaji perbezaan amalan kemahiran belajar antara pelajar berdasarkan
program pengajian.
(vi) Mengkaji perbezaan amalan kemahiran belajar antara pelajar berdasarkan
PNGK.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, penyelidik ingin mencari jawapan
kepada beberapa persoalan yang timbul. Antara persoalan kajian adalah:
(i) Adakah terdapat hubungan antara minat dengan kemahiran belajar dalam
kalangan pelajar SSD dan pelajar SPF.