Hud Hud Promo

  • View
    35

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hud hud by afiq sazlan

Text of Hud Hud Promo

  • www.hamasahassyabab.comLike HAS Publications on Facebook insyaAllah!

  • Dengan namaMu, Tuhan Sekalian alam,ku seru dikau sang Hud Hud.

  • IndeksAl-Fath: Pembukaan dan Perkenalan

    Warkah Pembuka

    Siapa Hud Hud?

    Tarbiah: Kunci Kegemilangan

    Sujud Pembebasan

    PhD Dakwah

    Dakwah: Tuntutan dan Gesaan

    Masa Terus Berlari

    Bina Siapa?

    Hamasah: Bangkit dan Salur

    Hamasah As-Syabab

    Medan Amal

    1

    7

    21

    39

    5

    6

    7

    8

  • Ujian: Ombak dan Taufan

    Keciciran

    Ilmu tanpa Amal

    Thabat: Di Jalan Dakwah Ku Syahid

    Kekeringan Jiwa

    Rugi Tak Bersama

    Penutup: Pesanan dan Seruan

    Warkah Penutup

    1

    2

    3

    4

    5

  • Al-Fath: Pembukaan dan Perkenalan

  • Maka apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang

    bertawakal kepada-Nya.

    Al-Imran ayat 159

  • 1 Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bacalah.

    Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT atas anugerahNya yang ini iaitu peluang menulis pendahuluan buat buku nukilan saya yang ketiga selepas buku Aku Hamasah As-Syabab dan Bagaimana Mengubah Dunia.

    Saya mula mengukir sejarah dalam penulisan saya sejak pengenalan saya kepada Islam, Alhamdulillah. Bukanlah hendak mengatakan bahwa saya merupakan seorang mualaf (kedua-dua ibu bapa saya adalah orang Islam ya), tetapi saya mula melihat Islam dan seluruh kehidupan saya dengan kaca mata yang berbeza pada 24 Jun 2012 bersamaan pelantikan Presiden Mohamed Morsi di Mesir.

    Tarikh tersebut juga menjadi titik tolak perkenalan antara saya dengan Dakwah dan Tarbiah Alhamdulillah. Suatu perkenalan yang saya begitu syukuri dan doakan ianya akan berkekalan.

    Warkah Pembuka

  • 2 Saya telah bermula dengan penulisan di Facebook dan juga Blogger. Rasa ingin berkongsi membuak-buak dalam dada saya kerna setelah hampir 2 dekad saya bernafas di muka bumi ini, saya akhirnya menemui kemuliaan yang dicari-cari selama ini. Islam meniup nafas yang baru ke dalam jasad saya. Tidak pernah saya rasa lebih hidup berbanding setelah mengenali Islam dengan sebenar-benarnya.

    Dengan izin Allah, penulisan saya telah mencuri perhatian beberapa orang yang saya kasihi kernaNya. Mereka setia mengikuti penulisan dan juga perkembangan diri saya Alhamdulillah. Mereka berterusan memberi galakan serta dorongan kepada saya untuk terus mencorak Dunia ini dengan penulisan saya. Moga Allah senantiasa merahmati dan memberkati serta memberikan mereka ganjaran.

    Buku pertama saya, Aku Hamasah As-Syabab merupakan manifestasi penghargaan saya buat insan-insan yang membaca dan mencari manfaat daripada penulisan saya di Facebook dan Blogger.

    Keazaman untuk menerbitkan buku tersebut memuncak tika seseorang memberitahu bahwa beliau telah mencetak beberapa isi penulisan saya dan menampalnya di dinding biliknya.

    Pada ketika itu, saya merasakan perlunya penulisan-penulisan ini dicetak agar ia berkekalan dan mampu memberi manfaat yang jauh lebih besar kepada Ummah.

    Alhamdulillah, genap setahun sudah usia saya sejak cetakan pertama buku Aku Hamasah As-Syabab. Syukur pada Allah buat se-gala-galannya. Alhamdulillah.

  • 3Setahun tanpa Buku

    Hati yang berbolak-balik telah menghalang diri saya daripada menulis buku yang kedua, Bagaimana Mengubah Dunia. Saya tiada alasan untuk diberikan kepada Ummah. Saya kehilangan kata-kata buat berbulan lamanya. Ia meruntun jiwa.

    Walau bagaimanapun, seorang pelayar dituntut untuk terus berjuangan biarpun dia keseorangan di tengah lautan yang bergelora. Ombak menghempas ganas. Kilat sabung-menyabung. Hanya Allah yang akan menyelamatkannya. Pergantungan seorang manusia hanya layak disandarkan kepadaNya, Pencipta Segala-galanya.

    Bumi berputar mengikut susunanNya. Sedang di sebelah timur bercahaya, mereka di sebelah barat berselimutkan kegelapan. Ombak ada masanya meninggi garang, ada masanya pula menghempas tubuh lautan.

    Begitu juga perihalnya Mencari Hud Hud yang Kini. Ia tiba tatkala Bagaimana Mengubah Dunia menyorok di sebalik kerak otak. Ia membawanya bersama obor harapan dan tiupan semangat. Saya mengambil keputusan untuk menulis buku Mencari Hud Hud yang Kini biarpun ia sebenarnya merupakan buku ketiga.

    Selepas Tahun tanpa Buku berakhir, saya belajar sesuatu yang sangat penting Alhamdulillah. Saya mengenali apa ertinya bergerak tanpa ilmu yang mencukupi. Bayangkanlah. Seorang penulis ber-cita-cita menulis kalam yang menerangi Dunia dalam keadaan diri dia sendiri berada di dalam kegelapan.

  • 4 Aku belum cukup bersedia. Aku perlukan ilmu lagi.

    Itulah kalimat yang menjadi pendorong bagi saya menyiapkan buku yang ketiga saya terlebih dahulu. Saya mendoakan dengannya, saya akan memperoleh perkara-perkara berikut:

    1) Mendalami risalah kebenaran ini. 2) Menghayati perit jerih perjuangan. 3) Membekali diri dengan ilmu. 4) Mematangkan pemikiran.

    Amatlah saya mengharapkan Bagaimana Mengubah Dunia benar-benar sehebat dan sekukuh tajuknya.

    Apakah Ia Berhasil?

    Alhamdulillah, setahun merupakan suatu jangka masa yang panjang untuk seseorang menuntut ilmu dan mematangkan diri. Ianya cukup untuk seseorang melalui dan merasai pelbagai jenis usaha dan gerak kerja dakwah.

    Buku Mencari Hud Hud yang Kini tidak dimulakan dengan set pemikiran Buku ini aku buat biasa-biasa sahaja. Sekadar mengisi kelapangan sebelum menerbitkan buku kedua.

    Sama seperti buku-buku sebelum ini, Alhamdulillah saya ada matlamat yang ingin dicapai. Buku ini ditulis dengan cita-cita ingin menghembus semangat dan ruh ke dalam para sahabat seperjuangan yang saya cintai kernaNya.

  • 5 Sekali lagi, malah saya yakin bahwa hingga ke kalimat terakhir nukilan saya, saya melalui detik-detik yang sukar dan sempit. Berulang kali saya temui dinding yang tinggi atau lebih dikenali ramai sebagai writers block.

    Alhamdulillah, dinding tersebut berjaya dipanjat sedikit demi sedikit dengan izinNya. Ilmu-ilmu yang dituntut menjadi batu-bata yang mengangkat diri ke langit. Nasihat para Daie menjadi tali-tali yang menarik diri ke atas. Segalanya adalah dengan izin Allah.

    Menjadi lumrah seorang manusia ingin memberikan yang terbaik buat mereka yang dicintaiNya. Atas asbab inilah, saya padam dan ubah manuskrip buku ini pada setiap peluang ada. Hinggalah akhirnya Allah menetapkan hati saya bahwa buku ini sudah siap.

    Persoalannya, apakah berhasil usaha mendahulukan buku ini sebelum Bagaimana Mengubah Dunia? Apakah tercapai matlamat yang saya letakkan ke atasnya?

    Cukuplah Allah bagiku; kepada-Nyalah hendaknyaberserah orang yang mahu berserah diri.

    Az-Zumar ayat 38

  • ... Kita akan menyaksikan al-Quran hidup dan memberi pengaruh dalam kehidupan generasi pertama umat Islam

    dan ia pun akan mampu untuk memberipengaruh dalam kehidupan kita.

    Kita akan merasa bahwa ia bersama kita hari ini, juga esok hari.

    Dan kita juga akan tahu bahwa ia bukan hanya bacaan-bacaan yang dibaca secara tartil tanpa makna

    serta jauh dari realita kita yang tengah kita hadapi;

    bukan juga sebuah penggalan sejarah yang telah berlalu, selesai serta terhenti pengaruh dan

    interaksinya dengan kehidupan manusia.

    Syed Qutb, Fikih Pergerakan: Aku Wariskan Untuk Kalian

  • 7Siapa Hud Hud?

    Nama Hud Hud menerjah ke dalam kehidupan saya dalam salah satu liqa usrah saya Alhamdulillah. Kami telah mentadabbur ayat 20 hingga 28 surah An-Naml, potongan surah yang menceritakan perihal Nabi Sulaiman dan Hud Hud serta Balqis;

    Dan Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat burung belatuk, adakah ia dari

    mereka yang tidak hadir?

    Niscaya Aku akan menyeksanya dengan seksa yang berat, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku

    alasan yang terang nyata.

    Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya, lalu berkata: Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak

    cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.

  • 8Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka, dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari

    tiap-tiap sesuatu dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.

    Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan

    memperelokkan oleh syaitan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar);

    oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk.

    (Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud kepada Allah yang Mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan

    di bumi, dan yang Mengetahui apa yang kamu dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.

    Allah! Tiada Tuhan melainkan Dia,

    Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar.

    Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau kata, ataupun

    engkau dari golongan yang berdusta.

    Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu

    perhatikanlah apa tindak balas mereka.

    An-Naml ayat 20 hingga 28

  • 9 Nah, rasakanlah getaran jiwa yang luar biasa! Hati saya kagum dengan Hud Hud pada perkenalan pertama kami Alhamdulilah. Kisah ini membuatkan saya terus bertanya pada diri, Apakah wujud tentera sebegini rupa pada zaman ini? Kerna jika ya, maka sudah pasti gerak kerja dakwahnya sangat hebat!

    Syed Qutb dalam tafsir Fil Zilal juga menyatakan sifat Hud Hud yang lu