Hulu Keris Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kajian ringkas tentang hulu keris di semenanjung Malaysia.

Citation preview

KERIS

KERISMempunyai peranan tersendiri dalam budaya Melayu. Ia melambangkan kewibawaan, kesempurnaan Melayu dan barang pusaka yang mempunyai kuasa magis. Bahagian keris yang paling penting ialah matanya, dengan estetika yang tersendiri, berbanding dengan mata pedang Damsyik. Dari segi estetika,mata keris bersifat organik, dihasilkan mengikut tradisi dan kepercayaan kebatinan. Mata keris merupakan campuran besi dari bumi, dengan tahi bintang dari langit.

Mata keris mempunyai tiga aspek iaitu rupa, siluet bentuk dan corak pamur. Bentuknya bermula dengan lebar di pangkal dan menjadi tirus hingga ke hujung. Corak pamurnya pula wujud daripada susunan logam besi dan nikel. Rupa siluet seperti alunan ombak.

Dari segi bentuk, keris menunjukkan ketampanan rupa,kekacakan garis, dan kehalusan hiasan. Sebagai senjata, aspek yang amat penting ialah matanya dengan sifat dan nilai yang tersendiri. Faktor tampak yang ada pada mata keris mempunyai tarikan yang kuat kerana bentuknya yang berliku-liku, seperti gerak ular, alunan ombak, atau arus air yang menuju ke hadapan.

Keris harus terdiri dari dua bahagian utama, bahagian bilah atau mata keris termasuk pesi dan bahagian ganja. Kalau bahagian bilah atau pesi melambangkan wujudnya lingga, maka bahagian ganja pula melambangkan wujudnya yoni. Dalam falsafah Hindu, persatuan lingga dan yoni adalah simbol kesuburan, keabadian dan kekuatan.

Bilah keris harus membuat sudut tertentu terhadap ganja, tidak tegak lurus. Kedudukan bilah keris yang miring atau condong itu lambang sifat yang terpuji, tidak kira apa juga kedudukan dan pangkatnya, orang itu harus sentiasa tunduk dan hormat bukan sahaja kepada Sang Pencipta, tetapi juga sesamanya. Hal ini sesuai dengan falsafah padi: semakin berisi semakin menunduk. Berdasarkan falsafah ini, pendapat yang mengatakan keris adalah dibuat semata-mata untuk membunuh dengan sendirinya tertolak (Soekiman 1983).Ukuran panjang bilah keris lazimnya adalah antara 33 cm sampai 38 cm. Namun, bilah keris di luar Jawa boleh sampai 58 cm, bahkan panjangnya keris buatan Filipina Selatan ada yang mencapai 64 cm. Mengenai senjata tikam menyerupai keris yang panjangnya di bawah ukuran yang lazim, menurut banyak ahli belum dapat dikategorikan sebagai keris, tetapi keriskerisan. Keris yang baik harus dibuat dan ditempa dari tiga macam logam, minimal dua, iaitu besi, baja dan bahan pamor.Hulu Keris

Kajian kali ini tertumpu kepada hulu keris. hulu keris merupakan bahagian yang penting dan mempunyai ciri-ciri tersendiri.fungsi utamanya adalah sebagai tempat memegangsenjata apabila digunakan dan dibentuk mengikut genggaman. Dari segi teknologi hulu keris dibentuk untuk memenuhi fungsinya dari aspek seni,hulu keris melambangkan kejayaan reka bentuknya bagi menunjukkan penjelmaan rupa raksaksa kepada bentuk yang lebih abstrak.Hulu keris kuno selalunya menyerupai lembaga manusia yang sedang bongkok, asas bagi keadaan hulu keris adalah daripada hulu keris majapahit..Menurut penerangan di dalam buku semangat keris melayu Emil Bahari, penggunaan manusia sebagai hulu keris mempunyai pelambanganya tersendiri. Menurut buku tersebut, bilah keris bilah keris boleh membawa erti sungai, dan sungai adalah nadi kepada orang melayu. Meletakkan manusia di hulu sebuah keris membawa erti betapa pentingnya manusia mengawal dan menguasai sumber alam ini.Kepercayaan ini berpaksikan kepada hubungan rapat orang melayu dengan alam semula jadi sehinggakan motif motif di dalam seni orang melayu juga diambil dari alam. Lembaga manusia pada hulu keris membawa peringatan iaitu manusia haruslah menjadi custodian atau penjaga kepada alam sekitar dan sumber-sumber asli yang terdapat di muka bumi.Hulu Tajong Keris tajong merupakan sejenis keris yang paling popular dan terpenting yang wujud di semenanjung tanah melayu khususnya di bahagian pantai timur, dan pattani. Keris tajung dianggap sinonim dengan negeri-negeri ini walaupun bentuk hulu yang hampir menyerupai hulu tajong seringkali dijumpai di bahagian-bahagian kepulauan melayu yang lain. Hulu keris tajong pada asalnya merupakan representasi kepada dewa hindu siva, dan ia diolah dengan cara yang hampir serupa dengan karekter dewa hindu tersebut di dalam wayang kulit. Pada zaman sekarang hulu keris jenis ini boleh didapati dalam bentuk regalia di setiap keluarga diraja di Malaysia. Hulu keris jenis ini dianggap sebagai sebagai salah satu bentuk hulu keris yang palih hebat dimana ia digelar sebagai keris pahlawan. Sejak 1930an Hulu Tajong seringkali disalah ertikan dengan hulu pekaka, masalah ini wujud apabila nama hulu pekaka digunakan oleh G.B Gardener untuk menggambarkan hulu keris tajong, sedangkan hulu pekaka merupakan evolusi daripada hulu jawa demam. Hulu keris tajong boleh dibahagikan kepada tiga jenis mengikut evolusinya iaitu hulu coteng, hulu bangsa agung dan hulu tajong. Hulu keris Coteng

Hulu coteng merupakan jenis hulu keris tajong yang terawal dijumpai di nusantara. Hulu keris ini dikatakan wujud dan berkembang sekitar abad ke 17 terutamanya di pattani. Keris tajong jenis ini berlainan dengan keris tajong yang lain kerana ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri hindu yang jelas. Hulu coteng masih lagi mempunyai ukiran figuratif yang mengganbarkan kebudayaan hindu, in boleh dilihat pada bentuk tangan yang memegang gendang damaru iaitu alat musik yang seringkali dikaitkan dengan dewa hindu siva.ukiran pada hulu keris coteng juga agak kurang berbanding hulu-hulu keris tajong yang lain, ia menampilkan ukiran yang mudah dengan bahagian kepala yang leper,dan bahagian hidung yang memanjang. Terdapat beberapa motif bulat yang dijumpai pada badan hulu keris ini, yang digelarkan oleh Nik Rashiddin dan Norhaniza Noordin sebagai tajong spiral, ukiran ini mempunyai kaitan yang jelas dengan motif langkasuka yang seringkali ditemui di batu-batu nisan awal di sekitar terengganu, Kelantan dan pattani. Pada bahagian belakan kepala hulu keris coteng terdapat ukiran bentuk pyramid yang merupakan simbol bagi mungcung garuda iaitu satu bentuk tangkal pelindung yang dipakai oleh golongan bangsawan dan raja-raja. Hulu keris coteng juga mempunyai ukiran berbentu gigi taring yang digayakan dengan agresif. Hulu Bangsa Agung

Hulu bangsa agung merupakan lanjutan daripada evolusi hulu keris coteng. Hulu keris ini dikatakan berkembang di sekitar penghujung abad ke 18. hulu bangsa agung mempunyai saiz badan yang lebih besar berbanding hulu keris coteng. Walaupun mengekalkan rupa bentuk yang masih lagi mudah, hulu bangsa agung mempunyai ukiran flora yang lebih bayak berbanding hulu keris coteng. Janggut dan mahkota mula digunakan dan ini memberi hulu keris ini bentuk yang lebih petak. Gigi dan taring masih lagi dikekalkan dalam bentuk senyuman yang menakutkan.Hulu tajong

Hulu keris ini wujud dan berkembang pada abad ke 19, dimana agama islam telah meresap jauh ke dalam masyarakat melayu. ciri-ciri hindu yang masih wujud di dalam penggayaan hulu keris coteng dan hulu bangsa agung telah dilenyapkan dengan berperingkat dengan ukiran-ukiran flora yang rumit dan pelbagai, tajong spiral yang terdapat pada hulu keris coteng dan hulu bangsa agung yang mempunyai perkaitan dengan makara dan motif langkasuka juga berevolusi dimana diolah dengan motif-motif yang lain. Tangan dan kaki yang menggambarkan mudra dan tangan yang memengang damaru juga diolah dan seterusnya dihilangkan.Bahagian kepala dan mahkota menjadi semakin petak dan lebar, membolehkan pengukir-pengukir meghasilkan ukiran-ukiran yang lebih rumit dan halus pada bahagian-bahagian tersebut.

Namun begitu, terdapat beberapa ciri-ciri khas pada hulu keris ini yang tidak diubah, seperti bahagian muka yang masih lagi mengekalkan mata, gigi dan taring tengan ekspresi yang menyeramkan. Tajong spiral walaupun hampir tersembunyi dengan ukiran-ukiran motif flora yang lain masih tetap wujud dan ukiran pyramid yang melambangkan mungcung garuda tetap dikekalkan

Hulu jawa demam Hulu jawa demam merupakan jenis hulu keris yang paling biasa ditemui di semenanjung tanah melayu,dan Sumatra. Hulu keris ini terbentuk sejak zaman pra-islam di tanah melayu.hulu jawa demam dikatakan muncul hasil daripada abstraksi dewa hindu Vishnu dan geroda,hal ini berlaku apabila islam mula masuk ke nusantara dan dianuti oleh orang melayu. apabila perkara tersebut berlaku, hulu-hulu keris yang lama, yang menggambarkan figura-figura seperti Vishnu, siva, ganesh,garuda, bima dan arjuna melalui proses abstraksi agar lebih diterima di dalam islam. figura-figura dewa-dewa tersebut tersembunyi di dalam motif-motif flora dan kemudianya hilang. Hulu jawa demam juga dikatakan berasal daripada lagenda hang tuah yang diserang oleh seorang jawa yang sedang demam.hulu jawa demam seolah-olah menggambarkan lembaga manusia yang sedang duduk bersimpuh sambil berpeluk tubuh .terdapat banyak jenis hulu yang merupakan lanjutan evolusi kepada hulu jawa demam antaranya hulu pipit teleng juga dikenali sebagai hulu anak ayam sejuk di terengganu, hulu ini hapir sama seperti hulu jawa demam tetapi ia dihasilkan dengan kepala hulu tersebut membengkok dengan drastik. Hulu kerdas juga merupakan jenis hulu keris yang hampir sama dengan hulu jawa demam, hulu ini merupakan abstraksi daripada garuda, ia merupakan jenis hulu yang berasal daripada bugis, tetapi boleh juga di jumpai di semenanjung tanah melayu.satu lagi bentuk hulu yang merupakan evolusi daripada hulu jawa demam adalah hulu pekaka.terma hulu pekaka seringkali dikaitkan dengan keris tajong, sedangkan hulu keris tajong dan hulu pekaka tidak berkongsi ciri-ciri yang sama. Hulu pekaka merupakan lanjutan bagi hulu jawa demam dimana paruh pada hulu ini lebih panjang dan mahkota di atas kepalnya lebih lurus berbanding jawa demam

Hulu Jawa Demam Hulu Pekaka

Hulu Kerdas

Hulu Anak Ayam Teleng Melalui kajian yang dilakukan terhadap dua jenis hulu keris diatas iatu keris tajong dan keris jawa demam , terdapat pelbagai persamaan yang boleh dikesan iaitu melalui bagaimana hulu keris tersebut berevolusi, dan sebab mengapa keris itu berevolusi.

Kedua-dua jenis hulu keris tersebut berevolusi adalah kerana meresapnya pengaruh serta kepercayaan islam dikalangan masyarakat melayu. keris-keris awal iaitu keris-keris yang wujud sebelum kedatangan islam banyak menggunakan ukiran-ukiran yang berbentuk figuratif dan seringkali, dewa hindu seperti ganesh, siva, Vishnu, dan arjuna digunakan, namun begitu selepas kedatangan islam ukiran-ukiran hulu keris berubah dengan begitu drastik sekali, imej imej dewa hindu dan figurative ditukar dengan motif yang berbentuk flora dan abstrak, ini boleh dilihat pada evolusi hulu keris coteng yang berasal daripada bentuk dewa hindu siva yang berada dalam keadaan bermeditasi kepada hulu tajong yang lebih abstrak dan sarat dengan motif-motif flora. Hulu jawa demam juga mengalami keadaan yang sama dimana ia juga dikatakan berasal daripada imej Vishnu atau geroda yang duduk diatas kelopak bunga teratai yang kemudianya diolah sehingga menjadi bentuk lembaga manusia yang sedang duduk bersimpuh

Namun begitu terdapat juga ciri-ciri asal pada hulu tersebut yang dikekalkan contohnya pyramid dan tajong spiral pada hulu keris tajong dan bahagian kaki dan paruh di sesetengah rekaan hulu jawa demam. ciri-ciri asal ini walupun masih dikekalkan, tetap diolah seperti tajong spiral pada hulu keris tajong abad ke 19 yang kelihatan hampir tersembunyi dengan motif-motif flora yang lain, perkara yang sama juga terjadi kepada hulu jawa demam.Motif Keris tajong

Motif Langkasuka dan Daun Dewa

Motif ini boleh dijumpai pada bahagian bulat di badan keris tajong yang juga digelar tajong spiral atau daun dewa . Bentuk bulatan melambangkan kelansungan hidup, makara dan juga sayap burung garuda, motif ini juga menggambarkan gerakan jari di dalam tarian dan persilatan melayu, daun dewa atau tajong spiral yang ada pada keris tajong abad ke 19 seringkali dihiasi dengan motif motif flora yang lain seperti motif daun bayam peraksi, daun sesayap dan, pucuk paku. Motif ini adalah motif asal yang tidak diubah di sepanjang evolusi keris tajong.

\

Motif bunga tanjong

Motif ini adalah antara motif yang seringkali digunakan untuk menghias bahagian pipi hulu keris. motif ini merupakan lambang kepada sifat terbuka dan ramah tamah. Motif ini merupakan salah satu daripada jenis motif bunga kelopak empat pandangan sisi.

Motif Daun Sesayap

Motif ini merupakan salah satu motif seringkali digunakan pada bahagian bulantan sebagai penambahan pada motif langkasuka, seringkali motif, motif seperti ini menenggelamkan daun dan atau tajong spiral.

Penggayaan sendiri

Kami memilih keris tanjong sebagai subjek pengolahan kerana statusnya sebagai salah satu daripada keris yang terpenting dan istimewa di semenanjung tanah melayu. motifnya yang pelbagai dan indah menarik perhatian kami untuk lebih banyak mengkaji tentang ciri-ciri hulu keris ini

Kami hanya melakukan penggayaan dengan meletakkan motif-motif yang tidak lazim digunakan dalam ukiran motif keris tajong. Kami tidak melakukan apa-apa perubahan kepada rupa bentuk keris tajong kerana pengetahuan serta tata tertib yang jelas dalam cara mengolah dan merubah bentuk hulu keris tersebut tidak dapat kami pelajari dengan hanya menggunakan maklumat di dalam buku-bukuPenggayaan motif pula dilihat lebih bebas dan terbuka, kami melihat perkara ini daripada beberapa hulu keris yang mempunyai motif bunga dan daun yang berlainan mengikut kreativiti pengukir hulu keris. perkara ini juga ada disebut di dalam buku spirit of wood dimana salah satu kelebihan evolusi keris tajung menjadi lebih lebar dan petak ialah ia memberi pengarca lebih ruang untuk megukir motif-motif bunga dan daun yang lebih rumit.

Kami memilih jenis hulu tajong yang berkembang pada abad ke 19 sebagai subjek kajian .

Jenis-Jenis Motif Yang Ditambah

Motif yang digunakan dalam proses pengayaan adalah motif motif yang membawa perlambangan yang positif seperti kesuburan,,dan kebersihan. Motif-motif ini digunakan sebagai cara untuk menasihati dan mengingatkan sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Siti Zainon IsmailMotif Pucuk Rebung

Pucuk rebung merupakan

Motif kelopak bunga pecah lima Motif bunga menurut siti zainon ismail lazimnya dikaitkan dengan wangi dan bersih. Falsafahnya ialah untuk mengingatkan orang Melayu agar menjaga kebersihan.

Kesimpulan

Kesimpulanya, hulu keris merupakan satu bentuk material culture yang sangat berharga kepada bangsa melayu, ukiran-ukiran dan rupa bentuknya merupakan bukti ketekunan dan kehalusan bangsa melayu dalam menghasilkan sesebuah hasil seni. Evolusi bentuknya pula merupakan saksi kepada perpindahan kepercayaan dalam masyarakat melayu yakni daripada kepercayaan hindu Buddha yang mengagungkan dewa kepada kepercayaan kepada Allah melalui motif-motif floral dan bentuk yang telah diabstrakkan. Hulu keris juga merupakan lambing ketinggian budaya dan teknologi yang pernah dicapai oleh bangsa melayu satu ketika dahulu.Oleh itu hulu keris haruslah dijaga dan dipelihara sebaik mungkinn agar ia tidak hilang dan satu masa kelak bolah dihayati oleh ganerasi baru.

RUPA DAN JIWANAMA:AHMAD FAUZI BIN AHMAD AZMI

MOHD HANIF HAFIZ BIN MD SHAMLAN

NO MATRIK: 2011402798

2011626192

The language of the Langkasukan motif

Rosnawati Othmana