32
BAB 6 : INTERAKSI KUMPULAN KONSEP KUMPULAN : KUMPULAN UTAMA DAN KUMPULAN SEKUNDER 6.1.1 Pengenalan Interpretasi seseorang individu itu tentang perkara-perkara yang sosial seperti nilai, aspirasi, atau sikap dipengaruhi oleh kumpulan yang diikutinya. Sesuatu kumpulan terbentuk apabila dua atau lebih daripada dua individu yang diakui sebagai satu unit, kerana corak-corak tingkah laku dan interaksi yang dapat dikenal pastikan untuk unit tersebut. Setiap orang dalam masyarakat menjadi kelompok sosial yang diberi nama kumpulan dan terikat bersama dengan corak-corak tingkah laku tertentu. 6.1.1.1 Kumpulan Utama Kumpulan utama adalah seperti keluarga yang terdiri daripada hubungan-hubungan bersemuka (face to face), mesra dan ahli-ahlinya kerap berinteraksi di antara satu sama lain. Kumpulan utama ini sangat penting dari segi pembentukan corak-corak tingkah laku dan sikap ahli-ahlinya. Apabila sesuatu kumpulan itu menjadi besar, terbentuk lebih luas dan lebih kompleks, maka kumpulan tersebut sudah kehilangan ciri-ciri bersemuka mesra, seperti yang terdapat dalam keluarga. Kini kumpulan tersebut mudah menjadi kumpulan sekunder. 1

#Huraian Topik Dlm B6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

GFUJ.

Citation preview

BAB 6 : INTERAKSI KUMPULAN

KONSEP KUMPULAN : KUMPULAN UTAMA DAN KUMPULAN SEKUNDER

6.1.1 PengenalanInterpretasi seseorang individu itu tentang perkara-perkara yang sosial seperti nilai, aspirasi, atau sikap dipengaruhi oleh kumpulan yang diikutinya. Sesuatu kumpulan terbentuk apabila dua atau lebih daripada dua individu yang diakui sebagai satu unit, kerana corak-corak tingkah laku dan interaksi yang dapat dikenal pastikan untuk unit tersebut. Setiap orang dalam masyarakat menjadi kelompok sosial yang diberi nama kumpulan dan terikat bersama dengan corak-corak tingkah laku tertentu.

6.1.1.1Kumpulan UtamaKumpulan utama adalah seperti keluarga yang terdiri daripada hubungan-hubungan bersemuka (face to face), mesra dan ahli-ahlinya kerap berinteraksi di antara satu sama lain. Kumpulan utama ini sangat penting dari segi pembentukan corak-corak tingkah laku dan sikap ahli-ahlinya. Apabila sesuatu kumpulan itu menjadi besar, terbentuk lebih luas dan lebih kompleks, maka kumpulan tersebut sudah kehilangan ciri-ciri bersemuka mesra, seperti yang terdapat dalam keluarga. Kini kumpulan tersebut mudah menjadi kumpulan sekunder.

6.1.1.2Fungsi dan Struktur Keluarga

Keluarga ialah sebarang kumpulan manusia yang bersatu melalui ikatan perkahwinan, asal-usul atau keturunan, pengambilan anak angkat, dan terutamanya yang mempunyai tanggungjawab membesarkan kanak-kanak. Keluarga merupakan asas kepada kebanyakan institusi sosial. Keluarga dianggap penting kerana ia bertindak balas kepada sesetengah keperluan penting bagi manusia, individu dan kolektif. Antara fungsi keluarga ialah :

i. Keperluan kasih sayang dan penjagaan perasaan: Keluarga terlibat kepada set tanggungjawab kasih sayang untuk dikongsi bersama di antara sumber bahan dan perasaan. Secara idealnya, keluarga menawarkan kesudian kemesraan, keprihatinan dan berkorban untuk kebaikan yang lain ( Dizard, & Gadlin, 1990).ii. Keperluan untuk peraturan tingkah laku seksual : Kesemua kumpulan manusia yang hidup bersama menetapkan batasan terhadap tingkah laku seksual dalam kalangan ahli-ahlinya.iii. Keperluan untuk menghasilkan generasi baru: Pada masa yang sama, keluarga memenuhkan kehendak untuk menghasilkan atau membentuk kanak-kanak. Kanak-kanak merupakan ahli mentah. Mereka perlu diajar mengenai elemen budaya agar dapat bersaing dalam dunia sosial. Keluarga merupakan arena utama untuk pembelajaran sosial. iv. Keperluan untuk melindungi yang muda dan tidak berdaya: Pada masa kecil, manusia adalah bergantung pada ibu bapa untuk makanan, pakaian,tempat berlindung, dan penjagaan asas. Walaupun telah dewasa, kebanyakan manusia mengalami keadaan sakit dan ketidakupayaan yang mana memerlukan pertolongan. Keluarga melihat ahli-ahlinya dari semasa ke semasav. Keperluan untuk meletakkan manusia dalam turutan sosial : Struktur kumpulan manusia merupakan satu jaringan peraturan sosial dan status. Manusia mesti diletakkan antara status-status ini dan bermotivasi untuk menjalankan peranan masing-masing.

6.1.2 Kumpulan Sekunder.

Kebanyakan kumpulan yang terbentuk di sekolah adalah berbentuk kumpulan sekunder. Kini terdapat banyak kajian mengenai struktur tidak rasmi, atau tidak formal yang terdapat dalam masyarakat murid. Perkara yang jelas sekali mengenai hubungan struktur sosial yang tidak formal bagi murid-murid di sekolah ialah perbezaan kedudukan disebabkan oleh perbezaan darjah dan umur. Elemen yang penting sekali ialah dalam hubungan ini ialah keadaan bawahan atasan ( subordinate-superordinate ) di dalam perhubungan tersebut. Didapati murid-murid yang lebih tua di dalam bilik darjah yang lebih tinggi memerlukan dan menerima penghormatan daripada orang-orang yang lebih muda.Contohnya di sekolah-sekolah yang dihadiri oleh murid-murid sekolah menengah dan sekolah rendah, murid-murid sekolah menengah akan lebih dihormati walaupun mereka hanya menguasai murid-murid di sekolah rendah sahaja. Jika sekolah tersebut hanya sekolah rendah sahaja, maka murid-murid dari darjah yang lebih tinggi akan mengenakan penghormatan daripada murid-murid di darjah yang lebih rendah. Perhubungan atasan bawahan ini memberikan kuasa dan kawalan kepada murid-murid yang lebih tua terhadap murid-murid yang lebih muda. Didapati murid-murid daripada satu kumpulan umur dan darjah dikehendaki membatas serta mengehadkan hubungan mereka dalam kalangan umur dan darjah mereka sahaja, atau yang berhampiran sahaja.Kedudukan atasan dan autoriti yang dipunyai oleh darjah-darjah yang lebih tinggi diteguhkan pula dengan berbagai-bagai kedudukan istimewa lain yang dikhaskan untuk murid-murid ini. Kedudukan ini seperti pengawas, ketua pengawas, ketua pasukan bola, ragbi, bola jarring dan sebagainya secara kebiasaannya akan dipegang oleh murid lain yang lebih tua. Ini turut meliputi pelbagai jawatan lain seperti wakil pembahasan, kuiz dan sebagainya di mana murid yang lebih muda akan bertindak sebagai pelapis bagi murid-murid yang lebih tua. Biasanya peranan-peranan ini mempunyai program, atau masa latihan apabila murid-murid dari darjah yang lebih rendah akan dilatih sebelum menyandang peranan, atau kedudukan tersebut apabila sampai ke peringkat atau darjah yang lebih tinggi. maka dalam kedudukan ini, perihal maju dari peringkat dalam latihan bergantung pada peralihan dari satu darjah ke darjah yang lebih tinggi. Di dalam setiap kedudukan ini juga, murid yang dalam kumpulan umur dan darjah yang tinggi sekali akan menjadi pemimpin kumpulan tersebut. Hierarki yang berasaskan umur dan senioriti ini akan berterusan hingga peringkat yang lebih tinggi seperti di politeknik, maktab, dan juga universitiDalam kumpulan darjah dan umur dalam sesuatu masyarakat sekolah terdapat juga organisasi yang formal. Di sekolah rendah, organisasi formal ini biasanya berdasarkan unit bilik darjah, seperti ketua darjah, ketua rumah dan sebagainya. Walaupun kedudukan ini tidak membawa kepada tanggungjawab rasmi, namun jawatan murid-murid tersebut amatlah bermakna untuk murid-murid berkenaan. Pemilihan jawatan dalam kalangan murid-murid akan membawa kepada kedudukan dalam sistem perhubungan yang tidak formal.

6.1.2.1 Perhubungan Struktur Sosial Dengan Kurikulum.Pada peringkat persekolahan, peranan murid adalah berhubung rapat dengan struktur sosial kumpulan murid. Kejayaan atau kegagalan murid dalam usaha mempelajari sesuatu kemahiran atau pengetahuan mungkin menentukan kedudukan murid tersebut dalam kumpulannya. Dalam kelas, kedudukan murid yang pandai dan kurang pandai akan dapat dilihat dengan jelas dan diketahui oleh murid-murid dan guru. Contoh yang dapat diberikan adalah seorang murid dalam satu kelas dapat mengenal pasti pelajar yang pandai melukis, membaca, mengira, yang aktif dan sebagainya. Pada peringkat sekolah menengah juga murid-murid mempunyai kedudukan istimewa,ataupun kedudukan khas dalam struktur sosial sekolah. Sebagai contoh, murid yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan ataupun sains tulen seperti fizik, kimia, dan biologi akan mempunyai status yang berlainan daripada murid yang mengambil mata pelajaran perdagangan ataupun teknikal. Namun status ini berbeza dari satu sekolah ke sekolah yang lain.Terdapat juga pengumpulan murid-murid di dalam kelas mengikut keseragaman sebanyak mungkin. Pengumpulan murid-murid ini selalunya berdasarkan pencapaian ataupun kurikulum. Pengumpulan berdasarkan pencapaian adalah selalunya terdapat di peringkat sekolah menengah ( di Amerika Syarikat ), di mana ia dipanggil sebagai pengumpulan seragam. Maka akan wujudlah kelas yang pandai, sederhana pandai serta kurang pandai. Kelas yang pandai akan dipandang tinggi berbanding dengan kelas yang sederhana atau kurang pandai.

6.2 KONSEP BILIK DARJAH DAN PENEMPATAN PELAJARKonsep Bilik DarjahKelas secara amnya dilihat sebagai suatu sistem yang terisi sendiri, ditutup daripada masyarakat. Bilik darjah pula boleh disamakan dengan situasi berkerumun di mana kebanyakan orang di dalam kehampiran dan orang tengah mencuba untuk terus mengawal, yang selalunya menggunakan pendekatan disiplin (Jackson, 1986).

Berdasarkan kepada konsep bilik darjah, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada iklim bilik darjah iaitu faktor fizikal, kemanusiaan dan teknikal.1.Faktor fizikal

Semua bentuk kemudahan dan peralatanyang terdapat di sekolah seperti kerusi, meja, makmal, padang dan lain-lain. Suasana fizikal di dalam bilik darjah dan kawasan sekolah serta corak dan gaya kepimpinan sekolah juga boleh dikategorikan sebagai faktor-faktor fizikal konsep bilik darjah.2.Faktor kemanusiaan

Faktor ini diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu:a) Suasana sosialPerhubungan di antara guru dengan pelajar dan pergaulan di antara pelajar dengan pelajar.b) Suasana emosiKesediaan dan motivasi diri pelajar.3.Faktor teknikal

Merujuk kepada teknik-teknik yang digunakan guru untuk merangsang semangat dan kesediaan pelajar untuk belajar. Antara teknik yang boleh digunakan adalah mempelbagaikan penggunaan ABBM. Contohnya, rakaman video, pita audio, bahan tayangan, mengaplikasi kaedah simulasi, pengalaman, lawatan atau kunjugan.Disiplin Bilik DarjahDisiplin adalah satu proses latihan untuk membantu pelajar memajukan kawalan diri dan patuh kepada tuntutan aturan sekolah dan luar sekolah atau dalam erti yang lebih luas ialah meliputi kawalan diri dan patuh kepada tuntutan agama dan masyarakat (Sulaiman Ngah Razali, 1997). Terdapat 4 jenis disiplin bilik darjah iaitu disiplin arahan guru, arahan kerja, arahan kumpulan dan arahan diri.Faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya masalah disiplin bilik darjah :

1. Ketiadaan penumpuan perhatian. Daya tarikan dari luar bilik darjah dan suasana pembelajaran yang membosankan.

2. Guru tidak melaksanakan pengurusan rutin seperti memastikan bilik darjah tenang dan pengudaraan yang baik.

3. Guru tidak memberi perhatian individu. Contohnya memberi perhatian kepada pelajar yang mengalami masalah kesihatan dan gangguan emosi.

4. Sifat peribadi guru yang kurang tegas, tidak tetap pendirian dan terlalu bengis yang mungkin dapat mengakibatkan semangat untuk bersekolah atau belajar rendah.Prestasi dan Tingkah Laku Pelajar

Susunan Fizikal Bilik Darjah

Susun atur yang betul akan meyumbang kepada keberkesanan komunikasi, proses sosial yang baik dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia melibatkan 3 aspek iaitu:

1. Kebolehlihatan (Visibility)

2. Mudah Pemerolehan (Accessibility)

3. Kesesakan atau gangguan (Distractibility)

Rajah-rajah berikut menggambarkan susun atur bilik darjah tradisional dan susun atur secara alternatif.

Rajah : Susunan bilik darjah tradisional

Rajah : Susunan tempat duduk pelajar yang alternatif

Rajah : Susunan kelas untuk pembelajaran individu

Rajah : Susunan bilik yang baik bagi pengajaran seluruh kelas

Rajah : Susunan bilik yang tidak baik bagi pengajaran seluruh kelas

Interaksi Dalam Bilik Darjah

Interaksi dalam bilik darjah dapatr digambarkan dalam dua bentuk iaitu interaksi sosial dan interaksi simbolik.1.Interaksi SosialSatu proses sosial yang melibatkan 2 atau lebih individu atau kelompok dan melibatkan saling balas-membalas tingkah laku seseorang invidu terhadap individu lain dan seterusnya saling mempengaruhi di antara satu denganyang lain (Ting Chew Peh, 1985). Proses apabila manusia bertindak atau bertindakbalas dengan orang lain dan ini terdiri daripada semua tingkahlaku seperti senyum kepada kawan, bertanyakan sesuatu kepada guru dan sebagainya (Nimoiz T.Y.)

2.Interaksi SimbolikBentuk komunikasi dan interaksi yang tipikal dalam kehidupan manusia yang melibatkan bahasa dan gerak isyarat (Ting Chew Peh, 1985).Pembentukan Interaksi Bilik Darjah

Interaksi di dalam bilik darjah dapat menyumbang kepada keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi sebegini dapat dibentuk melalui pelbagai cara. Antaranya ialah:1. Penyusunan kerusi-meja dalam bilik darjah

2. Penggunaan kaedah kumpulan dalam pengajaran

3. Kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran

4. Gaya kepimpinan guru yang demokratik

5. Suasana emosi bilik darjah

6. Mengadakan sesi soal jawab

7. Mempelbagaikan bahan bantuan mengajar

8. Menolong pelajar bermasalah6.3STRUKTUR KAWAN DAN KLIK DI SEKOLAH Klik ialah kumpulan kecil tidak rasmi yangahli-ahlinya saling berhubungan secara rapat. Saiz dan jenis kumpulan tidak rasmi ini sering berbeza. Biasanya, kumpulan berkawan ini perpusat, atau mengelilingi seorang individu yang berpengaruh, dan sentiasa berdasarkan sistem simbiosis, atau hubungan tolong-menolong dan berkawan yang dipegang bersama. Keahlian di dalam sesuatu klik adalah sukarela dan tidak rasmi. Sesuatu klik itu akan berubah dantidak kekal selama-lamnya.6.3.1Kelompok RujukKelompok rujuk menggunakan kriteria-kriteria tertentu sebagai rujukan dalam menilai diri sendiri. contohnya, kriteria kacak menyimpan rambut fesyen tertentu, pakaian tertentu, kasut tertentu, gaya berjalan, gaya bercakap secara tertentu. contoh: gaya zaman 50-an, beatles, dan sebagainya.6.3.2Kumpulan PinggirKumpulan pinggir merupakan kumpulan murid yang berlainan daripada yang lain, dan mempunyai nilai-nilai yang sering bertentangan dengan nilai-nilai kumpulan lain. Mereka sering terkeluar dan tidak digemari oleh masyarakat sekolah. Mereka mungkin menjadi kumpulan jahat atau gang dan sering terdiri dari murid lemah dalam pencapaian akademik. Contohnya seperti Gangsterism di SMTKL. Kebiasaanya, ahli-ahli kumpulan pinggir mempunyai tingkahlaku dan nilai yang tidak dapat diterima oleh kumpulan lain.6.4 HUBUNGAN GURU DAN MURID

Hubungan di antara guru dan murid mempengaruhi perkembangan dan prestasi dalam pembelajaran murid. Hubungan yang positif di antara guru dan murid juga boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak.

Membina Hubungan guru dan murid :

Komunikasi yang berkesan perlu antara guru-murid untuk sama-sama mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran Guru perlu sentiasa mengawasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran yang dihadapi mereka

Guru perlu memahami masalah yang dihadapi murid

Komunikasi yang berkesan akan meningkatkan prestasi murid

Guru yang menghormati dan peka murid tetapi dalam masa yang sama tegas dan menetapkan batas-batas tertentu akan dihormati murid

Mewujudkan suasanan demokratik dalam bilik darjah

Guru dan murid bersama-sama berkongsi tanggungjawab di dalam bilik darjahKepentingan membina hubungan guru dan murid :a. Kepada guru

Menaikkan motivasi dan semangat guru

Murid lebih senang dikawal

Memberi kesan yang baik kepada pengajaran guru

Menaikkan imej guru

b. Kepada murid

murid lebih minat belajar

murid lebih memberikan kerjasama kepada guru

meningkatkan pencapaian pelajar

murid lebih bermotivasi untuk belajar

6.4.1 Hubungan Murid Dan MuridMembina hubungan murid dan murid : Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat persekolahan. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional. Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar. Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional. Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.Kepentingan membina hubungan murid dan murid : Isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan.Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Integrasi di peringkat sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan.

Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh birlah dari rebungnya. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka. Dapat disimpulkan bahawa, peranan seorang guru dalam mewujudkan perpaduan dikalangan para pelajar amatlah besar. Namun, kerjasama dari pihak yang lainjuga perlu dalam merialisasikan perpaduan ini.6.4.2 Hubungan Guru Besar Dan GuruMembina hubungan guru dan guru besar : Komunikasi yang berkesan perlu antara guru-guru besar untuk sama-sama mencapai visi dan misi sekolah

Guru besar perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap kesukaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam menjalankan tugas

Komunikasi yang berkesan akan meningkatkan prestasi sekolah

Guru besar yang menyayangi dan peka pada guru tetapi dalam masa yang sama tegas dalam menetapkan batas-batas tertentu akan dihormati guru

Mewujudkan suasanan demokratik dalam bilik darjah

Guru besar dan guru bersama-sama berkongsi tanggungjawab di dalam sekolah

Guru besar perlu kemahiran komunikasi agar tidak menimbulkan masalah apabila memberikan arahan kepada guruKepentingan membina hubungan guru dan guru besar :a. Kepada guru

Menaikkan motivasi dan semangat guru

Tidak tertekan dalam menjalankan tugas

Memberi kesan yang baik kepada pengajaran guru

Seronok menjalankan kerja

Meningkatkan produktiviti kerja guru

Menjadi guru cemerlang

b. Kepada Guru Besar

Melonjakkan prestasi sekolah

Melicinkan urusan persekolahan

Pentadbiran yang aman damai

Menjadi guru besar cemerlang6.5CIRI-CIRI GURU TERBAIK6.5.1Guru Pendokong Etika Keguruan

Definisi guru menurut Kamus Dewan (1996) ialah orang yang mengajar, pendidik, pengajar, dan pengasuh. Dalam bahasa arab guru diistilahkan sebagai "mualim" yang bermakna orang yang mengajarkan ilmu. Namun, fungsi guru masa kini adalah lebih pelbagai. Bukan sahaja sebagai seorang pendidik malah guru sekarang bertindak sebagai pengajar, pembimbing, pemudahcara, innovator dan pengurus (Mok Soon Sang, 2009).

Dewasa ini, guru turut memainkan peranan penting dalam melestarikan sistem pendidikan di Malaysia. Guru merupakan watak utama dalam memastikan hasrat negara dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Justeru, guru perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan sentiasa bersedia untuk mengikuti ledakan arus teknologi maklumat.

Selain daripada itu, seorang guru juga perlu mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji. Hal ini disebabkan oleh guru sentiasa menjadi tempat rujukan masyarakat dalam pelbagai aspek. Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru ialah sifat rohaniah, sifat-sifat akhlak dan sifat mental, kejiwaan dan jasmani.

Sifat rohaniah merupakan satu sifat yang berkaitan dengan kepercayaan guru kepada Tuhan. Manakala, sifat-sifat akhlak merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan akhlak mulia yang perlu ada pada seorang guru. Contoh akhlak yang mulia ialah seperti benar dan jujur, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, pemaaf dan toleransi. Seterusnya sifat mental, kejiwaan dan jasmani adalah merujuk kepada kecerdasan mental, kepetahan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kecenderungan guru untuk memahami keperluan serta kehendak pelajar.

Manakala, sifat kejiwaan adalah berkaitan dengan cara seseorang guru mengendali emosinya, motivasi diri dan etika pergaulan dalam masyarakat. Seterusnya ialah sifat jasmani atau fizikal ialah berkenaan dengan penampilan dan perwatakan baik yang perlu ditonjolkan oleh seorang guru. Dalam profession perguruan, seseorang guru itu mestilah kemas dan bersih. Hal ini disebabkan oleh guru merupakan role model bagi pelajar dan masyarakat sekeliling.

Justeru itu, sangat penting bagi seorang guru untuk mendokong etika keguruan dalam profession mereka. Etika keguruan ini menjadi panduan dalam memastikan seorang guru itu mengikut landasan yang betul semasa melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu etika keguruan ini adalah agenda wajib yang perlu disemat di dalam hati dan diamalkan setiap masa oleh seorang guru agar status guru akan sentiasa dipandang mulia di mata setiap peringkat masyarakat kita.

6.5.2Etika Profession Keguruan

Etika keguruan seharusnya menjadi panduan kepada semua guru dalam melaksanakan tanggunggjawanb masing-masing. Amat penting bagi seorang guru untuk mendalami dan mengaplikasikan etika keguruan ini kerana etika ini menerangkan dengan lebih jelas berkaitan tanggungjawab guru terhadap Allah bagi guru yang beragama Islam, diri sendiri, ilmu, profession keguruan, pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara serta ibu bapa. Berikut merupakan penerangan yang lebih jelas berkaitan etika profession keguruan.

Tanggungjawab yang pertama ialah berkaitan dengan tanggungjawab terhadap Allah bagi guru yang beragama Islam. Sebagai seorang guru yang beragama Islam wajib bagi mereka untuk patuh pada perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Manakala tanggungjawab yang kedua ialah mengenai tanggungjawab terhadap diri. Perlu bagi seorang guru untuk memastikan dirinya sedia untuk berkhidmat selagi diperlukan oleh masyarakat dan negara. Di samping itu juga, guru hendaklah prihatin dengan penampilan dirinya agar sentiasa di pandang elok dan kemas oleh pelajar. Guru perlu bersedia untuk memantapkan kualiti diri ke arah yang lebih baik dari masa ke semasa.

Tanggungjawab terhadap ilmu menuntut seseorang guru itu agar memastikan dirinya sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan yang pelbagai selaras dengan arus perkembangan evolusi pendidikan. Guru juga perlu menguasai teknologi yang semakin canggih supaya dapat menyampaikan ilmu dengan lebinh efektif dan interaktif. Sekiranya kaedah pengajaran yang pelbagai dan terkini dapat digunakan oleh guru secara tidak lansung dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

Dari sudut tanggungjawab terhadap profession keguruan, seseorang guru itu perlu memastikan mereka mengikut setiap etika, garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir. Guru harus amanah dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru. Guru tidak boleh mendedahkan maklumat sulit para pelajarnya. Selain itu, guru mesti adil dalam mendidik para pelajarnya iaitu tidak membezakan mereka mengikut status, agama, bangsa, taraf ekonomi serta sosial dan fahaman politik.

Manakala, tanggungjawab terhadap pelajar menekankan guru agar mengutamakan kebajikan, keselamatan dan keperluan ilmu yang diperlukan oleh seorang pelajar. Guru yang baik, perlu memastikan pelajar yang diajarnya dapat memahami isi-isi pelajaran yang disampaikan. Guru juga haruslah membentuk disiplin para pelajar dengan cara bersesuaian dan dibenarkan supaya masalah sosial dapat dibentuk. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Berikut ialah berkaitan dengan tanggungjawab rakan sejawat. Sesama guru haruslah saling hormat-menghormati dan tolong-menolong antara satu sama lain. Manakala tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara menuntut guru menerapkan dalam diri para pelajar semangat cintakan negara, nilai-nilai murni dan sentiasa menghormati perbezaan yang ada dari segi budaya, agama dan kepercayaan yang terdapat di Malaysia. Guru juga haruslah sentiasa aktif mengambil bahagian dalam aktiviti masyarakat.

Dan yang terakhir ialah berkaitan dengan tanggungjawab guru terhadap ibubapa. Guru dan ibubapa haruslah menjalinkan satu hubungan yang baik dalam memastikan prestasi pelajar berada pada tahap yang optimum. Guru tidak boleh merahsiakan perkara yang berkaitan masalah pelajaran dan displin pelajar dari pengetahuan ibubapa mereka agar jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut dapat dicari. Guru juga perlu menghormati ibubapa pelajar dan tidak boleh mendedahkan maklumat peribadi mereka.

Kod etika keguruan ini perlu dipatuhi bagi memastikan keberkesanan pengajaran guru. Keberkesanan pengajaran di sini bemaksud pengajaran guru mencapai puncak matlamat yang digariskan.1