Hutan Rimba Tingkatan 5

  • View
    50

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Komsas

Text of Hutan Rimba Tingkatan 5

  • 5/23/2018 Hutan Rimba Tingkatan 5

    1/9

  • 5/23/2018 Hutan Rimba Tingkatan 5

    2/9

    Pak Tua bekerja sebagai pemandu jentolak, sedikit pun tidak mempunyaiperasaan simpati, sebaliknya terus memusnahkan kawasan hutan yang menghijau.Binatang yang tinggal di hutan seperti kera, monyet, gajah, payau dan kijang larimeninggalkan habitatnya. Pokok-pokok berharga di hutan turut musnah menyebabkanpermukaan tanah terdedah. Dalam sekelip mata hutan dara telah gondol. Pak Tuateringat perkara itu berlaku 30 tahun yang lalu. Perasaan kesal Pak Tua apabilamelihatkan hutan kini yang tinggal serpihan kayu dan tunggul-tunggul mati yang telah

    menimbulkan rasa kesal di jiwa Pak Tua. Kini, Pak Tua ingin memastikan keadaanhutan kembali merimbun. Pak Tua mengingati semula lori-lori balak keluar dan masukke hutan membawa balak ke aliran Sungai Kinabatangan. Balak itu kemudiannyadialirkan melalui Sungai Kinabatangan ke kilang-kilang papan di kawasan daerahSandakan. Dada Pak Tua terasa sebak apabila mengenangkan perkara tersebut.Kekesalan Pak Tua telah dipujuk oleh isterinya, Mak Tua yang menganggap pekerjaansuaminya selama ini bukan mahu merosakkan hutan, sebaliknya mahu mencari rezeki.

    Menerusi rezeki itulah mereka mampu membesar dan menyekolahkan anaknya hinggapaling tinggi tanpa bantuan daripada sesiapa . Hal ini diakui oleh anak sulungnya, Ajamyang kini membuka perniagaan bas antarkota hasil modal yang disediakan olehbapanya. Bakar pula, lulusan Sarjana Pertanian yang bekerja sebagai pengurus ladangmemujuk ayahnya dengan mengatakan bahawa hutan yang gondol telah ditanamkelapa sawit secara besar-besaran. Manakala Budi, seorang guru yang memegang IjazahSarjana Muda Pendidikan. Pak Tua bangga dengan anak-anaknya yang telah berjayadan bersyukur kepada Tuhan atas semuanya.

  • 5/23/2018 Hutan Rimba Tingkatan 5

    3/9

    Pak Tua teringat kata-kata Melati, dalam setiap pembangunan sesebuah negaramesti ada sesuatu yang perlu dikorbankan. Kata-kata itu menyebabkan timbul persoalandalam diri Pak Tua, mengapa hutan terpaksa dikorbankan. Pak Tua juga teringat, ketikamasih di kampung, dia bersama-sama beberapa orang nelayan menggunakan bom tanganbuatan sendiri untuk mendapatkan ikan yang banyak tanpa menyedari perbuatannya telahmemusnahkan terumbu karang dan hidupan laut. Kekesalan Pak Tua begitu menghimpitdadanya. Setelah kehidupan di kampung semakin susah kerana tangkapan semakinberkurangan, Pak Tua membawa diri merantau. Ternyata nasib Pak Tua berubah, bukansahaja mampu mendapatkan rezeki yang berlimpah, tetapi juga mampu membina rumahtangga dan memakmurkan kehidupan keluarganya. Tetapi Pak Tua tetap maenyesali

    kerana kesenangan harus terhasil daripada kehancuran hutan rimba. Secara tidak sengajakesesakan di dada Pak Tua terluah bersama-sama linangan air matanya. Mak Tua cubamerasionalkan Pak Tua dengan alasan pekerjaan Pak Tua itulah yang menemukan Pak Tuadengan Mak Tua. Pak Tua teringat kembali kisah pertemuannya dengan Mak Tuasehinggalah dikurniakan empat orang anak. Mimpi Pak Tua terhadap kisah silamterganggu apabila Mak Tua memintanya menghantar bubu kacang hijau ke masjid.

  • 5/23/2018 Hutan Rimba Tingkatan 5

    4/9

    Kini, Pak Tua berasa puas melihat longgokan buah-buahan tempatan yangdiusahakan di tanah peninggalan arwak mentuanya. Sebuah bas mini dan dua buahkereta memasuki dusun Pak Tua. Mereka datang untuk menikmati buah-buahan yang

    diusahakan oleh Pak Tua. Melihatkan keadaan kebun dan kawasan hutan, anak-anakPak Tua berbincang untuk mengusahakan bidang pelancongan dan modal bolehdiperoleh apabila mereka mengeluarkannya secara bersama-sama. Pak Tua hanyamendengar perbincangan keempat-empat orang anaknya sambil disampuk olehmenantu-menantunya. Malam itu, Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingioleh cucu-cucunya sambil dia bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yangindah dan damai. Sesekali Pak Tua merujuk pada nyanyian cengkerik dan aneka

    bunyi-bunyian unggas malam yang menghuni hutan simpan itu. Pak Tua berasatenang dan bahagia. Suasana hutan yang asli dengan irama malamnya yang misterimemberi keyakinan kepada Pak Tau mimpi ngeri tentang kemusnahan sebuah hutanrimba itu sudah lama berlalu.

  • 5/23/2018 Hutan Rimba Tingkatan 5

    5/9

    Tema cerpen ini ialah memulihara hutan rimba yangtercemar, contohnya Pak Tua sebelum ini bertugas

    sebagai pembalak telah menyadari akan kesilapanyang dilakukan lalu menanam pokok-pokok hutan danpokok buah-buahan di tanah lapang untukmelestarikan harta warisan alam.

  • 5/23/2018 Hutan Rimba Tingkatan 5

    6/9

    Persoalan Kerakusan sikap manusia merosakkan alam sekitar. Contohnya, satu ketika

    dahulu Pak Tua menggondolkan hutan dengan jentolak untuk mendapatkankayu balak.

    Kekesalan kerana merosakkan alam sekitar. Contohnya, Pak Tua bekerja sebagaipemandu jentolak, sedikit pun tidak mempunyai perasaan simpati, sebaliknyaterus memusnahkan kawasan hutan.

    Sikap ketua keluarga yang mengutamakan akademik anak-anak. Contohnya, PakTua sanggup bekerja keras untuk memastikan empat orang anaknyamemperoleh kejayaan dalam bidang akademik.

    Konflik diri berakhir apabila suasana hutan berjaya dipulihkan. Contohnya,suasana hutan yang asli dengan irama malamnya yang misteri memberi

    keyakinan kepada Pak Tua mimpi ngeri tenteng kemusnahan hutan rimba itusudah lama berlalu.

    Bertanggungjawab melestarikan alam sekitar. Contohnya, tanah peninggalanarwah mertua Pak Tua, berjaya dilestarikan sebagai harta warisan alam oleh PakTua dengan hanya sedikit sahaja kawasan dibersihkan untuk tapak rumah danuntuk dusun buah-buahan, selebihnya dikekalkan sebagai hutan simpan.

  • 5/23/2018 Hutan Rimba Tingkatan 5

    7/9

    Watak dan PerwatakanPak Tua

    Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Pak Tua membesarkankeempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya.

    Seorang yang rajin. Contohnya, Pak Tua rajin bekerja dan sanggupmeninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki.

    Seorang yang gigih. Contohnya, Pak Tua gigih mencari rezeki untukmenyara kehidupan keluarga.

    Seorang yang rasional. Contohnya, Pak Tua menyesali akanperbuatannnya selama ini yang merosakkan alam sekitarmenyebabkan dia berfikir secara matang dengan menebus kesilapanyang dilakukan dengan cara menanam pokok hutan di kawasanlapang.

  • 5/23/2018 Hutan Rimba Tingkatan 5

    8/9

    Nilai Murni Kerajinan. Contohnya, Pak Tua rajin bekerja sebagai pembalak

    untuk mengumpul duit bagi menyara keluarga dan seterusnyamemastikan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.

    Kejujuran. Contohnya, berkat keluhuran budi Pak Tua dan sokongandaripada ayah Mak Tua sebagai wali, akhirnya Pak Tua berjayamemiliki Mak Tua.

    Hemah tinggi. Contohnya, anak-anak Pak Tua: Ajam , Bakar, Budidan Melati begitu lemah lembut apabila berbicara dengan ayah danibu mereka, sehinggakan hati ayah mereka yang berasa bersalahmerosakkan alam sekitar kembali menjadi tenang.

    Kasih sayang. Contohnya, anak-anak Pak Tua yang salingmenyayangi antara satu sama lain berbincang dahulu sebelummembuat sebarang keputusan.

    Kegigihan. Contohnya, Pak Tua gigih mencari rezeki untuk menyarakehidupan keluarga.

  • 5/23/2018 Hutan Rimba Tingkatan 5

    9/9

    Pengajaran

    Kita hendaklah memulihara hutan rimba yang tercemar. Contohnya,Pak Tua sebelum ini bertugas sebagai pembalak telah menyedariakan kesilapan yang dilakukan lalu menanam pokok-pokok hutandan pokok buah-buahan di tanah lapang untuk melestarikan hartawarisan alam.

    Kita perlu bersepakat dalam memajukan sesuatu rancangan yangbaik. Contohnya, anak-anak Pak Tua: Ajam , Bakar, Budi dan Melatimahu bersama-sama memajukan sektor pelancongan berdasarkankawasan hutan yang dimajukan oleh ayah mereka.

    Kita hendaklah rajin beribadat. Contohnya, setiap malam JumaatPak Tua menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat

    fardu dan membaca surah Yasin. Kita hendaklah melestarikan alam sekitar supaya sentiasa kekal

    menghijau. Contohnya, tanah peninggalan arwah mertua Pak Tua,berjaya dilestarikan oleh Pak Tua sebagai harta warisan alam.