Upload
vodung
View
247
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
HV 6626.5 A482 1997
11
Pupt K6idmo UNNLRSiTi MAi. AYSIA , SARAWAiC
PENDERAAN KANAK-KANAK: PERSEPSI MASYARAKAT KOTA SAMARAHAN
P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADäMIK
flimillillil 111111111 , 00024602d
AMALINA BT AB MANAF
Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat- syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian Bidang
Pengkhususan (Kajian Khidmat Sosial)
FAKULTI SAINS SOSIAL U1vIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
1997
Pu: at Khfdmat Maklumat Akademik uNIVERS1Ti MALAYSIA SAIUWAK
KANDUNGAN
KANDUNGAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAIJADUAL SENARAI GAMBARAJAH
i
iv v
BAB 1: PENGENALAN 1
1.1 Latar Belakang Masalah 1 1.2 Kenyataan Masalah 13 1.3 Objektif Kajian 14 1.4 Kepentingan Kajian 14 1.5 Definisi Kajian 15 1.6 Limitasi Kajian 17
BAB 2: SOROTAN LITERATUR 18
2.1 Pendahuluan 18 2.2 Definisi Konsep 18 2.3 Teori-Teori 22 2.4 Kajian Lepas 29 2.5 Hipotesis Kajian 33
BAB 3: METODOLOGI PENYELIDIKAN 34
3.1 Pendahuluan 34 3.2 Lokasi Kajian 34 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 35 3.4 Pengumpulan Data 35 3.5 Tatacara Kajian 40 3.6 Cara Pemarkatan 42 3.7 Analisis Data 44
BAR 4: KEPUTUSAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 45
4.1 Keputusan Kajian 45
i
4.1.1 Pendahuluan 45 4.1.2 Hasil Kajian 45 4.1.3 Keputusan Ujian Hipotesis-Hipotesis 63
4.2 Perbincangan 69
4.2.1 Pendahuluan 69 4.2.2 Hasil Kajian 69
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN 81
5.1 Pengenalan 81 5.2 Rumusan Kajian 81 5.3 Cadangan Kajian 85
LAMPIRAN 87
Lampiran 1 87
BIBLIOGRAF[ 95
ii
PENGHARGAAN
Segala puji hanya kepada Allah S. W. T, selawat dan salam ke atas junjungan
Besar Nabi Muhamad S. A. W, keluarga dan para sahabat Nabi Syukur Alhamdulillah
kerana di atas limpah kurniaNya dapat Saya menyiapkan tugasan ini.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada kakitangan Jabatan Kebajikan
Masyarakat Kuching, Sarawak dan kakitangan di Pejabat Daerah Samarahan dan Pejabat
Residen Kota Samarahan di atas kerjasama yang diberikan.
Setinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Dr Spencer Empading
Sanggin selaku penyelia saya di atas segala teguran dan sumbangan idea dalam
menyiapkan Latihan Ilmiah ini. Tidak lupa juga buat semua pensyarah dan kakitangan
UNIMAS di atas segala sumbangan di sepanjang pengajian ini.
Teristimewa buat Ayahanda dan Bonda tercinta iaitu Ab Manaf B Hj Mohamed
Noor dan Allahyarhamah Zainab Bt Mat Hassan, motivasi dan doa kalian adalah tunggak
kejayaan ini. Buat adik-adik tercinta, Amrullah, Irwani, Mohd Fahmi, Norlaili, Siti Salina,
Zanariah dan Adik Siti Suwaibah, semoga kejayaan milik kalian dunia dan akhirat. Juga
untuk Cik Noor, Cik Mat Hassan dan Mak. Terima kasih di atas segala bantuan yang
diberikan.
Terima kasih juga buat bapa dan emak saudara serta saudara mara yang banyak
membantu di sepanjang pengajian ini. Buat rakan-rakan seperjuangan di UNIMAS iaitu
Ruzitha, Saidah, Hasnah, Rasimah, Selina, Zulazlina, Noraini, Kak Norma, Siti Hawa,
Bani, Ahad, Foo dan Lim; Semoga persahabatan ini akan kekal abadi.
lU
ABSTRAK
Kajian ini cuba mengkaji tentang persepsi masyarakat Kota Samarahan terhadap
masalah penderaan kanak kanak la bertujuan untuk mengenalpasti tentang kesedaran,
tanggapan dan keprffiatinan masyarakat Kota Samarahan terhadap masalah ini. Di samping
itu, kajian ini juga cuba melihat hubungan di antara ciri bangsa dan ciri jantina pada
masyarakat Kota Samarahan dengan persepsi terhadap penderaan kanak-kanak. Pengkaji
telah memilih Kampung Sungai Empit dan Kampung Muara Tuang sebagai lokasi kajian.
Daripada kampung-kampung tersebut, seramai 140 orang dewasa telah dipilih secara
persampelan rawak. Alat kajian yang digunakan adalah borang soal selidik dan sebanyak
100 borang soal selidik yang dikembalikan. Data dianalisis dengan Kaedah Frekuensi
untuk menghuraikan secara deskriptif tentang kesedaran, tanggapan, dan keprihatinan
masyarakat tentang penderaan kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
masyarakat Kota Samarahan mempunyai persepsi yang positif terhadap masalah penderaan
kanak-kanak. Kaedah Analisis Khi Kuasa Dua digunakan untuk menguji hipotesis kajian
iaitu hubungan di antara ciri bangsa dan ciri jantina pada masyarakat Kota Samarahan
dengan persepsi terhadap penderaan kanak-kanak. Hasil daripada ujian Kaedah Khi Kuasa
Dua ini menunjukkan bahawa tidak ada hubungan yang signifikan di antara ciri bangsa dan
ciri jantina pada masyarakat Kota Sainarahan dengan persepsi mereka terhadap penderaan
kanak-kanak.
IV
ABSTRACT
This research was undertaken to investigate the perception of the society towards
the child abuse problem. The research also aim to identify about awareness, assumption
and concern of society at Kota Samarahan. Beside that, this study also be done to
examine the relationship between races and sexes characteristic among societies with their
perceptions towards this problem. Two villages especially Kampung Muara Tuang and
Kampung Sungai Empit were selected as recearch location. From the both of villages, a
total of 140 adults were selected using random sampling. The instrument has been used-
are a questionaires but only 100 questionaires were returned back. The data were
analysed using Frequency analysis to explain descriptively about awareness, assumption
and concern of society to child abuse problem. The findings showed that society at Kota
Samarahan have a positive perception about this problem. Chi Square Analysis also has
been used to test the research hypothesis which focused to the association of races and
sexes characteristic among society with their perception towards that problem. The result
from this method showed that the relationship of two variables not significantly associated.
V
SENARAI JADUAL
1. Jadual 1(a) :
2. Jadual 1(b) :
3. Jadual I (c)
4. Jadual 2 (a)
5. Jadual 3 (a)
6. Jadual 3 (b) 7. Jadual 3 (c)
8. Jadual 3 (d)
9. Jadual 3 (e)
10. Jadual 3 (f) 11. Jadual 4 (a)
12. Jadual 4 (b) 13. Jadual 4 (c)
14. Jadual 4 (d)
1 5. Jadual 4 (e)
16. Jadual 4 (f)
17. Jadual 4 (g)
18. Jadual 4 (h)
19. Jadual 4 (i)
20. Jadual 4 (j)
Distribusi Jantina dan Kaum (1985-1989) Kuanpulan SCAN Hospital Besar Kuala Lumpur
Bilangan Kes Penganiyaan Kanak-Kanak 1986-1990
Bilangan Kes Penderaan Kanak-Kanak di Malaysia (Tahun 1989 Sehiagga Ogos 1996)
Faktor yang Berhubung kait dengan Pende raan Kanak- Kanak Mengikut Kajian awal SCAN, 1990.
Subskala Item-Item Kesedaran Tentang Penderaan Kanak- Kanak.
Subskala Item-Item Tanggapan Penderaan Kanak-Kanak. Subskala Item-Item Keprihatinan
Pembahagian Markat Bahagian B.
Pemarkatan Item Bahagian C.
Pemarkatan Item Bahagian D. Jantina
Bangsa Agama
Umur
Status Perkahwinan
Taraf Pendidikan
Pekerjaan
Pendapatan
Saiz Keluarga
Kesedaran Masyarakat Kota Samarahan Tentang Maklumat Umum Penderaan Kanak-Kanak
vi
21. Jadual 4 (k)
22. Jadual 4 (1)
23. Jadual 4 (m) :
24. Jadual 4 (n)
25. Jadual 4 (o)
26. Jadual 4 (p)
27. Jadual 4 (q)
28. Jadual 4(r)
29. Jadual 4 (s)
30. Jadual 4 (t)
Sumber Maklumat Tentang Penderaan Kanak-Kanak Bagi Masyarakat Kota Samarahan
Tanggapan Umum Tentang Penderaan Kanak-Kanak
Tanggapan Tentang Perbezaan Antara Hukuman dan Penderaan
Tangplian Tentang Punca-Punca Penderaan Kanak-Kanak
Tanggapan Tentang Cara Untuk Menangani Masalah Penderaan Kanak-Kanak
Kesediaan Untuk Melaporkan
Interaksi Dengan Persekitaran
Kesediaan Dalam Membantu Menangani Masalah Penderaan Kanak-Kanak
Hubungan di antara Ciri Bangsa Pada Masyarakat Kota
Samarahan Dengan Persepsi Mereka Terhadap Penderaan Kanuk-Kanak
Hubungan di antara Ciri Jantina Dengan Persepsi Terhadap Penderaan Kanak-Kanak
vii
SENARAI GANIBARAJAH
Gambarajah 1: Schematic Representation of Three-Component Three
Gambarajah 2: Teori Konteks Ekologi atau Schematic Representation of Ecologikal Context Theory (Microview)
viii
BAB 1
PENGENALAN
1.1 L, atar BelakaM 1Vlasaiak
Kanak-kanak adalah amanah Allah. Oleh itu, sebagai amanah yang tidak
ternilai ini, kanak-kanak juga di7cu. rniai dengan pelbagai keistimewaan tenitama kepada
ibu bapa. Islam sendiri amat menitik beratkan tentang konsep ini. Buktinya, terdapat
banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menjelaskan tentang keistimewaan kanak-
kanak. Misainya, terdapat Hadis Nabi yang menjelaskan bahawa apabila matinya
manusia, akan terputuslah amalan di dunia kecuali melalui tiga perkara iaitu sedekah
jariah, ilmu yang dimenafaatkan dan juga anak soleh yang akan mendoakan
kesejahteraan kedua ibu bapanya. Seperti Hadis yang diwartakan dari Abi Hurairah
R. A bahawa Rasulullah S. A. W bersabda yang bermaksud:
Jika seseorang mati, maka putuslah amalnya kecuali 3 macam: Sedekah yang terus-menerus berjalan, atau ilmu yang diajarkan clan anak soleh yang mendoakan baginya.
(HR. Abu Muslim; M. Ali, 1980)
Begitulah penegasan Tuhan dalam menggariskan tentang keistimewaan anak
ini. Berdasarkan kenyataan tersebut, Islam menganggap bahawa pengabaian terhadap
kebajikan kanak-kanak adalah satu pengkhianatan kerana kanak-kanak adalah amanah
daripada Allah. Malah, Allah telah menegaskan kepada hambaNya dari mengkhianati
sebarang bentuk amanahNya, seperti yang dijelaskan oleh Firm= Allah yang
bermaksud:
W" ormg-pmng yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan RasulNya dan jang, anlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang diberikan kepada kamu.
(Al Anfal : 27; Kipli, 1996)
1
2
Namun demikian, terdapat segelintir manusia yang orempersis-siakan amanab
Tuhan ini. Ibu bapa atau penjaga yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kanak
kanak bertindak zalim terhadap kanak kanak yang lemah Mereka sexing meajadikan
anak-anak sebagai sisa kemarahan. Justeru itu, belakulah fenomena penderaan kanak
kanak samada berbentuk penderaan secara fizdcal, seksual dan juga pengabaian kaaak-
kanak atau child neglect (Kasmini, 1992)
Halina (1995) menyatakan bahawa penderaan kanak kanak berlaku ke atas
semua peringkat lapisan masyarakat tanpa mengira budaya bangsa atau status ekonomi.
Mengikut Forward, pendera mungkin terdiri daripada doktor, polis, peniaga, artis,
pelacur dan sebagainya. Penderaan juga mungkin berlaku pada keluarga yang
mengalami masalah keretakan rumahtangga atau pada keluarga yang bahagia (Laporan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuching, 1996)
Daripada segi sejarah, kanak-kanak telah menjadi mangsa penderaan sejak
dahulu lagi (De Mause, 1974; Holland, 1988). Contohnya, ahli-ahli arkeologi
menemui bukti yang menunjukkan bahawa penderaan kanak-kanak sememangnya
berlaku sejak zaman pra sejarah (Halcourt, 1986)
Penderaan tersebut berlaku samada dalam bentuk penderaan fizikal dan
pengabaian seperti untuk tujuan mendisiplinkan kanak-kanak, pendidikan, budaya,
moral, dan kepercayaan agama. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa orang
purba Greek dan Roman yang membunuh kanak-kanak sebagai korban (Vallois, 1991).
Berdasarkan Patria Protestass 700 B. C. seseorang bapa itu tidak menyalahi undang-
undanE dengan menjual atau membunuh anak (Holland, 1988)
Walaupun penderaan kanak-kkanak telah berlaku sekian lama dahulu tetapi pads
waktu itu masyarakat Malaysia kurang menyedari masalah tersebut. Namun demiýian,
3
peristiwa kematian Balasundram A/L Balakrishnan di Hospital Besar Kuala Lumpur
pada 13 Mei 1990 begitu mengejutkan rakyat Malaysia tentang seriusnya masalah
penderaan kanak kanak (Hassan Basri, 1991). Ini didcuti oleh beberapa seeario
penderaan yang lain seperti peristiwa penderaan ke atas seorang kanak-kaaak
perempuan iaitu Kong Sim Yee yang betusia lima tahun. Kanak-kanak ini dipercayai
didera oleh ibu bapanya sendiri. In dirawat di Hospital Tengku Anpuan Rahimah,
Kelang pada 18 Mei 1993 setelah mengalami bengkak di kepala, kaki dan badan (The
Malay Mail, 22 Mei 1993). Begitu juga dengan peristiwa penderaan Mohd Afiq Yusof
yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. Kanak-kanak an yang berusia dua
tahun telah meninggal dunia pads 30 Julai 1994 di Hospital Kuala Lumpur setelah
terlantar selama 10 hari dalam keadaan koma akibat didera dengan kejam (Berita
Minggu, 31 Julai 1994)
Seperti juga masalah keganasan rumahtangga yang lain, penderaan kanak-
kanak juga dikatakan sebagai suatu masalah yang tersembunyi kerana ia dianggap
suatu masalah peribadi. Oleh yang demikian, tiada perangkaan atau statistik yang tepat
tentang jumlah kes penderaan kanak-kanak.
Masalah penderaan kanak-kanak juga dikatakan sebagai suatu masalah peribadi
berikutan situasi yang meh'batkan pendera kanak-kanak yang terdiri daripada golongan
yang terdekat dan mempunyai hubungan yang rapat dengan kanak-kanak seperti ibu
bapa, penjaga, datuk, jiran, bapa tiri dan sebagainya. Wilson et. al (1991) menyatakan
bahawa serangan ke atas kanak-kanak ini bukannya dilakukan oleh orang yang asing
bagi kanak-kanak tetapi dilakukan oleh orang yang bertanggungjawab dalam penjagaan
terhadap kanak-kanak.
4
Keadaan ini mendorong anggota keluarga untuk merahsiakan peadetaan kanak
kanak yang berlaku pada keluarga mereka kerana menganggap ia adalah sosuatu yang
mengaibkan pada pengetahuan ramai. Sekiranya, mereka mendedahkan perkara
tersebut bermakna memalukan diri mereka sendiri sepeiti kata pepatah Melayu;
`qVlenepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri" (Khadijah Alavi, 1994)
Paling menyedilikan ialah apabila kanak-kanak sendiri takut untuk memberitahu
orang lain bahawa mereka didera kerana bimbang ibu bapa mereka dipenjarakan.
Situasi tersebut akan menyebabkan mereka kehilangan tempat bergantung. Mereka
juga bimbang sekiranya mendedahkan perkara tersebut kepada orang lain akan
memberikan kesan yang buruk kepada keluarga. Mereka juga lebih tertumpu untuk
mempertahankan maruah keluarga (Khadijah, 1994)
Lazimnya, penderaan kanak-kanak melibatkan penggunaan kuasa orang yang
lebih dominan terhadap kanak-kanak samada daripada segi fizikal, emosi, seksual dan
tenaga kanak-kanak tersebut. Pakar kanak-kanak buta Amerika Syarikat, Ammerman
menjelaskan bahawa keganasan yang turnt merangkumi penderaan kanak-kanak
sebagai suatu tindakan yang mempunyai niat dan tujuan untuk merosakkan,
mencederakan dan membunuh orang lain (Khadijah, 1994)
Berdasarkan latar belakang kanak-kanak yang terlibat dalam kes penderaan ini,
terdapat beberapa ciri seperti yang dijelaskan oleh Kasmini (1992) iaitu:
Daripada segi umur, kebanyakan kanak-kanak yang terlibat dalam kes
penderaan adalah berusia 4 tahun ke bawah. Daripada 378 kes kanak-kanak yang
berusia di bawah usia 10 tahun, 46 peratus (175 orang ) daripada mereka adalah
berumur di bawah 4 tahun. Bagi kes penderaan seksual Pula, 41 peratus adalah kanak-
kanak yang berusia 5 hinga 9 tahun manakala 38 peratus adalah kanak-kanak yang
Punt Kbidmat Msktumat Akadeu& UNlVERSTfi MALAYSIA SARAWAK
5
berusia di bawah 4 tahun. Mauakala, 20 peratus pula adalah kanak-kanak yang
berucmcr 10 tahun ke atas. Bagi knnak-kanak yang terabai pule, ia mehbatkan kanak-
kanak yang bemsia di bawah 4 tahun iaitu sebanyak 65 peratus.
Daripada aspek jantina, penderaan fitikal dan seksual lebil banyak mehbatkan
kanak-kanak perempuan dengan nisbah 12 :1 dan 25 : 1. Nisbah kanak-kanak yang
terabai pula tidak menunjukkan perbezaan jantina yang ketara kerana pengabaian
kanak-kanak bukan disebabkan oieh faktor jantina tetapi faktor lain seperti kecacatan.
Terdapat perbezaan jumlah penderaan kanak-kanak mengikut bangsa.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh SCAN, didapati 78 kes penganiyaan seks (tahun
1985 hingga tahun 1989), 40 kes mehbatkan kaum Melayu. Namun demikian, apabila
dibandingkan dengan statistik mengikut bilangan kaum di Malaysia dan bilangan kaum
yang menggunakan perkhidmatan kesihatan di hospital, didapati bahawa kaum India
over presented iaitu dalam semua kes penderaan samada secara fizikal atau seksual.
Berdasarkan data daripada pihak polis pula, didapati bahawa kaum Melayu lebib ramai
terlibat dalam masalah ini. Daripada 221 kes penderaan fizikal yang dilaporkan, 90 kes
berlaku di kalangan kaum India dan 80 kes pula berlaku di kalangan keluarga Melayu.
Kaum Melayu juga didapati lebih mendera anak lelaki secara fizlt'cal berbanding dengan
anak perempuan jika dibandingkan dengan kaum lain. Jadual I (a) menunjukkan
distribusijantina dan kaum yang terlibat dalam masalah penderaan kanak-kanak.
6
Jadual 1(a)" Distnbusi Jantina dan Kaum (1985-1989) Km"- SCAN Hospital Bestir Kuala Lumpur
Jervis / Kaum Melayu LP
Cina LP
India LP
Lain lain LP
Jumlah LP
Penderaan fizilcal (222)
50 38 11 25 36 54 44 101 121
Sekaual 78 1 39 2 17 0 17 02 3 75
Diabai 78 21 14 48 11 12 44 31 38
Jumlah 378 72 90 17 56 47 83 8 10 45 234
Sumber: Kasmini Kassim (1992)
Nota: L: lelaki P: Perempuan
Penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah sosial yang perlu diberi
perhatian yang serius oleh semua pihak. Penderaan kanak-kanak dikatakan sebagai
masalah sosial memandangkan peningkatan kes yang semakin serius dari masa ke
semasa. Kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan pada setiap masa kian
bertambah. Misalnya, kumpulan SCAN (Suspected Child Abused And Neglect) atau
kumpulan yang mengendalikan kes penderaan kanak-kanak yang bertempat di Hospital
Besar Kuala Lumpur (sejak 1985) telah melaporkan bahawa bilangan kanak-kanak
yang didera adalah melebihi daripada jumlah yang dilaporkan oleh Kementerian
Kebajikan Masyarakat Malaysia bagi kawasan Wilayah Persekutuan (Kasmini Kassim,
1992)
Umumnya, bilangan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di Malaysia
meningkat begitu ketara sekali pada setiap tahun seperti yang terdapat pada Jadual 1
(b) dan 1(c).
7
, Tadual l (b): Bitsagen Kes Penganivaan Kanak Kanak Tahun 1986 Sehia¢ga Tahun 1990
Tahun 1986 1987 1988 1989 1990 Jumiah B0.171 149_ 1 191 276 511 1298 Tahun BiL
Sumber: Mohd Hassan (1996)
Jadual l( c)" Bilangan Kes Pe, nderaan Kanak Kanak Di Malavsia (Tahun 1989 Sehingga Ogos 1996)
Tahun/Negeri 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996
Johor 16 25 75 115 134 127 134 58 Kedah 6 11 10 12 15 15 21 31 Kelantan 1 3 5 8 1 6 7 0 Melaka 14 33 29 33 73 47 73 25 N. Sembilan 5 21 24 31 16 54 74 58 Pahang 5 6 12 4 24 29 24 25 Perak 19 52 62 66 77 86 131 40 Perlis 3 2 4 1 3 7 8 6 P. Pinang 31 29 33 30 62 57 72 81 Selangor 50 120 356 245 269 213 246 129 Terengganu 0 1 12 14 24 17 221 15 W. P. KL 126 208 348 293 386 211 306 165 W. P. Labuan 0 0 0 0 0 0 0 2 Jumlah 276 511 970 970 1,084 871 1,117 635
Sumber: Berita Harlan (1996)
Sebenarnya, di Malaysia masalah penderaan kanak-kanak tidak diiktiraf sebagai
suatu masalah sosial sehingga tahun 1970 walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) telah menggubal satu undang-undang yang berkaitan dengan penderaan kanak-
kanak ini pada tahun 1974 iaitu "Children and Young Persons Ordinance, 1947".
Walau bagaimanapun, 11 kes penderaan kanak-kanak telah disiarkan di dalam sebuah
jurnal perubatan tempatan pada 1974 (Mohamad Hassan, 1996)
1986 171
1987 149
1988 191
1989 276
1990 511
Jumiah 1298
8
Setiap tahun, kes-kes yang dilaporkan sedikit sahaja iaitu 1 peratus ke 3 peratus
daripada jumlah kanak-kanak di negara-negara seperti Amerika Syarikat. Di Malaysia
pub, penderaan kanak kanak tidak dapat dikesan. Se*iranya dikesan, banyak yang
tidak dilaporkan kerana tidak ada perbekalan undang-undang yang mewajibkan
sedemikian (Mohd Hassan, 1996)
Di Sarawak, gejala penderaan kanak-kanak juga berleluasa pada setiap tahun.
Situasi tersebut dapat dilbat melalui Jadual 1(d) di bawah:
d): B Ces Pengm: vaan Kanak-Kanak Mensa BBagi' Tahun 1990-1996 (ffigaa Julei)
Bahagian/Tahun 1990 1991 1992 1993 1994 1995 Julai 1996
Jumlah
Kuching 13 17 28 33 35 91 23 240 Sri Aman - 1 1 4 6 - 12 Sibu 8 11 12 8 4 4 1 48 Miri 4 - - - 13 14 - 31 Limbang 2 - 1 1 2 - 6 Sarikei 5 1 - 1 2 - 9 Ka it 1 5 - - 1 1 - 8 Kota Samarahan I 2 2 1 - - 6 Bintulu - 1 - - 1 2 - 4 Jumlah 34 35 43 45 61 122 24 364
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuching (1996)
Walaupun kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat tetapi bagaimana
pula dengan persepsi masyarakat terhadap permasalahan ini? Umumnya, terdapat dua
persepsi masyarakat terhadap masalah penderaan kanak-kanak.
Pertama adalah golongan yang prlatin terhadap masalah penderaan kanak-
kanak. Ini adalah kerana terdapatnya kesedaran yang meningkat daripada golongan ini
terhadap kebajikan kanak-kanak iaitu dengan menyediakan kemudahan untuk kanak-
9
kanak, mehöatkan diri dalam pertubuhan dan perkltidmatan yang berkaitan. Di
samping itu, liputan yang meluas daripada media massa tentang penderaan kanak-
kanak juga mýeaunjukkan bahawa terdapatnya kesedaran daripada seteugah-setengah
pihak terhadap permasalahan ini (Mohamed Hassan, 1991)
Dalam hal ini, pengurangan kes-kes penderaan kanak-kanak juga dikaitkan
dengan keaedaran yang meningkat di kalangan orang ramai dalam melaporkan kes
penderaan (Anita, 1993). Di samping itu, Mohamad Hassan (1995), berpendapat
bahawa kes penderaan kanak-kanak yang meningkat adalah berkait rapat dengan
kesedaran orang ramai yang semakin meningkat terhadap isu penderaan kanak-kanak.
Keadaan ini mendorong mereka untuk melaporkan kes penderaan yang berlaku di
sekitar mereka (Utusan Malaysia, 1995). Kenyataan ini disokong oleh Hamzah (1995),
yang menyatakan bahawa peningkatan kes penderaan kanak-kanak adalah disebabkan
oleh peningkatan kesedaran masyarakat yang menyebabkan mereka merasa
bertanggungjawab untuk melaporkan kes kepada pihak berkuasa (Utusan Malaysia, 12
Ogos 1995).
Mengikut Mohamad Hassan (1993), peningkatan kesedaran masyarakat
terhadap isu penderaan kanak-kanak ini juga mempunyai hubungan dengan langkah-
langkah yang diadakan oleh kerajaan. Sebagai contoh, kemudahan talian teledera yang
memudahkan orang ramai untuk melaporkan. Buktinya, pada tahun 1992 sahaja, talian
teledera menerima lebih kurang 3 panggilan setup hari daripada orang ramai yang
melaporkan kes penderaan kanak-kanak. Peatggunaan talian teledera yang
menggalakkan ini juga mc. nyebabkan Jabatan Kebajikan Masyarakat bercadang untuk
bekerjasama dengan organisasi sukarela bagi mehwskan lagi penggunaan
perkhidmatan talian teledera seperti meningkatkan lagi tempoh perkhidmatannya
10
selama 24 jam. Sebelum ini, perkhidmatan talian taledera ini hanya khusus pada
waktu pejabat sahaja (Malay Mail, 12 Januari 1993)
Mohamad Hassan (1995) berpendapat bahawa kesedaran yang menffigkat
daripada masyarakat ini juga ad&lah basil dsripada kempen masyarakat penyayang
(Utusan Malaysia, 1995). Secara tidak langsung kempen tersebut mendedahkan
kepada orang ramai tentang tanggungjawab mereka terhadap masaLh penderaan
kanak-kanak. Ramli (1993), pula menyatakan bahawa kempen kempen perlu
dipergiatkan lagi untuk menyedarkan orang ramai tentang penderaan kanak-kanak.
Contohnya, semua jabatan kerajaan dan swasta perlu menjalankan program-program
untuk mendidik masyarakat ke arah keluarga bahagia clan penyayang. Program ini
boleh diadakan dengan mengadakan kursus-kursus kesedaran sivik kepada ibu bapa
(Utusan Malaysia, 28 Julai 1993)
Sham Kassim (1993), pula menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti dalam
menyedarkan orang ramai juga penting agar masyarakat lebih peka terhadap penderaan
kanak-kanak. Contohnya, aktiviti untuk menyedarkan orang ramai tentang perbezaan
di antara hukuman dan penderaan ke atas kanak-kanak. Ini adalah kerana masih ramai
orang yang menganggap penderaan adalah sebagai hukuman atau untuk mendisiplinkan
kanak-kanak. Salah seorang pengasas EPOCH (salah sebuah organisasi yang
mengharamkan hukuman keras ke atas kanak-kanak) iaitu Leach, mendapati bahawa
persepsi masyarakat terhadap perbezaan di antara hukuman dan penderaan iaitu ramai
yang berpersepsi bahawa anti pukul adalah anti disiplin (New Straits Times, 4
September 1993 ). Situasi ini menunjukkan bahawa masyarakat tersebut mempunyai
tanggapan bahawa penderaan ke atas kanak-kanak perlu untuk tujuan mendisiplinkan
11
mereka. Di sanping itu, ia juga menggambarkan tentang kekeliruan masyarakat di
dalam membezakan antara konsep hukuman dan penderaan ke atas kanak iunak
Namun demikian, terdapat juga golongan yang tidak mempunyai kesedarran
terhadap masalah penderaan kanak kanak Mengikut sumber daripada SCAN, punca
kepada keadaan nu adalah kerana sikap dan kesedaran sivik masyarakat yang masih
rendah. Seterusnya, mendorong kepada penderaan kanak kanak Misalnya, jiran yang
mengetahui tenting penderaan yang berlaku, tidak menghiraukan perkara tersebut
kerana mempunyai tanggapan bahawa masalah tersebut bukan masalahnya. Mereka
juga mengambil sikap tidak ingin mencampuri unxsan orang lain atau bimbang
dianggap suka menjaga tepi kain orang (Mohamad Hassan, 1991)
Ada juga yang melaporkan kes penderaan dalam keadaan terpaksa iaitu apabila
merasakan penderaan yang berlaku terlalu serius dan dikhuatiri akan membawa
kematian. Mengikut Mohamad Hassan (1991), kebanyakan penduduk bandar tidak
ingin melibatkan diri dengan masyarakat. Tennasuklah golongan doktor dan guru,
walaupun menyedari terdapatnya pesakit atau murid yang mengalami penderaan, tetapi
mereka lebih suka mengambil sikap berdiam diri.
Persoalan yang timbul adalah bagaimanakah untuk menangani masalah
penderaan kanak-kanak ini? Terdapat berbagai-bagai alteniatif untuk menangani
masalah penderaan kanak-kanak.
Antaranya adalah keprihatinan pihak kerajaan melalui perancangan untuk
menguatkuasakan lagi undang-undang yang berkaitan. Mengikut Napsiah (1995),
Kementerian Peipaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sodang dalam proses
mengkaji untuk mengemaskinikan undang-undang terhadap penderaan kanak-kanak
iaitu kemungkinan akan mengenakan hukuman sebat terhadap pendera kanak-kanak.
12
Walaupun merasakan bahawa hukuman mati mandatori adalah langkah terbai'lc tetapi
Kementerian akan mengkaji dengan lebb teliti lagi sebelum melaksanakannya.
(Utusan Malaysia, April 1995).
Mengflcut Abdul Aziz (1990), setakat ini terdapat dua undang-undang yang
berhilis mengenai aspek penderaan kanak kanak. Undang-undang tersebut adalah di
bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan (M. M. B Bab 45) dan di bawah Seksyen 3 dan
Seksyen 4 Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda 1947 (Akta 232/47)
Mohamad Hassan (1993) menyatakan bahawa dalam menangani masalah
penderaan kanak-kanak, kadang-kadang kanak-kanak memerlukan penjagaan gantian.
lni adalah kerana terdapatnya bu bapa yang tidak dapat memenuhi keperluan kanak-
kanak. Penjagaan gantian ini juga perlu sekiranya kanak-kanak terpaksa dipisahkan
daripada ibu bapa kerana kematian, perceraian, sebab-sebab perubatan, ibu bapa
menjalani hukuman penjara atau pemulihan dadah dan sebagainya yang boleh
membawa kepada berlakunya penderaan kepada kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak
perlu penjagaan gantian atau keluarga angkat sehingga masalah tersebut selesai. Kritia
keluarga gantian seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah
keluarga yang mempunyai keupayaan untuk memberi kasl sayang, berkahwin,
mempunyai sumber pendapatan yang kukuh dan menyediakan tempat tinggal yang
selamat pada kanak-kanak. Keluarga angkat yang paling sesuai juga adalah yang
mempunyai anak pelbagai peringkat umur atau keluarga yang tidak mempunyai anak
(Berita Harian, 24 Januari 1993)
Walaupun terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah penderaan kanak-
kanak, kita perlu juga menyedari tentang persepsi masyarakat terhadap isu ini. lni
13
adalab kerana persepsi daripada masyarakat akan membantu pihak tertentu dalam
-anskan pelbagai laugkah untuk menangani masalah penderaan kanak kanak.
1.2 Keaivataan 11Imm
Permasalahan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tentang masalah penderaan ,
kanak kanak. la merangkumi aspek sejauhmanakah seriusnya masalab ini iaitu
berdasarkan statistik tertentu, faktor, implikasi dan maklumat-makhunat umum tentang
penderaan kanak kanak.
Paling penting, permasalahan kajian ini adalah untuk menentukan persepsi
masyarakat Kota Samarahan terhadap penderaan kanak-kanak. Walaupun, kes
penderaan kanak-kanak semakin meningkat dan kian berleluasa terutama di negeri
Sarawak sendiri, tetapi itu tidak bermakna bahawa masyarakat Kota Samarahan
prihatin akan masalah ini. Oleh itu, permasalahan kajian ini cuba untuk melihat tentang
persepsi masyarakat Kota Samarahan pula terhadap masalah penderaan kanak-kanak
yang merangkumi isu-isu seperti kesedaran, keprihatinan, tanggapan dan sumber
makiumat masyarakat Kota Samarahan di dalam mengetahui tentang masalah
penderaan kanak-kanak. Kajian ini juga cuba mengenalpasti hubungan di antara ciri
bangsa dan ciri jantina pada masyarakat Kota Samarahan dengan persepsi mereka
terhadap masatah penderaan kanak-kanak. Secara tidak langsung, kajian ini juga akan
turnt mengenalpasti ciri-ciri latar belakang penduduk Kota Samarahan seperti agama,
bangsa, saiz keluarga, taraf sosioekonomi dan sebagainya.
14
1.3 ,'
ktif kaiian
Objektif uxmum kajian ini adalah utttnk mengenalpasti tentang masalah
peaderaan kanak kan. ak dan seterasnya untuk meneatukan ̀sejauhmanakah persepsi
masyarakat Kota Samarahan terhadap masalah penderaan kanak-kanak.
Beberapa objektif spesigk kajian ini adalah seperti berdcut:
1. Untuk mengenalpasti sejauhmanakah kesedaran masyarakat Kota Samaraltan
terhadap masalah penderaan kanak kanak.
2. Untuk mengenalpasti sumber makhimat masyarakat Kota Samarahan di daiam
mengetahui tentang masalah penderaan kanak-kanak samada daripada media massa,
pengalaman dan sebagainya.
3. Untuk menentukan tanggapan masyarakat Kota Samarahan terhadap masalah
penderaan kanak-kanak.
4. Untuk menentukan sejauhmanakah keprihatinan masyarakat Kota Samarahan
terhadap penderaan kanak-kanak.
5. Untuk menentukan ciri-ciri latar belakang masyarakat di Kota Samarahan seperti
jantina, taraf pendidikan, umur, saiz keluarga, agama, bangsa, status
perkahwinan dan taraf pendapatan.
1.4 Keaentinstan Kaiian
Kajian ini cubs mengupaskan tentang fenomena penderaan kanak kanak di
negara kita dan seterusnya cubs mengenalpasti sejauhmanakah persepsi masyarakat
Kota Samarahan terhadap situasi penderaan kanak-kanak.