Upload
truongtruc
View
213
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
i
E-DAGANG DALAM INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA ( IKS )
TINJAUAN DI KAWASAN INDUSTRI NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN
MOHD KHAIRI BIN NORDIN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan ( Kejuruteraan Jentera )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
iii
DEDIKASI
Buat ayahanda dan bonda yang dihormati lagi disayangi
Nordin bin Sabu
&
Teh binti Mahamad
semoga lilin ada di hati ini tidak akan terpadam untuk selamanya
“ Apa yang tidak dapat dibuat semua, maka jangan ditinggalkan semua”
iv
PENGHARGAAN
Pertama-tama kalinya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
yang berbahagia lagi dihormati Tuan Haji Meor Ibrahim bin Kamaruddin selaku
penyelia projek sarjana muda ini di atas segala tunjuk ajar yang diberikan tanpa
mengenal erti jemu dalam mengajar insan kerdil ini.
Keduanya ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada ayahanda dan bonda
yang banyak memberikan dorongan dan sokongan kepada saya dalam menempuh
dugaan dan cabaran dalam menyiapkan laporan ini. Semoga sentiasa berada dalam
restu dan rahmat Ilahi.
Penghargaan ini juga turut ditujukan kepada semua pensyarah yang terlibat
dalam membantu saya menyiapkan laporan projek sarjana muda ini. Ribuan terima
kasih diucapkan
Tidak dilupakan juga kepada Puan Mashitah , dari Jabatan Kesihatan dan
Pelesenan MPKPs yang begitu sabar melayan kerenah saya sewaktu mendapatkan
alamat dan data berkaitan IKS di kawasan industri negeri Perlis. Jasa dan
pengorbanan puan abadi di ingatan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
banyak membantu saya dalam menyiapkan laporan ini. Akhir kata ribuan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan kajian ini.
Sekian.
v
ABSTRAK
Sektor perindustrian pada hari ini mengalami perubahan yang besar dari segi
urus niaganya berikutan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Perdagangan elektronik, merupakan kaedah baru dalam urus
niaga industri yang wujud hasil daripada kemajuan tersebut. Di Malaysia,
penggunaan e-dagang sebagai medium urus niaga meningkat penggunaannya di
kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) dan industri besar. Sehubungan itu
kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat penggunaan dan kesan
penggunaan e-dagang sebagai medium urus niaga di dalam industri kecil dan
sederhana. Sebanyak tujuh IKS yang terletak di kawasan industri negeri Perlis
terlibat dalam kajian ini. Instrumen berbentuk borang soal selidik digunakan bagi
mendapatkan maklumat berkaitan penggunaan dan kesan penggunaan e-dagang
sebagai medium urus niaga. Dapatan dipersembahkan dalam bentuk peratusan dan
frekuensi. Hasil kajian menunjukkan empat daripada IKS menggunakan e-dagang
secara meluas (melebihi 50%) dan ia memberikan kesan positif dalam urus niaga
mereka. Beberapa cadangan berkaitan diberikan di akhir laporan ini.
vi
ABSTRACT
At present industrial sectors has gone through major changes in their due to
the development in the information and communication technology (ICT).
E-commerce has been emphasised in the transaction. This research is to determine
the extend of use an effect of e-commerce in the business transaction among the
small and medium industries (SMI) . A total of seven SMI in Perlis were involved in
this research. Questionnaires were use to determine the information regarding the use
of e-commerce and its effect in business transaction. The data were presented in
percentage and frequency. Result of the research showed that four of the SMIs had
used e-commerce extensively (50% and above) and it had a positive impact in their
business transaction. A numbers of suggestions were give at the end of the report.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii - xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Rasional Kajian 5
1.7 Kepentingan Kajian 6
1.8 Batasan Kajian 6
viii
1.9 Definisi Istilah 7
1.10 Definisi Operasi 7
1.11 Penutup 8
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Perdagangan Elektronik ( e-dagang). 9
2.2.1 Definisi E-dagang. 10
2.2.2 Kategori E-dagang 10
2.3 Senario Perindustrian di Malaysia 13
2.4 E-dagang dan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) di Malaysia 16
2.5 Kajian-kajian lepas 17
2.6 Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia,
Lambang Zaman Maklumat di Malaysia 19
2.6.1 Lokasi MSC 20
2.6.2 Aplikasi MSC dan Kelebihan Daya
Saingan MSC 20
2.7 ICT dan IKS. 22
2.8 Penutup 23
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Sampel dan Populasi 25
3.4 Instrumen Kajian 25
3.5 Kajian rintis 26
3.6 Prosedur Kajian 27
3.7 Analisis Data 27
3.8 Penutup 28
ix
BAB IV KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 29
4.2 Analisis dan Perbincangan Profil
Syarikat Responden 30
4.2.1 Taburan Responden Mengikut
kawasan-kawasan Industri 30
4.2.2 Taburan Responden Mengikut
Jenis Industri 32
4.2.3 Taburan Responden Mengikut
Sektor Industri 33
4.2.4 Taburan responden mengikut
bilangan pekerja 33
4.2.5 Taburan Responden Mengikut
Tahun Operasi 34
4.3 Analisis dan Perbincangan Mengikut Objektif
Kajian 35
4.3.1 Objektif Kajian 1 35
4.3.2 Objektif Kajian 2 42
4.4 Penutup 48
BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 49
5.2 Rumusan 49
5.3 Cadangan 51
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 54
5.5 Penutup 55
RUJUKAN 56
LAMPIRAN 58
LAMPIRAN A - G
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.2.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut kawasan industri 31
4.2.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
jenis industri. 32
4.2.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
bilangan pekerja. 34
4.2.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
tahun operasi 34
4.3.1.2 Taburan peratusan responden yang menggunakan
e-dagang mengikut pecahan e-dagang 38
4.3.1.3 Taburan peratusan penggunaan laman web sebagai
medium urus niaga. 40
4.3.1.4 Taburan peratusan penggunaan e-mel sebagai
medium urus niaga 41
4.3.1.5 Taburan peratusan penggunaan urus niaga jual beli
item sebagai medium urus niaga. 41
4.3.2.1 Taburan peratusan kesan penggunaan e-mel dalam
urus niaga responden. 43
4.3.2.2 Taburan kesan penggunaan urus niaga jual beli item
(barang/perkhidmatan) menggunakan internet. 45
4.3.2.3 Taburan kesan penggunaan Laman web rasmi. 47
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.2.2 Kategori e-dagang. 11
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan soal selidik yang
diedarkan. 30
4.2.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut sektor industri 33
4.3.1.1 Taburan peratusan responden mengikut penggunaan
e-dagang dalam urus niaga syarikat 36
xii
SENARAI SINGKATAN
APEC - Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
ASEAN - Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
ATM - Automated Telles Machine
B2B - Business-to-Business
B2C - Business-to-Consumer
C2C - Consumer-to-Consumer
C2B - Consumer-to-Business
DAGS - Geran Aplikasi Petunjuk Cara Perdana
E-dagang - Perdagangan Elektronik
E-mel - Mel Elektronik
EDI - Electronic Data Interchange
EPU - Unit Perancangan Ekonomi
ESDC - Pusat Pembangunan Usahawan Bumiputera
FOMCA - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
FPPE - Fasa Perindustrian Penggalakan Eksport
FPPI - Fasa Perindustrian Penggantian Import
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
IT - Teknologi Maklumat
IKS - Industri Kecil dan Sederhana
LTAB - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
MEDEC - Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia
MEXPO - Pusat Perdagangan Eksport Malaysia
MITI - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
MDC - Perbadanan Pembangunan Multimedia
MPKPs - Majlis Perbandaran Kangar Perlis
xiii
MSC - Koridor Raya Multimedia
MTC - Syarikat Perundingan Teknologi Malaysia Sdn. Bhd
MTDC - Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia
MTEN - Majlis Tindakan Ekonomi Negara
PBKL - Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
PIP - Pelan Induk Industri
PS - Taraf Perintis
RMK1 - Rancangan Malaysia Pertama
RMK2 - Rancangan Malaysia Kedua
RMK3 - Rancangan Malaysia Ketiga
RMK4 - Rancangan Malaysia Keempat
RMK5 - Rancangan Malaysia Kelima
RMK6 - Rancangan Malaysia Keenam
RMK7 - Rancangan Malaysia Ketujuh
R&D - Penyelidikan dan Pembangunan
SMI - Small and medium industries
SPSS v. 11.0 - Statistical Packages For Social Science version 11.0
UNIDO - Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Bangsa-bangsa
Bersatu
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 59
B Senarai kilang perusahaan di kawasan-kawasan
industri negeri Perlis keluaran MPKPs. 68
C Surat akuan pelajar 73
D Surat untuk MPKPs 74
E Surat makluman kepada IKS 75
F Surat peringatan kepada IKS 76
G Realibility analysis (alpha scale) 77
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dunia tanpa sempadan, dunia hari ini tidak lagi seperti dahulu pelbagai
perkara yang mustahil untuk dilakukan pada masa dahulu kini sudah menjadi
kebiasaan dan amalan seharian. Internet, kemunculannya adalah salah satu pembawa
kepada perubahan corak kehidupan masyarakat dunia. Internet bermula pada tahun
1960-an sebagai sistem rangkaian kepada empat komputer yang terletak di Universiti
Hotel California Los Angeles, di Universiti California Santa Barbara, di Universiti
Utah dan di Stanford Research Institute. Ianya merupakan hasil kerja yang ditemui
oleh agensi kementerian pertahanan Amerika Syarikat yang pada masa itu dikenali
sebagai Advanced Research Project Agency dan kemudian dikenali sebagai
ARPANET.
Setelah beberapa tahun diperkenalkan, pertumbuhan penggunaannya adalah
mendatar sehinggalah menjelang awal 80an teknologi internet mula ketara apabila
maklumat dapat dicapai jutaan manusia di seluruh dunia. Melalui internet
perpindahan fail, surat elektronik (e-mel), kumpulan perbincangan melalui surat
dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas. Teknologi ini telah menjadi sangat
berguna untuk penyebaran maklumat. Oleh kerana perkhidmatan internet mempunyai
imbuhan yang tinggi kepada perkembangan dan pembangunan manusia amatlah
2
wajar ianya dipraktikkan untuk kemajuan dan ekonomi dunia umumnya dan
Malaysia khususnya.
Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia , melambangkan salah satu
kesedaran pemimpin kerajaan Malaysia tentang betapa pentingnya kemudahan yang
dibawa daripada internet yang mana pada hari ini lebih sinonim di kalangan
masyarakat dunia dikenali sebagai ICT (Information and Comunication technology ).
MSC dibangunkan adalah bertujuan untuk mengorak langkah negara selepas melalui
zaman pertanian, zaman perindustrian dan kini sedang menuju ke arah dunia
multimedia dan pada masa yang sama menyediakan diri dalam menghadapi zaman
maklumat. Di bawah projek MSC ini terdapat beberapa 8 aplikasi utama dan salah
satu daripadanya adalah pusat pemasaran tanpa batasan yang mana e-dagang
merupakan sebahagian daripadanya.
Oleh itu pada hari ini penggunaan ICT dalam perniagaan kian dititik beratkan
dan perdagangan elektronik (e-dagang) yang merupakan sebahagian daripada
aplikasi ICT merupakan kemudahan yang perlu digunakan oleh industri kecil dan
sederhana (IKS) khususnya bagi menembusi pasaran tempatan khususnya dan
antarabangsa umumnya.
1.1 Latar belakang masalah
Pada tahun-tahun awal kemerdekaan negara, industri yang ada hanyalah hasil
tinggalan penjajah seperti industri getah dan timah dan juga pertumbuhan industri
kecil dalam menampung keperluan industri- industri tersebut. Perkembangan kegiatan
perniagaan dan perdagangan pada masa itu telah membentuk asas kepada
pertumbuhan awal industri kecil di Malaysia. Perkembangan demi perkembangan
hinggalah pada tahun 1960an Malaysia mula memperkenalkan kegiatan perindustrian
dan industri kecil dan industri sederhana mula muncul. Sehingga ke hari ini IKS
yang ada tidak lagi mampu di bilang dengan jari. Jika dahulu kerajaan menjalankan
3
usaha mewujudkan IKS tapi pada hari ini IKS perlu mengambil tindakan untuk
mengekalkan kedudukannya dan mengelakkan kegagalan dan seterusnya terpaksa
ditutup. Rentetan daripada itu pelbagai dasar telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk
memastikan perkembangan sektor IKS berjalan dengan lancar.
Namun IKS tidak seharusnya mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata
kerana pada hari ini pelbagai cara sudah ada untuk memajukan IKS. Penggunaan
media elektronik seperti internet, televisyen, radio dan sebagainya mampu
memperkembangkan IKS dan bukan lagi bersifat kedaerahan. E-dagang merupakan
kaedah terbaik yang harus digunakan oleh IKS dalam memperkembangkan
perniagaan. Penggunaan e-dagang ternyata telah memberikan hasil dan pulangan
lumayan kepada peniaga yang terlibat pada kos minimum. Menurut Nor Aishah
(2002), sebuah kedai buku maya terbesar dunia (Amazon.com) yang telah berjaya
mencapai nilai pasaran lebih daripada RM 90 billion , begitu juga dengan Yahoo
Inc., pula mencatat AS$1 billion.
Oleh itu IKS tidak seharusnya mengabaikan penggunaan e-dagang bagi
membolehkan mereka bersaing di pasaran yang lebih besar. Menurut Nor Aishah
(2002), tahap penggunaan e-dagang di kalangan rakyat negara ini masih rendah,
malah pengusaha IKS didapati kurang menggunakan saluran e-dagang untuk
memasarkan keluaran mereka. Menurut Nor Aishah (2002), kajian yang dijalankan
oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC) terhadap 811 syarikat IKS
tempatan dalam empat sektor utama iaitu pertanian, perkhidmatan, pembinaan dan
pengeluaran mendapati penggunaan e-dagang masih lagi berada di tahap minimum.
Oleh itu IKS antara kumpulan yang perlu menyertai penggunaan e-dagang
sebagai medium dalam urus niaga. IKS seharusnya menggunakan peluang yang ada
untuk menyertai perniagaan e-dagang memandangkan kaedah ini sudah dikenal pasti
kemampuannya untuk mendatangkan pulangan yang lumayan. Malah e-dagang akan
menjadi satu tunggak baru dalam perkembangan ICT dengan menggalakkan aktiviti
perdagangan bebas melalui internet.
4
1.2 Pernyataan masalah
E-dagang merupakan satu kaedah menjalankan urusan perniagaan
secara elektronik seperti pertukaran data perniagaan secara elektronik ( EDI ),
membeli dan menjual menerusi internet dan sebagainya. Sehubungan dengan itu
e-dagang merupakan satu konsep yang masih baru di kalangan rakyat di negara
membangun khususnya negara kita, Malaysia. Maka ini menjadikan penggunaan
e-dagang dalam industri di Malaysia kurang memberangsangkan terutamanya di
dalam industri kecil dan sederhana ( IKS ) tempatan. Hal ini adalah berikutan kajian
yang telah dijalankan oleh MDC, didapati daripada 811 syarikat IKS daripada empat
sektor utama iaitu pembinaan, perkhidmatan, pengeluaran dan pertanian didapati
secara keseluruhan hanya 15% IKS menggunakan e-dagang sebagai medium urus
niaga harian mereka. Oleh itu kajian ini telah meninjau penggunaan dan kesan
penggunaan e-dagang sebagai medium urus niaga di dalam industri kecil dan
sederhana ( IKS ) tempatan di kawasan perindustrian negeri Perlis Indera Kayangan.
1.3 Objektif kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah untuk:
1.3.1 Melihat penggunaan e-dagang sebagai medium urus niaga dalam industri
kecil dan sederhana ( IKS ) di kawasan industri negeri Perlis Indera
Kayangan.
1.3.2 Melihat pandangan industri kecil dan sederhana ( IKS ) terhadap kesan
penggunaan e-dagang sebagai medium urus niaga.
5
1.4 Persoalan kajian
Terdapat 4 persoalan kajian bagi menjawab objektif kajian pertama :
1.4.1 Adakah e-mel digunakan dalam urus niaga IKS ?
1.4.2 Adakah IKS menggunakan sistem EDI (perpindahan data secara elektronik)
dalam urus niaga perpindahan data dengan organisasi lain?
1.4.3 Adakah IKS menjalankan urus niaga jual beli item ( barang , perkhidmatan )
melalui internet?
1.4.4 Adakah IKS mempunyai laman web rasmi untuk kegunaan urus niaga?
Terdapat 4 persoalan bagi menjawab objektif kajian kedua :
1.5.1 Apakah pandangan IKS terhadap kesan penggunaan e-mel dalam urus niaga?
1.5.2 Apakah pandangan IKS terhadap kesan penggunaan EDI (perpindahan data
secara elektronik) dalam urus niaga?
1.5.3 Apakah pandangan IKS terhadap kesan penggunaan urus niaga jual beli item
(barang, perkhidmatan) melalui internet dalam urus niaga?
1.5.4 Apakah pandangan IKS terhadap kesan penggunaan laman web rasmi yang
disediakan?
1.6 Rasional kajian
Rasional kajian ini adalah berikutan daripada beberapa kajian yang telah
dijalankan oleh pelbagai pihak sebelum ini mendapati peratusan penggunaan
e-dagang dalam IKS masih lagi berada di tahap yang minimum. Kajian yang
dijalankan oleh MDC pada tahun 2000 mendapati daripada 811 syarikat yang
dijadikan responden hanya 17 % IKS menggunakan e-dagang untuk melaksanakan
proses jual beli, manakala 49 % daripada responden menyatakan kadar penggunaan