7
PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH Tingkat 21, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan Sulaman, Teluk Likas, Beg Berkunci 2070, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. No. Telefon: 088-369335 No. Faks: 088-263679 DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN, POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN, SABAH, MALAYSIA. 2019.

i i...5.Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah. 6. Kedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas kerusi hendaklah tidak

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: i i...5.Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah. 6. Kedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas kerusi hendaklah tidak

pejabat mufti negeri sabahTingkat 21, Blok A,

Pusat Pentadbiran Negeri Sabah,Jalan Sulaman, Teluk Likas,

Beg Berkunci 2070,88400 Kota Kinabalu, Sabah.

No. Telefon: 088-369335No. Faks: 088-263679

Dicetak oleh pencetak kerajaan,politin @ wenen bin mobiji, a.s.D.k., a.D.k., b.s.k., jabatan cetak kerajaan,

sabah, malaysia.2019.

Page 2: i i...5.Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah. 6. Kedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas kerusi hendaklah tidak

Panduan Solat Secara Duduk di Atas Kerusi

10

5. Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah.

6. Kedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas kerusi hendaklah tidak melebihi kedudukan imam.

7. Kerusi yang digunakan hendaklah bersaiz kecil dan tidak terlalu besar, ini supaya keseragaman saf dapat dijaga serta memberikan keselesaan bagi jemaah yang lain.

prakata

Alhamdulillah, segenap pujian dirafa’kan ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya serta mereka yang sentiasa berada di jalan yang lurus.Solat adalah ibadah asas dalam Islam dan dipertanggungjawabkan kepada setiap mukallaf dalam apa jua keadaan termasuk ketika sakit. Cara pelaksanaannya ketika sakit hendaklah dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.Allah SWT berfirman di dalam Surah al-Nisa’, ayat 103 yang bermaksud:“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

Justeru, Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 yang telah bersidang pada 23 - 24 Mei 2017M/26 - 27 Sya’ban 1438H, telah bersetuju memutuskan “Hukum Solat Secara Duduk di Atas Kerusi” untuk menjadi panduan kepada masyarakat Islam di negeri ini khususnya.Oleh itu, adalah diharapkan agar cetakan sulung ini menjadi rujukan umat Islam khususnya di negeri ini.Sekian, terima kasih.

SS DATUK ustaz haji bungsu @ aziz haji jaafarMufti Kerajaan Negeri Sabah

Page 3: i i...5.Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah. 6. Kedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas kerusi hendaklah tidak

Panduan Solat Secara Duduk di Atas Kerusi

9ii

2. Jika seseorang itu mampu berdiri untuk solat tetapi tidak mampu untuk rukuk dan sujud, hendaklah berdiri terlebih dahulu kemudian bolehlah duduk untuk melakukan rukuk dan sujud. Dalam kes ini, perbuatan rukuk dan sujud dilakukan secara isyarat sahaja iaitu seseorang itu mengisyaratkan kepala dengan tunduk sedikit semasa rukuk dan juga menundukkan badan lebih sedikit dari kadar tunduknya semasa rukuk apabila bersujud.

3. Jika seseorang itu mampu berdiri dan rukuk tetapi tidak mampu sujud, hendaklah berdiri dan rukuk terlebih dahulu kemudian selepas i’tidal, bolehlah duduk dan melakukan sujud secara isyarat sahaja dengan menundukkan badan apabila bersujud.

4. Kedudukan kerusi yang digunakan oleh para jemaah yang uzur atau tidak mampu berdiri itu hendaklah berada di hujung saf.

kaNDUNGaN

muka surat

PENDAHULUAN ... ... ... ... 1

HUKUM SOLAT SECARA DUDUK DI ATAS KERUSI ... ... ... ... ... 2

KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN SESEORANG SOLAT SECARA DUDUK ... ... ... 4

TATACARA SOLAT DUDUK DI ATAS KERUSI 6

KEPUTUSAN MAJLIS FATWA NEGERI SABAH 8

Page 4: i i...5.Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah. 6. Kedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas kerusi hendaklah tidak

Panduan Solat Secara Duduk di Atas Kerusi

18

peNDahUlUaN

Solat merupakan suatu ibadah yang paling besar dalam kehidupan setiap insan yang beragama Islam. Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan baik ketika bermusafir atau bermukim, dalam keadaan sakit atau sihat, sama ada solat dilakukan secara berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, semua ini jelas menunjukkan betapa pentingnya kedudukan solat di dalam agama kita.

Kepentingan solat dapat dilihat melalui beberapa nas dari al-Quran dan al-Sunnah. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah al-Nisa’: 103).

Ia juga berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Umar R. Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Imam Nawawi Rahimahullah menyatakan: “Dan jikalau

lemah seseorang itu (yakni musalli) daripada berdiri,

maka (bolehlah) dia duduk sepertimana yang dia ingini.”

Ertinya, seseorang yang solat duduk dalam apa kaedah

duduk pun maka solatnya sah dan tidak batal. Yang

berbeza hanyalah dari segi afdaliyyah (kelebihan). Berkata

Imam Nawawi lagi: “Dan duduk secara/ftirdsy itu lebih

afdal berbanding duduk bersila menurut pendapat yang

azhar dan dimakruhkan duduk al-Iq’a’.” (Imam Nawawi Minhaj al-Thalibin, hal. 45).

Berdasarkan kepada pandangan Imam al-Nawawi di atas, dapatlah difahami bahawa solat secara duduk diharuskan dalam apa keadaan sekalipun, maka ia termasuklah solat duduk di atas kerusi bagi yang mempunyai keuzuran. Solatnya dikira sebagai sah dan tidak batal.

kepUtUSaN MaJlIS FatWa NeGerI SaBah

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23 - 24 Mei 2017M/26 - 27 Sya’ban 1438H, telah bersetuju memutuskan bahawa:

1. Harus solat secara duduk di atas kerusi bagi sesiapa yang tidak mampu solat secara berdiri.

Page 5: i i...5.Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah. 6. Kedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas kerusi hendaklah tidak

Panduan Solat Secara Duduk di Atas Kerusi

2 7

Maksudnya: “Dibina Islam itu di atas lima iaitu kalimah

La Ilaaha Illallaah ( ) dan sesungguhnya

Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Nya, dan

mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan Haji

di Baitullah, serta berpuasa pada bulan Ramadhan.” Riwayat Muslim (19).

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa ibadah solat adalah merupakan salah satu rukun daripada lima rukun Islam yang wajib dilaksanakan bagi setiap muslim yang mukallaf.

hUkUM SOlat SeCara DUDUk DI ataS kerUSI

Di antara dalil yang membolehkan seseorang itu solat dalam keadaan duduk sekiranya dia tidak mampu untuk solat secara berdiri adalah sebuah riwayat daripada ‘Imran bin Husin RA yang mana beliau mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa dirinya mengalami penyakit buasir. Maka Rasulullah SAW bersabda:

selainnya, terdapat beberapa tatacara yang boleh dilakukan untuk solat dalam keadaan tersebut:

(a) Secara asasnya, jika seseorang itu mampu berdiri untuk solat dan tidak mampu untuk rukuk dan sujud, hendaklah dia berdiri terlebih dahulu. Kemudian baru dia duduk dan melakukan rukuk dan sujud.

Hal keadaan duduk yang paling utama adalah solat duduk di atas lantai. Sekiranya tidak mampu, maka dibolehkan untuk solat secara duduk di atas kerusi. Sekiranya seseorang solat duduk di atas kerusi dan tidak mampu untuk berdiri ketika takbiratul ihram, maka dia boleh untuk melakukannya secara duduk.

(b) Sesiapa yang tidak mampu untuk berdiri maka dibolehkan untuknya duduk atas kerusi sementara perbuatan rukuk dan sujud dilakukan secara isyarat sahaja.

(c) Sekiranya dia mampu untuk berdiri, namun berasa payah untuk rukuk dan sujud, maka hendaklah dia solat secara berdiri kemudian dia rukuk dan sujud sambil duduk di atas kerusi. Dalam hal ini, perbuatan rukuk dan sujud dilakukan secara isyarat sahaja iaitu seseorang itu mengisyaratkan kepalanya dengan tunduk sedikit semasa rukuk dan juga menundukkan kepalanya.

Page 6: i i...5.Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah. 6. Kedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas kerusi hendaklah tidak

Panduan Solat Secara Duduk di Atas Kerusi

36

Maksudnya: “Solatlah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya kamu tidak mampu (untuk berdiri) maka solatlah dalam keadaan duduk, dan sekiranya kamu tidak mampu untuk solat secara duduk, maka solatlah di atas lambung (mengiring).” Riwayat Al-Bukhari (1117).

Imam Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah apabila menjelaskan hadis ini beliau berkata: Hadis ini menunjukkan bahawa tidak dibolehkan seseorang yang sakit itu berpindah kepada duduk (ketika solat) melainkan setelah dia tidak mampu untuk berdiri.

‘Iyadh telah berkata daripada Imam al-Syafie dan daripada Imam Malik, Imam Ahmad serta Ishak bahawa tidak disyaratkan tidak mampu berdiri bahkan cukup jika wujudnya masyaqqah (kesusahan).

Yang makruf di sisi ulama’ al-Syafie’yyah bahawa yang dimaksudkan dengan ternafinya kemampuan dengan wujudnya kesusahan yang berat sekiranya berdiri, atau dikhuatiri sakit itu semakin teruk atau berlaku kerosakan dan tidaklah berpada dengan masyaqqah (kepayahan) yang ringan. (Imam Ibn. Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, jilid 2, hal. 301).

Imam Al-Nawawi dalam kitab al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, jilid 4, hal. 201 menyatakan:

Imam Al-Ramli menyatakan bahawa dibolehkan untuk seseorang itu solat secara duduk apabila terdapatnya masyaqqah (kepayahan) yang boleh menghilangkan kekhusyukan semasa solat. (Hasan bin Ahmad Al-Kaf, Al-Tagrirat Al-Sadidah, hal. 214).

Seterusnya Imam Al-Nawawi Rahimahullah dalam kitabnya al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, jilid 4, hal. 204 telah menyatakan pandangan Imam al-Haramain Abdul Malik al-Juwaini bahawa:

Bermaksud: “Aku berpandangan bahawa kriteria tidak mampu berdiri itu adalah sekiranya dia berdiri akan menyebabkan masyaqqah yang menghilangkan kekhusyukannya kerana khusyuk merupakan tujuan solat.”

Kenyataan ini menunjukkan orang yang mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga boleh menghilangkan kekhusyukan solatnya diharuskan solat secara duduk.

tataCara SOlat DUDUk DI ataS kerUSI

Sesiapa yang mempunyai kepayahan untuk solat secara berdiri disebabkan oleh penyakit ataupun perkara

Page 7: i i...5.Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah. 6. Kedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas kerusi hendaklah tidak

Panduan Solat Secara Duduk di Atas Kerusi

4 5

Bermaksud: “Umat telah ijmak bahawa sesiapa yang

tidak mampu untuk berdiri di dalam solat fardhu maka

dia boleh melakukannya secara duduk dan solat tersebut

tidak perlu diulangi. Demikian juga pahalanya (solat

secara duduk) tidak berkurang daripada solat secara

berdiri kerana dia diberikan keuzuran. Sesungguhnya

telah thabit dalam hadis sahih al-Bukhari bahawa

Rasulullah SAW telah bersabda (yang bermaksud) apabila

seorang hamba itu sakit ataupun dia bermusafir akan

ditulis (ganjaran pahala) untuknya sama sepertimana

yang dilakukan oleh seorang yang dalam keadaan

bermukim dan juga seorang yang dalam keadaan sihat.”

keaDaaN YaNG MeMBOlehkaN SeSeOraNG

SOlat SeCara DUDUk

Para fuqaha telah menyebutkan dalam kitab-kitab mereka bahawa terdapat beberapa perkara yang dianggap sebagai masyaqqah (kesulitan) yang membolehkan seseorang itu solat secara duduk.

Berikut beberapa contoh hal keadaannya, antaranya:

i. Tidak mampu solat secara berdiri seperti seorang yang mempunyai penyakit, sekiranya dia bersolat secara berdiri maka penyakitnya akan bertambah teruk. Begitu juga orang yang berada di atas kapal, sampan atau perahu yang mana dibimbangi akan karam atau tenggelam kenderaannya sekiranya dia melakukan solat secara berdiri.

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmuk, Syarah al-Muhazzab, Jilid 4, hal. 201 menyatakan:

Bermaksud: “Sekiranya seseorang (yang solat secara

berdiri) takutkan kesusahan yang kuat atau

bertambah kesakitan, atau seumpama dengannya

atau seorang yang berada di atas sampan takut

tenggelam perahu (jika solat berdiri) atau seseorang

berasa pening kepala maka dia boleh solat secara

duduk dan tidak wajib mengulangi (solatnya).”

ii. Seseorang yang berasa pening kepala. Begitu juga sakit yang boleh mengganggu khusyuk di dalam solat sekiranya dilakukan secara berdiri.