42
i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI ORIGAMI BERKUMPULAN DALAM PEMBENTUKAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN AIZAM BINTI JUSOH@MAMAT Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Reka Bentuk Instruksional Dan Teknologi) Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JULAI 2014

i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

i

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI ORIGAMI BERKUMPULAN DALAM

PEMBENTUKAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN

AIZAM BINTI JUSOH@MAMAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal

(Reka Bentuk Instruksional Dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JULAI 2014

Page 2: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

v

ABSTRAK

Kemahiran kerja berpasukan merupakan kemahiran insaniah yang perlu dikuasai dan

diterap dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Justeru

para pendidik perlu memilih straregi pengajaran dan pembelajaran yang menjurus

kepada keberkesanan yang tinggi untuk mencapai hasrat murni dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan

sumber seperti penggunaan origami sebagai alat pendidikan telah banyak dibuktikan

keberkesananannya malah mampu membentuk kemahiran kerja berpasukan dalam

kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap

kemahiran kerja berpasukan melalui aktiviti origami berkumpulan. Secara khususnya

kajian ini menilai seni lipatan origami dalam pembangunan kemahiran kerja berpasukan

berdasarkan tahap penilaian reaksi dalam Model Kirkpatrik terhadap pelajar-pelajar

Kolej Vokasional Melaka Tengah (KVMT). Metodologi kajian ini bersifat kuantitatif

dengan reka bentuk eks pos fakto yang menggunakan instrumen soal selidik secara

tinjauan awal dan tinjauan akhir. Sampel kajian pula melibatkan 30 orang pelajar dari

kursus Mekanikal Pemesinan Industri (MPI) di KVMT. Setelah data soal selidik

dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 21, setiap keputusan dapatan

ditunjukkan dalam bentuk min, peratus dan ujian-t. Keputusan hasil kajian ini mendapati

persepsi pelajar terhadap kefahaman kemahiran kerja berpasukan setelah menjalani

aktiviti origami berkumpulan berada pada tahap yang tinggi. Persepsi pelajar KVMT

terhadap keberkesanan aktiviti origami berkumpulan berdasarkan tahap penilaian reaksi

juga didapati berada pada tahap yang tinggi. Diharapkan aktiviti berkumpulan

berlandaskan seni lipatan origami diterima baik ke arah membentuk kemahiran kerja

berpasukan dan dapat membantu pihak tertentu terutamanya pihak Kolej Vokasional

Melaka Tengah dalam penyelesaian masalah penerapan ‘Employability Skills’.

Page 3: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

vi

ABSTRACT

One of the most important skills for student-centred learning is teamwork. Teamwork is

a softskill which has to be mastered for effective learning. As educators choosing an

effective strategy is of almost importance in the process of Teaching and Learning, as

laid down in the National Education Philosophy. The use of origami in Teaching and

Learning has proved to be an effective educational tool in developing teamwork skills

among students. The aim of this research is to gather students' perception on the varies

elements highligted by the Kirkpatrick Evaluation Model about effectiveness of using

origami in building teamwork skills within a structured workshop. 30 Industrial

Mechanical Students were selected as sampel for the study. The quantitative study was

based on ex post facto design using questionnaire in earlier stage and further analyzed

with SPSS version 21. The findings were shown in the form of mean, t-test and

percentages. The results of the study showed that there is a significant increase in the

level of effectiveness of teamwork skills upon using origami. In relation to this, it was

also found that the students perception and understanding to be at a high level. It is

hoped that this proposed research will be well received, and that it would help KVMT

in solving problems and issues relating to 'Employability Skills'. A manual has been

prepared for future reference.

Page 4: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Tujuan Kajian 9

1.5 Objektif Kajian 9

1.6 Persoalan Kajian 9

1.7 Hipotesis Kajian 10

1.8 Kerangka Konsep Kajian 10

1.9 Kepentingan Kajian 12

1.9.1 Pelajar 12

1.9.2 Pensyarah 12

1.9.3 KVMT 13

1.10 Skop Kajian 13

1.11 Batasan Kajian 14

Page 5: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

viii

1.12 Definisi Istilah Dan Pengoperasionalan 15

1.12.1 Persepsi Pelajar 15

1.12.2 Origami 16

1.12.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 16

1.12.4 Model Kirkpatrik 17

1.13 Rumusan 18

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 19

2.1 Pengenalan 19

2.2 Origami 20

2.2.1 Sejarah Rekaan Dan Binaan

Origami 20

2.2.2 Simbol Lipatan Origami 21

2.2.3 Contoh-contoh Lipatan Haiwan

Origami 22

2.2.4 Tips Dan Cadangan Dalam

Aktiviti Seni Lipatan Origami 23

2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang

Origami 24

2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran 26

2.2.7 Faedah Pendidikan Origami 27

2.3 Kerja Berpasukan 30

2.3.1 Definisi Kerja Berpasukan 30

2.3.2 Prinsip Asas Kerja Berpasukan 31

2.3.3 Faedah Kerja Berpasukan 31

2.3.4 Elemen-elemen Utama Dalam

Kemahiran Kerja Berpasukan 32

2.3.5 Kemahiran Kerja Berpasukan 33

2.3.6 Ciri-Ciri Kemahiran Kerja

Berpasukan 34

2.3.7 Pembangunan Kemahiran Kerja

Page 6: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

ix

Berpasukan 38

2.3.8 Origami Dan Kerja Berpasukan 41

2.4 Model ‘Kirkpatrick Training Evaluation’ 42

2.4.1 Tahap 1: Penilaian Reaksi 42

2.4.2 Tahap 2: Penilaian Pembelajaran 43

2.4.3 Tahap 3: Penilaian Tingkahlaku 45

2.4.4 Tahap 4: Penilaian Keberhasilan 48

2.5 Rumusan 51

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 50

3.1 Pengenalan 50

3.2 Reka Bentuk Kajian 51

3.3 Pemboleh Ubah Kajian 52

3.4 Kerangka Kerja Operasi 52

3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 55

3.6 Lokasi Kajian 56

3.7 Prosedur Pengumpulan Data 56

3.7.1 Jenis Data 57

3.7.2 Prosedur Perlaksanaan Bengkel 58

3.8 Instrumen kajian 60

3.8.1 Borang Soal Selidik 60

3.8.2 Prosedur Pentadbiran Soal Selidik 63

3.9 Kajian Rintis 63

3.9.1 Kebolehpercayaan Item 64

3.9.2 Pengesahan Pakar 65

3.10 Prosedur Menganalisis Data 65

3.10.1 Pentafsiran Skor Min 67

3.10.2 Pentafsiran Ujian-t 67

3.11 Rumusan 68

BAB 4 ANALISIS DATA 69

4.1 Pengenalan 69

4.2 Dapatan Kajian 69

Page 7: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

x

4.2.1 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap

Kefahaman Kemahiran Kerja

Berpasukan Sebelum Menjalani

Aktiviti Origami Berkumpulan 69

4.2.2 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap

Kefahaman Kemahiran Kerja

Berpasukan Selepas Menjalani

Aktiviti Origami Berkumpulan 72

4.2.3 Perbezaan Yang Signifikan Tentang

Persepsi Pelajar KVMT Terhadap

Kefahaman Kemahiran Kerja

Berpasukan Sebelum Dan Selepas

Menjalani Aktiviti Origami

Berkumpulan 74

4.2.4 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap

Aktiviti Berpasukan Yang

Berlandaskan Seni Lipatan

Origami Dengan Penggunaan

Kirkpatrick Training Evaluation

Model 76

4.2.5 Cadangan Pemurnian Bengkel Seni

Lipatan Origami Untuk Membantu

Dalam Pembentukan Kemahiran

Kerja Berpasukan 79

4.3 Rumusan Dapatan Kajian 80

BAB 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN 81

5.1 Pengenalan 81

5.2 Perbincangan Kajian 81

5.2.1 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap

Kefahaman Kemahiran Kerja

Page 8: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

xi

Berpasukan Sebelum Menjalani

Aktiviti Origami Berkumpulan 81

5.2.2 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap

Kefahaman Kemahiran Kerja

Berpasukan Selepas Menjalani

Aktiviti Origami Berkumpulan 82

5.2.3 Perbezaan Yang Signifikan Tentang

Persepsi Pelajar KVMT Terhadap

Kefahaman Kemahiran Kerja

Berpasukan Sebelum Dan Selepas

Menjalani Aktiviti Origami

Berkumpulan 83

5.2.4 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap

Aktiviti Berpasukan Yang

Berlandaskan Seni Lipatan

Origami Dengan Penggunaan

Kirkpatrick Training Evaluation

Model 86

5.2.5 Cadangan Pemurnian Bengkel Seni

Lipatan Origami Untuk Membantu

Dalam Pembentukan Kemahiran

Kerja Berpasukan 87

5.3 Kesimpulan Perbincangan 88

5.4 Cadangan 88

5.4.1 Cadangan Penambahbaikan 89

5.4.2 Cadangan Untuk Kajian Akan

Datang 89

5.5 Penutup 90

RUJUKAN 91

LAMPIRAN 97

Page 9: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

xii

SENARAI JADUAL

1.1 Tempoh Masa Remaja 6

2.1 Kunci Simbol Origami 22

2.2 Ciri-ciri KIM Bagi Kemahiran Kerja Berpasukan

Yang Digariskan Di IPT 33

2.3 Ciri-ciri KIT Bagi Kemahiran Kerja Berpasukan

Yang Digariskan Di IPT 33

3.1 Jadual Perancangan Aktiviti Bengkel Origami 59

3.2 Pembahagian Item Soal Selidik 61

3.3 Skala Ukuran Likert 62

3.4 Interpretasi Skor Bagi Nilai Alpha Cronbach 64

3.5 Kaedah Analisis Data 66

3.6 Taburan Skor Min 67

3.7 Pemilihan Ujian Statistik Berdasarkan Skala

Pengukuran Yang Digunakan 67

4.1 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Skor Min Untuk

Setiap Item Bagi Tinjauan Awal 70

4.2 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Skor Min Untuk

Setiap Item Bagi Tinjauan Akhir 72

4.3 Keputusan T-Test 75

4.4 Taburan Persepsi Pelajar KVMT Terhadap

Aktiviti Origami Berkumpulan Berlandaskan

Tahap Penilaian Reaksi 76

4.5 Cadangan Penambahbaikan Bengkel Origami

Berkumpulan 79

5.1 Penerapan Nilai Dalam Asas Kerja Berpasukan

Semasa Aktiviti Origami 84

Page 10: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

xiii

SENARAI RAJAH

1.1 Perbezaan Peratus Markah Pelajar Dalam

Peperiksaan Amali Sikap 5

1.2 Kerangka Konsep Kajian Mengikut Cadangan

Daripada Models For HRD Practice 11

1.3 Kirkpatrick And Kirkpatrick's 2006 Four Level

Model Of Evaluation 18

2.1 Contoh Lipatan Origami Yang Berbentuk Haiwan 23

3.1 Pemboleh Ubah Kajian 52

3.2 Kerangka Operasi Kajian Diadaptasi Daripada

Esa (2011) 54

3.3 Kerangka Pengumpulan Data 57

Page 11: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

xiv

SENARAI SINGKATAN

PDP / P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

3M - Menulis, Membaca, Mengira

PPPM - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional

BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional

TPV - Transformasi Pendidikan Vokasional

KV - Kolej Vokasional

DSK - Draf Standard Kompetensi

BPK - Bahagian Pembangunan Kurikulum

PMR - Peperiksaan Menengah Rendah

KVMT - Kolej Vokasional Melaka Tengah

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

KI - Kemahiran Insaniah

3D - Tiga Dimensi

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

KIM - Kemahiran Insaniah Mesti

KIT - Kemahiran Insaniah Tambahan

OJB - On-The-Job

UniKL MFI - Universti Kuala Lumpur Malaysian France Institute

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

PS - Projek Sarjana

UPM - Universiti Putra Malaysia

Page 12: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

xv

SENARAI LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik Temubual & Kaedah

Pengumpulan Dan Analisis Data 2

B Skor Pemarkahan Pelajar 4

C Kajian Oleh National Association Of Colleges

And Employers 8

D1 Carta Gantt Projek Sarjana 1 53

D2 Carta Gantt Projek Sarjana 2 53

E Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian 58

F Soalan Tugasan 59

G Borang Soal Selidik 60

H1 Data Kajian Rintis 65

I Borang Semakan Soal Selidik 65

H2 Data Analisis Tinjauan Awal 70

H3 Data Analisis Tinjauan Akhir 72

H4 Data Analisis T-Test 74

J Kaedah Analisis Soalan Terbuka 79

K Buku Panduan Bengkel

Page 13: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menggariskan

bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang berlaku di dalam bilik

darjah merupakan penentu utama kejayaan masa depan negara. Oleh yang demikian,

sistem pendidikan negara mesti berupaya memperkasakan pengajaran dan

pembelajaran iaitu meningkatkan keberkesanan PDP di dalam bilik darjah (Hashim,

2010) untuk melahirkan generasi yang seimbang dalam pengetahuan, kemahiran dan

kompetensi.

Untuk mencapai proses pembangunan modal insan yang berinovatif dan

berkemahiran tinggi dalam proses pendidikan, para pendidik perlu menekankan

pendekatan berasaskan sumber dan berpusatkan murid. Malah guru-guru perlu

memilih straregi PDP yang menjurus kepada keberkesanan yang tinggi untuk

mencapai hasrat murni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut hasil kajian

daripada Kamsah, Abu dan Razzaly (2008), mereka mendapati masalah yang

dihadapi oleh responden telah dikenalpasti iaitu kekurangan pengetahuan dan

kemahiran untuk menerap dan menilai KI dalam P&P, kekangan masa (akibat perlu

menghabiskan silibus kursus yang dikendalikan) serta kekurangan bahan atau

dokumen rujukan yang boleh membantu mereka melaksanakan aktiviti, pihak IPTA

harus mempertingkatkan usaha bagi melatih kumpulan pakar yang boleh

membimbing rakan sejawat atau merangka program latihan yang lebih berkesan.

Justeru penggunaan strategi PDP berasaskan sumber seperti penggunaan

origami sebagai alat pendidikan telah banyak dibuktikan keberkesananannya.

Contohnya pada Era Meiji di Jepun, metode Froebel telah mula diperkenalkan di

Taman Asuhan Kanak-kanak yang menggunakan origami sebagai alat pendidikan.

Hal ini sedikit sebanyak membawa kesan yang cukup signifikan bagi perkembangan

Page 14: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

2

origami di Jepun. Selain itu, origami juga digunakan untuk kanak-kanak yang

mengalami masalah belajar, terutamanya kanak-kanak yang menghadapi kesulitan

dalam berkomunikasi. Bahkan origami ini turut direalisasikan dalam

memperkenalkan bentuk-bentuk dasar dalam pelajaran geometri di beberapa buah

sekolah tadika di Amerika (Imania, 2012). Hal ini disokong oleh Wise (2005) dalam

Tech Beat yang menyatakan bahawa di Jepun, kanak-kanak belajar origami pada

lutut ibu-ibu mereka. Manakala di Barat, kanak-kanak mempelajari origami di

sekolah.

Bagi Kolej Vokasional Melaka Tengah yang menjadi tempat kajian kes oleh

pengkaji telah melaksanakan Semester Pendek Tahun 1 baru-baru ini yang mengikut

perancangan programnya bermula 21 Oktober 2013 sehingga 15 November 2013.

Namun hasil tinjauan awal yang telah dijalankan oleh pengkaji secara rawak kepada

lima orang pensyarah didapati keberkesanan kemahiran kerja berpasukan tidak

memuaskan. Dalam tinjauan itu, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik

yang mempunyai lima kriteria tentang tahap kemahiran kerja berpasukan dan

skalanya ialah ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Kemudian pengkaji memindahkan data tersebut ke

dalam jadual taburan kekerapan mudah kerana nilai dan jumlah nombornya adalah

sedikit. Dapatan kajian menunjukkan nilai peratus kekerapan bagi skala ‘Ya’ adalah

rendah sebanyak 6 kekerapan iaitu 24 peratus berbanding nilai peratus kekerapan

skala ‘Tidak’ yang berjumlah 19 kekerapan iaitu 76 peratus. Hal ini dapat

dirumuskan bahawa tahap keberkesanan kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan

pelajar KVMT adalah lemah. Sebagai contoh sila rujuk LAMPIRAN A untuk

melihat kaedah pengumpulan dan analisis data yang telah dijalankan.

Masalah penguasaan dan penerapan kemahiran kerja berpasukan terus

menjadi isu perbualan dan kebimbangan para pensyarah KVMT khususnya

pensyarah yang terlibat dalam kursus Teknologi Pembinaan. Sebagaimana yang

diketahui dalam kurikulum KV, antara cirinya ialah nisbah komponen akademik-

vokasional ialah 30:70 (Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional, 2011).

Untuk semua kursus yang diajar di KV, modul vokasional akan dibahagikan kepada

dua iaitu modul amali dan modul teori.

Bagi modul amali untuk kursus Teknologi Pembinaan di KVMT, skema

pemarkahan peperiksaan amali telah diagihkan kepada beberapa aspek utama seperti

proses kerja 40 peratus, hasil kerja 50 peratus, sikap 5 peratus dan keselamatan 5

peratus. Untuk skema pemarkahan sikap pula, pecahan markahnya dibahagikan

Page 15: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

3

kepada lima kriteria iaitu persediaan 10 markah, pengurusan alatan 10 markah,

kekemasan 10 markah, kerjasama 10 markah dan ketepatan masa 10 markah.

Oleh itu, kajian ini dibuat bagi mencadangkan penggunaan seni lipatan

origami untuk pembentukan kemahiran kerja berpasukan melalui Model Kirkpatrik

dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah.

1.2 Latar belakang masalah

Dalam Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia pada April 2003 yang lalu, berdasarkan

kepada laporan “Employability of Malaysian Graduates” menjelaskan tentang sebab-

sebab mengapa graduan tempatan tidak berjaya mendapat peluang pekerjaan adalah

kerana mereka kurang mahir dan tidak agresif atau dinamik malah kurang bersikap

lantang dan berfikiran terbuka. Menurut Mohd Noor & Sahimin (2010), kebanyakan

majikan masa kini memerlukan pekerja yang bukan sahaja memiliki kemahiran

teknikal tetapi juga memiliki kemahiran generik agar mereka memiliki multiple skills

dalam melakukan pelbagai tugasan yang diberi untuk meningkatkan produktiviti

syarikat dan berdaya saing. Ini disokong oleh Archer dan Davison dalam kajiannya

pada 2008 mendapati bahawa tidak kira saiz syarikat, kemahiran interpersonal

contohnya kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan telah dititikberatkan

berbanding kemahiran teknikal seperti kelayakan ijazah yang baik atau kemahiran

IT.

Oleh itu dalam Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan

2008 di Universiti Teknologi Malaysia memaklumkan bahawa sistem Pendidikan

Teknik dan Vokasional (PTV) adalah medium terbaik untuk mengisi kelompangan

pelajar dalam kemahiran-kemahiran tambahan seperti kemahiran komunikasi,

kemahiran mengurus dan kemahiran ICT. Ini kerana Pendidikan Teknik dan

Vokasional (PTV) secara umumnya berfungsi untuk mendidik seterusnya melahirkan

sumber tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan asas untuk sektor

industri (Mohamed Yusof, Esa & Ahmad, 2008). Ini bertepatan dengan Falsafah

Pendidikan Vokasional diwujudkan, berdasarkan dalam buku Citra Kecemerlangan

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik iaitu:

Pendidikan vokasional adalah usaha berterusan dan sistematik yang

bertujuan memberikan pengetahuan dan latihan berkaitan sesuatu bidang

Page 16: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

4

pekerjaan supaya dengannya dapat melahirkan pekerja-pekerja mahir yang

mampu meningkatka kualiti hidupnya di samping menyumbangkan kepada

penyediaan tenaga kerja yang produktif, berdisiplin dan terlatih mengikut

keperluan semasa, terutamanya di sektor perdagangan dan perindustrian.

(ms. 7)

Sumber: BPTV. (2010). Citra Kecemerlangan Bahagian Pendidikan

Teknik Dan Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik. BPTV, ms. 7.

Justeru pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) pada 6

Januari 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan

inisiatif kerajaan yang amat relevan ke arah memantapkan modal insan yang lebih

ampuh untuk negara seterusnya merealisasikan hasrat untuk menjadikan aliran

vokasional sebagai pendidikan kelas pertama. Timbalan Perdana Menteri turut

menegaskan bahawa tugas yang paling mencabar adalah menghasilkan tenaga kerja

yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan, iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta

orang pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang (Dewan Masyarakat, 2012).

Perubahan dalam Transformasi Pendidikan Vokasional dengan memartabatkan

aliran vokasional menjadi kolej vokasional amat diperlukan untuk menyediakan

tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk

memasuki pasaran pekerjaan. Oleh itu, modul dalam struktur kurikulum KV

dibahagikan kepada tiga iaitu modul akademik, modul vokasional dan modul

kompetensi.

Bagi modul vokasional di KV Melaka Tengah, pengkaji telah mendapatkan

skor pemarkahan pelajar Tahun Satu Semester Dua seramai 34 orang bagi kursus

Teknologi Pembinaan dalam peperiksaan amali semester dua yang telah dijalankan.

Sebagai contoh sila rujuk LAMPIRAN B. Hasil analisis data yang dibuat daripada

skor pemarkahan kerjasama bagi setiap pelajar dalam peperiksaan amali tersebut

menunjukkan bahawa markah kerjasama yang paling tinggi ialah 9 markah seramai 4

orang pelajar sahaja dan markah yang paling rendah ialah 6 markah seramai 5 orang

pelajar. Kebanyakan pelajar mendapat markah di antara 7 hingga 8 markah sahaja.

Jika berdasarkan kepada susunan urutan kriteria secara menurun pula maka

kedudukan markah peperiksaan amali sikap ialah pengurusan alatan dan ketepatan

masa berjumlah 21%, persediaan bahan adalah 20%, kerjasama berjumlah 19% dan

kekemasan iaitu 18%. Ini menjelaskan bahawa markah kriteria kerjasama berada

Page 17: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

5

pada tahap yang keempat daripada lima kriteria dalam amali sikap. Sebagai contoh

sila rujuk pada Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Perbezaan Peratus Markah Pelajar Dalam Peperiksaan Amali Sikap

Adapun modul kompetensi kompetitif meliputi kompetensi keusahawanan,

kompetensi bekerja dan kompetensi insaniah. Unsur-unsur dalam modul ini

diterapkan dalam setiap gerak kerja pembelajaran dan latihan mengikut kaedah

kompetensi merentas kurikulum iaitu modul ini dijalankan dalam program semester

pendek. Dalam program semester pendek ini, pelaksanaan kandungannya adalah

berkaitan dengan ‘Employability Skills’ yang mengaplikasikan DUA BELAS elemen

dalam kemahiran kebolehan bekerja bukan teknikal (DSK Kolej Vokasional, 2013).

Berdasarkan DUA BELAS elemen tersebut, Bahagian Pembangunan Kurikulum

(BPK) telah memilih empat elemen iaitu keselamatan di tempat kerja, struktur

organisasi, bekerja dalam sistem serta budaya kerja dan etika sebagai modul semester

pendek bagi pelajar Tahun 1 KV. Dengan mengikuti modul ini, kemahiran tersebut

dapat didedahkan kepada pelajar-pelajar KV di peringkat umur 13 tahun ke atas lagi

kerana syarat pengambilan pelajarnya adalah terdiri daripada lepasan PMR. Menurut

Yahaya dan Latif (2005), merujuk kepada Jadual 1.1 menyatakan bahawa berikut

adalah pandangan-pandangan yang digunakan bagi menerangkan tempoh masa

remaja.

Page 18: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

6

Jadual 1.1: Tempoh Masa Remaja

(Yahaya & Latif, 2005)

Aspek Remaja Bermula Remaja Berakhir

Biologi Baligh Sistem pembiakan matang

Emosi Mula berpisah daripada ibu

bapa Perolehan identiti diri

Antara peribadi Mula berminat dengan

hubungan rakan sebaya

Berupaya membentuk

perapatan dengan rakan

sebaya

Sosial Mula belajar peranan kerja

dan peranan keluarga

Memperolehi status dan

keutamaan orang dewasa

Pendidikan Memasuki sekolah

menengah Tamat persekolahan

Undang-undang Status remaja Status orang dewasa

Kronologi Lebih kurang 13 tahun ke

atas Lebih kurang 20 tahun ke atas

Berdasarkan Jadual 1.1 ini, dapat dirumuskan bahawa proses pengajaran dan

pembelajaran (PDP) di peringkat kolej vokasional adalah masa yang sesuai untuk

kita menerapkan ‘Employability Skills’ supaya kebolehpasaran pekerjaan bagi

lepasan KV berada pada tahap yang tinggi. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh

Conti dan Kleiner (1997) dalam kajiannya yang bertajuk “How to increase teamwork

in organizations” iaitu berdasarkan suasana perniagaan masa kini, kerja berpasukan

yang cekap dan berkesan merupakan pendekatan kemahiran yang sangat disyorkan

dan implikasinya juga untuk kejayaan sesebuah perniagaan dan organisasi (Tarricone

& Luca, 2002).

Dalam perkembangan origami pula, seni ini tidak hanya terpaku pada seni

melipat kertas sahaja. Akan tetapi ada kalanya teknik pengguntingan kertas di dalam

origami mula diperkenalkan iaitu disebut sebagai kirigami dan ciptaan bentuk

barunya sudah pasti lebih kreatif dan sesuai dengan zaman terkini. Bentuk-bentuk

yang biasa dihasilkan dari kertas ternyata bukan hanya berbentuk sederhana seperti

pesawat, katak atau pun kincir angin seperti yang sudah kita kenali. Tetapi sehingga

ke hari ini origami yang dihasilkan adalah lebih berbentuk sukar seperti bunga,

dinosaur, kotak, serangga, ikan hiu, baju dan sebagainya, malah berbentuk lipatan

tiga dimensi (3D) yang dikenali sebagai 'Oritsunagumono' (Hoogendoorn, 2012) dan

‘Mobees’ atau Lebah Harvard Monolitik iaitu serangga robot yang memerlukan lebih

daripada 20 lipatan origami untuk mewujudkannya (Bloss, 2012).

Page 19: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

7

Menurut Wise (2005) menyatakan bahawa penyelidikan telah menunjukkan

bahawa seni kertas lipatan adalah subjek tambahan yang unik dan berharga untuk

kurikulum terutamanya di peringkat sekolah rendah. Origami bukan sahaja

menyeronokkan, tetapi juga satu kaedah yang berharga untuk membangunkan

kemahiran yang tertentu. Jika anda sedang mencari aktiviti untuk ibu bapa dan

kanak-kanak, jika anda sedang mencari cara untuk mengajar pecahan visual dan

kinestetik, jika anda mengajar penulisan pengajaran menggunakan arahan, jika anda

mahu mengajar geometri, pembelajaran kooperatif, kemahiran berasaskan projek,

ruang dan kemahiran kognitif dan berseronok-seronok melakukannya, maka pilihlah

origami.

Justeru itu origami merupakan salah satu hasil kebudayaan Jepun yang

semakin berkembang semenjak akhir-akhir ini. Bukan sahaja di Jepun, malah

origami ini mula diminati di negara-negara lain seperti di Amerika, Eropah dan

negara Asia. Hal ini dapat dilihat dengan munculnya pelbagai komuniti, workshop

dan kompetisi origami. Lindsay (2012) dalam Japan Times menyebut bengkel

origami terungkap kegembiraan yang tersembunyi, contohnya dalam peperiksaan

kami sering menguasai sistem pendidikan melalui perbengkelan origami kerana

keseronokan pembelajaran tetapi merosot dalam pembelajaran hafalan. Begitu juga

dalam pendekatan amali Barbara Pearl untuk pembelajaran matematik, di mana

setiap kanak-kanak yang terlibat merasa seronok dalam proses pembelajaran dan

dapat menemui bagaimana untuk menganggarkan jarak katak melompat, mengukur

sudut kapal layar kertas atau pun meneroka corak ikan paus. Semasa kanak-kanak

ingin belajar mereka bentuk origami ikan paus, mereka boleh meneroka ciri-ciri paus

melalui penyiasatan saintifik, membaca buku mengenai mamalia, mendengar lagu

ikan paus, menulis cerita yang kreatif, atau mengetahui bagaimana untuk

menyelamatkan paus dengan Greenpeace (Pearl, 2012).

Oleh yang demikian, aktiviti seni origami telah dilihat dapat menyumbangkan

banyak kebaikan dan kelebihan dalam aktiviti penerapan kemahiran insaniah (KI)

malah mampu membentuk kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar. Hal

ini kerana, pengkaji mendapati aktiviti seni lipatan origami boleh membangunkan

kemahiran kebolehkerjaan khususnya kemahiran kerja berpasukan dalam memenuhi

aspek kompetensi pekerjaan yang ingin diceburi. Hal ini telah disokong oleh kajian

Mohd Adnan (2009) yang menjelaskan bahawa 90 % pelajar bersetuju tentang

wujudnya nilai kerjasama dan bantu-membantu ketika menghasilkan karya origami.

Page 20: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

8

Rumusannya ialah peringkat umur pelajar selepas PMR adalah masa yang

amat sesuai untuk diterapkan dengan pelbagai kemahiran seperti ‘Employability

Skills’, maka pembentukan kemahiran kerja berpasukan ini perlu dihayati dan

diamalkan dalam pembelajaran melalui pelbagai kaedah pengajaran sama ada formal

dan tidak formal seperti aktiviti origami berkumpulan.

1.3 Pernyataan masalah

Sejarah telah membuktikan bahawa perkembangan origami telah bermula dari cara

tradisional hinggalah ke teknologi baru seperti Mobees iaitu serangga robot (Bloss,

2012). Malah aktiviti origami bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga satu kaedah

yang berharga untuk membangunkan kemahiran yang tertentu (Wise, 2005). Ini jelas

menunjukkan aktiviti origami dapat membentuk kemahiran kerja berpasukan.

Kemahiran kerja berpasukan pula adalah salah satu kemahiran yang sangat

diperlukan dalam industri khususnya oleh para majikan. Hal ini dapat dilihat dalam

hasil kajian yang dilakukan oleh National Association of Colleges and Employers

yang mendapati para majikan meletakkan kemahiran kerja berpasukan antara

kemahiran yang penting (dengan nilai skala 4.6 daripada 5.0) iaitu pada kedudukan

ketiga teratas daripada dua puluh kemahiran atau kualiti yang diperlukan oleh

majikan daripada bakal pekerja mereka (National Association of Colleges and

Employers, 2005). Sebagai contoh sila rujuk LAMPIRAN C. Namun di negara kita

Malaysia, masih terlalu kurang kajian yang dijalankan dalam skop seni lipatan

origami ini, apatah lagi untuk dikaitkan dengan ‘Employability Skills’. Atas dasar

inilah, penyelidik ingin mencadangkan satu kerangka yang sesuai digunakan untuk

membantu meningkatkan kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar di

Kolej Vokasional Melaka Tengah melalui pelbagai aktiviti seni lipatan origami yang

telah diutarakan oleh pakar-pakar seni. Tetapi adakah cadangan penggunaan seni

lipatan origami untuk membaiki kemahiran kerja berpasukan pelajar di KVMT ini

mendapat sambutan yang positif dan disukai oleh pelajar vokasional ini masih tidak

diketahui dengan jelas dan memerlukan kajian awalan ini untuk mengenalpasti

kemungkinannya.

Page 21: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

9

1.4 Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan menilai persepsi tentang penggunaan seni lipatan origami untuk

pembangunan kemahiran kerja berpasukan berdasarkan penilaian Model Kirkpatrik

dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah.

1.5 Objektif kajian

Secara khususnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif seperti

berikut:

(i) Menilai persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap

kefahaman kemahiran kerja berpasukan.

(ii) Menilai persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap aktiviti

berpasukan yang berlandaskan seni lipatan origami dengan

penggunaan Kirkpatrick Training Evaluation Model.

(iii) Mengemukakan satu cadangan bengkel aktiviti berpasukan yang

berlandaskan seni origami kepada pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah.

1.6 Persoalan kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengemukakan beberapa persoalan untuk dijawab

iaitu:

(i) Apakah persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap

kefahaman kemahiran kerja berpasukan sebelum menjalani aktiviti origami

berkumpulan.

(ii) Apakah persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap

kefahaman kemahiran kerja berpasukan selepas menjalani aktiviti origami

berkumpulan.

(iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tentang persepsi pelajar Kolej

Vokasional Melaka Tengah terhadap kefahaman kemahiran kerja berpasukan

sebelum dan selepas menjalani aktiviti origami berkumpulan.

(iv) Apakah persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap aktiviti

Page 22: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

10

berpasukan yang berlandaskan seni lipatan origami dengan penggunaan

Kirkpatrick Training Evaluation Model.

(v) Apakah cadangan pemurnian bengkel seni lipatan origami untuk membantu

dalam pembentukan kemahiran kerja berpasukan.

1.7 Hipotesis kajian

Hipotesis Null: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang kefahaman pelajar

KVMT terhadap kemahiran kerja berpasukan sebelum dan selepas menjalani

aktiviti origami berkumpulan.

1.8 Kerangka konsep kajian

Kerangka konsep dalam sesuatu kajian perlu dikemukakan apabila kajian berkenaan

mengandungi dua pemboleh ubah atau lebih. Menurut Iskandar (2008) menyatakan

bahawa kerangka konseptual yang baik ialah:

(i) Variabel-variabel kajian yang akan dikaji harus jelas.

(ii) Kerangka konseptual haruslah menjelaskan hubungan antara variabel -

variabel yang akan dikaji, dan ada teori yang melandasinya.

(iii) Seterusnya kerangka konsep tersebut perlu dinyatakan dalam bentuk diagram,

sehingga masalah kajian yang akan dicari, jawapannya mudah difahami.

Iskandar (2008) juga mengemukakan bahawa dalam kajian kuantitatif,

kerangka konsep merupakan suatu kesatuan kerangka pemikiran yang utuh dalam

rangka mencari jawapan-jawapan ilmiah terhadap masalah-masalah kajian yang

menjelaskan tentang pemboleh ubah, hubungan antara pemboleh ubah secara teori

yang berkaitan dengan hasil kajian yang terdahulu yang kebenarannya dapat diuji

secara empiris. Pada Rajah 1.2 adalah merupakan satu kerangka konsep kajian yang

diadaptasikan oleh penyelidik berlandaskan Models For Human Resource

Development (McLagan, 1989).

Page 23: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

11

Masukkan (Input)

Proses Pembentukan

Keluaran (Output)

Rajah 1.2: Kerangka Konsep Kajian Mengikut Cadangan Daripada Models For HRD

Practice

(McLagan, 1989)

Menurut Syed Zamri (2011) menjelaskan bahawa pemboleh ubah

dibahagikan kepada dua iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak

bersandar. Maka dalam kajian ini pemboleh ubah bersandar ialah kemahiran kerja

berpasukan kerana ianya dipengaruhi oleh pemboleh ubah tidak bersandar. Manakala

pemboleh ubah tidak bersandar pula ialah bengkel aktiviti origami berkumpulan

kerana ianya mempengaruhi pemboleh ubah bersandar. Terdapat lapan nilai-nilai

utama yang mendasari kemahiran kerja berpasukan yang disarankan oleh Sidal

(2004) iaitu kerjasama, bantu membantu, matlamat sama, tanggungjawab bersama,

tolak ansur, musyawarah, kongsi idea dan saling percaya. Kelapan-lapan nilai ini

Kerjasama

Bantu Membantu

Pendidikan Origami Nilai Utama Dalam Asas Kerja

Berpasukan

BENGKEL ORIGAMI

Penilaian REAKSI(Model Kirkpatrik)

KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN

Pembelajaran Kooperatif

Kesedaran Multi Budaya

Pembangunan Komuniti

Nilai Terapeutik

Nilai Sosial

Tolak Ansur

Matlamat Sama / Musyawarah

Tanggungjawab Bersama

Kongsi Idea

Saling Percaya

Kerjasama

Bantu Membantu

Page 24: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

12

dijadikan sebagai asas kajian mengenai kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan

pelajar di Kolej Vokasional Melaka Tengah.

1.9 Kepentingan kajian

Hasil kajian ini diharap dapat memberikan manfaat kepada semua pihak dan institusi

yang terlibat dalam bidang pendidikan terutama dalam meningkatkan mutu PDP

seperti pelajar, guru dan juga pihak KVMT.

1.9.1 Pelajar

Hasil kajian ini penting untuk pelajar dari sudut penyertaan mereka dalam aktiviti-

aktiviti yang disediakan di samping dapat meningkatkan kemahiran teknikal. Ia juga

dapat mengembangkan kemahiran interpersonal iaitu kemahiran berpasukan. Pelajar

dapat belajar melalui pengalaman dan berpeluang bekerja dalam satu pasukan.

Kemahiran yang dibentuk dalam kalangan pelajar ini diharap akan dapat memupuk

semangat berpasukan dan seterusnya membiasakan mereka hidup bermasyarakat.

1.9.2 Pensyarah

Hasil kajian ini akan memberikan implikasi penting kepada pensyarah. Pensyarah

akan dapat merancang kaedah pengajaran yang sesuai bagi mendapatkan tahap

pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan penglibatan pelajar yang maksimum

semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Pensyarah juga diharap dapat

merancang aktiviti yang sesuai dan menyusun pengajaran yang lebih berkesan

dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar dan dapat menghubungkaitkan

dengan konsep-konsep pembelajaran terdahulu kepada kehidupan sebenar dalam

alam pekerjaan yang akan diterokai.

Page 25: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

13

1.9.3 KVMT

KVMT dapat mengambil tindakan yang sebaiknya bagi meningkatkan pengajaran

dan pembelajaran (PDP) yang berkesan. Modul pengajaran yang sesuai boleh dibina

berdasarkan aras pembelajaran yang dikenalpasti terutama bagi meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran pelajar. Latihan-latihan yang berkaitan boleh diberikan

kepada para pensyarah untuk meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran dalam

memilih kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai dengan topik pembelajaran.

1.10 Skop kajian

Skop kajian adalah bertujuan untuk membentangkan dapatan yang cuba mengkaji

aktiviti origami berkumpulan dalam pembentukan kemahiran kerja berpasukan

berlandaskan penilaian Model Kirkpatrik. Secara ringkasnya tinjauan ini difokuskan

kepada :

(i) Lokasi

Penyelidik menilai pembentukan kemahiran kerja berpasukan melalui

bengkel aktiviti origami secara berkumpulan yang dijalankan di Kolej

Vokasional Melaka Tengah (KVMT).

(ii) Responden

Penyelidik menilai pembentukan kemahiran kerja berpasukan melalui

bengkel aktiviti origami berkumpulan terhadap pelajar Tahun 2 Semester 3

seramai 30 orang yang telah terlibat dalam modul kompetensi KV Semester

Pendek Tahun 1.

(iii) Nilai-nilai utama mendasari kerja berpasukan

Penyelidik memfokuskan nilai-nilai utama yang mendasari kerja berpasukan

iaitu :

(i) Matlamat sama

(ii) Kerjasama

(iii) Tanggungjawab bersama

(iv) Saling percaya

(v) Kongsi idea

(vi) Bantu membantu

Page 26: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

14

(vii) Tolak ansur

(viii) Musyawarah

Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada sejauhmana kefahaman kemahiran

kerja berpasukan dan penilaian terhadap aktiviti origami berkumpulan oleh pelajar

tersebut.

1.11 Batasan kajian

Kajian yang dijalankan ini hanya memfokuskan kepada sebuah kolej vokasional

sahaja iaitu Kolej Vokasional Melaka Tengah (KVMT). Penyelidik ingin

mengenalpasti mengenai pembentukan kemahiran kerja berpasukan pelajar KVMT

sepanjang menjalani bengkel aktiviti origami secara berkumpulan.

(i) Masa

Memandangkan masa yang diperuntukkan untuk membuat kajian ialah dua

semester iaitu bersamaan dengan satu tahun. Tempoh ini sebenarnya tidak

mencukupi untuk mengkaji dengan lebih mendalam terhadap pembentukan

kemahiran kerja berpasukan pelajar menerusi bengkel aktiviti origami. Ini

kerana pengajian penyelidik adalah di luar waktu kerja (part time). Bagi

mendapatkan data yang lebih mendalam, masa yang lebih lama diperlukan

tambahan aktiviti ini hanya menjalani latihan yang serius pada pertengahan

tahun sahaja.

(ii) Kewangan.

Kajian ini dijalankan di KVMT sahaja disebabkan jarak membataskan

penyelidik untuk membuat kajian di kolej vokasional yang lain di samping

faktor kewangan penyelidik kerana kos perbelanjaan pengajian dan kajian ini

adalah dibiayai oleh penyelidik sendiri.

(iii) Kefahaman responden terhadap soal selidik

Kefahaman responden terhadap soal selidik yang diedarkan juga adalah

penting. Ini adalah kerana keadaan ini akan mempengaruhi jawapan yang

akan diberikan oleh responden. Jika responden faham dengan soalan yang

diberikan, maka jawapan yang diberikan adalah jawapan yang sepatutnya.

Jika responden tidak faham dengan soalan, keadaan yang sebaliknya akan

berlaku.

Page 27: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

15

(iv) Kejujuran responden

Ketepatan kajian ini banyak bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan para

responden dalam menjawab soal selidik yang diberikan kepada mereka tanpa

sebarang prejudis.

1.12 Definisi istilah dan pengoperasionalan

Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan beberapa definisi istilah dan

pengoperasionalan yang berkaitan dengan aspek-aspek yang dikaji. Ini adalah

seperti yang dinyatakan Marican (2005) di mana definisi operasi menghubungkan

konsep kepada sesuatu yang boleh diperlihatkan dan dinyatakan dalam bentuk yang

boleh diukur dan dimanipulasi. Tujuan penggunaan definisi istilah dan

pengoperasionalan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan terhadap beberapa

istilah yang terlibat dan diberi pengertian seperti yang dimaksudkan berdasarkan

konteks kajian in

1.12.1 Persepsi pelajar

Persepsi adalah pemerhatian, pandangan atau tanggapan seseorang terhadap sesuatu

rangsangan yang dirasa, dilihat, didengar dan difahami. Malah ianya akan

menentukan pendapat individu samada setuju atau tidak tentang sesuatu yang

dialami. Menurut Abd. Hamid (2007), konsep persepsi secara ringkasnya dapat

dibahagikan kepada dua aliran iaitu empirikal dan rasionalis. Aliran empirikal

merujuk kepada cara memahami pembentukan persepsi dengan cara pemerhatian

manakala aliran rasionalis merujuk kepada cara pemahaman yang lebih berdasarkan

olahan minda. Adapun proses persepsi, ianya menuntut seseorang untuk

memberikan penilaian terhadap suatu objek sama ada dari segi positif atau negatif,

senang atau tidak senang dan sebagainya. Manakala pelajar pula merujuk kepada

murid-murid Tahun 2 Semester 3 yang belajar di Kolej Vokasional Melaka Tengah

di Melaka.

Justeru dalam konteks kajian ini, persepsi pelajar adalah merujuk kepada

pendapat dan pandangan pelajar Tahun 2 Semester 3 di KVMT terhadap aktiviti

Page 28: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

16

origami secara berkumpulan dalam membentuk kemahiran kerja berpasukan

berdasarkan penilaian tahap reaksi dalam Model Kirkpatrik.

1.12.2 Origami

Origami adalah seni lipatan kertas yang dijadikan sebagai objek hiasan di negara

Jepun. Menurut McCarthy (2008), nama origami berasal daripada perkataan Jepun

iaitu oru memberi maksud melipat dan kami pula adalah kertas. Kertas yang biasa

digunapakai dalam seni lipatan ini adalah kertas yang sesuai dan permukaannya

keras. Dengan beberapa lipatan yang dibuat, sekeping kertas persegi boleh bertukar

menjadi bermacam-macam bentuk objek yang kreatif dan menarik. Bagi Ali (2008)

pula, origami adalah permainan kreativiti psikomotor iaitu permainan yang menjurus

kepada pergerakan individu. Kreativiti ini melibatkan pancaindera tangan dan mata

di samping akal. Kreativiti ini melibatkan penggunaan deria sentuhan dan juga deria

penglihatan secara menyeluruh.

Origami dapat dikategorikan kepada beberapa jenis samada dari segi dimensi

ataupun berdasarkan kepada jumlah lembar kertas yang digunakan. Bagi origami

yang berlandaskan kepada jumlah lembar kertas yang digunakan, ianya

dikategorikan kepada standard origami dan unit origami. Standard origami

merupakan origami yang hanya dibuat dari satu lembar kertas yang berbentuk bujur

sangkar. Dalam pembuatannya, biasanya standard origami tidak memerlukan gunting

atau gam, tetapi model hanya dibentuk dari proses lipatan. Adapun unit origami pula

merupakan modular origami yang masing-masing modulnya merupakan standard

origami. Satu modul origami standard tersebut biasanya dapat dibentuk menjadi

berbagai bentuk unit origami (Imania, 2012). Dalam hal ini, pengkaji telah

membataskan kajiannya hanya kepada jenis origami yang berlandaskan kepada

jumlah lembaran kertas yang digunapakai dalam menjalankan bengkel origami iaitu

unit origami.

1.12.3 Kemahiran kerja berpasukan

Kerja berpasukan melibatkan agihan kuasa kepada kumpulan-kumpulan kecil

kakitangan supaya mereka dapat menjalankan tugas ataupun projek dengan berkesan.

Page 29: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

17

Setiap pasukan mempunyai ketua yang merangka gerak kerja dan mengawasi

tindakan ahli-ahli pasukan supaya matlamat organisasi dapat dicapai. Menurut

Mustafa, Suradin, Ibrahim, Mastor, Mohd Salleh, Madar dan Sulaiman (2008),

kemahiran berpasukan merupakan salah satu elemen kemahiran di dalam kemahiran

insaniah yang amat perlu diberi perhatian dan dikuasai oleh para pelajar yang akan

memasuki alam pekerjaan. Ini disebabkan kemahiran berpasukan merupakan salah

satu kemahiran yang amat diperlukan untuk bekerja di dalam sesebuah organisasi

khususnya oleh para majikan di Malaysia (Ranjit & Wahab, 2008).

Dalam hal ini, pengkaji telah memfokuskan kepada nilai-nilai utama yang

mendasari kerja berpasukan iaitu matlamat sama, kerjasama, tanggungjawab

bersama, saling percaya, kongsi idea, bantu membantu, tolak ansur dan musyawarah

(Sidal, 2004).

1.12.4 Model Kirkpatrik

Kajian ini berdasarkan kepada Model ‘Kirkpatrick and Kirkpatrick 2006'. Model ini

telah direka untuk menilai program latihan secara umum dan ianya dibincangkan di

sini kerana model ini dianggap baik dalam kalangan pendidik. Model ini telah wujud

untuk beberapa waktu dan boleh digunakan untuk pelbagai program latihan,

termasuk bimbingan, kemahiran persembahan dan jualan. Model ini juga telah

menjadi popular untuk menilai program pembelajaran berasaskan teknologi,

terutamanya kursus dalam perkhidmatan. Model ini dibahagikan kepada empat tahap

iaitu tahap reaksi (Reaction) merujuk kepada sikap pelajar dan tahap ini sahaja yang

merupakan fokus kajian penyelidik, tahap pembelajaran (Learning) merujuk kepada

peranan, pengetahuan yang lebih baik dan peningkatan kemahiran, tahap tingkahlaku

(Behavior) merujuk kepada tingkah laku yang baru dalam konteks yang asal dan

tahap keberhasilan (Results) merujuk kepada peningkatan kualiti (Ruhe & Zumbo,

2009). Sebagai contoh sila rujuk pada Rajah 1.3.

Page 30: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

18

Rajah 1.3: Kirkpatrick And Kirkpatrick’s 2006 Four-Level Model Of Evaluation

(Ruhe, V. & Zumbo, B. D., 2009)

1.13 Rumusan

Bab ini menghuraikan dan membincangkan latar belakang masalah, pernyataan

masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, batasan kajian,

kerangka konsep kajian, kepentingan kajian dan definisi operasional yang digunakan

dalam kajian ini. Bagi kemahiran insaniah pula mempunyai pelbagai jenis namun

kemahiran kerja berpasukan yang akan digunakan dalam kajian ini.

Page 31: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

19

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pasaran pekerjaan semasa di Malaysia memerlukan graduan yang berkemahiran

untuk menjadi tempat kerja lebih cekap dan pantas. Dengan itu bidang pendidikan

telah dikenal pasti sebagai medium terbaik dalam mengisi kekurangan pelajar

terhadap kemahiran-kemahiran yang menjadi isu kritikal dewasa ini. Justeru itu,

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan menggariskan

dasar Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) ialah menyediakan modal insan

yang berkemahiran tinggi, kebolehpasaran dan kebolehkerjaan agar sentiasa relevan

dalam membantu menyokong pembangunan ekonomi negara dan menyediakan akses

dan ekuiti pendidikan kepada semua murid di negara kita (KPM, 2012a). Pada

hakikatnya, keperluan kemahiran pada abad ke-21 ini bukan sahaja berkemahiran

teknikal tetapi juga memiliki pelbagai kemahiran insaniah seperti kemahiran

interpersonal dan intrapersonal. Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (2006),

kemahiran interpersonal mengandungi tujuh kemahiran yang perlu diterapkan dalam

kalangan mahasiswa IPT iaitu :

(i) Kemahiran Komunikasi

(ii) Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah

(iii) Kemahiran berpasukan

(iv) Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

(v) Kemahiran keusahawanan

(vi) Etika dan moral profesional

(vii) Kemahiran kepimpinan

Kita sering mendengar rungutan daripada guru bahawa amat sukar untuk

mendapatkan pelajar yang berkemahiran dalam bekerja sebagai satu pasukan.

Jawapannya adalah umum bahawa pelajar tidak boleh tiba-tiba dijangka akan bekerja

Page 32: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

20

dalam satu pasukan, mendengar dan bertindak balas kepada keperluan orang lain,

berkongsi idea dan bekerjasama jika mereka tidak mempunyai pengalaman yang

mencukupi dalam aktiviti-aktiviti yang menggalakkan tingkah laku itu. Malah

kemahiran ini perlu dibangunkan dari semasa ke semasa supaya amalan ini sentiasa

diamalkan dalam kehidupan pelajar. Oleh itu dalam kajian ini, pengkaji

memfokuskan kepada aktiviti origami berkumpulan untuk pembentukan kemahiran

kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.

2.2 Origami

Origami merupakan satu teknik lipatan samada dengan menggunakan kain atau pun

kertas. Pada awal kemunculannya, kertas tersebut adalah diperbuat daripada

hancuran tumbuhan dan kain buruk. Oleh itu contoh-contoh awal origami yang

dihasilkan, kebanyakannya berasal daripada negara China seperti bentuk tongkang

cina dan kotak. Yang penting, seni origami ini merupakan satu hasil kerja tangan

yang sangat teliti dan halus.

Bagi origami tradisional, kebanyakan seni lipatannya dilakukan tanpa

pemotongan atau menampal. Ini berbeza dengan origami yang kreatif kerana seni ini

lebih maju, maka gunting dan juga pisau boleh digunakan untuk membantu

membentuk reka bentuk yang lebih rumit dan mencabar. Mungkin kita menganggap

origami sebagai sesuatu yang biasa dan tidak terlalu istimewa, akan tetapi jika kita

perhatikan seni rekaan dan binaan origami, ianya merupakan satu nilai kesenian yang

sangat mudah dihasilkan dan begitu mempesonakan. Di balik kesederhanaannya

ternyata terkandung nilai seni yang sangat tinggi.

2.2.1 Sejarah rekaan dan binaan origami

Sejarah origami bermula sejak manusia mulai memperkenalkan kertas. Negara China

telah mencipta kertas hampir 2000 tahun yang lalu, dan selama itulah juga origami

berkembang. Kertas pertama kali diperkenalkan oleh Ts’ai Lun. Kemudian pada

abad ke-enam, seorang biksu Buddha bernama Doncho (Dokyo) yang berasal dari

Goguryeo (Semenanjung Korea) memperkenalkan kertas dan tinta Jepun, iaitu pada

masa pemerintahan kaisar wanita Suiko. Semenjak itu origami menjadi popular

Page 33: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

21

dalam kalangan orang Jepun sejak turun-temurun sehinggalah ke hari ini

terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.

Banyak seni dan kraf China yang telah diterapkan ke dalam bentuk budaya orang

Jepun itu sendiri. Impaknya orang-orang Jepun telah berjaya membangunkan kaedah

baru lipatan kertas ke dalam bentuk yang lebih cantik dan imej yang lebih menarik

sehingga hasil seni origami tersebut menjadi sangat kreatif dan nampak asli. Pada

zaman Heian, origami ini menjadi aspek yang penting dalam perayaan-perayaan di

Jepun. Antaranya ialah origami ini telah digunakan sebagai simbol agama untuk

menghiasi tempat-tempat suci dan kuil, contohnya dalam upacara perkahwinan adat

agama Shinto, mereka menggunakan objek kupu-kupu daripada origami yang

dipercayai mempunyai tuah. Lain-lain objek seperti kura-kura dan udang sebagai

simbol nasib baik yang digunakan sebagai barang perhiasan (Noshi) yang diikat pada

hadiah atau sebagai hiasan perayaan.

Oleh itu dalam perkembangan origami ini tidak hanya terpaku pada seni

melipat kertas sahaja. Akan tetapi ada kalanya teknik pengguntingan kertas di dalam

origami mula diperkenalkan iaitu disebut sebagai kirigami dan ciptaan bentuk

barunya sudah pasti lebih kreatif dan sesuai dengan zaman terkini.

2.2.2 Simbol lipatan origami

Kaedah melipat model origami boleh diterangkan menggunakan lukisan dan simbol

yang mudah. Kebanyakan buku yang ditulis sejak tahun 1950-an sehingga kini

menggunakan sistem yang dimulakan oleh Akira Yoshizawa dari Jepun dan Samuel

Randlett dari Amerika Syarikat. Apabila anda sudah biasa dengan kunci simbol ini

seperti mana yang ditunjukkan pada Jadual 2.1, anda boleh mempelajari origami

daripada mana-mana buku origami walaupun buku itu ditulis dalam bahasa asing!

Page 34: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

22

Jadual 2.1: Kunci Simbol Origami

(Lafosse, 2012)

Simbol Lipatan Huraian

_________________

Garisan lipatan untuk langkah sebelumnya.

..............................

Lipatan atau sisi yang terlindung di bawah satu lagi

lapisan kertas; turut digunakan sebagai sambungan

bayangan pada garisan yang telah dibuat.

Lipatan gunung.

Lipatan lurah.

Terbalik atau pusingkan kertas ke arah lain.

Lipat lisu pada kertas dengan cara lipatan membalik dua

garisan lipatan.

Lipat kertas mengikut arah anak panah.

Lipat kertas dan kemudian buka semula lipatan.

Lipat kertas ke belakang.

Hembuskan udara ke dalam model untuk

mengembungkannya.

2.2.3 Contoh-contoh lipatan haiwan origami

Menurut Ansary, Mansor dan John (2007) dalam bukunya yang berjudul “HBA

Membentuk dan Membuat Binaan”, origami ini mempunyai pelbagai bentuk iaitu

bentuk haiwan, barang permainan, tumbuh-tumbuhan dan perhiasan. Bentuk haiwan

ialah bentuk yang paling popular terutama haiwan seperti burung, ikan, rama-rama

dan arnab. Manakala bentuk permainan seperti sampan, kereta, bangunan dan

perabot kecil (miniature). Bentuk tumbuh-tumbuhan pula ialah terdiri dari bentuk

bunga, daun dan pokok pain. Biasanya digunakan untuk kad ucapan. Contoh bunga

Page 35: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

23

yang paling digemari ialah bunga dahlia dan tulip. Bentuk perhiasaan pula ialah

direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sesuatu

perayaan.

Oleh itu dalam kajian ini, pengkaji telah memilih enam lipatan origami yang

berbentuk haiwan seperti gajah, arnab, monyet, zirafah, singa dan ayam jantan

sebagaimana yang ditunjukkan pada Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Contoh Lipatan Origami yang berbentuk haiwan

(Sato, 1996)

2.2.4 Tips dan cadangan dalam aktiviti seni lipatan origami

Untuk memulakan origami, Cohen (1994) menyatakan bahawa kita memerlukan

kertas yang nipis dan cukup lebar untuk memegang lipatan supaya lipatan menjadi

kemas serta cukup kuat untuk menampung badan model supaya dapat berdiri tegak.

Gunakan kertas yang murah seperti kertas yang hendak dikitar semula. Sebaik sahaja

anda mendapat keyakinan, anda mungkin boleh menggunakan kertas berwarna untuk

membuat model yang lebih menarik. Kertas Jepun yang nipis dipanggil Washi

biasanya berwarna pada satu bahagian dan berwarna putih pada satu bahagian lagi.

Page 36: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

24

Kertas yang hendak digunakan sebagai model itu, mestilah berbentuk persegi yang

sempurna iaitu kebiasaannya berukuran 8 inci (20 cm) persegi.

Kemudian cari permukaan yang keras dan rata untuk melakukan gerakerja

lipatan seperti meja atau buku yang kukuh. Arahan dan rajah harus diletakkan di

sebelah supaya anda boleh membacanya sekali-sekala. Setelah bersedia untuk

memulakan lipatan, berikut adalah beberapa tips dan cadangan yang dapat membantu

anda iaitu:

(i) Mulakan dengan yang mudah. Secara asasnya origami yang berbentuk

tradisional. Lebih banyak pengalaman anda dalam menyiapkan origami asas,

lebih mudah untuk mereka bentuk objek origami yang sukar.

(ii) Bersabar. Pada mulanya anda mungkin mendapati arahan lipatan origami

agak sukar untuk diikuti, tetapi janganlah berputus asa.

(iii) Buat lipatan dengan tepat. Lipatan yang betul adalah sangat penting, jadi

ikutlah arahan dengan berhati-hati dan jangan tersilap langkah. Tandakan

pada kertas dengan simbol yang anda sendiri tentukan supaya lipatan akan

menjadi lebih mudah untuk dibuat.

(iv) Buat lipatan dengan bersungguh-sungguh. Dengan menekan sepanjang tepi

lipatan akan menghasilkan kedutan yang tajam, dan ini akan menampakkan

bentuk objek yang semakin jelas.

(v) Buat secara kreatif. Contohnya membuat reka bentuk topi dan tulis nama

anda di atasnya, atau mencipta reka bentuk yang anda boleh cat atau warna.

2.2.5 Fakta-fakta menarik tentang origami

Origami menukarkan sekeping kertas biasa menjadi bentuk yang menarik. Ianya

boleh dihasilkan oleh sesiapa sahaja dengan begitu sabar menggunakan beberapa

keping kertas. Berikut adalah fakta-fakta yang menarik tentang perkembangan

origami oleh Meinking, M. dan Alexander, C. berdasarkan buku Origami Teknik

Mudah dan Origami Teknik Sederhana Sukar yang diterjemahkan oleh Institut

Terjemahan Negara Malaysia (2012) iaitu:

(i) Pelukis atau pencipta Leonardo da Vinci adalah antara pakar melipat kertas

yang terkenal dan terawal. Beliau melipat kertas kulit untuk menghasilkan

objek terbang bagi memahami prinsip penerbangan. Ramai orang

menganggap da Vinci sebagai bapa kepada kapal terbang kertas.

Page 37: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

91

RUJUKAN

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia.

Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor:

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Ali, N. (2008). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif (JIGSAW II) Dalam

Subtopik Formula Kimia Bagi Tingkatan 4. UPSI: Tesis Sarjana.

Ansary, Mansor & John. (2007). HBA Membentuk dan Membuat Binaan. Kuala

Lumpur: Open Universitiy Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). DSK Kolej Vokasional 2013. Putrajaya:

KPM.

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional. (2010). Citra Kecemerlangan BPTV

Dan SMT. Putrajaya: BPTV.

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional. (2011). Pelan Strategik Transformasi

Pendidikan Vokasional. Putrajaya: KPM.

Banks, J. A. (2002). An introduction to Multicultural Education. Boston-London:

Allyn and Bacon Press.

Bidin, Y. H. (2006). Kerja Berpasukan. Kuala Lumpur: PTS Sdn Bhd.

Bloss, R. (2012). Origami comes to the aid of automatically fabricating mini robots.

Industrial Robot: An International Journal, 39(6), pp. -.

Brophy, J. (2012). Motivating Students To Learn. Second Edition. MA: Allyn and

Bacon.

Chang, K. K. (2009). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap

Prestasi Dan Perubahan Sikap Pelajar Tahun Dua Dalam Aktiviti Origami

Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual. OUM: Tesis Sarjana Muda.

Chua, Y.P. (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan

Buku 1,2 Dan 3. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.

Chua, B. S., Bullare, F. & Mutang, J. A. (2014). SPSS: Prinsip dan Analisis Data

dalam Sains Tingkah Laku. Sabah: UMS.

Page 38: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

92

Cohen, E. G. (1994) Designing Groupwork - Strategies for the Heterogeneous

Classroom. Second Edition. Teachers College Press.

Conti, B. & Kleiner, B.H. (1997). How to increase teamwork in organizations.

Journal Of Training for Quality, 5(1), 26 – 29.

Devore, J. & Peck, R. (2005). (Eds.), Statistics-The Exploration And Analysis Of

Data. 2nd Ed. Wadsworth, Belmont, pp. 731-802.

Esa, A. (2011). UTHM Lecture Series 5/2011: Kokurikulum Membangun Kemahiran

Insaniah: Koleksi Penyelidikan. UTHM: Penerbit UTHM.

Esa, A., Mohamad, B., Mohd.Salleh, B. & Awang, F. (2008). Penguasaan

Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Melalui

Pembelajaran Koperatif: Tinjauan Di Universiti Kuala Lumpur Malaysia

France Institute (UniKL MFI) Dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23

Oktober 2008, Bangi.

Four Corners Virtual Resource Center. Tech Beat. USA, Volume 4 Issue 4. 2005.

Fraenkel, J. R., & Wallen, E. W. (2009) How To Design and Evalute Reseach In

Education. Boston, MA: McGraw-Hill..

Gerson, R. F. (2004). Mengukur Kepuasan Pelanggan. Johor Bahru: Pelangi Sdn.

Bhd.

Graham, J. & Caso. (1999). Measuring Engineering Freshman Attitudes And

Perceptions. Journal of Education.

Hashim, R. Memperkasakan Pengajaran Dan Pembelajaran. Dalam: Azizul Rahman,

A. B. & Mohamad Saleeh, R. Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala

Lumpur: Majlis Guru Cemerlang Malaysia dan Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd. 102-111; 2010.

Harun, H. (2009). Penguasaan Kemahiran Komunikasi Dan Kerja Berpasukan

Dalam Kalangan Guru Pelatih Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

UTHM: Tesis Sarjana Muda.

Herman, W. (2012). Aliran Vokasional Pendidikan Kelas Pertama. Dewan

Masyarakat, Mac 2012. Kuala Lumpur.

Imania, K. L. (2012). Analisa Origami Dalam Interaksi Sosial Masyarakat. Jurnal

Seni Rupa & Desain, 49-55.

Iskandar. 2008. Metodologi Penelitian Pendidikan dan Sosial (Kuantitatif dan

Kualitatif). Jakarta: Gaung Persada Press.

Page 39: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

93

Ismail, R. (2006). 12 Rukun Kerja Berpasukan. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributor Sdn Bhd.

Jeannette, G. (2014). Victory Due To Luck And Teamwork. The Online Star, April

2014. Dicapai pada April 20, 2014 dari

http://m.thestar.com.my/story.aspx?hl=Victory+due+to+luck+and+teamwork

&sec=news&id={0032F800-0394-4C68-9D41-F7FC0B0B551B}

Johari, K. (2004). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor: Pearson Prentice Hall.

Kamsah, M. F. & Yusof, A. F. (2007). 55 Petua Kerja Berpasukan. Kuala

Lumpur: PTS Sdn Bhd.

Kamsah, M. Z. Abu, M. S. & Razzaly, W. (2008). Penerapan Kemahiran Insaniah

(KI) Kepada Pelajar Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Di IPTA.

Prosiding SKIKS 08. 491-502.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012a). Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Putrajaya: KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012b). Laporan Awal Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Pendidikan Kerjaya Semester 8 BPTV 2013

Modul Insaniah. Putrajaya: KPM.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2006). Modul pembangunan kemahiran

insaniah (soft skills) untuk Instutusi Pengajian Tinggi Malaysia. Selangor:

Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Kirkpatrick D. L. (1959). Techniques for evaluating training programs. Journal of

American Society of Training Directors, 13(3), 21–26.

Kirkpatrick, D. L. (1994). Evaluating Training Programs. San Francisco: Berrett-

Koehler Publishers.

Kolej Vokasional Melaka Tengah. (2013). Laman Web Portal KVMT. Dicapai pada

November 20, 2013, dari http://www.kvmt.edu.my/v3/

Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Kumar, R. (2011). Research Methodology: 9 Step-By-Step Guide For Beginners.

Singapore: Sage Publications Asia.

Kwok, K. T. (2012). The Use Of Midpoint On Likert Scale: The Implications For

Educational Research. Hong Kong Teacher's Centre Journel. Vol. 11. 2012.

Hong Kong: The University Of Hong Kong.

Page 40: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

94

Lafosse, M. G. (2012). Origami - Seni Dan Kraf Kreatif Asia. Kuala Lumpur:

Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Levenson, G. (2003). The Educational Benefits Of Origami. Dipetik daripada

http://home.earthlink.net/~robertcubie/origami/edu.html pada 6 November

2013

Likert, R. (1932). A Technique for the Measurement of Attitudes. Archives of

Psychology, 140, 1–55.

Marican, A. (2005). Teknologi Sebagai Pengupaya Dalam Pelaksanaan Sekolah

Bestari dan Pengurusan Pembelajaran Bestari. Jurnal Akademik. Jilid 9.

Januari 2002. Kota Bharu: Maktab Perguruan Kota Bharu.

Masri, S. (2005). Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan: Esei, Proposal,

Tesis. Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd.

Mat, C. (2004). Kursus Kejurulatihan Belia. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributor Sdn Bhd.

Mat, C. (2006). Kursus Pembinaan Pasukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributor Sdn Bhd.

Mazhi. (2013). Origami Sangat Bermanfaat Untuk Anak. Dicapai pada November

30, 2013 dari http://bloghamil.com/8639/origami-sangat-bermanfaat-untuk

anak/showing.html

McCarthy, V. Q. (2008). The New Book Of Knowledge. Volume 14. USA: Scholastic

Inc.

McLagan, J. (1989). Models For Human Resource Development (HRD) Practice.

Journal Of Vocational and Technical Educations.

Meinking, M. & Alexander, C. (2012). Origami Teknik Mudah. Kuala Lumpur:

Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Meinking, M. & Alexander, C. (2012). Origami Teknik Sederhana Sukar. Kuala

Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Mohamed Yusof, A., Esa, A. & Ahmad, A. (2008). Kemahiran Interpersonal Di

Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Di Politeknik. Persidangan

Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23 Oktober 2008,

Bangi.

Mohd Adnan, A. S. (2009). Meningkatkan Kreativiti Murid Melalui Aktiviti Karya

Origami Di Peringkat Kanak-kanak Sekolah Rendah. OUM: Tesis Sarjana

Muda.

Page 41: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

95

Mohd Noor, N. & Sahimin, S. (2010). Penerapan kemahiran generik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di Kolej Yayasan Sabah. Di capai pada Januari

18, 2011 dari

http://eprints.utm.my/10527/1/penerapan_kemahiran_generik_dalam_proses_

pengajaran_dan.pdf

Mustafa, M. Z., Suradin, A., Ibrahim, B., Mastor, S., Mohd Salleh, K., Madar, A. R.

& Sulaiman, N. (2008). Penguasaan Kemahiran Berpasukan Menerusi

Penyertaan Di Dalam Kokurikulum: Satu Tinjauan Di Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan

2008, 22-23 Oktober 2008, Bangi.

National Association Of Colleges and Employers (NACE). Job Outlook 2006 –

Student Version. 2005.

National Council Of Teachers Of Mathematics. The Japan Times. USA. 2012.

Panduan Penulisan Tesis Edisi Keempat. (2011). Pusat Pengajian Siswazah,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Pearl, B. (2012). Math In Motion: Origami Across The Curriculum. USA:

Greenpeace.

Ranjit, S. M. & Wahab, A. B. (2008) Your dream job: How to get it and excel. Kuala

Lumpur: TQM Consultants Sdn. Bhd.

Ruhe, V. & Zumbo, B. D. (2009). Evaluation In Distance Education And E-

Learning. New York: The Guilford Press.

Salleh, M. dan Tasir, Z. (2001). Pengenalan kepada Analisis Data

Berkomputer:SPSS 10.0 for Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Sato, Y. (1996). Animal Origami. USA: Kodansha America Inc.

Sekaran, U. (2003). “Research Methods For Business – A skill Building Approach”.

New York: John Wiley and Sons, Inc.

Sidal, A. (2004). Kerja Berpasukan Dalam Organisasi. Edisi Pertama. Kuala

Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Sulaiman, R. Pembinaan Pasukan Kerja Cemerlang (PKC) Dan Impaknya Kepada

Pengurusan Sekolah. Jurnal Pendidikan PKPSM. 2010. Mei 2010: 1 – 14.

Syed Zamri, S. N. A. (2011). Statistik Untuk Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur: UM.

Talib, O. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statistik. Serdang: UPM.

Page 42: i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI … Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami 23 2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami 24 2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

96

Tarricone, P. & Luca, J. (2002). Employees, Teamwork And Social Interdependence

– A Formula For Successful Business?. Journal Of Team Performance

Management, 8(3/4), 54 – 59.

Toshiba Medical Systems. Vision 19-12. Eropah. 2012.

Unit Kualiti dan Produktiviti Bahagian Pentadbiran Dan Kejuruteraan RISDA.

Buletin Q. Kuala Lumpur. 2009.

Yahya, A. & M. Savarimuthu, E. Kepentingan Kefahaman Konsep Dalam

Matematik. Dicapai pada November 10, 2013 dari

http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.pdf.

Yahaya, A. & Latif, J. S. (2005). Membentuk Indentiti Remaja. Pahang: PTS

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Yahaya, A., Hashim, S. & Ramli, J. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam

Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professsional Pub. Sdn. Bhd.