Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan

  • Upload
    wawieda

  • View
    149

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Allah telah mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan semenjak bulan Syaban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 Surah al-Baqarah, yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. Seterusnya Allah menegaskan dalam ayat 185 surah yang sama: Bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran. Ayat tersebut turun tanpa sebab-sebab tertentu, tidak sebagaimana terjadi pada kebanyakan ayat-ayat ahkam (ayat yang berkenaan dengan hukum), yang turun setelah ada peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi pada Nabi SAW atau para sahabat. Puasa di Bulan Ramadhan Adalah Salah Satu Rukun Islam Sabda Rasulullah s.a.w.: Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu. (Riwayat Bukhari & Muslim) Maksud Puasa Ramadhan Puasa dalam bahasa Arab disebut Shiym atau Sham yang bererti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain. Ibnu Mandzr, pakar sejarah bahasa Arab mendefinisikan Sham sebagai hal meninggalkan makan, minum, menikah dan berbicara. Perkataan berasal dari kata dasar yang bererti panas atau panas yang menyengat. Ini kerana letaknya bulan Ramadhan pada musim panas yang terik. Jadi, maksud berpuasa di bulan Ramadhan ialah; menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada bulan Ramadhan (bulan yang panas terik) kerana beribadah kepada Allah bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Bersahur Itu Berkat Dari Amr bin Ash r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur. (Hadis Riwayat Muslim) Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bahawa aku masuk menemui Nabi s.a.w., ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda yang ertinya: Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan. (Hadis Riwayat Nasai dan Ahmad) Dari Abu Said Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya: Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur. Adab-adab Berbuka Puasa 1. Diriwayatkan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma

kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakiem) 2. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. (Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi) 3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar, adalah Nabi s.a.w. selesai berbuka beliau berdoa (ertinya): Telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. (Riwayat Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan) 4. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang). (Riwayat Bukhari dan Muslim) Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Ramadhan 1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan Baginda s.a.w. al-Quran dan benar-benar Rasulullah s.a.w. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim. (H.R.: Al-Bukhari) 2. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. menggalakkan qiyamullail (shalat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda: Barangsiapa yang shalat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. (H.R.: Jamaah) 3. Diriwayatkan dari Aisyah r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah) dan membangunkan isterinya (agar beribadah) dengan mengetatkan ikatan sarungnya (tidak mengauli isterinya). (H.R.: Al-Bukhari dan Muslim) 4. Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata: Adalah Nabi s.a.w. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir (di bulan Ramadhan) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. (H.R.: Muslim) 5. Diriwayatkan dari Abu Salamah bin Abdul Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah r.a.: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah s.a.w. di bulan Ramadhan? Maka ia menjawab: Rasulullah s.a.w. tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas rakaat baik di bulan Ramadhan mahupun di bulan lainnya, caranya: beliau shalat empat rakaat, jangan tanya baik dan panjangnya, kemudian shalat lagi empat rakaat, jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga rakaat. (H.R.: Al-Bukhari, Muslim dan lainnya) 6. Diriwayatkan dari Aisyah r.a. ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua rakaat yang ringan, kemudian shalat lapan rakaat, kemudian shalat witir. (H.R.: Muslim) 7. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata: Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam? Maka Rasulullah saw menjawab:

Shalat malam itu dua rakaat. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu rakaat. (H.R.: Jamaah) 8. Dari Ubay bin Kaab ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. shalat witir dengan membaca: (Sabihisma Rabbikal Ala) dan (Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad). (H.R.: Ahmad, Abu Daud, Annasai dan Ibnu Majah) 9. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang lakilaki bahawa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Saya pun bermimpi seperti mimpimu, ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia (lailatul qadar) pada malam-malam ganjil. (H.R.: Muslim) 10. Diriwayatkan dari Aisyah r.a. ia berkata: Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar, apa yang saya harus baca pada malam itu? Beliau bersabda: Bacalah (ertinya) Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku. (H.R.: At-Tirmidzi dan Ahmad) Antara Peristiwa Besar Di Bulan Ramadhan 1. Diturunkan kitab Al-Quran, Injil, Taurat dan Zabur. 2. Berlaku peperangan Badar al-Kubra. 3. Pembukaan Kota Mekah. 4. Perjalanan Nabi Muhamamad dan Muslimin ke Tabuk melawan Rom. 5. Islam sampai ke Yaman. 6. Khalid Al Walid meruntuhkan berhala al-Uzza. 7. Penyerahan diri (masuk Islam) penduduk Taif kepada Rasulullah. 8. Pembukan Andalus (Sepanyol) oleh Tariq bin Ziyad. 9. Tentera Islam pimpinan Sultan Qutuz mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut. 10. Tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya mengalahkan tentera Rusia dalam peperangan Yakhliz. 11. Tertawannya sempadan Bar Lev, di Israel dalam peperangan Yom Kippur (peperangan Arab-Israel, Perang Oktober, Perang Ramadhan 1973) Adab Menyambut Hari Raya 1. Isilah hari-hari terakhir Ramadan dengan memperbanyak ibadah solat sunat, zikir, permohonan ampun, membaca Al-Quran dan sejumlah kebajikan lainnya. 2. Jangan berperilaku boros dengan berbelanja hal-hal yang kurang atau tidak diperlukan. 3. Sejauh mungkin hindarkan diri dari berhutang membeli barang-barang yang tidak menjadi prioriti. 4. Jangan membazir dalam memenuhi keperluan hidup sehari-hari atau dalam menyambut hari lebaran. 5. Luangkan masa untuk menziarah kubur, bagi mengingatkan diri bahawa pada akhirnya semua manusia akan mengalami kematian, di samping tentunya mendoakan bagi yang diziarahi serta kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia umumnya. 6. Hidupkan malam Hari Raya dengan melakukan amal-amal ibadah seperti mendirikan sembahyang fardu secara berjamaah, melakukan shalat sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan bentuk-bentuk kebajikan lainnya.

7. Jangan lupa membayar zakat fitrah. Jika telah memenuhi syarat yang ditentukan dalam hal zakat, jangan lupa untuk membayar zakat harta.

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan. Riwayat Bukhari & Muslim

Huraian Pengajaran Hadis: i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ra-mim-dal , yang bererti panas atau panas yang menyengat . Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas , atau diertikan juga sebagai hampir membakar . Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa. ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut Siyam atau Soum Kedua-duanya berasal dari kata dasar Sa-wa-ma , di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T. iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut. iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu Lailatul Qadar di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK Pertama Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Kedua Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud: " 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiaptiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy, 2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala, 3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga, 4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah, 5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ". Ketiga Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut : 1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'

2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain 3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan 4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya 5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.

*Berikut adalah sebahagian daripada isi tazkirah yang saya sampaikan pada malam kedua Ramadhan sewaktu mengimamkan solat tarawikh. Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT- Tuhan semesta alam. Kita sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kehendak-Nya, Dia telah memilih kita untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan yang mulia, yakni masuk ke dalam universiti Ramadhan.

Kenapa dinamakan universiti Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan. Bukan senang nak masuk univerisiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur, dipilih oleh Tuhan untuk sama-sama masuk university Ramadhan. Pendaftarannya cukup mudah, tak payah bayar duit cuma niat saja sama ada niat setiap hari ataupun niat sebulan terus.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekelian,

Bulan bertuah ini juga bolehlah disebut sebagai bulan ibadah. Boleh juga disebut sebagai bulan mujahadah. Disebut juga bulan rahmah dan bulan maghfirah. Dan macam-macam lagi sebutan yang baik-baik. Jangan kita sebut dengan yang tak baik sudahlah. Wuih nak mai dah bulan bala, nak makan minum susah.

Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah, bulan maghfirah.

Kenapa dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak?

Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah pengabdian kepada Allah SWT. Perkataan ibadah berkait rapat dengan perkatan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah. Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana cara berabdi kepada Allah? Buat apa yang Dia suruh dan jangan buat apa yang Dia larang. Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Dia suka, iaitu amalan-amalan sunat. Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.

Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah.

Perkataan mujahadah ini adik-beradik dengan jihad, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang melawan musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh.

Mujahadah juga berkait-rapat dengan mujahidin.

Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah.

Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkaita-rapat dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat Astaghfirullahal azim tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah maksudnya keampunan . Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya.

Terpulanglah kepada kita sama ada hendak menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa tak mahu rugilah, pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh asSiyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari) 2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138) 3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18) 4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin

akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam. 5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya. 6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam. 7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari) 8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini. 9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291) 10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278) 11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid. 12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

HADIS TENTANG PUASA Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bhw Rasulullah (saw) bersabda: Umatku telah dikurniakan dgn 5 perkara yg istimewa yg blm pernah diberikan kpd sesiapa pun sebelum mrk. Bau mulut drpd seorg Islam yg sdg berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah drpd bau haruman kasturi. Ikan2 di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mrk sehinggalah mrk berbuka puasa. Allah mempersiapkan & menghiasi Jannah yg khas setiap hari & kemudian berfirman kpdnya: Masanya telah hampir tiba bilamana hamba2Ku yg taat akan meninggalkan segala halangan2 yg besar(di dunia) & akan mendatangimu. Pada bulan ini syaitan2 yg durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mrk ke arah maksiat2 yg biasa mrk lakukan pada bulan2 selain Ramadhan. Pd malam terakhir bulan Ramadhan (org2 Islam yg berpuasa ini) akan diampunkan. Maka sahabat2 Rasulullah pun bertanya: Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar? Dijawab oleh Rasulullah (saw): Tidak, tetapi selayaknyalah seorg yg beramal itu diberi balasan setelah dia menyempurnakan tugasnya. Rasulullah (saw) bersabda: "Perbezaan di antara puasa yg kita lakukan dgn yg dilakukan oleh Ahli Kitab (Yahudi & Nasrani) adalah terletak di dlm pengambilan makanan sahur yg mana mrk tidak melakukannya." Baginda bersabda lagi: "Bersahurlah krn di dlmnya terdpt berkat yg besar, & lagi, terdpt keberkatan di dlm 3 perkara iaitu dlm jamaah, di dlm makanan 'tharid' & bersahur. " Khutbah Rasulullah SAW dlm Menyambut Bulan Ramadhan yg Penuh Berkat Wahai manusia Sungguh tlh dtg pd kalian bulan Allah dgn membawa berkah, rahmat & maghfirah. Bulan yg paling mulia di sisi Allah. Hari2nya adalah hari2 yg paling utama. Malam2nya adalah malam2 yg paling utama. Jam demi jamnya adalah jam2 paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah & dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas2mu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabb-mu dgn niat yg tulus dan hati yg suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya. Celakalah org yg tidak mendapat ampunan Allah di bulan yg agung ini. Kenanglah dgn rasa lapar & hausmu, kelaparan & kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kpd kaum fuqara dan miskin. Muliakanlah org2 tuamu, sayangilah yg muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dr apa yg tidak halal kamu memandangnya & pendengaranmu dr apa yg tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah

anak yatim niscaya dikasihi manusia anak2 yatimmu. Bertaubatlah kpd Allah dari dosa2mu. Angkatlah tangan2mu utk berdoa pada waktu2 solatmu krn itulah saat2 yg paling utama ketika Allah Azza wa Jallaa memandang hamba2Nya dgn penuh kasih. Dia menjawab mrk ketika mrk menyeru-Nya,menyambut mrk ketika mrk memanggil-Nya dan mengabulkan mrk ketika mrk berdoa kepada-Nya. Wahai manusia ! Sesungguhnya diri2mu tergadai krn amal2mu maka bebaskanlah dgn istighfar. Punggung2mu berat krn beban (dosa)mu maka ringankanlah dgn memperpanjang sujudmu. Ketahuilah Allah Taala bersumpah dgn segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab org2 yg solat dan sujud, & tidak akan mengancam mrk dgn neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al alamin. Wahai manusia ! Brgsiapa diantaramu memberi buka kpd org2 muminin yg berpuasa di bulan ini maka di sisi Allah nilainya sama dgn membebaskan seorg budak dan ia diberi ampunan atas dosa2nya yg lalu. Sahabat-sahabat bertanya, Ya, Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian. Nabi meneruskan: Jagalah dirimu dr api neraka walaupun hanya dgn sebiji kurma. Jagalah dirimu dr api neraka walaupun hanya dgn seteguk air. Wahai manusia Siapa yg membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati shirath pd hari ketika kaki2 tergelincir. Siapa yg Meringankan pekerjaan org2 yang dimiliki tgn kanannya di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. Brgsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dgn- Nya. Brgsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dgn-Nya. Brgsiapa menyambungkan tali persaudaraan di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dgn rahmat-Nya pd hari ia berjumpa dgn-Nya. Brgsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Brgsiapa melakukan solat fardlu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardlu di bulan yg lain. Brgsiapa memperbanyak selawat kpdku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pd hari ketika timbangan meringan. Brgsiapa di bulan ini membaca satu ayat al Quran, ganjarannya sama spt mengkhatam al Quran pada bulan- bulan yg lain.

Wahai manusia ! Sesungguhnya pintu2 syurga dibukakan bagimu maka mintalah kpd Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu2 neraka tertutup maka mohonlah kpd Rabbmu utk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan2 terbelenggu maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Saidina Ali berkata, Aku berdiri dan berkata, ya Rasulullah! Apa amal yg paling utama di bulan ini ? Jawab Nabi Ya Abal Hasan ! Amal yg paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yg diharamkan Allah..

mat Islam seluruh negara telah melangkah masuk ke bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Rentetan daripada ketibaan Ramadan, suasana baruyang tidak dapat dilihat pada bulan-bulan lain akan mengambil tempat. Di antaranya menggambarkan ciri ibadah puasa yang sebenar serta tidak kurang juga puasa sebagai adat atau pesta tahunan. Oleh itu, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa yang selaras dengan al-Quran dan sunah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai adat tahunan sahaja. Di antara ciri-ciri tingkah laku yang perlu dihindarkan kerana telah menjatuhkan martabat puasa kepada tahap adat semasa ialah: * Menyempitkan skop puasa hanya dengan menahan makan dan minum pada siang hari sahaja. Sedang mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya. (riwayat Al-Bukhari) * Berpuasa pada siang hari sahaja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala kegiatan maksiat seperti mengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa. * Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa sehingga melakukan pembaziran. Allah berfirman, Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara kepada syaitan. (al-Isra':27) * Berlebih makan ketika berbuka sehingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadah di malamnya. Sikap bersederhana Rasulullah s.a.w di dalam berbuka puasa perlu dicontohi sebagaimana maksud hadis: Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air. (riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)

* Malas menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah sunat seperti melakukan solat tarawih, solat malam dan sebagainya. * Terdorong untuk bersolat tarawih hanya kerana sandaran kepada hadis palsu yang menyatakan kelebihan bersolat tarawih pada setiap malam. Untuk itu, pihak berkuasa agama perlu menghindarkan penyebaran hadis inidaripada berleluasa seperti tahun-tahun terdahulu. * Mengabaikan ibadah malam bermula dengan solat berjemaah maghrib, isyak dan tarawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan-urusan lain. * Malas bekerja dan tidak produktif semasa berpuasa dengan alasan keletihan. Bayangkan bagaimana nabi s.a.w dan para sahabat berperang Badar dengan nisbah 300 melawan 1,000 orang. * Malas membaca al-Quran atau hanya mengehadkan bacaanpada surah Yasin sahaja. Sedangkan baginda s.a.w senantiasa menyemak dan mengkhatamkan al-Quran sekali di dalam bulan Ramadan dengan Jibril a.s. * Malas berdoa sedangkan doa orang yang puasa akan dimakbul oleh Allah berdasarkan sabda nabi s.a.w : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak. (riwayat Ibn Majah). * Mengabai serta meninggalkan peluang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya. * Tidak bersedih dengan berakhirnya bulan Ramadan. Juga tidak bimbang sekiranya tidak dapat bertemu Ramadan yang akan datang. * Memiliki kepercayaan-kepercayaan karut tentang kepulangan roh orang yang telah mati pada bulan Ramadan. Sedangkan kepercayaan tersebut adalah bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh (al-Mukminun: 99-100) * Kepercayaan kepada perlunya menyalakan pelita pada malam 7 likur. Akibat kepercayaan ini Islam telah terfitnah dengan tohmahan pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang Islam rabun malam. Oleh sebab itu, pelita perlu dinyalakan sebagai panduan kepada para malaikat yang turun membawa berkat. (Rujuk- http://youtube.com/watch?v=RgT-_Uf62rk) * Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan sahaja. Sabda nabi s.a.w : Beza di antar seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat. (riwayat Muslim). Menurut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima oleh Allah.

* Memusnahkan pahala puasa sebulan dengan sambutan hari raya yang melampau sehingga melakukan maksiat. Ini adalah di antara beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh umat Islam semasa menjalankan ibadat puasa yang telah merendahkan martabat bulan Ramadan. Oleh itu, kita perlu menghindarkan perkara-perkara tersebut demi menjamin pahala yang berganda di bulan ini. Ini berdasarkan sabda baginda s.a.w yang bermaksud: Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lepas. (riwayat al-Bukhari)

BULAN RAMADHAN Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan." Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan" >Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda >Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu >Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka >Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain. >Banyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain >Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan. >Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa. >Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH disaring dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H)

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ; i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya, ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara dan yang sia-sia, iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih, Ulama silam pernah berpesan : Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ? Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal. iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga! [an-Nasaei] Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : Puasa itu adalah perisai , sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : Saya sedang berpuasa . [alBukhariy dan Muslim] v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai. vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang

lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan. Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya. Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt. Sabdanya : Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya [ Ahmad dan at-Tarmiziy]. Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang . As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa. vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya. viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabdanya : Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur . [Ahmad, alBukhariy dan Muslim].

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa) . [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah]. x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan wajib-wajib solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukunrukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya. Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku , sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya. Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman [an-Nasaei].

"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya." Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan

Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya. Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya. Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya. Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa. "Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.

Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu: Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan. Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183 Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan. Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu; 1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah; 2. Beristighfar; 3. Memohon memasuki jannah dan 4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam. Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa: "Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu." Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya. Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul. Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut: "Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan. Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaranganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan

Ehm.. Hikmat puasa yang paling besar agaknya ialah bagi mendidik jiwa dan nafsu agar dapat mencapai makam takwa. Takwa adalah sifat yang terpuji. Dengan takwa mampu mencegah diri daripada melakukan dosa dan maksiat. Firman Allah bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183) Puasa juga menjadi benteng dan perisai bagi seseorang. Perisai kerana puasa dapat melemahkan nafsu. Nafsu sebenarnya banyak merosakkan. Oleh itu, ia perlu dididik agar menjadi nafsu yang baik. Juga perisai daripada api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Puasa itu adalah perisai. (riwayat Bukhari) Puasa juga akan melembutkan hati seseorang ketika melihat penderitaan orang lain. Ramai lagi orang yang kelaparan di atas muka dunia ini. Dengan berpuasa, kita dapat merasai derita lapar dan dahaga. Puasa juga akan mendidik untuk bersikap amanah. Amanah kepada Allah dan diri sendiri. Mana ada orang yang tahu bahawa kita puasa sepenuhnya atau tidak. Kalau tidak amanah, sambil menyelam boleh minum air. Puasa juga akan menajamkan akal. Cuba ambil buku teks dan baca selepas makan tengah hari atau makan malam, biasanya otak tidak boleh menerima apa yang yang dibaca. Sebab itu, dikatakan bahawa masa yang baik untuk membaca ialah dua jam selepas makan. Badan juga menjadi lemah khususnya untuk melakukan ibadat. Disebut antara kata-kata hikmah Luqman al-Hakim ialah: Apabila perut penuh dengan makanan, maka fikiran akan tidur, kebijaksanaan akan diam dan anggota badan menjadi malas.

Puasa juga boleh mengurangkan keagresifan dan keaktifan nafsu syahwat. Mungkin kerana inilah ada anjuran daripada Baginda s.a.w. agar orang yang tidak mampu berkahwin untuk berpuasa dengan sabda Baginda: Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka atasnya puasa kerana sesungguhnya puasa baginya sebagai perisai nafsu. (riwayat Bukhari)

Kelebihan Ramadany

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini. Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya. Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah : (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan : (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

y

y

y

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak

membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!y

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari. Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith). Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya : o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya. o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar. o d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku. o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

y

y

y

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith) Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga. Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith). Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith) Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (AHadith) Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.) o - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga) o - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga) o - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)

y

y

y

y

y

o

- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

o

- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

o

- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

o

Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)

y

Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith) Keredaan Allah (bagi orang yang taat) Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat) Jaminan Allah (bagi orang yang taat) Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal) Anugerah Allah (bagi orang yang benar). Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan. Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar. "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

y o o o o o

y o

o y o y o

"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith) "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith) "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

y

Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith) Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith) Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang

y

y

y

y

y

y

lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.y

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith) Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat. Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

y

y

Kelebihan Berpuasa Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya: * Puasa mendekatkan diri dengan Allah: Allah berfirman : Maksudnya: Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar [Al-Ahzab: 35] * Puasa mengawal syahawat: Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat) [HR Al-Bukhari: 5065, Muslim: 1400] * Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka: Nabi SAW bersabda: Maksudnya: Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153] Nabi SAW bersabda: Maksudnya: Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka [HR Ahmad: 15299, Lihat Shahih Attarghib: 970] * Puasa menjanjikan syurga: Dari Abi Umamah, beliau berkata: Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya [HR Annasa'i: 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097 * Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran: Allah berfirman : Maksudnya: Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.. [Al-Baqarah: 185] * Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr: Allah berfirman: Maksudnya: Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan [Al-Qadr: 1-3] * Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka: Nabi SAW bersabda: Maksudnya: Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan [HR Al-Bukhari: 3277, Muslim: 1079]

* Puasa di bulan Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa: Nabi SAW bersabda: Maksudnya: Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175] * Puasa di bulan Ramadhan menjanjikan syurga: Nabi SAW bersabda: Maksudnya: Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga [HR Al-Bukhari : 2637]

1.Dibelenggu para syaitan dan jin. Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,.(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah) Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.(Bukhari & Muslim) 2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali. Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat

pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan. Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan). (Riwayat Tirmizi dan Nasai) 3. Pintu neraka ditutup. Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan. 4. Dibuka semua pintu syurga. Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga.(Hadith Sahih Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga. Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga. Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan . 6. Dilepaskan tahanan neraka Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdoa akan dikabulkan doanya. 7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu. Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosadosanya yang telah lalu. (Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya.(Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Abu Daud) 8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun) Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosadosanya yang telah lalu. (Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim) Dari Abu Hurairah r.a berkata: Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang. Rasulullah bersabda Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan.Daripada Salman al Farisi ra berkata: Pada hari terakhir bulan Sya`ban Rasulullah s.a.w telah berkhutbah kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah dinaungi oleh bulan yang agung dan bulan yang penuh berkat. Bulan yang padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikan puasa padanya (Ramadhan) satu kefardhuan dan melakukan qiam di malamnya sebagai amalan sunat. Sesiapa yang melakukan satu amalan kebaikan padanya, maka baginya ganjaran seumpama melakukan satu amalan fardu. Dan sesiapa yang melakukan satu amalan fardu, maka baginya ganjaran seumpama melakukan tujuh puluh amalan fardu. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan sabar ganjarannya adalah syurga.

Ramadhan juga adalah bulan saling tolong-menolong dan bulan di mana akan ditambah rezki orang-orang Mukmin. Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (sewaktu berbuka), maka baginya keampunan terhadap dosa-dosanya, diselamatkan batang tengkuknya dari api neraka dan baginya ganjaran pahala yang sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurang walau sedikit pun.? Kami bertanya: Wahai Rasulullah, tidak semua di kalangan kami yang memiliki sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa? Lalu baginda s.a.w menjawab: ?Allah akan menganugerahi ganjaran pahala tersebut kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (walau) dengan seteguk susu, tamar ataupun air. Sesiapa memberi makan sehingga kenyang kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum dengan air telagaku di mana orang yang meminumnya tidak akan merasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam syurga. Ramadhan adalah bulan di mana awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sesiapa memberi keringanan kepada hamba-sahayanya di bulan ini, maka Allah akan mengampunkan dosanya dan akan menyelamatkannya dari api neraka. Justeru hendaklah kamu banyak melakukan empat perkara berikut: Dua daripadanya akan membuatkan Allah redha terhadap mereka yang melakukannya sementara dua perkara lagi adalah suatu yang sangat perlu bagi kamu. Dua perkara yang menjadikan Allah redha terhadap pelakunya ialah mengucap dua kalimah syahadah dan memohon keampunan kepadaNya. Sementara dua perkara yang sangat diperlukan itu ialah memohon kepada Allah syurga dan berlindung kepadaNya daripada api neraka.

Perkara Yang Disunatkan Bagi Orang Yang Berpuasa1. Segera berbuka apabila benar-benar diyakini bahawa matahari telahpun terbenam dan sebelum menunaikan sembahyang Maghrib. 2. Membaca doa yang ma`thur ketika berbuka: , , . Maksudnya: ?Ya Allah untukMu aku berpuasa, di atas rezkiMu aku berbuka, kepadaMu aku bertawakal dan? denganMu aku beriman. Telah berlalu pergi dahaga dan basah sudah urat-urat dan telah nyatalah ganjaran pahala. Wahai Yang Maha Luas anugerahnya, ampunilah kesalahanku. Segala pujian bagi Tuhan yang telah membantuku sehingga aku dapat berpuasa dan yang telah memberi kepadaku rezki sehingga aku dapat berbuka?. , 3. Bersahur walaupun sedikit atau dengan seteguk air. Rasulullah s.a.w telah bersabda: " "

Maksudnya: Bersahurlah kamu sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.? Melewatkan sahur - selagi tidak membawa sehingga terbitnya fajar - adalah lebih baik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: yang bermaksud: Tinggalkan segala perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu. 4. Menahan lidah daripada kata-kata yang tidak bermanfaat. Adapun menahan lidah daripada perkara yang haram seperti mengumpat, mengadu domba dan yang seumpamanya adalah wajib dalam setiap masa dan ketika terutamanya di bulan Ramadhan. 5. Memperbanyakkan sedekah dan berbuat kebaikan kepada sanak saudara serta fakir miskin. 6. Membaca al Quran, berzikir dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w setiap kali berpeluang tidak kira malam atau siang. 7. I`tikaf di masjid dan menyibukkan diri dengan menuntut ilmu Kelebihan-kelebihan Bulan Ramadhan Mengenai kelebihan bulan Ramadhan, Rasulullah bersabda:

Ertinya: Bulan Ramadhan satu ke bulan ke bulan Ramadhan berikutnya, Jumat satu ke Jumat berikutnya, dan satu shalat ke shalat berikutnya menjadi penebus dosa di antara keduanya, selama dijauhi segala dosa besar. (Hadits riwayat: Imam Ahmad, Muslim dan alBaihaqi) Rasulullah bersabda mengenai bulan Ramadhan:

Ertinya: Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan balasan kesabaran adalah syurga. (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi) Sabda Baginda lagi:

Ertinya: Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, pertengahnya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan. Dan sesungguhnya Allah Taala menilik (dengan pandangan rahmatNya) kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan tersebut, dan siapa yang mendapat tilikan Allah Taala nescaya ia tidak akan disiksaNya, selanjutnya Dia mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan. (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)

Jibril

berkata kepada Nabi :

: :

Ertinya: Barangsiapa yang menemui bulan Ramadhan sedang ia tidak diampuni Allah Taala nescaya ia akan dijauhkan dari rahmat Allah. Katakanlah Amin! Maka Rasulullah berkata: Amin. (Hadits riwayat: Ibnu Hibban, ath-Thabrani, al-Hakim dan al-Baihaqi) Hal itu disebabkan pada bulan Ramadhan begitu mudahnya mendapatkan sebab-sebab maghfirah dibandingkan bulan-bulan lainnya. Kerana itu tiada seorangpun yang diharamkan memperoleh ampunan pada bulan itu, melainkan ia terlalu banyak berpaling dari Allah Taala dan sangat berat penentangannya. Oleh kerananya ia jauhkan dan diusir dari pintu Allah. Kita memohon perlindungan dan keselamatan dari kemurkaan Allah Taala dan siksaNya serta segala bencanaNya. Rasulullah bersabda:

Ertinya: Barangsiapa berpuasa Ramadahan dan mendirikan (berjaga) malamnya dengan penuh iman dan ihtisab, nescaya diampuni segala dosanya yang telah lalu. (Hadits riwayat: al-Bukhari, Muslim dan yang lainnya)