33
IBLIS dan ALAMNYA BANGSA-BANGSA JIN Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki berbagai bangsa, puak dan keturunan juga. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran seperti manusia. Setiap puak itu memiliki ketuanya atau Rajanya juga. Dari sini terbentuk pula Daerah pentadbiran seterusnya Negeri-negeri dan terakhir menjadi Negara-negara. Gabungan negara-negara itu pula membentuk Kerajaan Besar antarabangsa mereka (seperti PBB bagi pentadbiran negara-negara oleh manusia) yang juga ditakbir pula oleh golongan Maharaja mereka. Di sini mereka juga memiliki seekor Maharaja Agung mereka, pentadbiran tertinggi mereka. Mereka memilih pentadbiran beraja, bukan pentadbiran demokrasi berpalimen. Kerajaan Unilateral beraja, yang hanya mendengar perintah dari satu Maharaja tertinggi mereka dan raja-raja mereka. Oleh itu golongan Jin ini bolehlah dibangsakan kepada 3 puak yang besar iaitu :- 1) Puak Ifrait Satu bangsa Jin yang digambarkan sangat jahat penipuannya kepada manusia. Ifrait mempunyai kerajaan yang luas yang ditadbir oleh anak-anak Rajanya yang sangat jahat. Bala tenteranya adalah terdiri dari kaum kerabatnya yang ramai, Suka menjadikan diri mereka Sahabat atau Khadam manusia supaya mudah menipu manusia. Terlampau licik dan cekap menipu manusia dari semua arah terutama di dalam bab akidah. Manusia yang tipis pengetahuannya akan mudah diperkotak katikkan mereka ini. Hasutan dan tipu muslihatnya yang halus tidak dapat dikesan oleh manusia. Sekali terjebak, amat sukar untuk keluar dari masalah itu. Salah satu contoh yang boleh diberi ialah menyimpan sahabat, dengan perantaraan pawang, dukun dan bomoh manusia yang sememangnya bersatu dengan golongan Ifrait itu akan dengan mudah mendapatkan sahabat hantu raya yang dari keluarga Ifrait juga kepada manusia yang di dalam kesusahan hidup yang miskin. Maka dengan adanya sahabat hantu raya itu, manusia yang miskin tadi akan cepat menjadi kaya raya. Manusia itu akan dikenakan beberapa syarat (di Indonesia dipanggil Pensyaratan) yang sudah tentu melanggar hukum syarak, contohnya menghidangkan makanan kepala kambing hitam, darahnya dan semua isi perutnya, setahun sekali dibuat seperti persembahan di Kaki bukit tertentu atau ditebing sungai tertentu.

IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

IBLIS dan ALAMNYABANGSA-BANGSA JIN

Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki berbagai bangsa, puak dan keturunan juga. Mereka juga

mempunyai sistem pentadbiran seperti manusia. Setiap puak itu memiliki ketuanya atau Rajanya juga. Dari sini

terbentuk pula Daerah pentadbiran seterusnya Negeri-negeri dan terakhir menjadi Negara-negara. Gabungan

negara-negara itu pula membentuk Kerajaan Besar antarabangsa mereka (seperti PBB bagi pentadbiran negara-

negara oleh manusia) yang juga ditakbir pula oleh golongan Maharaja mereka. Di sini mereka juga memiliki seekor

Maharaja Agung mereka, pentadbiran tertinggi mereka. Mereka memilih pentadbiran beraja, bukan pentadbiran

demokrasi berpalimen. Kerajaan Unilateral beraja, yang hanya mendengar perintah dari satu Maharaja tertinggi

mereka dan raja-raja mereka. Oleh itu golongan Jin ini bolehlah dibangsakan kepada 3 puak yang besar iaitu :-

1) Puak Ifrait

Satu bangsa Jin yang digambarkan sangat jahat penipuannya kepada manusia. Ifrait mempunyai kerajaan yang luas

yang ditadbir oleh anak-anak Rajanya yang sangat jahat. Bala tenteranya adalah terdiri dari kaum kerabatnya yang

ramai, Suka menjadikan diri mereka Sahabat atau Khadam manusia supaya mudah menipu manusia. Terlampau licik

dan cekap menipu manusia dari semua arah terutama di dalam bab akidah. Manusia yang tipis pengetahuannya

akan mudah diperkotak katikkan mereka ini. Hasutan dan tipu muslihatnya yang halus tidak dapat dikesan oleh

manusia. Sekali terjebak, amat sukar untuk keluar dari masalah itu. Salah satu contoh yang boleh diberi ialah

menyimpan sahabat, dengan perantaraan pawang, dukun dan bomoh manusia yang sememangnya bersatu dengan

golongan Ifrait itu akan dengan mudah mendapatkan sahabat hantu raya yang dari keluarga Ifrait juga kepada

manusia yang di dalam kesusahan hidup yang miskin. Maka dengan adanya sahabat hantu raya itu, manusia yang

miskin tadi akan cepat menjadi kaya raya. Manusia itu akan dikenakan beberapa syarat (di Indonesia dipanggil

Pensyaratan) yang sudah tentu melanggar hukum syarak, contohnya menghidangkan makanan kepala kambing

hitam, darahnya dan semua isi perutnya, setahun sekali dibuat seperti persembahan di Kaki bukit tertentu atau

ditebing sungai tertentu.

Manusia yang dungu tadi beranggapan bahawa syarat itu agak mudah, lagi pun apabila sudah kaya bukan setakat

kambing malahan lembu pun boleh dipersembahkannya. Ia pun bersetuju dengan syarat kecil itu. Maka upacara

mengambilan sahabat dilakukan oleh pawang tadi dikaki sebuah bukit. Dari saat itulah kehidupan manusia itu telah

pun berubah secara pelahan-lahan, terutama dalam soal agama. Sudah mula meninggalkan solat, puasa dan semua

amalan agamanya. Kemudian berjinak-jinak dengan maksiat, bertukar menjadi peminum arak, berjudi dipadang-

padang golf, berzina dikelab-kelab karaoke, berfoya-foya dan mengamalkan sex bebas. Hidupnya mewah dengan

Page 2: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

segala kesenangan dunia. Apa saja yang disentuh menjadi duit. Dia sangat bahagia dengan kehidupan barunya itu

kerana itulah yang dicarinya selama ini. Anak bini dirumah menjadi tidak karuan, mereka merasakan kepanasannya.

Mereka juga telah mengetahui perubahan yang sangat jauh kepada ayah mereka ini. Ayah mereka sedang “bertukar

kulit” menjadi jin Ifrait iaitu hantu raya. Jin itu pula sudah mula ingin menzahirkan dirinya dengan menggunakan jasad

sahabat manusianya itu. Jin itu mahu bersatu dengan tuannya akibat kesetiaan tuannya akan suruhannya saban

tahun. Ia sudah mula terbalik, jin akan menjadi tuan, manusia akan menjadi hamba pula. Manusia tuannya itu tidak

mengetahui akan perubahan itu, ia masih ingat biasa saja. Lama kelamaan Jin itu menguasai sepenuhnya jasad

manusia itu dengan menzahirlan wataknya sebenar. Watak penipu licik dalam bidang kewangan kolar putih.

Akhirnya ia ditahan polis dan didakwa dengan berbagai jenayah iaitu menipu mengambil wang deposit bagi

pelaburan untung tinggi atau 'roll program' dan forex. Di samping di dakwa pecah amanah melibatkan jutaan ringgit ia

juga telah bergaduh dikhalayak ramai dan cuba membunuh. Turut di dakwa di bawah seksyen jenayah keluarga

kerana merogol anak sendiri, liwat anak sendiri dan memukul Isterinya. Untuk ke semua jenayah itu beliau dipenjara

seumur hidup dan sebatan 32 kali. Jadi lihatlah kebodohan manusia ini, ditipu bulat-bulat oleh Jin Ifrait itu, bertimpa-

timpa masalah dan kemudiannya membawa kepada hukuman yang telah beliau terima di atas dunia ini dan ia juga

tidak terlepas akan hukuman di akhirat kelak. Ambillah iktibar dari cerita ini.

2) Puak Syaitan

Bangsa dan puak inilah yang paling ramai sekali. Bangsa Syaitan ini yang banyak diperkatakan di dalam al-Quran.

Puak Jin Syaitan ini mempunyai kerajaan dan Raja-raja mereka sendiri. Pentadbirannya juga serupa dengan

kerajaan yang telah disebutkan terdahulu. Mereka inilah yang merupakan gerak jentera kerja Iblis dan Izazil untuk

menghasut manusia supaya melalaikan Ibadah, melambat-lambatkan solat, perasaan malas, membisik di dalam hati

manusia akan keseronokan dunia. Manusia akan rasa perbuatan haram itu lebih nikmatnya dari perbuatan yang halal

di mana ia sebenarnya adalah duduk di dalam waham semata-mata. Mengadu domba atau bercerita dan

menyampai-yampai cerita peribadi orang sehingga menimbulkan fitnah yang besar dan pergaduhan hingga masuk

ke dalam mahkamah, saman menyaman yang disensasikan di dalam TV dan di dada akhbar-akhbar. Membuat

manusia suka berkhayal memasang angan-angan dan seterusnya pengambilan dadah untuk duduk terus di dalam

khayal yang jauh bagi melupakan masalah pejabat, tekanan kerja, stress, masalah rumahtangga, masalah kewangan

yang meruncing, beban hutang syarikat, beban hutang Bank dll. Menjadi peminum arak dan seterusnya terjebak di

dalam ketagihan arak dan dadah yang kronik. Maka hancur musnahlah kehidupan manusia itu akibat hasutan syaitan

tadi.

Menimbulkan perasaan cemburu yang melampau-lampau yang asalnya hanya kecil dihati merebak menjadi besar

Page 3: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

kerana melayan perasaan ini. Memang manusia ada sedikit perasaan cemburu, tetapi ia harus dididik ke arah

kebaikan, bukan mengikut arah syaitan yang sentiasa menunggu peluang dan ruang yang anda buka untuknya.

Cemburu dalam semua perkara, cemburu melihat kejayaan orang lain. Cemburu melihat kekayaan orang lain,

Cemburu melihat kecantikan orang lain dan merebak menjadi segala-gala yang dilihatnya akan mendatangkan

cemburu, iri hati hingga di gelar busuk hati. Ia inginkan ke semua yang dimiliki oleh orang lain itu menjadi miliknya.

Atau cuba mengatasi jiran tetangganya dalam segala hal. Ia sentiasa mahu nampak lebih dari rakan-rakan, jiran

tetangga malahan lebih lagi dari semua penduduk bumi yang ada. Inilah sifat cemburu yang melampau dihasut oleh

Syaitan.

Biasanya manusia yang terjebak dengan hasutan Syaitan ini hanya bermula dari masalah yang kecil sahaja dan

akan berlarutan menjadi besar hingga membinasakan diri manusia itu sendiri. Di dalam contoh yang lain seseorang

yang selalu bercakap besar, akan terus menerus berbohong sehinggakan menyampai kepada masalah yang lebih

besar pun terpaksalah dia berbohong juga. Dari bercakap besar kepada berbohong dan kepada menipu pula. Hingga

ia tertangkap kerana menipu rakan niaganya. Oleh kerana hendak menyedarkannya, tindakan undang-undang

diambil ke atasnya supaya ia sedar akan perbuatan hinanya itu. Satu lagi hasutan syaitan ialah dari perasaan iri hati

di atas kejayaan rakannya dan kemunduran perniagaannya maka timbul pula perasaan berperasangka buruk kepada

rakannya itu. Ia menyangka perniagaannya itu akibat perbuatan rakannya yang telah berjaya itu. Perasaan Syak ini

amat merbahaya yang akan pula merebak kepada penggunaan ilmu sihir, santau, tuju-tuju, penganiayaan kepada

rakannya itu. Jadi meranalah rakannya kerana sihir yang dibuatnya melalui seorang bomoh. Dia gembira melihat

hajatnya tercapai dan asyik tersenyum diwajahnya saban hari. Hatinya puas kerana berjaya menjatuhkan rakannya

sendiri. Walhal semua itu adalah perbuatan Syaitan yang membisik-bisik dihatinya. Rakannya itu langsung tidak

berbuat apa-apa kepadanya. Kerana syaitan mendatangkan perasaan syak yang tinggi maka perkara ini berlaku.

Ingatlah tuan-tuan akan bisikan Syaitan tidak pernah berhenti selagi kita hidup.

3) Puak Iblis

Satu bangsa Jin yang sangat alim, warak, ahli abadi, menjadi ketua kepada Malaikat dan Jin kerana kuat ibadahnya

juga keistimewaan (kesaktian) yang telah Allah kurniakan kepadanya. Pernah mengetuai balatentera perang

bersama-sama malaikat untuk menghapuskan satu golongan Jin yang membuat kerosakan di alam Syurga dahulu

dengan perintah Allah swt. Selepas itulah timbul perasaan ego dihatinya kerana telah mengetahui tiada satu makhluk

Allah yang boleh mengalahkannya. Peristiwa ini berlaku sebelum Adam diciptakan. Selepas peristiwa inilah Allah

yang Maha Mengetahui telah menciptakan Manusia. Pertama sekali untuk menguji Iblis atas keimanannya terhadap

Allah swt. Apabila Allah memerintah semua makhluk ciptaannya untuk sujud kepada Adam as kerana Adam dan

Page 4: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

semua keturunannya telah dilantik menjadi Khalifah (ketua seluruh makhluk) oleh Allah swt. Maka semua makhluk

ciptaan Allah swt sujud patuh atas perintah itu kecuali Iblis. Ini adalah kerana ia merasa seharusnya dialah yang

mendapat darjat Khalifah itu oleh kerana amal ibadahnya yang tiada tandingannya serta satu jenis kuasa istimewa

(sakti) yang hanya diberi kepadanya. Inilah kesilapan Iblis yang besar dan dianggap derhaka kepada perintah Allah

swt. Malah Allah juga mampu pula menciptakan kuasa yang sama bentuknya kepada manusia keturunan Adam as

yang abadi dengan kuasa yang melebihi kuasa sakti Iblis itu (Mukjizat untuk golongan Nabi dan koramah untuk

golongan manusia biasa yang abadi). Kuasa Mukjizat dan Koramah ini pula boleh menbunuhnya. Ini juga telah

membuat Iblis menjadi lebih cemburu kepada manusia dan memasang dendam kepada Adam as dan seluruh

keturunannya sampai hari kiamat. Ia kemudiannya telah menjadi ketua puak jahat dikalangan semua golongan Jin

(bangsa Jin) yang memerintah seluruh kerajaan Jin di dunia ini. Ia pula meletakkan semua keturunannya di semua

bahagian pemerintahan di negara-negara jin yang digelar Maharaja dan Raja-raja disamping raja bagi puak Jin yang

tersangat ramai itu. Nanti akan saya ceritakan salah satu contoh Koramah yang menandingi sakti puak Jin itu di

bawah tajuk perbezaan Istilah puak Jin ini.

Begitulah tiga bangsa golongan Jin iaitu kelompok paling besar di dalam bangsa-bangsa keseluruhan puak mereka

ini. Ia diambil dari al-Quran, Hadis Nabi dan tafsir dari berbagai Ulama. Sebenarnya di bawah satu bangsa itu

terdapat beribu-ribu pecahan puak yang tidak diceritakan kepada kita secara khusus. Maka tidaklah perlu kita

mengkajinya lagi kerana ia hanya membuang masa kerana tidak akan menyampai kepada apa-apa tujuan. Lagi pun

garis panduan yang perlu kita tahu hanyalah 3 puak ini saja yang harus kita ketahui. Selainnya biarlah ia menjadi

rahsia ilmu Allah swt dan RasulNya saja.

PERBEZAAN PELBAGAI ISTILAH

Mari kita menyemak semula akan semua istilah yang banyak digunakan di dalam menceritakan akan Alam Iblis ini.

Atau pun istilah yang kita dengar dari mulut-mulut tok-tok Guru, Imam-imam, Ustaz-ustaz, orang tua-tua dan seluruh

masyarakat. Apakah terdapat perbezaan atau persamaan akan istilah-istilah tersebut yang saban kali kita dengar

tetapi tidak terfikir akannya. Istilah-istilah itu adalah :-

1) JAN

Merupakan datuk segala jin. Ia adalah makhluk pertama yang dijadikan Allah swt dari api yang sangat panas dan

angin samuun juga yang sangat panas. Kemudian darinyalah keluar seluruh keturunannya yang islam dan yang kafir.

Mereka pula berbangsa-bangsa dan beketurunan pula hinggalah ke hari ini. Oleh kerana mereka boleh membiak

sama ada berpasangan antara jantan dan betina atau pun tidak, dengan anak-anak yang ramai pula, maka cepatlah

Page 5: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

mereka memenuhi permukaan bumi, di dalam laut dan di udara dunia yang luas ini.

2) JIN

Merupakan anak keturunan sesudah Jan. Semua keturunan dan bangsa darinya dinamakan Jin. Jika kita

mengatakan berkenaan Jin, bererti kita bercakap berkenaan keseluruhan bangsa dan puak jin. Ia adalan istilah

umum bagi golongan ini. Jin bukanlah satu bangsa seperti fahaman sesetengah orang. Ia adalah nama yang diberi

oleh Allah swt ke atas golongan makhluk ini keseluruhannya. Nama secara Umum sahaja. Manakala bangsa-bangsa

jin ini adalah yang telah diceritakan di atas dan akan diulang lagi di bawah ini.

3) IBLIS

Salah satu bangsa atau puak Jin yang pada mulanya sangat abadi beribadah kehadrat Allah swt. Dipetik

perumpamaan Ulama tafsir iaitu “Tiada permukaan walau satu inci pun di bumi dan di syurga (dahulunya) yang tidak

menyentuh dahi Iblis kerana banyak sujudnya kepada Allah swt”. Jadi bayangkanlah betapa abadinya Iblis ini. Tetapi

rupa-rupanya terselit perasaan megah dan riak dihatinya akan banyaknya ibadah ini. Allah swt mengetahui apa yang

telah ia sembunyikan dihatinya itu. Ia kemudian diuji oleh Allah swt akan imannya itu. Maka terbukti yang Iblis tidak

pernah ikhlas dalam beribadah. Itulah sebabnya dia dimurkai dan dianggap derhaka akan perintah Allah dan

dihukum murtad dan kafir oleh Allah swt akan tabiatnya itu. Ia pula memohon untuk dipanjangkan umurnya untuk

menyesatkan seluruh musuh utamanya iaitu Manusia anak cucu Adam as. Ia telah mendapat perkenan Allah swt

dengan diberi panjang umur. Maka apa yang kita lihat, dengar, baca dan faham pada hari ini adalah sumpah dan

janjinya yang mahu menyesatkan semua manusia dihadapan Allah swt. Sumpah dan janji itu akan terus

dilaksanakan sehingga hari kiamat.

4) SYAITAN

Ia merupakan salah satu bangsa Jin lagi. Ia selalu digambarkan sangat sombong, keji bongkak, derhaka, fasiq dan

pengacau manusia. Ia sangat taat akan perintah Iblis dan menjadi tenaga kerja Iblis yang sangat rajin, siang dan

malam ia menganggu manusia silih berganti (seperti shift kerja kilang) tidak pernah berhenti 24 jam. Dia ini juga

musuh utama manusia kerana kerajinannya menghasut manusia. Ia juga yang suka memasuki tubuh manusia di

semua tempat bagi memudahkan kerjanya. Sangat takutkan Iblis kerana ia boleh dibunuh oleh Iblis. Kepada sesiapa

juga dari kaum jin ini yang menolong manusia, mereka akan dibunuh oleh tentera-tentera Iblis disaat itu juga.

Sebaliknya mereka digalakkan berpura-pura “menolong” manusia tetapi secara halusnya akan pula menyesatkan

manusia itu. Itulah yang manusia tak faham, tak tahu, tak reti sehingga mereka ditambat hidung mereka seperti

lembu atau kuda. Merekalah yang dijadikan tonggangan Syaitan, yang disebut di dalam al-Quran dalam beberapa

ayat.

Page 6: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

5) IFRAIT

Seperti yang telah diketahui, ini juga merupakan salah satu lagi Bangsa Jin yang selalunya disebut “Jin Ifrait”. Seperti

yang telah diceritakan tadi dan sebelum ini ia sangat sombong. Semasa zaman Nabi Allah Sulaiman, ada di antara

raja-raja Ifrait ini yang berkhidmat dengan Nabi Sulaiman as. Dan di dalam sirah Nabi Sulaiman as dan Ratu Balqis

yang juga telah dikupas di dalam ayat-ayat Quran ada diceritakan prihal mereka ini. Peristiwa itu bermula apabila

seekor Burung Hud-hud telah menghantar laporan kepada Nabi akan terdapatnya sebuah kerajaan yang kufur

menyembah matahari. Iaitu Kerajaan Sa'ba dan Maharaninya bernama Ratu Balqis. Ratu Balqis berketurunan

manusia dan jin. Ayahnya seorang Raja bernama Shurahil dan Ibunya bernama Rayhanah As Sakn daripada satu

bangsa Jin. Maka lahirlah Balqamah, nama asal Ratu Balqis yang telah diberi oleh Ibunya. Kepercayaan asal Raja

dan rakyat Kerajaan Sa'ba ini ialah percaya kepada Allah, tetapi telah dipesongkan oleh Syaitan (yang zahir

menyerupai orang alim) mengajar mereka menyembah matahari dan beragama Majusi.

Kerajaan Sa'ba ini terkenal kerana kesuburan tanahnya dan istana kerajaan ini diperbuat dari emas bertahtakan

belian dan semua batu-batu permata yang sangat mahal dengan kesenian buatannya yang tiada taranya. Maka Nabi

Sulaiman pun mengutus surat kepada Ratu negara itu untuk beriman kepada Allah dan tunduk di bawah

kerajaannya. Telah dikatakan juga apabila raja iaitu ayah kepada Balqamah meninggal dunia, mereka melantik

Balqamah menjadi Ratu. Jadi Ratu itu pun membuat helah dengan menghantar hadiah sebagai jawapan kepada

perintah Nabi Sulaiman. Atas nasihat para menterinya yang mengetahui akan kekuatan bala tentera kerajaan Nabi

Sulaiman as itu. Ratu itu berharap agar hadiahnya akan dapat menenangkan Nabi. Tetapi muslihat itu telah diketahui

oleh Nabi. Maka hadiah itu dipulangkan semula dengan amaran untuk memerangi kerajaan Sa'ba itu. Maka Ratu dan

semua menteri akan hadir mengadap Nabi Sulaiman untuk mengetahui akan agama yang dimaksudkan itu. Sebelum

berangkat, ratu telah memerintahkan agar istananya ditutup rapat dan semua harta di dalam istana itu disimpan

dalam peti besi supaya tidak dicuri oleh sesiapa. Mereka pun berangkat ke Kerajaan Nabi Sulaiman yang terletak di

Syam.

Mendengar perkhabaran itu, maka Nabi Sulaiman pun mengeluarkan perintah untuk memindahkan saja Istana

Kerajaan Sa'ba ke negaranya. Maka Ifrait yang pada masa itu menjadi salah seorang menteri di kerajaan Nabi

Sulaiman pun sanggup membawakan Istana itu sebelum rombongan Ratu itu sampai dengan Kesaktian yang ada

padanya. Mendengar kata-kata Ifrait itu maka bangun pula seorang menteri manusia bernama Asif bin Burkhya

(seorang abadi dan soleh) yang pula sanggup mendatangkan Istana Ratu Sa'ba itu sebelum Mata Nabi sempat

berkelip pun dengan koramah kurnian Allah (di sinilah disebutkan dalil bahawa Koramah waliallah boleh mengatasi

Sakti milik Jin). Ada beberapa versi akan cerita ini, ada yang mengatakan orang soleh itu adalah Nabi Allah Khaidir

Page 7: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

as dan ada juga yang mengatakan mungkin juga Nabi Sulaiman as sendiri. Maka Istana Kerajaan Sa'ba pun

dipindahkan bersebelahan Istana Nabi Sulaiman. Kemudiannya ia telah dicantikkan lagi oleh semua balatentera

Nabi.

Apabila Ratu Sa'ba itu sampai di sana, Nabi telah mengajaknya Ratu dan rombongannya memasuki Istana

"Barunya" itu. Semua telah berubah sehinggakan Ratu Sa'ba sendiri tidak mengenali lagi akan Istananya itu.

Terpinga-pinga ia dan semua menterinya itu melihat suasana rekabentuk dalaman Istana itu. Tetapi alangkah

terperanjatnya apabila ia melihat singgahsananya ada di situ. Maka Nabi Allah Sulaiman pun menceritakan perihal

Istana Ratu Sa'ba itu dipindahkan atas sebab supaya mereka tahu akan Kekuatan Kerajaan Nabi Sulaiman dan

semua balatenteranya serta kebesaran Allah swt. Tuhan yang sepetutnya mereka sembah, bukannya matahari.

Akhirnya Nabi Sulaiman pun mengahwini Ratu Sa'ba yang telah memeluk agama Nabi Sulaiman itu dan diberi nama

Ratu Balqis.

Oleh itu Jin Ifrait yang dikatakan sangat bijak dan sakti itu boleh juga dikalahkan dengan Koramah anugerah Allah

swt kepada orang-orang soleh yang menjadi kekuasaanNya. Tidaklah boleh Iblis dan semua kuncu-kuncu berlaku

sombong lagi atas dalil ini. Dan kepada manusia semua janganlah beranggapan sakti yang dimiliki oleh golongan Jin

itu melebihi kehebatan koramah waliallah dan kekuasaan Allah swt. Selamanya golongan Jin ini akan kalah dan

mereka sentiasa akan duduk dipihak yang rugi, keji, fasiq dan derhaka bersama-sama manusia yang berpihak

dengan mereka di dunia dan akhirat.... dulu, kini dan selama-lamanya.

6) IZAZIL atau AZAZIL

Ia bukanlah bapa kepada golongan Jin atau bangsa-bangsa Jin itu, tetapi merupakan nama seekor Iblis yang telah

diangkat oleh semua golongan Jin itu menjadi Ketua. Oleh sebab sangat bijaksana, pandai mengatur strategi, bijak

mentadbir, tahu semua kelemahan Manusia, memiliki sakti yang tinggi, pandai mencipta magic dan silapmata,

banyak idea menipu dan dihormati juga menjadi pujaan golongan Jin kafir keseluruhannya dari semua bangsa dan

golongan. Ia jugalah yang mencipta dunia hayalan dan syurga hayalan untuk manusia yang bodoh, yang cetek

pengetahuannya, yang terpedaya akan kehebatannya dan yang taksub menyembah Iblis. Berjaya mencipta

beberapa orang manusia menjadi Manusia Iblis yang menjadi hambanya. Sangat bijak menguasai seluruh ilmu dunia

dan dapat mengatur dunia mengikut telunjuknya. Hanya sedikit dikalangan manusia yang berjaya lepas dari

cengkamannya iaitu yang dikasihi Allah swt. Selainnya akan menjadi kuli dan hambanya kerana terpadaya dengan

hasutan dan tipu helah tentera-tenteranya iaitu golongan Jin dan manusia yang telah ditukar menjadi Iblis. Berjaya

juga mencipta 7 buah alamnya sendiri yang merupakan “penjara” bagi roh manusia yang bodoh, yang tidak mahu

belajar tipu helah Jin, yang tidak percaya alam ghaib dan alam roh, yang sangat degil dan keras hati tidak mahu

Page 8: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

mendengar nasihat (ayat al-Quran) yang sampai kepadanya, yang melengah-lengahkan masa mereka di dunia ini

dengan maksiat, yang sesat mengikut manusia yang sesat pula, belajar tanpa sanat yang telah ditentukan oleh Nabi

saw, yang menghina Nabi saw, seluruh keluarga Baginda, sahabat-sanabatnya dan seluruh pewaris Ilmu dan amal

darinya.

Izazil berserta Dajjal dan Manusia Iblis juga balatenteranyalah yang akan bertarung dengan Nabi Isa, Iman Mahadi

berserta 70422 Aulia Makdudin juga dibantu oleh balatentera langit seluruhnya. Dikala itu tiada yang akan tinggal

walau seekor pun dipihaknya dan manusia yang berpihak dengannya. Kesemuanya akan dihancur binasakan oleh

tentera akhir zaman Islam. Tiada seekor dan seorang jiwa kafir yang akan hidup. Kesemuanya mati dalam keadaan

hina dan keji. Itulah sebabnya mereka mengumpul seberapa ramai ahli puak mereka untuk menghadapi perang itu

dikalangan manusia. Kerana manusia telah sedia ada di dunia ini, manakala yang mati roh-roh mereka disimpan di

dalam “penjara alam Iblis” sementara menunggu perang itu. Mereka masih memegang angapan yang pihak

merekalah yang akan menang sedangkan Izazil dan beberapa ekor Iblis mengetahui akan kekalahan dipihaknya

sejak dulu lagi. Mereka semua akan tertipu, tinggal di dalam kekesalan yang teramat dan kekal selama-lamanya

begitu.

7) DAJJAL

Inilah “Manusia Iblis” pertama ciptaan Izazil laknatullah. Dajjal adalah manusia yang berhati Iblis. Bapanya dan

ibunya adalah berketurunan Turki dan Mesir. Mereka berasal dari sebuah kampung kecil bernama Rablah. Kedua-

dua ibubapanya itu adalah merupakan adik beradik seibu sebapa. Mereka bersekedudukan tanpa nikah dan apabila

orang kampung mengetahuinya, mereka berpakat menghalau mereka dari kampung tersebut. Mereka berpindah ke

kampung pendalaman bernama Samiri di negeri Mesir. Pekerjaan bapanya mengambil upah menjaga ternakan dan

membersihkan kandang ternakan juga membelah kayu api. Setelah beberapa ketika tinggal di dalam rumah

tumpangan milik seorang peladang, maka teringinlah mereka untuk mendapatkan anak. Setelah berusaha sedaya

upaya isterinya itu tidak juga mengandung maka Isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka

satu ketika bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan

menjelma sebagai orang abadi itu). Ia disuruh memohon pertolongan disebuah kuil jauh dihujung kampung itu. Sang

Isteri telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua mencari akan kuil itu. Akhirnya

mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kanpung itu sama seperti mimpi isterinya yang

didalamnya terdapat sebuah patung anak lembu. Mereka berdua pun membersihkan kuil itu dan memulakan upacara

memuja dan memohon pertolongan dewa patung anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu

juga. Maka mereka pun berhenti dari memohon. Tidak berapa lama isterinya bermimpi lagi supaya melakukan

Page 9: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

persetubuhan sewaktu dia datang bulan (di dalam haid) di dalam kuil dan dihadapan patung anak lembu itu.

Maka ia pun menceritakan perkara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila sampai waktunya mereka pun

melakukan seperti ydng disuruh di dalam mimpi isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa lama maka

mengandunglah si isteri, tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan. Semasa isterinya sarat

mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah sang isteri seorang diri. Dalam masa yang sama berita akan

mereka ini sampai pula ke telinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat mengandung

itu kerana takutkan orang kampung yang sedang mencari mereka. Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut

kata sami puak mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar di dunia ini. Itulah sebabnya orang-

orang kampung sentiasa mencari keluarga ini. Ibunya pun pergi ke kuil kecil untuk melahirkan anaknya di situ.

Setelah melahirkan anaknya ia pun meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak dan

kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya wanita itu meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini

sangat pelik, ia cacat sebahagian anggotanya, bersisik kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan

dan buta sebelah kiri. Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan di masa itu ia telah dipelihara oleh Malaikat Jibril

dengan diberi susu lembu sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu di alam tidurnya, Malaikat Jibril as telah pula

mengajarkan ilmu-ilmu hikmah kepadanya tanpa mengetahui bahawa budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah

permintaan Izazil kehadrat Allah yang juga dimakbulkanNya.

Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyian Dajjal telah diketahui oleh orang kampung. Mereka berpakat

untuk membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malaikat Jibril as dan diletakkan di benua Antartik

didalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia melarikan diri pula jika sedar

dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula telah menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan dan air minuman

yang dimasukkan terus kedalam mulutnya. Apabila umurnya telah sampai 55 tahun dia pun sedar seperti manusia

biasa. Perkara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja

menjaga kuda dan membersihkan kandang kuda Nabi. Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu mengintip

perbualan Nabi Musa dengan Nabi harun juga perbualan Nabi bersama Jibril as. Ia selalu mengikut dari belakang

akan Kuda Nabi dan apabila di satu ketika Jibril as mendatangkan nabi Musa sedang berkuda, kesempatan itulah

yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat pijak kaki kuda Malaikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu

memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan bantahan-bantahan yang mereka limparkan kepada Nabi Musa as.

Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari dibukit Tursinar, peluang ini diambil oleh Dajjal as Samiri

menunjukkan belangnya. Dia telah berucap dikhalayak kaum nabi Musa as iaitu bani Israil supaya mengumpulkan

semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada “Tuhan” Nabi Musa as. Setelah mereka kumpulkan emas

Page 10: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

itu maka diberikan kepada Dajjal. Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir bekas

tempat pijak kaki kuda Jibril as yang disimpannya dulu. Patung itu diletakkan di hadapan puak dan kemudian dengan

mentera yang diajar oleh Izazil. Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah “tuhan” nabi Musa as.

Kaum bani Israil yang selama itu mencari-cari tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patung anak lembu

emas itu. Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan as Samiri,

beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal keadaan itu. Maka Nabi Musa as memohon berkata-

kata dengan Allah. Di adukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi Musa meninggalkan kaumnya

kepada jagaan Nabi harun telah ditemplak. Seharusnya Nabi Musa meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah

swt kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga. Kenapa Nabi Musa beri kuasa penjagaan

itu ditangan manusia yang lemah yang tidak berdaya menjaganya ?

Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar Dajjal as Samiri ini dipisahkan dari

kaumnya dan seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan Nabi Musa as telah

diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa as dan Malaikat Jibrail as telah menangkap Dajjal as Simiri dan di

sumbat di dalam penjara Nabi Musa as iaitu di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun. Sesetengah

riwayat ahli tafsir menyatakan bahawa lautan Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu

dibahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan kurang tepat. Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di

Lautan Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana di situ juga telah Izazil ciptakan sebuah pintu Alam Jin seperti di

Bermuda Triangle yang boleh menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas dipermukaannya. Pintu Alam Jin

ini merupakan sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya mereka tangkap dan

mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang menjadi

sahabat dan khadam mereka. Manusia-manusia ini apabila mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat di sini

dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi mereka membuat senjata-senjata canggih untuk perang akhir zaman

nanti. Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun ke

permukaan bumi. Maka peluang itu dimanfaatkan secukupnya dengan membuat huruhara kerosakan besar di muka

bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan, ribut salji, puting beliong hingga

menyebabkan kematian manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan ditangkap oleh balatenteranya,

diheret dan disumbatkan di dalam penjara mereka itu. Kerosakan yang berlaku dikepulauan Hyaiti beberapa bulan

lalu adalah salah satu dari tindakan Dajjal untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi hambanya di penjara alam

Jin itu.

Dajjal as Samiri telah juga diriwayatkan pernah hadir dihadapan Nabi Isa as sewaktu zaman Nabi Isa as masih hidup

Page 11: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

di dunia dahulu. Ia hadir untuk membuat pertarungan dengan Nabi Isa as tetapi telah ditolak dan disuruh bersabar

menunggu masa dan ketika yang telah ditetapkan Allah swt kelak. Begitu juga semasa zaman Nabi Muhammad saw.

Diriwayatkan pada satu ketika semasa Nabi bersama-sama sahabatnya sedang duduk berbincang, tiba-tiba dia

muncul dan memperkenalkan dirinya dan mengajak Rasulullah saw untuk bertarung. Syaidina Umar yang

merupakan seorang Sahabat yang sangat garang telah menghunuskan pedangnya dan lantas hendak dipancung

kepala Dajjal di situ juga. Beliau telah ditahan oleh Nabi sendiri dan menerangkan hanya Nabi Isa as saja yang boleh

membunuh Dajjal, Dajjal tidak akan mati ditangan sesiapa kecuali Nabi Isa sahaja. Nabi saw telah menyuruhnya

bersabar menunggu masa yang telah dijanjikan Allah swt untuk mereka bertarung kelak, maka berundurlah Dajjal.

Jika pun Syaidina Umar berjaya membunuhnya di situ, Nabi bersabda, hukuman qisas akan dikenakan kepada

Sahabatnya itu kerana membunuh tanpa sebab yang membolehkan ia dibunuh mengikut Hukum Syarak. Jadi tiada

gunanya untuk dia dibunuh dikala itu.

8) QARIN

Merupakan kelompok yang berketurunan dari bangsa Syaitan. Ia juga selalu diceritakan akan lahir bersama-sama

setiap kelahiran manusia di dunia ini. Ia telah berada disetiap sistem peranakan wanita (rahim ibu) seluruhnya.

Apabila jatuh saja benih dari kaum manusia lelaki ke dalam rahim wanita itu, maka bermulalah tugasnya. Ia akan

berpindah masuk ke dalam sistem otak manusia, ini menunjukkan ia boleh menguasai akal fikiran manusia. Dari sini

Qarin akan mendapat maklumat pertama dari jasad manusia itu sendiri apa-apa juga pekerjaan yang ingin manusia

itu lakukan. Ia pula akan memberi tahu maklumat itu kepada tuannya iaitu Syaitan untuk membuat halangan akan

kerja yang akan dilakukan oleh manusia itu. Semua bentuk kerja sama ada bersifat keduniaan atau pun berbentuk

keakhiratan, Syaitan akan bersedia dengan halangannya di situ.

Sebagai contoh, jika manusia berhajat untuk melakukan puasa sunat esok hari. Maka maklumat itu akan dihantar

kepada Syaitan di mana ia akan membuat manusia itu tidak dengar locing jamnya untuk bangun sahur. Apabila

sedar, telah masuk waktu subuh maka manusia itu pun membatalkan niatnya untuk berpuasa sunat itu. Jadi

begitulah kerjasama mereka menghalang manusia. Tetapi tugas utama Qarin ialah menwujudkan halangan "lupa"

difikiran manusia maka timbullah perasaan was-was sama ada dia telah solat ke belum. Telah berwuduk ke belum,

sah ke wuduknya, betul ke tidak cara ia berwuduk, betul ke cara ia mandi hadas dan semua bentuk perkara yang

mengakibatkan lupa dan was-was seumpama itu difikiran manusia Islam.

Itulah sebabnya dapat dilihat semasa mengangkat Takbir ratulihram, seseorang itu terpaksa membuatnya berulang-

ulang kali kerana was-was. Begitu juga semasa mengambil wuduk, teringat saya seorang sahabat sewaktu belajar di

pensentren dulu, yang sangat susah untuk berwuduk, berulang-ulang sampai orang dah masuk rekaat kedua baru ia

Page 12: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

selesai berwuduk. Satu waktu, Pak Kiayai menyuruh dia mengangkat wuduk dihadapannya. Lagilah kelam kabut

dibuatnya, terlampau susahnya dia berwuduk lalu Kiayai suruh dia terjun saja ke dalam kolam itu. Itulah peristiwa

yang saya tidak dapat lupakan hingga ke hari ini.

Telah juga diriwayatkan bahawa Rasulullah saw juga mempunyai Qarin seperti kita, tetapi Allah swt telah

memeliharanya dari gangguan Qarin itu. Dari sebuah Hadis Ibnu Mas'aud ra telah diriwayatkan oleh Imam Muslim

bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya :

“Setiap daripada kamu ada bersama dengannya Qarin daripada golongan Jin, Sahabat bertanya, adakah kamu juga

wahai Rasullah ? Jawab Baginda, Ya... aku pun ada Qarin, cuma Allah swt membantu ku dapat mempengaruhi Qarin

itu untuk memeluk Islam dan sentiasa mendampingi ku dan tidak pula mendorong ku membuat sesuatu melainkan

dari kebaikkan saja”.

Keterangan Hadis : Dari hadis Rasululllah ini menunjukkan dalil bahawa setiap manusia tidak akan terlepas dari

mempunyai Qarin. Hanya tugas Qarin ini saja yang ditafsirkan berbeza-beza dari satu Ulama ke satu Ulama. Ada

yang mentafsirkan kerjanya menghasut untuk keburukan, ada yang kata menipu dan berbagai versi lain. Tetapi saya

mengambil akan tafsir yang lebih logik iaitu ia mendiami akal fikiran manusia seperti yang telah disebutkan tadi.

Qarin tidak mati apabila manusia tumpangannya itu meninggal dunia. Ia sebaliknya akan duduk semula ke dalam

sistem peranakan wanita lain yang hendak berumahtangga. Begitulah rutin hidupnya sampai hari kiamat. Ia adalah

tugas yang telah ditetapkan kepadanya oleh permintaan Izazil kehadrat Allah swt.

Adalah diingatkan supaya pembaca semua jangan beranggapan bahawa Allah swt telah menjalankan konspirasi

dengan Izazil dan Iblis laknatullah kerana semua permintaannya dikabulkanNya. Maha suci Allah swt dari sifat

rendah begitu. Sebaliknya Allah swt Maha Adil kepada makhluknya, ia diberi kemudahan untuk menyesatkan

seberapa ramai manusia yang dia mampu. Sebaliknya manusia harus peka akan perkara penyesatan dan dakyah

Iblis ini dan memelihara dirinya dan keluarganya dari gangguan mereka. Inilah dugaan dan fitnah yang paling besar

ke atas manusia semua.

9) BUNIAN

Seperti yang anda semua tahu Bunian atau orang halus ini adalah kacukan di antara Manusia dan Jin. Memang tidak

mustahil perkara ini boleh berlaku. Sejak dahulu lagi, sejak zaman Nabi Allah Sulaiman as lagi cerita ini telah

didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Balqis adalah merupakan kacukan antara bapanya manusia dan Ibunya

adalah golongan Jin. Kemudian banyak tempat pula di seluruh Malaysia ini ada saja perkampungan Bunian dari

cerita-cerita rakyat, malahan dibelakang rumah saya dikampung dahulu ada perkampungan Bunian. Saya semasa

kecil selalu bermain-main diperkampungan mereka dan sampai sekarang saya masih ingat nama-nama rakan-rakan

Page 13: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

sepermainan saya itu. Malah saya juga sentiasa diikuti oleh 3 orang Puteri Bunian ke mana saja saya pergi dulu.

Mereka nak kawin dengan saya tapi atuk saya larang sebab katanya mereka itu menyusahkan hidup manusia saja.

Atok saya cakap mereka itu umurnya dah berpuluh ribu tahun, dah tersangat tua tapi yang hairannya mereka

nampak sebaya je dengan saya. Saya tak ada apa-apa niat pun pada mereka. Malah saya tak tahu apa itu kawin,

jadi saya buat tak tahu saja lah. Tapi bila saya merantau, mereka pun hilang entah ke mana. Tak dapat dikesan

sampai sekarang. Sebenarnya orang kampung selalu minta saya tolong dapatkan barang-barang di alam Bunian itu.

Tapi saya buat tak reti je, malas nak layan orang tua-tua tu sebab minta barang yang bukan-bukan. Saya pun tak

faham kenapa mereka beria-ia benar untuk mendapatkan barang-barang di alam Bunian itu. Ketua Kerajaannya

adalah seorang Ratu, seorang perempuan. Anak-anak dialah yang suka ikut saya. Ratu ini juga baik dengan ibu

saya. Mereka selalu berbual-bual tak tahu apa yang dibualkan. Mereka ini pun selalu juga bertandang ke rumah

saya. Terutama bila Hari Raya Puasa, sungguh meriah di dalam perkampungan mereka. Tapi kami saja yang

nampak, kawan-kawan manusia yang mengaji Quran dengan saya nak sangat tengok tapi mereka tak nampak. Bila

mereka ajok saya, mereka kena ketuk dengan kayu oleh budak-budak Bunian tu. Itu sebab mereka tak berani main-

main dengan saya.

Menurut Abang Hassan yang tinggal di Ulu Langat Selangor, Mereka ni pun berpuak-puak juga. Mereka mempunyai

bahasa mereka dan kerajaan mereka tersendiri. Sewaktu saya mengunjungi rumahnya terdapat satu rumah kosong

di belakang rumahnya. Apabila kawan kata kawan nampak rumah tu dia terus mengajak saya memasuki rumah itu.

Rupa-rupa nya dia telah berkahwin dengan seorang Puteri Bunian berketurunan Sabt, beliau fasih berbahasa Sabt

dan mempunyai 6 orang anak. Keturunan ini semuanya beragama Islam, Dia kata tiada seorang pun yang tahu dia

ada isteri Bunian. Di dalam rumah itu terdapat sebuah singgahsana yang diperbuat dari tembaga kuning semuanya

siap dengan kelengkapan bantal-bantal dari baldu emas serta meriam naganya sekali, semua kelengkapan Istana,

Tombak-tombak, Panji-panji dan semua kain nya dari kain cendai buatan tangan. Bau di dalam ruang rumah itu

sangat harum, semua pengasuhnya dan hulubalangnya terdiri dari Bunian yang jumlahnya agak ramai juga. Rupa-

rupanya dibelakang rumah usang itu ada rahsia besar kawasan Kerajaan Bunian kaum Sabt yang tidak diketahui

umum. Yang menjadi hairan, kenapa mereka boleh menerima dan melayan saya dengan istiadat istimewa mereka ?

Rupa-rupa ia ada kaitan dengan kisah silam saya semasa dikampung. Mereka kenal akan rakan-rakan Bunian saya

dan orang yang pernah tinggal berjiran dengan kaum seperti mereka dari kaum Thyu. Ia seperti telah ada tanda pada

kita yang mereka kenal. Barulah hari itu saya tahu bahawa Bunian yang tinggal dibelakang rumah saya dahulu

semasa dikampung ialah dari kaum Thyu. Kaum Bunian Sabt dan Thyu adalah bersaudara dan mereka semuanya

Islam. Oleh itu ke mana pun saya pergi mereka akan kenal dari tanda yang mereka bagi pada saya, walaupun dari

Page 14: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

puak-puak lain kaum Bunian ini. Abang Hassan pun menyatakan hasrat Ratu mereka supaya saya juga dapat

menerima adik iparnya sebagai isteri saya, tetapi saya tolak kerana masih ingat pesan atuk saya supaya tidak

berkahwin dengan mereka kerana ia akan menyusahkan saya. Keputusan itu mereka terima dengan agak suram

tetapi terpaksa menerimanya juga kerana ketegasan saya sendiri. Begitulah cerita Abang Hassan.

Di lain ketika, saya telah membuat expedisi sendiri ke Gunung Ledang untuk menyusuri kebenaran akan cerita

lagenda Melayu Lama berkenaan Puteri Gunung Ledang di situ. Sayang sekali National Geographic tidak dapat

mengikuti saya, kalau tak tentu dapat tangkap gambar dan boleh buat program TV... (gurau saja). Setelah beberapa

hari di sana maka nampaklah pintu untuk masuk ke alam Bunian itu, saya pun masuk dan didapati sebuah Kerajaan

Bunian yang sangat besar dan luas di situ. Dari atas puncak Gunung itu dapat dilihat bak kata melayu lama, “sayup...

saujana mata memandang” akan luasnya kerajaan Bunian itu. Ia sangat cantik dan tersusun, pemandangannya juga

turut memukau mata. Rumah-rumah mereka dibina tersusun dilereng-lereng gunung seperti verinda-verinda

diperbuat daripada kayu bulat dan dilengkapi dengan atap dari jerami halus di ikat rapi. Ia langsung jauh berbeza dari

mitos cerita Melayu Lama di dalam filem atau pun yang diceritakan buku-buku hikayat lama. Ia jauh lebih indah

daripada itu. Kemudian Nenek Kebayan keluar dari lubang gua yang bercahaya dengan wajah yang sangat tua

terbongkok-bongkok bertongkatkan kayu cemeti berbuku-buku dan bengkang bengkok. Dia bertanya akan hajat

hamba, hamba katakan hendak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang. Dengan tak semena-mena dia bertukar

menjadi seperti seorang puteri yang sangat jelita. Hamba terus bertanya adakah dia itu Puteri Gunung Ledang, Ya..

jawabnya pendek. Jadi tuan Puterilah yang dipinang oleh Sultan Melaka untuk dijadikan Pemaisurinya ? Ya..

sambungnya lagi. Kenapa Tuanku menolak akan pinangan itu ? Tanya hamba lagi. Dia tidak layak... katanya. Siapa

yang tuan Puteri kata tidak layak, tuan Puteri kah atau Sultan kah ? tanya hamba. Dia hanya tersenyum dan ketawa

kecil dan melangkah masuk... kemudian menoleh semula kepada hamba seraya berkata, di luar sana ada sebuah

kenderaan. Jika tuan hamba hendak pulang gunakan kenderaan itu, di situ juga ada hadiah untuk tuan hamba...

katanya sambil menunjuk pintu keluar istananya. Terima kasih tuan Puteri, tetapi sebelum hamba melangkah pergi,

bolehkah hamba melihat-lihat kawasan Kerajaan Tuanku ini. Hamba memohon. Dia hanya mengangok-angokkan

kepalanya dan berlalu pergi.

Saya pun keluar dari ruangan itu menuju ke verindanya, dari situ dapat ditinjau seluruh kerajaan itu dari kiri ke kanan,

dari atas hingga ke bawahnya dengan penuh menakjubkan sekali. Tidak pernah terbayang dan terfikir adanya

kerajaan seumpama itu dimaya pada ini. Setelah melihat-lihat seluruh kawasan itu, saya pun melangkah ke pintu

keluarnya yang terdapat sebuah pedati kuno, (seperti di dalam cerita orang Rom) dihadapan pedati itu terletak 2

buah tempayan tembaga kuning bertutup rapat. Alangkah terperanjatnya saya bila saja meletakkan kaki di atas

Page 15: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

pedati itu, dengan tiba-tiba ia ditarik terbang oleh seekor burung purba zaman Jurasik, melayang ke udara

mengelilingi Kerajaan Bunian dan melihat mereka melambai-lambaikan tangan dari setiap Veranda-verinda rumah

mereka di kiri dan kanan lereng gunung itu. Saya diterbangkan ke Johor Bahru tepat ke halaman rumah saya.

Macam mana burung ni tahu rumah saya ? bisik hati. Saya turun dan menarik tempayan-tempayan tembaga itu

turun. Serta bingkas burung itu juga terbang semula ke udara dan hilang dari pandangan. Saya bawa tempayan itu

masuk ke dalam rumah, kemudian membersihkan badan untuk solat subuh. Selepas berehat saya pun teringatkan

tempayan-tempayan itu. Bila dibuka saja penutupnya, kelihatan terdapat ketulan-ketulan emas di dalam satu

tempayan dan batu-batu permata di dalam tempayan yang satu lagi. Kemudian saya tutup semula dan pergi

membuat kerja saya. Selang seminggu saya buka sekali lagi tempayan itu dan mendapati kedua-dua isi tempayan itu

telah bertukar menjadi batu-batu hitam yang tidak berharga. lantas saya katakan “Kalau dah Jin tu, Jin jugalah

namanya”.... telah saya jangka perkara ini akan berlaku.

Daripada cerita-cerita saya tadi, apa yang kita dapat faham bahawa kaum Bunian itu juga berbangsa-bangsa dan

berpuak-puak dengan nama yang berbeza-beza. Kerajaan- kerajaan mereka adalah mengikut nama kaum mereka

itu pula. Kemudian mereka paling mudah untuk mengajak manusia kawin, sedangkan kita pula harus berhati-hati dan

jangan taksub akan ajakan mereka. Manusia sebenarnya tidak mampu mengawal makhluk Jin ini, mereka akan

control kamu sepenuhnya dan akan mengongkong kamu. Mereka juga ada memiliki sifat cemburu yang sangat tinggi

atas apa juga perkara yang kamu buat di dunia luar yang sukar kamu bendong disamping sifat degil mereka

terhadap nasihat yang kamu beri. Mereka mempunyai hati yang keras dan sukar di didik supaya taat selain mereka

sebenarnya telah terlampau tua dibandingkan dengan kamu. Inilah pesan atuk saya yang saya sentiasa ingat hingga

ke hari ini. Jika di alamnya nampak emas, sedang kan itu hanya ilusi saja. Jangan mudah terperdaya dengan

permainan mereka yang mahir dalam ilmu sihir.

10) DEWA

Merupakan sebutan perkataan yang diambil dalam bahasa sanskrit yang bermaksud 'tuhan', yang kemudiannya di

ambil dan diguna pakai oleh sami-sami Hindu dan Buddha dalam mentafsir satu kuasa ghaib yang menolong mereka

dalam apa juga kerja buat mereka setiap hari. Mereka tidak tahu dari mana datangnya pertolongan itu dan mengelar

akan kuasa yang datang itu adalah dari para dewa-dewa mereka itu. Mereka telah ditipu oleh para-para Jin yang

berselindung disebalik nama-nama dewa mereka tadi. Jadi bolehlah kita menetapkan bahawa perkataan dewa itu

adalah merujuk kepada golongan Jin, tak kiralah kecil atau besar, kuat atau tidak. Seharusnya orang-orang Islam

menjauhi akan penggunaan nama dewa ini dalam apa juga bentuk tujuan kerana ia membawa kita kepada syirik

akbar (sesat besar) terhadap Allah swt.

Page 16: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

11) SAKA

Telah banyak diceritakan di dalam rencana ini berkenaan dengan saka keturunan. Ia adalah Jin yang diambil

sebagai sahabat atau khadam oleh seseorang yang sengaja dibiarkan atau tidak sempat dibuang sebelum mereka

mati. Jin saka ini akan mula mengacau semua keturunan tuannya itu hingga hari kiamat. Tiada seorang pun yang

akan terlepas dari pandangannya. Semuanya termasuk yang baru lahir sekali pun akan diikutinya. Pengambilan Jin

sebagai sahabat atau khadam ini adalah perbuatan syirik, yang di dalam syarak juga dihukumkan sebagai haram dan

najis. Tetapi di dalam masyarakat melayu sekarang, mungkin mereka tidak mengambilnya tetapi mewarisinya pula

dari nenek moyangnya yang tidak memahami hukum agama dengan betul atau mungkin juga mereka tidak

beragama Islam semasa mereka mengambil Jin-jin itu sebagai sahabat atau khadam. Justru itu mereka telah

terjebak oleh Jin-jin saka ini secara "tidak rela" akan kehadirannya, tetapi jin saka ini tidak peduli sama ada anda

suka atau tidak, anda tetap dibawah kawalannya. Jadi selalu diingatkan supaya ia dipisahkan dan dibuang sebelum

anda pulang kerahmatuallah.

Teringat saya akan satu cerita semasa saya menyusuri Sungai Jelai menuju ke Gunung Tahan dalam expedisi

menjejaki Hang Tuah yang dikatakan tinggal di kaki Gunung Tahan pada akhir tahun 80an dulu. Dengan menaiki bot

panjang saya mudik ke hulu hingga ke kampung Bantal Kuala Tahan, Hulu Tembeling. Sampai di sana mengupah

asli Semai untuk menjadi juru pandu arah hingga ke kaki Gunung Tahan. Dia membawa saya hingga bertemu

seorang tua yang memang tinggal disebuah gua di situ, tetapi beliau bukanlah Hang Tuah yang banyak diperkatakan

orang. Beliau merupakan asli senoi yang terpisah dari kelompoknya dan tinggal di situ kerana telah uzur. Jadi saya

pun berangkat pulang semula ke kampung Bantal dan tinggal beberapa hari di situ. Dalam pada berbual-bual dengan

seorang Batin di situ, beliau menyuruh kawan mencari Pak Long Kasim di tebing Sungai Jelai Kuala Lipis. Jadi

keesokan harinya kawan mudik ke hilir pula menuju ke Sungai Jelai Kuala Lipis untuk mencari Long Kasim di sana.

Sampai dipekan Lipis saya bertanya beberapa orang lama dan tentunya mereka semua mengenali Long Kasim

kerana beliau terkenal akan ramah dan sifat suka membantu orang ramai di situ. Di pagi itu saya di bawa bertemu

dengan Long Kasim untuk melerai masalah Hang Tuah ini, jadi dia pun mengajak saya ke rumahnya ditebing Sungai

Jelai tidak jauh dari Pekan itu.

Pak Long Kasim ini merupakan bekas Komunis dan juga merupakan cucu kepada Mat Kilau. Beliau juga

mengeluarkan khazanah peninggalan Mat Kilau serta gambar-gambar lama dia bersama Mat Kilau suatu masa

dahulu untuk ditunjukkan kepada saya. Tetapi untuk mencari Hang Tuah beliau minta tangguh sehari untuk

mencarinya. Saya dipelawa untuk tinggal dirumahnya itu. Ke esokan harinya beliau memanggil saya dan

Page 17: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

menerangkan prihal Hang Tuah. Dalam pencariannya, beliau menggunakan “sahabat” Jin nyn yang bernama “Pantas

di awan” untuk mencari ke seluruh pelusuk bumi Malaysia ini, namun 'beliau mengatakan tidak dapat berjumpa walau

di mana juga. Jadi kata muktamad bagi pencarian itu ialah dianggap beliau sudah tiada dan tidak diketahui di mana

kuburannya berada. Selepas itu saya sudah tidak punya apa-apa tujuan dan ingin pulang saja ke Johor tetapi Long

Kasim telah mempelawa mengikutnya dalam satu lagi kerja besar katanya, jadi saya tunggu saja di situ beberapa

hari lagi. Kerja besar yang dimaksudkan ialah untuk mengangkat keluar 3 buah lori balak yang jatuh ke dalam gaung

di Bukit Sembilan Jalan Merapoh ke Gua Musang. Maka beliau telah menggumpulkan rakan karibnya iaitu Cikgu

Wahab cucu Tok Bahaman dan Abang Malek cucu Tok Gajah menyertainya dalam operasi itu. Saya telah

diperkenalkan kepada semua rakan-rakan karibnya itu sebagai adik angkat Long Kasim, jadi mereka tidak berkata

apa-apa dan tidak membantah jika saya turut serta. Apabila hari telah malam kami pun berangkat ke tempat itu.

Mereka telah membuat satu upacara di tempat kejadian itu dengan semua peralatan dan juga seekor kambing hitam

telah dikorbankan di situ. Saya hanya memerhati apa yang mereka buat. Setelah selesai, kami pun pulang ke rumah.

Ke esokan pagi kami pergi lagi ketempat itu lebih kurang jam 10 pagi bersama-sama taukey kilang balak dari Raub,

tuan punya lori dan kayu-kayu balak itu. Taukey itu sungguh terperanjat bila mendapati ke semua lorinya telah

berada di atas jalan semula dengan semua kayu-kayunya terikat elok di atas lori. Hanya 1 dari 3 keadaan lorinya

yang agak rosak dan tidak boleh bergerak, itu tidak menjadi masaalah kerana masih boleh diperbaiki. Yang

merungsingkan Taukey itu ialah kayu-kayu dan pemandu lorinya saja. Pemandu dan pembantunya berjaya terjun

sebelum lori itu jatuh ke dalam gaung dan kesemuanya terselamat. Sekarang bagaimana boleh lori yang telah

terhumban itu boleh naik ke atas jalan hanya dalam satu malam tanpa menggunakan krin ? Inilah tanda tanya yang

bermain di kepala. Taukey itu memberi upah kepada Cikgu Wahab dan mengucapkan terima kasih kemudian dia

beredar untuk menguruskan lori dan kayu-kayunya itu. Kami semua kembali semula ke pekan Kuala Lipis untuk

melihat wang dibayar untuk kerja-kerja itu. Taukey itu membayar 30 ribu untuk kerja yang mereka buat, jadi dibahagi

tiga dapatlah seorang 10 ribu ringgit. Sungguh lumayan pendapatan mereka dengan usha yang sedikit, semuanya

dengan pertolongan sahabat long Kasim "Pantas Di awan". Tuan-tuan tahu apa dia Pantas di awan itu ? Ia

merupakan seekor Jin dari keluarga Ifrait yang juga dipanggil dengan nama Hantu Galah, Hantu Tinggi dan Raksasa

panggilan mengikut daerah. Ia akan membesarkan dirinya hingga sampai ke awan apabila kita melihatnya selain

mempunyai mata tiga dan tanduk tiga juga. Hantu Ini cukup bencikan saya sebab saya selalu menyindirnya dengan

bahasa yang sangat pedih, dan dia selalu saya minta hadir di hadapan saya tetapi dia sentiasa mengelak.

Sebenarnya Long Kasim mempunyai muslihat supaya saya mengambil sahabatnya itu sesudah dia tiada esok.

Tetapi saya sendiri mempunyai banyak alasan dan sentiasa menolak pemberiannya itu sebab ia bukan

Page 18: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

menyenangkan, sebaliknya menyusahkan. Di sinilah Long Kasim tidak dapat berbuat apa-apa walaupun cuba

menunjuk kebolehan Jin itu dihadapan saya. Saya sendiri lebih faham bahasa Jinnya itu dari Long Kasim sendiri. Ia

sangat licik dan pandai menipu.

Begitulah cerita Long Kasim dengan Sahabatnya yang menyusahkan Long Kasim untuk mencari pewaris kepada

sahabatnya itu apabila ia mahu meninggal kelak kerana dia sendiri tidak mempunyai anak dari darah dagingnya

sendiri. Inilah salah satu masalah jika bersahabat dengan Jin yang memuntut diwariskan kepada ahli keluarganya.

Inilah yang dinamakan Saka.

12) MANUSIA IBLIS

Manusia Iblis adalah asalnya merupakan seorang manusia biasa yang suka menuntut ilmu kebatinan, peringkat demi

peringkat sehingga ia akhirnya bersatu dengan Iblis dan menyerupai Iblis 100%. Asal mulanya amat berminat

memiliki ilmu sakti dan sanggup melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya asalkan matlamat memiliki ilmu

itu tercapai. Ia juga di didik oleh Bentara Guru Perguruan Kebatinan yang banyak tumbuh di merata tempat di

Indonesia. Malahan dia sanggup membunuh guru-gurunya untuk menjadi yang terakhir memiliki ilmu-ilmu tersebut.

Dari satu Bentara Guru kepada Bentara Guru yang lain sehingga tiada lagi Guru yang mahu menerimanya menjadi

akan murid. Siapa yang mahu untuk menjadi gurunya kerana semua bekas gurunya akan dibunuh setelah ia tamat

berguru. Begitulah arahan yang diterimanya daripada Iblis jika ia mahu menjadi yang terunggul di antara semuanya.

Apabila ia telah sanggup berbuat semua perkara yang disuruh oleh Iblis akhirnya dia hanya berguru dengan Iblis itu

sendiri sahaja, Orang yang saya maksudkan ini adalah ;

SABDO PALON

Ia adalah merupakan manusia sakti yang menjadi penasihat diraja dan juga merupakan Pornakawan kepada semua

Raja Majapahit dari yang pertama hinggalah yang terakhir. Raja Majapahit yang terakhir adalah Prabu Brawijaya

yang ditabal dan naik memerintah sekitar tahun 1470 selepas Ayahdanya Mangkat. Apabila agama Islam

berkembang yang di bawa masuk sekitar tahun 1472 oleh Walisongo, maka ia dianggap satu ancaman kepada

kerajaan Majapahit. Tetapi Prabu itu tidak pula mengarahkan supaya ia dibenteras dari awalnya kerana mengetahui

akan kelemahan balatentera semakin nyata. Maka Walisongo telah mengaturkan strategi untuk memasuki Istana

bagi berdakwah kepada Prabu sendiri agar menerima Islam sebagai agamanya. Prabu sendiri ingin mengetahui

kenapa rakyatnya berbondong-bondong memasuki agama ini, maka itulah sebabnya ia membenarkan Walisongo

mengadap dan memberi penerangan kepadanya. Prabu sebenarnya telah tidak menghiraukan akan nasihat Sabdo

Palon supaya tidak menerima mereka mengadap. Inilah salah satu sebab kenapa Sabdo Palon menyimpan dendam

terhadap Prabu itu sendiri. Maka pada sekitar tahun 1478 apabila Sabdo Palon sebagai Pornakawan, Penasihat,

Page 19: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

Pemelihara, Penjaga, pelindung dan sebagai Pelayan Raja yang seperti abdi yang setia diminta oleh Prabu

Brawijaya untuk memeluk dan menerima Islam, maka Sabdo Palon sungguh marah dan menolak permintaan Prabu

dengan amaran yang amat keras. Selain akan keluar dari Istana dan mengumpul semua balatentera yang setia

kepadanya kemudian akan menyerang balas Istana Prabu bersama Walisongo sekali, beliau juga telah melontarkan

sumpahannya yang antara lainnya disebutkan begini ;

“Sabdo Palon matur sungal, yen kawula maboten arsi angrakus agama Islam, wit kulo puniki yeti, rantuning dan yang

Jawi, gomong marang anak putu, sagunging priprayangan, kang dumunung tanah Jawi, wus pinesti sayeki pisahan...

Kawalan paduka Nata, wangsul maring kajiman mami, mung kulo matu pitungkas, mabenjing ing sapungkur mani,

yan mus prapta kang waci, jangkap gangsal arus tahun, awit dinten punika, kulo gentos ing agami, agami budi kulo

sebar nan tanah Jawi... Sintan tan puron ngang giyo, yakti kulo risak sami, sunayakan bala kulo, bekasakan ropi ropi,

dereng lega kang ati, yen dereng lebo tempor, kulo damel petanda, pratane tembayan mami, hardi Merapi wes

ajebiub mili lahar... Ngibol ngilen purugira, nganda banger iekang warih, ingeh punika wekdal kulo, wiwit ngebar

agama budi luhor, netapi janji mami, angree kodrat satuhu krasaning Djwata, sedaya gilir gumati, maboten kenjing

alamu hingga wahana.”

Terjemahan :

“Sabdo Palon membantah keras, Hamba tidak akan masuk agama Islam, Sebab hamba ini sebenarnya adalah Raja

dari Diyang (dewa penunggu) tanah Jawa, yang ditugaskan dan di pertanggungjawabkan mengajar anak cucu dan

segala Jin priprayangan yang berada di tanah Jawa, sudah ditakdirkan hamba akan berpisah... dengan Paduka Raja,

kembali ke Kerajaan Hamba, apabila sudah tiba masa genap 500 tahun, sejak dari saat ini agama Islam akan hamba

ganti dengan agama Kebatinan yang akan tersebar diseluruh tanah Jawa, barang siapa yang tidak mahu menerima

agama Kebatinan akan ku hancurkan, aku perintahkan pengikut dan balatentera ku dari segenap lapisan

masyarakat, aku belum merasa puas hati kalau belum hancur lebur, aku beri petanda apabila gunung berapi telah

meletup dan memuntahkan lahar ke Barat Daya mengalirnya, yang berbau hanyir airnya itulah saatnya, aku

penyebar agama Kebatinan akan menetapkan janjiku sesuai dengan kehendak Dewata, segalanya bergerak silih

berganti, oleh itu jangan diam lengah sebelum tercapai tujuan”.

Maka dia pun keluar dari Istana dan mengumpulkan balatenteranya dan menyerang Prabu dan Walisongo.

Berlakulah peperangan Majapahit yang terakhir. Prabu yang lari dari Istana telah berjaya mereka bunuh. Maka

mereka menyerang pula tentera Walisongo yang ternyata sangat kuat, akhirnya mereka semua kalah. Yang tinggal

hanyalah Sabdo Palon (SP) seorang menghadapi Walisongo 9 orang. Setelah beberapa lama mereka bertarung di

Page 20: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

tanah, di atas laut, di atas pokok, di udara, di atas awan, walisongo sememangnya telah mengetahui SP yang sangat

sakti tidak akan mati dengan apa juga senjata. Walisongo hanya ingin menangkap dan memenjaranya saja, tetapi

tidak berjaya. SP akhirnya berundur dengan berjalan di atas air laut Selatan dan menghilang. Di situlah Kerajaan

yang dimaksudkannya. Disini SP telah mengumpulkan balatenteranya dengan mengambil roh-roh manusia yang

setia dengannya, Penganut Ilmu Kebatinan dan orang-orang yang mengambil Jin untuk menjadi sahabat mereka di

alam sebelah Timur ini. Sehingga sekarang ini masih ada pesentren Perguruan Sabdo Palon yang telah diambil dan

dijaga pula oleh anak-anak buahnya hingga ke hari ini. Manakala pada tahun 1479 berdirilah kerajaan Islam Pertama

di Pulau Jawa iaitu Kerajaan Demak yang diketuai oleh sahabat dan juga anak angkat kepada Sunan Ampil iaitu

Raden Patah dengan gelaran Syeikh Maulana al Fatah yang berketurunan Raja Majapahit juga.

Sabdo Palon (SP) ini merupakan anak didik Izazil (Iblis agung), buktinya ialah dengan kesaktian yang dimilikinya

mirip yang dikurniakan Allah swt kepada waliallah (sama taranya) Yang mustahil manusia biasa boleh menyampai.

Keduanya dia telah menyampai kepada taraf sama dengan Iblis Izazil yang tidak akan mati sehingga hari kiamat dan

dia telah diberi sebuah Kerajaan disebelah Timur ini oleh Izazil untuk ditadbirnya. Ke tempat ia penyebar dakyah

agama ciptaannya sendiri iaitu Kebatinan yang boleh diubah suai mengikut kehendak penganutnya. Ia adalah agama

ciptaan manusia yang benar-benar mirip pula dengan agama Islam ciptaan Allah swt. Begitu tinggi fitnah yang

diciptanya sama tarafnya dengan Dajjal yang memfitnah agama Nabi Musa as dahulu. Menjadikan dia ialah Manusia

Iblis kedua selepas Dajjal. Jika Dajjal diletak di sebelah barat maka SP di sebelah Timur. SP juga telah mendidik

seorang anak perempuannya untuk menjadi sepertinya. Setelah anaknya itu benar-benar menyampai ke taraf yang

diharapkan olehnya maka kerajaannya di Lautan Selatan ini diserahkan kepada anak perempuannya itu, dia telah

diberi pula sebuah kerajaan di daratan iaitu di puncak paling tinggi di dunia iaitu Gunung Everest. Di kedudukan itu

SP berada di tengah-tengah di antara dua lagi agama ciptaan Izazil iaitu Hindu di India dan Buddha di Tibet. Di sini

dia telah di angkat menjadi Maharaja Salju dan berkedudukan tertinggi sekali di antara manusia paling jahat di dunia.

Jadi SP juga di kenali dengan banyak gelaran antaranya ialah Sunan Polon, Dewa Agung Kebatinan, Maharaja

Manusia Iblis, Maharaja Salju, Dewa Tertinggi Manusia Iblis, Dewa Penjaga 3 agama dll. Semua agama-agama

sesat di sebelah timur ini adalah berasal darinya. Anak perempuannya itu ialah Nyayi Lorogidul yang banyak

meninggalkan kesan membawa ilmu Kebatinan di Pulau Jawa. Ia juga telah berjaya menyesatkan jutaan manusia

mengikutinya kerana tertipu akan dakyahnya.

NYAYI LOROGIDUL

Merupakan anak tunggal perempuan kepada Sabdo Palon. Ia dipelihara sendiri oleh SP dan Ibunya telah dibunuh

untuk persembahan SP semasa menuntut dahulu. Lorogidul sendiri telah menyerahkan dirinya kepada Bapanya

Page 21: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

sebagai “Bersatu”, yang dengan sendirinya menjadi “Isteri” kepada Bapa Iblis itu. Itulah sebabnya Lorogidul tidak

pernah kawin dengan sesiapa selepas itu. Perbuatan “Sumbang Mahram” ini kemudian di ajar pula kepada manusia

lain yang ingin menyampai sesuatu darjat Kebatinan. Jika kaum wanita dengan Lesbiannya maka kaum lelaki pula

dengan Liwatnya. Inilah sebabnya perkara ini telah tersebar luas di Jawa. Tanpa segan silu lagi, acara ini dijadikan

pesta kaum Kebatinan sekarang ini. Inilah wadah dakyah terbaru puak Kebatinan bagi menarik minat golongan muda

mudi memasuki agama Kebatinan dengan sajian sex bebas pula.

Setelah bapanya meninggalkan Pulau Jawa dan memasuki alam ghaib di Kerajaannya di Laut Selatan. Maka tempat

SP diganti oleh Lorogidul pula sekitar tahun 1480. Semasa itu dia telah pun menyampai tahap tertinggi Ilmu

Kebatinan. Jadi apabila agama Kebatinan itu kalah dalam perang dengan Kerajaan Demak pimpinan Walisongo.

Maka agama Kebatinan telah diajar secara senyap-senyap di kampung-kampung pendalaman. Mereka lari dari

wilayah Majapahit keceruk negeri untuk mengumpul semula orang-orangnya dan mengambil penuntut baru. Nyayi

Lorogidul menjadi popular pula apabila dipenghujung pemerintahan Kerajaan Demak yang semakin lemah dan

ditambah pula akan kemasukan Belanda di Pulau Jawa. Jadi pada waktu itulah kebangkitan semula Ilmu Kebatinan

semakin dekat dihati masyarakat Jawa kerana ingin mempertahankan negara dari kemasukan Belanda yang kejam.

Mereka mencari perlindungan dari penuntut-penuntut sakti yang diajar oleh Nyayi Lorogidul yang disuruh untuk ke

segenap penjuru Wilayah dan Negeri bagi mengambil penuntut baru dan tawarkan keselamatan oleh mereka.

Itulah sebabnya Pesentren Perguruan mereka kebanyakannya di ceruk-ceruk kampung hingga ke hari ini, tetapi

sekarang di buka di bandar-bandar kerana keterbukaan masyarakat Jawa dalam menerima apa saja agama

mengikut Hukum Pancasilanya selepas Merdeka dari tangan penjajah. Malahan agama Kebatinan telah mendapat

waktu siarannya sendiri dikaca TV bagi menyebar dakyahnya dikhalayak ramai yang juga dikenali dengan nama

Kepercayaan Kebatinan atau Aliran Kebatinan. Kalau di Malaysia, salah seorang penuntut Aliran Kebatinan yang

paling popular ialah Mona Efandy yang dihukum gantung kerana membunuh seorang wakil Rakyat yang bergelar

Dato dari Pahang. Anda ingat lagi akan peristiwa itu ? Nah... di sinilah beliau belajar, di Pesenteren Perguruan

Kepercayaan Kebatinan Laut Selatan di Jokja. Ia anak murid kepada Lorogidul atau nama-nama lainnya ialah Mak

Lamper, atau Ratu Laut Selatan, Maharani Dewa Manusia Iblis, Puteri Laut Selatan dan banyak lagi nama yang

diberi oleh anak muridnya. Kesaktiannya setara gurunya juga iaitu Sabdo Palon yang juga bapanya. Maka tidak

hairanlah beliau juga telah dihalau keluar oleh keponakan Walisongo juga setelah kalah dalam pertandingan Ilmu

Batin, atau Ilmu Dalam apa bila markasnya diserang oleh penuntut perguruan Walisongo kerana mereka telah

bertambah mengancam kedudukan Umat Islam sekitar Kacamatan wilayah-wilayah Jawa Tengah pada sekirtar

tahun 1520. Ratu Manusia Iblis ini juga tidak boleh dibunuh dan tidak akan mati sehingga hari kiamat. Yang boleh

Page 22: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

dibuat ialah menghalaunya kembali ke Kerajaannya di Laut Selatan, iaitu lautan mengadap ke Australia. Begitulah

ceritanya Manusia Wanita Iblis yang telah bersatu 100% dan menjadi Iblis seperti juga ayahnya Sabdo Palon.

SEIKH SITI JENARSeorang lagi pengikut Sabdo Palon secara senyap ialah Seikh Siti Jenar. Ajarannya telah menyusup masuk ke

dalam Masyarakat semasa keberlangsungan ajaran Walisongo telah begitu hebat dipelajari oleh masyarakat di

Seluruh Kepulauan Jawa. Agama Islam yang di ajar oleh Walisongo berkembang begitu pesat dan dikala itulah Seikh

Situ Jenar membuka juga pondok Pesentrennya yang mengajar “Tarikat” sesatnya. Sebenarnya ia hanya mirip

kepada ilmu Tarikat disebaliknya ia mengajar agama kebatinan jika kita teliti akan ajarannya dan kitab-kitabnya.

Beliau telah memfitnah ajaran Walisongo, Tarikat Al Hallaj, Semua bentuk ajaran benar Tarikat dan Falsafah

Wahdatul Ujud sebenar dan memfitnah Rasulullah saw sendiri. Atas sebab hendak menyampai secara jalan singkat,

maka ia memuntut dengan Sabdo Palon sendiri secara senyap supaya masyarakat tidak perasan akan kecacatan di

dalam ajarannya. Beliau juga sakti yang menyerupai koramah Walisongo. Maka masyarakat telah menjadi keliru dan

terperangkap dengan dakyah songsangnya.

Sebenarnya beliau bukanlah anak jati Jawa, beliau berasal dari Iran dan nama sebenarnya ialah Abdil Jalil. Setelah

sekian lama tinggal di Jawa maka ia amat fasih berbahasa jawa malah telah juga berkahwin dengan wanita Jawa.

Antara ajarannya yang sungguh mengelirukan penuntut Tarikat ialah :

1) Berpegang dengan falsafah sesat menyerupai "Wahdahtul Wujud" yang beranggapan iaitu “Menunggaling Kawlo

Gusti, Yo Allah yo insun, yo insun yo Allah”. Bahawa hamba itu tuhan, tuhan itu hamba. Maknanya manusia bila telah

menyampai makrifah itu bersatu dengan tuhan terus yang amat jauh dari tafsiran sebenar Makrifatullah. Inilah yang

dipegang oleh Ahmad Laksamana, Ayah Pin, Rasul Kahar, Baginda Mokthar dll.

2) Jika telah menyampai makrifat, maka syariat sudah tidak perlu lagi dibuat. Orang yang melakukan syariat ialah

orang awam dan orang bodoh. Ia telah terlepas dari hukum Syarak dari melakukan semua tuntutan syarak kepada

dirinya. Maka kesannya, banyaklah orang-orang yang tidak mahu atau malas beribadah menjadi pengikutnya. Malah

mereka bebas minum arak tetapi mengaku Islam. Ia mengisi ruang kosong yang ditunggu-tunggu oleh orang yang

tidak mahu solat, puasa, zakat dan naik haji yang terang-terang sesat dari akidah islam sebenar.

3) Hidup dan mati adalah sama saja, mati tu hidup, hidup tu mati. Jadi ia boleh membawa kepada manusia menjadi

hampa dan tidak percaya lagi qada dan qadar Allah swt. Manusia tidak mahu lagi berusaha untuk menjalani hidup,

malas dan tidak berkeyakinan lagi mahu berkerja kuat. Sedangkan ia adalah dituntut dalam Islam, bekerja untuk

menyara hidup diri dan keluarga. Maka mereka akan menjadi pengemis saja kononnya “zuhud” yang membuang

hidup di dunia. Padahal jika mereka mati di dalam keadaan ini, matinya dikira di dalam kesesatan yang nyata.

4) Syurga dan Neraka telah ada di dalam diri anda sendiri, jadi anda tidak perlu menunggu hidup selepas mati

kerana ia sama saja. Fahaman seumpama ini akan membawa kepada manusia hilang maruah dirinya dan akan

sesat yang jauh. Mereka boleh ikut suka hati mereka saja untuk berbuat sama ada disukai orang atau tidak, hak

orang menjadi hak dirinya, Isteri orang juga isterinya, harta benda orang juga menjadi hartanya. Ia bebas berbuat

apa saja kerana tiada lagi dosa dan pahala. Perbuatan jahat sama saja dengan perbuatan baik. Dialah penentu

syurga dan neraka itu. Perbuatan yang sedap, lazat, senang, kaya dan gembira itu syurga dan perbuatan yang

Page 23: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

susah, payah, di benci, miskin dan yang buruk-buruk itu semua neraka. Jadi ambil syurga saja, atau semuanya

syurga saja jika ia menyenangkan hati. Tak ada duit rompak, samun. Tak ada bini, rogol anak orang, bini orang.

Ambil hak orang sesuka hati. Pergi ke kedai ambil saja barang tak payah bayar. Ada duit berjudi dan main nombor

ekor, ia syurga kerana kegemarannya dan hobinya. Perbuatan itu memalukan diri sendiri kerana tidak bertamadun,

seperti orang zaman jahiliah yang tidak mengenal hukum jenayah negara dn hukum Islam.

5) Allah dan Muhammad adalah dua dalam satu tak boleh dipisahkan, hambanya yang lain yang menyampai

makrifah pun begitu. Muhammad adalah nur atau nur muhammad, sedangkan nur itu pula adalah cahaya, oleh itu

hidup dan cahaya adalah satu. Bermakna Nur muhammad itu ada dalam diri kamu, jadi kamu juga rasulullah. Ini

benar-benar memfitnah Nabi Muhammad saw daripada menyamakannya dengan Allah swt, hingga kamu juga sama

macam Nabi. Naauzubilahiminzalik... Mahasuci Allah swt yang hendak di samakan dengan mana-mana makhluk dan

maha suci Rasullah saw nak disamakan dengan manusia biasa yang banyak dosa ini. Fikirlah kesannya. Kalau dah

manusia itu tuhan, semuanya halal baginya, tak ada dosa dan pahala, kawin ikut suka guna “Nikah Batin” saja, dan

sebagainya lagi. Tidak ke manusia itu sudah menjadi Iblis. Inilah ajaran agama kebatinan Sabdo Palon yang

diadaptasi oleh Seikh Siti Jenar dalam pembelajaran di pondoknya. Bahkan telah diikuti oleh ramai tok-tok guru palsu

di Malaysia yang diceritakan dengan megah dikedai-kedai kopi seluruh negara oleh anak-anak muridnya pula.

6) Solat tak perlu wuduk, rukuk, sujud dan semua gerak kerjanya, hanya perlu daim atau diam sahaja iaitu mendam

dalam rasa saja atau semadi juga dipanggil “sembah Roso”. Inilah yang paling disukai oleh mereka yang malas solat.

Pakai diam saja, dah kata solat. Dalam tandas pun boleh solat malah di mana saja boleh solat. Bersetubuh dengan

isteri pun dikata solat, lepas tu tak payah mandi junub hanya basuh saja. Betul-betul macam orang kafir. Dalam islam

tidak pernah diajar perkara begini. Malahan pengikutnya jika lalu di Madrasah atau Masjid hendak saja mereka bakar

Masjid dan Madrasah itu. Mereka akan terpekek-pekek menyindir perbuatan Azan itu sambil menyumpah-nyumpah

mereka yang pergi solat berjemaah. Pernah di satu kejadian mereka melimpar bom api di Masjid, menghalang orang

Islam masuk ke dalam Masjid untuk solat Jumaat hingga polis campur tangan dan banyak lagi perkara yang sesat

dan salah telah menular di dalam Masyarakat di seberang hingga ke hari ini.

Begitulah sebahagian contoh-contoh ajaran Seikh Siti Jenar (SSJ) yang segar hingga ke hari ini walaupun dia telah

tiada hampir 600 tahun. Jika kita buka buku sejarah Walisongo, SSJ telah dihukum bunuh tetapi mayat dan

kuburannya telah dirahsiakan. Tetapi mengikut guru-guru pengajian mereka bahawa SSJ tidak mati, malah ghaib

seperti SP dan Nyanyi Lorogidul juga. Dikatakan bahawa SSJ sekarang tinggal di dalam sebuah kerajaan yang

menempatkan semua ahli dan anak muridnya seperti sebuah syurga. Jadi inilah yang menguatkan lagi cerita bahawa

SSJ adalah anak murid SP dan kini mendiami salah satu Kerajaan ciptaan Izazil Iblis. Selayaknya ia juga tergolong

sebagai salah seorang dari Manusia Iblis juga.

Sesiapa yang telah tersasar dan telah mempelajari Kepercayaan Kebatinan atau “Tarikat sesat” atau Aliran

Kebatinan yang mirip ketiga-tiga mereka di atas ini dinasihatkan agar segera kembali ke pangkal jalan. Ditakuti anda

mati di dalam keadaan yang berkedudukan kesesatan yang jauh ini. Malah anda akan menjadi hamba abdi mereka

sampai kiamat dan dihumban ke dalam Neraka Jahanam seperti yang telah dijanjikan untuk selama-lamanya.

Berhati-hatilah dengan dakyah mereka.

Page 24: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

RAJA-RAJA JIN DI ALAM ATAS YANG BERAGAMA ISLAMTerdapat 7 kerajaan alam atas yang diperintah setiap satunya dengan seorang Raja. Raja-raja tersebut adalah

seperti berikut :

1. Jibriyaail

2. Mikiyaail

3. Samsamaail

4. Ruqiyaail

5. Kasfiyail

6. Sarfiyaail

7. Ainyaail

RAJA-RAJA JIN DI ALAM BAWAH YANG KAFIRTerdapat juga 7 kerajaan alam bawah yang diperintah setiap satunya dengan seorang Raja. Raja-raja tersebut

adalah seperti berikut :

1. Akhmar

2. Burkhan

3. Syamhurisah

4. Mazhab

5. Marrah

6. Maimon

7. Zubaiah

RAJA-RAJA KERAJAAN JIN IFRAITTerdapat 4 kerajaan yang besar golongan Jin Ifrait di seluruh alam ini. Mereka-mereka ini pernah bekerja di bawah

pemerintahan Nabi Allah Sulaiman as sebagai Menteri dalam kerajaan itu. Mereka ini adalah Jin Ifrait yang paling

jahat sekali diantara semua Jin dari bangsa Ifrait. Mereka itu ialah :

1. Munaliq

2. Hadlabaajan

3. Shughal

4. Thamrit

RAJA-RAJA DARI ANAK-ANAK IBLISTerdapat 5 buah kerajaan besar yang di perintah oleh anak-anak Iblis berserta dengan tugas-tugas mereka dalam

kerajaan itu. Mereka ialah :

Page 25: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

1) Dassim - Tugasnya ialah untuk merasuk manusia supaya bercerai-berai antara suami isteri, adik beradik, sahabat

handai, jiran tetangga. Memutuskan siratulrahim, kekeluargaan, jemaah dan seumpama dengannya.

2) Mabsuut - Tugasnya ialah untuk merasuk dan mengasut manusia supaya memfitnah, mengadu domba, dengki

khianat, berlaku summah dan seumpama dengannya.

3) Thubar - Tugasnya ialah untuk merasuk manusia yang ditimpa masalah, musibah dan bala bencana supaya

berputus asa akan rahmat Allah swt. Mereka menyumpah-yumpah dan memaki hamun marah kepada Allah swt

kerana ditimpakan musibah itu.

4) Zalanbur - Tugasnya ialah untuk merasuk dan menghasut manusia supaya bergaduh, bertengkar, bermusuhan,

bertumbuk dan membunuh. Orang yang dirasuk ini selalu mendapat gelaran atau nama panggilan kerana terkenal

akan sifat panas barannya contohnya Man Rimau, Dol minyak, Mat Kepala Angin dll.

5) Al-Anwar - Ditugaskan untuk merasuk dan menghasut manusia supaya berbuat perbuatan keji yang akan

meruntuhkan nama baiknya sendiri seperti berjudi, nombor ekor, gejala sosial, minum arak, sumbang mahram,

onani, berzina, lesbian, sex bebas, Homosexsual, Liwat. Mereka pada mulanya hanya mencuba dan berjinak-jinak

akan perkara-perkara di atas, tetapi mereka tidak tahu sekali saja mencuba ia akan membawa kepada ketagihan

yang kemudiannya menjadi hobi, seterusnya menjadi kegemaran dan akhirnya ketagihan yang tidak dapat lagi keluar

akan masalah itu. Contoh yang paling keji sekali ialah Homosexsual dan Liwat, mereka yang telah mencuba sekali

akan terus kekal sampai mati, amat sukar sekali ingin membuang tabiat itu walau dicuba beberapa kali, ia tetap

sama. Terus dengan kerja keji dan maksiat besar ini dan mendapat kutukan Allah swt seperti kaum Nabi Luth.

KETUA DAN RAJA AGUNG SELURUH KERAJAAN IBLIS DAN JIN ialahIZAZIL LAKNATUALLAH

MANAKALA MAHARAJA TERTINGGI KE SEMUA KERAJAAN-KERAJAAN JIN ialahTHOTHAMGHIYAM YAAL

MANAKALA MALAIKAT YANG MENJAGA DAN MEMANTAU AKAN KE SEMUA KERAJAAN DAN SELURUH GOLONGAN JIN DARI YANG KECIL SAMPAI SEBESAR-BESARNYA ialahMALAIKAT MAITHOTORUN atau 

KUTUBUL JALALAH

Dengan ini maka lengkaplah keseluruhan Kerajaan Jin atau disebut juga dengan nama yang paling popular di

panggil Alam Iblis. Telah diceritakan dari mula sampai akhir yang dirasakan tiada satu pun yang tertinggal lagi.

Sekarang anda semua telah mengetahui dengan lengkap akan Alam Iblis yang menjadi musuh kamu yang paling

nyata walaupun telah dijadikan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. Tetapi ketajaman naluri dan pandangan

basrah mampu melihat segala kegiatan jahat mereka yang sentiasa mahu menghancurkan setiap jiwa daripada umat

Islam. Maka carilah jalan keluar dan jangan lagi seronok bersama mereka itu walaupun apa alasan yang diberi,

mereka ini akan tetap memusuhi kamu luar dan dalam. Berpegang teguh dengan Iman yang telah dilengkapi oleh

Page 26: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

Allah swt pada setiap individu, tiada alasan yang kamu boleh beri esok hari dihisab seluruh jenis amalan kamu

semasa di dunia, di hadapan Allah Rabuljalil di Yaumil Mahsyar. Tiada siapa lagi yang akan dapat menolong kamu di

situ. Ingatlah janji ini benar.

CARA-CARA MENGHINDARI DAN KELEMAHAN JINDaripada keseluruhan cerita yang telah dipaparkan ini maka bolehlah dibuat satu rumusan bagaimanakah kita

hendak menghindarkan gangguan Jin dan kuncu-kuncunya itu. Inilah yang paling penting dalam semua ilmu terawal

yang perlu ada kepada semua “Murid” yang inginkan menempuh perjalanan menuju kepada Allah dalam apa juga

jalan atau Tariqat yang benar bukan yang palsu. Apabila kamu telah sampai kepada Hakikat di dalam Hakikat,

mohon dengan izin Allah agar kamu diperlihatkan alam yang saya katakan ini. Di situ kamu akan nampak sendiri

akan semua dari apa yang telah saya paparkan ini adalah benar belaka.

Kelemahan utama golongan Jin ini ialah apabila kamu melakukan ibadah tak kira wajib atau pun sunat kamu masuk

di dalam wilayah Ikhlas dan Redha. Di dalam wilayah ini kamu tidak dapat lagi diganggu oleh mereka dari apa juga

golongan termasuk Qarin anda sendiri. Baharulah kamu akan merasa selesa, tenang, khusuk dan rela di dalam

ibadah itu terutama solat. Masalahnya bagaimana kamu hendak masuk ke dalam wilayah itu ? Ia adalah dengan

latihan yang berterusan. Tanpa latihan kamu tidak mampu untuk masuk. Masalah selepas latihan ialah gangguan

Saka, jadi saka hendaklah dibuang. Jika tidak memang payah untuk masuk di dalam Wilayah Ikhlas dan Redha itu

dengan adanya saka yang bergayut ditubuh anda. Itulah sebabnya kena ada Guru, Guru yang ada jalan, jalan yang

namanya Tariqat, Tariqat yang berwasilah dan beribtah menyampai kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw adalah

penjamin seluruh umat Islam. Tanpa Nabi tiadalah alam ini.

Dengan berdamping dengan guru kamu sentiasa akan dijaga rohani dan jasmani. Sentiasa dikawal pergerakan anda

walau di mana kamu berada. Jika kita tidak kuat, ikut lah orang yang lebih kuat. Maka kamu juga tidak akan diganggu

oleh puak-puak jahat itu. Kerana mereka kalah dengan orang kuat di depan kita itu. Maka terselamatlah anda. Jika

kamu berjalan juga seorang diri pastinya kamu akan diganggu, maka cara yang paling mudah ialah duduk dengan

mereka yang kuat-kuat itu. Ini adalah gambaran yang paling mudah untuk saya gambarkan akan setiap perjalanan

menuju Allah. Jalan yang lain amat tidak selamat, sebab mereka itu pakar serangan hendap dan pakar mencolek

hingga kamu tidak sedar kamu telah dicolek. Diharap anda semua faham kenapa perlunya anda ada guru yang

berwasilah dan beribitah.

Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya

Page 27: IBLIS Dan ALAMNYATazkirah1 Comments

PERJANJIAN JIN DAN NABI ALLAH SULAIMAN A.S"Dengan ini saya memperingatkan kamu wahai jin dengan perjanjian kamu(iaitu Bani Jin) dengan raja kamu dahulu iaitu nabi Sulaiman supaya kamu semuakeluar dan berpindah dari rumah kami. (termasuk dari tubuh badan kami)Saya juga memperingatkan kamu bahawa Allah memerintahkan kamu supaya keluardari rumah kami, dan jangan menyakitkan seorang pun dari kalangan kami (manusia)danhendaklah kamu berpindah dari rumah kami"