31
I d e n t i t i 15 15 15 AKTIIVITI DI UUM KEMUDAHAN DALAM UUM

Identiti 15 15

  • Upload
    vucong

  • View
    254

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Identiti 15 15

Identiti 151515 AKTIIVITI DI UUM

KEMUDAHAN DALAM UUM

Page 2: Identiti 15 15

SIDANG REDAKSI

KETUA KUMPULAN

GRAFIK BERITA GRAFIK RENCANA BERITA

ERITOR BERITA DAN RENCANA BERITA

Page 3: Identiti 15 15

Oleh: Dayangku Nur Aina Binti Abdullah

P ejabat Pembangunan Pelajar &

Alumni UUM Kolej Sastera dan Sains (PPA CAS) dengan

kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM telah menganjurkan satu Kursus Pengurusan Organisasi (KPO)

yang berlangsung selama tiga hari di Tasoh Lake Resort and Retreat. Sebanyak 13

persatuan pelajar di bawah naungan CAS menyertai kursus ini.

Program KPO dimulakan dengan lawatan ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), di Arau bagi tujuan

lawatan sambil belajar. Satu sesi Dialog Bersama Delegasi UUM dan PTSS untuk

perkongsian idea dan pengalaman bagi proses penambahbaikan dalam pengurusan

organisasi bagi kedua-dua pihak di samping mengeratkan hubungan silaturrahim.

Antara aktiviti yang dijalankan

sepanjang KPO berlangsung ialah riadah, ice-breaking, team building dan lain-lain.

Menurut Presiden Persatuan Komunikasi, Adillatul Hasif bin Nasah, 22, menyatakan

sesi “team building” ini agak mencabar dari segi fizikal dan mental.

Namun begitu, ia mengajar kita lebih

matang dalam organisasi dan tidak mementingkan diri sendiri dalam

melakukan sesuatu kerja.

KPO ini dirasmikan oleh Dr. Massudi

Mahmuddin, Dekan CAS. Menurut beliau, orang yang berkualiti mengurus organisasi

yang berkualiti. “Tujuan utama KPO ini

ialah melahirkan pemimpin yang berkualiti untuk masa akan datang,” tambahnya lagi.

Ceramah Protokol dan Pengurusan Acara turut diadakan yang diseliakan oleh

Pn. Azlina Yahaman untuk mendedahkan kepada para peserta tentang pengurusan majlis.

Keseluruhannya, kursus ini membentuk sikap keserakanan dalam persatuan dan

antara persatuan pelajar di UUM CAS di samping memberi kefahaman terhadap

konsep pengurusan yang efisien dan efektif kepada peserta UUM CAS.

KURSUS

PENGURUSAN

ORGANISASI

CAS

Aktiviti-aktiviti Team Building yang Dijalankan

Page 4: Identiti 15 15

DEDAH PERSONALITI

KEUSAHAWANAN

Oleh: Tan Pei San

P usat Pembangunan Kerjaya, Jabatan Hal Ehwal Pelajar

(HEP) telah mengadakan Program Graduate

Employability Modul Dua (G2E) yang memfokuskan kepada ‘Personaliti

Keusahawanan’ dalam kalangan mahasiswa di Dewan Kuliah Gugusan 3

Universiti Utara Malaysia baru-baru ini.

Program ini diadakan khas kepada semua pelajar semester tiga dan empat

sebagai langkah membantu mahasiswa melalui fasa sebagai seorang mahasiswa

serta mampu meningkatkan personaliti diri dalam kerjaya masa depan.

Program itu bertujuan untuk

memberi persediaan awal kepada

mahasiswa dalam menghadapi dunia

kerjaya. Selain itu, program G2E juga mendidik mahasiswa cara merancang

masa depan sendiri dan mencari perkerjaan yang sesuai mengikut minat pelajar.

“Program G2E yang dijalankan dapat membantu mahasiswa Universiti Utara

Malaysia (UUM) menilai personaliti keusahawanan dan membantu pelajar

berfikiran terbuka serta peka kepada persekitaran agar bersedia di alam pekerjaan kelak,” kata Dr. Fauziah

Jaafar, salah seorang fasilitator yang terlibat dalam program G2E.

Hal ini kerana dibuktikan bahawa kebanyakan mahasiswa daripada UUM

sering menghadapi masalah pengangguran apabila mereka

Mahasiswa-mahasiswa sedang mendengar pengucapan fasilitator, Dr. Fauziah

Page 5: Identiti 15 15

menamatkan pengajian.

Oleh itu, Pusat Pembangunan Kerjaya

Jabatan HEP berharap agar penglibatan pelajar melalui program tersebut dapat

meningkatkan keyakinan diri dan membantu pelajar meningkatkan

kemahiran mereka.

Menurut pelajar yang menyertai program tersebut, Ooi Ka Yen, 22,

menyatakan bahawa program ini membawa banyak faedah kerana peserta

dan pelajar lebih memahami personaliti diri sendiri.

Program G2E dilihat sangat membantu mahasiswa supaya mereka lebih memahami diri sendiri dan

meningkatkan tahap keyakinan diri mahasiswa.

Oleh: Noraida Binti Ishak

P ersatuan Komunikasi Universiti

Utara Malaysia (PERKOM UUM) telah berjaya

menganjurkan bengkel pengucapan awam bersama pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 6 May 2014.

Bengkel ini bertujuan untuk

mewujudkan semangat kerjasama dan mengeratkan silaturrahim dalam

kalangan mahasiswa dan mahasiswi Persatuan Komunikasi dengan pelajar

serta tenaga pengajar di SMK Bukit Jambul.

Menurut Pengarah Program, Dayangku Nur Aina Binti Abdullah, 22,

bengkel pengucapan awam ini akan melibatkan 25 orang ahli Persatuan

Komunikasi UUM serta pelajar Persatuan Pengucapan Umum SMK Bukit Jambul.

“Objektif program motivasi ini adalah untuk membantu pelajar SMK Bukit

Jambul mempelajari teknik-teknik asas menjadi pengucapan awam yang baik, di

samping memberi panduan dan nasihat kepada peserta program tentang kaedah mengatasi perasaan gemuruh,” katanya.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Bengkel

Pengucapan Awam

BENGKEL PENGUCAPAN

AWAM PERKOM BERSAMA

SEKOLAH KLUSTER

Page 6: Identiti 15 15

Jelas Dayangku Nur Aina, 22, program motivasi ini amat sesuai sebagai langkah permulaan untuk sesiapa yang ingin berkomunikasi secara berkesan dan berhasrat

menyampaikan pengucapan yang cemerlang.

Harapan dalam menjayakan bengkel ini ialah peserta mampu menyampaikan

segala bentuk ucapan yang memberansangkan dengan penuh keyakinan dan meningkatkan imej dan kewibawaan dalam menonjolkan diri.

“Bengkel pengucapan awam ini berpandukan kepada modul yang telah disediakan. Antaranya ialah modul sahsiah diri, modul kemahiran membuat keputusan, modul kemahiran merancang dan modul pengucapan awam,” katanya .

Tambahnya lagi, program yang julung kalinya diadakan oleh persatuan ini bagi mencari kelainan dalam usaha memantapkan hubungan ukhuwah dalam kalangan

mahasiswa program komunikasi dengan masyarakat setempat.

Pengucapan Awam yang

disampaikan oleh peserta

Bengkel Pengucapan Awam

PERKOM-SMK Bukit Jambul

Barisan ahli

PERKOM bersama

peserta Bengkel

Pengucapan Awam

Page 7: Identiti 15 15

D ewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary (DPP

YAB) Universiti Utara Malay-sia (UUM) berjaya menganjur-

kan “Culture, Charity and Caring Musical Night” (3C) sesi ke-2 bagi memperkenalkan

budaya kaum Cina kepada warga UUM.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timba-lan Menteri Pelajaran dan Pendidikan

Tinggi, Dato’ P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan. Program “Culture, Char-

ity and Caring Musical Night” diharap dapat memberi peluang dan menjadi wa-

dah kepada pelajar universiti dalam memperkembangkan kemahiran sosial

mereka.

“Program ini dapat meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan

pelajar dan memberi peluang kepada warga universiti untuk memahami dan

menghormati budaya lain,” ujar beliau dalam ucapan perasmian majlis tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal

Pelajar & Alumni (HEPA) UUM, Dr. Ahmadasri bin Alauddin, majlis ini

berjaya menunjukkan hasil usaha pihak university dalam menggalakkan pelajar

merancang aktiviti secara bebas dalam kampus.

Ketua Pengarah Program, Kam Kar

Why, 24, yang ditemui mengucapkan

terima kasih di atas kehadiran warga UUM dan ahli jawatankuasa pelaksana program yang banyak membantu dalam

menjayakan program tersebut.

Program ini mendapat kerjasama

dengan World Wide Fund for Nature (WWF). Pihak penganjur telah

menyumbang RM1500 hasil kutipan tiket kepada WWF.

Majlis “Culture, Charity and Caring

Musical Night” berlangsung meriah dengan disertai persembahan daripada

artis-artis terkenal Malaysia seperti An-drew Tan dan Geraldine Gan.

Majlis malam ini turut dimriahkan lagi dengan pelbagai persembahan menarik seperti persembahan harmonica daripada

Kumpulan Harmonica “FRESCO”, persembahan muzik dari USM Jazz Band,

persembahan tarian daripada kanak-kanak Alor Setar Dancing Studio dan juga

persembahan kebudayaan oleh pelajar

UUM.

Menurut Tan Pei San, 22, pelajar UUM

semester empat, majlis ini sangat menarik kerana memberinya peluang menyaksikan

pelbagai jenis persembahan daripada pelajar UUM dan persatuan lain serta artis-

artis terkenal Malaysia.

“Saya akan menghadiri majlis ini pada tahun yang akan datang jika DPP YAB

berhasrat untuk menganjurkannya lagi,” katanya lagi.

Timbalan Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi,

Dato’ P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan rasmi

“Culture, Charity and Caring Musical Night”

Page 8: Identiti 15 15

D ewan Penginapan Pelajar (DPP) SME Bank Universiti

Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan program Fun

Run pada 7 Mac 2014 yang lalu di Dewan Kachi, Bukit Kachi, UUM dengan

menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat kampus.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh

DPP SME Bank ialah senamrobik dan larian di sekeliling Bukit Kachi dan secara

tidak langsung mahasiswa UUM dapat menikmati suasana yang nyaman di sana

malah dapat menyemai perasaan cinta akan alam sekitar.

Kira-kira 200 orang mahasiwa UUM

menyertai aktiviti ini yang mana mereka bukan sahaja berlari untuk mengejar

kedudukan atau hadiah semata-mata tetapi sebaliknya mereka lebih cenderung kepada

keseronokan dan pada masa yang sama boleh peserta boleh memiliki tubuh badan yang sihat.

Menurut Pengarah Program Fun Run ini, Ong Shirley, 22, program ini diada-

kan untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan daripada mahasiswa

UUM.

“Aktiviti ini dapat menggalakkan ma-hasiwa dan mahasiswi mengamalkan

cara hidup yang sihat dan bermoral,” katanya lagi.

Menurut salah seorang peserta program ini Lily Suraya Razali, 22, aktiviti seperti

ini perlu diadakan untuk setiap semester kerana ia merupakan aktiviti yang ban-yak memberi manfaat kepada mahasiswa

UUM.

Tambahnya lagi, sekiranya terdapat

aktiviti seperti ini lagi pada semester yang

akan datang, beliau akan menyertainya

kerana beliau menyukai aktiviti seperti ini

selain daripada markah SIRA yang

disediakan oleh pihak penganjur.

Aktiviti ini berlangsung dan berakhir

dengan meriahnya malahan mendapat

sambutan yang sangat baik dari mahasiswa

dan mahasiswi UUM.

Antara pemenang yang memenangi

program ‘FUN RUN’

Page 9: Identiti 15 15

LARIAN AMAL KERJA SOSIAL UUM

Oleh: Normimi Shahira

Larian sejauh lima kilometer itu bermula dari Stadium Pusat Sukan menyusuri Pusat

Kokurikulum, DPP Bank Muamalat, Padang Golf, Taman Rusa dan berakhir di

Kompleks Sukan Universiti.

Menurut setiausaha persatuan Nurul

Nasuha Che Hamzah, 22, program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Larian Amal ini disambut meriah dengan

penyertaan lebih 400 orang pelajar dan staf UUM.

Secara keseluruhannya, program yang dianjurkan oleh Persatuan Kerja Sosial

UUM telah berjalan dengan baik dan jayanya.

P ersatuan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM) telah

mengadakan program Larian Amal secara besar-besaran. Pro-

gram ini telah dirasmikan oleh Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial,

Prof. Dr. Azniza Ishak.

Menurut Penasihat Persatuan, Dr. Rajwani Mohd Zin, matlamat program ini

adalah untuk merapatkan proses interaksi antara mahasiswa Pengurusan Kerja

Sosial dengan pensyarah untuk meningkat-kan semangat kesukarelawan dalam

kalangan pelajar dan staf UUM.

Menurut Pensyarah Kerja Sosial, Cik Sharima Ruwaida Abbas, objektif utama

program ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu Pusat Pemulihan

Dalam Komuniti (PDK) Changlun.

“Program ini juga mampu untuk

melahirkan para pelajar yang seimbang dari segi akademik serta dilengkapi dengan modal insan yang berkualiti tinggi,”

katanya.

Urusetia pendaftaran Larian Amal Kerja Sosial

Page 10: Identiti 15 15

UUM UTAMAKAN LESTARI Oleh: Ayu Azwanie Binti Azahari

P rogram “Sayangi Landskap-

Green” yang telah dirangka oleh pentadbiran Dewan Penginapan

Pelajar (DPP) Bank Muamalat pada 11 Mac 2014 telah berlangsung dengan jayanya.

Program Green Campus ini telah dilancarkan oleh Pengarah Program iaitu

Norhidayah bt Adnan, 22. Program yang berlangsung selama empat jam iaitu ber-

mula dari 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi mendapat sambutan oleh pelajar DPP Bank Muamalat.

“Program seperti ini dilaksanakan ada-lah untuk memantapkan ukhuwah antara

pelajar DPP Bank Muamalat dengan staf pejabat dan felo”, kata Pengarah Program.

Tambahnya lagi program sedemikian dilakukan, adalah untuk menyahut seruan kerajaan dalam usaha menghijaukan bumi

kita.

Selain itu, objektif lain Program Green

Campus ini adalah untuk menanam sikap cinta akan alam sekitar dan meningkatkan

kesedaran dalam kalangan mahasiswi tentang kepentingan dan kecantikan persekitaran DPP Bank Muamalat.

Pengisian program ini adalah menanam semula anak-anak pokok, menggembur

tanah, menghias dan mencantikkan landskap di sepanjang kawasan DPP Bank

Muamalat.

Bagi menjamin proses tumbesaran anak

pokok berlaku dalam keadaan yang baik,

pelbagai langkah telah diambil. Menurut Pengarah Program, “Kita turut

menggunakan baja-baja yang berkualiti untuk tumbesaran anak pokok tersebut

dengan baik”.

Pengarah Program berharap agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan bagi menjaga

keharmonian sekeliling. Seperti yang kita tahu juga, tumbuhan yang hijau di seke-

lililng amat penting dalam kehidupan kita. Hal ini kerana, tumbuhan hijau dapat

membekalkan oksigen yang cukup kepada hidupan sekelilingnya.

Jelaslah bahawa aktiviti seperti ini amat

digalakkan kepada semua masyarakat. Oleh itu, dengan pelaksanaan program

tersebut dapat mengindahkan suasana sekelililng yang tumbuh menghijau dengan

baik.

Program Green Campus yang dijalankan

Page 11: Identiti 15 15

GAYA HIDUP SIHAT PERKOM UUM

Oleh: Adillatul Hasif bin Nasah

pujian yang tinggi kerana mereka men-didik ahli PERKOM untuk mengamalkan

gaya hidup sihat.

Tambahnya lagi, ahli persatuan perlu

terus mengamalkan budaya sihat dan men-jaga hubungan silaturrahim dalam

kalangan ahli agar ianya terus kukuh dan

kekal hingga ke akhir hayat.

Penasihat PERKOM, Puan Sharina

Binti Samsudin turut sama memohon agar semua ahli PERKOM terus memberikan

sokongan yang padu kepada persatuan agar PERKOM mampu menjalankan

akitiviti yang memberikan impak yang

besar di masa akan datang.

“Penglibatan anda (ahli PERKOM)

dalam pelbagai aktiviti PERKOM pada

masa akan datang amat diperlukan agar

kita mampu mencapai matlamat untuk

meningkatkan nama persatuan ke pering-

kat yang lebih tinggi” katanya semasa sesi

ucapan ringkas bersama penasihat.

P ersatuan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (PERKOM UUM)

berjaya menganjurkan program yang berbentuk rekreasi iaitu Riadah

PERKOM pada 25 Mac 2014.

Dalam program ini, sebanyak tiga aktivi-

ti dijalankan secara serentak iaitu Senam Seni

PERKOM, Kayuhan Santai dan Mini F1 De’Sintok.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan ahli PERKOM mengamalkan aktiviti sihat

dan cemerlang di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sudah terjalin.

Antara matlamat program ini ialah untuk

menyediakan mekanisma terbaik dan menerapkan nilai-nilai murni seperti sabar, tekun dan semangat juang yang tinggi dalam

kalangan ahli PERKOM semasa menempuh alam pendidikan tinggi.

Selain itu, program ini juga dapat memupuk semangat persaingan secara positif dan

ukhwah dalam diri setiap peserta program.

Menurut, Pengarah Program, Mohamad Rizwan Sabri, kejayaan ahli jawa-

tankuasa (AJK) pelaksana program dalam mengendalikan program ini harus diberikan

Ahli –ahli Persatuan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (PERKOM UUM)

Page 12: Identiti 15 15

R APID UUM ATASI MASALAH BAS

Oleh: Chong Ming Wei

P ihak Univeriti Utara Malaysia (UUM) telah memudahkan perge-

rakan mahasiswa dengan menye-diakan khidmat bas rapid.

Perkhidmatan bas dalam kampus UUM sebelum ini telah digantikan dengan bas

rapid yang dikendalikan oleh Unic Leisure Transtour Sdn Bhd. Terdapat 36 buah bas rapid kitaran yang digunakan sekitar

UUM. Perkhidmatan bas bermula pada 7 pagi hingga 11 malam.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan

A l u m n i ) , P r o f Madya Dr Abdul Karim, yang berucap

k e t i k a m a j l i s perasmian perkhid-

matan bas baharu ini, pihak Universiti

sentiasa menguta-makan keselesaan dan keselamatan

mahasiswa termasuklah dengan menye-diakan perkhidmatan pengangkutan yang

terbaik di dalam kampus.

Selain itu, beliau turut menyatakan ba-

hawa pihak UUM menampung separuh daripada kos pengangkutan yang perlu dibayar oleh pelajar. UUM menyediakan

RM1.2 juta untuk menanggung kos perkhidmatan bas rapid di UUM setiap

semester, tambah beliau.

Menurut pelajar se-

mester empat, Lim Siong Kim, 22, bas rapid

m e m a n g s e s u a i digunakan kerana dalam bas tersebut ada banyak

tempat pegang.

“Kami rasa lebih

selesa dan selamat ketika berada dalam bas walaupun bas telah

dipenuhi berbanding dengan bas biasa yang digunakan terdahulu”, katanya.

Seterusnya, perkhidmatan bas rapid di

UUM bukan sahaja memberi perkhidmatan dalam kampus UUM malah perkhidmatan

bas rapid ke Changlun juga disediakan pada hari Ahad hingga Khamis pukul 4

petang hingga 10.30 malam.

“UUM menyediakan

RM1.2 juta untuk

menanggung kos

perkhidmatan bas”

Rapid baru di UUM

Page 13: Identiti 15 15

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Unic Leisure Transtour Sdn Bhd, Kapten (B) Arizal SH Abdul Latif berkata kami sentiasa bersedia memberi perkhimatan bas yang

terbaik kepada mahasiswa dan sentiasa mengutamakan keselesaan dan keselamatan mereka.

Bas bersedia membawa mahasiswa ke dewan kuliah

Page 14: Identiti 15 15

Unit Budaya dan Seni (UBS) telah ditubuhkan pada 1 Disember 1999. Kemudian dinaiktaraf sebagai Pusat Budaya dan Seni (PBS) pada 22 Februari 2003. Ia bertujuan

untuk menyelaraskan aktiviti kebudayaan dan kesenian dalam kalangan mahsiswa di dalam kampus dan luar kampus. Bangunan PBS terletak berhampiran dengan Varsity Mall

dan berhadapan dengan Masjid Sultan Badlishah UUM.

Visi PBS ialah melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja berilmu dan profesional

tetapi menjadi seorang pemimpin dan penggerak yang berkesan di dalam usaha men-

bangunkan industri kebudayaan dan kesenian negara.

Misi PBS ialah menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar-pelajar dan seterusnya menghargai warisan

kesenian bangsa. Merancang dan menyelaraskan segala aktiviti pelajar yang berkaitan dengan kebudayaan dan

kesenian sama ada dalam atau luar kampus. Memupuk satu suasana kehidupan berbentuk kebudayaan

kebangsaan di dalam kampus serta memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang ini supaya dapat memperkembangkan bakat mereka.

Memperlengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran berbentuk seni dan budaya kearah memperkaya pengiat

seni tanah air.

Pengarah PBS UUM, Huzaidy Hussain berkata PBS

diwujudkan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja berilmu dan profesional tetapi juga

menjadi seorang pemimpin dan penggerak yang berkesan di dalam usaha membangunkan industri kesenian negara.

Fungsi PBS ini ialah untuk berusaha ke arah melahirkan pelajar yang berbudaya luhur berasaskan kepada prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara dan Dasar

Kebudayaan Kebangsaan.

PBS Memartabatkan Budaya PBS Memartabatkan Budaya PBS Memartabatkan Budaya

Dan Seni UUMDan Seni UUMDan Seni UUM

Oleh: Dayangku Nur Aina Binti Abdullah

Page 15: Identiti 15 15

Kemudahan yang terdapat di PBS ialah kemudahan

tempat istirehat kepada warga UUM yang dikenali

sebagai Anjung Siswa. PBS menyediakan empat tempat

yang strategik iaitu dua berhampiran Bilik Mesyuarat

Mohd Fadzil dan dua lagi berhampiran Dewan Budi

Siswa. Tujuan utama Anjung Siswa ini dibina adalah

untuk mewujudkan tempat perjumpaan warga UUM men-

gadakan perbincangan serta aktiviti berfaedah.

Bilik Mesyuarat Fadzil Shaari merupakan kemudahan

yang disediakan oleh Pusat Budaya dan Seni (PBS) untuk

kegunaan staf serta pelajar bagi mengadakan perb-

incangan dengan lebih teratur dan selesa. Bilik ini

dilengkapi dengan pendingin hawa dan sistem bunyi.

Galeri Seni menyimpan peralatan kebudayan dan me-

nyediakan perkhidmatan berkaitan informasi kebudayaan

kaum di Malaysia. Kemudahan yang ada di dalam galeri

seni ini adalah pameran foto, tayangan video aktiviti yang

telah dijalankan, peralatan muzik tradisional, busana/

kostum dan barang-barang perhiasan tradisional serta

lukisan-lukisan hasil kreativiti warga UUM.

Dataran Budaya dan laman siswa terletak di antara Pusat Budaya dan Seni (PBS)

dan Varsity Mall. Kegunaan dataran budaya tertakluk kepada aktiviti yang dianjur-

kan sama ada dari pihak persatuan pelajar, Dewan Penginapan Pelajar dan universi-

ti. Di samping tempat menjalankan pelbagai aktiviti termasuk perbincangan pelajar,

aktiviti kelab, persembahan pentas dan lain-lain lagi.

Studio Muzik Asha’ari ini diwujudkan adalah untuk memberi kemudahan khu-

susnya kepada pelajar-pelajar untuk membuat latihan muzik bagi persiapan pasukan

UUM menghadiri aktiviti-aktiviti kebudayaan sama ada di dalam mahupun di luar

universiti. Studio ini dilengkapi dengan sistem kedap bunyi (sound proof) bagi men-

gurangkan gangguan bunyi yang kuat terhadap persekitaran kawasan. Kemudahan

yang disediakan oleh studio ialah tempat simpanan peralatan muzik untuk aktiviti

pelajar, tempat latihan vokal dan muzik, kelas teori dan pinjaman peralatan muzik.

Dewan Budi Siswa (DBS) menyediakan perkhidmatan untuk majlis-majlis anjuran

persatuan pelajar dan anjuran universiti. DBS boleh memuatkan peserta seramai 100

orang untuk sesuatu aktiviti. Penggunaan DBS tertakluk kepada syarat-syarat yang

ditetapkan dan kekosongan tempahan. Di samping itu, pihak PBS juga menawarkan

khidmat nasihat dan bimbingan berkenaan majlis yang bakal dianjurkan.

Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya mengorak

langkah dengan cemerlang sepanjang tahun 2013. Antaranya anugerah yang diraih

ialah Anugerah Bilik Pengarah Terbaik dianugerahkan kepada pegawai yang mengu-

ruskan ruang bilik kerjanya dengan baik mengikut kriteria 5S berjaya digondol oleh

Pengarah PBS, Huzaidy Haji Hussain.

Page 16: Identiti 15 15

Selain itu, antara anugerah yang diraih oleh PBS ialah Anugerah Bilik Harapan Terbaik,

Anugerah Inovasi Terbaik dan Anugerah Amalan 5S Terbaik, Anugerah Kerja

Berpasukan Terbaik, Anugerah Pencapaian Penilaian Prestasi Terbaik, Anugerah Staf

Sihat dan Anugerah Persembahan Terbaik.

Menurut Pengarah PBS, Huzaidy Haji Hussain “Warga PBS sememangnya menunjukkan

komitmen yang tinggi dan bersatu padu dalam semua kerja, oleh sebab itu, kami layak

menerima anugerah tersebut”. Kejayaan yang diperoleh ini akan menjadi inspirasi kepada

PBS dalam mencapai kejayaan sekaligus merealisasikan hasrat UUM sebagai Universiti

P usat Ekuin UUM merupakan prasarana sukan yang telah

disediakan oleh UUM yang bertaraf dunia dan menjadinya

salah satu aktiviti kokurikulum baru di

kampus ini. Penubuhannya menjadi

keistimewaan kepada UUM kerana tidak semua universiti tempatan menyediakan kemudahan tersebut.

Pada tahun 2008, Pusat Ekuin UUM ditubuhkan bertujuan untuk

memperkenalkan aktiviti sukan berkuda kepada mahasiswa dan masyarakat

sekeliling UUM dengan menyediakan 8 ekor kuda. Kewujudan Pusat Ekuin juga ini adalah bertujuan untuk memberi

peluang kepada pelajar untuk mrngikuti aktiviti sukan berkuda ini.

Oleh: Tan Pei San

Kuda dan Poney

Page 17: Identiti 15 15

Kini, bilangan kuda di Pusat Ekuin bertambah menjadi 13 ekor kuda

kesemuanya yang terdiri daripada 9 ekor kuda tersebut ialah Dimaria, Wang

Kembang, Isandera, Tiger, Romeo, Forus,

Prince, Tablo, dan Martina dan 4 ekor Poney.

“Kelas menunggang kuda di Pusat

Ekuin dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dan berpengalaman dalam

pengendalian kuda,” kata Jurulatih Ekuin Mohamad Farid Abu Seman.

Pusat Ekuin UUM juga menyediakan kemudahan kelas menunggang kuda,

khidmat penjagaan kuda dan pelbagai aktiviti berkaitan kuda kepada individu yang yang berminat dengan aktiviti

berkuda.

Kursus sukan berkuda ini adalah

bermatlamat untuk membekalkan ilmu-ilmu pengetahuan asas berkaitan dengan

penjagaan kuda secara am dan

menyediakan suasana yang selamat bagi kuda dan penunggang.

Bagi meluaskan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari dalam kursus teras

dengan lebih mendalam, terdapat cabang elektif disediakan untuk membentuk

“Horsemanship”.

Dengan kursus ini, individu akan lebih cekap dalam pengendalian dan penjagaan

harian kuda, dan mempunyai ilmu pengetahuan bagi memastikan agar mereka

dapat mewujudkan suasana yang selamat bagi diri mereka sendiri dan juga bagi kuda

berkenaan.

Yuran kursus ini ialah RM180 termasuk

penilaian, buku latihan kemahiran teras dan pakej kursus ini ialah 8 kali kelas selama 8 jam. Setiap kelas akan

dikendalikan selama satu jam dan ia mempunyai 2 sesi masa iaitu pada pukul 8

pagi hingga 10 pagi dan pada pukul 5 petang hingga 6:30 petang.

Pusat Ekuin UUM terdiri daripada 5 orang staf iaitu 1 jurulatih dan 4 orang groomer, mereka bertugas menjaga dan

melatih kuda setiap hari dan waktu operasi Pusat Ekuin UUM adalah bermula pada

pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Menurut staf Pusat Ekuin iaitu Firdaus,

“jadual pelaksanaan tugas dan stable UUM

adalah bermula pada pukul 6 pagi, mereka

bertugas memberi kuda sarapan pagi, pada pukul 7 pagi menjalankan aktiviti tugas stable, grooming, pasang kuda untuk

latihan.

Pada pukul 7:15 pagi, mereka mulakan

latihan kuda. Pada pukul 10 pagi, mereka mandikan kuda. Pada pukul 11 pagi kuda

Poney sangat comel

Page 18: Identiti 15 15

kerana kuda tidak sesuai untuk berada diluar stable kuda selepas 11 pagi.

Pada pukul 4 petang pula, latihan bermula dan pada pukul 7 malam latihan

ditamatkan. Pada 7:30 malam, mereka ditugaskan untuk menyediakan dan

memberi makan malam kepada kuda dan pada pukul 11:30 malam mereka akan memberi kuda makan Hay”.

Pelbagai jenis makanan untuk kuda iaitu pellets, hay, bran, mixed feed, chaff dan oats.

“Pellets sebagai lauk kepada kuda, chaff

adalah nasi. Terdapat 2 jenis makanan

yang sesuai akan diberikan kepada kuda

sebagai makanan di waktu pagi dan tengah hari pula hay akan diberikan

kepada kuda pada pukul 11 pagi”, kata Firdaus.

Peraturan-peraturan memberi makanan

kepada kuda yang baik termasuk air yang

bersih dan segar mesti dilengkapi setiap masa, makanan diberi dengan sukatan

sedikit tetapi kerap, memberi makanan mengikuti cara pekerjaannya, tingkahlakunya dan keadaan kuda,

memberi makanan pada waktu yang sama setiap hari, jangan kerjakan kuda dengan

keras selepas diberi makan, beri makanan

yang segar, bermutu tinggi dan mengandungi air setiap hari.

“Setiap kuda mesti daftar di FEI (Federation Ekuine International), seekor

kuda Racing berharga RM 7 ribu hinggan

RM8 ribu, bagi jenis Polo ialah RM15 ribu

hingga RM20 ribu dan RM 1 juta bagi jenis kuda Baka Arab”, kata Firdaus.

Jenis Polo, Poney dan kuda Racing

digunakan di Pusat Ekuin UUM, harga kuda bergantung kepada 3 keadaan iaitu

melalui darah dan kencing kuda (untuk mengetahui kesihatan kuda, jika kuda

yang tidak berpenyakit lebih mahal),

melalui kualiti kuda (jika kuda tersebut

well-trained, maka harga kuda tersebut

lebih mahal) dan melalui report kuda (keadaan kuda sebelum dibeli dapat

diketahui, jika sejarah kuda tersebut

adalah baik, harga kuda tersebut akan

lebih mahal).

Menunggang kuda adalah pengalaman

yang amat menyeronokkan kepada individu yang gemarkan cabaran, namun tidak ramai yang berpeluang menunggang

haiwan tersebut kerana kemudahannya yang terhad dan kosnya yang mahal.

“untuk

membekalkan ilmu-

ilmu pengetahuan

asas berkaitan

dengan penjagaan

kuda secara am”

Kuda Tiger and Prince

Page 19: Identiti 15 15

Bantu Mahasiswa Bantu Mahasiswa Bantu Mahasiswa

mencari Maklumatmencari Maklumatmencari Maklumat

P erpustakaan Sultanah Bahiyah menjadian tumpuan para ma-

hasiswa dan mahasiswi untuk mencari dan mendapatkan

maklumat untuk menyiapkan tugasan. Perpustakaan ini juga berfungsi sebagai

pusat perkhidmatan yang menyediakan kemudahan untuk membantu penggunan-ya dalam proses pembelajaran, pengaja-

ran, dan penyelidikan. Perpustakaan ini telah dirasmikan dan dimasyhurkan se-

bagaii Perpustakaan Sultanah Bahiyah pa-da 21 September 1999. Bangunan Per-

pustakaan Sultanah Bahiyah ini terletak berdekatan dengan bangunan Canselori.

Sumbangan tenaga kerja daripada

kakitangan perpustakaan telah memu-dahkan pengurusan organisasi dalam per-

pustakaan tersebut. Seramai 106 orang kakitangan perpustakaan yang terdiri

daripada 25 orang pustakawan, seorang penolong pendaftar, dan 80 orang ka-

kitangan sokongan.

Perpustakaan Sultanah Bahiyah juga

dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang terkini untuk digunakan oleh pelajar

mahupun staf UUM. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik perbincangan, bilik karel, surau, dan sebagainya.

Keluasan Perpustakaan Sultanah Bahi-yah mampu untuk memuatkan pengguna

seramai 1000 orang dalam satu masa. Penggunaan perkhidmatan yang terdapat

di perpustakaan ini juga tidak terhad dan kemudahan yang disediakan adalah berada dalam kondisi yang baik dan boleh

digunakan.

Perpustakaan Sultanah Bahiyah

mempunyai sejumlah 1042 871 naskah

Page 20: Identiti 15 15

koleksi termasuklah 292 538 bahan bercetak, 654 139 bahan tidak bercetak dan

96 194 bahan dalam format digital. Tamba-han lagi, perpustakaan ini juga turut me-

nyimpan koleksi bahan pandang dengar, tesis, pengkalan data secara online, atau

dalam bentuk CD-ROM.

Tambahan lagi, perpustakaan ini juga turut menyediakan sudut kanak-kanak

yang terletak di bahagian paras pertama. Majalah dan buku yang sesuai dengan ka-

nak-kanak disediakan supaya anak-anak kecil ini berminat untuk membaca buku

di usia yang muda.

Pencapaian membanggakan yang di-peroleh oleh Perpustakaan Sultanah Bahi-

yah adalah merupakan perpustakaan pertama dalam negara yang dianuge-

rahkan Sijil MS ISO 9002 daripada SI-RIM QAS Sdn. Bhd. pada 18 September

1997.

Koleksi dan perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh perpustakaan Sul-

tanah Bahiyah boleh diakses oleh pengguna berdaftar melalui internet. Kini,

perpustakaan juga menggunakan sistem komputer tempatan sepenuhnya yang

dikenali sebagai LINTAS (Library In-formation Technology System).

Perpustakaan Sultanah Bahiyah juga

turut menyediakan laman web per-pustakaan (Web OPAC) yang bertujuan

untuk untuk memudahkan proses pencari-an maklumat yang diperlukan secara cekap

dan berjaya kepada pengguna. OPAC merupakan singkatan daripada Online Pub-

lic Access Catalog. Dengan adanya skor

jurnal online, buku-buku, gambar dan sebagainya laman web inilah

yang bertindak sebagai penghubung dan turut menawarkan akses web ke pelbagai

sumber tempatan global termasuklah cata-log online, pengkalan data secara online,

koleksi digital, dan sebagainya.

Menurut Encik Suparman Sukri

pustakawan UUM, “Perpustakaan Sul-tanah Bahiyah telah banyak mendapat dan

memenangi anugerah. Salah satu pen-capaian yang pernah diperoleh ialah mendapat anugerah sijil MS ISO 9002.”

Selain itu, pelbagai anugerah yang telah diraih oleh perpustakaan ini pada setiap

tahun.

Natijahnya, dengan kemudahan yang

disediakan oleh Perpustakaan Sultanah

Bahiyah telah menyebabkan ramai ma-

hasiswa dan mahasiswi UUM

mengunjunginya bagi mendapatkan

maklumat dan bahan untuk menyiapkan

sesuatu tugasan.

Kaunter pertanyaan perpustakaan

Page 21: Identiti 15 15

MAHASISWI PERTAMA YDP

MPPUUM

U niversiti keenam Malaysia atau dikenali sebagai Universiti

Utara Malaysia (UUM) adalah

sebuah universi t i yang

ditetapkan mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhanya lagi.

Sejak dari penubuhan UUM pada 16 Februari 1984, Yang Dipertua Majlis

Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (YDP MPPUUM) diterajui oleh mahasiswa, namun pada 26 November

2013 UUM telah mencipta sejarah apabila seorang mahasiswi calon umum nombor 4

dengan membawa tagline ‘Perubahan

Perintis Mahasiswa Kompetitif’ dalam

kempen pilihanraya kampus UUM, telah dilantik dan diberi tanggungjawab menjadi

peneraju utama MPPUUM bagi sesi 2013/2014.

Siti Muzaliffatul Amira Addawiyyah

Binti Shuib ialah individu yang dilantik

dan diberi kepercayaan oleh pentadbiran Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk

mengetuai kepimpinan MPPUUM bagi sesi kali ini. Bercerita mengenai latar belakang, beliau dilahirkan di Pahang,

membesar di Kuala Lumpur dan kini menetap di Selangor. Anak kelima dari

enam orang adik beradik ini, kini berada di semester yang terakhir dalam bidang

komunikasi pembangunan di UUM.

Siti Muzaliffatul Amira Addawiyyah atau lebih dikenali dengan panggilan

mesranya Muza memilih junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan Umar Abdul Aziz

sebagai idola dalam hidupnya. Berpegang teguh kepada moto hidup, ‘jangan menyerah

sebelum berjuang’ menggambarkan bahawa

beliau sedia menyahut cabaran menjadi

wanita pertama menerajui MPPUUM bagi sesi 2013/2014.

Walaupun beliau terlibat dalam

kepimpinan MPPUUM, namun sepanjang

berada di universiti selama enam semester,

pencapaian diri, akademik dan kokurikulum amat membanggakan.

“Pencapaian yang paling membanggakan ialah, saya telah di beri kepercayaan oleh rakan-rakan MPP untuk menerajui

kepimpinan MPPUUM dan sepanjang enam semester saya di UUM, saya masih

mampu mengekalkan pointer 3.0 keatas

Oleh: Noraida Binti Ishak

Mewakili MPPUUM ke SungKyunKwan Universiti di

Seoul

Page 22: Identiti 15 15

dan juga mendapat anugerah dekan pada semester sebelum ini, dimana jika dilihat

dengan teliti saya berjaya menguruskan masa saya dengan baik,” ujarnya.

Manakala pencapaian dalam bidang kokurikulum pula, beliau aktif melibatkan

diri dalam Kelab Karate-Do. “Sebelum saya dilantik menjadi Yang Dipertua (YDP), pada semester ke-2 dan ke-3, saya

dilantik menjadi Biro Logistik dan Teknikal, kemudian dilantik menjadi

Presiden kelab dan kini saya YDP

MPPUUM.” Pemegang tali pinggang

hitam karate ini juga telah menyertai beberapa pertandingan karate, antaranya Pertandingan SKIFF Karate-Do World

Championship Sydney 2012 mewakili Malaysia, beliau mewakili Kelab Karate-

Do menyertai Seminar Tali Pinggang Hitam dibawah Kelab Shotokan Karate-

Do di Tokyo, Jepun.

Pemimpinan yang berkaliber adalah pemimpin yang mempunyai misi dan arah

tuju yang jelas. Ciri ini jelas dimiliki oleh YDP MPPUUM ini. Beliau telah meng-

gariskan lima misi atau perkara yang ingin ditrasformasikan dan dilaksanakan

dalam tempoh penerajuannya. Misi yang pertama ialah mempertingkatkan nilai Islam dalam kalangan mahasiswa

muslim. Kemudian memperbaiki dan mencantikkan pentadbiran dalaman UUM

dan MPPUUM.

Misi seterusnya ialah mewujudkan

pasukan MPPUUM yang hebat dan dise-gani dan misi terakhir ialah memperke-nalkan dan mempertingkatkan nama

UUM di Malaysia. “Saya juga mahu mengubah mentality mahasiswa UUM,

dimana sebelum ini saya pernah melawat ke Sejong University, SungKyunKwan

University dan Seoul University, maha-siswanya mempunyai mentaliti yang berbeza dengan mahasiswa di sini

dimana mereka tidak mengharapkan sepe-

nuhnya kepada pihak universiti semata-

mata untuk menyumbang bantuan akan tetapi mereka mencari dana sendiri

bagi menyokong kelab mereka,” ujarnya.

Kepimpinan yang berteraskan Islam

iaitu musyawarrah menjadi pilihan Muza untuk diaplikasikan dalam kepimpi-nannya. Mesyuarat yang diadakan dua

minggu sekali bersama MPP adalah ber-tujuan untuk berbincang dan membuat

keputusan sepakat dengan mengambil kira dari sudut positif dan sudut negatif.

“Dalam menyelesaikan konflik dalam organisasi MPP, saya akan mengadakan mesyuarat bersama MPP untuk meminta

pendapat serta saya juga meminta pendapat daripada individu-individu yang

saya hormati seperti pegawai-pegawai di UUM dan pensyarah sendiri yang mung-

kin mempunyai pengalaman dalam me-nyelesaikan masalah ini.”

Menjadi ketua kepada tiga kumpulan

yang mempunyai kefahaman yang berbeza di UUM adalah satu cabaran yang

mencabar bagi Muza. “Sebagai YDP perempuan yang pertama, terlalu banyak

‘expectation’ dan pengharapan yang telah

diberikan dan dinilai oleh orang sekeliling

terhadap diri saya,” ujarnya. Namun

Muza (dari kiri empat di belakang) mewakili Kelab

Karate-Do menyertai Seminar Tali Pinggang Hitam

dibawah Kelab Shotokan Karate-Do di Tokyo, Jepun.

Page 23: Identiti 15 15

keyakinan yang tinggi kepada diri sendiri telah membatasi cabaran tersebut.

“Tips mudah untuk menjadi seorang pemimpin adalah perlukan tahap kesabaran

yang tinggi, dan tips yang paling penting ialah solat bagi yang muslim, mengawal

tekanan juga perlu pandai diuruskan dengan betul dan tips yang terakhir ialah penguru-san masa yang efisien,” ujarnya.

Menjadi pemimpin bukanlah suatu perkara yang mudah. Kemahiran-kemahiran

asas seorang pemimpin perlu dikuasai

dengan baik agar seseorang individu tersebut menjadi ketua yang disegani dan dihormati

oleh pengikutnya.

Perlantikkan Muza untuk menerajui

kepimpinan MPPUUM telah membuk-tikan bahawa golongan wanita juga mampu

dan berkebolehan memimpin dan menjadi ketua yang berkredibiliti dalam sesebuah organisasi. Keyakinan yang tinggi dan ke-

mahiran komunikasi yang bagus menjadi asas dalam kepimpinan seseorang pem-

impin.

UUM TERIMA

ANUGERAH AUTONOMI Oleh: Normimi Shahira Binti Mohd Daud

U niversiti Utara Malaysia

(UUM) telah dianuge-rahkan sebagai universiti

autonomi pada tahun 2013. Penyampaian watikah tersebut telah

disampaikan oleh Menteri Pengajian

Tinggi, Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin kepada Ahli Lembaga

Pengarah UUM, Datuk Nik Mohd Amin Nik Abdul Majid yang mewakili

Pengerusi Lembaga Pengarah UUM bersama Naib Canselor Prof Datuk

Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Penganugerahan autonomi ini diberikan selepas selesai proses audit

yang menggunakan instrument ‘Code of University Good Gov-

ernance’ (CUGG) dan University Good Governance Inde’ (UCGI).

Anugerah autonomi yang dimiliki oleh UUM menjadikan pihak pentadbiran mempunyai kuasa substantif dari segi

menentukan matlamat, strategi dan program yang hendak dilaksanakan

serta kuasa procedural.

Penyampaian watikah Autunomi kepada Universiti

Utara Malaysia oleh Menteri Pengajian Tinggi

Malaysia

Page 24: Identiti 15 15

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin berkata, dengan penganuge-

rahan autonomi ini, Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mempunyai

kesediaan untuk melaksanakan tanggungjawab baharu selaras dengan

penurunan kuasa kepada mereka demi kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Kuasa autonomi yang diberikan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) adalah bertujuan untuk

menjadikan institusi bertaraf dunia

yang lebih dinamik, proaktif, berinovasi dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa kini.

Autonomi penting bagi UUM untuk menarik bakat terbaik dalam kalangan

tenaga pengajar, pelajar dan pentadbir secara berkesan serta menyediakan

intensif yang mengekalkan mereka untuk menyumbang kepada transformasi negara.

Dalam pada itu, Naib Canselor berkata kejayaan dan penganugerahan ini

adalah kejayaan warga UUM dan tugas berat juga harus dipikul bersama kerana

akan menguruskan universiti ini dengan cara tersendiri selepas penurunan kuasa.

“Sokongan dari semua pihak adalah diperlukan dan penganugerahan autonomi ini juga memberi kuasa untuk

penambahan jawatan, kenaikan pangkat, pengstrukturan akademik dan lain-lain

yang kesemuanya menjurus kepada

kecemerlangan UUM”, katanya.

IPTA yang diberi kuasa autonomi akan mendapat kelebihan dalam empat bidang utama, merangkumi urus tadbir,

kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan

pelajar.

GELOMBANG KOREA

DALAM KALANGAN MAHASISWA Oleh: Adillatul Hasif B. Nasah

K orean Wave” atau Gelombang Korea merupa-

kan istilah yang diberikan untuk menyebar-

kan budaya pop Korea secara global ke

peringkat antarabangsa. Penyusunan strategi

negara Korea untuk menyebarkan budaya ke serata dunia telah melahirkan satu istilah baru dalam dunia hiburan

iaitu Hallyu. Projek Hallyu ini adalah bertujuan untuk

rakyat di seluruh negara mempelajari Bahasa dan

kebudayaan Korea.

Di Malaysia, banyak universiti tempatan yang menawarkan pelajarnya untuk mempelajari Bahasa

Korea. Antara universiti awam yang menawarkan

Page 25: Identiti 15 15

kursus Bahasa Korea ialah Universiti Utara Malaysia (UUM). Kursus Baha-

sa Korea di UUM seringkali mendapat sambutan bagi penggemar tegar budaya

Korea. Di UUM terdapat tiga tahap pem-belajaran Bahasa Korea iaitu Bahasa Ko-

rea I, Bahasa Korea II dan Bahasa Korea III. Sebanyak empat kelas ditawarkan bagi setiap sesi dan tenaga pengajarnya

juga di import khas daripada negara Ko-rea.

Selain daripada bahasa, ciri kebudayaan Korea juga menjadi ikutan

mahasiswa UUM. Antaranya ialah gaya fesyen K-Pop yang menjadi kegilaan mahasiswa sekarang. Fesyen K-Pop yang

menarik dan unik ini sering kali digayakan oleh mahasiswa yang

menginginkan kelainan dan pembaha-ruan dalam bidang fesyen.

Hamidah Asan, 22, mahasiswi Pengurusan Awam UUM berkata, fesyen K-Pop merupakan sejenis fesyen yang

santai dan mudah digayakan. Ia sesuai untuk digunakan dalam apa jua keadaan

termasuk semasa sesi kuliah. Cuma, cara penggayaanya haruslah disepadankan

mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak universiti.

“Keunikan fesyen K-Pop jika

dibandingkan dengan fesyen yang lain ialah kerana imejnya yang sepadan

dengan usia golongan remaja. Gaya pemakaiannya agak ringkas tetapi tetap

anggun dan menarik. Tambahnya lagi, bagi golongan wanita muslimah, fesyen ini tetap boleh digayakan asalkan ia tidak

bertentangan dengan hukum syarak.”

Selain fesyen, drama Korea juga sering kali menjadi pilihan mahasiswa

sebagai mengisi kekosongan masa lapang. Drama-drama Korea yang me-

nyelitkan unsur kekeluargaan dan nilai kesetiaan yang memang amalan

masyarakat Malaysia menjadi faktor drama ini diterima oleh golongan ma-hasiswa.

Mohd Azim Rajak, 22, mahasiswa

Pengurusan Operasi UUM, menyatakan

bahawa drama Korea banyak memberikan pengajaran yang boleh

dicontohi oleh mahasiswa. Contohnya drama Running Man. Aksi lucu yang ditayangkan dalam drama ini boleh

menghilangkan tekanan yang dihadapi mahasiswa semasa menyiapkan tugasan.

Selain itu, mesej yang baik turut disertakan seperti semangat berkum-

pulan, persahabatan, cinta dan sikap hormat-menghormati turut diselitkan dalam drama “game show” ini.

Dalam Hallyu, drama Korea yang menggunakan bahasa Korea sepenuhnya

tidak menghalang rakyat Malaysia khu-susnya golongan mahasiswa untuk

mengikuti tayangan yang disiarkan. Adanya kursus mempelajari bahasa Korea juga telah mambantu menam-

bahkan lagi kefahaman mahasiswa terhadap bahasa Korea. Selain itu, nilai

kebudayaan yang dibawakan di dalam drama Korea telah mengubah sedikit

sebanyak budaya mahasiswa pengemar Korea teutamanya dari segi fesyen yang dibawakan oleh artis Korea.

Page 26: Identiti 15 15

D ewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary (DPP

YAB) Universiti Utara

Malaysia (UUM) telah

berjaya menganjurkan “Culture, Charity and Caring Musical Night” (3C) untuk

sesi ke-2 yang bertujuan mengeratkan perpaduan antara pelajar UUM.

Majlis tersebut dirasmikan oleh

Timbalan Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi II, Y. B. Tuan P.

Kamalanathan A/L P. Panchanathan.

Program “Culture, Charity and Caring Musical Night” diharap dapat memberi

peluang dan menjadi wadah kepada p e l a j a r u n i v e r s i t i d a l a m

memperkembangkan kemahiran sosial mereka.

Oleh: Chan Si Fong

Timbalan Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi,

Dato’ P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan (kiri)

dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

(HEPA) UUM, Dr. Ahmadasri bin Alauddin (kanan)

merasmi majlis “Culture, Charity and Caring Musical

Night” di Dewan Muadzam Shah UUM.

Panchanathan dalam ucapan perasmian majlis tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UUM, Dr.

Ahmadasri bin Alauddin, majlis ini berjaya menunjukkan hasil usaha pihak universiti

untuk menggalakkan pelajar merancang aktiviti secara bebas dalam kampus.

Ketua Pengarah Program, Kam Kar Why,

24, yang ditemui semasa program tersebut mengucapkan terima kasih atas kehadiran

warga UUM ke program ini dan juga usaha biro-biro program dalam menjayakan

program “Culture, Charity and Caring Musical Night”.

Program ini mendapat kerjasama

daripada World Wide Fund for Nature (WWF). P ihak penganjur te lah

menyumbang RM1500 hasil kutipan tiket kepada WWF.

Ketua Pengarah Program, Kam Kar Why (kiri)

menyerahkan cek yang berjumlah RM1500 kepada

wakil WWF (kanan).

Page 27: Identiti 15 15

“Program ini dapat meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan

pelajar dan memberi peluang kepada warga universiti untuk memahami dan

menghormati budaya lain,” ujar Y. B. Tuan P. Kamalanathan A/L P. M a j l i s

“Culture, Charity and Caring Musical Night” dimulakan dengan persembahan tarian Kpop oleh kumpulan M.O.M.E.N.T

yang terdiri daripada pelajar UUM.

Majlis diteruskan dengan persembahan

n y a n y i a n o l e h p e s e r t a - p e s e r t a

pertandingan nyanyian lagu “Searching For

Stars 2013” dan juga persembahan “Belly

Dance” oleh kanak-kanak daripada Alor

Setar Dancing Studio.

Persembahan daripada artis-artis

terkenal Malaysia seperti Andrew Tan dan Geraldine Gan memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut dan mendapat

sorakan yang kuat daripada peminat artis ini.

Kumpulan Choir UUM juga tidak ketinggalan memberi persembahan yang

bertemakan “Lion King” . Mereka telah mempersembahkan dua buah lagu iaitu “Circle of Life” dan “Can We Feel The Love

Tonight”.

Majlis seterusnya dimeriahkan lagi dengan persembahan muzik daripada

USM Jazz Band yang te lah mempersembahkan 10 lagu melalui

nyanyian lagu dan peralatan muzik.

Program “Culture, Charity and Caring

Musical Night” diakhiri dengan p e r s e m b a h a n h a r m o n i c a y a n g

dipersembahkan oleh Germany World

Harmonica Double Champion, “FRESCO

Harmonica Esemble”.

Majlis 3C ini telah memperlihatkan kepelbagaian budaya dalam masyarakat di

Mal ay s ia denga n p er semba ha n kebudayaan yang pelbagai daripada pelajar

UUM sendiri dan juga dari persatuan-persatuan lain.

Menurut Tan Pei San, 21, pelajar UUM semester keempat, majlis ini sangat menarik kerana beliau berpeluang

menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan daripada pelajar UUM dan

persatuan lain serta persembahan artis-artis Cina yang terkenal Malaysia. “Saya akan

menghadiri majlis ini pada tahun yang akan datang jika DPP YAB berhasrat untuk menganjurkannya lagi,” katanya.

Persembahan daripada Kumpulan Choir UUM yang bertema “Lion King”.

Page 28: Identiti 15 15

P usat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Utara

Malays ia (UUM) mula beroperasi pada tahun 1986 di

kampus sementara di Tanah Merah, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

PKUUUM dikenali sebagai Pusat Kesihatan Pelajar sebelum ini. Mana-kala Mesyuarat Pegawai Tadbir Kanan

ke-9 Bil. 1/2003 yang bersidang pada 26 April 2003 telah bersetuju supaya

PKUUUM diletakkan di bawah Jab-atan Canselori dengan nama Pusat

Kesihatan Universiti berkuatkuasa mulai 1 Jun 2003.

Menurut Penolong Pengarah PKUU-

UM, Hazizi Haron, sistem pengurusan PKU terbahagi kepada lima unit atau

bahagian iaitu unit kecemasan dan kema-langan, unit pesakit luar, unit farmasi,

unit pergigian dan bahagian kesihatan persekitaran. Setiap unit ini mengamal-kan dasar 5S yang menyebabkan

perkhidmatan l ebih sistematik dan teratur dalam menjalankan tugas da-

lam kalangan staf PKU.

B a hag i an K e s i ha ta n

Persekitaran (BKP) yang di-anggotai seramai empat orang kakitangan ini menyediakan

perkhidmatan kepada semua warga kampus seperti kesela-

matan dan kualiti makanan, kawalan vektor, kawalan

penyakit berjangkit dan pro-

mosi kesihatan. Fungsi utama BKP ada-lah untuk menjalankan kawalan

dan pencegahan penyakit. Sebagaimana yang kita tahu “mencegah adalah lebih

baik dari mengubati”.

Menurut Pembantu Kesihatan Awam,

Azizan Mohd Ali, BKP adalah penting

bagi mengawasi dan memantau keadaan

kebersihan dan keselamatan makanan di

dalam kampus. “Objektifnya adalah un-

tuk memastikan bahawa semua premis

makanan di dalam kawasan kampus

mematuhi peraturan yang telah ditetap

Oleh: Siti Faziyatol Binti Shari

Bahagian Kesihatan Persekitaran

Page 29: Identiti 15 15

dalam kawasan kampus mematuhi

peraturan yang telah ditetapkan kepada

para pengendali makanan. Seterusnya

dapat mengelakkan berlakunya kejadian

kes keracunan makanan dan juga

penyakit bawaan makanan dan

minuman”, katanya lagi.

“Selain itu, BKP berperanan untuk

mencegah dan mengawal penyakit

bawaan vektor seperti kes demam

denggi, demam denggi berdarah,

malaria, filariasis, leptospirosis dan

chikugunya yang berlaku dalam

kampus. Tambahnya lagi, bahagian ini

menjalankan kawalan serangga

pembawa penyakit secara berkala

sekurang-kurangnya tiga bulan sekali di

seluruh kawasan kampus dan

menjalankan kawalan vektor seperti

kajian aedes, pemusnahan larva

serangga pembawa penyakit dan

semburan kabus (foging).”

BKP bertanggungjawab menjalankan

siasatan dan kawalan terhadap kejadian

penyakit berjangkit di dalam kampus

UUM. Unit ini juga bekerjasama dengan

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit dari

Pejabat Kesihatan Daerah. Sebarang

maklumat terkini berkenaan kejadian

penyakit berjangkit akan dimaklumkan

segera dari semasa ke semasa.

Di samping itu, bahagian ini juga

berperanan dalam memberi pendidikan

dan promosi kesihatan kepada seluruh

warga kampus UUM melalui Persatuan

Prostar yang dijalankan oleh mahasiswa

UUM. “Persatuan Prostar banyak

menjalankan program mengenai

kesihatan dan khidmat masyarakat yang

mana mereka dapat mendekatkan diri

dengan masyarakat dan memberi

pendedahan mengenai kesihatan yang

perlu dijaga, contohnya Program Bakti

Siwa di Jerlun, Kedah” ulasnya lagi

apabila ditanya lebih lanjut mengenai

aktiviti yang dilakukan di bawah

bahagian ini.

Pusat Kesihatan Universiti UUM

Page 30: Identiti 15 15

P Oleh: Chong Ming Wei

U niversiti Utara Malaysia (UUM) mempunyai keluasan 1,061 hektar dengan jarak lingkaran

jalan mengelilingi kampus hampir 13 kilometer. Lebih separuh daripada pelajar tinggal di asrama yang telah disediakan oleh pihak universiti yang mana lokasinya jauh dari dewan kuliah, perpustakaan, kompleks sukan dan kemudahan lain.

Peraturan yang telah digariskan oleh pihak pentadbiran UUM adalah tidak membenarkan pelajar membawa kenderaan sendiri atas faktor keselamatan dan tempat letak kenderaan di dalam kampus yang terhad. Oleh itu, langkah yang diambil oleh pihak pentadbiran UUM ialah dengan memperbanyakkan jumlah bas untuk tujuan kemudahan kepada pelajar.

Penggunaan bas rapid dalam kampus UUM adalah untuk mengatasi masalah kapasiti penumpang dalam bas. Hal ini demikian kerana bas rapid dapat menampung 60 orang pelajar berbanding dengan kapasiti penumpang yang dimiliki oleh bas biasa iaitu hanya mampu menampung seramai 42 orang pelajar.

Sebenarnya, pelajar UUM hanya perlu membayar RM 60 untuk satu semester malah RM 60 lagi ditanggung oleh pihak UUM. Bayaran ini merangkumi perkhidmatan di se-luruh kawasan kampus dan sekitar Changlun. Dasar ini lebih baik kerana ia meringankan beban kewangan pelajar.

Perkhidmatan bas kampus yang cekap mu-lai beroperasi pada jam 7.00 pagi hingga jam 11.00 malam dan bagi perkhidmatan bas ulang

Petang hingga 10.00 malam pada hari Ahad hingga Khamis. Kemudahan bas rapid ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar membeli barang keperluan di Changlun.

Selain itu, pihak UUM sentiasa membuka telinga mendengar pendapat dan pandangan daripada pelajar. Salah satu faktor penggunaan bas rapid dalam UUM ialah untuk menjaga keselamatan dan keselesaan pelajar.

Menurut seorang pemandu bas yang ber-pengalaman selama lima tahun di UUM, Ahmad Hassan, 65, memberitahu bahawa bas rapid lebih stabil apabila menampung bilangan pelajar yang ramai.

“Bas rapid yang mempunyai banyak tem-pat pemegang memudahkan pelajar me-megang semasa mereka berdiri di dalam bas. Di samping itu, bas rapid yang lebih rendah berbanding bas biasa juga selesa dibawa keti-ka berada di jalan yang berliku sebagaimana bentuk geografi di UUM yang berbukit ini”, katanya.

Bas rapid UUM

Page 31: Identiti 15 15

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Abdul Karim, yang berucap ketika majlis perasmian perkhidmatan bas baharu ini, pihak universiti sentiasa mengutamakan keselesaan dan keselamatan mahasiswa termasuklah dengan menyediakan perkhid-matan pengangkutan yang terbaik di dalam kampus.

Selain itu, beliau turut menyatakan baha-wa bas baharu ini lebih besar dan selamat serta boleh memuatkan lebih ramai maha-siswa. Hal ini sekaligus dapat menyelesaikan masalah pengangkutan yang dialami oleh mahasiswa.

Tempat duduk dalam bas rapid