Upload
vuongkhanh
View
220
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
iii
PERANAN KEGIATAN KOKURIKULUM DALAM MENERAPKAN
KEMAHIRAN GENERIK : SATU TINJAUAN DI KALANGAN JKM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI
MOHD ADIB BIN HARON
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
November 2007
v
SEKALUNG BUDI
Buat Emak dan Abah tersayang…
Terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan.
Pengorbanan, didikan dan kasih sayang yang kalian curahkan
kepada diri ini, akan ku jadikan landasan buat menempuh rintangan dan
dugaan hari mendatang. Tak terbalas budi kalian pada diri ini sampai bila-bila.
Buat Kakak, Serta Adik-adikku... . .
Yang tidak jemu memberi nasihat dan dorongan.
Pengorbanan kalian tetap akan menjadi pendorong menamatkan pengajian ini.
Akhirnya
Buat Teman Seperjuangan......
Semangat, nasihat serta dorongan kalian membuatkan
diriku terus bertahan dan terus bersaing.
Terima kasih semuanya.
vi
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t, Tuhan sekelian alam. Dengan izinnya
kajian ilmiah ini telah dapat disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki. Salam
dan hormat buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi penghargaan
serta ucapan terima kasih ingin saya rakamkan buat Penyelia Tesis, Dr. Yahya bin
Buntat di atas dedikasi serta sikap profesional dalam membimbing serta memberikan
tunjuk ajar yang berguna dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pengurusan Kolej Kediaman
pelajar UTM skudai serta pengerusi kolej-kolej kediaman pelajar dalam memberikan
kebenaran dan kerjasama untuk menjalankan kajian ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada
rakan-rakan dan semua pihak yang telah memberikan apa jua bantuan, sokongan
ataupun khidmat nasihat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses
menyiapkan kertas Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
vii
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti peranan kegiatan
kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik di kalangan Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Kajian ini memberi tumpuan
kepada 4 aspek iaitu kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, kemahiran
bekerjasama dan kemahiran interpersonal. Seramai 96 orang pelajar yang menjawat
jawatan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia Skudai telah
dipilih keseluruhan sebagai responden kajian. Set soal selidik mengandungi dua
bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden dan bahagian B
mengenai 4 persoalan kajian yang digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai
kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.96. Hasil kajian ini dianalisis
menggunakan SPSS (Statictical Package For Social Science) 12.0 untuk
mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan
kempat-empat kamahiran generik ini berada pada tahap tinggi sekaligus
membuktikan bahawa kemahiran generik ini dapat diterapkan dalam kegiatan
kokurikulum yang dijalankan.
viii
ABSTRACT
This research was conducted in order to identify the role of co-curiculum
activity in to softskills embedded among Student College Community leader . This
research highlighted the four aspect such as thinking skills, communication skills, co-
operation skills and interpersonal skills. 96 students from Student College
Community in University Technology Malaysia Skudai were selected as respondents
for this study. A set of questionnaire comprising 2 section namely, section A on the
responden's particulars and section B consisted statement on the research scope were
used as research instrument. The reliability of the instrument is α = 0.96. Data were
processed and analyzed by using SPSS (Statistical Package For Social Science) 12.0
for window to obtain frequencies and percentages. Result showed that all the aspect
was in the high level and it proved that the softskills can be implement in the co-
curiculum activity which has been carried out.
ix
PERANAN KEGIATAN KOKURIKULUM DALAM MENERAPKAN
KEMAHIRAN GENERIK : SATU TINJAUAN DI KALANGAN JKM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI
MOHD ADIB BIN HARON
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
x
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN i
PERAKUAN PENSYARAH ii
STATUS PENYELIDIKAN iii
PERAKUAN PELAJAR iv
SEKALUNG BUDI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
TAJUK PENYELIDIKAN ix
KANDUNGAN x
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
xi
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar belakang masalah 3 1.2 Penyataan masalah 9 1.3 Objektif kajian 10 1.4 Persoalan kajian 10 1.5 Kepentingan kajian 11 1.5.1 Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) UTM 10 1.5.2 Kolej kediaman di UTM 11 1.6 Skop dan Batasan kajian 11 1.7 Definisi istilah 12 1.7.1 Kokurikulum 12 1.7.2 Kegiatan Kokurikulum 13
1.7.3 Kemahiran 13
1.7.4 "Softskills" 13
1.7.5 Interpersonal 14 1.7.6 Komunikasi 14
1.7.7 Bekerjasama 14
1.7.8 Berfikir 15
xii
II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 16
2.1 Latar belakang pendidikan kokurikulum 18 2.2 Matlamat kokurikulum 19 2.3 Konsep kemahiran "Softskills" 20 2.4 Ciri – ciri kemahiran "Softskills" 21 2.4.1 Kemahiran berfikir 21 2.4.2 Kemahiran berkomunikasi 24 2.4.3 Kemahiran bekerjasama 29 2.4.4 Kemahiran interpersonal 31 2.5 Kegiatan kokurikulum JKM kolej mahasiswa 33
III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 36
3.1 Rekabentuk kajian 36 3.2 Tempat kajian 37 3.3 Populasi dan sampel kajian 37 3.4 Instrumen kajian 39 3.4.1 Bahagian A 40
3.4.2 Bahagian B 40 3.5 Prosedur Kajian 42 3.6 Kajian Rintis 43
xiii
3.7 Kaedah Analisis Data 44
IV ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 46 4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 47
4.2.1 Latar Belakang Responden 48 4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 51 4.3.1 Kemahiran Berfikir 51 4.3.2 Kemahiran Berkomunikasi 53 4.3.3 Kemahiran Berkerjasama 55 4.3.4 Kemahiran Interpersonal 57 4.4 Rumusan 59
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61 5.2 Rumusan 62 5.3 Perbincangan 63 5.3.1 Latar Belakang Responden 63 5.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 65
xiv
5.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 67 5.3.4 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 69 5.3.5 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 71 5.4 Cadangan 72 5.5 Cadangan Penyelidikan Di Masa Hadapan 73 5.6 Penutup 74 BIBLIOGRAFI 76 LAMPIRAN (Set Soal selidik) 81
xv
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Pecahan mengikut institusi dan peratus 7 1.2 Pecahan mengikut bidang pengajian dan peratus Penganguran 7 2.1 Bilangan JKM mengikut kolej kediaman 35 3.1 Taburan Populasi dan sampel 38 3.2 Pengkelasan skala likert lima mata 41 3.3 Jadual pembolehubah 41 3.4 Pekali Alpha Cronbach 44 3.5 Klasifikasi terhadap item 45 3.6 Penilaian peratusan terhadap "tahap" bagi setiap persoalan kajian 45 4.1 Item-item mengikut persoalan kajian 47 4.2 Tahap pencapaian berdasarkan peratus 48 4.3 Bilangan dan peratus responden mengikut jantina 48 4.4 Bilangan dan peratus responden mengikut bangsa 49 4.5 Bilangan dan peratus responden mengikut CGPA 49
xvi
4.6 Bilangan dan peratus responden mengikut kolej Kediaman pelajar UTM Skudai 50
4.7 Taburan kekerapan dan peratus berkaitan analisis
kemahiran berfikir pelajar 51 4.8 Taburan kekerapan dan peratus berkaitan analisis kemahiran berkomunikasi pelajar 54 4.9 Taburan kekerapan dan peratus berkaitan analisis kemahiran berkerjasama pelajar 55 4.10 Taburan kekerapan dan peratus berkaitan analisis
Kemahiran interpersonal pelajar 57 4.11 Purata peratus keseluruhan bagi setiap kemahiran "softskills" 59
xviii
SENARAI SINGKATAN
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
IPT - Institut Pengajian Tinggi
IPTA - Institusi Pendidikan Tinggi Awam
IPTS - Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
JCS - Job Clearing System
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
JKM - Jawatankuasa Kolej Mahasiswa.
KRP - Kolej Rahman Putra
KTF - Kolej Tun Fatimah
KTHO - Kolej Tun Hussien Onn
KTDI - Kolej Tun Dr. Ismail
KTC - Kolej Tuanku Canselor
KP - Kolej Perdana
K9 - Kolej 9
K10 - Kolej 10
K11 - Kolej 11
KDSE - Kolej Datin Seri Endon
KTGB - Kolej Tun Ghafar Baba
K 16 & 17 - Kolej 16 dan 17
MPP - Majlis Perwakilan Pelajar
SPSS - Statistical Package For Social Science
CGPA - Purata Matanilaian Kumulatif
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Sebagai satu rekabentuk rancangan pendidikan, kokurikulum memainkan
peranan penting dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan
kepada falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menghendaki seseorang insan
itu dapat memanfaatkan ilmu ke arah kecemerlangan diri dan mampu memberi
sumbangan kepada masyarakat serta negara, maka pengisian maklumat tersebut
tidak tertumpu semata–mata terhadap kurikulum. Aktiviti kokurikulum
menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan
mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai–nilai yang telah dipelajari di
dalam kelas.
Pendidikan di Malaysia terbahagi kepada dua bahagian program yang besar
iaitu kurikulum dan juga kokurikulum. Kedua–dua bahagian ini berhubungkait antara
satu sama lain bertepatan dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta
melahirkan rakyat yang berilmu, berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
2
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Pernyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia jelas
menunjukkan bahawa kepentingan kegiatan kokurikulum iaitu :-
Menurut Wee Eng Hoe ( 1996), gerak kerja kokurikulum mempunyai
banyak nilai pendidikan yang boleh disemai dan dipupuk secara langsung atau
tidak langsung ke dalam diri pelajar dan mahasisiwa atau mahasisiwi. Kegiatan
kokurikulum di anggap berkesan untuk memupuk perkembangan mental, rohani,
jasmani dan sosial pelajar secara seimbang.
Menurut Mohd Sofian (2002) kokurikulum merupakan pelengkap kepada
kehendak dan kepentingan kurikulum. Sumbangan kokurikulum bukan setakat
mengisi kepentingan perseorangan semata-mata tetapi yang nyata kecemerlangan
tersebut jika digemblengkan akan memberi satu sumbangan yang bererti dalam
pembinaan masyarakat seimbang dan negara yang makmur.
“Kegiatan kokurikulum yang dijalankan diluar bilik darjah adalah
penting untuk mengenali, memupuk dan menanam perasaan
kekitaan ataupun ‘spirit de corpe’ di antara murid berbagai
keturunan dan mempunyai latar belakang dan cara hidup yang
berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap
bertanggungjawab. Kegiatan ini juga melatih mereka berdisplin,
berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka
sertai”
( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1984 )
3
Aktiviti kokurikulum sebagai lanjutan daripada aktiviti kurikulum. Menurut
Ab. Alim (1994), aktiviti-aktiviti yang sebahagian besarnya dilakukan di luar bilik
darjah pula disebut kokurikulum. Kegiatan kokurikulum pula akan menekankan
aspek seperti displin diri, bakat, peranan, kepimpinan, nilai, keberanian dan
sebagainya.
Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum
dilaksanakan sama ada melalui unit beruniform, persatuan dan kelab mempunyai
kurikulum tersendiri. Ini dikenali sebagai kurikulum kokurikulum (Ab Alim, 1994 ).
1.1 Latar Belakang Masalah
Kegiatan kokurikulum ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan bagi
membentuk diri pelajar yang seimbang. Pada dasarnya kegiatan kokurikulum ini
kurang mendapat sambutan dari segi penglibatan pelajar sekolah serta pelajar IPTA
mahupun sokongan pihak–pihak tertentu seperti ibu bapa, guru dan masyarakat.
Perkara ini terjadi kerana kebanyakan sekolah atau institusi pendidikan lebih
mementingkan bidang akademik sehingga membuat pelajar mengabaikan aspek–
aspek bukan akademik (Abu Bakar, 1991). Permasalahan ini juga dapat dilihat
dengan penglibatan pelajar IPTA khususnya mereka yang menjawat jawatan
organisasi pelajar di universiti seperti Jawatankuasa Kolej Kediaman pelajar
mahupun Majlis Perwakilan Pelajar di peringkat Fakulti kurang aktif dimana jumlah
kedatangan di dalam sesuatu program yang dijalankan berkurangan dari jumlah
kedatangan sebenar.
Kegiatan kokurikulum juga mempunyai pelbagai faedah yang tersembunyi,
namun sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan kejayaan dalam
peperiksaan telah menjadikan kurikulum akademik dipandang lebih penting daripada
4
aktiviti kokurikulum oleh sesetengah golongan pelajar sekolah mahupun pelajar
universiti dimana penglibatan yang kurang didalam sesebuah organisasi khususnya
perwakilan pelajar (Faridah, 1991).
Penglibatan pelajar dalam kokurikulum sekiranya dapat dijalankan dengan
sebaik mungkin pasti menyumbangkan kepada pembentukan personaliti dan
ketrampilan pelajar yang diinginkan. Shahril dan Khatijah (1992), menyatakan
pelajar–pelajar yang sering melatih diri dalam gerak kerja kokurikulum berpeluang
besar memiliki sifat–sifat positif. Ini berjaya dilakukan melalui latihan–latihan secara
berterusan dari semasa ke semasa seperti penglibatan pelajar dalam sesebuah
organisasi perwakilan pelajar di IPTA khususnya. Kenyataan ini tentunya
menyangkal ungkapan Inggeris yang berbunyi “ Leaders are born, not made”. Tanpa
latihan secara langsung ini, daya kepimpinan tidak akan dapat disemai, apatah lagi
untuk disebarkan secara paling berkesan.
Kebanyakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) masa kini
menitikberatkan kegiatan kokurikulum yang tidak realistik, iaitu tidak dapat
membantu mahasiswa mendapat pekerjaan dan tidak membantu mahasiswa
meningkatkan daya pemikiran (Berita Harian, 14 Ogos 2004). Oleh itu pelajar IPTA
khususnya mereka yang memegang jawatan Jawatankuasa pelajar harus melibatkan
diri dalam pelbagai aktiviti untuk memastikan mereka ini berkebolehan dalam
pelbagai bidang.
Menurut Kementerian Sumber Manusia (2001) iaitu faktor penyumbang yang
besar dalam pengangguran di kalangan lepasan pengajian tinggi adalah kerana
bilangan graduan dalam bidang tertentu melebihi bilangan permintaan dan majikan
pula tidak berminat untuk mengambil mereka yang bekemahiran dalam satu bidang
sahaja. Maka jelaslah, keputusan yang cemerlang semata–mata belum dapat
menjamin seorang majikan untuk mengambil graduan bekerja.
5
Menurut Hasliza (2002), antara faktor lulusan institusi pendidikan tinggi
tidak mendapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak mempunyai
kemahiran–kemahiran soft skils atau generik.
Mengikut Tengku Mahaleel Tengku Arif (2002), antara punca graduan gagal
dalam sesi temuduga adalah kerana mereka gagal menonjolkan kelebihan diri dan
memberi pendapat yang bernas bagi sesuatu isu kepada panel penemuduga walaupun
antara mereka mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang. Justeru itu, jelaslah
kelulusan akademik dan teknikal perlulah juga dilengkapi dengan kemahiran generik.
Pihak kementerian menyambut baik usaha untuk memantapkan program
kokurikulum di IPTA kerana program tersebut mampu melahirkan graduan yang
bermutu, berdaya saing dan mempunyai semangat ketaatan yang tinggi terhadap
negara. 5% daripada kredit pengijazahan diperuntukan untuk kegiatan kokurikulum
di semua universiti. Pelajar IPTA yang kurang berminat dengan aktiviti kokurikulum
akan menunjukkan perbezaan nilai dan menimbulkan kekeliruan terhadap pihak
majikan (Utusan Malaysia, 16 Ogos 2004).
Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum adalah penting supaya
apabila tamat pengajian kelak, mereka tidak menjadi graduan yang jumud. Graduan
dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terutamanya mereka yang menjadi
ketua pelajar dalam sesebuah organisasi contohnya seperti Jawatankuasa Kolej,
Majlis Perwakilan Pelajar dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seharusnya
mempunyai keseimbangan dan kekuatan bukan sahaja dari segi keilmuan malahan
dari segi pembentukan sahsiah diri yang cemerlang, gemilang dan terbilang supaya
kualiti graduan dapat dipertonjolkan. Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar dilatih
bagaimana untuk menguruskan aktivitinya dalam berpersatuan, kelab, kegiatan
sosial, sukan mahupun badan beruniform. Di antaranya, pelajar akan diajar kaedah
berorganisasi, bekerja secara berpasukan dan memupuk kemahiran komunikasi
kerana pelajar perlu sentiasa berhubung dengan pihak pengurusan universiti dan
pihak luar (Berita Harian, 30 Ogos 2005).
6
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa perlu melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran didalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh kolej kediaman kerana
mereka ini juga merupakan pelajar IPTA sekaligus mencerminkan siswazah yang
berkualiti serta dapat mengurangkan peratus pengangguran. Ini bertujuan untuk
memperlengkapkan diri mereka untuk menghadapi alam pekerjaan dan sekaligus
menjamin diri memperoleh pekerjaan kelak kerana majikan kini mementingkan
keseimbangan antara pencapaian akademik serta penglibatan kokurikulum.
Ini terbukti dengan laporan yang dikemukakan oleh Kementerian Sumber
Manusia 2006 bahawa laporan yang diterima daripada majikan lepasan siswazah
yang baru bekerja menunjukkan siswazah tersebut tidak mempunyai bakat dan daya
berfikir yang tinggi, tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tidak
dapat melaksanakan tugas secara berkumpulan dengan baik. Kementerian Sumber
Manusia juga menyenaraikan faktor-faktor kegagalan lepasan siswazah yang
memohon pekerjaan tidak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum walaupun
mempunyai keputusan akademik yang baik. (Utusan Malaysia, 21 November 2006).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Mustapha Muhamed
menyatakan kajian 24 September hingga 7 Oktober 2005 diseluruh negara, kira –
kira 42% atau 24619 siswazah belum mendapat pekerjaan (Berita Harian, 27 Januari
2006).
Ini terbukti dengan perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber
Manusia melalui Job Clearing System (JCS) iaitu jumlah siswazah menganggur dan
tidak bekerja semasa mendaftar setakat 12 Jun 2006 adalah sebanyak 20,217 orang.
Secara terperinci, pecahan mengikut institusi dan peratus pengangguran adalah
seperti jadual 1.1.
7
Jadual 1.1: Peratus Pengangguran Mengikut Pecahan Institusi
Institusi pengajian Jumlah siswazah
menganggur
Peratusan
(%)
Universiti Teknologi Mara (UiTM) 3278 16.2
Universiti Utara Malaysia (UUM) 1532 7.6
IPTS 1217 6.0
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1147 5.7
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 971 4.8
Universiti Putra Malaysia (UPM) 919 4.5
IPTA lain 840 4.2
Universiti Malaysia (UM) 531 2.6
Universiti Sains Malaysia (USM) 505 2.5
Universiti Malaysia Sabah (UMS) 371 1.8
IPTA luar negara 342 1.7
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 174 0.9
Universiti Pendidikan Sultan Idris 39 0.2
Lain – lain 7993 39..5
Jumlah 20217 100
Daripada jadual 1.1 di atas, institusi lain – lain yang dimaksudkan adalah
daripada kolej awam, Institusi Jabatan Tenaga Manusia. Manakala pendaftar aktif
siswazah mengikut bidang setakat 12 Jun 2006 adalah seperti jadual 1.2.
Jadual 1.2 : Peratus Pengangguran Mengikut Pecahan Bidang Pengajian
Bidang pengajian Jumlah siswazah
menganggur
Peratusan
(%)
ICT 3942 19.5
Pentadbiran pengurusan/ Perdagangan 2714 13.4
Kejuruteraan Elektrik, Elektronik,
Telekomunikasi
1229 6.1
8
sambungan dari jadual 1.2...
Perakaunan 1923 9.5
Pengurusan Sumber Manusia 1022 5.1
Kejuruteraan Awam 983 4.9
Kejuruteraan Mekanikal/Mekatronik 884 4.4
Sastera/Sains Sosial 843 4.2
Sains Tulen 770 3.8
Kewangan/Perbankan/Insurans/Pelaburan/
Hartanah
613 3.0
Senibina/Bangunan/Ukur Bahan/Ukur Tanah 540 2.7
Sains Gunaan 553 2.6
Ekonomi 440 2.2
Lain – lain 2828 13.9
Jumlah 20217 100
Daripada apa yang dinyatakan, jelaslah menunjukkan bahawa kegiatan
kokurikulum diharapkan dapat membentuk personaliti pemimpin pada diri pelajar
khususnya pelajar IPTA yang memegang jawatan seperti Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti ataupun pada peringkat Fakulti mahupun Kolej Kediaman pelajar sendiri.
Ini selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Rancangan Malaysia
ke enam yang telah mensasarkan beberapa objektif yang boleh dicapai berkaitan
dengan pembentukan daya kemahiran yang tinggi di kalangan pelajar melalui
kegiatan kokurikulum yang memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri
dengan aktif secara individu atau kumpulan, meningkatkan disiplin pelajar melalui
penyemaian dan pemupukan nilai dengan sikap positif, meningkatkan kemahiran
"softskills" di kalangan mereka dan seterusnya memberi peluang kepada pelajar
untuk melatih diri serta memupuk sikap yakin diri dan berani.
Secara umumnya kita menyedari bahawa bakat kepimpinan, kebolehan,
perasaan, sikap dan tanggungjawab dalam diri seseorang tidak wujud secara
9
semulajadi atau tersendiri. Menyedari hakikat ini, pihak berwajib telah mengambil
inisiatif untuk menyemai dan menyebarkan sikap tersebut diperingkat paling awal
yang mungkin sama ada dalam kegiatan kurikulum atau kokurikulum. Usaha ini
dijangkakan akan lebih berjaya jika dilakukan di alam persekolahan mahupun di
peringkat universiti seperti penglibatan pelajar di dalam organisasi pelajar kerana
inilah masa yang paling sesuai untuk mengasah dan mendidik pelajar – pelajar
supaya bersikap mulia dan bertanggungjawab kerana pelajar masih kurang terdedah
dengan anasir luar (Robiah, 1989).
1.2 Pernyataan Masalah
Terdapat pelbagai isu berkaitan dengan masalah bidang kokurikulum dan
juga kemahiran-kemahiran "softskills" yang terdapat pada para pelajar atau lulusan
khususnya dari universiti-universiti awam dimana mereka ini kurang mendapat
sambutan dan peluang pekerjaan di sektor-sektor pekerjaan. Oleh yang demikian,
penyelidik ingin mengkaji peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan
kemahiran “softskills” yang menyentuh beberapa aspek tertentu termasuklah dari segi
penerapan kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerjasama
dan kemahiran interpersonal dikalangan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor.
10
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bagi :-
1. Mengenalpasti sejauh mana aktiviti–aktiviti kokurikulum dapat
menerapkan kemahiran berfikir dikalangan JKM.
2. Mengenalpasti sejauh mana aktiviti–aktiviti kokurikulum dapat
menerapkan kemahiran berkomunikasi dikalangan JKM.
3. Mengenalpasti sejauh mana aktiviti–aktiviti kokurikulum dapat
menerapkan kemahiran berkerjasama dikalangan JKM.
4. Mengenalpasti sejauh mana aktiviti–aktiviti kokurikulum dapat
menerapkan kemahiran interpersonal dikalangan JKM.
1.4 Persoalan Kajian
Soalan kajian bagi kajian ini ialah :
1. Adakah aktiviti–aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan dapat
menerapkan kemahiran berfikir dikalangan JKM?
2. Adakah aktiviti–aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan dapat
menerapkan kemahiran berkomunikasi dikalangan JKM?
3. Adakah aktiviti–aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan dapat
menerapkan kemahiran berkerjasama dikalangan JKM?
4. Adakah aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan dapat
menerapkan kemahiran interpersonal dikalangan JKM?