Upload
dania-azmy
View
490
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
dania
Citation preview
BAHASA : menggunakan usaha dan keupayaanbagi mencapai sesuatu dengan kepayahandan kesusahan.
Istilah : mencurahkan segala akal pemikirandan kesungguhan untuk mendapatkansesuatu hukum syarak mengenai sesuatupermasalahan dengan jalan istimbatdaripada Al-Quran dan Hadis.
Ijtihad berasal daripada kata ijtihada( yang bermaksud menggunakantenaga sepenuhnya.
Mujtahid pula ialah ahli fekah yang
mencurahkan segala kesungguhan dan
ketekunan untuk mendapatkan hukum syarak
daripada sesuatu dalil terperinci atau tafsili
dari dalil-dalil syariat.
Mereka mempunyai kemampuan untuk
mengkaji,menyelidik dan mendapatkan
hukum syara’ yang amali dari dalil-dalil
terperinci.
menguasai Bahasa Arab
Mesti mengetahui Al-Quran
Mesti mengetahui Sunnah
Mengetahui Usul Al-Fiqah
Perlu mengetahui masalah-masalah yang
diijma’
Perlu mengetahui Maqasid Al-Syariah
Kesediaan fitrah untuk berijtihad
Adil dan takwa
Mengetahui al-Quran al-Karim
Pengetahuan mengenai al-Quran merangkumi mengetahui
selok belok bahasanya “khabar dan insya”, suruhan dan
larangan tuntutan dan harapan mengetahui makna perkataan
dalam penggunaan bahasa ‘uruf dan syarak sama ada
perkataan itu berasingan atau kedudukannya dalam ayat dan
tujuan penggunaan perkataan itu serta sejauh mana
tercapainya tujuan itu dalam syarak.
Mengetahui al-Sunnah.
Al-Sunnah adalah sumber kedua dalam syariat ini dengan
kedudukan di martabat ini mengetahuinya menjadi pasti
dalam ijtihad.
Mengetahui perkara yang diijmakkan.
Disyaratkan ini supaya tidak memberi fatwa berlawanan
dengan ijmak, maksudnya bukanlah menghafal seluruh
perkara yang diijmakkan tetapi cukuplah diketahui bahawa
masalah yang dikaji dan fatwanya tidak bertentangan dengan
keputusan ijmak.
Mengetahui ilmu Usul al-Fiqh.
Mensyaratkan mengetahui ilmu itu nyata sekalikerana ijtihad bergantung kepada memahamidalil-dalil syarak untuk mengeluarkan hukum danmujtahid hendaklah berpengetahuan luas sertamendalam kerana ilmu ini adalah asas ijtihad. Kalaulah ia berkemampuan, maka senanglahmerujuk setiap masalah yang dihadapi kepadausulnya, kalau tidak dia akan menghadapikesukaran dan kesulitan.
Mengetahui bahasa Arab.
Syarat terpenting yang perlu dilengkapi olehseseorang sebelum melakukan ijtihad, seluruhulamak bersetuju sedemikian kerana inilah bahasasyariat. Al-Quran di turunkan dalam bahasa Arab dan Sunnah Rasul juga dalam bahasa Arab.
1)Nas Qat'ie iaitu nas yang tidak mempunyai makna kedua
padanya. Ulamak bersepakat berkenaan hukumnya dan tidak
berlaku perselisihan pendapat. Kebiasaannya nas ini
melibatkan perkara usul dalam agama.
2) Nas Zhanni iaitu nas yang mempunyai lafaz yang boleh
diertikan dengan pelbagai makna. Para ulamak mempunyai
pandangan yang pelbagai terhadapnya.
Ijtihad Sunat
Ijtihad sunat ialah ijtihad untuk menyelesaikan masalah hukum hakam
yang mana ijtihad itu dilakukan oleh seseorang yang memenuhi syarat
berijtihad untuk menyelesaikan terhadap perkara dan masalah yang akan
berlaku. Ijtihad sunat ini juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian:
Seseorang mujtahid yang berijtihad dalam sesuatu masalah yang ditanya
oleh individu atau masyarakat mengenai hukumnya, namun perkara dan
permasalahan yang ditanya itu belum berlaku dan tidak wujud ketika itu.
Seseorang mujtahid yang berijtihad tentang sesuatu masalah dan hukum
yang belum berlaku atau tidak berlaku yang mana ia berijtihad atas dasar
inisiatif dirinya dan semata-mata berijtihad tanpa apa-apa faktor atau
sebab.
Ijtihad Haram
Ijtihad haram pula ialah segala ijtihad yang dilakukan oleh seseorang
dengan cara yang bercanggah atau tidak memenuhi syarat mujtahid serta
bercanggah dengan nas.
Ijtihad Fardhu AinIjtihad fardhu ain ialah ijtihad yang wajib dilakukan oleh seseorang atau individu
yang mempunyai kemampuan dan kelayakan berijtihad serta tidak ada orang lain
lagi selain dirinya untuk menyelesaikan masalah dan perkara yang berkaitan
dengan masalah hukum, sama ada yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah
dirinya sendiri mahu pun masyarakat. Justeru itu ijtihad peringkat ini dapat
dibahagikan pula kepada dua bahagian :
- Ijtihad yang dilakukan oleh seseorang mujtahid terhadap sesuatu hukum dan
permasalahan yang ditanya atau dalam bentuk menjelaskan pertanyaan yang
diajukan oleh masyarakat atau individu lain dan tidak ada orang lain yang layak
berijtihad kecuali dirinya sahaja. Maka ketika itu, berijtihad adalah fardhu ain
terhadap dirinya.
- Ijtihad yang dilakukan oleh seseorang mujtahid dalam sesuatu masalah hukum
untuk dirinya sendiri atau tanpa sebarang pertanyaan oleh masyarakat dan
individu lain. Antara lain juga ia adalah layak berijtihad dan digelar
mujtahid, maka dalam keadaan itu berijtihad untuk dirinya adalah fardhu ain
Ijtihad Fardhu Kifayah
Ijtihad fardhu kifayah pula ialah ijtihad yang dilakukan oleh
seseorang yang mempunyai kelayakan untuk berijtihad, namun
begitu selain dirinya masih ada lagi orang yang berkelayakan untuk
berijtihad bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
hukum. Oleh itu, waktu itu berijtihad adalah menjadi fardhu
kifayah terhadap dirinya dan apabila dia yakin ada orang lain yang
masih mampu menyelesaikan masalah hukum. Oleh itu, ijtihad
bahagian ini juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian:
-Seseorang mujtahid yang diajukan atau ditanya tentang hukum
sesuatu permasalahn dan masih ada orang lain atau mujtahid lain
yang mampu berijtihad sepertinya. Walaupun begitu, sekiranya ia
meninggalkan ijtihad itu atau tidak menyelesaikan masalah itu
tidak ada orang yang akan berijtihad. Maka waktu itu berijtihad
untuk mewakili mujtahid lain adalah fardhu kifayah baginya.
-Seseorang mujtahid yang ragu-ragu dengan ijtihad mujtahid lain
dan ia cukup syarat sebagai mujtahid, maka ketika itu menjadi
fardhu kifayah baginya untuk berijtihad terhadap hukum dan
permasalahan yang diraguinya itu.
Hal dan perkara yang tidak disebut hukumnya dalam nas al-
Quran, al-Sunnah dan ijmak ulama. Oleh itu ulamak mujtahid
tidak mempunyai kata sepakat dalam membuat dalil dan hujah
dengan dalil-dalil tersebut dan berlakulah perselisihan ijtihad.
Contohnya ijtihad Umar supaya Abu Bakar mengumpulkan al
Quran. Pada mulanya Abu Bakar tidak setuju, namun selepas itu
ia bersetuju.
Terhadap hal dan kejadian yang terdapat hukumnya dalam al-
Quran atau Hadis Mutawatir, Namun dilalah kedua-dua nas
tersebut terhadap hukum adalah zanni. Untuk itu, mujtahid
mestilah berusaha untuk mencari maksud yang dikehendaki oleh
syarak daripada nas tersebut. Selain itu. terdapat dalam nas al-
Quran dan hadis dalam bentuk mutlak. Oleh itu, untuk
menetapkan hukum daripada lafaz nas tersebut, suatu kajian
harus dilakukan di kalangan mujtahid. (Ibid : 264- 265)
Sebagaimana contohnya ijtihad terhadap firman Allah SWT:
Al Baqarah : 228)
Maksudnya :
Dan isteri- isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggudengan menahan diri mereka (daripada berkahwin) selamatiga kali suci (daripada haid)
Nas al Quran dan sabit lafaz quru’ itu adalah qat’i, tetapidilalah hukum daripada maknanya adalah zanni. Untuk itujuga para mujtahid melakukan ijtihad untuk mendapatmaksud yang dikehendaki oleh syarak daripada lafaz quru’ itu. Hasil daripada ijtihad ulamak Hanafi, lafaz quru’membawa erti haid. Untuk itu menurut ulama Hanafiperempuan yang diceraikan suaminya mestilah beriddahselama 3 kali haid.
Manakala hasil ijtihad ulama Syafi’e pula, lafaz quru’ ialah bererti suci. Untuk itu wajib ke atas perempuanyang diceraikan oleh suaminya beriddah selama tiga kali suci.
Kejadian yang terdapat hukumnya dalam nas yang sabit
secara zanni, tetapi dilalah kepada maknanya adalah sabit
secara qat’i. Untuk itu bidang ijtihad pada nas tersebut
ialah dengan mengkaji cara-cara dalil itu sampai dan
diriwayat. Iaitu dari segi kedudukan perawi samada
thiqah, adil dan sebagainya. Hal tersebut merupakan
perkara yang berlainan di antara ahli mujtahid dalam
menentukannya. (Ibid)
Sabda Nabi s.a.w.
Maksudnya :
Pada setiap lima ekor unta diwajibkan zakat seekor
kambing. (Ibn Majah, Tarmizi dan Malik)
Nas tersebut menunjukkan kepada maknanya adalah qat’i.
Kerana lafaz (syatun) ialah lafaz khas, tetapi sabitnya
adalah zanni kerana hadis tersebut tidak bertaraf
mutawatir.
HUKUM YANG TIDAK BOLEH DIIJTIHAD
Hukum yang terdapat dalam nas yang sabit secara pasti
dan dilalahnya juga adalah qat’i. Contohnya nas yang
menyatakan hukuman hudud terhadap penuduh zina. Iaitu
terhadap wanita yang muhasanah. (Ibid : 266- 267)
Sebagaiman firman Allah SWT:
An Nur : 4 )
Maksudnya :
Dan orang- orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada
perempuan- perempuan yang terpelihara
kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan
empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali
sebat.
Nas tersebut di atas adalah sabit secara qat’i, dan lafaz
thamanina, iaitu (80) dalam ayat tersebut adalah khas.
Yang hanya menunjukkan satu makna sahaja. Iaitu makna
yang tertentu, 80 kali dan tidak mungkin ia menunjukkan
makna lain lagi. Justeru itu, ayat dan nas tersebut tidak
ada ruang untuk berijtihad.
Seterusnya tidak boleh ijtihad terhadap hadis mutawatir
yang mentafsirkan lafaz yang mujmal. Kerana ia adalah
sabit dengan qat’i dan maksudnya adalah jelas dan tidak
mungkin menunjukkan berbagai makna.
Tidak boleh ijtihad juga dalam hukum keseksaan dan
kifarat yang ditetapkan kadarnya oleh syarak, seperti
kifarat zihar dan sumpah. Sebagaiman firman Allah SWT
tentang zihar. (Ibid)
Al Mujadalah : 3)
Maksudnya :
Dan orang- orang yang ziharkan isterinya, kemudian
mereka berbalik daripada apa yang mereka ucapkan
(bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah
(suami itu) memerdekakan seorang hamba abdi sebelum
mereka berdua (suami isteri) bercampur.
Tidak boleh ijtihad juga terhadap hukum agama yang mestidiketahui oleh mukallaf, seperti beriman. (Ibid : 268)
Firman Allah SWT:
Al Imran :132
Maksudnya :
Dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul- Nya
Hukum dan kejadian yang tidak ada nas menunjukkanhukumnya, sama ada nas qat’i atau zanni, jelas atau tidakjelas, namun telah berlaku ijmak atau pernah berlakuijmak ulama mengenai hukum tersebut. Maka hukumseperti ini tidak boleh diijtihad lagi. Contohnya: Sepakatjumhur ulama tentang terbatalnya perkahwinan antarawanita muslimah dengan lelaki kafir.
Tidak boleh ijtihad tentang hukum- hukum syarak yang telah dimaklumi. Contohnya: Wajibsembahyang, puasa, zakat, pengharaman zina dan lainnya.
http://usulfiqh1.blogspot.com/2009/10/al-mujmal-al-mubayyan.html
http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=
973:pertimbangan-maslahat-mengukur-kematangan-
pimpinan&catid=1:pmram&Itemid=63
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8554.0
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/ijtihad-dalam-konteks-
semasa_25.html
http://zheelsa.blogspot.com/2010/07/pengertian-usul-fiqih-dan-ilmu-
fiqih.html