6
3.3 Pemikiran Terhadap Ijtihad dan Ijmak Pemikiran Fazlur Rahman berkaitan ijtihad jelas dapat dilihat dalam bukunya sendiri yang berjudul “Islamic Methodology”. Dalam buku tersebut, beliau telah mengemukakan pendapatnya mengenai konsep ijtihad itu sendiri dalam usaha untuk membawa perubahan dan kemajuan dalam kalangan masyarakat. Menurut beliau, ijtihad merupakan suatu usaha secara teknikal yang lebih dikenali sebagai “jihad intelek”. Oleh itu, Fazlur Rahman mendefinisikan konsep ijtihad sebagaimana berikut: The effort to understand the meaning of a relevant text or precedent in the past, cointaining a rule and to alter that rule by exending or restricting or otherwise modifying it in such a manner that a new situation can be subsumed under it by a new solution. (Rahman, 1992) Definisi yang diberikan oleh Fazlur Rahman ini menjelaskan tentang satu usaha untuk memahami sesuatu teks atau preseden masa lalu yang mempunyai peraturannya sendiri. Menurut beliau, peraturan yang ada ini boleh diubah dan diperbaharui dengan berdasarkan teks al-Qur’an. Tindakan ini boleh dibuat oleh mereka yang mahir dan berpengetahuan dalam bidang ini. Semasa permulaan islam, ijtihad adalah merupakan pendapat-pendapat yang menimbulkan konflik dan perbezaan

Ijtihad Fazlur rahman

Embed Size (px)

DESCRIPTION

membincangkan tentang pemikiran fazlur rahman dalam persoalan berkaitan ijtihad.

Citation preview

3.3 Pemikiran Terhadap Ijtihad dan Ijmak

Pemikiran Fazlur Rahman berkaitan ijtihad jelas dapat dilihat dalam bukunya sendiri yang berjudul Islamic Methodology. Dalam buku tersebut, beliau telah mengemukakan pendapatnya mengenai konsep ijtihad itu sendiri dalam usaha untuk membawa perubahan dan kemajuan dalam kalangan masyarakat. Menurut beliau, ijtihad merupakan suatu usaha secara teknikal yang lebih dikenali sebagai jihad intelek. Oleh itu, Fazlur Rahman mendefinisikan konsep ijtihad sebagaimana berikut:

The effort to understand the meaning of a relevant text or precedent in the past, cointaining a rule and to alter that rule by exending or restricting or otherwise modifying it in such a manner that a new situation can be subsumed under it by a new solution. (Rahman, 1992)

Definisi yang diberikan oleh Fazlur Rahman ini menjelaskan tentang satu usaha untuk memahami sesuatu teks atau preseden masa lalu yang mempunyai peraturannya sendiri. Menurut beliau, peraturan yang ada ini boleh diubah dan diperbaharui dengan berdasarkan teks al-Quran. Tindakan ini boleh dibuat oleh mereka yang mahir dan berpengetahuan dalam bidang ini. Semasa permulaan islam, ijtihad adalah merupakan pendapat-pendapat yang menimbulkan konflik dan perbezaan pendapat. Namun, pada abad kedua hijrah tempat ini telah diambil alih oleh al-Qiyas iaitu suatu teknik mengeluarkan hukum dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai dasar utama. Menurut beliau lagi, keadaan inilah yang dipanggil sebagai tertutupnya pintu ijtihad. (Rahman, 1973)

Hak untuk berijtihad bukanlah hak ekslusif kepada golongan tertentu dalam islam, tetapi ianya adalah satu keupayaan dalam berfikir. Dalam kehidupan seharian, tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi hak untuk berfikir kepada orang lain dan menafikan hak diri sendiri untuk berfikir. Berkenaan hal ini, Fazlur Rahman bangkit menolak gagasan yang dibawa oleh mereka yang tradisional dan beliau menetapkan bahawa ijtihad itu adalah brfungsi sebagai suatu persoalan yang teknikal. Beliau menolak hal tersebut dengan hujah bahawa meletakkan kebolehan ijtihad hanya pada golongan ulamak atas alasan mereka mampu mengkaji sejumlah buku dan bahan rujukan lain secara menyeluruh adalah mengelirukan dan tidak berasas. ( Rahman, 1982)

Namun begitu, Fazlur turut membicarakan tentang syarat-syarat ijtihad yang mana bagi beliau tidak memerlukan asas dengan alasan bahawa tidak ada bezanya antara mereka yang mahir dalam bidang agama dan yang mahir dalam bidang lain. Apabila ada yang mendakwa diri mereka sebagai ulamak, maka ianya tidak perlu kepada ujian untuk menilai kemampuannnya berjihad selagi mana kemampuan mereka tadi diterima oleh masyarakat umum. Pendekatan yang digunakan dalam kaedah ini adalah dengan merujuk satu pandangan mujtahid yang terdahulu terhadap sesuatu masalah yang berbeza. Sesuatu masalah itu dikatakan wujud perbezaan berdasarkan beberapa perkara iaitu yang pertamanya adalah melalui pemikiran untuk menemukan maknanya. Kedua, melalui kaedah penyelidikan untuk mencari tujuan yang terkandung dalam ungkapan yang ada. Ketiga, melalui pendekatan latar belakang sosiologi bagi mencari makna sebenar yang tidak dapat diperolehi menerusi penyelidikan. Perbezaan yang timbul tadilah yang akan diperdebatkan sehingga mendapat satu rumusan lengkap yang membentuk ijtihad. Tiga rangkaian intelektual ini juga akhirnya akan membentuk apa yang dinamakan sebagai ijtihad intelektual. ( Masudi, 1997)

Pada akhirnya, Fazlur Rahman berpendirian bahawa ijtihad itu tidak pernah dilarang sama ada secara teori ataupun praktikal kerana tidak ada satu kenyataan pun yang boleh disandarkan pada al-Quran dan al-Sunnah. Hal ini berbeza dengan pendapat Ibn Taimiyyah yang mengkritik ijtihad dengan hujahnya bahawa umat islam akan menyeleweng daripada Nabi s.a.w. Golongan Neomedenis pula berpendapat bahawa umat islam semakin mundur disebabkan tidak adanya pelaksanaan ijtihad sedangkan pintu ijtihad sentiasa terbuka tanpa tertutup. Pendapat golongan Neomodenis disokong oleh Fazlur Rahman sendiri dan beberapa orang Modenis lain. Bagi Fazlur Rahman, pintu ijtihad tidak pernah ditutup cuma muslim itu sendiri yang tidak melaksanakannya tidak berani. Terdapat juga dalam kalangan muslim yang tidak melaksanakannya atas alasan ingin mengekalkan struktur hukum yang sedia ada dan ingin menjaga perpaduan. Beliau juga turut mengkritik tindakan yang menghadkan doktrin ijmak kepada sekumpulan ahli perundangan yang mana diberikan oleh pihak berkuasa. Dalam hal ini, beliau nyata bersependapat dengan Ibn Taimiyyah ketika mempersoalkan tentang tindakan mempolitikkan undang-undang islam dan penolakan terhadap konsep ijmak yang sedemikian. (Rahman, 1983 )

Fazlur Rahman kemudiannya memperkenalkan pula konsep penggabungan antara ijtihad dan ijmak. Alasan beliau adalah kerana kedua-dua unsur ini telah mengalami evolusi dalam sejarah. Menurut beliau lagi, ijtihad itu sendiri pada asalnya adalah suatu pendapat daripada individu atau kumpulan yang akhirnya menjadi ijmak. Fazlur Rahman turut menolak pendapat golongan tradisional yang mengatakan bahawa ijmak yang sedia ada tidak boleh diganti atau ditolak dengan ijmak yang baru sama ada ianya datang daripada al-Quran atau hadis. Menurut beliau, ijmak adalah suatu persepakatan dalam kalangan masyarakat dan ia tidak akan menghalang seseorang untuk menghebahkannya sehingga menjadi suatu pendapat walaupun kenyataannya ia dipegang oleh masyarakat tersebut. Oleh yang demikian, beliau menetapkan bahawa suatu ijmak itu boleh diganti dengan yang baru selagi mana ianya sesuai tanpa sebarang pertentangan. ( Mohd Zuhairi, 1998)

Selain itu, Fazlur Rahman juga menekankan tentang hak setiap individu untuk melaksanakan ijtihad. Namun begitu, ijtihad yang dilaksanakan tidak boleh dibuat secara bebas dan tidak bertanggungjawab. Beliau menggariskan supaya setiap ijtihad yang dibuat mestilah menepati cara yang betul dan metod pemahaman al-Quran yang tepat supaya ia benar-benar boleh menyelesaikan masalah yang ada. Turut ditekankan di sini bahawa pemahaman al-Quran dengan cara yang betul sangat penting kerana ia boleh membawa kepada salah faham dan kesalahan dalam berijtihad. Oleh yang demikian, ternyata setiap apa yang diperkatakan oleh Fazlur Rahman ini jelas menunjukkan bahawa bentuk pendapat yang diutarakan oleh beliau adalah sangat berbeza dengan pandangan yang sedia ada. Tujuan utama beliau menyuarakan pendapat sebegini tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu masyarakat dalam mengasingkan pelbagai masalah yang timbul pada zaman moden ini kemudian menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.4.0 ANALISA PEMIKIRAN FAZLUR RAHMAN

Dgnxzb .bbdsvjbdsjfnkdkj