Ikan Hiasan Tahun 5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jenis ikan hiasan dan pengurusan

Citation preview

Ciri-ciri istimewa ikan hiasanSetiap ikan hiasan mempunyai beberapa ciri istimewa. Ciri-ciri istimewa ini membezakan ikan hiasan yang dipelihara. Antara ciri istimewa yang terdapat pada ikan hiasan ialah dari segi warna, sisik, saiz, cara makan dan cara pembiakan. Mari kita mengenal beberapa keistimewaan yang terdapat pada spesies ikan hiasan. Warna yang berbeza menjadikan ikan hiasan lebih menarik. Warna juga membolehkan kita membezakan jantina sesetengah jenis ikan hiasan.

AngelfishWarna: Putih keperakan, kebiruan dan berbelang hitam.Asal: Amerika SelatanMakanan: Makanan Rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air yang kecilPembiakan: BertelurSaiz Maksimum: 15 cm panjang

Ikan KelisaWarna: Keemasan, keperakanAsal: Amerika SelatanMakanan: Semua haiwan yang kecilPembiakan: BertelurSaiz Maksimum: 100 cm panjang

Ikan EmasWarna: Keemasan, Keputihan, KemerahanAsal: ChinaMakanan: Semua jenis makanan ikanPembiakan: BertelurSaiz maksimum: 12 cm panjang

Ikan GuppyWarna: Kemerahan, putih keperakan, keemasanAsal: TrinidadMakanan: Semua jenis makanan ikanPembiakan: BertelurSaiz maksimum: 3 cm panjang

Ikan PelagaWarna: Biru kehitaman dan kemerahanAsal: ThailandMakanan: Semua jenis makanan ikanPembiakan: BertelurSaiz Maksimum: 6 cm panjang

Ikan KoiWarna: Putih bertompok merah, bertompok hitamAsal: JepunMakanan: Semua jenis makanan ikanPembiakan: BertelurSaiz Maksimum: 25 cm panjang

Penyakit

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :

Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Antara penyakit penting ikan hiasan ialah :

a.Penyakit rintik putihPenyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b.Penyakit kulatKulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

c.Penyakit bakteriaIkan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.Posted bynorasmah mat saadat07:40No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestMakanan Ikan

Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

Pemakanan ikan HiasanIkan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.

a.Ikan karnivorIkan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.

b.Ikan pemakan plankton(organisma mikro di dalam air)Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.

c. Ikan herbivorSesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.

d.Ikan omnivorIkan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium.Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara.

Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan: Makanan hidup Makanan kering Makanan basah Makanan rumusan.

a.Makanan hidupMakanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

b.Makanan keringMakanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

c.Makanan basahMakanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

d.Makanan rumusanMakanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.Posted bynorasmah mat saadat07:40No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestPembersihan Akuarium

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas / akuarium.Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Sistem pengudaraanBagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.

Sistem penapis airTerdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis under gravel filter kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.

Perawatan airAir yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.

AksesoriKebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasarPemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

Hiasan dalam akuariumReka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.Posted bynorasmah mat saadat07:39No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestMenghias

Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium , langkah-langkah berikut perlu diikuti :

bersihkan bekas terlebih dahulu pasangkan penapis masukkan pasir masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas masukkan aksesori yang dikehendaki masukkan tumbuhan hiasan ( jika ada ) masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam masukkan ikan hiasan .

Aksesori Tambahan Dalam Akuarium :1. Pam udara untuk menggerakkan udara yang terdapat dalam akuarium.2. Penapis untuk menapis udara dan air daripada kotoran di dalamakuarium.3. Lampu suasana di dalam akuarium akan kelihatanlebih terang jelas dan ceria.Posted bynorasmah mat saadat07:39No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestAksesori

Jenis-jenis Akuarium :

1. Akuarium kaca2. Akuarium plastik3. Akuarium kaca bulat4. Akuarium kaca berbadan kayu5. Akuarium kaca berbingkai aluminium6. Akuarium yang dijual pada hari ini terdiri daripada yang berbentuk panjang

Maklumat Tambahan : Bersaiz 60cm, 90cm, dan 120cm

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti: jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan) jenis ikan hiasan bilangan ikan hiasan saiz ikan hiasan saiz akuarium

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar.Posted bynorasmah mat saadat07:38No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestPemilihan Tumbuhan Akuatik

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium :

Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.

Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.

Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat.

Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.Posted bynorasmah mat saadat07:38No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestPemilihan Ikan Hiasan

Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan hiasi dengan eksessori lain.

Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang unik dan cantik.

Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.Posted bynorasmah mat saadat07:35No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestCiri Istimewa

Angelfish

Warna : Putih keperakan, kekuningan dan berbelang hitamAsal : Amerika SelatanMakanan : Makanan rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air yang kecilSaiz maksimum : 15 cm panjangIkan Kelisa

Warna : Keemasan, keperakan dan kemerahanAsal : Amerika SelatanMakanan : Haiwan yang kecil dan ikan ini jenis karnivorSaiz maksimum : 100 cm panjang

Ikan Emas

Warna : Keemasan, keputihan dan kemerahanAsal : ChinaMakanan : Semua jenis makanan ikanSaiz maksimum : 12 cm panjangIkan Guppy

Warna : Keemasan, putih keperakan dan kemerahanAsal : TrinidadMakanan : Semua jenis makanan ikanSaiz maksimum : 3 cm panjangIkan Pelaga

Warna : Biru kehitaman dan kemerahanAsal : Thailand dan MalaysiaMakanan : Semua jenis makanan ikanSaiz maksimum : 6 cm panjangPosted bynorasmah mat saadat07:34No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestTujuan Peliharaan

Ikan hiasan merupakan haiwan peliharaan yang tidak asing lagi dimana-mana di seluruh pelusuk dunia. Terdapat pelbagai tujuan masyarakat memelihara ikan hiasan di dalam rumah contohnya untuk mengindahkan ruang tempat kediaman. Tempat kediaman yang selesa dan menarik menari merupakan satu kepuasan bagi setiap manusia dan ikan hiasan seringkali dikaitkan dengan menghias ruang tempat kediaman. Dengan menghias sesuatu ruang di dalam tempat kediaman dengan ikan hiasan, keadaan ruang tersebut akan menjadi lebih cantik dan menarik. Ini kerana suasana akuarium dengan pelbagai aksesori dan juga ikan-ikan yang berwarna-warni mampu menaikkan seri runag tersebut.

Selain itu, tujuan pemeliharaan ikan hiasan juga adalah untuk menghayati keindahan alam akuatik. Seperti yang kita maklum, manusia tidak dapat bernafas di dalam air tanpa alat pembekal oksigen, jadi bagi pencinta alam atau peminat ikan, satu-satunya cara untuk menghayati atau memahami cara hidup ikan tersebut adalah dengan memelihara ikan tersebut dan melihat ikan itu berenang-renang di dalam akuarium. ini mampu menenangkan fikiran dan juga menjana pemikiran dengan lancar.

Tujuan pemeliharaan ikan hiasan juga adalah supaya dapat memupuk sifat sayangkan haiwan peliharaan atau haiwan akuatik. Pada masa sekarang, kita sering membaca berita di dada akhbar berkaitan dengan pencemaran sungai dan laut. Pencemaran ini boleh menjejaskan populasi ikan-ikan yang tinggal di habitat tersebut. Dengan melihat ikan hiasan di dalam akuarium di rumah masing-masing, kita dapat melihat keindahan ikan berenang-renang dan juga keindahan bentuk, warna dan juga ciri-ciri fizikal ikan yang lain. Ini akan menyedarkan kita kepada pentingkan melindungi haiwan tersebut.Posted bynorasmah mat saadat07:30No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestJenis-Jenis Ikan Hiasan1. Flower Horn

Ikan Flower Horn merupakan salah satu ikan hiasan yang banyak digemari di Malaysia dan berasal dari keluarga Cichlidae. Kacukan di antara Folwer Horn terbukti menghasilkan baka yang cukup baik kualitinya dengan ciri-ciri fizik tertentu, iaitu dari aspek warna dan keindahan bentuk. Salah satu faktor yang mempengaruhi terhadap perubahan warna ikan Flower Horn adalah dengan pemberian bahan kimia tertentu di samping faktor genetik ikan tersebut. Terdapat banyak produk untuk ikan Flower Horn yang terdapat di pasaran dan menawarkan keunggulan masing-masing antara lain untuk pertumbuhan, perubahan warna, perkembangan bentuk dan keadaan sisik mutiara, sehingga membuat pembeli keliru untuk memilihnya.

2. Rainbow

Ikan Rainbow merupakan jenis ikan hiasan yang diminati masyarakat kerana jenis ikan ini juga merupakan komoditi eksport. Ada 2 jenis Rainbow yang cukup terkenal iaitu Rainbow Irian (Melano Tacnia maccaulochi dan Rainbow Anlanesi ogilby Telmatherina ladigesi ahl Rainbow Irian warna dasarnya keperak-perakan dengan warna gelap metalik sedangkan rainbow Sulawesi warna dasarnya kuning zaitun, dengan warna bahagian bawah kuning jenis ikan ini termasuk ikan bertelur dengan menempelkan telur pada tanaman air.

3. Corydoras

Corydoras merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang diminati pecinta ikan hiasan dan mempunyai peluang eksport. Selain berfungsi sebagai ikan hiasan air tawar, ia juga dapat dimanfaatkan sebagai bahan untuk pembuatan kosmetik di negara maju. Walaupun ikan ini berasal dari Amerika Selatan, tetapi sejak lama dahulu telah dibawa masuk ke Malaysia. Ikan ini dikenal mudah untuk dijaga. Bentuk tubuh pendek dan gemuk, bahagian belakang lebih melengkung dibandingkan dengan perut, kedua sisi ikan dilengkapi dengan lempengan seperti tulang yang tersusun dalam dua baris, mempunyai dua pasang kumis yang terletak di rahang atas dan rahang bawah serta ukuran tubuh dapat mencapai 12 cm. Ikan Corydoras dapat pelihara di kolam yang kandungan oksigen di dalam airnya rendah. Keadaan yang sesuai untuk jenis ikan ini adalah: pH 6-8, suhu 21.5-28 O C.

4. Severum

Ikan Cichlasoma Severum adalah salah satu jenis ikan hias air tawar yang berasal dari Amerika Serikat pada bahagian Utara (S. Arhazone). Tubuhnya pendek dan gemuk dengan warna dasar tubuh bervariasi iaitu coklat kekuningan, atau hitam kecoklatan. Jenis ikan ini juga mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Ikan Severum dapat dipelihara di dalam aquarium atau bekas-bekas yang lain mengikut syaratnya iaitu: PH. : 5,5 7, suhu air 21 25C. Induk jantan dan betina dapat dibezakan mengikut warna dan ukuran iaitu induk jantan berwarna lebih cerah dan lebih besar dari betina. Makanan yang dapat diberikan jenis ikan ini antara lain: kutu air, cacing sutera dll.

5. Diskus

Ikan hias Diskus (Symphysodon discus) merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang berasal dari sungai Amazon (Brazil). Jenis ikan tersebut mempunyai nilai ekonomi yang baik dan sangat disukai di seluruh negara. Di Malaysia ikan Diskus sudah dapat dibiakkan dan sangat berpotensi untuk dikembangkan karena selain dapat dipasarkan di pasaran tempatan. Ciri khas dari ikan diskus ialah bentuk badannya tubuh pipih, mirip ikan bawal dengan warna dasar coklat kemerah-merahan. Ikan diskus dapat dipelihara didalam aquarium untuk sepasang diskus dapat ditempatkan dalam aquarium berukuran sekitar 75 x 35 x 35 cm. Apa yang diperlukan oleh ikan ini untuk hidup dan berkembang adalah air yang jernih, suhu sekitar 28 30 C.

6. Ikan Emas

Ikan Emas merupakan salah satu ikan hiasan yang amat terkenal di kalangan penggemarnya. Walaupun begitu, ikan jenis ini baru mengalami perkembangan pesat peminatnya sekitar tahun 2000-an. Ikan yang asalnya dari Cina ini, bentuknya amat lucu dan menyenangkan. Ukurannya boleh mencapai 20 cm. Ikan ini suka bermain di dasar dan hanya sesekali berenang. Terdapat pelbagai warna ikan emas seperti merah, kuning, hitam, putih, dan ada pula campuran pelbagai warna. Selain itu, ikan ini pun memiliki jenis atau variasi sangat beragam. Bentuk badan umumnya bulat atau gemuk. Makin bulat biasanya makin digemari para penggemar.

7. Ikan Arowana

Arowana tergolong di dalam keluarga ikan karuhun, iaitu Osteoglasidae atau keluarga ikan bony-tongue (lidah bertulang), kerana bahagian dasar mulutnya berbentuk tulang yang berfungsi sebagai gigi. Arowana memiki pelbagai nama julukan, seperti: Ikan Naga (Dragon Fish), Barramundi, Saratoga, PlaTapad, Kelesa, Siluk, Kayangan, Peyang, Tangkelese, Aruwana, atau Arwana, tergantung dari tempatnya. Ikan Arowana merupakan ikan yang berasal dari daerah subtropics dan tropis, ikan ini banyak ditemui di Indonesia, Malaysia, Vietnam, Birma, Thailand. Habitatnya adalah sungai sungai besar dengan arusyang cukup deras.

8. Ikan Pelaga

Ikan pelaga adalah ikan hiasan yang sangat digemari oleh masyarakat khususnya kanak-kanak, ini adalah kerana ikan tersebut selain rupanya yang cantik dan menarik, ia juga dapat berlaga apabila diadu. Ikan ini juga sering disebut ikan laga dan nama latinnya adalah Betta spendens, termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher).Posted bynorasmah mat saadat07:301 comment:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestIkan Hiasan - Pengenalan

Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.

TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN

1. Ikan hiasa dapat dijadikan binatang peliharaan

2. Ikan hiasan dipelihara di dalam bekas seperti botol , akuarium atau kolam

3. Tujuan memelihara ikan hiasan adalah

a) Untuk mengindahkan ruang tempat kediaman

b) Untuk menghayati keindahan alam akuatik

c) Untuk memberikan ketenangan perasaan d) Untuk menyemai perasaan sayangkan binatang peliharaan

e) Menambah pengetahuan berkaitan alam akuatik

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

1.0 Pengenalan

Pemeliharaan ikan hiasanmenjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatanlumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiringdengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadiantara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri diMalaysia yang banyak mengusahakanya ialahPulau Pinang, Perakdan Johor.Kebanyakkan ikan hiasan mempunyaisisik nipis berlendir yang berfungsi sebagaipelindung daripada bakteria.Kulit ikan mengandungichromatophoraesiaitu pigmensel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan.Ciri-ciri istimewa ikanhiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan ,jantina dan gaya berenang.

1.1KEPENTINGAN IKAN HIASANMenternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungandisamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang majuianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju sepertipembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori.Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhipermintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akandilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing denganpasaran antarabangsa.

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudutpeningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternakmemerlukan kaedah penjagaan yang sistematikdan berbeza mengikut jenis ikanakan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan.Ia juga merupakan satuhobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.

1.2 BAHAGIAN IKAN

Bahagian ikan.Sirip1. Membantu ikan bergerak2. Terdiri daripada 2 jenis iaitu sirip tidak berpasangan seperti siri ekor, sirip dorsal dan sirip anal manakala sirip berpasangan seperti sirip pektoral dan sirip pelvik.3. Sirip tidak berpasangan berfungsi untuk membantu ikan bergerak lurus.4. Sirip berpasangan berfungsi untuk kestabilan, berundur, berpusing dan mengapungkan diri.

Sisik1. Meliputi keseluruhan badan .2. Bertindak sebagai pelindung dari musuh , kecederaan dan penyakit .

Garis Lateral1. Merupakan bintik-bintik hitam di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor.2. Berfungsi membantu mengesan pergerakan objek lain .3. Ia juga berfungsi sebagai organ deria telinga .

Insang1. Menyenaraikanspesis ikan hiasan.2. Oksigen diserap melalui insang dan seterusnya ke dalam badan ikan.

1.3 MENYENARAIKAN SPESIS IKAN HIASAN

Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya. Antaranya ialah :

Ikan karnivorIkan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenalisebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar,mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperticengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar,dan ikan Arowana. Ikan herbivorSesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikanini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik.Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb. Ikan omnivorIkan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daginghaiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telahmenyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, danCichlid.

1.4 JENIS-JENIS IKAN HIASANTerdapat berbagai jenis ikan hiasanyang menjadi kegemaran pengemar-penggemar ikan hiasan.Berikut adalah slaid yang menunjukkan beberapaspesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang bolehdipelihara.

1.5 MENYATAKAN SEBAB DAN TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASANIkan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas seperti akuarium kaca ataukolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaman dan kawasan taman. Memeliharaikan hiasan dapatmemberi ketenangan dan boleh menghayati alam akuatik semula jadi.

1.6 MENYATAKAN BEBERAPA CIRI ISTIMEWA IKAN HIASANBeberapa ciri istimewa pada ikan hiasan adalah seperti berikut: Warna sisik badan dan sirip yang menarik. Bentuk badan yang unik seperti pipih, panjang atau bulat. Pergerakannya menarik iaitu aktif dan agresif. Manja dan dapat mengenali tuannya. Cara permakanannya yang mudah dan dapat menerima makanan rumusan.

1.7 Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikan kerana ikanhiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuariumakan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalamakuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup.Ikan hiasanjuga boleh dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakan di ruang kediaman ataukawasan taman. Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium adalahseperti berikut:

Bukan ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi kerana ianya tidak dapatmenyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Jenis yang telah jinak dan dibiakan di dalam akuarium. Ikan ini boleh dibeli darikedai hiasan. Mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk badannya. Boleh bercampur dengan jenis ikan lain. Tahan terhadap perubahan mutu air. Tahan terhadap serangan penyakit.2.0 Penyediaan Bekas

2.1 MENGENAL DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK ATAU TIRUANCiri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam airdan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahantoksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habisdimakan oleh ikan.Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalamsunstrat di dasar akuarium dan manjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosintesis.Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yangmenjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivorjuga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalahseperti berikut: Alternantheraspp. Bacopa spp. Anubias spp. Lobelia spp. Sumatra fern spp. Java fern spp.

Contoh tumbuhan akuatik

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagikeindahansesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalahsangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantiksepanjang masa.

2.2 MEMILIH AKUARIUM /BEKAS DAN AKSESORI

1) PEMILIHAN BEKASPemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentuseperti:

Jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan). Jenis ikan hiasan. Bilangan ikan hiasan. Saiz ikan hiasan. Saiz akuarium.Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran75 cm 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaizkecil dan sederhana.Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowanaperlumenggunakansaiz yang lebih besar.

contoh bekas/akuarium

2) MEMILIH AKSESORIpenyediaan aksesori adalah seperti berikut:

rak

akuarium

lampu

tumbuhan akuatik

filter

pam

kayu

termometer

2.3 MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM

Langkah 1Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebihkurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip.Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah diatas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin.

Langkah 2Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang sepertivallisneria sp.Ikan akartumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir.

Langkah 3Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untukmendapatkan pandangan landskap yang menarik.

Langkah 4Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedaiakuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.

Langkah 5Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu bolehdikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu perludirendam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam akuarium.

Langkah 6Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik diatasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkansatu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelummemasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.

Kiri atas:Jenis-jenis pam dan penapis, Kiri bawah:Pemasangan penapis 'Under gravel filter', Kanan atas:Masukkan hiasan dan aksesori, Kanan bawah:Masukkan air.

2.4 MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM

Langkah 1letakkan plastik beg yang mengandungi ikan hiasan kedalam akuarium selaa 20 - 30 minit. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air didalam akuarium dengan air didalam plastik beg.

Langkah 2buka ikatan plastik beg dan biarkan ikan berenang keluar dengan sendirinya bersama air ke dalam akuarium.

Langkah 3setelah kesemua ikan keluar, keluarkan pastik beg tersebut.Posted byaCeDaat01:41No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest3.0 Pengurusan

3.1 MENGENAL DAN MEMILIH MAKANAN IKAN HIASANMakanan pelet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan hiasan yangmempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikanswordtail, Guppy atau Angle. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepadaikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke bawah seperti ikan orydoras atauLoach.Makanan ikan hiasan di dalam akuarium

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanankering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantungkepada jenis ikan yang pelihara.Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan jugaperlu disediakan disediakan berdasarkan sifat ikan yang di pelihara. Kebanyakan ikanyang di pelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalamsekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh persekitaranya. Ikanhiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan lebih-lebih lagi apabila ikansedang kelaparan.1) Makanan hidupMakanan hidup adalah seperti plankton (organism halus yang terdapat di dalam air),cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik dan lipas.

monia, daging atau hati yang dibekukan

2) Makanan basahMakanan basah juga boleh diberikan kepada ikan hiasan: jenis makanan ini kurangdigunakan kerana ianya cepat mengotorkan air. Contoh makanan basah adalah seperti isi kerang, hati lembu dan sayuran (salad atau bayam).

bloody worm

3) Makanan rumusanMakanan rumusan adalah seperti pelet, emping, stik yang telah tersedia diproses olehkilang membuat makanan haiwan.

emping dan pelet

Untuk maklumat lanjut,KLIK DI SINI.

3.2 MENYATAKAN KEKERAPAN DAN MEMBERI MAKANAN IKAN HIASANIkan hiasan diberi makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari, dan lewat petang.Kadar pemberian makanan adalah setakat ianya mengenyangkan. Makanan yangdiberikan berlebihan akan mengotorkan air dan boleh mendatangkan kesan burukterhadap hidupan ikan.

3.3 MENGENALPASTI MUTU AIR AKUARIUM1)pH airpH air ialah kemasaman air. Diukurdari nilai 1 14. Nilai 1= palingmasam atau asidik. Nilai 14= palingalkali. pH air utk akuarium ialah 6.5hingga 7.5. Kertas litmus digunakanuntuk menentukan nilai pH.Nilai pH air perlu dipastikan darisemasa ke semasa bagimengelakkannya terlalu asidik.2) SuhuIkan dapat hidup dengan baik padasuhu pada 26C hingga 27C. Suhuyang terlalu tinggi atau rendahmenyebabkan ikan mati.3) Bahan beracunAmmonia dan nitratebiasanya wujud didalam air ternakan.Bahan ini terhasil dariperkumuhan ikan yang dipelihara.Oleh kerana sistemtangki/akuarium adalahsistem yang seimbang,keadaan ini tidakmemberikan kesankepada kehidupan ikan. Kerana, ianya telahditukan kepada bahanmakanan dan baja yangberguna kepadatumbuhan akuatik.

3.4 MENGENAL DAN MERAWAT SIMPTOM PENYAKIT IKAN HIASAN

3.5 MENJAGA TUMBUHAN AKUATIK DIDALAM AKUARIUM1) Bajabaja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesarantumbuhan akuatik. Baja berbentuk cacair atau biji perlu ditambahkan dari semasa kesemasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yangdicadangkan.

2) Cahayacahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasanglampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

3.6 BEKALAN KARBON DIOKSIDATumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhanyang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbondioksida yang khusus yang ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidakdibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil didalam air melalui penafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.