16
1 ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN Mohd Zambri Zainuddin, Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Taman Duta 50480 Kuala Lumpur ABSTRAK Ilmu sangatlah penting didalam kehidupan kita dari sehari ke hari sepajang hayat manusia. Ilmu memainkan peranan yang amat penting kepada manusia didalam meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Ilmu yang kita ada atau punyai sekarang adalah menjadi petunjuk jalan kepada kita untuk memperolehi kehidupan yang bahagia dan sejahtera. Kepentingan ilmu sains dan teknologi perlu diberi perhatian oleh umat Islam untuk menjamin kelangsungan Agama Islam. Memang sudah jelas kepada umat Islam bahawa semua ilmu pengetahuan termasuk ilmu sains dan teknologi yang manusia perolehi datangnya dari sumber Al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad SAW. Maka kertas kerja ini akan meninjau atau membuat analisa keatas beberapa ayat-ayat berkaitan dengan ilmu Astronomi sahaja dari Al-Quran yang memberikan ilham, idea, buah fikiran dan kemahiran kepada manusia untuk memperbaiki kehidupan dan kesejahteraan mereka didunia ini. Justeru itu seseorang yang mempunyai ilmu dan kemahiran perlu menyebarkan kepada orang lain supaya mereka juga mendapat manafaatnya. PENGENALAN Agama Islam mewajibkan setiap orang Muslim menuntut ilmu. Seseorang Muslim yang mempunyai ilmu dapat memelihara akalnya dan mempergunakannya untuk mendapat

ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

1

ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN

Mohd Zambri Zainuddin, Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC),

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Taman Duta

50480 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Ilmu sangatlah penting didalam kehidupan kita dari sehari ke hari sepajang hayat

manusia. Ilmu memainkan peranan yang amat penting kepada manusia didalam

meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Ilmu yang kita ada atau punyai sekarang

adalah menjadi petunjuk jalan kepada kita untuk memperolehi kehidupan yang bahagia

dan sejahtera. Kepentingan ilmu sains dan teknologi perlu diberi perhatian oleh umat

Islam untuk menjamin kelangsungan Agama Islam. Memang sudah jelas kepada umat

Islam bahawa semua ilmu pengetahuan termasuk ilmu sains dan teknologi yang

manusia perolehi datangnya dari sumber Al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad

SAW. Maka kertas kerja ini akan meninjau atau membuat analisa keatas beberapa

ayat-ayat berkaitan dengan ilmu Astronomi sahaja dari Al-Quran yang memberikan

ilham, idea, buah fikiran dan kemahiran kepada manusia untuk memperbaiki kehidupan

dan kesejahteraan mereka didunia ini. Justeru itu seseorang yang mempunyai ilmu dan

kemahiran perlu menyebarkan kepada orang lain supaya mereka juga mendapat

manafaatnya.

PENGENALAN

Agama Islam mewajibkan setiap orang Muslim menuntut ilmu. Seseorang Muslim yang

mempunyai ilmu dapat memelihara akalnya dan mempergunakannya untuk mendapat

Page 2: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

2

petunjuk, hidayah dan nikmat Allah SWT. Menuntut ilmu adalah amalan fardhu dan

mulia bagi setiap Muslim dan Muslimah disisi agama Islam. Sebagaimana sabda

Rasulullah SAW:

“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap Muslim” (hadith riwayat Ibnu Majah)

Menurut agama Islam lagi sesiapa yang menuntut ilmu akan mendapat ganjaran yang

besar disisi Allah SWT sebagaimana Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan

memudahkan baginya jalan ke syurga” (Riwayat Muslim)

Jelaslah kepada umat Islam jika diteliti dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith

Nabi Muhammad SAW bahawa Islam amat menitik berat dalam menuntut ilmu kerana

dengan berilmu sahaja agama Islam kekal kukuh didunia ini dan ekonomi Islam akan

berkuasa.

Alam semesta merupakan suatu makmal pengajian yang sangat menarik untuk

dilaksanakan pemerhatian, penelitian, pengamatan atau mengambil pengajaran

darinya. Pemerhatian, penelitian atau pengamatan tentang alam semesta dan

sekitarnya seperti langit dengan jasad-jasad samawi, ruang angkasa, lautan, daratan,

ruang udara dan yang lain-lain telah ujud sejak ribuan tahun yang lalu. Melalui

penelitian, pengamatan atau pemerhatian benda-benda dilangit dengan mata kasar

atau telanjang mendorong manusia melahirkan idea dengan ciptaan-ciptaan

berasaskan sains dan teknologi untuk kehidupan manusia didunia. Beberapa ayat al-

Quran yang berkaitan dengan penelitian, pemerhatian atau pengamatan langit dan

jasad-jasad samawi dipunyainya dalam astronomi adalah seperti berikut:

Page 3: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

3

“Allah jualah yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang

menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk

mengira waktu(menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan

Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”

[Al-An’am, 6:96]

“Dan dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman

kepadanya dalam kegelapan (malam) didarat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah

jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang

mengetahui.”

[Al-An’am, 6:97]

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam

masa, lalu dia bersemayam di atas 'Arsy. Ia melindungi malam dengan siang yang

mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula yang menciptakan) matahari,

dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah,

kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekelian makhluk) dan urusan

pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”

[Al-A’raaff, 7:54]

“Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan

bercahaya dan Dialah menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah)

pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui

bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan

dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya

Page 4: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

4

(tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat

sesuatu yang dijadikanNya).”

[Yunus,10:5]

“Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang

dijadikanoleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-

undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.”

[ Yunus,10:5]

“Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang

sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas ‘Arasy; dan Ia

memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu

dari keduanya beredar untuk suatu masayang telah ditetapkan. Allah jualah yang

mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-

persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima

balasan).”

[Ar-Ra’d, 13:2]

“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadika malam dan siang, serta matahari dan bulan;

tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa

lepas).”

[Al-Anbiyaa’, 21:33]

Page 5: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

5

“Tanyakanlah lagi: “Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh,

dan Tuhan yang mempunyai ‘Arasy yang besar?” Mereka akan menjawab:

“(Semuanya) kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?”

Tanyakanlah lagi:”Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu,

serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak da sesuatu pun yang dapat

diperlindungi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!”

[Al-Mu’minuun: 23 :86-88].

“Maha berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit tempat-tempat peredaran bintang,

dan menjadikan padanya matahari dan bulan yang menerangi.”

[Al-Furqaan 25:61]

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangNya

ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari

rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang

demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu

mendengar (nasihat pengajaran).”

[Ar-Ruum 30:23]

“Ia menciptakan langitdengan tidak bertiang sebagaimana yang kamumelihatnya; dan

Ia mengadakan di bumi gunung ganang yang menetapkan supaya bumi itu tidak

menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan

Kamimenurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis

tanaman yang memberi banyak manfaat.”

Page 6: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

6

[Luqman 31:10].

“Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan

memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan

bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk

suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Alah Maha

Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

[Luqman 31:29]

“Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang

daripadanya, maka dengan serta-merta berada dalam gelap gelita.”

[Yaasiin, 36:37]

“Dan(sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; iakelihatan beredar ketempat

yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha

Mengetahui.”

[Yaasiin, 36: 38] “Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga

diakhir peredarannya kelihatan kembalinnya pula keperingkat awalnya—(berbentuk

melengkung) seperti tandan yang kering.”

[Yaasiin, 36:39]

“(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan,

dan malam pula tidak mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-

apung di tempat edarannya masing-masing.”

Page 7: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

7

[Yaasiin, 36:40] “Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia

pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang

melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar

menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang

telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.”

[Az-Zumar, 39:5].

“ Katakanlah (kepada orang-orang “A’raab” itu wahai Muhammad): “Patutkah kamu

hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ‘kami telah

beriman’)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi,

dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

[Al-Hujuraat, 49:16].

“(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup

semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada disebelah atas mereka

(dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami

memperhiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya

retak- renggang?”

[Qaaf, 50:6].

“Dan langit dijadikannya (membumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang

dan peraturan neraca keadilan.”

Page 8: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

8

[Ar-Rahmaan 55:7].

“(Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.” [Ar-Rahmaan 55:17].

“Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-

kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka

cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan

dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!.”

[Ar-Rahmaan 55:33].

“Tidakkah kamu mengetahui dan memikrkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh

petala langit bertingkat-tingkat? Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya

serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang).”

[Nuh 71:15-16].

“Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati

langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalanya, dan (dengan

rejaman-rejaman api yang menyala.”

[Al-Jinn 72: 8] Mengikut Kamus Astronomi (Illingworth, 1979) takrifan astronomi ialah kajian cerapan

dan teoritikal mengenai objek-objek samawi, ruang-ruang di antaranya dan tentang

alam semesta secara keseluruhannya. Manakala definisi astronomi yang diberikan oleh

tokoh atau sarjana Islam pada zaman dahulu:

As Shafa: Ilmu untuk mempelajari suria, bintang, buruj, jarak, saiz dan gerakan jasad-

jasad samawi tersebut,

Page 9: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

9

Thasy Kura: Ilmu untuk mengetahui hal ehwal jasad-jasad samawi yang bertaburan

diangkasa lengkap dengan bentuk, kedudukan, ukuran serta jaraknya dan

Ibnu khaldun: Ilmu berkaitan dengan gerakan dan peredaran bintang-bintang yang

tetap. Melalui gerakan dan peredaran bintang-bintang ini hitungan dilakukan untuk

ketahui bentuk dan kedudukannya.

Ilmu falak secara tradisi dalam Islam lebih tertumpu kepada astrometri iaitu kedudukan

atau posisi jasad-jasad samawi dilangit seperti Matahari dan bulan untuk menentukan

arah kiblat, waktu solat dan awal bulan hijrah. Sepatutnya ilmu falak itu lebih meluas

kalau di teliti daripada ayat-ayat berkaitan dengan fakta-fakta astronomi yang

dihuraikan dalam al-Qur’an seperti yang telah dinyatakan diatas.

PENEMUAN DAN CIPTAAN MANUSIA DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI SETELAH MENELITI LANGIT Perhatikan apakah kemajuan dalam sains dan teknologi yang telah dicapai oleh

manusia daripada pemerhatian, penilitian atau pengamatan mereka pada langit di siang

dan malam hari?

Disini akan dibicarakan beberapa fenomena astronomi sahaja yang berada dilangit dan

dikaitkan dengan pencapaian manusia dalam bidang sains dan teknologi.

Untuk umat Islam penemuan lebih kepada ibadah harian iaitu menentukan arah kiblat,

waktu solat dan permulaan puasa bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Selain

daripada itu sumbangan utama ialah pertama sekali sudah pastilah mengujudkan

kalendar atau takwim samada Masehi atau Hijri. Apa pun yang pasti disini kalendar Hijri

adalah satu-satunya kalendar yang menggunakan fenomena astronomi semata-mata

iaitu peredaran bulan mengelilingi bumi. Manakala kalendar Masehi hanya

Page 10: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

10

menggunakan peredaran bumi mengelilingi matahari sepanjang tahun. Kalendar lain

menggunakan kaedah lunisolar iaitu gabungan bulan dan matahari.

Berdasarkan peredaran bintang dilangit manusia telah menggunakannya sebagai

petunjuk arah didalam pengembaraan didarat dan pelayaran dilaut. Umat Islam sedia

maklum bahawa Allah menciptakan bintang untuk tiga fungsi iaitu menghiasi langit,

petunjuk arah dan melontar syaitan atau jin.

Berasaskan peredaran dan kedudukan bintang, matahari dan bulan manusia telah

dapat membina peralatan berkonsepkan sains dan teknologi iaitu satelit .

Sistem 24 buah satelit dapat digunakan sebagai Global Positioning system (GPS) untuk

tujuan tunjuk arah.

Bukan sahaja sebagai petunjuk arah tetapi sistem satelit digunakan dengan meluas

dalam bidang ketenteraan, pertanian, perikanan, ramalan cuaca dan lain-lain. Buat

masa ini banyak digunakan didalam kereta untuk memandu pergi kesuatu tempat dan

juga untuk menjejak kereta.

Page 11: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

11

Satu aspek fungsi bintang iaitu menjadi bebola api untuk dilontar kepada syaitan atau

jin. Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu

yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu bolehlah diibaratkan sebagai

bebola api yang dilontarkan kepada syaitan atau jin.

Perilaku matahari yang sentiasa berubah juga dikatakan ada kaitan dengan perubahan

cuaca hari ini apa yang dikenali sebagai cuaca angkasa (space weather). Kajian keatas

matahari oleh umat Islam adalah amat penting bukan sahaja untuk penentuan waktu

solat tetapi juga berkaitan dengan perubahan cuaca.

Page 12: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

12

Seterusnya kita dapat lihat perkembangan dari aspek ciri-ciri cahaya yang

diperkenalkan oleh Ibnu Haytham. Hari ini kamera pelbagai jenis telah dihasilkan.

Malah menggunakan ciri-ciri cahaya seperti pantulan dan biasan yang dikemukakan

oleh Ibnu Haytham hari ini kita telah dapat berkomunikasi dengan lebih cepat antara

satu sama lain sama ada melalui talian atau tanpa talian. Penggunaan gentian optik

dan satelit telah merubahkan kepantasan berkomunikasi antara manusia.

Page 13: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

13

Fenomena gerhana matahari penuh membolehkan umat Islam menyemak sama ada

permulaan kalendar Hijri mereka tepat atau tidak. Fenomena gerhana matahari penuh

adalah ketika berlaku ijtimak. Fenomena aurora iaitu apabila elektron dan proton

bertenaga tinggi yang dipancarkan oleh matahari memasuki atmosfera bumi

menghasilkan warna biru atau merah atau hijau. Fenomena aurora ini berlaku di kutub

utara dan selatan. Dikutub utara dipanggil aurora borealis dan kutub selatan dikenali

sebagai aurora australis.

Fenomena ini membolehkan manusia mencipta televisyen.

Page 14: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

14

Fenomena ketika matahari berada tegak di atas Kaaba atau perisitiwa istiwa ini

membolehkan umat Islam di sebahagian dunia yang berkongsi siang dapat menentukan

arah kiblat mereka dengan yakin.

Banyak lagi kejayaan yang manusia telah capai dengan pemerhatian, penelitian atau

pengamatan mereka kepada langit sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam al-

Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad SAW kepada umat Islam.

KESIMPULAN

Beberapa manfaat Ilmu Astronomi atau Falak antara lain ialah manusia mengetahui

pergerakan, penyebaran dan ciri-ciri objek-objek samawi dilangit, dapat menentukan

waktu atau masa berpandukan matahari dan bulan, membantu untuk menentukan arah

mata angin, petunjuk fenomena alam di bumi dan membuat ramalan cuaca dibumi.

Semua ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia

dibumi. Namun begitu kenapakah umat Islam tidak mahu mendalami ilmu astronomi

atau falak ini? Sedangkan umat Islam telah dijanjikan kemuliaan di dunia dan

kebahagiaan di akhirat. Umat Islam tidak boleh semata-mata menyalahkan orang lain.

Allah telah memberikan segala bentuk panduan di dalam kitab suci Al-Quran untuk

dilaksanakan dan telah menurunkan rasulNya sebagai petunjuk.

Kitab suci Al-Quran dan hadith-hadith nabi menjadi dasar utama kepada umat Islam

untuk mengembalikan kemuncak kegemilangannya dan kecemerlanganya. Maka

adalah wajar umat Islam hari ini melengkapkan diri dengan segala keperluan ilmu yang

telah digariskan didalam Al-Quran. Kepentingan ilmu sains dan teknologi adalah satu

keperluan yang mesti dikuasai oleh umat Islam masakini supaya boleh berdikari dengan

Page 15: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

15

tidak bergantung atau mengharap bantuan orang luar. Saya percaya penguasaan umat

Islam di bidang ini akan memudahkan lagi Islam maju ke hadapan bersaing dengan

barat. Bermula dari penguasaan ilmu astronomi/falak, ekonomi, tentera dan lain-lain

barulah Islam dapat membina semula kekuatan dan kembali menguasai dunia

sebagaimana yang pernah dibuktikan oleh sejarah.

RUJUKAN

1. The Global Positioning System Assessing National Policies, by Scott Pace,

Gerald P. Frost, Irving Lachow, David R. Frelinger, Donna Fossum, Don

Wassem, Monica M. Pinto, Rand Corporation, 1995, Appendix B, GPS History,

Chronology, and Budgets

2. Bryant, Duncan (1998). Electron Acceleration in the Aurora and Beyond. Bristol &

Philadelphia: Institute of Physics Publishing Ltd. p. 163. ISBN 0750305339.

3. "News and information about meteor showers, solar flares, auroras, and near-

Earth asteroids". SpaceWeather.com. Archived from the original on 4 August

2010. Retrieved 5 August2010.

4. Agrawal, Govind P. (2002). Fiber-optic communication systems. New York: John

Wiley & Sons. ISBN 0-471-21571-6.

5. "The Mysterious Origins of Solar Flares", Scientific American, April 2006

Page 16: ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN - muftimelaka.gov.my · Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu

16