Imam Hanafiah

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    1/17

    1

    1.1. PENGENALAN

    Melalui tugasan ini, kami akan membincangkan perkara berkaitan dengan latar belakang,manhaj beserta mazhab Abu Hanifah. Penekanan yang diberikan dalam tugasan ini adalah

    perkara berkaitan hukum fiqh yang dipelajari oleh beliau. Beliau juga merupakan ulama

    yang alim dalam ilmu berkaitan fikh. Imam Shafii pernah berkata : Orang-orang yang

    mempunyai masalah dalam perkara fiqh, akan merujuk kepada Abu Hanifah . Kaedah-

    kaedah yang digunakan dalam mengistinbat hukum ialah melalui Al-Quran, Hadis, Kata-kata

    Para Sahabat, Ijtihad, Al-Qiyas, Istihsan dan pelbagai lagi.

    Tugasan ini juga lebih mengkaji perkara berkaitan manhaj yang dipegang oleh Imam

    Abu Hanifah beserta tahap penyebaran mazhabnya pada zaman dahulu sehingga sekarang.

    Selain itu, kami juga mengaitkan perkara berkaitan metod yang digunakan dalam

    mengistinbat hukum fikh. Akhir sekali, murid dan fuqaha terkenal beliau juga telah

    dibincangkan dengan lebih jelas di dalam tugasan ini.

    2.1 LATAR BELAKANG IMAM ABU HANIFAH

    2.1.1 Riwayat Hidup Imam Abu Hanifah

    Nama sebenar Imam Abu Hanifah ialah Al-Nukman bin Thabit bin Zutial-Tamimi. Beliau

    dikatakan mempunyai hubungan keluarga dengan Imam Ali k.r.w.. Beliau dilahirkan pada 80

    Hijrah iaitu 699 Masihi di Kufah semasa zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin

    Mawan. Imam Abu Hanifah berketurunan bangsa Parsi. Beliau meninggal dunia pada 150

    Hijrah iaitu 767 Masihi dalam penjara sewaktu umurnya 70 tahun dan dikebumikan di

    Baghdad.

    Beliau digelar sebagai Abu Hanifah kerana sering membawa bekas yang berisi

    dakwat (Tinta) untuk mencatat ilmu pengetahuan yang dipelajarinya. Selepas berkahwin,

    beliau dikurniakan seorang anak yang bernama Hanifah. Oleh sebab itu, beliau diberi gelaran

    Abu Hanifah. Beliau merupakan pengasas kepada mazhab Hanafi.1

    1Imam Muhammad Abu Zahrah, Imam Abu Hanifah Salasilah Perjalanan Hidup, Pendapatan dan Kefakihannya

    Dalam Memahami Syariat, Jasmin Publications, Selangor, 2011.

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    2/17

    2

    2.1.2 Sifat-Sifat Peribadi Abu Hanifah

    Abu Hanifah memiliki tubuh badan sederhana, tidak terlampau tinggi dan tidak pula rendah.

    Warna kulitnya sedikit gelap kemerahan. Beliau adalah sebaik-baik manusia dalam bahasa

    percakapan, bentuk badannya cantik dan pakaiannya selalu berbau harum sehingga beliau

    dikenal dengan baunya. Beliau amat gemar kepada bau-bauan yang harum dan pemurah.

    Beliau sangat suka menjaga pakaian sehingga Abu Yusuf pernah menceritakan tentang

    kasutnya : Beliau sangat menjaga kebersihan kasutnya sehingga tidak ternampak sedikit

    pun kotoran.2

    Abu Hanifah merupakan seorang yang sangat tampan, ucapannya fasih, sopan-santun,

    sangat cerdas, berwibawa, pendiam dan kata-katanya bagaikan mutiara.3 Beliau juga

    mempunyai ilmu pengetahuan yang amat tinggi dalam ilmu yang telah dipelajarinya. Beliau

    juga berani menghadapi segala bentuk cabaran untuk menegakkan kebenaran. Contohnya,

    beliau pernah berdebat dengan Dahri (ad-Dahriyyun) yang merupakan golongan atheis

    dibawah naungan maharaja Rom.

    Selain itu, beliau juga suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang

    memerlukan bantuan tanpa mengira usia, pangkat dan darjat. Imam Abu Hanifah juga

    merupakan seorang yang rajin berusaha dan bercita-cita tinggi dalam hidupnya. Beliau jugaseorang yang bertakwa kepada Allah sw.t., warak, qanaah dan tidak tamak pada harta

    kekayaan. Beliau juga seorang yang abid yang kuat beribadat dan berpegang teguh pada

    ajaran Islam.4

    2.1.3 Sumbangan Dan Jasa Imam Abu Hanifah

    Abu Hanifah rajin dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai terutamanya

    dalam bidang agama. Imam Abu Hanifah juga seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis

    sehingga beliau dapat membezakan Antara hadis yang sahih dan hadis yang tidak sahih.

    Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli fikir dalam Islam kerana beliau banyak

    menggunakan akal fikiran dalam memutuskan sesuatu hokum apabila perkara tersebut tidak

    terdapat dalam al-Quran atau Hadis Nabi.

    2Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Istilah-istilah Fiqah dan Usul: Empat Mazhab, Jabatan Kemajuan Islam

    Malaysia, Selangor, 2013.3Muhammad Said Mursi, Tokoh-tokoh Islam Sepanjang Sejarah, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta, Indonesia, 2007.

    4IBID (

    1)

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    3/17

    3

    Berbekalkan kebolehan yang dimilikinya dalam menghuraikan hukum-hukum fikah,

    beliau menyusun ilmu tersebut sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat sekarang.

    Beliau juga telah menyusun kitab Al-Faraid (harta pusaka) dengan lengkap. Antara hasil-

    hasil karya peninggalan Imam Abu Hanifah yang terbesar termasuklah :

    1. Fikah Akbar2. Al-Alim Wal-Mutaalim3. Masnad. Fikah Akbar dan lain-lain5

    3.1 METODOLOGI ISTINBAT HUKUM

    Abu Hanifah mempelajari aliran pemikiran Syiah, Khawarij, Marjiah, Jabariah, Muktazilah

    dan Ilmu Kalam. Namun begitu, beliau tetap berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal

    Jamaah6.

    1. Al-Quran Sumber perundangan utama Beliau tidak menggunakan kaedah lain sekiranya hukum telah dinyatakan di

    dalam Al-Quran.

    2. Al-Sunnah Sumber kedua dalam perundangan Islam. Hadis digunakan untuk menjelaskan hukum yang terdapat di dalam Al-Quran. Antara kaedah dalam pengambilan Hadis :

    i. Beliau meneliti para perawi Hadis sama ada thiqah atau tidak danmenolak hadis tersebut sekiranya perawi diragui.

    ii. Beliau juga memahami makna Hadis dan menolak Hadis yangmenyalahi Al-Quran dan syariat serta sunnah Nabi yang

    masyhur.

    iii. Beliau hanya mengambil Hadis Mutawatir atau Hadis yangmashyur sahaja untuk dijadikan sebagai sumber hukum dan tidak

    5IBID (

    1)

    6IBID (

    1)

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    4/17

    4

    menerima Hadis-hadis Ahad kecuali ianya diriwayatkan oleh

    perawi-perawi yang thiqah (dipercayai atau tidak).

    iv. Abu Hanifah juga hanya mengambil 17 Hadis yang dilihatnyabenar daripada puluhan ribu yang diteliti olehnya sehingga beliau

    dituduh membelakangi Hadis dan lebih mengutamakan Ar-Rayu

    (fikiran) dan al-Qiyas.

    v. Beliau juga berani menjustifikasi7 beberapa perawi Hadis yanglemah hafalannya dan membantah atas kethiqahannya yang

    dianggap adil oleh para imam ilmu Hadis, seperti Ibnu Main,

    Abu Daud, Ibnu Al-Madiniy dan Syaab.

    3. Pendapat-pendapat Sahabat. Para sahabat merupakan orang yang pernah bersama Rasulullah dalam

    menyaksikan penurunan ayat-ayat Al-Quran.

    Mereka juga mengetahui sebab-sebab berlaku percanggahan di antara ayat Al-Quran dan Hadis.

    Mereka juga merupakan pewaris kepada ilmu Rasulullah s.a.w. dan menjadiikutan kepada orang yang terkemudian.

    Abu Hanifah juga berpegang kepada fatwa atau ucapan (pendapat) yangdinyatakan oleh para sahabat seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab.

    Beliau tidak mengambil pendapat Tabiin kerana mereka adalah generasi yangtidak berkesempatan bersama Rasulullah.

    4. Ijtihad. Abdullah bin Masud iaitu guru kepada Abu Hanifah sendiri menurut salah

    satu sumber riwayat, dalam berfatwa, lebih mengutamakan jalan ijtihad

    daripada bersandar pada Hadis-hadis yang diragui kesahihannya.

    Mereka berijtihad apabila berlaku peristiwa-peristiwa baru yang tidak pernahterjadi pada zaman Rasulullah s.a.w. Hal ini kerana, ketika itu perluasan

    kekuasaan negara Daulat Bani Abbas.

    7Justifikasi bermaksud memberi hujah atau pendapat yang kuat disebabkan oleh perkara tertentu. Kamus

    Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2007.

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    5/17

    5

    Selain itu, banyak masalah baru yang rumit berlaku dan memerlukanpemecatan hukum seperti aktiviti perdagangan dan kemasyarakatan.

    5. Qiyas. Qiyas digunakan apabila tidak terdapat hukum dalam al-Quran, al-Sunnah atau

    pendapat sahabat.

    Beliau banyak menggunakan kaedah Qiyas dalam menentukan sesuatu hukumsehingga digelar ( ).

    Metod Qiyas bukanlah bidah sayyiah seperti yang dituduh oleh pihak lawan. Beliau telah menqiyaskan masalah baru dengan masalah yang telah ada

    ketetapan hukumnya berdasarkan persamaan illah antara keduanya dan

    dikembalikan kepada Al-Quran. Al-Sunnah dan Ijmak Sahabat8.

    Imam Abu Hanifah berkata : Bila engkau menghadapi kesukaran, kembalilah kepada Al-Quran, Sunnah

    dan Ijma. Jika engkau menemukan kejelasan mengenai maslah itu,

    amalkanlah. Jika kejelasan itu tidak engkau temukan, kembalilah kepada

    masalah yang hampir serupa, dan berpijaklah pada ketentuan hukum pokok

    (ushul), kemudian ambillah mana yang lebih mendekati dan lebih mirip

    dengan ketentuan hukum pokok itu.9

    6. Istihsan. Menolak kehendak qiyas yang zahir atau nyata untuk terima hukum yang lain

    yang berlawanan dengannya.

    Hal ini kerana hukum yang lahir dari qiyas yang zahir tersebut bertentangandengan kepentingan yang dimaksudkan atau yang dikehendaki oleh nas atau ia

    bertentangan dengan ijmak atau uruf (kebiasaan)

    7. Ijmak Ulama Kesepakatan para mujtahid di dalam sesuatu zaman berkaitan dengan sesuatu

    hukum fiqh.

    8Abdurrahman Asy-Syarqawi, Riwayat Sembilan Imam Fiqh, Pustaka Hidayah, Bandung,Indonesia, 2000.

    9IBID (

    8)

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    6/17

    6

    8. Al-Uruf Amalan kebiasaan umum masyarakat Islam yang tidak bertentangan dengan

    al-Quran, al-Sunnah atau amalan para sahabat.

    Tujuan beliau ialah untuk mengeluarkan sesuatu hukum itu dari kesempitan tanpa

    mengurangkan kewibawaan hukum tersebut.

    4.1 TEKNIK PENGAJARAN

    Di dalam memberi pengajaran kepada murid-muridnya, Abu Hanifah tidak

    memperdengarkan sahaja ilmmu secara langsung tetapi beliau membentangkan sesuatu

    permasalahan hukum fiqh kepada mereka. Di samping itu, beliau akan menerangkan asas

    perundangan Islam bagi sesuatu hukum tersebut.

    Kemudian beliau memberi peluang kepada murid-muridnya untuk berhujah serta

    berdialog dan masing-masing akan mengemukakan pendapat mereka. Ada sebahagian

    daripada mereka bersetuju dan ada yang menentang. Jika mereka bersetuju dengan satu

    pendapat, maka salah seorang daripada mereka akan menulisnya dan jika sekiranya terdapat

    perselisihan pendapat antara mereka dan gurunya, lalu pandangan tersebut dicatat dan disebut

    perselisihan pendapat yang berlaku. Maka bermulalah bentuk mazhab kolektif (berkumpulan)

    yang berdasarkan syuruk dan bertukar-tukar pandangan serta membincangkannya. Kemudian

    pada akhirnya, beliau akan mematahkan hujah pendapat murid-muridnya seorang demi

    seorang sehingga semuanya bersetuju dan menerima pendapatnya yang logik itu.

    Teknik pengajaran yang digunakan oleh Abu Hanifah ini telah berupaya membentuk

    keperibadian murid-muridnya dan dengan tunjuk ajar serta didikan yang diberikannya itu

    membolehkan mereka membuat kajian dan penyelidikan berkenaan dengan sesuatu

    permasalahan itu. Dengan ini, mereka mampu menggunakan akal fikiran dalam berijtihad

    walaupun pada masa itu mereka masih lagi dalam suasanan pembelajaran.10

    Cara pengajaran Abu Hanifah juga berpandukan kepada beberapa kepada beberapa

    dasar atau kaedah yang telah lepas dan juga yang akan disebutkan. Antaranya :

    i. Kemudahan di dalam ibadah dan pekerjaan harian. Contohnya, kemudahandalam ibadah: Hukum menyuci kain atau baju yang terkena najis. Abu

    10

    Muhammad Abu Zahrah, Hayatuhu, waAsruhu, wa Arahu, wa Fighuhu, Darul Fikr Arab, Kaherah Mesir,1997.

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    7/17

    7

    Hanifah mengharuskan menyucikannya dengan menggunakan air mawar, cuka

    dan sebagainya. Asalkan penyuci itu berbentuk cairan dan tidak hanya tertentu

    kepada air sahaja.

    ii. Menjaga hak-hak fakir miskin. Contohnya, zakat pakaian, emas dan perakadalah wajib, dan tidak wajib zakat kepada orang yang hutang.

    iii. Mengakui peradaban hidup manusia. Contohnya, ialah pengakuan keIslamananak-anak yang belum baligh sebagai seorang Islam yang sempurna, sama

    seperti orang dewasa juga.

    iv. Memelihara kehormatan dan perikemanusiaan. Contohnya, diharuskan anak-anak perempuan yang sudah cukup umur untuk mencari pasangan hidup tanpa

    kebenaran wali. Perkahwinan secara paksa bagi anak perempuan tersebut tidak

    sah sekiranya dia menolak.

    v. Memberi kuasa penuh kepada kerajaan dan ketua-ketua Negara. Contohnya,kerajaan atau orang yang berkuasa berhak mengendalikan kekayaan negara,

    seperti tanah dan sebagainya untuk kepentingan umum. Kerajaan atau orang

    yang berkuasa berhak juga memberi hadiah-hadiah kepada pejuang atau

    perajurit tanah air sebagai galakan kepada mereka.11

    5.1 MURID-MURID DAN FUQAHA TERKENAL

    Imam Abu Hanifah mempunyai murid yang sangat ramai. Ada sesetengah daripada mereka

    yang belajar dan mendengar daripadanya dalam beberapa tempoh masa yang tertentu

    kemudian kembali ke negara masing-masing selepas mengambil manhaj dan jalan

    mazhabnya.

    Seramai 28 orang daripada mereka adalah layak untuk menjadi qadhi dan enam orang

    daripada mereka pula layak untuk memberikan fatwa. Manakala dua orang lagi iaitu Abu

    Yusuf dan Zufar adalah layak untuk mengajar adab kepada qadhi dan memberi pimpinan

    fatwa.

    Antara murid beliau yang masyhur adalah seperti berikut:

    1. Imam Abu Yusuf rhm.Beliau ialah Yakub ibnu Ibrahim ibnu Habib al-Ansori rhm. yang dilahirkan pada tahun

    113H dan wafat pada tahun 186H. Beliau hidup selama 32 tahun selepas kematian Abu

    11IBID (

    2)

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    8/17

    8

    Hanifah. Beliau hidup dalam keadaan miskin. Pada awal kehidupannya, beliau bergiat

    dalam meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah SAW seperti meriwayatkan daripada Hisyam

    bin Urwah, Abi Ishaq al-Syaibani, Ata bin al-Saib dan ulama-ulama yang sezaman

    dengan mereka. Pada mulanya beliau belajar ilmu fiqh dengan Ibn Abi Layla dan

    kemudian berpindah pula kepada Abu Hanifah. Beliau dianggap murid Abu Hanifah yang

    paling kanan sekali dan menjadi pembantu kepada gurunya. Imam Abu Hanifah rhm.

    mendapati bahawa beliau seorang yang cerdik lalu Imam Abu Hanifah rhm.

    menghulurkan bantuan kewangan kepadanya dan beliau menghabiskan hidupnya dengan

    menuntut ilmu. Beliau adalah seorang yang alim, pintar dan banyak menghafal hadis-

    hadis Rasulullah SAW. Beliau juga dianggap oleh Abu Talhah sebagai orang yang paling

    pandai pada zamannya, bijaksana, berpengaruh dan masyhur.

    Beliau meupakan seorang yang sangat tekun dan tabah di dalam menuntut ilmu.

    Perkara ini diceritakan sendiri oleh beliau dengan berkata: Seorang anak saya telah

    meninggal dunia, lalu saya pun meminta orang menguruskan pengkebumiannya.

    Sementara saya sendiri tidak dapat meninggalkan pengajian yang disampaikan oleh Abu

    Hanifah kerana bimbang akan ketinggalan satu hari nanti.

    Imam Abu Yusuf juga merupakan seorang yang hafiz hadis dan telah mempelajarinya

    dengan mendalam. Walau bagaimanapun, apabila hubungannya dengan Abu Hanifah

    menjadi begitu rapat, beliau lebih cenderung pula kepada pendapat peribadi dan

    mengikuti jejak langkah gurunya. Pada waktu tertentu pula, didapati beliau menentang

    Abu Hanifah dan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tidak pernah dikeluarkan oleh

    gurunya.

    Beliau pernah mengunjungi Imam Malik di Madinah dan mempelajari hadis dan fiqh

    daripadanya. Oleh sebab itu, kadang-kadang pendapat yang dikeluarkannya diambil

    daripada Imam Malik dan kebiasaan penduduk Hijaz. Beliau telah berusaha

    memperdekatkan di antara dua aliran iaitu aliran rayu dan aliran hadis serta dapat

    menghilangkan perasaan permusuhan di antara orang-orang Iraq dan Hijaz.

    2. Muhammad ibnu Hasan as-Syaibani.Beliau ialah Muhammad ibnu Hasan ibnu Farqod as-Syaibani. Beliau dilahirkan di Wasit,

    Iraq pada tahun 132H dan dibesarkan di Kufah. Kemudian beliau berpindah ke Baghdad

    yang terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dan tamadun. Beliau meninggal dunia pada

    tahun 189H di al-Rayy ketika berkunjung ke sana bersama-sama dengan khalifah Harun

    al-Rasyid.

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    9/17

    9

    Beliau telah mempelajari bagaimana cara-cara mengeluarkan hukum daripada Abu

    Hanifah tetapi tidak lama kerana Abu Hanifah telah meninggal dunia ketika beliau masih

    remaja. Walau bagaimanapun beliau berguru pula dengan Abu Yusuf dan telah mencapai

    kedudukan yang standing dengan gurunya itu sehingga menjadi tempat rujukan

    sedangkan gurunya masih ada. Beliau mempunyai kecerdasan yang luar biasa

    sebagaimana disifatkan oleh Ibn al-Imad al-Hanbali bahawa beliau adalah orang yang

    paling cerdas di dunia. Abu Ubaid berkata: Aku tidak pernah berjumpa dengan orang

    yang lebih alim tentang kitab Allah selain daripadanya. Manakala Imam Syafii pernah

    berkata: Kalaulah aku boleh mengatakanbahawa al-Quran itu diturunkan dengan bahasa

    Muhammad bin al-Hasan, nescaya boleh aku mengatakan begitu kerana lidahnya yang

    fasih. Jika tidak kerananya nescaya ilmu itu tidak terbuku kepada aku sebagaimana yang

    telah berlaku.

    Muhammad bin al-Hasan pernah mengunjungi Imam Malik di Madinah dan berguru

    dengannya selama tiga tahun. Beliau telah mendengar dan belajar kitab al-Muwatta

    karangan Imam Malik dan mempunyai riwayat yang khusus dalam kitab tersebut.

    Kemudian beliau berjumpa pula dengan Imam Syafiidi Baghdad semasa Imam Syafii

    berkunjung ke sana. Imam Syafii telah membaca buku-buku karangannya dan

    mengadakan perbincangan dengannya. Perjumpaan beliau dengan Imam Malik dan Imam

    Syafii telah banyak meninggalkan kesan terhadap ijtihad dan istinbatnya.

    Beliau adalah seorang tokoh yang sangat berjasa besar di dalam usaha membukukan

    mazhab Hanafi. Buku-buku karangannya menjadi pegangan guru-guru dan pengikut-

    pengikut mazhab tersebut sehingga ke hari ini. Beliau dianggap orang yang sebenarnya

    memindahkan fiqh Abu Hanifah dan fiqh Iraq kepada ulama yang datang kemudiannya.

    3. Imam Zufar.Beliau ialah Abu al-Hazil Zufar ibnu al-Hazil al-Anbari al-Basri. Beliau dilahirkan pada

    tahun 110H dan wafat pada tahun 157H atau 158H. Beliau bersahabat dengan Imam Abu

    Hanifah lebih awal daripada Abu Yusuf dan Muhammad. Pada awalnya beliau adalah

    seorang ahli hadis tetapi kemudiaanya berpindah menjadi ahli al-rayu kerana cenderung

    kepada gurunya Abu Hanifah. Beliau merupakan orang yang mahir di dalam kaedah qiyas

    dan murid Abu Hanifah yang paling banyak menggunakan kaedah tersebut.

    Beliau merupakan orang yang sangat warak, zuhud, boleh dipercayai (thiqah),

    menuntut ilmu dan mengajar serta menyebarkannya. Beliau hidup dalam keadaan

    sedemikian sehinggalah meninggal dunia dan dikatakan ketika beliau meninggal, beliau

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    10/17

    10

    tidak mempunyai apa-apa di rumahnya melebihi tiga dirham sahaja. Ini kerana beliau

    pernah berkata: Aku tidak akan meninggalkan sesuatu pun selepas aku mati kerana aku

    takut denganperhitungannya nanti.

    4. Al-Hasan ibnu ZiadNama sebenar beliau ialah al-Hasan bin Ziyad al-Lului al-Kufi yang meninggal dunia

    pada tahun 204H. Beliau ialah Maula al-Ansar dan murid kepada Imam Abu Hanifah,

    Abu Yusuf,dan Muhammad. Pada mulanya beliau belajar dengan Abu Hanifah dan

    kemudiannya belajar pula dengan Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hasan. Walau

    bagaimanapun, kedudukannya tidaklah setanding dengan kedudukan mereka berdua.

    Beliau merupakan seorang yang pintar, faqih, menghafal riwayat-riwayat daripada Abu

    Hanifah dan cintakan hadis.

    Keempat-empat murid Imam Abu Hanifah di atas merupakan orang yang paling banyak

    berjasa di dalam mengembangkan mazhab Hanafi terutamanya Abu Yusuf dan Muhammad

    bin al-Hasan. Mereka semua merupakan mujtahid dan tidak semata-mata berpegang dengan

    pendapat guru mereka. Oleh sebab itu, di dalam permasalahan fiqh kadang-kadang pendapat

    mereka berlawanan dengan pendapat Abu Hanifah da nada ketikanya di dalam mazhab

    Hanafi mempunyai empat pendapat yang berbeza. Walau bagaimanapun mereka tidak

    terkeluar dari lingkungan mazhab Hanafi dan perbezaan pendapat tersebut sebenarnya

    memperkukuhkan lagi kedudukan mazhabnya dalam masyarakat.

    Selain daripada mereka, terdapat ramai fuqaha mazhab Hanafi yang berjasa dalam

    mengembang dan mempertahankan mazhab mereka. Antaranya:

    o Yahya bin Akhtam bin Muhammad bin Qatn al-Tamimiyy al-Marwaziyy. Beliaudilahirkan pada tahun 159H dan meninggal dunia pada tahun 242H. Beliau merupakan

    seorang yang sangat terkenal dan pernah dilantik sebagai qadhi di Basrah pada tahun 202H

    oleh al-Makmun dan kemudiannya dilantik menjadi ketua qadhi di Baghdad.

    o Hilal bin Yahya bin Muslim al-Basri atau lebih dikenali dengan gelaran Hilal al-Rayikerana keluasan ilmunya, banyak menggunakan kaedah qiyas dan kuat ingatan. Beliau

    merupakan seorang pakar perundangan mazhab Hanafi. Beliau menuntut ilmu

    terutamanya ilmu fiqh daripada Abu Yusuf dan Zufar, kemudian beliau menjadi guru dan

    mengajar masyarakat tentang ilmu ini. Beliau meninggal dunia pada tahun 245H.

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    11/17

    11

    o Abu Abdullah Muhammad bin Shuja al-Thalji atau lebih dikenali dengan Ibn al-Thalji.Beliau dilahirkan pada tahun 181H dan meninggal dunia di Baghdad pada tahun 266H.

    Beliau merupakan murid kepada al-Hasan bin Ziyad. Beliau adalah seorang pakar

    perundangan di Iraq pada zamannya. Ibn al-Thalji adalah seorang yang warak, soleh dan

    banyak membaca al-Quran. Beliau meninggal dunia di Baghdad ketika sedang sujud

    dalam sembahyang Asar.

    o Ahmad bin al-Hasan Abu Said al-Bardai. Beliau merupakan seorang pakar perundanganmazhab Hanafi dan pandai berhujah. Beliau berguru dengan ulama-ulama Hanafi di

    Baghdad seperti Abu al-Hasan al-Kharki dan Abu Tahir al-Dabbas. Beliau meninggal

    dunia pada tahun 318H di Mekah.

    o Muhammad bin Musa bin Muhammad Abu Bakr al-Khawarizmi. Beliau merupakanseorang yang thiqah (boleh dipercayai), fasih dan menjadi pemimpin mazhab Hanafi di

    Baghdad. Al-Khawarizmi telah dilantik menjadi pengajar dan pemberi fatwa serta pernah

    ditawarkan jawatan qadhi tetapi beliau menolaknya. Beliau tidak pernah menerima

    pemberian atau hadiah daripada orang ramai. Beliau meninggal dunia di Baghdad pada

    tahun 403H.

    o Ala al-Din Muhammad bin Ahmad bin Abi Ahmad al-Samarqandi. Beliau merupakanseorang pakar perundangan mazhab Hanafi dan pengarang kepada kitab yang terkenal

    iaitu Tuhfah al-Fuqaha danal-Lubab. Beliau meninggal dunia pada tahun 539H.

    o Ala al-Din Abu Bakr bin Masud bin Ahmad al-Kasani. Beliau merupakan murid kepadaAla al-Din Muhammad bin Ahmad al-Samarqandi dan berkahwin dengan anak

    perempuan gurunya. Beliau merupakan pengarang kepada kitab Badai al-Sanai yang

    menjadi rujukan kepada pengikut-pengikut mazhabnya. Beliau meninggal dunia pada

    tahun 587H.

    o Muhammad Amin bin Umar bin Abd al-Aziz al-Dimashqi atau lebih dikenali dengannama Ibn Abidin. Beliau dilahirkan di Damshiq pada tahun 1198H dan meninggal dunia

    di sana pada tahun 1252H. Beliau merupakan seorang hafiz al-Quran dan amat luas

    pengetahuannya dalam pelbagai bidang ilmu. Hal ini kerana beliau mempelajari semua

    ilmu termasuk usul al-Fiqh, kaedah bahasa Arab, hadis, tafsir, tasawuf, faraid, ilmu hisab

    dan lain-lain.

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    12/17

    12

    6.1 PEMBUKUAN KITAB MAZHAB HANAFI

    Imam Abu Hanifah dikatakan tidak pernah menulis serta menyusun sebarang kitab dalam

    bidang ilmu fiqh sebagaimana yang ada pada hari ini melainkan beberapa risalah kecil dalam

    bidang ilmu kalam dan dakwah. Contohnya seperti al-Fiqh al-Akbar, al-Alim wa al-

    Mutaalimdan risalah-risalah yang ditulis kepada Uthman al-Bittiy(meninggal tahun 132H)

    serta risalah-risalah yang menolak pendapat Qadariyyah. Namun demikian, murid-muridnya

    telah memainkan peranan penting dalam memindah dan menulis semula pendapat serta

    riwayat beliau. Antara murid beliau yang terkenal dalam usaha ini ialah Abu Yusuf dan

    Muhammad bin al-Hassan al-Syaibani yang dikenali sebagai al-sahibanyang bermakna dua

    orang sahabat.12

    Antara karangan dan kitab yang masyhur dalam Mazhab Hanafi hasil karya Abu Yusuf

    ialah:

    a) Kitabal-Athar: mengandungi riwayat-riwayat yang ditulis oleh beliau dari bapanyayang diambil daripada Imam Abu Hanifah. Kitab ini juga mengandungi riwayat

    daripada Rasulullah s.a.w, dan mana-mana sahabat atau tabiin yang diterima oleh

    Imam Abu Hanifah sendiri. Selain itu, kitab ini turut mengandungi sebahagian besar

    fatwa-fatwa fuqaha tabiin yangberada di Iraq dan ia merupakan kumpulan hukum

    fiqh yang menggambarkan bentuk kesimpulan hukum (istinbat) dan ijtihad yang

    dibuat oleh Imam Abu Hanifah.

    b) Kitabikhtilaf Abi Hanifah wa Ibn Abi Laila: buku ini adalah merupakan sebuah kitabyang menghimpunkan segala permasalahan yang menjadi perselisihan antara Imam

    Hanifah dan Ibn Abi Laila. Kitab ini turut diriwayatkan oleh Imam Shafii dalam

    kitab al-Umm.

    c) Kitab al-Radd Ala Siyar al-Awzai. Buku ini menjelaskan tentang penolakan AbuYusuf terhadap pendapat Imam al-Awzai yang menyalahi Abu Hanifah dalam

    perbincangan mengenai hubungan di antara orang islam dan bukan islam ketika

    berperang serta mengenai perkara yang berkaitan dengan jihad. Buku ini turut

    12K.H. Munawar Khalil, 1983, Biografi Empat Serangkai Imam Mazhab, P.T Bulan Bintang, Jakarta,Indonesia.

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    13/17

    13

    dimuatkan dengan pendapat Abu Yusuf yang menyokong pandangan pandangan

    ulama Iraq.

    d) Kitab al-Kharaj. Pada asalnya buku ini ditulis dan ditujukan kepada Harun al-Rashidberkenaan dengan khazanah negara dengan mengambil dalil dan hujah daripada al-

    Quran, hadith dan fatwa sahabah. Menurut pengulas sejarah Islam, buku ini adalah

    hasil karya Abu Yusuf yang terbaik. Buku ini dimuatkan dengan penerangan

    mengenai sistem kewangan negara islam dengan menyatakan tentang perkara yang

    tidak dipersetujui oleh beliau terhadap pendapat gurunya beserta alasannya secara

    jujur.

    Selain daripada kitab-kitab diatas, masih ada kitab-kitab lain yang ditulis oleh Abu Yusuf

    tetapi telah lenyap. Antaranya ialah kitab yang berkaitan Usul, kitab al-Salah, kitab al-Zakah,

    kitab al-Siyam, kitab al-Faraid, kitab al-Buyu, kitab al-Hudud, kitab al-Raddala Malik bin

    Anasdan lain-lain lagi.13

    Manakala karya Imam Muhammad bin al-Hassan al-Syaibani dalam fiqh merupakan hasil

    penulisan yang lengkap dan terulung dengan mencakupi setiap persoalan yang timbul. Antara

    kitab beliau yang termasyur dalam aliran Mazhab Hanafi ialah:

    a) Kitab al-Mabsut atau al-Asl. Kitab ini merupakan kitab pertama yang ditulis olehMuhammad bin al-Hassan al-Syaibani. Di dalam kitab ini, beliau telah

    mengumpulkan permasalahan-permasalahan yang pernah difatwakan oleh Imam Abu

    Hanifah serta khilaf di antara Abu Yusuf dan Muhammad sendiri.

    b) KitabJami al-Saghir. Kitab ini telah diriwayatkan oleh beliau daripada Abu Yusuf.

    c) Kitab Jami al-Kabir. Kitab ini merupakan salah satu kitab yang paling pentingkerana mengandungi himpunan permasalahan-permasalahan fiqh yang dibincang

    secara mendalam.

    13

    Mohd. Nasran Mohamad. Anwar Fakhri Omar. Mohd Zamri Muda. ect, 2001, Metodologi Fiqh, PenerbitUneversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor,.

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    14/17

    14

    d) Kitab Siyar al-Saghir. Kitab ini banyak membincang dan menerangkan tentanghukum jihad, pedamaian, ghanimah, fidyah, serta perkara-perkara yang boleh dan

    tidak dibolehkan ketika perang.

    e) Kitab Siyar al-Kabir. Kitab ini merupakan kitab yang terakhir karya Muhammad binal-Hassan. Kitab ini ditulis ketika berlakunya percanggahan pendapat antara beliau

    dan Abu Yusuf. Justeru, di dalam kitab ini beliau tidak menyebut nama Abu Yusuf

    bahkan menggantikannya dengan gelaran al-Thiqah. Kitab ini mengandungi hujah

    daripada al-Quran dan Hadith serta hal-hal berkaitan peperangan Rasulullah s.a.w.

    f) Kitab al-Ziyadat. Kitab ini dinamakan sedemikian kerana ianya mengandungipersoalan dan permasalahan tambahan daripada kitab-kitab yang terdahuludaripadanya.

    Semua kitab-kitab di atas dikenali sebagai Zahir al-Riwayah kerana menghimpunkan

    riwayat-riwayat yang sahih dan boleh dipercayai. Di samping itu, terdapat dua buah kitab

    beliau yang lain yang mempunyai mutu penulisan yang sama iaitu kitab al-Athardan kitab

    al-Radd ala Ahl Madinah(turut diriwayatkan oleh Imam Shafii dalam al-Umm).14

    Selain itu, banyak lagi kitab-kitab yang dikatakan sebagai hasil penulisan Imam

    Muhammad al-Hassan tetapi tidak dapat dipastikan dengan jelas tentang kesahihannya. Oleh

    yang demikian, kitab-kitab ini telah dinamakan sebagai Ghayr Zahir al-Riwayahatau kitab

    al-Nawadir. Antara kitab tersebut ialah:

    a) al-Kisaniyyatb) al-Haruniyyatc)

    al-Jurjaniyyat

    d) al-Ruqiyyate) al-Ziyadah al-Ziyadat

    Di samping karya Abu Yusuf dan Imam Muhammad al-Hassan, terdapat banyak lagi kitab-

    kitab lain dalam Mazhab Hanafi yang ditulis oleh ulamak-ulamak lain selepas daripada

    mereka. Antaranya ialah kitab al-Kafi (Imam Abu al-Fadl Muhammad al-Maruzi), kitab al-

    14

    IBID (2)

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    15/17

    15

    Nawazil (Abu al-Layth Nasr al-Samarqandi), kitab al-Tarifat ( Sayyid al-Sharif Ali bin

    Muhammad al-Jurjani) dan banyak lagi.15

    7.1 PENYEBARAN MAZHAB HANAFI

    Mazhab Hanafi merupakan mazhab yang paling luas penyebarannya. Ini kerana

    pengembangan mazhab ini telah dibantu oleh keadaan semasa yang berlaku pada waktu itu,

    di mana mazhab ini menjadi pengangan kerajaan Abbasiyyah selama 500 tahun. Ramai dari

    kalangan ulama mazhab tersebut telah dilantik menjadi qadi seperti Abu Yusuf dan

    Muhammad bin al-Hasan al-Shaybani yang membantu kea rah pengembangan mazhabnya.

    Mazhab ini juga telah menjadi mazhab rasmi bagi kerajaan Uthmaniyyah.

    Pada hari ini, banyak Negara telah mengikut mazhab Hanafi seperti Negara-negara

    bekas jajahan kerajaan Uthmananiyyah seperti Mesir, Syria, Lubnan, Jordan, Iraq dan Turki.

    Mazhab ini juga diikuti di Negara-negara Balkan, Afghanistan, Pakistan, Turkistan, Asia

    Tengah, India dan China. Mazhab ini mempunyai pengikut yang ramai di Negara-negara

    yang berlainan dan dianggarkan berjumlah lebih dari 180 juta orang yang merupakan 1 per 3

    umat Islam di dunia. Ia juga mempunyai hampir 25 juta pengikut di Amerika Selatan16.

    8.1 KESIMPULAN

    Apa yang dapat kami rumuskan melalui tugasan ini ialah kami dapat mengetahui serba

    sedikit menegenai sejarah hidup Imam Abu Hanifah. Selain itu, kami juga dapat mengetahui

    kesukaran yang dihadapi oleh beliau semasa menuntut ilmu.

    Beliau juga dikurniakan keperibadian yang mulia iaitu beliau merupakan seorang

    pedagang yang jujur terhadap pelanggan yang membeli barangan beliau. Sebagai contohnya,

    terdapat kisah berkaitan dengan kejujuran beliau iaitu Suatu hari,datang seorang perempuan

    yang memerlukan duit,lalu perempuan itu ingin menjual baju sutera peninggalan arwah

    suaminya.Abu Hanifah bertanya kepada perempuan tersebut Baju ini cantik,berapa

    harganya?. Perempuan itu menjawab : Sepuluh dinar. Abu Hanifah berkata janganlah

    bergurau kerana baju itu harganya lebih mahal daripada yang kamu sebutkan. Setelah

    15IBID (

    2)

    16IBID (

    10)

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    16/17

    16

    mendengar itu,perempuan tersebut menaikkan harga baju tersebut sehingga dia tiada hujah

    untuk berlawan dengan Abu Hanifah. Akhirnya, Abu Hanifah berpendapat bahawa baju

    tersebut berharga lebih 40 Dinar. Perempuan itu tidak percaya. Tiba-tiba, datang seorang

    lelaki yang tertarik kepada baju tersebut lalu menawarkan harga 50 Dinar untuk membeli

    baju tersebut. Perempuan itu, dengan berasa gembira berkata : Sekiranya tuan membeli baju

    tadi dengan harga 10 Dinar, tuan dapat menjual dengan harga 50 Dinar. Tuan akan mendapat

    keuntungan yang banyak,tetapi mengapa tuan tidak melakukannya?. Abu Hanifah menjawab

    : Saya lebih suka bersikap jujur dalam perniagaan. Jelaslah melalui cerita ini, kita dapat

    mengetahui keperibadian beliau yang sangat mulia iaitu kkejujuran yang dimilikinya di

    dalam perniagaan.

    Selain itu, beliau juga pandai membahagikan masa antara berniaga dan menimba ilmu

    pengetahuan. Kehidupan beliau sering diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan

    berfaedah. Oleh itu, kita sebagai umat islam haruslah mencontohi sifat peribadi mulia yang

    ada pada ulama tersohor ini.

  • 8/12/2019 Imam Hanafiah

    17/17

    17

    RUJUKAN

    K.H. Munawar Khalil, 1983,Biografi Empat Serangkai Imam Mazhab, P.T Bulan Bintang,

    Jakarta,Indonesia.

    Mohd. Nasran Mohamad. Anwar Fakhri Omar. Mohd Zamri Muda. ect, 2001,Metodologi

    Fiqh, Penerbit Uneversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

    Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2013, Istilah-Istilah Fiqh Dan Usul:Empat Mazhab,Jabatan

    Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

    Muhammad Abu Zahrah, 1997,Hayatuhu,wa Asruhu,wa Arahu wa Fiqhuhu,Darul Fikr

    Arab, Kaherah,Mesir.

    Imam Muhammad Abu Zahrah, 2011, Imam Abu Hanifah Salasilah Perjalanan Hidup,

    Pendapatan dan Kefakihannya Dalam Memahami Syariat, Jasmin Publications, Selangor.

    Muhammad Said Mursi, 2007, Tokoh-Tokoh Islam Sepanjang Sejarah,Pustaka Al-Kautsar,

    Jakarta, Indonesia.

    Abdurrahman Asy-Syarqawi, 2000, Riwayat Sembilan Imam Fiqh, Pustaka Hidayah,

    Bandung, Indonesia.