16
19 Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah Mazdi Marzuki • Abdul Jalil Ishak Abstrak Cameron Highlands mula menjadi terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi setelah dibuka oleh juru ukur British, William Camerons pada tahun 1888. Keindahan kawasan ini dengan kekayaan persekitaran sejadi yang menarik dan keunikan suhu (cuaca) menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan yang diminati oleh pelancong. Kesannya, Cameron Highlands telah membangun dengan pesat terutama dengan pembinaan hotel, ‘chalet’ dan kemudahan- kemudahan lain untuk kemajuan industri pelancongan. Di samping itu, pembangunan tanah juga pesat dilakukan untuk kegiatan pertanian (terutama sayur-sayuran berhawa dingin dan bunga-bungaan), pembinaan jalan raya dan petempatan. Pembangunan yang mendadak ini telah mengakibatkan pelbagai masalah alam sekitar terutama penerokaan tanah “haram” di Lembangan Bertam yang menjadi nadi keseimbangan ekosistem di kawasan ini. Oleh itu, satu kajian berkaitan impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands telah dijalankan. Kajian ini dilakukan melalui penggunaan data skunder daripada agensi-agensi kerajaan dan pemerhatian di lapangan serta kaji selidik terhadap 150 orang responden. Kajian ini cuba melihat pengaruh pembangunan dan kesan kualiti alam sekitar di kawasan ini di samping mengenai pasti langkah-langkah pemeliharaan yang perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan “keunikan” kawasan pelancongan tanah tinggi ini pada masa kini dan akan datang. Pengenalan Kepesatan pembangunan di Cameron Highlands sering dikaitkan dengan kecuaian dan kurangnya penjagaan terhadap alam sekitarnya. Pembangunan yang berlaku seiring dengan tujuan untuk memenuhi keperluan penduduk dan mencapai matlamat untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Desakan

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

19Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar

di Cameron Highlands

Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah • Mazdi Marzuki • Abdul Jalil Ishak

Abstrak

Cameron Highlands mula menjadi terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi setelah dibuka oleh juru ukur British, William Camerons pada tahun 1888. Keindahan kawasan ini dengan kekayaan persekitaran sejadi yang menarik dan keunikan suhu (cuaca) menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan yang diminati oleh pelancong. Kesannya, Cameron Highlands telah membangun dengan pesat terutama dengan pembinaan hotel, ‘chalet’ dan kemudahan- kemudahan lain untuk kemajuan industri pelancongan. Di samping itu, pembangunan tanah juga pesat dilakukan untuk kegiatan pertanian (terutama sayur-sayuran berhawa dingin dan bunga-bungaan), pembinaan jalan raya dan petempatan. Pembangunan yang mendadak ini telah mengakibatkan pelbagai masalah alam sekitar terutama penerokaan tanah “haram” di Lembangan Bertam yang menjadi nadi keseimbangan ekosistem di kawasan ini. Oleh itu, satu kajian berkaitan impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands telah dijalankan. Kajian ini dilakukan melalui penggunaan data skunder daripada agensi-agensi kerajaan dan pemerhatian di lapangan serta kaji selidik terhadap 150 orang responden. Kajian ini cuba melihat pengaruh pembangunan dan kesan kualiti alam sekitar di kawasan ini di samping mengenai pasti langkah-langkah pemeliharaan yang perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan “keunikan” kawasan pelancongan tanah tinggi ini pada masa kini dan akan datang.

Pengenalan

Kepesatan pembangunan di Cameron Highlands sering dikaitkan dengan kecuaian dan kurangnya penjagaan terhadap alam sekitarnya. Pembangunan yang berlaku seiring dengan tujuan untuk memenuhi keperluan penduduk dan mencapai matlamat untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Desakan

Page 2: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

Impak Pembangunan Terhadap Akan Sekitar di Cameron Highlands / 295

pembangunan yang dahulunya hanya berpusat di kawasan-kawasan bandar utama mula merebak ke kawasan tanah tinggi Cameron yang juga berfungsi juga sebagai pusat peranginan tanah tinggi. Kawasan-kawasan tanah tinggi ini telah dibangunkan dengan infrastruktur pelancongan seperti chalet, hotel, perumahan dan jalan raya di samping pembangunan pertanian sederhana sejuk. Ini menjelaskan petunjuk bahawa kawasan tanah tinggi Malaysia yang mempunyai tahap kemudahterancaman kepada bencana yang tinggi di Semenanjung tidak lagi mempunyai jaminan yang tinggi untuk dipelihara bagi menjaga kepentingan alam sekitarnya (Noorazuan Md Hashim, 2000).

Bentuk muka bumi Cameron Highlands yang berbukit-bukau dan merupakan kawasan tadahan hujan, boleh mendatangkan impak negatif alam sekitar apabila pembangunan dijalankan. Kawasan yang terletak di Banjaran Titiwangsa ini mempunyai keunikan dari segi flora dan fauna, persekitaran yang kurang tercemar, udara yang bersih serta jauh daripada kebisingan mula terdedah dengati ancaman “kerosakan” persekitaran. Kawasan yang istimewa dengan suhu semulajadinya yang rendah sekitar 16°C hingga 20°C sehingga dikenali sebagai salah satu tempat keajaiban Malaysia (wonder of Malaysia) telah menerima pelbagai masalah alam sekitar terhadap keindahan dan keunikan kawasan ini terutama pada dekad 1990-an. Kajian ini bermatlamat untuk melihat pembangunan yang pesat membangun di kawasan ini dan kesan-kesan alam sekitar yang berlaku serta mencadangkan langkah-langkah pengurusan ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di kawasan ini.

Permasalahan Kajian

Dalam rangka untuk mencapai kemajuan ekonomi dan sosial, Malaysia telah mampu mencapai pertumbuhan yang pesat melalui perancangan dalam siri rancangan lima tahun bagi tujuan untuk membasmi kemiskinan, mencapai keseimbangan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup penduduk. Pembangunan bukan sahaja berlaku di kawasan tanah pamah tetapi merebak ke kawasan tanah tinggi, Cameron Highlands sebagai kawasan tanah tinggi dan daerah yang paling kecil di negeri Pahang merupakan kawasan yang mudah menerima ancaman bencana yang tinggi. Cameron Highlands sebagai sebuah kawasan yang mempunyai keunikan dari segi fauna dan flora, persekitaran yang tidak tercemar, udara yang bersih serta jauh dari kebisingan mula terdedah kepada ancaman “kerosakan” persekitaran. Kerosakan persekitaran dipengaruhi oleh kepesatan pembangunan di kawasan ini sebagai pusat pertanian dan pusat perlancongan tanah tinggi. Keterdedahan Cameron Highlands kepada pembangunan tanah secara berleluasa mutakhir ini mendorong pengkaji untuk mengenai pasti sejauh manakah elemen-elemen persekitaran telah terjejas di sebalik pembangunan yang pesat di kawasan ini.

Page 3: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

296 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Tujuan Kajian

Secara khususnya, kajian ini cuba mengenai pasti:

1. Tahap-tahap pembangunan yang telah berlaku di kawasan ini terutama pada awal tahun 1990 hingga sekarang.

2. Menilai impak fizikal dan kemanusiaan yang telah berlaku ekoran pembangunan yang sedang berlaku.

3. Meninjau persepsi masyarakat terhadap pembangunan dalam konteks sosio- ekonomi.

4. Mengenai pasti langkah-langkah pengurusan alam sekitar yang lebih bistari di kawasan ini.

Skop Kajian

Kajian ini berfokus kepada proses-proses dan tahap-tahap pembangunan yang telah berlaku di Cameron Highlands. Di samping itu, kajian ini juga menumpu kepada impak persekitaran fizikal dan manusia yang telah berlaku ekoran proses dan tahap pembangunan yang telah dijalankan. Sebarang masalah yang berkaitan dengan pembangunan dan kemusnahan terhadap alam sekitar Cameron Highlands akan cuba diteliti dan dikupas bagi menghasilkan penemuan yang sedikit sebanyak akan membantu dalam usaha menangani masalah kepincangan alam sekitar terutama di kawasan tanah tinggi di Malaysia.

Pengumpulan Data

Metodologi kajian melibatkan dua kaedah, iaitu sumber primer melalui kerja lapangan, temu bual dan pemerhatian, soal selidik dan data-data skunder daripada agensi kerajaan dan swata. Sebanyak 150 responden telah dikaji selidik di Cameron Highlands untuk menilai persepsi mereka terhadap kualiti alam sekitar di kawasan ini. Temu bual pula melibatkan pegawai-pegawai daripada agensi- agensi seperti Majlis Daerah, Pejabat Tanah, Jabatan Bekalan Air, Jabatan Hutan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Parit dan Saliran serta penduduk setempat. Bagi melengkapkan kajian, kerja lapangan telah dilakukan sebanyak tiga kali, iaitu pada Julai dan Ogos 2000 dan Mac 2001 (27-31 Mac 2001). Pemerhatian juga dibuat bagi tujuan mengambil foto dan video mengenai aktiviti pembangunan semasa dan selepas yang telah menyebabkan kesan kepada persekitaran sejadi di kawasan ini. Manakala data-data skunder pula diperolehi daripada agensi-agensi kerajaan bagi menilai perubahan fizikal dan kualiti alam sekitar yang berlaku berdasarkan tempoh masa. Antara agensi yang dirujuk ialah Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Alam Sekitar.

Page 4: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands / 297

Kaedah Menganalisis

Data-data yang telah diperolehi daripada hasil kaji selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS fo r window. Data-data ini telah dikira melalui peratus dan dipersembahkan dalam bentuk graf dan jadual bagi tujuan untuk memudahkan dan menerangkan hasil kajian dengan lebih jelas.

Dapatan Kajian

Keputusan dan Perbincangan

Proses pembangunan merupakan aktiviti yang melibatkan perhubungan antara manusia dan alam sekitar dan dilakukan bagi memenuhi tuntutan kemajuan untuk masyarakat. Pembangunan sering ditunjukkan dengan indikator seperti petunjuk ekonomi, kemudahan infrastruktur, kemudahan sosial dan budaya. Pelaksanaan pembangunan akan meningkatkan pencapaian ekonomi tetapi disebaliknya menimbulkan masalah apabila perancangan tidak dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan sikap masyarakat yang tamak sehingga menjejaskan alam sekitar. Hasil kajian menunjukkan pelbagai pembangunan sedang dijalankan. Hasil kajian mendapati pembangunan telah berlaku dengan pesat di Cameron Highlands dengan pembinaan jalan raya, pembukaan kawasan pertanian, pembinaan hotel, sekolah dan perumahan dan pembinaan empangan. Projek-projek pembangunan ini telah menyebabkan timbulnya pencemaran alam sekitar di kawasan ini.

Pembinaan Jalan Raya

Pembinaan jalan raya yang sedia ada dan sedang dalam pembinaan telah menyebabkan perubahan kepada persekitaran guna tanah di Cameron Highlands. Pembinaan jalan raya yang menghubungkan Simpang Pulai-Pos Slim-Kampung Raja-Lojing-Gua Musang sepanjang 178.3 km sebagai jalan perhubungan antara Timur-Barat Ketiga telah memberi kesan yang serius kepada kestabilan cerun. Banyak bukit telah ditarah yang boleh mendorong kepada hakisan permukaan dan tanah runtuh. Hakisan dan tanah runtuh secara tidak langsung akan mengotorkan sistem saliran dengan kandungan pepejal. Sungai-sungai yang dijangka akan ditimpa masalah ini ialah Sungai Telom, Sungai Telia, Sungai Ikan dan Sungai Burung yang akan menjadi cetek dan airnya menjadi keruh.

Cadangan pembinaan jalan raya telah dibuat untuk menghubungkan tiga pusat peranginan tanah tinggi Malaysia (Cameron Highlands-Genting Highlands-Bukit Fraser) bagi tujuan membentuk satu koridor pembangunan baru yang berteraskan kepada keindahan dan peluang yang diberikan oleh kawasan tanah tinggi. Namun

Page 5: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

298 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

di sebalik impian tersebut semakin banyak kawasan semulajadi yang kaya dengan fauna dan flora yang unik akan terjejas dan terkorban di sepanjang laluan tersebut

Projek penaiktarafan jalan raya dari Brinchang ke Kampung Raja yang dimulakan pada 29 Juki 1998 sepanjang 14 km turut mengakibatkan kelodak dan hakisan ke Sungai Burung, Sungai Terla dan Sungai Rnil. Kejadian hakisan permukaan dan tanah runtuh giat berlaku terutama dari kawasan di Kampong Raja ke Lqjing. Cadangan pembinaan jalan raya dari Cameron Highlands ke Kuala Lipis melalui Sungai Koyan turut menjejaskan fauna dan flora di sepanjang laluan tersebut. Namun begitu, projek pembinaan jalan raya ini diperlukan bag. membuka peluang interaksi ekonomi di antara Cameron Highlands dengan kawasan lain.

Pembinaan Hotel dan Perumahan

Bagi menyokong industri pelancongan yang pesat di Cameron Highlands pembinaan kawasan kediaman dan hotel telah muncul dengan pesat sekitar tahun 1990-art, Dianggarkan lebih 45 buah hotel yang terkenal telah didirikan bag! memberikan kemudahan kepada pengunjung. Pertumbuhan sektor in berkembang pada kadar 3.2 peratus/tahun. Kebanyakan hotel/chalet dibina di atas bukit sekitar Tanah Rata, Ringlet dan Brinchang. Antara hotel yang terkenal yang telah didirikan ialah Chamelot Resort, Equatorial Hill Resort, Golf Course Inn, The Merlin, Ye Olde Smokehouse dan Heritage Hotel. Impak alam sekitar yang wujud secara serius hanya berlaku semasa proses pembinaan hotel pada peringkat awal. Namun begitu, kadar kekosongan adalah tinggi kerana kebanyakan unit perumahan ini disediakan oleh golongan pelancong yang hanya didiami pada jangka masa yang tertentu sahaja (musim percutian/bermusim). Pembinaan pelbagai projek yang sedang rancak ini dijangka akan menambahkan lagi permasalahan alam sekitar di kawasan ini yang agak sensitif. Kejadian tanah runtuh pada tahun 1998 kesan daripada projek pembinaan telah menyebabkan jalan perhubungan antara Kampung Raja, Terla dan Teringkap terputus dengan pekan Brinchang, Ringlet dan Tanah Rata. Ini telah menyebabkan pengeluaran hasil pertanian tidak dapat dibawa ke pasaran luar selama beberapa tninggu dan telah menyebabkan kerugian kepada pengusaha.

Pembinaan projek perumahan kakitangan Majlis Daerah di Tanah Rata yang dibina di Puncak Arabella (betul-betul di atas bukit) telah menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang serius sehingga menyekat aliran Sungai Bertam, Keadaan ini telah memaksa pihak Jabatan Alam Sekitar untuk mengorek semula dan membuat benteng siinen bagi mengelakkan kejadian yang sama terus berlaku. Antara projek perumahan guru yang sedang dalam proses pembinaan di Brinchang (bersebelahan dengan kawasan tadahan air Jabatan Bekalan Air) yang berada di atas bukit yang berpotensi menyumbangkan kepada masalah kemerosotan alam sekitar.

Page 6: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands / 299

Pembinaan sekolah rendah di Ringlet, sekolah menengah di Tanah Rata dan Brinchang dijangka akan memberi impak kepada persekitaran kerana kedudukannya di atas tanah bukit yang telah diteres.

Pembukaan Kawasan Pertanian

Keupayaan Cameron Highlands sebagai kawasan pengeluaran hasil pertanian tanah tinggi utama tetap kekal walaupun dilanda kawasan pertanian yang terhad. Sektor ini merupakan sektor yang paling penting untuk menjana ekonomi di Cameron Highlands terutama dengan pembukaan ladang pertanian (sayur dan bunga). Peningkatan hasil pertanian yang lebih intensif serta pembukaan kawasan baru di Lojing akan memberi manfaat yang besar kepada ekonomi kawasan ini. Aktiviti pertanian ini merupakan satu produk utama perlancongan agro walaupun secara keseluruhannya potensi tanah untuk pembangunan pertanian adalah kecil, iaitu sekitar 7.7 peratus kerana kedudukannya 900 meter dari paras taut amat sesuai untuk kekal sebagai kawasan hutan.

Pembukaan kebun sayur dan bunga secara giat dikatakan punca utama kepada impak alam sekitar di Cameron Highlands. Dianggarkan sebanyak 51 peratus kawasan pertanian dibuka untuk penanaman sayur, 39 peratus untuk tanaman teh dan sembilan peratus untuk tanaman bunga. Kawasan yang dibuka ini ditolak tanahnya ke bawah cerun yang kemudiannya memasuki sistem saliran menyebabkan pencemaran air. Namun begitu sektor ini amat penting kerana hasil daripada penanaman 25 jenis sayur seperti kobis. kobis cina, kobis bunga, tomato, kacang manis, capcicum, lobak putih dan yang terkini daylyly (kamcam) telah memberi pendapatan sebanyak RM 43 juta/tahun dengan jumlah pengeluaran sebanyak 82,000 tan/tahun. Manakala perusahaan penanaman bunga pula memberi pulangan sebanyak RM 35 juta/tahun bagi pasaran ke Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Jepun, Terdapat pelbagai jenis bunga yang utama yang diusahakan seperti ros, kekwg, teluki, peacock, anthurium,_Statice3 liliurn dan camellia. Dianggarkan jumlah keseluruhan tanaman bunga meliputi kawasan seluas 350 hektar meliputi kawasan Kuala Terla, Lembah Bertam, Brinchang dan beberapa kawasan lain.

Kesan daripada permintaan dan pendapatan yang tinggi ini telah menyebabkan pembukaan tanah pertanian sentiasa bertambah dari setahun ke setahun. Menurut angka statistik, pembukaan tanah telah meningkat daripada 2,343 hektar pada tahun 1991 kepada 4,000 hektar pada tahun 1993 (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, 1996), Pada hakikatnya, tanah yang wajar diusahakan untuk pertanian pada tahun 1993 hanya dalam lingkungan 3,292 hektar sahaja (impak pada tahap minimun). Ini kerana, sebahagian tanah di Cameron Highlands yang sesuai dikekalkan sebagai hutan kerana berada pada paras ketinggian 1,200 hingga 1,500 meter dan amat sensitif kepada sebarang bentuk pembangunan tanah.

Page 7: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

300 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Aktiviti pertanian ini telah banyak menyumbang kepada kemerosotan sumber bekalan air, merendahkan kualiti air untuk kegunaan domestik serta sumber air tercemar dengan bahan-bahan kimia (racun perosak) di sekitar Kuala Terla, Lembah Bertam dan Brinchang.

Pembukaan Kawasan Pertanian Secara Haram

Permintaan hasil pertanian yang tinggi menyebabkan pengusaha berlumba lumba untuk meluaskan kawasan ladang mereka bagi memenuhi keperluan eksport daripada Singapura dan Taiwan. Keadaan ini mendorong mereka membuka tanah- tanah baru yang berhampiran dengan kebun/ladang asal mereka tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa. Dianggarkan tanah yang diusaha secara sah dan haram dalam kadar satu nisbah tiga, iaitu kadar satu tanah yang diluluskan dan tiga tanah yang dibuka secara haram. Pembukaan tanah secara haram seluas 25 ekar di kaki Gunung Brinchang (bersebelahan Ladang Teh Sungai Palas) untuk ditanam dengan bunga daylyly (kamcam) telah memberi kesan alam sekitar yang serius.

Pembukaan tanah yang berada di kawasan yang sensitif dari segi kecerunan ini telah menyebabkan banyak spesis hutan gunung telah terhapus sedangkan kawasan tersebut adalah kawasan hutan simpanan kekal kerajaan negeri Pahang. Pembukaan tanah secara haram ini juga menyebabkan wujudnya hakisan tanah permukaan yang giat kerana petani-petani tidak menyediakan sebarang sistem perparitan yang sempurna. Dianggarkan 80 tan tanah/ekar telah mencemari dan memasuki sistem saliran di Cameron Highlands. Keadaan ini menyebabkan loji perawatan air di Sungai Burung mengalami masalah dan telah menjejaskan bekalan air kepada penduduk di kawasan ini.

Masalah ini juga berlaku di kawasan Lembah Bertam, di mana pengusaha- pengusaha mengambil kesempatan di atas “kelonggaran” penguatkuasaan oleh pihak berwajib dalam menangani masalah ini. Walaupun pihak berkuasa tempatan memberi kelulusan tanah TOL (Lesen Menduduki Sementara) kepada pengusaha namun kebanyakan daripada mereka masih membuka tanah secara haram.

Perusahaan Teh

Perusahaan teh amat sinonim dengan Cameron Highlands kerana kawasan ini merupakan kawasan pengeluar teh utama di Malaysia. Teh menjadi tanaman yang komersial setelah diperkenalkan oleh John Archibald Ruseel pada tahun 1929 dari jenis Manipuri, Rajpur dan Darjeeling. Pada masa kini terdapat lima kawasan penanaman teh utama yang menjangkau keluasan seluas 2,600 hektar. Impak alam sekitar yang terjadi daripada perusahaan teh ini berlaku pada peringkat awal pembersihan tanah untuk diiadikan ladang melalui pembersihan hutan. Malahan penanaman pokok teh yang boleh hidup melebihi 100 tahun turut bertindak

Page 8: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

Impak Pembangunan Terhadap Alan) Sekitar di Cameron Highlands /3 0 1

sebagai tumbuhan tutup bumi yang mampu menghalang kejadian hakisan permukaan. Impak yang agak ketara pada masa kini hanyalah semasa penyemburan racun yang dilakukan dari udara menggunakan helikopter yang boleh membahayakan kesihatan manusia.

Namun begitu, apabila pokok teh sudah mencapai tempoh tidak produktif untuk dikomersialkan, kawasan ladang akan ditolak untuk dijadikan kawasan tanaman sayur seperti yang berlaku di Sungai Palas dan Kampung Raja. Keadaan ini boleh membawa kepada keterdedahan permukaan tanah yang mendorong kepada kejadian hakisan apabila langkah-langkah pengawalan tidak diambil semasa melakukan kerja-kerja peralihan dari ladang teh kepada ladang sayur.

Pembinaan Empangan Baru

Pada masa kini, Cameron Highlands mempunyai sebuah empangan sahaja yang digunakan untuk menjana kuasa hidro elektrik, iaitu Empangan Sultan Abu Bakar di Habu. Empangan ini telah mengalami masalah kekurangan kapasiti air dan menjadi semakin cetek kesan daripada kelodak dan lumpur yang dibawa oleh aliran Sungai Bertam dan bahagian hulu sehingga menyebabkan takungan air menjadi semakin cetek. Bagi mengatasi masalah ini" kerajaan Pahang dengan kerjasama daripada kerajaan Jepun telah bercadang untuk membina satu empangan baru di Lembangan Menson (Hilir Sungai Bertam) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Jepun. Dijangkakan apabila siap, empangan ini akan berupaya membekalkan sumber air yang mencukupi kerana Sungai Bertam mempunyai banyak cawangan sungai. Namun begitu di sebalik kepentingan pembinaan empangan ini tersembunyi kesan alam sekitar yang ketara ckjangka akan menenggelamkan banyak perkampungan orang asli seperti Kampung Leryar, Penggen, Kampung Kuala Boh, Pos Menson, Kampung Sungai Relong dan lima buah kampung kecil yang berhampiran yang mempunyai penduduk lebih kurang 1,135 orang. Di samping itu ia juga dijangka akan menjejaskan kapasiti dan kualiti air yang mengalir masuk ke Sungai Jelai dan seterusnya ke Sungai Pahang.

Perbincangan

Kemerosotan Sumber Air

Kualiti air sungai di Cameron Highlands didapati mula tercemar kesan daripada aktiviti pembangunan infrastruktur, penggunaan bahan kimia, racun dan baja daripada pertanian yang tidak terkawal dan berleluasa. Sungai yang teruk terjejas ialah Sungai Telom, Sungai Bertam, Sungai Ikan dan Tasik Habu. Pembukaan tanah pertanian yang kurang sistematik (tiada perangkap lumpur) telah menimbulkan kelodakan dalam air yang tinggi sehingga menyebabkan

Page 9: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

302 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

pemendapan di Tasik habu. Kualiti air tasik ini telah terjejas dengan nilai pepejal terampai sehingga 202mg/l. Nilai ini adalah Japan kali ganda daripada standard yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu pada tahap 25 mg/1 bagi air kelas satu.

Peningkatan Suhu

Secara keseluruhan, min suhu tahunan di Cameron Highlands semakin meningkat dari setahun ke setahun terutama pada dekad 1990-an. Peningkatan suhu ini dikaitkan dengan aktiviti penebangan hutan bagi dijadikan kawasan pertanian di Lembangan Bertam. Peranan pokok sebagai agen penyederhanaan suhu dan “penstabilan iklim” telah berkurangan. Dianggarkan bagi setiap pokok hutan ia mampu menampung 400 liter air bagi satu-satu masa. Hasil pemerhatian mendapati penduduk di kawasan ini ada yang menggunakan payung pada waktu siang dan banyak premis perniagaan yang memasang kipas ekoran peningkatan suhu. Hasil kaji selidik mendapati 77.6 peratus responden berpendirian bahawa Cameron Highlands tidak lagi sejuk berbanding dengan tahun 1970-an dan 1980- an khususnya di Ringlet dan Tanah Rata.

Gangguan Terhadap Petempatan Orang Asli

Kerancakan pembangunan yang dijalankan di Cameron Highlands telah merubah persekitaran sejadi termasuk menggangu kehidupan manusia khususnya petempatan orang asli. Pembangunan telah melibatkan penarahan bukit dan pembersihan hutan yang mengganggu dan memusnahkan banyak elemen dalam persekitaran. Kehidupan orang asli juga turut terjejas kerana kawasan hutan yang menjadi hasil pendapatan mereka telah diteroka umpamanya pekerjaan mencari rotan hanya dilakukan setahun sdkali berbanding sebelum ini. Malahan sungai- sungai di kawasan petempatan orang asli ini juga menjadi cetek dan tercemar dengan kelodak dan racun perosak yang menyebabkan spesis akuatik semakin berkurangan. Malahan penduduk di Lembah Menson mengatakan sungai-sungai di kawasan ini menjadi semakin cetek dan dianggarkan kedalaman sungai telah menurun dari enam kaki kepada satu kaki sahaja berbanding sepuluh tahun yang lalu.

Pusat Pelupusan Sampah yang Kurang Strategik

Pelupusan sampah sarap yang tidak sistematik akan menimbulkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Pelupusan sampah secara terbuka akan menyebabkan masalah pencemaran udara (bau), tanah, air dan pembiakan vektor penyakit. Hasil kajian mendapat’ hanya wujud satu pusat pembuangan/pelupusan sampah d. Cameron Highlands, iaitu di Batu 34 yang berada pada kedudukan 1400 meter

Page 10: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar cli Cameron Highlands /3 0 3

dari aras laut. Tapak pelupusan ini kurang sesuai kerana ia berada di kawasan tanah tinggi serta berhampiran dengan anak Sungai Bertam, iaitu Sungai Batu Pipih. Kedudukan ini amat tidak strategik kerana kedudukan di kawasan “pintu masuk” sebelum sampai ke Cameron Highlands memaksa setiap pengunjung menghidu bau sampah dari kawasan ini terlebih dahulu sebelum sampai ke Ringlet. Sampah sarap banyak terdapat di kawasan sungai kerana pihak yang menguruskan sampah sarap telah mengambil “jalan mudah” dengan menolak sampah ke bawah cerun di kawasan sungai dan memburukkan lagi keadaan di kawasan ini. Apabila hujan lebat, air larian sungai akan membawa sampah sarap lalu menyebabkan sungai menjadi kotor.

Pembakaran sampah secara semulajadi juga berlaku kerana tiada saluran pelepasan gas yang disediakan di tapak pelupusan ini oleh pihak yang bertanggungjawab. Pencemaran bau daripada kawasan ini turut dialami oleh penduduk di Habu yang berada di kedudukan yang lebih rendah terutama apabila tiupan angin datang dari kawasan tersebut.

Hakisan dan Tanah Runtuh

Pembukaan tanah secara haram dan aktiviti pemotongan bukit bagi sebarang aktiviti telah banyak menimbulkan masalah hakisan dan tanah runtuh. Tanah runtuh yang berlaku di Ladang Sungai Palas telah melibatkan kemalangan jiwa pada penghujung tahun 2000. Di Cameron Highlands sahaja didapati terdapat lebih kurang 200 kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan. Hampir 83 peratus responden menjelaskan hakisan tanah kerap berlaku di Cameron Highlands terutama di Lembangan Bertam.

Data yang diperolehi menunjukkan antara tahun 1950 hingga 1990 sebanyak 10 hingga 34 peratus kawasan Tadahan Telom dan 28 hingga 36 peratus kawasan Tadahan Bertam diusahakan dengan kegiatan pertanian. Kesan daripada aktiviti ini menyebabkan peningkatan mendapan daripada 93m3.km2. tahun kepada 1092m’.knr.tahun pada tahun 1990 (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,1996). Pemendapan ini telah mengakibatkan Tasik Habu kehilangan keupayaan untuk menampung air sebanyak 31 peratus.

Dijangka luahan dan penghasilan endapan ini akan menjadi lebih teruk apa­bila hujan turun. Berdasarkan kadar hakisan antara musim hujan dan musim ker- ing menunjukkan peningkatan antara 5 hingga 15 kali manakala peningkatan keterhakisan daripada kawasan hutan ke kawasan terdedah pula adalah antara 1 hingga 1.5 kali. Sungai Bertam pula dianggarkan berlaku peningkatan penghasilan endapan antara 300 hingga 1,250 tan.knr.hari dan Sungai Tringkap pula antara 3800 hingga 17,100 tan.knr.hari. Kadar hakisan tanah di Cameron Highlands amat serius dan telah 13 kali ganda melebihi had kawalan bagi kawasan Tropika iaitu 250 hingga 1,250 tan.krn2, hari (Lai, 1984). Kebanyakan jalan raya utama yang inenuju ke Cameron Highlands pula mempunyai nilai

Page 11: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

304 / Menanggapi Keberkesanan clan Perubahan

purata intensiti hakisan yang tinggi, iaitu sebanyak 1.29, manakala bagi segmen antara Brinchang ke Tringkap nilai intensiti berada pada tahap 3.0 (Roslan dan Tew, 1996). Ini menunjukkan jalan raya yang berada di kawasan ini amat mudah berlaku tanah runtuh kerana kegagalan cerun apabila kerja-kerja pemotongan bukit tidak dijalankan dengan sempurna.

Berdasarkan tinjauan daripada kaji selidik, didapati kebanyakan responden menjelaskan bahawa Cameron Highlands menerima pelbagai impak alam sekitar ekoran daripada kegiatan pembangunan tanah yang ketara pada dekad 1990-an. Antara masalah utama ialah kejadian tanah runtuh, hakisan tanah, penghasilan kelodak, pencemaran air dan bekalan air yang tidak mencukupi.

Pentafsiran dan Cadangan

Langkah Pemuliharaan, Pemeliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar di Cameron Highlands

Kemusnahan alam sekitar yang serius di Cameron Highlands perlu dibendung bagi menjamin keunikan dan keindahan kawasan tanah tinggi ini. Langkah- langkah pengurusan alam sekitar perlu diamalkan bagi tujuan membendung impak yang berterusan daripada pembangunan yang telah dan sedang dilakukan.

Penswastaan Bahagian Kutipan Sampah

Pada peringkat awalnya, pihak Majlis Daerah telah menjalankan operasi bagi tujuan pembersihan dan pengutipan sampah di kawasan ini. Namun kesan daripada masalah untuk meningkatkan lagi mutu pembersihan dan pengutipan sampah sarap maka perkhidmatan ini telah diswastakan kepada Alam Flora Sdn. Bhd. Sejak tahun 1999. Alam Flora Sdn. Bhd telah diberi kontrak bagi menguruskan perkhidmatan pelupusan sisa pepejal dan sampah sarap. Namun begitu, kuasa ke atas segala bentuk pelupusan di tapak pelupusan sampah di Batu 34 masih di bawah kawalan Majlis Daerah sehingga akhir September 2001. Alam Flora menjalankan kerja pengutipan sampah sebanyak dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa manakala bagi kawasan pekan dan pasar dilakukan setiap hari termasuklah kawasan Kampung Raja. Bagi tujuan menjaga alam sekitar Alam Flora Sdn. Bhd telah menjalankan kempen kitar semula dua hari dalam seminggu. Di samping itu syarikat ini juga membuat perjanjian dengan pihak sekolah bagi setiap akhbar dan tin yang dijual akan ditukar dengan komputer apabila nilainya menyamai harga komputer. Malahan Alam Flora turut melaksanakan peraturan-peraturan yang diarahkan oleh Majlis Daerah dari semasa ke semasa bagi memastikan Cameron Highlands sentiasa berada dalam persekitaran yang bersih.

Page 12: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands / 305

Menghentikan Projek Pembangunan yang Berisiko

Kemusnahan alam sekitar di Cameron Highlands amat serius ekoran pembukaan tanah untuk pertanian dan pembangunan infrastruktur yang dijalankan tanpa mengambil kira kesan yang akan berlaku. Oleh itu kerajaan Pahang dan kabinet telah mengeluarkan arahan untuk menamatkan projek-projek pembangunan yang berisiko tinggi. Antara projek yang berisiko tinggi yang boleh mengancam alam sekitar yang perlu dihentikan dengan segera ialah pembukaan tanah haram untuk pertanian, penebangan hutan dan pemotongan bukit. Pada masa ini, pihak berkuasa mengambil langkah-langkah seperti berikut bagi mengurangkan masalah alam sekitar iaitu:

a. Mengenai pasti punca-punca pencemaran pada peringkat sumber dan seterusnya mencegah keadaan tersebut daripada berleluasa.

b. Melakukan pemonitoran terhadap aktiviti-aktiviti yang dijangka boleh menjejaskan alam sekitar.

c. Penguatkuasaan undang-undang secara menyeluruh kepada individu atau syarikat untuk mereka mengikuti peraturan-peraturan alam sekitar semasa menjalankan aktiviti pembangunan.

Mewartakan Kawasan Hutan Simpan Baru

Jabatan Perhutanan Cameron Highlands telah mewartakan beberapa kawasan baru sebagai hutan simpan pada tahun 1997 bagi memastikan tiada gangguan terhadap spesis yang bernilai ini. Spesis-spesis tumbuhan yang terdapat di Cameron Highlands merupakan jenis spesis hutan tanah tinggi (1000 meter ke atas). Antara spesis yang bernilai ialah Geruk (yang terdapat hanya di Cameron Highlands, Genting Highlands dan Bukit Fraser), Bintangor, Nyatoh, Medang (Medang Kemangi dan Medang Serai), Kelat, Perah, Mempening, Berangan, Pedo Bukit, Mata Ulat, Mahang, Meranti Bukit (yang terdapat di sempadan Cameron Highlands-Gua Musang), Merbau (Kampung Tiat, Menson) dan Mersawa. Bagi tujuan pemuliharaan pula, Jabatan Perhutanan Cameron Highlands telah menanam sepuluh pokok Raksamala (sejenis pokok yang benihnya diperolehi dari India) di kawasan Hutan Simpan Mentigi bagi percubaan untuk mewujudkan kawasan hutan yang baru. Bagi meningkatkan lagi hutan simpan baru beberapa kawasan hutan telah diwartakan sebagai hutan simpan tambahan, iaitu Hutan Simpan Kekal Batu Gangan (481.50 hektar), Hutan Simpan Kekal Mentigi (192.70 hektar), Hutan Simpan Kekal Ulu Lemoi (1625.00 hektar) dan Hutan Simpan Kekal Sg Kial (112.60 hektar) (Jabatan Perhutanan,1997).

Page 13: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

306 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Pemantauan Oleh Jabatan Alam Sekitar

Ekoran pendedahan kemusnahan hutan pembukaan kawasan pertanian secara haram yang berleluasa di Cameron Highlands, Jabatan Alam Sekitar telah membuka satu cawangan di kawasan ini. Dua orang penolong pegawai kawalan telah ditempatkan bagi memantau kesan-kesan alam sekitar yang berlaku di kawasan ini. Pegawai-pegawai iru bertanggungjawab bagi membuat pemantauan terhadap segala aspek pembangunan yang berlaku di Cameron Highlands d, samping memastikan pengusaha mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 terutama yang menyentuh tentang pembangunan di kawasan tanah tinggi. Malahan, pihak Jabatan Alam Sekitar juga bekerjasama dengan pihak polis bagi memantau individu yang menceroboh kawasan tanah tinggi dengan sesuka hati.

Peranan Badan Bukan Kerajaan

Kewujudan penubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) pada tahun 2000, iaitu ‘Reach’ pada yang terdiri daripada beberapa orang individu di Cameron Highlands telah banyak membantu dari segi membuat pemantauan dan melakukan aduan kepada pihak-pihak berwajib terhadap aktiviti-aktiviti yang menjejaskan kualiti alam sekitar di Cameron Highlands.

Meningkatkan Kapasiti Bekalan Air

Pada masa kini, kapasiti penggunaan air di Cameron Highlands ialah sebanyak 1.5 juta gelen/hari yang diperolehi melalui tadahan Bertam dan Telom. Memandangkan penduduk Cameron Highlands semakin meningkat, kerajaan Pahang telah menyarankan beberapa program untuk meningkatkan keupayaan bekalan air ini menjads 7.7 juta gelen/hari. Antara program yang dilakukan ialah:

1. Pembinaan loji rawatan baru di Sungai Ulong dan Habu untuk meningkatkan kapasiti tambahan sebanyak dua juta gelen/hari untuk bekalan di Ringlet.

2. Menaik taraf loji di Sungai Terla bagi menyediakan kapasiti tambahan 4 juta gelen/hari ke kawasan Tanah Rata dan Ulu Telom.

3. Penambahan beberapa mtak reservoir dan stesen boostre di beberapa kawasan yang dikenal pasti bagi mengatasi masalah jangka pendek.

Panduan Penggunaan Racun Serangga dan Baja

Penggunaan racun dan baja mempunyai kaitan yang rapat dengan produktivit; sesuatu aktiviti pertanian. Penggunaan kedua-dua bahan mi akan menyuburkan

Page 14: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands / 307

lagi hasil pertanian dan menyebabkan hasil cepat diperolehi. Namun begitu, penggunaan racun dan baja secara berlebihan dikhuatiri akan memudaratkan

, manusia kerana petani-petani di Cameron Highlands lebih melihat keuntungan semata-mata tanpa memikirkan risiko kepada pengguna. Kebanyakan petani menggunakan ubat penyubur yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi supaya tempoh matang sayur-sayuran dan buah-buahan dapat dipercepatkan dalam kuantiti yang banyak. Malahan terdapat petani-petani di Cameron Highlands yang menggunakan racun serangga yang dilarang oleh pihak kerajaan yang mempunyai kadar bahan kimia yang tinggi seperti racun “cap tengkorak” yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Sehubungan >tu, Jabatan Pertanian seharusnya membuat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap penggunaan racun dan baja yang diluluskan dan dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Panduan penggunaan racun serangga dan baja perlu dipergiatkan kerana kebanyakan petani mempunyai pengetahuan yang agak terhad dalam hal ini dan berpendidikan rendah. Melalui pemantauan dan panduan ini diharap dapat memastikan aliran air buangan dari kebun bebas daripada bahan kimia sebelum dialirkan ke sistem saliran Cameron Highlands,

Penetapan Garis Panduan kepada Petani

Kebanyakan petani menjalankan aktiviti pertanian tanpa memikirkan kesan yang buruk seperti hakisan dan tanah runtuh serta kelodak yang memenuhi sistem saliran. Antara langkah yang perlu diperkenalkan kepada pengusaha ialah:

a. Menaman tanaman penutup bumi seperti kekacang bagi tujuan mencegah hakisan terutama pada musim hujan terutama di kawasan yang baru diteroka.

b. Membuat sungkupan bagi menutup permukaan tanah dan mengukuhkan batas-batas tanaman di samping mengelak hakisan, mengekalkan nutrien dan mengelakkan tanah runtuh.

c. Menanam rumput di tebing-tebing yang curam bagi tujuan untuk mencengkam tanah.

d. Sistem saliran yang sempurna perlu dilakukan supaya air dapat dialirkan tanpa meninggalkan hakisan kepada tanah.

e. Semasa proses menolak dan pembersihan hutan dan tanah dilakukan, tanah dilarang daripada ditolak ke lereng bukit. Tanah hendaklah dipadatkan ke kawasan pinggir supaya tidak runtuh.

f. Petani juga perlu melakukan ‘top soil’ untuk aktiviti pertanian tanpa memerlukan pemotongan ke atas permukaan tanah. Melalui kaedah ini akan mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia untuk kesuburan dan boleh menyuburkan tanaman kerana ia mengandungi banyak humus.

Page 15: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

308 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Penubuhan Unit Kawalan

Kerjasama bersepadu antara agensi yang diwujudkan boleh memainkan peranan utama dengan menubuhkan unit-unit kawalan yang terdiri daripada ahli-ahli pelbagai agensi. Penubuhan unit kawalan ini bagi tujuan memantau segala aspek perancangan dan pembangunan di Cameron Highlands yang meliputi unit kawalan hakisan, unit kawalan pelupusan sisa pepejal, unit kawalan penerokaan tanah tinggi dan unit kawalan perancangan pembangunan bandar.

Penubuhan unit kawalan ini boleh menyokong pihak Majlis Daerah bagi mengatasi sikap individu yang menceroboh tanah secara sesuka hati. Malahan tindakan ini haruslah dijalankan secara berterusan dan penuh bijaksana.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, tidak dinafikan pembangunan di Cameron Highlands perlu dilakukan demi kepentingan ekonomi negara kerana ia memberi pulangan yang besar, hasil eksport hasil-hasil pertanian dan sektor pelancongan. Namun begitu, perhatian yang serius perlu diberikan agar segala bentuk pembangunan yang dirancang dan dilakukan seharusnya dilandasi dengan perancangan yang telit kerana sifat bentuk muka bumi di kawasan ini amat sensitif dengan sebarang bentuk gangguan. Setiap individu di kawasan ini perlu bertanggungjawab dan peka terhadap aktiviti yang dilakukan. Dalam mengejar arus pembangunan dan pemodenan, manusia tidak harus lupa pada risiko yang bakal mcnimpa yang datang dari alam sekitar itu sendiri. Eksploitasi yang dilakukan terhadap alam fizikal seharusnya berpandukan kepada ciri-ciri keseimbangan. Sedikit gangguan yang berlaku pada salah satu komponen sistem tersebut akan menjejaskan juga komponen-komponen alam sekitar yang lain.

Walaupun di negara kita telah wujud 45 buah perundangan yang berkaitan, namun ia tidak begitu berkesan dalam menjaga alam sekitar kerana sebahagian besar adalah berbentuk sektoral. Daripada 45 buah perundangan tersebut lebih kurang 22 buah perundangan berkait rapat dengan pembangunan tanah tinggi. Dalam hal ini, pelbagai pihak perlu bertindak bijak seperti “menarik rambut di dalam tepung, tepung tidak berselerak dan rambut tidak putus”. Pembangunan d: Cameron Highlands harus diteruskan tetapi impak terhadap alam sekitarnya perlu diawasi dan dipantau pada setiap masa.

Page 16: Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands / 309

Rujukan

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, 2001. Cameron Highlands. Peta Petempatan Orang Asli.

Jabatan Kaji Cuaca Malaysia, 1984-2000. Cameron Highlands: Rekod Min Suhu 24 jam.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, 1996. Rancangan Struktur Cameron Highlands dan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan Cameron Highlands 1995-2020.

Jabatan Perhutanan Cameron Highlands, 1997. Perxvartaan Baru W.K PHG.

Lai, R., 1984. Soil Erosion From Tropical Arable Lands and Its Control. Advance in Agronomy, 37: 183-248.

Noorazuan Md Hashim, 2000. Pembangunan Ekosistem Tanah Tinggi: Isu dan Pengurusannya di Malaysia. Dim. Jamaluddin Md. Jahi (pynt). Pengurusan Persekitaran di M alaysia: Isu dan Cabaran, him 48-71. Pusat Pengajian Siswazah. Bangi: UKM.

Roslan Zainal and Tew Kia Hui, 1996. Erosion Intensity Study on Highland Resort Areas in Peninsular Malaysia. Seminar on “The M anagement and Conservation o f Highland Areas in M alaysia” Organised by Institute of Environmental Studies, UTM and WWF, Malaysia. 16 January.