Upload
chiyikomoshi
View
155
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan
kemahiran emosi yang matang. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting
dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada
pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan
dalam pembelajaran mereka.
Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan
menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.
Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat
berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi,
keperluan dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran
sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni.
[Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007]
Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif,
mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat
menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.
Apabila dikatakan kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi yang
memberangsangkan, ini bermakna mereka mempunyai sesuatu perasaan sebagai
reaksi bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat dengan cemerlang.
Walau bagaimanapun, sosioemosi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam
bentuk yang keterlaluan tidak baik dipandang oleh masyarakat. Ini bermakna,
kanak-kanak seharusnya mempelajari bagaimana menyesuaikan bentuk sosioemosi
mereka dalam masyarakat.
1.1 Sosioemosi
Banyak takrifan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh terkemuka untuk
mentakrifkan perkataan sosioemosi. Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua
perkataan iaitu sosial dan emosi.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud segala hal yang
berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi
Ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat,
perihal masyarakat dan kemasyarakatan.
Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar
berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat
dan budayanya. Menurut Rohani Abdullah, proses ini melibatkan cara berfikir
tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan sosial kanak-
kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan
kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman
kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan
kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).
Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang
membawa maksud “untuk keluar”. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif
yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna
kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan
yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.
Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan,
gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi datang dalam
berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap
emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif
seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih,
kecewa dan lain-lain.
Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu
proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.
1.2 Perkembangan Sosioemosi
Perkembangan Sosioemosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan
kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid
belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri
dalam kehidupan bermasyarakat. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat,
sangat penting dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi
pembelajaran murid.
Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan
menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.
Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami keperluan,
emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam
kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni.
Komponen perkembangan sosioemosi memberi penekanan kepada
kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh
dengan pelbagai cabaran. Oleh itu, komponen ini perlu disepadukan melalui aktiviti
pembelajaran komponen lain.
1.2.1 Teori-teori Perkembangan Sosioemosi
Banyak teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan dengan
perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
pernah menyatakan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan tentang;
Kesedaran dan pengurusan kendiri,
Pencapaian emosi yang positif,
Kesedaran tentang keperluan, perasaan dan pandangan orang lain,
Pembinaan kemahiran sosial, dan
Pembinaan keyakinan menghadapi cabaran kehidupan harian.
Bandura pula menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga
diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah
laku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas yang
tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya
bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh
masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah
dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.
Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan
individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti
seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Di
dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan
psikososial. Setiap peringkat saling berkait rapat antara satu sama lain.
Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis
perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat
mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat
atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej
kendiri seseorang individu.
Peringkat-peringkat yang terlibat untuk kanak-kanak yang berusia 2 - 6 tahun
ialah:
Autonomi lawan keraguan (1 hingga 3 tahun)
Kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan
orang dewasa contohnya ingin cuba makan dan minum dengan sendiri,
membuang air, memakai kasut dan sebagainya. Kanak-kanak yang diberi
sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai
keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan
merasa ragu-ragu kepada dirinya.
Inisiatif lawan rasa berasa bersalah (4 hingga 6 tahun)
Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran
baru. Mereka suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yang berlaku.
Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak.
Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada dirinya.
1.3 Bermain
“Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi
memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan
bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak.
Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan
pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.”
[Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003]
Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang
dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain
membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang
sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak
dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.
Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk
kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ‘bermain sambil
belajar’. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu
aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang
menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.
John Dewey (1852 – 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip
belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap
kanak-kanak.
1.3.1 Kategori Main
Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari segi aspek sosial. Beliau
mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-
kanak menerusi main. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai
sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan
rujukan. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut:
Perlakuan tidak menentu (unoccupied behaviour) – kanak-kanak bergerak di
dalam kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak
bermain;
Main sendirian (solitary play) – kanak-kanak bermain sendirian, tidak
melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya;
Main pemerhatian (onlooker play) – kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-
kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan;
Main selari (parallel play) – kanak-kanak bermain permainan yang sama tetapi
tidak bermain bersama-sama dan tidak berkongsi alat permainan yang sama;
Main asosiatif (associative play) – kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-
kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam
aktiviti main; dan
Main koperatif (cooperative play) – kanak-kanak ini bermain dalam bentuk
sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.
Jean Piaget menyarankan bahawa pembelajaran bermakna memerlukan
masa ‘untuk memainkannya’ dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai
alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti
main untuk mencapai matlamatnya.
2.1 Kegunaan permainan tersebut dari segi sosioemosi dan juga kognitif
kanak-kanak
Secara umumnya, belajar melalui bermain dapat menyumbang kepada pelbagai
aspek perkembangan seperti daya kreatif, fizikal, bahasa, sosioemosi dan moral.
Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat merasai pengalaman jual beli yang
biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak akan mendapat
pengetahuan baru mengenai cara penggunaan wang, nilai wang, dan urusan jual
beli di pasar atau pun pasar raya.
Berikut adalah kegunaan permainan ini dari segi sosioemosi dan juga kognitif
kanak-kanak;
Dari segi perkembangan sosioemosi kanak-kanak,
(a) Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial.
Contohnya dalam permainan ini, kanak-kanak belajar untuk berurus niaga
dengan rakan-rakannya dalam permainan yang berkonsepkan main peranan.
Untuk bermain dengan jayanya, kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan
rakan-rakannya dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa
yang cuba disampaikan oleh mereka kepadanya. Komunikasi ini melibatkan
aktiviti bertutur dan bersoal jawab yang secara tidak langsung dapat
merangsang perkembangan komunikasi dan bahasa kanak-kanak.
Mereka juga bersama-sama dengan ahli kumpulan mereka berkolaborasi
untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan nilai wang dan
urusan membeli barangan. Contohnya, apabila mereka tidak mempunyai
wang yang mencukupi untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan,
mereka bersama-sama berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.
Mungkin mereka akan mengambil keputusan untuk membeli barangan yang
lebih murah harganya atau pun melakukan tawar-menawar dengan pihak
penjual.
Dalam permainan ini, kumpulan kanak-kanak ini dengan sendiri mereka
melantik ketua bagi kumpulan mereka. Apabila permainan berlangsung,
masing-masing menjalankan peranan masing-masing dengan memainkan
watak sebagai penjual dan pembeli.
(d) Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.
Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur apabila melakukan
urusan jual beli dengan ahli kumpulan mereka. Perkara ini berlaku apabila
mereka perlu berkongsi wang yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu
barangan yang hendak dibeli. Oleh itu, setiap kanak-kanak perlu bertolak
ansur untuk mengeluarkan wang masing-masing untuk mendapatkan
barangan yang telah dipersetujui.
(e) Kanak-kanak belajar untuk berjimat cermat dan nasihat menasihati.
Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat
menggunakan wang yang ada tanpa sebarang pembaziran berlaku. Kanak-
kanak akan menggunakan wang yang diperolehi dengan sebaik-baiknya.
Setiap ahli kumpulan akan memberi nasihat dan mengingatkan rakan-rakan
sekumpulannya untuk berjimat cermat dalam penggunaan wang.
Dari segi perkembangan kognitif kanak-kanak pula, Piaget pernah menyatakan
bahawa bermain memberi kesan ke atas perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia
terbukti mempunyai perkaitan dengan proses pembinaan pengetahuan melalui
interaksi dan persekitarannya. Kegunaan permainan ini dari segi perkembangan
kognitif kanak-kanak adalah;
(a) Membantu kanak-kanak dalam perkembangan intelek.
Secara tidak langsung permainan ini membantu kanak-kanak dalam
perkembangan inteleknya seperti memahami konsep awal matematik dan
belajar memerhati situasi yang berlaku di sekelilingnya. Konsep awal
matematik yang digunakan dalam permainan ini adalah seperti konsep
seriasi, konsep nombor, operasi nombor, konsep wang dan penyelesaian
masalah.
2.2 Penilaian dan Rekod tentang Emosi Kanak-kanak Semasa Bermain
Permainan ‘Pergi Ke Pasar’
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, emosi setiap murid perlu
direkod untuk menguji keberkesanan permainan ini terhadap perkembangan emosi
kanak-kanak. Penilaian ini juga dilakukan adalah untuk;
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh,
Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid,
Membuat perancangan aktiviti yang berikutnya,
Meneliti keberkesanan aktiviti dan strategi yang digunakan semasa pengajaran
dan pembelajaran,
Menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku dalam kalangan murid atau
masalah-masalah lain yang berkaitan dengan pembelajaran,
Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa tentang perkembangan anak-anak
mereka,
Menghargai hasil kerja murid, dan
Membuat tindakan susulan serta merta.
Penilaian yang dibuat telah direkodkan dalam borang rekod skala kadar. Satu
salinan dibuat untuk diserahkan kepada guru Prasekolah Bestari untuk tindakan
selanjutnya.
2.2.1 Rekod Skala Kadar
Penilaian telah dibuat dengan menggunakan rekod skala kadar untuk melihat
keberkesanan permainan ini terhadap perkembangan emosi kanak-kanak. Rekod
skala kadar secara umumnya digunakan untuk merekod tingkahlaku murid-murid
yang diperhatikan serta tahap pencapaian mereka. Penilaian terhadap kemahiran
atau amalan dibuat berdasarkan skala tertentu. Skala yang digunakan boleh
dinyatakan secara angka atau gred. Contohnya:
A – Cemerlang
B – Baik
C – Sederhana
D – Perlu bimbingan
Guru perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam merancang skala
kadar iaitu tajuk, kemahiran yang hendak dinilai atau petunjuk tingkah laku dan
aktiviti yang dinyatakan dengan jelas. Borang skala kadar ini boleh digunakan bagi
menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas. Pemerhatian hendaklah
dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat yang tepat.
Contoh borang rekod skala kadar adalah seperti di muka surat seterusnya
dan diikuti dengan rekod yang telah dibuat semasa permainan dijalankan ketika
dalam pengajaran pada 4 September lalu.