Upload
araizzs-othman
View
1.117
Download
20
Embed Size (px)
Citation preview
1
Implikasi Segregasi Terhadap Perpaduan Kaum Di Malaysia
Noraida Binti Asri
Abstrak
Jika hari ini dilihat perpaduan dan pencapaian negara Malaysia pesat membangun, pasti kita
bangga dan tanpa disedari kita lupa dan alpa disebalik tragedi yang berlaku ke atas negara
suatu masa lalu. Transformasi berlaku mengikut peredaran zaman dan zaman itu juga
melalaikan generasi memahami erti kata perpaduan itu sendiri. Untuk itu, segregasi secara
tidak langsung sedikit sebanyak telah menjadi satu halangan sempadan dalam
pembentukkan perpaduan dan integrasi di Malaysia. Bingkisan di sebalik poni – poni
penjajah British yang bertapak di negara sebenarnya antara pencetus berlakunya
pengasingan etnik mengikut kumpulan masing- masing sehingga membawa kepada
implikasi terhadap perpaduan kaum di Malaysia.
Kata kunci : perpaduan dan integrasi, akomodasi, akulturasi, amalgamasi, asimilasi,
Segregasi
1.0 Pengenalan
Segregasi dan integrasi merupakan dua konsep yang berbeza. Dalam konteks
Malaysia, segregasi perlu dielakkan, sebaliknya perlu berusaha untuk memupuk integrasi
dalam kalangan rakyat khususnya rakyat Malaysia. Segregasi berlaku adalah implikasi
daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British berdasarkan
kegiatan ekonomi mengikut sesebuah etnik di Tanah Melayu pada masa dahulu.
Sehubungan dengan itu, integrasi antara kaum pula memerlukan usaha dan
sokongan daripada semua pihak sama ada secara ‘ top – down ‘ atau pun ‘ bottom – up’
dalam merealisasikan negara menjelang tahun 2020 yang bakal menjelma tidak kurang
enam tahun dari sekarang. Integrasi hanya terjelma apabila rakyat yang terdiri daripada
2
pelbagai etnik itu sudah bersiap sedia menerapkan unsur- unsur akomodasi, akulturasi
dan sehingga membawa ke peringkat asimilasi dalam kalangan mereka bagi
mengeratkan silaturahim antara mereka untuk membentuk satu rumpun dan satu
bumbung bagi melahirkan perpaduan tanpa perbezaan.
2.0 Konsep Segregasi dan Integrasi
Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara sebuah kumpulan
etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Sebaliknya, segregasi
juga merujuk kepada proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial
tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial lain seterusnya
menyebabkan interaksi yang sedikit atau tiada interaksi antara mereka ( Marshall, 1994 ).
Segregasi boleh berlaku dalam masyarakat melalui ( i ) pengasingan tempat tinggal, ( ii )
pengasingan pekerjaan, ( iii ) pengasingan sistem persekolahan dan pendidikan, ( iv )
perbezaan kepercayaan dan agama, ( v ) fahaman politik yang berbeza dan ( vi )
penggunaan akhbar yang berbeza.( Ahmad Ali Seman dan Warti Kimi, 2014:3 ).
Terdapat dua jenis segregasi antaranya adalah, Segregasi Rela dan Segregasi
Tidak Rela. Segregasi Rela merujuk kepada keadaan golongan manusia yang
memencilkan diri dengan tujuan menentang asimilasi. Contohnya, seseorang individu
tidak mahu dirinya terikat dengan sesuatu adat resam dalam budayanya dan tidak mahu
dikatakan kolot oleh segelintir masyarakat dan akhirnya menentang asimilasi serta
berubah menjadi seorang yang moden dan secara tidak langsung telah tersasar dari titik
garisan budaya yang selama ini diagung- agungkan. ( Zaid Ahmad, 2013).
Malahan, bagi Segregasi Tidak rela pula, timbul kerana paksaan daripada pihak yang
berkuasa. Contohnya, Dasar Apartheid yang pernah dilaksanakan di negara Afrika
Selatan dari tahun 1948 sehingga tahun 1994. Tujuan dasar tersebut adalah untuk
mengekalkan ketuanan orang Putih dan seterusnya memisahkan orang kulit Hitam
daripada masyarakat kulit Putih. Melalui undang- undang ras tersebut, kumpulan minoriti
iaitu orang kulit Hitam telah dipisahkan dan didikriminasikan dari pelbagai aspek sosial
seperti, pendidikan, perkahwinan, perubatan, perumahan dan pelbagai perkhidmatan
awam. ( Zaid Ahmad, 2013). Sebaliknya, segregrasi ‘ de jure’ merujuk kepada jenis
segregrasi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Segregrasi jenis ini memaksa pengasingan
atau pemisahan yang ketat ke atas individu atau kumpulan manusia dengan
perlaksanaan undang- undang. (Zaid Ahmad, 2013).
3
Sebelum negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah pun
melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah perintah yang telah menjajah dan bertapak
di Tanah Melayu ( Malaysia ) pada era kolonial pada suatu masa dahulu hampir lebih
kurang selama 170 tahun. Pengalaman yang dirasai oleh negara Afrika Selatan oleh
golongan orang kulit Hitam telaah dirasai dan diselami oleh rakyat negara Malaysia.
Sungguh pun terdapat perbezaan yang nyata antara kedua- dua buah negara, namun
terdapat sebuah bingkisan pengajaran terukir kepada rakyat tentang implikasi negatif
pada amalan segregasi tersebut. ( http://notactu553.blogspot.com/2012/11/tajuk-07.html ).
Menurut Ting ( 1987 ), integrasi adalah satu proses yang amat kompleks dalam
tahap- tahap hubungan etnik dan boleh dilihat dari drjah kedekatan bermula dengan
hubungan yang terpisah sehinggalah mencapai tahap hubungan yang sebati
( amalgamasi ). Hubungan yang rapat antara wilayah yang terpisah dapat mewujudkan
integrasi dalm bidang politik dan nilai, seterusnya mampu mengurangkan konflik,
mengutamakan persefahaman dan mewujudkan perasaan harmonis. ( Ting Chew Peh,
1987 ). Sehubungan dengan itu, perpaduan dapat dipupuk melalui integrasi antara
sesebuah etnik dengan etnik yang lain.
3.0 Proses Perpaduan dan Integrasi
Dalam memperkatakan tentang perpaduan bagi membentuk satu bangsa Malaysia
yang berbilang kaum di bawah satu bumbung yang sama, empat proses integrasi banyak
memainkan peranan penting antaranya adalah, Amalgamasi, Asimilasi, Akulturasi dan
Akomodasi. ( Syamsul Amri Baharuddin 2008 ), konsep Amalgasi ( Amalgamation ),
merujuk proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini,
semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan
campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa
yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. ( Syamsul Amri Baharuddin 2008 ).
Menurut Gordon ( 1964 ), Asimilasi ( Asimilation ) merupakan satu proses apabila
kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan dominan
dari segi kebudayaan dan sosial. Asimilasi juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu,
Asimilasi Budaya dan Asimilasi Struktur. Asimilasi budaya ( cultural assimilation ) ialah
satu proses apabila kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat misalnya,
bahasa, pakaian dan adat resam untuk diamalkan dalam kehidupan seharian masyarakat
manakala, Asimilasi Struktur ( structural assimilation ) pula ialah satu proses apabila
anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam
4
masyarakat dominan. Malahan, integrasi juga berkemungkinan melibatkan akulturasi
(acculturation ), iaitu satu proses yang melibatkan perubahan kebudayaan dan pinjam-
meminjam unsur kebudayaan akibat perhubungan antara dua kumpulan manusia yang
berlainan tradisi. Proses ini amat penting untuk mencapai integrasi. Ahli masyarakat
daripada pelbagai kumpulan etnik perlu berkongsi pola kebudayaan, contohnya bahasa
yang sama supaya interaksi dan perhubungan sosial mereka tidak diganggu oleh
perbezaan dan sempadan kumpulan. Bukan itu sahaja malahan proses akomodasi juga
tidak kurang hebatnya dalam proses membentuk integrasi. Akomodasi dikenali sebagai
satu proses yang melibatkan beberapa kumpulan etnik yang menyedari bahawa mereka
adalah berbeza, namun masih menghormati norma dan nilai kolektif antara satu sama
lain. Contoh konsep adalah kongsi raya atau jenis pakaian antara kaum tertentu. ( Ahmad
Ali Seman Dan Warti Kimi 2014 ).
4.0 Faktor berlakunya Segregrasi dan Implikasi Segregrasi
Kita telah sedia maklum bahawa, segregrasi membawa kepada pengasingan dan
perpisahan antara kaum sejak zaman kolonial semasa penjajahan British lagi. Hal itu
menyebabkan Malaysia sinonim dengan segregrasi itu sendiri dan sehingga ke hari ini
jika dilihat di Malaysia segelintirnya masih berlakunya segregrasi. Natijahnya, perpaduan
antara kaum agak janggal dan masih berlakunya pengasingan dari pelbagai aspek.
Antara faktor yang menyebabkan berlakunya segregasi di negara Malaysia adalah,
tempat tinggal, pekerjaan, pendidikan, ekonomi dan akhbar yang terdapat di dalam
negara kita dan secara tidak langsung ia memberi impak atau implikasi terhadap
segregrasi antara kaum.
Pertama antara faktornya adalah pengasingan tempat tinggal. Sejarah telah
membuktikan pada tahun 1920an, misalnya waktu pola pendudukan negara ini,
sebagaimana wujudnya sekarang sudah terbentuk perpisahan fisikal itu jelas ternampak.
Bilangan majoriti orang Melayu tinggal di kawasan desa atau di pinggir bandar, orang
Cina ditempatkan di kawasan bandar manakala orang India ditempatkan di kawasan
ladang- ladang getah atau estet. (http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-
pendidikan-kolonial-memberikan.html ).
Perpisahan itu dilihat masih wujud di kawasan bandar contohnya, terdapat beberapa
kawasan yang menjadi tumpuan satu- satu golongan etnik. Misalnya, di Kuala Lumpur,
ibu negara Malaysia dimonopoli oleh orang Cina orang Cina tertumpu di kawasan Pudu,
orang India tertumpu di kawasan Brickfield dan orang Melayu tertumpu di kawasan
Kampung Baru. Perpisahan fisikal ini mewujudkan jurang di antara kaum dan
5
mencetuskan sikap prejudis dalam kalangan mereka kerana masih mempunyai perasaan
atau pandangan negatif yang menimbulkan ketidakpuasan hati antara kaum. Malahan,
jika dilihat pada waktu sekarang ini, orang Melayu kebanyakkannya masih tinggal di
kawasan desa atau perkampungan dan mengamalkan cara hidup yang sederhana yang
memiliki rumah papan dan rumah tradisional seperti rumah limas atau flet murah, orang
Cina tinggal di kawasan bandar misalnya di taman- taman atau tanah milik persendirian
yang memiliki rumah mewah seperti banglow dan orang India yang ditinggal di tengah-
tengah antara desa dan bandar misalnya di taman- taman yang memiliki rumah yang
sederhana dan agak mewah seperti semi- D. Kenapa orang Melayu dilihat hanya mampu
memiliki rumah yang agak sederhana seperti flet? Hal ini disebabkan oleh ketidak mampu
milik rumah yang mewah kerana harga semasa rumah pada masa sekarang sangat
tinggi. Jika kita lihat, jenis rumah antara ketiga- tiga kaum ini agak berbeza. Mengikut
artikel dari ( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargafletRM200_000/Article )
menunjukkan bahawa, anggaran kenaikan harga rumah sehinggaa 400 peratus
berbanding hanya di bawah RM 50,000 sekarang adalah berasas jika mengambil kira
harga jualan semula dan nilai semasa. Malahan, berdasarkan laporan, flet adalah
kategori kediaman yang mendapat permintaan tinggi dan harga sebuah rumah flet di
Petaling Jaya RM 35,000 ketika tahun 1990an, kini sudah mencecah kepada hampir RM
200,000. Hal ini berikutan kadar kenaikan harga rumah menyebabkan khususnya orang
Melayu dan orang India tidak mampu memiliki rumah yang agak mewah.
( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargafletRM200_000/Article) .
Melalui kajian tersebut, didapati berlakunya implikasi segregasi antara kaum tersebut
dan secara tidak langsung komunikasi dilihat tidak berlaku antara kaum Melayu, Cina dan
India kerana mereka hidup secara berasingan tempat tinggal. Komunikasi hanya terlahir
antara kaum tertentu sahaja contohnya orang Melayu yang tinggal di kawasan kampung
hubungan mereka akan bertambah erat kerana tertumpu diantara kaumnya sahaja dan ia
berlaku berkemungkinan mereka masih mengamalkan amalan gotong- royong dalam
membersihkan kawasan kampung atau mengamalkan amalan rewang yang dikenali
amalan kenduri – kendara masak bersama- sama. Hal ini dilihat antara kaum masih
berlaku perpisahan yang begitu ketara.
Faktor keduanya yang berlakunya segregrasi adalah dari sudut pengasingan
pekerjaan. Berbalik kepada pengasingan tempat tinggal tadi, pada zaman kolonial, dilihat
kembali orang Melayu tinggal di kawasan desa atau kampung dan bekerja sebagai petani
dan buruh biasa. Orang Cina bekerja di kawasan perlombongan bijih timah dan orang
India pula bekerja sebagai pekerja di ladang- ladang getah atau estet. Dasar pecah
perintah sedikit sebanyak membawa kepada kesan ke atas ketiga- tiga kaum sehingga
6
zaman era globalisasi kini. Pada abad ke 21 ini, kajian mendapati orang Melayu ada yang
masih mengamalkan cara hidup sebagai petani dan ada yang telah membuat
transformasi dalam meningkatkan taraf hidup dalam menceburkan diri dalam pekerjaan
sektor kerajaan seperti guru, askar, pegawai polis dan sebagainya. Orang Cina pula,
dilihat ramai kaumnya menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Antaranya membuka
kedai telefon, kedai kereta dan sebagainya bagi meneruskan perniagaan nenek moyang
mereka berabad lamanya.
Tidak kurang pula orang India pekerjaannya lebih tertumpu kepada buruh kasar
amnya dan ada juga yang menceburkan diri dalam bidang pengkeranian, kakitangan
kerajaan sebagai pembantu hospital dan ada juga dalam bidang perkhidmatan misalnya,
di Jabatan kerja Raya (JKR ) dan sebagainya. Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan
pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut :
SEKTOR
MELAYU
( % )
CINA
( % )
INDIA
( % )
LAIN-
LAIN
( %)
1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0
2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7
3. Perniagaan / Perdagangan / Pentadbiran
Awam / Pelajaran / Pertahanan dan
kemudahan awam
42.6 45.5 10.7 1.2
Statistik: Pekerjaan Mengikut Kaum 1970
Sumber:
(http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f0482567320
029f144/b9e8dd3efcb0d838482567350005a893?OpenDocument )
Mengikut statistik pekerjaan mengikut kaum di atas, dilihat, dalam sektor Pertanian
yang mencatat kadar peratusan tertinggi adalah kaum Melayu sebanyak 67.6 peratus ,
berbanding kaum Cina sebanyak 19.9 peratus, manakala kaum India sebanyak 11.5
7
peratus dan kaum lain- lain sebanyak 1.0 peratus. Dalam sektor perlombongan pula, kaum
Cina antara peratus yang paling tinggi dalam perlombongan iaitu sebanyak 58.7 peratus
berbanding kaum Melayu sebanyak 32.1 manakala kaum India 8.5 peratus dan sektor
Perniagaan, Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, pertahanan, dan Kemudahan
Awam kaum India mencatat peratusan terendah iaitu sebanyak 10.7 peratus berbanding
kaum Melayu dan Kaum Cina masing- masing sebanyak 42.6 peratus dan 45.5 peratus.
Implikasi segregrasi menadapati berlaku kepincangan dalam pembahagian pekerjaan
antara kaum dalam statistik tersebut dipercayai telah menjadi sebab utama berlakunya ‘
Peristiwa 13 Mei 1969. Rentetan peristiwa tersebut mencetuskan satu perusuhan
perkauman yang telah memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan misalnya Dasar
Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan
Malaysia Kedua ( 1971 – 1975 ) bagi memperbetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi
yang wujud di Malaysia di antara kaum tersebut.
Faktor ketiga adalah pengasingan pendidikan. Pendidikan adalah merupakan satu
aspek pembangunan sosial yang dianggap sangat penting dan mampu mencetuskan
perubahan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan bukan sahaja boleh menyediakan
masyarakat yang celik huruf dengan kebolehan menulis, membaca dan mengira malah,
dapat menyediakan masyarakat tentang ilmu pengetahuan dan boleh dimanfaatkan untuk
tujuan memajukan diri dan masyarakat. Namun, pada zaman pendidikan kolonial pula sistem
pendidikan yang telah diperkenalkan oleh penjajah Inggeris pada dua abad yang lalu amat
berlainan dengan kehendak masyarakat. British telah memperkenalkan empat aliran
pendidikan yang berbeza di Tanah Melayu iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah
Vernakular Tamil, Sekolah Vernakular Cina dan Sekolah Vernakular Inggeris.
(http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-pendidikan-kolonial-memberikan.html).
Sekolah Vernakular Melayu, murid- murid Melayu diajar menulis, membaca dan
mengira malahan pelajaran menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Sekolah
Vernakular Cina pula hanya tertumpu kepada murid yang berbangsa Cina sahaja dan hanya
menggunakan Bahasa Cina ( mandarin ) sebagai bahasa pengantar, gurunya diimport dari
negara China dan buku teks serta sukatan pelajaran mengikut negara China atau
sememangnya ia berkiblatka kepada negara China. Tidak kurang juga Sekolah Vernakular
Tamil juga ia lebih tertumpu kepada murid- murid berbangsa india sahaja. Sekolah Tamil
pula menggunakan bahasa Tamil iaitu bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah.
Kebanyakkan Sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan pembiayaan pengajiannya
dibiayai oleh syarikat- syarikat yang memiliki ladang- ladang tersebut.
(http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-pendidikan-kolonial-memberikan.html).
8
Implikasi ke atas penjajahan British, sehingga ke hari ini sistem pendidikan masih
mengamalkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Melaluinya, didapati, masih berlaku segregrasi antara kaum dan ia msedikit sebnayak
menjadi masalah yang besar dalam membentuk perpaduan dalam kalangan kaum tersebut.
Jika kita menyorot masa lampau kesan peninggalan kuasa kolonial British yang pernah
menjajah negara telah mewariskan kepada kita ilmu pengurusan bagi mentadbir negara
dalam sistem pendidikan dalam negara. Setelah negara mencecah 57 tahun Kemerdekaan,
tidak banyak perubahan yang dilakukan di dalam sistem pendidikan kita kecuali menokok
tambah sistem yang telah diperkenalkan oleh British sejak tahun 1819 dan sistem
pendidikan sentiasa berlaku transformasi. Contohnya, kerajaan telah memperkenalkan
semula Bahasa Inggeris dalam pembelajaran subjek Matematik dan subjek Sains serta
kementerian pendidikan negara kita telah menggunakan konsep ‘ west minister’ dalam
sistem pendidikan. ( http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-pendidikan-kolonial-
memberikan.html).
Ekonomi merupakan faktor keempat dalam berlakunya segregrasi antara kaum.
Ekonomi merupakan salah satu faktor penting yang perlu diberi erhatian dalam
membecarakan hubungan antara etnik- etnik di Malaysia. Hl ini kerana, faktor ekonomi amat
besar peranan dan pengaruhnya dalam menentukan suasana hubungan itu sama ada
berjalan baik atau pun tidak. Jika dilihat pada kadar pendapatan antara kaum kebanyakkan
orang Melayu berpadapatan sederhana, begitu juga dengan orang India. Tetapi berbeza
pula dengan orang Cina kadar pendapatan mereka sangat tinggi. Ia berbalik kepada faktor
pekerjaan antara kaum tersebut. Di mana, perbezaan ekonomi antara kaum dilihat
mempunyai lompang atau jurang yang sangat dalam. Misalnya, dilihat pada aset kereta yang
dimiliki oleh ketiga- tiga kaum juga menunjukkan perbezaan. Contohnya, orang Cina dengan
taraf kehidupan dan gaji yang tinggi daripada sumber pendapatan yang lumayan dalam
sektor perniagaan khususnya mampu memiliki kereta mewah seperti Toyota Camry,
Mercedes Bens dan Honda. Orang India pula dengan taraf kehidupan dan gaji yang
sederhana daripada sumber pendapatan yang sederhana mampu memiliki kereta Toyota
Vios dan sebagainya seperti juga Orang Melayu yang hidup secara sederhana mampu
memiliki kereta keluaran negara Malaysia seperti Proton Saga, Produa Viva dan sebagainya.
Malaysia mempunyai penduduk yang memiliki paras pendapatan yang pelbagai tetapi
sebahagian besarnya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Untuk itu, Syarikat
Proton membantu mereka bagi kemampuan memiliki kereta mampu milik dengan tawaran
harga yang berpatutan. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd,
Datuk Lukman Ibrahim kepada Utusan Malaysia, konsep mampu milik ini merujuk kepada
usaha menyediakan kereta yang mampu memenuhi keperluan asas rakyat negara ini.
9
(http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140120/ek_03/Kereta-mampu-milik-tawaran-
terbaik-Proton). Implikasi terhadap perbezaan pendapatan antara kaum sedikit sebanyak
boleh mencetuskan perasaan iri hati dan prejudis dalam kalangan kaum terhadap ekonomi
dan taraf hidup antara kaum tersebut.
Dari banci penduduk pada tahun 1970, didapati bahawa 49.3 peratus dari semua
keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Dari
jumlah semua keluarga miskin, sebanyak 86 peratus berada di kawasan luar bandar dan
sebanyak 14 peratus di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah
seperti berikut :
KAUM
KADAR KEMISKINAN
( % )
PENDAPATAN
PURATASEBULAN ( RM)
( % )
Melayu 64.8 172.00
Cina 26.0 394.00
India 39.2 304.00
Lain- lain 44.8 813.00
Banci Penduduk kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Sebulan ( RM )
Sumber:(http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f04
82567320029f144/b9e8dd3efcb0d838482567350005a893?OpenDocument).
Berdasarkan banci penduduk pada tahun 1970, didapati kadar kemiskinan yang
mencecah angka paling tinggi adalah kaum Melayu sebanyak 64.8 peratus. Manakala, Cina
sebanyak 26.0 peratus dan India sebanyak 39.2 peratus. Manakala pendapatan purata
sebulan bagikaum Melayu dilihat paling rendah berbanding pendapatan purata sebulan
kaum Cina sebanyak 394.00 dan kaum Indai sebanyak 304.00. Berdasarkan bancian
tersebut didapati kaum Melayu ketinggalan begitu jauh berbanding kaum- kaum lain.
10
Pada masa kini, harga barang semakin meningkat dan mahal. Jika pendapatan
purata sebulan hanya sebegitu rupa khususnya bagi kaum Melayu, sudah pasti mereka tidak
mampu menyediakan barang keperluan asas untuk keluarga mereka. Malahan juga, mereka
tidak dapat hidup secara mewah dan tidak selesa.
Selain daripada faktor ekonomi, akhbar atau media juga merupakan satu lagi agen
yang melahirkan keadaan yang membenarkan satu- satu golongan etnik hidup dengan tidak
bergantung kepada golongan lain. Antara contoh akhbar yang menjadi pilihan orang Melayu
adalah Berita harian, Harian Metro, Kosmo, Sinar Harian, dan Utusan Malaysia. Bagi kaum
Cina pula akhbar yang menjadi pilihan adalah, Asia Times ( Malaysia ), China Press, Guang
Ming, dan Nanyang Siang Pau. Kaum India pula akhbar yang menjadi pilihan mereka
adalah, Makkal Osai, Malaysia Nanban, Tamil Nesan dan Vanakam Malaysia
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_akhbar).
Akhbar diterbitkan dengan pelbagai jenis dan bahasa. Isi kandungan setiap akhbar
tersebut mencerminkan wujudnya ‘ dunia’ yang berasingan di negara ini dalam erti kata
bahawa sememangnya kemunculan akhbar- akhabr etnik di Malaysia terutamanya pada
awal perkembangan akhbar negara adalah untuk kepentingan tertumpu kepada sesuatu
etnik sahaja. Malahan ianya telah diasuh oleh penjajah British untuk memperjuangkan
kepentingan hak dan memberikan tumpuan kepada masalah kaum mereka sendiri. Menurut
John A. Lent ( 1977 ), beliau menyatakan bahawa akhbar etnik lebih menjurus kepada
pengukuhan hak serta penumpuan kepada masalah kaum mereka sahaja. Beliau
memberikan contoh akhbar- akhbar cina pada masa dahulu, hanya diwujudkan untuk
mempromosikan dan mempertahankan bahasa, adat dan budaya masyarakat cina dalam
lingkungan majoriti masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Begitu juga dengan kemunculan
akhbar- akhbar etnik Melayu yang hanya mementingkan sentimen Melayu dalam setiap
laporan mereka. ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_akhbar ).
Lebih daripada itu, akhbar Cina lebih mengutamakan perkembangan di negeri China
dan akhbar Tamil mengandungi berita- berita tentang negeri India. Dengan memberikan
laporan yang kemaskini tentang perkembangan di negara ibunda kaum- kaum yang berada
di negara ini ia menunjukkan sesuatu akhbar tersebut telah berjaya menjalinkan pertalian
emosi di antara penduduk bukan Melayu dengan negeri China atau India. Melihat sorotan
tentang Peristiwa berdarah yang telah melanda negara satu masa dahulu tentang ‘ Peristiwa
13 Mei 1969 juga telah memperlihatkan betapa peranan akhbar telah menyemarakkan
perbalahan antara kaum di negara ini dengan memainkan pelabagai isu perkauman dalam
setiap laporan mereka. Malahan juga terdapat segelintir laporan yang lain dilihat sebagai
mengapi- apikan masyarakat Melayu pada waktu itu. Banyak pendapat sarjana sejarah yang
11
beranggapan bahawa peranan yng dimainkan oleh akhbar pada waktu itu turut menjadi
faktor penyebab berlakunya situasi tegang tersebut.
Mereka berpendapat yang kebanyakan liputan akhbar etnik pada waktu itu hanya
memberikan ruang dan tumpuan kepada masalah kaum mereka sahaja. Keadaan ini
memungkinkan berlakunya ketidakadilan dalam laporan dan juga penilaian terhadap kaum
yang lain.(http://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidak-wujud-perpaduan-kaum-dan-
integrasi-nasional-di-malaysia#). Hal ini adalah kerana, setiap etnik di Malaysia hanya
cenderung untuk melihat permasalahan etnik sebangsa dengan mereka sahaja.
Implikasi jangkamasa panjang adanya akhbar dalam pelbagai bahasa ialah,
berlakunya proses menguatkan lagi perpisahan dalam masyarakat kerana bersama- sama
dengan sistem pelajaran akhbar mengekalkan kiblat satu- satu golongan etnik kerana,
diantaranya melalui ruang akhbar, anggota satu- satu golongan dapat sentiasa berdialog
untuk mencari ikhtiar dalam satu- satu keadaan krisis bagi mengambil tindakan yang
berpadu dan berkesan bagi menitikberatkan taat setia mereka kepada negara ibunda yang
tercinta.
5.0 Langkah Kerajaan Mengatasi Masalah Segregrasi
Segregrasi membawa kepada perpisahan antara kaum sedikit sebanyak menjejaskan
perpaduan antara kaum di negara kita. Oleh itu, bagi memupuk semangat hubungan etnik
yang harmoni yang menjadi agenda utama kerajaan yang dilaksanakan menerusi
perancangan dan pelaksanaan dasar- dasar tertentu. Usaha- usaha ini diteruskan dengan
memperkenalkan konsep ‘ 1 Malaysia’ oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak dengan slogan ‘ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Konsep ini bertujuan
untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih bardaya tahan dalam menghadapi pelbagai
cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi.
Pelbagai usaha agensi kerajaan telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan
segala usaha dan perancangan kerajaan dalam menyatukan masyarakat pelbagai etnik di
negara ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Melalui segregrasi maka tercetusnya
pelbagai usaha tersebut antaranya adalah, Penubuhan Jabatan Perpaduan negara dan
Integrasi Nasional ( Jpnin ), Penubuhan Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ), Dasar
Ekonomi Baru, memperkenalkan Strategi sistem pendidikan, strategi Peranan Media Massa
dan sebagainya bagi membentuk perpaduan di Malaysia.
((http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-pendidikan-kebangsaan.html).
12
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( Jpnin ) adalah sebuah badan
yang ditubuhkan dan bertanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara
etnik di negara ini. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik mempunyai
latar belakang budaya , agama, bahasa dan adat resam yang berbeza. Dalam hal ini, isu
perpaduan dan hubungan antara etnik merupakan agenda penting negara dalam
memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin. Generasi kini, yang mewarisi konsep
masyarakat majmuk sejak merdeka masih menghadapi dilema akibat segregrasi antara
kaum. Integrasi nasional penting kerana dapat mengikis sentimen perkauman. Nilai
perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum harus dipertahankan agar
keharmonian dapat dikekalkan.
Seterusnya adalah, penubuhan Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) yang
ditubuhkan sebagai usaha untuk memulihkan hubungan antara kaum akibat implikasi
daripada Peristiwa 13 Mei 1969. Di samping itu, kerajaan telah menjadikan Rukun Negara
sebagai tunjang kepercayaan dan kesetiaan rakyat berbilang kaum terhadap kepimpinan
negaraPada 1 Julai 1969, MAGERAN telah mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk
menangani isu berhubung pembinaan semula perpaduan kaum di negara ini.
.((http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-pendidikan-kebangsaan.html).
Perkara yang boleh menimbulkan ketegangan hubungan antara etnik selalunya
dikaitkan dengan sentimen etnosentrisme, prejudis serta tanggapan ketidakpuasan hati
antara kaum dari aspek ekonomi dan taaf hidup masyarakat sesebuah etnik. Lantaran itu,
kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) bagi mengimbangkan
kedudukan sosioekonomi antara etnik menerusi beberapa kaedah seperti meningkatkan
taraf ekonomi antara etnik dan wilayah tanpa merugikan mana- mana pihak. Kadar
kemiskinan paling tinggi adalah dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti
pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi
dan projek pembangunan telah dirangka supaya, i) dapat mewujudkan peluang pekerjaan
untuk semua golongan rakyat yang menganggur, ii) menambah daya pengeluaran dan
pendapatan,iii ) memodenkan kehidupan di luar bandar dan iv) mangadakan suasana
pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.
.((http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-pendidikan-kebangsaan.html).
Maka, penjelasan perlu diberikan kepada semua pihak supaya sebarang tanggapan
dapat diperbetulkan dan perasaan ketidakpuasan hati dapat dibendung. Oleh itu, usaha
kerajaan untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira etnik dan
perbezaan wilayah bagi membentuk perpaduan impak daripada proses segregrasi.
13
Sistem pendidikan merupakan salah satu daripada alat terpenting dan berkesan
bagi membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan, cinta akan tanah air, dan
berperanan mengeratkan perpaduan. Pelbagai langkah telah diambil untuk menggalakkan
wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat pra sekolah, hingga ke peringkat Institusi
Pengajian Tinggi dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar dan
menyeragamkan kurikulum dan kokurikulum di sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM), telah membuat pelbagai usaha bagi
memperkasakan sekolah kebangsaan dan menubuhkan Sekolah Wawasan bagi
mengeratkan perpaduan antara murid yang berbilang kaum. Contohnya dalam
memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah kerajaan tidak mengetepikan proses
penguasaan bahasa ibunda masing- masing dengan memperkenalkan pengajaran Bahasa
Mandarin dan Tamil. Manakala, bagi Sekolah Wawasan pula, ia merupakan salah satu
pendekatan altenatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional serta ia
memberi peluang yang meluas kepada semua murid dan guru bergaul mesra dan
berinteraksi antara kaum dengan baik. Malahan juga bagi membentuk perpaduan antara
kaum, dengan cara semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti kokurikulum seperti kelab atau
persatuan, badan beruniform dan permainan bagi menjalinkan ikatan perpaduan antara
murid Melayu, Cina dan juga India.( http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-
pendidikan-kebangsaan.html).
Seterusnya signifikannya adalah strategi Media Massa dalam memainkan peranan
yang berkesan bagi membantu memupuk perpaduan negara melalui penyampaian
maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat serta penerapan nilai- nilai positif ke
arah memajukan semangat perpaduan. Internet sebagai wadah penyebaran maklumat perlu
digunakan sebaik mungkin. Penerbit majalah dan akhbar juga digalakkan memberi
sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan negara berdasarkan etika
kewartawanan. Mereka juga dinasihatkan tidak melanggar Akta Hasutan 1948 dan Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak mengugat ketenteraman keselamatan negara.
Seharusnya media perlu memainkan peranan yang penting contohnya membuat hebahan
dan membuat iklan- iklan tentang perpaduan antara kaum bagi menjalinkan hubungan etnik
di Malaysia.
14
6.0 Penutup
Para pemimpin kita gemar mengadu mengenai masalah polarisasi kaum. Biar pun di
sekolah, di universiti mahu pun di tempat kerja, sesiapa pun boleh melihat bahawa rakyat
jelata lebih gemar bergaul dengan rakan dari kaum yang sama berbanding bergaul mesra
dengan kaum yang lain. Secara ringkasnya, dapat di simpulkan di sini , segregrasi yang
melanda negara kini rentetannya menyorot masa suatu masa lalu, negara kita telah
didatangi oleh penjajah asing iaitu British dalam kemasukan imigran asing orang Cina dan
orang India lalu membentuk masyarakat majmuk di Malaysia. Sehingga kini pada tahun 2014
, hakikatnya negara masih juga berlakunya segregrasi dalam semua aspek baik dari segi
tempat tinggal, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia
yang cinta akan negara, perlulah sama- sama menganding bahu memupuk semangat
perpaduan antara kaum di negara dapat dicapai di bawah naungan yang sama iaitu “
Gagasan 1 Malaysia “.
15
BIBLIOGRAFI
Ahmad Ali Seman & Warti Kimi ( 2014), Hubungan Etnik Di Malaysia Kuala Lumpur,
Freemind Horizon Sdn Bhd.
Syamsul Amri Baharuddin ( 2007 ) Modul Hubungan Etnik Shah Alam Universiti Teknologi
Mara
Ting Chew Peh ( 1987), Hubungan Ras dan Etnik Kuala Lumpur Pustaka Dimensi
Zaid Ahmad ( 2013 ), Hubungan Etnik Di Malaysia Kuala Lumpur Oxford Fajar Sdn Bhd
RUJUKAN
( http://notactu553.blogspot.com/2012/11/tajuk-07.html ).
(http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-pendidikan-kolonial-memberikan.html )
( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargafletRM200_000/Article) .
(http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f048256732002
9f144/b9e8dd3efcb0d838482567350005a893?OpenDocument
(http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140120/ek_03/Kereta-mampu-milik-tawaran-
terbaik-Proton).
(http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f048256732
0029f144/b9e8dd3efcb0d838482567350005a893?OpenDocument
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_akhbar
(http://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidak-wujud-perpaduan-kaum-dan-integrasi-
nasional-di-malaysia#
http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-pendidikan-kebangsaan.html).