4
1 Notification MANCO BN/IP/PB/MJP/1.1| SZA JPK . 1.0 TUJUAN Pemakluman pemberian insentif tunai RM1juta kepada sekolah-sekolah berdasarkan peningkatan penyertaan pelajar dan simpanan bersih terhadap Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP). 2.0 PROGRAM DAN AKTIVITI SIMPANAN MANDAT 2013 2.1 BSN SCHOOL ATTACK 2013 Bermula Januari hingga Disember 2013 melalui Surat Kebenaran menyeluruh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti yang dijalankan adalah sesi penerangan produk KPM dan SGSP melalui CD dan tayangan DVD/VCD KPM animasi, kuiz dan ‘games’, penampilan maskot KPM, pembukaan kaunter pembukaan akaun, SGSP dan KPM dan pemberian item premium. 2.2 RM1juta Insentif Tunai Sekolah Fokus Pemberian insentif diberi kepada sekolah berdasarkan kepada peningkatan bersih simpanan dan penyertaan SGSP yang telah ditetapkan. 2.3 Penambahbaikan hadiah dan pemilihan pemenang SGSP 2013. Hadiah tahunan SGSP telah ditingkatkan dari RM182,000 kepada RM252,000 di mana penambahbaikan SGSP dibuat berdasarkan kepada pemberian markah dan kategori hadiah yang ditawarkan lebih menarik dan menyeluruh. 2.4 Program School Bank Program Rintis dijangka ‘live’ pada Jun 2013 untuk sekolah menengah di Putrajaya melalui Surat Kebenaran yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Konsep yang dicadangkan untuk program ini adalah konsep Ejen Bank Berdaftar (EBB) di mana operasi dikendalikan oleh pelajar dan Guru menjadi Penyelia dan cawangan BSN yang berhampiran akan menjadi bank angkat untuk program ini. 2.5 Persidangan BSN bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) KPM bersetuju untuk memberi slot kepada BSN semasa persidangan setengah tahun KPM bersama JPN dan PPD seluruh Malaysia yang dijangka diadakan pada bulan Jun. Slot ini merupakan platform BSN bagi memperkenalkan program simpanan mandat khusus kepada pelajar dan sekolah. JABATAN PERNIAGAAN KOMUNITI BAHAGIAN INISIATIF PEMEGANG SAHAM SEKSYEN SIMPANAN MANDAT

Info on rm1 mil incentive

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Info on rm1 mil incentive

1 Notification MANCO BN/IP/PB/MJP/1.1| SZA JPK

.

1.0 TUJUAN

Pemakluman pemberian insentif tunai RM1juta kepada sekolah-sekolah berdasarkan peningkatan penyertaan pelajar dan simpanan bersih terhadap Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP).

2.0 PROGRAM DAN AKTIVITI SIMPANAN MANDAT 2013

2.1 BSN SCHOOL ATTACK 2013 Bermula Januari hingga Disember 2013 melalui Surat Kebenaran menyeluruh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti yang dijalankan adalah sesi penerangan produk KPM dan SGSP melalui CD dan tayangan DVD/VCD KPM animasi, kuiz dan ‘games’, penampilan maskot KPM, pembukaan kaunter pembukaan akaun, SGSP dan KPM dan pemberian item premium.

2.2 RM1juta Insentif Tunai Sekolah Fokus Pemberian insentif diberi kepada sekolah berdasarkan kepada peningkatan bersih simpanan dan penyertaan SGSP yang telah ditetapkan.

2.3 Penambahbaikan hadiah dan pemilihan pemenang SGSP 2013. Hadiah tahunan SGSP telah ditingkatkan dari RM182,000 kepada RM252,000 di mana penambahbaikan SGSP dibuat berdasarkan kepada pemberian markah dan kategori hadiah yang ditawarkan lebih menarik dan menyeluruh.

2.4 Program School Bank Program Rintis dijangka ‘live’ pada Jun 2013 untuk sekolah menengah di

Putrajaya melalui Surat Kebenaran yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Konsep yang dicadangkan untuk program ini adalah konsep Ejen Bank Berdaftar (EBB) di mana operasi dikendalikan oleh pelajar dan Guru menjadi Penyelia dan cawangan BSN yang berhampiran akan menjadi bank angkat untuk program ini.

2.5 Persidangan BSN bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

KPM bersetuju untuk memberi slot kepada BSN semasa persidangan setengah tahun KPM bersama JPN dan PPD seluruh Malaysia yang dijangka diadakan pada bulan Jun. Slot ini merupakan platform BSN bagi memperkenalkan program simpanan mandat khusus kepada pelajar dan sekolah.

JABATAN PERNIAGAAN KOMUNITI BAHAGIAN INISIATIF PEMEGANG SAHAM

SEKSYEN SIMPANAN MANDAT

Page 2: Info on rm1 mil incentive

2 Notification MANCO BN/IP/PB/MJP/1.1| SZA JPK

2.6 Majlis Penyampaian Hadiah SGSP tahunan

Majlis diadakan pada peringkat Kebangsaan di mana pemenang utama seluruh Malaysia akan dipanggil dan dirai dalam satu majlis penghargaan kepada pemenang iaitu pelajar, ibu bapa dan para guru yang mewakili sekolah. Majlis dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2013.

2.7 Buku Wang Saku 2013(BWS) Pemberian BWS kepada semua sekolah angkat BSN iaitu 1,251 sekolah. Edaran BWS dijangka diterima oleh setiap negeri pada April 2013.

4.0 MEKANIKS PEMBERIAN INSENTIF RM1JUTA

4.1 Sekolah yang layak menerima Insentif Tunai adalah sekolah yang mendaftar

SGSP. Terdapat 2 jenis insentif yang diberi berdasarkan kepada kriteria berikut:- 1. Syarat Utama: Kadar penembusan/penyertaan pelajar terhadap SGSP.

(penetration rate) 2. Peningkatan simpanan berdasarkan purata simpanan pelajar.

4.2 Jumlah tunai yang diberi bergantung kepada pakej insentif yang ditentukan di

mana semakin tinggi penyertaan pelajar dan peningkatan simpanan maka semakin tinggi jumlah insentif yang diberi. Sekolah perlu memenuhi syarat utama iaitu kadar penembusan pelajar bagi melayakkan untuk menerima insentif peningkatan simpanan.

4.3 Penyertaan SGSP melalui:-

Pembukaan akaun baru:- a. Pembukaan Akaun Simpanan Giro/Giro-i BSN minima RM10 untuk

setiap pelajar layak menyertai SGSP. b. Penyertaan pelajar perlu melalui sekolah dan sekolah perlu

mendaftar SGSP menerusi borang yang disediakan oleh BSN/Cawangan berhampiran.

Akaun Sedia ada BSN melalui biasiswa dan lain-lain:- a. Pelajar yang mempunyai akaun BSN melalui biasiswa yang diterima

layak untuk menyertai SGSP. b. Pelajar yang menjadi ahli Kelab Penabung Muda BSN tetapi masih

belum mendaftar SGSP juga layak untuk mendaftar SGSP.

4.4 Insentif penyertaan pelajar. Setiap sekolah perlu memenuhi minimum threshold yang telah ditentukan sebelum layak untuk menerima insentif peningkatan simpanan. Minimum threshold ditentukan berdasarkan kepada jumlah pelajar bagi sesebuah sekolah di mana semakin rendah jumlah pelajar di sesebuah sekolah semakin tinggi kadar penembusan yang perlu dicapai. Contohnya, sekolah yang mempunyai jumlah 100 pelajar dan ke bawah perlu mempunyai kadar

Page 3: Info on rm1 mil incentive

3 Notification MANCO BN/IP/PB/MJP/1.1| SZA JPK

penembusan sebanyak 100% dan ke atas sebelum layak untuk menerima insentif peningkatan simpanan. Sebaliknya, semakin tinggi jumlah pelajar di sesebuah sekolah maka semakin rendah minimum threshold yang perlu dicapai. Contohnya, bagi sekolah yang mempunyai jumlah pelajar 2,000 dan ke atas, minimum threshold yang dikenakan adalah 20% penyertaan dari jumlah pelajar keseluruhannya. Insentif penyertaan pelajar adalah mengikut pakej yang ditentukan seperti di bawah:-

4.5 Insentif Peningkatan simpanan mengikut purata simpanan pelajar. Sekolah yang telah melepasi minimum threshold yang telah ditetapkan, layak untuk mengumpul insentif peningkatan simpanan secara bulanan. Insentif peningkatan simpanan terdiri daripada pakej seperti di bawah:-

Page 4: Info on rm1 mil incentive

4 Notification MANCO BN/IP/PB/MJP/1.1| SZA JPK

Pakej bagi Insentif peningkatan simpanan adalah mengikut purata simpanan pelajar berbanding jumlah pelaja di mana semakin sedikit jumlah pelajar di sesebuah sekolah semakin tinggi purata simpanan pelajar yang perlu dicapai untuk layak menerima insentif ini.

4.5 Pakej Insentif Terdiri daripada 2 insentif iaitu:-

4.6 Bayaran Insentif *Pembayaran insentif akan dibuat pada 2014 mengikut pencapaian sekolah sepanjang tahun 2013 iaitu pencapaian penyertaan pelajar dan peningkatan simpanan. Sekolah yang mempunyai negatif pertumbuhan simpanan akan dikenakan penalti. Walaubagaimanapun, pembayaran insentif akan dibuat pada 2013 mengikut peratus yang akan ditentukan sekiranya melepasi pencapaian yang ditetapkan. *Masa pembayaran insentif tertakluk kepada perubahan dan keputusan pihak pengurusan tertinggi BSN.