1
INFO Terkini Bil. 35/2014 EDARAN DALAMAN SAHAJA 27 Ogos Matunggong - SESB telah mengadakan Majlis Perasmian Pencawang Masuk Utama (PMU) Matunggong bertempat di Kampung Pinawantai, Kudat pada 25 Ogos lalu. Majlis disempurnakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Y.B Datuk Seri Dr. Panglima Maximus Johnity Ongkili. Turut hadir dalam upacara tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri N.5 Tandek, Y.B Anita Baranting, Ketua Kawasan Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat, Pn. Nazlin Bte Ab. Alin Sindiki, Pengarah Urusan SESB, Ir. Hj. Abd Razak Sallim dan Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat SESB, Pn. Wan Maria Othman Lee . Projek yang bernilai RM16.8 juta ini menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). PMU Matunggong yang berkapasiti 15MWA (13MW) dapat meningkatkan keupayaan SESB untuk menyalurkan bekalan elektrik yang lebih stabil kepada 2,809 pengguna-pengguna di sekitar kawasan daerah kecil Matunggong. Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat Projek ini meliputi pemasangan peralatan komunikasi dan sistem kawalan yang operasi pensuisan boleh dilaksanakan di Pusat Kawalan Beban di Kota Kinabalu. Infrastruktur baharu ini dijangka dapat menampung beban permintaan bekalan elektrik di daerah kecil Matunggong menjelang 2034. Dengan penambahan kapasiti sebanyak 2.8MW kepada beban permintaan sedia ada, iaitu sebanyak 15MW, masalah lebihan beban (overload) bekalan dapat diatasi, di samping menggalakkan pertumbuhan sektor domestik dan komersil di daerah kecil Matunggong.

INFO Terkini - Sabah Electricity · keupayaan SESB untuk menyalurkan bekalan elektrik yang lebih stabil kepada 2,809 pengguna-pengguna di sekitar kawasan daerah kecil Matunggong

  • Upload
    others

  • View
    33

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

INFO Terkini Bil. 35/2014 EDARAN DALAMAN SAHAJA 27 Ogos

Matunggong - SESB telah mengadakan Majlis Perasmian

Pencawang Masuk Utama (PMU) Matunggong bertempat di

Kampung Pinawantai, Kudat pada 25 Ogos lalu. Majlis

disempurnakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan

Air, Y.B Datuk Seri Dr. Panglima Maximus Johnity Ongkili.

Turut hadir dalam upacara tersebut, Ahli Dewan Undangan

Negeri N.5 Tandek, Y.B Anita Baranting, Ketua Kawasan

Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat, Pn. Nazlin Bte Ab. Alin

Sindiki, Pengarah Urusan SESB, Ir. Hj. Abd Razak Sallim dan

Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat SESB, Pn. Wan Maria

Othman Lee .

Projek yang bernilai RM16.8 juta ini menerima peruntukan

daripada Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan di bawah

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). PMU Matunggong

yang berkapasiti 15MWA (13MW) dapat meningkatkan

keupayaan SESB untuk menyalurkan bekalan elektrik yang

lebih stabil kepada 2,809 pengguna-pengguna di sekitar

kawasan daerah kecil Matunggong.

Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

Projek ini meliputi pemasangan peralatan komunikasi dan sistem kawalan yang operasi pensuisan

boleh dilaksanakan di Pusat Kawalan Beban di Kota Kinabalu. Infrastruktur baharu ini dijangka dapat

menampung beban permintaan bekalan elektrik di daerah kecil Matunggong menjelang 2034.

Dengan penambahan kapasiti sebanyak 2.8MW kepada beban permintaan sedia ada, iaitu sebanyak

15MW, masalah lebihan beban (overload) bekalan dapat diatasi, di samping menggalakkan

pertumbuhan sektor domestik dan komersil di daerah kecil Matunggong.