37
CADANGAN AKTIVITI PENGECUALIAN KEBENARAN MERANCANG Jabatan Perancang Bandar & Desa Negeri Melaka

Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

  • Upload
    lyquynh

  • View
    300

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

CADANGAN AKTIVITI PENGECUALIAN KEBENARAN MERANCANG

Jabatan Perancang Bandar & Desa Negeri Melaka

Page 2: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

ISI KANDUNGAN PEMBENTANGAN

1. TUJUAN – tujuan garispanduan ini diwujudkan

2. LATARBELAKANG – senario semasa perancangan

3. SISTEM PERANCANGAN BANDAR SEDIA ADA

4. PENGECUALIAN MENGIKUT SUB SEKSYEN 19(2) AKTA 172

5. TAMBAHAN PEMAJUAN YANG BOLEH DIKECUALIKAN

KEBENARAN MERANCANG

- Justifikasi Pengecualian

- Syarat-syarat Pengecualian

6. PROSEDUR DAN PROSES PENGECUALIAN- Proses mengemukakan permohonan perancangan yang

dikecualikan kebenaran merancang

- Orang yang berkelayakan

mengemukakan permohonan.

- Borang-borang yang terlibat.

- Bayaran proses.

7. IMPLIKASI PERUNDANGAN

Page 3: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

Garis Panduan ini disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan pihak swasta di dalam mempercepatkan proses pembangunan hartanah di Malaysia

Garis panduan ini bertujuan untuk memperhalusi peruntukan subseksyen 19(2)(g) Akta 172 yang membolehkan Pihak Berkuasa Negeri mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang boleh dikecualikan daripada kelulusan kebenaran merancang.

Garis panduan ini berperanan bagi menjelaskan proses dan tatacara pelaksanaan bagi pengecualian kebenaran merancang. Kandungan garis panduan ini merangkumi aspek-aspek justifikasi, syarat-syarat dan prosedur pengecualian

TUJUAN GARIS PANDUAN

Page 4: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

TUJUAN GARIS PANDUAN

Sumber : Inisiatif Transformasi : Pengalaman MAMPU Memperkasa Organisasi, 2010

Page 5: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

KONSEP DELIGHTING THE CUSTOMER

Page 6: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

AGENDA TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Sumber : Pelan Strategik MAMPU 2008 -2012

Page 7: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

TERAS STRATEGIK MAMPU

Sumber : Pelan Strategik MAMPU 2008 -2012

Page 8: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

TUJUAN PENGECUALIAN KEBENARAN MERANCANG

mempercepatkan proses pembangunan hartanah terutama bagi pemajuan yang mudah dan straight forward;

menambahbaik prosedur permohonan kelulusan dengan mengurangkan proses yang berlapis dan berulang; dan

meningkatkan keberkesanan gunatenaga PBT dan agensi kerajaan.

Page 9: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

MAKSUD KEBENARAN MERANCANG

Subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) mentafsirkan kebenaran merancang sebagai kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan

Subseksyen 19(1) memperuntukkan tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan (PBT), boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3)

Pada amnya kebenaran merancang adalah prosedur yang mana pemohon perlu mengemukakan dokumen dan maklumat kepada PBPT untuk mendapat kebenaran merancang sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 21A [ Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) ] dan seksyen 21B (Pelan Susunatur)

Page 10: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

TAFSIRAN “PEMAJUAN”

Subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) mentafsirkan kebenaran merancang sebagai kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan…

Pemajuan bermaksud menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya…..

Kerja bangunan pula ertinya meruntuhkan,

mendirikan, mendirikan semula atau meluaskan

suatu bangunan atau sebahagiannya, termasuklah

tambahan ketinggian, membuat bumbung dan lain-

lain…..

Page 11: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

Akta 172 telah menggariskan aktiviti-aktiviti yang tidak memerlukan kebenaran merancang seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 19(2)

AKTIVITI DIKECUALIKAN KEBENARAN MERANCANG

a. Aktiviti Penyenggaraan, pengelokan dan pengubahan Dalaman Sesuatu Bangunan

b. Aktiviti Penyenggaraan Projek-Projek Infrastruktur dan Utiliti oleh Pihak Berkuasa yang ditubuhkan oleh Undang-Undang.

c. Korekan Telaga untuk Tujuan Pertanian d. Penggunaan Tanah atau Bangunan bagi Tempoh Tidak Lebih Daripada

Satu Bulan e. Pembinaan Bangunan Sementaraf. Pembinaan atau Penggunaan Bangunan dan Tanah dalam Perkarangan

Rumahg. Perubahan Secara Material Kepada Tanah atau Bangunan yang Telah

Mendapat Pengecualian Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

h. Aktiviti Pembangunan Dalam Kawasan Pertanian

Page 12: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

Pada masakini amalan proses kebenaran merancang dijalankan di dua peringkat iaitu :

AKTIVITI DIKENAKAN KEBENARAN MERANCANG

1.Kebenaran Merancang (KM) Untuk Pelan Susun Atur / Pelan Induk Keseluruhan ; dan

2.Kebenaran Merancang (KM) pendirian bangunan

Page 13: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

CADANGAN AKTIVITI ExPA

1. Pendirian, perobohan, pendirian semula atau pengubahan satu unit rumah kediaman sesebuah.

2. Pendirian, perobohan, pendirian semula atau pengubahan satu unit bangunan industri ringan sesebuah.

3. Pendirian, perobohan, pendirian semula atau pengubahan suatu bangunan harta bersama dalam kawasan perumahan strata.

4. Pengubahan untuk menaik taraf dan membaikpulih fasad bangunan.

5. Pendirian, perobohan, pendirian semula atau pengubahan suatu bangunan utiliti.

Beberapa sindikasi telah dijalankan bersama pihak-pihak berkepentingan seperti pihak berkuasa tempatan, jabatan dan agensi teknikal, pertubuhan-pertubuhan profesional serta persatuan pemaju perumahan. Selaras dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal Pembangunan Hartanah serta berasaskan prinsip-prinsip utama yang ditetapkan, jenis-jenis pemajuan yang boleh diberikan pengecualian kebenaran merancang diselaraskan semula seperti berikut :-

Page 14: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

CARTA ALIR AKTIVITI YANG TERTAKLUK KEPADA PENGECUALIAN KEBENARAN MERANCANG (ExPA)

Page 15: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PRINSIP UMUM AKTIVITI DIKECUALIKAN KEBENARAN MERANCANG

1. Cadangan pemajuan telah mendapat kelulusan kebenaran merancang di peringkat pelan susun atur/ pelan induk;

2. Cadangan pemajuan adalah selaras dengan Rancangan Tempatan;

3. Cadangan pemajuan tidak melibatkan kawasan alam sekitar yang sensitif atau kawasan warisan;

4. Kawasan pemajuan telah mempunyai rangkaian infrastruktur dan utiliti terutamanya bekalan elektrik, bekalan air dan telah ada jalan masuk/ akses ke tapak;

5. Perihal tanah seperti tukar syarat, pecah sempadan, cantuman, pecah bahagian atau pengambilan balik tanah telah diselesaikan; dan

6. Tidak melibatkan kerja-kerja pemotongan bukit dan penambunan tanah (cut and fill) kecuali kerja pembersihan tapak.

Prinsip Umum

Page 16: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAU PENGUBAHAN SATU UNIT RUMAH KEDIAMAN SESEBUAH

Definisi :

i. Pendirian bermaksud membina satu unit rumah sesebuah yang baru tidak melebihi 3 tingkat.

ii. Perobohan bermaksud apa-apa aktiviti merobohrumah sedia ada.

iii. Pendirian semula bermaksud mendiri semula satu unit rumah sesebuah yang baru di atas tapak yang sama.

iv. Pengubahan rumah kediaman sesebuah bermaksud pengubahsuaian rupa di sebelah luar termasuk struktur di luar rumah seperti tembok, pagar serta rumah pengawal dan penambahan ruang lantai.

Page 17: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAU PENGUBAHAN SATU UNIT RUMAH KEDIAMAN SESEBUAH

Ciri-ciri:

i) pembangunan rumah sesebuah yang dicadangkan terletak dalam plot yang telah mendapat kebenaran merancang di peringkat pelan susun atur/ pelan induk dan telah memiliki suratan hak milik yang sah; atau

ii) sekiranya tiada kebenaran merancang di peringkat susun atur, pemajuan hendaklah terletak di dalam kawasan yang di zonkan sebagai kawasan perumahan dan tidak termasuk sebagai kawasan warisan atau kawasan alam sekitar yang sensitif dalam suatu rancangan tempatan. Syarat nyata tanah tersebut adalah kediaman. Telah ada jalan masuk/ akses ke tapak dan urusan perihal tanah telah diselesaikan;

iii) tidak melibatkan kerja-kerja pemotongan bukit dan penambunan tanah (cut and fill) kecuali kerja pembersihan tapak; dan

iv) ketinggian satu unit rumah sesebuah yang baru tersebut tidak melebihi 3 tingkat.

Page 18: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAU PENGUBAHAN SATU UNIT BANGUNAN INDUSTRI RINGAN

SESEBUAH

Definisi :

i. Pendirian bermaksud membina satu unit bangunan industri ringan setingkat sesebuah yang baru.

ii. Perobohan bermaksud meroboh bangunan industri ringan setingkat sesebuah sedia ada.

iii. Pendirian semula bermaksud mendiri semula satu unit bangunan industri ringan setingkat sesebuah yang baru di atas plot yang sama.

iv. Pengubahan bangunan industri ringan sesebuah bermaksud;- penambahan ruang lantai, tidak termasuk tambahan

ketinggian, - pengubahsuaian rupa di sebelah luar termasuk struktur di

luar bangunan seperti tembok, pagar, rumah pengawal serta tempat letak kenderaan berbumbung.

Page 19: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAU PENGUBAHAN SATU UNIT BANGUNAN INDUSTRI RINGAN

SESEBUAHCiri-ciri:

i Industri ringan mengikut klasifikasi di dalam Guidelines For Siting and Zoning of Industries, Jabatan Alam Sekitar (JAS);

ii. telah mendapat kebenaran merancang di peringkat pelan susun atur/ pelan induk, perihal tanah telah diselesaikan dan telah memiliki suratan hak milik yang sah;

iii. plot pemajuan tidak melebihi 1 ekar;iv. ketinggian bangunan industri ringan sesebuah yang baru

adalah tidak melebihi 1 tingkat;v. tidak melibatkan kerja-kerja pemotongan bukit dan

penambunan tanah (cut and fill) kecuali kerja pembersihan tapak;

vi. kawasan tersebut telah mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap dan sedia untuk disambungkan ke tapak cadangan pemajuan; dan

vii. bagi pendirian semula dan pengubahan bangunan industri, penambahan ruang lantai tidak melebihi 500 kaki persegi dan tidak melibatkan penambahan ketinggian bangunan.

Page 20: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAU PENGUBAHAN SUATU BANGUNAN HARTA BERSAMA

DALAM KAWASAN PERUMAHAN STRATA

Definisi :

i. Pendirian bermaksud membina bangunan guna sama yang baru.

ii. Perobohan bermaksud meroboh bangunan guna sama sedia ada.

iii. Pendirian semula bermaksud mendiri semula bangunan guna sama yang baru dengan mengekalkan kegunaan di atas tapak yang asal.

iv. Pengubahan bangunan guna sama bermaksud;- penambahan ruang lantai, tidak termasuk tambahan ketinggian.- pengubahsuaian rupa di sebelah luar.

Page 21: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAU PENGUBAHAN SUATU BANGUNAN HARTA BERSAMA

DALAM KAWASAN PERUMAHAN STRATA

Ciri-ciri:

i. pemajuan adalah di atas tapak yang telah ditentukan dalam pelan susun atur mengikut kelulusan kebenaran merancang terdahulu;

ii. pembangunan tidak mengubah jalan masuk dan infrastruktur sedia ada;

iii. pengubahan hendaklah dalam lingkungan tapak sedia ada dan mengekalkan kegunaan yang asal mengikut kelulusan terdahulu;

iv. pengubahsuaian melibatkan penambahan ruang lantai, tidak termasuk tambahan ketinggian; dan

v. mendapat pengesahan badan pengurusan perumahan strata tersebut atas persetujuan pemunya petak.

Page 22: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PENGUBAHAN UNTUK MENAIK TARAF DAN MEMBAIKPULIH FASAD BANGUNAN

Pengecualian yang diberikan TIDAK termasuk:-

i. bangunan yang ditetapkan sebagai bangunan warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan (Akta 645);

ii. bangunan warisan yang perlu di kekalkan mengikut Rancangan Tempatan;

iii. bangunan yang tertakluk kepada inventori bangunan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang perlu dikekalkan;

iv. bangunan yang ditetapkan oleh PBT sebagai bangunan yang memerlukan kawalan fasad; dan

v. pengubahan struktur bangunan.

Page 23: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAU PENGUBAHAN SUATU BANGUNAN UTILITI

Definisi :

i. Pendirian bermaksud membina bangunan utiliti yang baru.

ii. Perobohan bermaksud meroboh bangunan utiliti sedia ada.

iii. Pendirian semula bermaksud mendiri semula bangunan utiliti yang baru dengan mengekalkan kegunaan di atas tapak yang asal.

iv. Pengubahan bermaksud menaik taraf bangunan utiliti tanpa melibatkan penambahan bebanan tahap keupayaan utiliti tersebut kerana penambahan bebanan memerlukan anjakan zon penampan yang mencukupi.

Page 24: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

Ciri-ciri:

i. pengecualian yang diberi melibatkan pemajuan bangunan utiliti di atas tapak yang telah ditentukan dalam pelan susun atur mengikut kelulusan kebenaran merancang terdahulu;

ii. pemajuan bangunan utiliti adalah selaras dengan syarat-syarat kebenaran merancang;

iii. pengubahan atau pendirian semula tidak melibatkan penambahan bebanan tahap keupayaan utiliti dan tidak memerlukan tambahan zon penampan; dan

iv. Tanah telah diberi hak milik ke atas penyedia perkhidmatan (service provider) dan syarat nyata tanah adalah untuk kegunaan utiliti tersebut.

PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAU PENGUBAHAN SUATU BANGUNAN UTILITI

Page 25: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

CARTA ALIR AKTIVITI YANG TERTAKLUK KEPADA PENGECUALIAN KEBENARAN MERANCANG (ExPA)

Page 26: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PROSES MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

LANGKAH 1

1. Urus setia Pusat Setempat semasa menerima permohonan akanmenyemak dokumen bagi permohonan berdasarkan kepadasenarai semak pelan bangunan yang sedia ada.

2. Urus setia Pusat Setempat akan :-i. mendaftar penerimaan permohonan; ii. menerima bayaran atau bukti bayaran memproses dan fi

permohonan; iii. memasukkan maklumat ke dalam Portal OSC/Sistem OSC

Online; daniv. mengeluarkan akuan penerimaan permohonan kepada

pemohon. 3. Sekiranya didapati permohonan yang dikemukakan adalah

permohonan ExPA, Urus setia Pusat Setempat akanmengedarkan kepada Jabatan Perancang PBT perkara berikut:-i. Salinan Borang A (Perakuan Pelan-pelan Bangunan/

Struktur) ii. Borang ExPA berserta dokumen/ pelan yang ditetapkan.

Page 27: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PROSES MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

LANGKAH 2

Terdapat 3 jabatan teknikal dalaman dan luaran yang akan terlibat dalam memproses dan memberi ulasan iaitu :

1. JABATAN BANGUNAN PBT- URUSAN MEMPROSES PERMOHONAN PELAN BANGUNAN TERTAKLUK KEPADA PROSES KELULUSAN SEDIA ADA.

2. JABATAN KEJURUTERAAN PBT- URUSAN MEMBERI ULASAN DARI ASPEK KEJURUTERAAN.

3. JABATAN BOMBA- URUSAN MEMBERI ULASAN KEHENDAK-KEHENDAK MENENTANG KEBAKARAN.

Page 28: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PROSES MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

LANGKAH 2 : Edaran kepada Jabatan Perancang PBT

Jabatan Perancang PBT di dalam menerima permohonanhendaklah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut :

i. Membuka fail dan menyemak rekod kelulusan kebenaranmerancang (KM) terdahulu;

ii. Menyemak fail KM terdahulu jika berkaitan untukmengesahkan pematuhan syarat-syarat KM terdahulu/ menyemak pematuhan kepada Rancangan Tempatan (RT) (sekiranya permohonan tiada kebenaran merancang diperingkat susun atur);

iii. Menyemak dan mengesahkan pemajuan adalah mematuhiciri-ciri pengecualian kebenaran merancang seperti BorangExPA ;dan

iv. Menyediakan kertas ulasan kepada Mesyuarat J/K OSC danmenyerahkan satu salinan kepada Jabatan Bangunan PBT.

Page 29: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PROSES MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

LANGKAH 3: PERTIMBANGAN KELULUSAN OLEH MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC)

Bagi kelulusan pelan bangunan yang tertakluk kepada ExPA hendaklah :

i. mematuhi ciri-ciri ExPA; danii. mematuhi syarat-syarat teknikal pelan

bangunan.

Page 30: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PROSES MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

LANGKAH 4 : PENGELUARAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PELAN BANGUNAN KEPADA PEMOHON

Jabatan Bangunan akan mengeluarkan suratkelulusan/penolakan permohonan kepada pemohon :

i. sekiranya permohonan diluluskan hendaklahdisertakan dengan syarat-syarat yang perludipatuhi; atau

ii. sekiranya permohonan ditolak disebabkan tidakmenepati ciri-ciri ExPA, pemohon perlumengemukakan permohonan kebenaranmerancang.

Page 31: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PERANAN ORANG MENGEMUKAKAN PERMOHONAN (PSP)

Permohonan pelan bangunan bagi pemajuan yang dikecualikandaripada kebenaran merancang perlu dikemukakan olehperunding yang berkelayakan iaitu sama ada arkitek ataupelukis pelan berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).

Peranan PSP

a. membuat perakuan bahawa permohonan menepati ciri-ciriExPA dan bertanggungjawab terhadap maklumat yang diberikan;

b. mengemukakan pelan bangunan dan dokumen-dokumenberkaitan kepada PBT untuk kelulusan;

c. mengemukakan dokumen dan pelan-pelan lain sepertidiarahkan oleh PBT; dan

d. mengambil tanggungjawab terhadap sebarang pemasalahanyang timbul selepas pelaksanaan.

Page 32: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

BORANG EXPA

Page 33: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

BORANG EXPA

Page 34: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

BORANG EXPA

Page 35: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

BORANG EXPA

Page 36: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

PELAKSANAAN INISIATIF 7

Cadangan pindaan Akta PerancanganBandar dan Desa 1976 (Akta 172) dibawah subseksyen 19(2)(g).

Page 37: Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

Sekian, terima kasih.