23
LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011 LAPORAN INOVASI JABATAN PERHUTANAN SABAH TAHUN 2011 Disediakan oleh Bahagian Inovasi, Jabatan Perhutanan Sabah Beg Berkunci 68, 90009, Jalan Labuk Utara, Batu 6, Sandakan Sabah, MALAYSIA Tel: 089-660811, Fax: 089-668775 www.forest.sabah.gov.my

INO@LAPORAN INOVASI-JPS 2011-Edit1 - MAMPUs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/369-sustainable-forest...TAHUN 2011 Disediakan oleh Bahagian Inovasi, Jabatan Perhutanan Sabah Beg Berkunci

  • Upload
    others

  • View
    4

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    LAPORAN INOVASI

    JABATAN PERHUTANAN SABAH

    TAHUN 2011

    Disediakan oleh Bahagian Inovasi, Jabatan Perhutanan Sabah Beg Berkunci 68, 90009, Jalan Labuk Utara, Batu 6, Sandakan Sabah, MALAYSIA

    Tel: 089-660811, Fax: 089-668775

    www.forest.sabah.gov.my

  • 1

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    Projek Inovasi Jabatan Perhutanan Sabah

    (1) Sustainable Forest Management (SFM) Reduced Impact Logging (RIL) Technic oleh Pejabat Perhutanan Daerah Deramakot

    (2) Malua BioBank oleh Pejabat Perhutanan Daerah Ulu Segama Malua

  • 2

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    PROJEK INOVASI PERTAMA

    SUSTAINABLE FOREST MANAGEMENT – Reduced Impact Logging (RIL) Technic

    Oleh

    Pejabat Perhutanan Daerah DERAMAKOT

    En Subari Suparlan1 En Peter M. Lagan2

    En Azny Ahmad3 En Edward Thomas4

    1 – Pegawai Perhutanan Daerah Deramakot, 2 – Penolong Pegawai Perhutanan Daerah Deramakot, 3 – Ketua Unit Penuaian & Pemantauan Pejabat Perhutanan Daerah Deramakot, Ketua Unit EIS Pejabat Perhutanan Daerah Deramakot

  • 3

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    (A) TUJUAN INOVASI

    1) Mengukuhkan tahap pengurusan hutan berkekalan dengan mengujudkan teknik pembalakan ‘mesra alam’ (kurang impak) dan sistematik.

    2) Mengatasi masalah makro-ekonomi, sosial dan teknikal yang mempengaruhi penggunaan hutan berkekalan.

    3) Memenuhi tiga (3) permintaan utama pensijilan iaitu, ekonomi, pemeliharaan alam sekitar dan sosial.

    4) Melaksanakan transformasi tenaga kerja jabatan yang cekap, menjimatkan perbelanjaan serta mengoptimakan pengeluaran hasil hutan.

    (B) PROSES SEBELUM DAN SELEPAS

    Sebelum Inovasi Selepas Inovasi (a) Kadar kerosakan hutan akibat

    pembalakan tidak terancang lebih kurang 70%.

    (a) Kadar kerosakan akibat pembalakan dapat dikurangkan dari 33%.

    (b) Kos pemulihan mencecah RM5,000 – RM7,000/ha).

    (b) Kos pemulihan dapat dikurangkan sehingga RM 350 – RM 500/ha).

    (c) Tempoh pemulihan mengambil masa

    yang panjang iaitu lebih kurang 50 tahun.

    (c) Tempoh pemulihan mengambil masa pendek iaitu lebih kurang 25 tahun.

    (d) Mendatangkan kerugian kepada kerajaan dan kepupusan hutan di masa hadapan.

    (d) Mendatangkan keuntungan kepada kerajaan secara berkekalan.. Pengiktirafan antarabangsa – H.S.

    Deramakot merupakan hutan tropika yang pertama dan paling lama di dunia diberi pengiktirafan antarabangsa melalui pensijilan Forest Stewardship Council (1994 sehingga 2014)

    (C) CIRI-CIRI DAN IMPAK INOVASI

    1) Kreativiti a. Idea mewujudkan teknik pembalakan kurang impak atau Reduced

    Impact Logging (RIL) ini diperkenalkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Sabah pada pertengahan tahun 80an.

    b. Pelaksanaan secara efektif dilakukan dengan menjadikan H.S Deramakot sebagai model pertama selaras dengan pembentukan kawasan Forest Management Unit atau FMU di bawah konsep

  • 4

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    pengurusan baru yang diperkenalkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah iaitu ‘Sustainable Forest Management’ atau SFM.

    c. Pegawai dan kakitangan yang berkenaan menjalani latihan berkenaan dengan teknik-teknik pembalakan ini dengan kerjasama pihak swasta GTZ yang juga telah memperkenalkan kaedah pembalakan kurang impak menggunakan kaedah ‘skyline’.

    d. Bermula pada tahun 1997, H.S Deramakot yang juga dikenali sebagai FMU 19A telah dengan keluasan 55,139 hektar telah dijadikan model pertama pelaksanaan konsep SFM dengan pengenalan teknik-teknik pembalakan kurang impak (Reduced Impact Logging-RIL).

    e. Deramakot merupakan H.S Tropika di kawasan khatulistiwa yang telah menjadi lokasi pensijilan pertama bagi ‘Well Manage Forest’ menerusi Badan Pensijilan Antarabangsa ‘Forest Stewardship Council’ atau FSC dan SGS bertindak selaku Assessment Agency.

    2) Keberkesanan

    a. Operasi pembalakan menggunakan kaedah RIL memberi kesan positif kepada pemulihan kawasan hutan selepas aktiviti penuaian atau pembalakan dilaksanakan.

    b. Kadar kerosakan akibat aktiviti pembalakan dapat dikurangkan sehingga 33% dan ini memboleh recovery process kawasan hutan berkenaan berlaku dengan tempoh masa yang singkat.

    c. Keberkesanan pelaksanaan RIL dilakukan menerusi tiga peringkat iaitu

    (i) Pra Penuaian, (ii) Operasi Penuaian dan (iii) Operasi Selepas Penuaian.

    Peringkat 1 Pra Penuaian

    Perancangan awalan Penandaan/kenalpasti sempadan kompartmen Pengamatan kawasan Perancangan jalan pengeluaran dan lorong penarikan pokok tuaian Penandaan jalan pengeluaran, lorong penarikan, pokok tuaian dan

    HCV (High Conservation Value) seperti pokok buah-buahan, riparian, jenut, kawasan tadahan air dan tumbuh-tumbuhan endemik

    Pengukuran dan pengambilan data lapangan (jalan pengeluaran, lorong penarikan, pokok tuaian dan HCV

    Analisis dan ploting data lapangan Pembetulan di lapangan Penyiapan write up Pelan Penuaian Terperinci - CHP (Comprehensive

    Harvest Plan) dan peta penuaian terperinci

  • 5

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    Peringkat 2 Operasi Penuaian

    Pembukaan jalan pengeluaran, lorong penarikan dan panggung sementara

    Pembinaan jambatan dan pemasangan pembentung Penebangan, penarikan dan pengeluaran balak Pemantauan

    Peringkat 3 Operasi Selepas Penuaian Pembukaan jambatan dan pembentung Pembinaan parit lintang dan penyanggah air Pemulihan kawasan panggung sementara Mitigasi kerosakan dan hakisan tanah.

    3) Signifikan

    a. Pelaksanaan serta penggunaan kaedah RIL dalam operasi pembalakan merupakan satu konsep inovasi yang telah diperkenalkan dan menjadi amalan budaya kerja ‘mesra alam’ oleh Jabatan Perhutanan Sabah bermula dari tahun 1997.

    b. Kaedah ini banyak memberi manafaat dan kesan positif yang begitu signifikan untuk operasi penuaian atau pembalakan dan ini telah dibuktikan menerusi model pertama lokasi SFM menerusi FMU 19A iaitu H.S. Deramakot.

    c. Keberkesan terhadap penggunaan kaedah RIL ini juga jelas terbukti apabila Badan Pensijilan FSC memberi pengiktirafan ke atas H.S. Deramakot bagi pengurusan operasi yang begitu menyakinkan serta sistematik menerusi kaedah pengurusan pembalakan berteraskan konsep Sustainable Forest Management (SFM).

    d. Oleh yang demikian, pihak Jabatan Perhutanan Sabah telah mengemukakan cadangan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kaeadah RIL dalam semua aktiviti pembalakan di kawasan-kawasan FMU dan telah mensasarkan bahawa semua pemegang lesen SFMLA hendaklah memperolehi pengiktirafan atau pensijilan daripada mana-mana badan pensijilan yang berdaftar untuk memastikan kesinambungan pengurusan yang diiktiraf.

    4) Relevan

    a. Kaedah pembalakan menggunakan kaedah RIL dapat mengurangkan

    kos pemulihaan hutan selepas pembalakan, mengurangkan kadar kerosakan terhadap vegetasi serta tempoh pemulihan yang cepat.

  • 6

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    b. Dapat mengatasi masalah makro-ekonomi, sosial dan teknikal yang mempengaruhi hutan berkekalan.

    c. Peningkatan kualiti habitat hidupan liar yang diancam kepupusan

    akibat aktiviti pembalakan yang tidak terancang sebelum ini.

  • 7

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    (D) JADUAL Jadual 1: Perbandingan Kos dan Pulangan antara Penuaian Kaedah

    ‘Konvensional’ dan ‘Kaedah RIL’ Bil Kaedah

    Pembalakan Pulangan kepada

    Kerajaan

    Kos Pemulihan

    Net Gain/Loss

    Catatan

    1

    Konvensional

    RM100/m3 atau RM5,000/ha bagi 50m3/ha

    RM5,000 – RM 7,000/ha atau RM100/m3 atau RM140m3

    Zero at best or a net loss of RM2,000/ha

    Mengambil masa 50 tahun untuk pulih semula

    2 RIL RM200/m3 atau RM5,000/ha bagi 50m3/ha

    RM350-RM500/ha atau RM7/m3 – RM10/m3

    Gain exceeds RM4,500/ha

    Boleh dituai selepas 25 tahun

    Nota: Poor logging practises lead to an enormous cost on future generations and it is

    false economics.

    It is 10-20 times more expensive to restore a forest because of bad logging practices as compared to RIL.

  • 8

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    (E) GAMBAR-GAMBAR

    Gambar 01 Lorong penarikan (skid trail) pokok tuaian - kaedah “konvensional”

    Gambar 02 Lorong penarikan (skid trail) pokok tuaian - kaedah “RIL”

  • 9

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    Gambar 03 Pembalakan kaedah “konvensional”

    Gambar 04 Pembalakan kaedah “RIL”

  • 10

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    Gambar 05 RIL is compatible with Wildlife Conservation & Management. About 75% of mammals in Sabah can be found in Deramakot Forest Reserve

  • 11

    LAP

    OR

    AN

    INO

    VAS

    I, Jabatan Perhutanan S

    abah, 2011

    11

    Contoh Keberkesanan Kaedah RIL yang dilaksanakan di Hutan Simpan Deramakot berteraskan konsep Sustainable Forest Management di Pejabat Perhutanan Daerah Deramakot.

    No. Kompartmen &

    Keluasan

    Anggaran Isipadu (m3)

    Anggaran Isipadu (m3) yang dapat

    dicapai (80%)

    Kerosakan Berdasarkan Luas Kasar

    Anggaran kos Perbelanjaan

    Anggaran Pendapatan Berdasarkan RM600/m3

    Anggaran keuntungan

    kasar

    Catatan

    58(49)

    501 hektar

    21,847.68

    14,478.14

    21.85%

    RM 3.8 Juta

    RM 10.5 Juta

    RM 6.7 juta

    atau 13,419/ha

    atau RM385/m3

    Anggaran kos hanya melibatkan kompartmen 58(49) sahaja. Tidak termasuk kos pentadbiran dan unit lain yang tidak berkaitan.

  • 12

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    PROJEK INOVASI KEDUA

    MALUA BIOBANK

    Oleh

    Pejabat Perhutanan Daerah ULU SEGAMA MALUA

    En Indra P. Sunjoto1 En Rayner Bili2

    Cik Heidi Henry William3

    1 – Pegawai Perhutanan Daerah Ulu Segama Malua, 2 – Penolong Pegawai Perhutanan Daerah Ulu Segama Malua, 3 – Pegawai Perancangan, Bahagian Projek & Kerjasama Pejabat Timbalan Pengarah (FSP)

  • 13

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    (F) TUJUAN INOVASI

    5) Menjana sumber kewangan alternatif untuk pelaksanaan konsep pengurusan hutan secara berkekalan (sustainable forest management)

    6) Menjana dana bagi pengurusan dan pemulihan biodiversity Hutan Simpan Malua (G) PROSES SEBELUM DAN SELEPAS

    Sebelum Inovasi Selepas Inovasi (e) Kawasan Hutan Simpan Malua seluas

    33,969 hektar telah terbiar tanpa peruntukkan kewangan bagi tujuan pengurusan dan pemulihan hutan.

    (e) Dana opersional lapangan untuk pengurusan, perlindungan dan pemulihan Hutan Simpan Malua tersedia berjumlah RM 4,099,919.56 sejak tahun 2008 sehingga 2011.

    (f) Tidak ada pelan konservasi hutan yang

    tersedia untuk memulihkan dirian hutan selepas tuaian dan kemerosotan nilai produktif hutan.

    (f) Pelan Konservasi Malua telah tersedia sejak tahun 2008 untuk tujuan implementasi pengurusan, perlindungan dan pemulihan Hutan Simpan Malua.

    (g) Aktiviti pemburuan hidupan liar

    mengancam kepupusan hidupan liar terancam.

    (g) Kes pemburuan hidupan liar semakin berkurangan.

    (h) Aktiviti pembalakan dan penerokaan haram mengurangkan fungsi ekologi hutan dan kemerosotan kualiti biodiversiti.

    (h) Aktiviti pembalakan dan penerokaan haram dapat dikawal ke tahap sifar. Kawasan hutan dipulihkan melalui

    aktiviti silvikultur hutan

    Kualiti habitat hidupan liar (khususnya mamalia) dipulihkan dan dinaiktaraf.

    (H) CIRI-CIRI DAN IMPAK INOVASI

    5) Kreativiti a. Idea penjanaan dan pengurusan dan konservasi hutan melalui

    penjualan BCC (Biodivesity Conservation Certificate) bagi Hutan Simpan Malua merupakan ‘busniess model’ perintis di rantau Asia Pasifik.

    b. Idea pemasaran BCC Malua merupakan usahasama (joint venture) di antara sektor awam (kerajaan Negeri Sabah) dan pihak Swasta (New Forests Pty Ltd) dan model pertama di Malaysia.

  • 14

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    c. Pihak swasta (New Forests Pty Ltd) akan menyediakan dana operasional lapangan bagi (6) tahun pertama dengan melibatkan kos USD 10 juta (RM 32 juta).

    d. Nilai pemasaran BCC Malua adalah USD 10.00 bagi perlindungan dan konservasi setiap 100m2 kawasan Hutan Simpan Malua. Potensi BCC yang boleh dipasarkan adalah 3.4 juta BCC (USD 34 juta).

    e. 20% hasil penjualan BCC Malua akan disalurkan kepada Tabung Amanah Malua (Malua Trust) yang bertanggungjawab membiayai kos operasional (44) tahun selanjutnya.

    f. Potensi penjanaan pendapatan kepada Kerajaan Negeri Sabah setelah ditolak kos operasi lapangan.

    6) Keberkesanan

    a. Pihak swasta iaitu Syarikat New Forests Pty Ltd telah membiayai sejumlah besar kos operasi seperti berikut: Peruntukkan operasional lapangan tahunan Pelantikan dan pengambilan seramai 13 orang kakitangan

    lapangan Pembinaan empat (4) Unit Pos Kawalan Luar Pembelian tiga (3) Unit Kenderaan bagi operasi aktiviti lapangan Pembaikan dan naiktaraf infrastruktur jalan hutan Pelaksanaan aktiviti lapangan melibatkan perlindungan sumber

    hutan, pengurusan hidupan liar dan rehabilitasi hutan

    7) Signifikan a. Pelaksanaan inovasi ini membolehkan pelaksanaan konsep

    Pengurusan Hutan Secara Berkekalan di Hutan Simpan Malua.

    b. Penyediaan Pelan Konservasi Malua yang komprehensif dan menyeluruh.

    c. Pengurangan kadar pemburuan hidupan liar.

    d. Pengawalan kegiatan pembalakan dan penerokaan haram kawasan hutan simpan.

    e. Peningkatan kualiti habitat hidupan liar yang diancam kepupusan.

    8) Relevan a. Mengurangkan kebergantungan kepada peruntukkan perbelanjaan

    tahunan Kerajaan Negeri Sabah dalam pelaksanaan konsep Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.

    b. Pemuliharaan kawasan habitat hidupan liar yang diancam risiko kepupusan.

  • 15

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    (I) JADUAL Jadual 1: Operasional Lapangan yang disediakan oleh pihak swasta (New

    Forest Pty Ltd) bagi perlindungan dan rehabilitasi Hutan Simpan Malua bagi tempoh 2008 sehingga 2011.

    No Tahun Jumlah dana disalurkan (RM)

    1 2008 680,809.49 2 2009 901,045.78 3 2010 1,264,364.29 4 2011 1,253,700.00 JUMLAH 4,099,919.56

    Jadual 2: Hasil pemasaran BCC Malua setakat ini.

    No Pembeli Jumlah BCC

    Total (US$)

    1 Maxland Sdn. Bhd 10,000 100,000.00 2 Hormat Jadi Sdn. Bhd. 5,000 50,000.00 3 Bakalayan Sdn. Bhd. 1,500 15,000.00 4 Mr. Liew Pin Chong 5,000 50,000.00 5 Adam Leather (United Kingdom) 30 600.00 6 Tetley Tea (United Kingdom) 410 2,655.00

    JUMLAH 21,940 218,255.00

  • 16

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    (J) GAMBAR-GAMBAR

    Gambar 01 Kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah Ulu Segama Malua yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti lapangan di Hutan Simpan Malua.

    Gambar 02 Kenderaan kerajaan yang diperolehi menerusi Dana Swasta (New

    Forest Pty Ltd) untuk implementasi aktiviti-aktiviti lapangan di Hutan Simpan Malua.

  • 17

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011 Gambar 03 Pos Kawalan Luar yang dibina menggunakan Dana New Forest Pty Ltd untuk

    tujuan Perlindungan Sumber Hutan.

    Gambar 04 Menaiktaraf infrastruktur jalan hutan yang dibiayai oleh New Forest untuk

    pelaksanaan aktiviti lapangan

    Gambar 05 Pelaksanaan program dan aktiviti peningkatan aktiviti hidupan liar di H.S Malua

    Pembinaan jambatan untuk Orang

    Utan Pemasangan hornbill nesting box Pembinaan artificial saltlicks

  • 18

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    Gambar 06 Aktiviti mengawal pemburuan haram di H.S. Malua

    Gambar 07 MoU antara kerajaan Negeri Sabah (Menerusi Jabatan Perhutanan Sabah)

    dengan Syarikat New Forest Pty Ltd di Hotel Pan Pacific Sutera Harbour pada 14 Ogos 2008, disaksikan oleh Y.A.B Ketua Menteri Sabah.

  • 19

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    Gambar 08 Pelaksanaan aktiviti konservasi H.S. Malua melalui inovasi BioBank Malua

    telah melindungi hidupan liar terancam

  • 20

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    Gambarajah 01: Konsep Pelaksanaan BioBank Malua (Malua BioBank)

  • 21

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    Gambarajah 02: Business Model pelaksanaan BioBank Malua

  • 22

    LAPORAN INOVASI, Jabatan Perhutanan Sabah, 2011

    Gambarajah 03: Potensi Penjanaan Dana Perlindungan dan Konservasi melalui penjualan

    BCC

    `